About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Tuesday, April 28, 2009

Aku yang Ketiga

Aku yang ketiga. Hmm, maknanya apa? Ops! Bukan bukan. Aku tau apa yang korang fikir sekarang. Bukan bini ketigalah. Nak jadi bini pertama orang pun susah nak jadi bini ketiga? Hai, tiga kali nyawa aku tercabut pun aku tak sanggup (kalau nyawa ada lebih dari satu la, haha).

Aku ni anak ketiga. Dari 6 beradik. Hmm, so, mesti korang fikir apa la yang bagus sangat dengan cerita aku ni kan?

Macam ni. Aku ni anak ketiga. Ada kakak, abang, dua orang adik lelaki dan sorang adik perempuan. Orang selatan, belajar kat utara. Lagi satu, aku ini perempuan yer, harap maklum!

Nak dijadikan cerita, aku ni anak kesayangan family, selain abang aku la. Kakak aku? Hmm, antara aku dan dia, family aku yang lain lagi rapat dengan aku mungkin sebab aku ni pandai melayan orang. Kakak aku garang sikit orangnya.

Tapi, disebabkan aku ni jadi favourite diorang, aku terseksa. Huhu. Kenapa?

Masa kecik-kecik, sebenarnya benda ni tak ketara sangat sebab aku dengan kakak aku yang jarak umur Cuma 2 tahun saja memang kamceng. Jatuh longkang sesame, panjat bumbung rumah sesame, jatuh basikal sesame, kena kurung kat luar rumah sesame, kena cubit and rotan sesame sampai lah dia masuk sekolah menengah. Masa tu, aku dah mula tak sebulu dengan dia. Mujurlah, karang naik pelamin sama-sama dengan laki yang sama hah, baru SAMA! Mujur diharamkan adik beradik bermadu. Hehe.

Aku ingat lagi, masa aku darjah 6, masa tu abang aku kat asrama, kakak aku pun. Pengasuh aku baru saja berhenti and bukak nursery (tapi nursery dia sejengkal je jaraknya dari rumah aku). Mak and ayah aku memang sibuk sangat.

Mak aku pulak, mungkin sebab dah biasa ada pengasuh yang jaga rumah, dia pun tak berapa mengatur rumah sangat dan sepanjang tahun aku drjh 6, aku balik sekolah pukul 4. Dengan baju sekolah tak bukak, aku sidai kain, kemas rumah, segala-galanyalah sebab aku takut mak aku balik rumah penat-penat, marah rumah dah kalah rupa tongkang pecah.

Penat? Pergh! Memang gila aku masa tu. Dengan adik 3 orang, memang sakit jiwa. Aku pernah terduduk lepas sidai kain menangis sebab kepenatan disamping risaukan mak aku mengamuk. Hidup aku memang kelam kabut. Tudung sekolah satu je. Pagi nak pergi sekolah kadang-kadang baru sempat basuh, siap boleh kering lagi! Haha, aku iron sampai kering, jahanam iron tu masa tu. Kerja aku lah.

Masa tu, aku berazam, aku akan tinggalkan rumah. So, masuk lah aku asrama bila aku form 1 dan sejak tu, aku dah tak pernah belajar sekolah harian sampai dah masuk u.

Aku ni baik, pandai ambik hati orang tua. So aku jadi rapat dengan mak aku dan pengasuh aku. Pernah sekali, nenek aku belah mak, kampungnya jauh jugak di Sarawak. Kitorang balik Sarawak sekali tu, aku memang rajin tolong dia. Masa nak balik, tau dia cakap apa kat mak aku?

‘aku mau yang ini.’ Dia tunjuk kat aku. Aku gelabah nak mati. Biar betul nenek aku ni!

Masa tu aku dah membayangkan kehidupan aku di Sarawak, dapat pakwe Sarawak, tapi… tak nak!!! Aku tak sanggup tinggalkan semenanjung tanah airku!

Mak aku pun terkulat-kulat. Dia pun tak nak lepaskan aku. Yelah, telinga yang lembut itulah yang kerap dipulas. Orang yang mendengar kata itulah yang orang suka, betul tak?

Mak aku Tanya kat aku yang dah muka macam nak kena pancung.

‘nak tinggal dengan nenek?’ muka mak aku pun tak ikhlas je aku tengok.

‘tak nak.’ Aku jawab perlahan je.

Pergh! Mujur nenek aku separuh hati je Tanya. Kalau dia bersungguh hai hai bye bye je la semenanjung.

Fobia giler aku. Hmm.. ops, tak habis lagi cerita aku ya.

Masa kat u apa jadi?

Penat aku tak habis jugak. Disebabkan aku rapat dengan family aku dan aku memang kakak yang baik dengan adik-adik aku, (berbanding abang dan kakak aku), maka masa aku kat u, satu sem aku tak balik. Memang tahan. Bila balik sekali-sekala, ingat nak rileks, tak boleh jugak…

Adik-adik aku suka gaduh dengan kakak aku, bertengkar dengan mak aku, yelah, budak-budak laki, akulah jentera pengaman tak bergaji. Bagi kaunseling, pujuk-pujuk, rasuah-rasuah, sampai naik sakit jiwa raga.

Bukan tak ikhlas tapi you all kalau balik rumah cuti sem mesti ingat nak berehat dari segala benda, tul tak? Macam tu lah aku tapi susah betul.

Aku balik kadang 2-3 hari je pun jadi jugak. Ada sekali, adik aku gaduh dengan mak aku, memang teruk jugak la. Mak aku dah buat nada sedih cakap tak nak balik rumah.

Sapa tak sakit jiwa? Aku jugak. Air mata dah meleleh-leleh dalam selimut (aku berkelubung konon dah tidur padahal bantal basah) dengar mak aku cakap macam tu. Ayah aku pun datang kat aku cakap,

‘pujuklah adik suruh mintak maaf dengan mak.’

Aku pun diam je, kalau tak cakap aku dah tau tu memang tugas tak bertauliah dan tak bergaji aku. Aku pun cakap-cakap dengan adik aku, baru dia minta maaf dengan mak aku.

Kalau kakak aku gaduh dengan adik-adik aku pun camtu jugak. Sampai kakak aku pernah buat statement,

‘adik-adik semua dengar cakap Amy, semua benci kakak!’

Kecik hati aku yang dah sedia kecik ni. Tapi aku pun tau itu hakikat. Hmm… apa nak buat…jadi favourite pun susah jugak la kak…

Tapi memang aku tak banyak berkira dengan adik-adik aku, macam kakak mithali la (kenapa tak ada wat anugerah tu? Aku rasa aku yang pertama kat bumi ni yang layak kot? Haha perasan pulak!). mintak duit bagi, nak apa-apa aku bagi, sentiasa beralah sebab bagi aku nak gaduh kenapa kan? Aku kakak. Mungkin sebab tu adik-adik aku lagi mudah dengar cakap aku.

Aku ingat kakak aku pun pernah claim cam ni kat aku,

‘tengoklah adik-adik kamu tu!’

Aku dengan selamba dan badaknya menjawab,

‘adik Amy bukan adik kakak ke?’

‘kakak tak ada adik macam tu!’

Hahaha hairan! Camana aku leh jadi adik dia pastu dia ada sorang je adik bila aku ada 3 lagi adik? Ok, do the maths sampai juling-juling ye.

Jadi bosan jugak bila kadang-kadang aku pulak kena jadi kakak pada kakak aku jugak. Hmm. Tak best la sebab aku expect aku ada kakak yang aku boleh wat rujukan tapi terbalik pulak jadinya.

Tapi aku memang sayang family aku yang serba-serbi ni. Walaupun aku penat duduk rumah, (baru je balik u dah mak aku call Tanya, bila nak balik? Dah nak jawab apa?) tapi aku memang enjoy dalam penat.

Lagi satu, bila balik rumah, mak aku memang susah nak lepas aku ke mana-mana dah sebab aku dah jadi mak kedua dalam rumah tu.uruskan rumah, masak, segala bendalah. Dah jadi tugas aku. So kalau nak meronggeng habis-habisan sebelum habis sem la, kalau tak, harapan je la…

Adik aku sorang tu, punyalah favour aku sampai dia pernah cakap,

‘nak cari isteri macam kak Amy.’

Bangga di dalam hati tak terkata! Hahaha, hmm, itulah adik aku.

Penat sebenarnya bila kita tau orang berharap pada kita sebab kalau kita musnahkan harapan orang, kita juga yang sakit jiwa tapi bila turut pun double sakit jiwa!!

Sekarang? Alhamdulillah, sekarang family aku dah ok, masing-masing dah besar, walaupun adik-adik aku masih merujuk aku dalam segala hal, adik laki aku dua-dua nak nikah dan tunang siap cakap nak aku yang urus semua. Gila ke apa? Kalau aku memang ada butik kahwin tak apa jugak! Alangkan butik kahwin baju kahwin pun aku pinjam je time aku kenduri dulu tau!

So, hal dengan family memang dah aman, dah tak ada gaduh-gaduh tapi khidmat aku sebagai kaunselor tak bertauliah masih on..(Cuma dh advance sikit caranya, dulu jumpa depan cakap, skrg video call! Takpun chat ym or email!)…zamam berubah kita pun kena berubah beb!

Hmm, tulah serba sedikit.

‘Amy!’

Alamak, my hubby dah panggil!

‘tengok Farish ni!’

Apa pulak Farish dah buat? Ops, lupa pulak!

Hmm, aku mungkin dah aman dengan family aku tapi aku dah dapat kerja baru, jadi kaunselor untuk 3 ORANG anak aku. Hero pulak tu semua!

Adoi, memang penat. Tak habis-habis kan dunia ni? Hmm, tapi, luahan hati tu lain cerita, ini sekadar luahan saja tau (my hubby mesti bengang aku tak turun-turun lagi. Dia pun tak ngam dengan anak-anak aku, semua nak mamanya je). Pengajarannya, ikhlaslah dalam semua benda. Jangan ungkit-ungkit, tak baik. Kalau orang hargai kita, Alhamdulillah. If not, Allah ada untuk reward kita, don’t worry, but stay happy tau.

Next time, aku tulis lagi yer. (if boleh lari dari sesi kaunseling la)

Ok, sekian cerita aku yang ketiga dan ibu kepada yang tiga….

3 comments:

  1. teringat zaman dolu2..
    mane nk gi skolah..
    mane nk kemas umah cm tongkang pecah..
    mane nk jage adik2 lg...
    adess..mmg kelam kibut n penat
    mak ayh aku pon bkerja gak..
    memandangkan aku ank sulung..
    so berat sikit beban..
    ngn adik2 6 org yg mcm2 fiil
    nsb baik stengah duduk ngn pengasuh..
    kalo x mmg pengsan abes..

    ReplyDelete
  2. hehehe..cter ni lain dr yg lain.
    memang best :)
    --missnina--

    ReplyDelete
  3. sempoi..make me laugh..

    ReplyDelete