About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru November 2016!

Terbaru November 2016!

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Sunday, January 31, 2010

Anaknya, Anakku Jua 51

“assalamualaikum warahmatullah…” salam terakhir sudah diberi.

Nisa' menurut salam itu.

Irfan kemudiannya menadah tangan, dan dia membaca doa. Nisa' turut menadah tangannya.

“amiin..”

Dia menyapu wajahnya. Irfan memusingkan badan, menghadap Nisa' yang terkedu seketika. Irfan menghulur tangan.

Nisa' teragak-agak mahu menyambut, namun akhirnya disambut juga.

Dicium tangan Irfan, dan sebaik dia mendongak, satu ciuman hangat singgah di dahinya, membuatkan Nisa' kaku seketika.

Irfan mengukir senyum nipis seolah-olah perkara itu biasa padanya. Dia berdiri, dan sejadahnya diangkat. Dia kemudiannya melipat sejadah itu. Nisa' akhirnya berdiri perlahan-lahan.

Irfan melabuhkan punggung di sisi katil. Nisa' melipat telekungnya dalam resah. Aneh. Malam pertama mereka dahulu, dia tidak merasa resah begini. Tapi kini, berdua-duaan dengan Irfan di dalam bilik itu, di siang hari begini membuatkan peluh dingin memercik di seluruh badannya.

Mungkinkah kerana ada rasa yang mengiringi semua itu? Nisa' cepat-cepat melipat telekungnya. Dia mahu keluar secepat mungkin.

Dalam kelam kabutnya, hanger yang cuba dicapainya terlepas dari tangan berkali-kali, membuatkan Nisa' bertambah resah.

Irfan tersenyum kecil.

“awak kelam kabut ni nak ke mana?” tegurnya dalam senyum.

Nisa' senyum tawar.

Tok! Tok!

“Nisa'!”

“opocot mak kau!” Nisa' mengurut dadanya, terkejut mendengar namanya dipanggil dan ketukan di pintu.

“Nisa', sorrylah if aku menganggu, tapi makcik Kamariah dah nak balik. Kau nak jumpa dia tak?”

“Mala?”

“yelah, aku lah ni. Kau nak jumpa dia ke tak?” suara Mala di luar kedengaran begitu cemas.

Nisa' terdiam. Sekilas matanya dan Irfan bertentang.

“ok, aku dah habis solat. Aku keluar la ni, mintak dia tunggu kejap..”

“ok, cepat sikit..”

Nisa' mencapai tudung di atas katil, dan disarung ke kepala. Dikemaskan sedikit hujungnya dengan disematkan pada baju sebelum dia berpaling pada Irfan yang mempamerkan raut wajah yang tidak dapat Nisa' baca.

“Irfan, err..saya turun dulu..”

Irfan angguk.

“ok, nanti saya turun, nak rehat kejap..”

“ok..” Nisa' terus berlalu tanpa menunggu lama.

Irfan melihat Nisa' pergi dengan satu keluhan.

Makcik Kamariah, dan Daniel. Mungkinkah dia masih ada perasaan pada Daniel? Daniel masih mengejar dia, dan dia pulak?

Irfan meraup wajahnya, dan bingkas. Majlis masih belum selesai. Walau hatinya pilu melihat Daniel dan Nisa' tadi, namun dia sedar, dia tidak berhak menamatkan apa saja yang pernah wujud antara mereka dahulu. Dia perlu menghormati Nisa' dan Daniel. Dan dia tidak akan memaksa Nisa' menerimanya. Tapi dia akan pastikan, mereka tidak akan bercerai. Dia akan berusaha memenangi hati Nisa', namun bagaimana mungkin perkara itu akan jadi mudah jika Nisa' tidak mahu memberinya ruang? Seperti yang sedang berlaku sekarang. Semuanya dia yang mulakan. Nisa' seperti tidak endah. Memang sukar baginya jika mereka berterusan begini.

Irfan menarik nafas dalam. Dia akan mencuba, walau apa pun akibatnya.

*******

“terima kasih sebab datang makcik…” Nisa' memeluk Puan Kamariah erat.

“tahniah Nisa'. makcik harap Nisa' bahagia selalu..” ucapan itu menusuk hingga ke pangkal hati. Bahagia?

Pelukan mereka terlerai, dan Nisa' beralih pandang pada Encik Hassan pula.

“pakcik, ada masa datanglah lagi ke sini…”

Encik Hassan senyum nipis.

“insyaAllah…”

Hajah Rubiah kemudiannya beriringan dengan Puan Kamariah ke kereta mereka, dan Haji Bustaman di sebelah Encik Hassan. Mala pula, melihat mereka beredar, dia turut beredar dengan Hana, ke arah khemah.

Daniel menghampiri.

“Nisa'..”

Nisa' menoleh, senyum tawar.

“thanks sebab datang..”

Daniel jungkit bahu.

“well, sekurang-kurangnya I had the answer I was looking for. Tak sia-sia saya datang. Now I can hoping and dreaming.” Sayu suara itu.

Namun Daniel mengukir senyum.

“Irfan mana?”

Nisa' jungkit bahu.

“entah, tadi saya turun dulu..”

Daniel terdiam. Direnung wajah Nisa' lama.

“what?”

“kenapa jawapan itu lain macam je bunyinya?” soal Daniel.

Nisa' menggigit bibir.

“apa maksud awak? Daniel, we’re fine, kalau itu yang awak maksudkan..”

“Nisa'…”

“Daniel, please. I’m fine.” Nisa' menegaskan lagi.

Daniel tergelak kecil. Dia menggaru dahinya.

“why are you suddenly so defensive? Saya tak kata apa-apa pun…”

Nisa' pula terdiam. Kata-katanya memakan diri sendiri.

Daniel masih tersenyum.

“Nisa', saya Cuma nak cakap, yang saya akan berhenti mengharapkan awak pulang pada saya, sebab cinta awak dah temui pemiliknya. But I know we can still be friends, right?”

Nisa' angguk, terharu.

“Daniel, thanks…”

“don’t mention it. Saya takut nanti saya ubah fikiran pulak..” seloroh Daniel.

Nisa' tergelak kecil.

“yelah tu..”

Daniel turut tersenyum lebar. Sudah lama matanya tidak menjamah senyuman itu. Begitu bahagia.

“so, selamat pengantin baru, semoga perkahwinan awak kekal hingga..selama-lamanyalah..”

Nisa' tertunduk seketika, terharu mendengar kata-kata itu.

“Daniel, thanks a lot..”

Daniel tersenyum nipis.

“well, I hope you don’t forget me as your friend. And Nisa', if you need a friend, just give me a call. Ok? I’ll be right there for you…”

Nisa' angguk.

“ok, I will…”

Daniel mengundur.

“kirim salam pada Irfan..”

“ok, take care..”

Nisa' melambai sehingga Daniel masuk ke dalam kereta. Dia menghela nafas dalam dan dilepaskan.

Dia memusingkan badannya…

“oh! Irfan.. awak..dah berapa lama awak kat belakang saya?” soal Nisa' laju, agak terperanjat apabila Irfan berdiri betul-betul di belakangnya.

Irfan jungkit bahu.

“baru je. Diorang dah balik?” soal Irfan seraya memandang ke kejauhan, Cuma tinggal Haji Bustaman dan Hajah Rubiah yang sedang melangkah ke arah mereka.

Nisa' turut memandang ke arah itu. Angguk.

“haah..” dan dia tersenyum kecil mengenangkan Daniel tadi. Daniel, Daniel..

Irfan sedar dengan perbuatan Nisa' itu, dan dia turut tersenyum, namun tawar.

“hah, Irfan, dah solat?” tegur Haji Bustaman.

Irfan angguk.

“dah..”

“jomlah, kita makan bubur kacang pulak. Tetamu dah tak berapa ramai. Boleh duduk-duduk, rehat-rehat di bawah khemah..” cadang Haji Bustaman.

Mereka yang lain mengangguk.

“ok jugak tu..”

Mereka beriringan ke arah khemah, dan Irfan menjarakkan diri di belakang. Di mindanya masih terbayang senyuman Nisa' dan gelagatnya dengan Daniel sebentar tadi. Begitu gembira. Mungkinkah, Nisa' mahu pulang ke pangkuan Daniel?

Mungkinkah Nisa' sudah menyesal dan kini dia sedar dia mencintai Daniel? Dan dirinya merupakan penghalang mereka? Argh! Serabut!

Jika dengannya, Nisa' sentiasa menjarakkan diri. Mencari peluang untuk menjauh. Bencikah Nisa' padanya? Irfan bingung.

“Irfan…” dia berpaling.

Mala yang sedang mendukung Hana menghampiri.

“sempat jumpa Daniel?”

Irfan tak angguk, tak geleng. Dihulurkan tangan pada Hana, dan Hana bertukar tangan. Mala kelegaan.

“kenapa ni?”

Irfan masih diam. Dia berbicara dengan Hana, namun Mala tahu Irfan sedang mengelak, dan dia mendengar soalannya tadi.

Irfan memandang ke satu arah, dan Nisa' di situ, bersama semua ahli keluarganya, dan juga ahli keluarga Nisa', di bawah satu khemah.

Mala turut melihat ke arah yang sama.

“pasal Nisa' ke?” Mala masih tidak berputus asa.

“dia bencikan saya ke?” tiba-tiba soalan itu yang terkeluar dari mulutnya.

Mala melopong.

“what’s with that question? Kenapa tiba-tiba awak tanya macam tu?”

Irfan jungkit bahu. Wajahnya jelas kelat.

“entah. Saya rasa dia benci saya..”

Mala geleng.

“tak lah, Cuma dia tak biasa dengan awak, that’s all. Saya tak rasa dia benci awak..”

Irfan senyum kelat.

“Mala, tadi dia bercakap dengan Daniel, muka dia happy je. Tapi bila dengan saya, dia macam, sesak nafas, macam tak boleh jadi diri dia yang sebenar. Kehidupan dia, macam tersekat. Saya..tak sedap hati..” keluh Irfan.

Mala geleng.

“Irfan, I don’t know what that is, but obviously she doesn’t hate you. She is ok. Cuma dia perlukan masa, tu je. Lagipun, lepas ni, awak ada banyak peluang untuk tunjukkan pada dia, isi hati yang sebenar. You can even tell her the truth, but slowly, supaya dia tak terkejut..”

Irfan senyum sinis.

“peluang? Macam mana saya nak guna peluang tu bila dia asyik melarikan diri dari saya? Mala, I’m not blind, and I know when someone dislikes you. Dia macam risau je bila saya ada dekat dia, tak selesa. Tindak-tanduk dia buatkan saya pun tak selesa. I don’t think to hold this marriage longer is a good idea. Saya…tak nak tengok dia terseksa macam tu..” suara itu semakin perlahan.

Mala tersenyum nipis.

“this is you problem actually, Irfan. Awak tak sanggup tengok dia macam tu, sebab awak pun rasa sakitnya, kan? Tapi sakit awak ni sekejap je. If awak Berjaya after this, awak akan bahagia untuk selama-lamanya, insyaAllah. I know you can do this..” pujuk Mala lagi.

Irfan terdiam. Direnung Mala bagi mencari kepastian, dan Mala angguk yakin. Irfan menghela nafas dalam. Berharap apa yang Mala katakana itu betul. Dia akan mencuba. Mencuba menjadikan perkahwinan mereka satu ‘realiti’.

11 comments:

  1. chayok2 irfan..
    jgn mudah mengalah..
    nisa' takot je..
    aja aja fighting..
    hahaha...jadikan reality dan bukannya fantasi.
    hanya awak mampu merubahnye..
    ceewaaahh..

    ReplyDelete
  2. kami skong awak irfan..
    jgn putus asa...
    chaiyok2..

    ReplyDelete
  3. hmmm..cpt2lah buka hati dua-dua org nih..letih dah duk asyik main pusing keliling mcm nih..

    ReplyDelete
  4. chaiyok irfan...!!

    jgn putus asa...

    kebahagiaan pasti akn jd milik irfan n nisa',,,

    hehehe

    ReplyDelete
  5. hoohoh...
    alahhh irfan...
    pikat la nisa 2...
    klu kena ngn gaya memikat cair jg nisa 2...
    kan nisa 2 ada prsaan ngn ko...
    smbung2x...

    ReplyDelete
  6. bila la nisa nie nak trima si irfan nie..
    sambung lagi yer..
    pnajang2 tau..

    ReplyDelete
  7. alaaaa....iskh2..sambung cepat2..jgn pening kepala..mkn panadol..cari idea cepat2..hiihihih

    ReplyDelete
  8. finally..hehe..
    tp smpai bla la nisa dgn irfan nk main trk tali nie??hurmm..i wonder..

    ReplyDelete
  9. soo sweet...nak lg plz..chaiyok!

    ~setia menanti next post~

    ReplyDelete
  10. ngape pendek sangat kali nih.teruskan dan harap-harap irfan peroleh cinta nisa...

    ReplyDelete