About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Wednesday, June 3, 2009

Kira Ayumi 23

Kira sibuk membuat rekaan kad kahwin seorang anak kenamaan apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Kira mengerling nama yang terpampang di situ. Dato' Syafie. Dia menarik nafas dalam. Sejak pertemuan mereka 3 hari lepas, dia tidak lagi berkunjung ke rumah Hafiz. Dari apa yang didengarinya dari Syafni, Hafiz sudah pulang.

Punat hijau ditekan.

‘helo, pakcik.’

‘assalamualaikum, Kira. tengah kerja ke?’ Tanya Dato' Syafie mesra.

‘waalaikumussalam. Haah, ada la kerja sikit ni. Ada apa pakcik telefon?’ Kira berbicara mesra.

‘hmm, pakcik nak beritahu ni, Hafiz dah balik.’ Kira menelan liur.

‘ooh, ye ke? Baguslah tu. Dia ok ke dengan pakcik?’ Tanya Kira, mahu memastikan rancangannya berjalan baik.

‘hmm, dia baik dengan pakcik. Dah tak marah-marah lagi.’

‘baguslah kalau macam tu. Saya tumpang gembira dengan kepulangan dia.’

‘hmm, sebenarnya, pakcik nak jemput Kira datang rumah. Pakcik nak buat makan-makan sikit. Kira datang ya?’ Kira terdiam seketika. Pergi rumah tu dan bersemuka dengan Hafiz?

‘err, bila tu?’ dia bertanya lambat-lambat.

‘petang ni, pakcik nak buat barbeku. Kira datang la, bawak kawan Kira sekali. Apa namanya, Amin?’ Kira tergelak kecil.

‘Iman, pakcik.’ Kira membetulkan.

‘hah, Iman. Ajak dia datang sekali ya. Kita makan besar malam ni.’

‘err, pasal Iman, saya tak janji la pakcik tapi insyaAllah, saya datang petang ni.’ Kira memberi janji.

‘baiklah, Kira datang ya. Jumpa nanti. Assalamualaikum.’ Talian dimatikan. Kira merenung telefon bimbit yang sudah kembali sepi.

Dia mendail nombor Iman. Sekejap sahaja menanti sudah berangkat.

‘helo Kira.’ suara Iman menyentuh gegendang telinganya.

‘Iman, saya ada hal sikit ni, awak sibuk ke?’ Kira memulakan.

‘hmm, tak la jugak. Apa halnya?’

‘Iman, erm, Dato' Syafie, jemput datang rumah petang ni. Dia nak buat barbeku, dia ajak saya, dan awak sekali. Sempena kepulangan Hafiz kot, rasanyalah. Awak boleh datang?’ Tanya Kira lambat-lambat.

Iman diam sebentar.

‘awak cakap dengan dato kita berdua couple kan?’ teka Iman. Kira terdiam.

‘err, haah, saya sebut nama awak. Sorry?’ kedengaran suara keluhan Iman.

‘lepas tu petang ni kita pergi drama apa pulak awak nak mainkan? I bet Syafni must be there, right?’ Kira menekur meja computer. Tidak tahu apa yang patut dikatakan.

‘hmm, mungkin ya, mungkin tak.’ Jawabnya, teragak-agak.

‘Kira, Kira. whatever la. Yang saya tahu, saya pergi as your friend. And also Hafiz’s. Kalau tak mengenangkan saya dah lama tak jumpa dia, saya rasa saya pun malas nak masuk campur.’ Kira senyum tawar mendengar bicara Iman.

‘Iman, anyway, thanks.’ Ucap Kira.

‘hmm, pukul berapa kita nak pergi?’ Tanya Iman.

‘lepas kerja, saya tinggal kereta kat sini.’ Cadang Kira.

‘hmm, ok. See you later. Assalamualaikum.’

‘waalaikumussalam.’ Talian mati. Kira tersandar di kerusi. Cuba membayangkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku petang nanti.

********

Enjin kereta Iman dimatikan. Mereka berpandangan sesame sendiri. Kira menarik nafas dalam sebelum membuka pintu kereta. Ada kereta asing di situ. Mungkin kereta Hafiz. Falah juga ada kerana keretanya ada.

Sempat Kira menitip doa supaya dia diberi kekuatan untuk berdepan dengan Hafiz. Dia tahu Hafiz sedang marah padanya, dan mungkin kedatangannya tidak begitu dialu-alukan oleh Hafiz.

Kira terus ke halaman, dan matanya menangkap kelibat Dato' Syafie, Hafiz, Syafni dan Falah. Mereka sedang sibuk menghidupkan api untuk mula membakar. Nampak ceria semuanya.

‘assalamualaikum.’ Semua mata tertumpu padanya, dan Iman di sisi.

‘waalaikumussalam, Kira. duduklah. Ingat tak datang dah tadi.’ Ujar Dato' Syafie.

Syafni juga tersenyum lebar melihat Kira dan Iman beriringan menghampiri mereka. Kira perasan dari ekor matanya Hafiz memalingkan muka darinya.

Iman bersalaman dengan Dato' Syafie sebelum meminta diri untuk menyertai Falah dan Hafiz.

Kira melabuhkan punggungnya di sisi Dato' Syafie.

‘pakcik sihat?’ Dato' Syafie tersenyum ceria.

‘sihat. Ada Kira mestilah pakcik sihat.’ Ujar Dato' Syafie, agak kuat. Falah tersengih saja.

‘pakcik tu memang. Kalau Kira datang boleh berlari apa.’ Usik Falah. Dato' Syafie ketawa besar.

Namun Kira tidak selesa dengan gurauan itu. Dia tahu ada yang tidak senang mendengar gurauan itu.

‘err, dah lama sampai ke?’ Kira bertanya Syafni yang wajahnya sudah kelat sedikit. Kini hanya Syafni yang mampu mengisi tempat di rumah ini, bukan lagi Kira. dia tahu Syafni pasti berkecil hati dengan insiden tadi.

‘lamalah jugak. Hafiz ambil dari pejabat tadi, terus datang sini.’ Beritahu Syafni.

‘err, Hafiz tak kerja ke?’ Tanya Kira berbasa-basi. Sangkanya tiada yang mendengar rupanya si Falah memasang telinga.

‘cik Kira Ayumi. Kenapa awak tak datang sini Tanya tuan punya badan sendiri? Orangnya dah ada kat depan mata ni ha.’ Usik Falah. Kira telan liur. Falah tak bersalah. Dia tidak tahu kisah sebenar. Dato' Syafie yang sedar keadaan sudah menjadi tegang cepat-cepat memanggil Siti.

‘Siti, dah siap ke lauknya? Bawak ke sini.’ Panggil Dato' Syafie. Kira menggaru kepala yang tidak gatal.

‘err, pakcik, saya masuk dalam dulu, nak tolong Siti.’ Kira meminta diri seraya bingkas. Dato' Syafie tau Kira mahu melarikan diri. Namun dia mengangguk juga. Tidak menghalang.

Syafni juga bingkas.

‘aku ikut kau.’ Kira mengangguk dan mereka beriringan ke dapur di dalam rumah.

‘Kak Siti, ada apa-apa yang boleh Kira tolong?’ Siti tersenyum melihat Kira.

‘dah nak siap dah. Hmm, Kira, kak Siti rasa bertuah sangat bila Kira ada. Rumah ni dah ceria kembali. Kak Siti doakan Kira dan Hafiz cepat kahwin ya.’ Laju sahaja Siti berbicara.

Kira pantas menahan Siti. Mengerling wajah Syafni yang sudah berubah.

‘err, kak Siti, ni Syafni. akak, saya dengan Hafiz dah tak ada apa-apa. Saya minta akak jangan cakap macam tu lagi ya, boleh akak tolong saya?’ pinta Kira. Siti tercengang-cengang mendengar permintaan Kira.

‘la, bukan Kira dengan Hafiz ke? Dato suka sangat korang berdua. Sayanglah kalau macam tu. Hmm, tak pe lah. Apa-apa pun, terima kasih ya Kira. kak Siti nak keluar ni, bawak lauk mentah ni untuk diorang panggang.’ Siti meminta diri, meninggalkan Kira dengan rasa serba salah.

Matanya menangkap jag air dan cordial oren di atas meja. Pantas dia mencapai jag itu, mahu membancuh air. Tidak mahu menyentuh dan mengulas semua insiden tadi.

Syafni masih setia mengekorinya, berdiri di sisi Kira.

Kira menuang cordial lalu dituang air masak sedikit. Ligat tangannya mengacau air di dalam jag itu.

Syafni menarik nafas dalam.

‘Kira, orang rumah ni, nampaknya, semua dah suka kau.’ Ujar Syafni, membuatkan gerakan tangan Kira terhenti seketika.

Kira senyum tawar.

‘eh, tak lah, diorang kenal aku je. Sebab tu lah diorang cakap macam tu.’ Kira menafikan.

‘hmm, nampaknya, aku mungkin tak ada peluang Kira. Hafiz pun, dia dah cakap dengan aku, yang dia Cuma akan berkawan dengan aku, tak lebih dari itu. Mungkin bukan nasib aku untuk dicintai dan mencintai seseorang.’ Keluh Syafni. Kira memandang Syafni mesra.

‘Syaf, Hafiz tak sedar lagi tentang cinta kau. Aku percaya dia akan sedar juga satu hari nanti. Kau sabarlah ya?’ Kira menenangkan Syafni.

Syafni turut tersenyum. Dia tidak termakan dengan kata-kata Kira.

‘Kira, Hafiz sayangkan kau lagi. Kau rasa patut ke aku terus je dengan dia since dia tak cintakan aku?’ Syafni meminta pendapat, membuatkan lidah Kira kelu seketika.

‘err, Syaf, aku rasa kau tak boleh terburu-buru. Kalau kau bersabar, aku percaya dia akan tahu juga satu hari nanti. Dah lah, jangan difikirkan sangat, ok?’ ujar Kira. amat berharap Syafni tidak bertanya lagi.

‘Kira, kau dengan Iman ok?’ Tanya Syafni lagi. Sesak nafas Kira mendengar soalan itu.

‘err, ok, kenapa?’ bohongnya.

‘hmm, tak lah. Aku macam tak percaya pulak kau dah tak sukakan Hafiz. Dulu, lari dari Iman, alih-alih sangkut pulak.’ Syafni seolah-olah berbicara sendiri. Kira tersenyum nipis mendengar ulasan itu. Airnya sudah siap.

‘hmm, kita suka orang, kita cinta orang, tapi kita tak tau siapa cinta kita sebenarnya. Kisah hidup kita semua dah ditulis Syaf. insyaAllah, pasti ada orangnya untuk kita nanti. Macam aku pun, tak semestinya aku dengan Iman walaupun sekarang kami berdua. Kau pulak, tak semestinya kau dengan Hafiz. Entah tiba-tiba, Falah ke jodoh kau, kau tak tau.’ Panjang lebar bicara Kira. tangannya ligat menyusun beberapa biji gelas untuk dibawa ke luar. Syafni ketawa kecil.

‘ada-ada je lah kau ni.’

‘hmm, jomlah, air dah siap. Tolong bawak gelas-gelas tu.’ Pinta Kira seraya menyusun langkah ke luar rumah.

Sebaik tiba di luar, Kira meletakkan air oren itu di atas meja lalu dituangkan ke dalam beberapa biji gelas. Tiba-tiba, Falah memanggil Kira. Kira menjeling Hafiz di situ. Iman pula sedang galak bersembang dengan Dato' Syafie. Mesra sahaja.

‘apa Falah?’ Tanya Kira. keberatan mahu mendekat. Syafni pula kelihatan sibuk membantu Siti.

‘tolong Hafiz, ganti saya. Saya nak pergi tandas.’ Pinta Falah. Hafiz dilihatnya tiada reaksi, biar dia tahu Hafiz mendengar bicara mereka. Falah mempamerkan muka kasihan. Geram pula Kira melihatnya.

Dia menghampiri mereka. Falah menghulurkan kipasnya. Beberapa ketul ayam sedang dibakar. Kira merenung Falah tajam. Falah tersengih-sengih saja seraya berlalu pergi.

Kira termangu-mangu di situ. Hafiz masih tidak mengendahkannya. Dia tahu Hafiz marahkannya.

Kira bermain dengan kipas di tangan.

‘awak nak tolong ke nak berkipas je? Kalau tak baik awak duduk, tak payah tolong.’ Mendatar suara Hafiz. Kira terpinga-pinga.

‘err, nak buat apa ni? Saya tak tahu lah.’ Tanya Kira, benar-benar buntu. Tak pernah aku membakar selama ni. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

‘kalau ada api kipaskan supaya padam. Tengok ayam tu, dah nak rentung dah.’ Hafiz menunjukkan seketul ayam yang sudah hampir kehitaman. Tetap tidak bertentang mata dengan Kira. Aik, salah aku ke? Aku baru je pegang kipas ni. Kira menjeling Hafiz di hadapan.

Namun dia lega kerana Hafiz masih mahu berbicara dengannya. Sekurang-kurangnya terubat sakit rindunya selama ini.

Kira mengipas juga walaupun dia tidak tahu apa yang dilakukannya.

Tanpa disedarinya, dia mengipas abu-abu arang dan semua abu itu berterbangan ke arah Hafiz.

‘eh, awak ni nak sabotaj saya ke?’ marah Hafiz. Kira tergamam. Barulah mereka bertentangan mata.

‘eh, awak, sorry, saya tak sengaja. Saya tak sengaja, betul.’ Kira kaku di situ. Dia benar-benar tidak sengaja. Hafiz mendengus kasar. Habis bajunya dilekat abu. Mujur juga Cuma t-shirt biasa.

Terkejut juga Kira, sedih pun ada kerana diherdik Hafiz begitu. Iman menghampiri mereka. Sedari tadi dia memerhatikan mereka. Kasihan pula Kira.

‘Kira, bagi saya kipas tu.’ Pinta Iman. Kira menghulurkan tanpa berlengah. Dia memandang Hafiz tidak berkelip. Kebingungan.

Hafiz mendengus kecil.

‘hmm, baguslah tu Kira. pergi duduk, jangan menyemak kat sini. Biar cik abang awak yang buat.’ Sinis suara Hafiz. Iman dan Kira berbalas pandang.

Kira mengundurkan diri. Menoleh sekejap-sekejap melihat Hafiz. Pilu. Sampai hati Hafiz cakap macam tu. Iman pantas mengubah topic. Kira melabuhkan punggungnya. Sekali-sekala dia menjeling Hafiz sayu.

‘eh Kira, dah duduk?’ Tanya Falah. Dia turut duduk di sebelah Kira. mencapai segelas air oren lalu diteguk rakus, menghilangkan dahaganya.

‘eh, Iman tu sekolej dengan korang ke dulu?’ Tanya Falah.

Kira mengangguk pantas.

‘haah. Kenapa?’

‘hmm, tak ada apa-apa. Kira, saya pun nak ucapkan tahniah kepada awak sebab Berjaya mengeratkan kembali hubungan keluarga ni. Saya ingat Hafiz takkan balik dah. Anyway, all thanks to you.’ Falah mengerling Hafiz yang sibuk membakar bersama Iman. Kira turut membuang pandang ke arah itu.

‘tak ada apalah Falah. If dia nak balik, dia akan balik jugak. Saya tak buat apa pun.’ Ujar Kira merendah diri. Tak balik pun tak apa, buat sakit hati je.

‘tapi kan, saya hairan. Bukan Hafiz dengan awak ke dulu? Kenapa awak datang dengan Iman, Syafni, dengan Hafiz, dan Hafiz macam tak kisah dengan awak je?’ Falah meluahkan kekusutan mindanya. Kira menekur rumput seketika.

‘tu kisah dulu. Sekarang tak lagi.’ Jawab Kira ringkas.

Sebelum sempat Falah bertanya lagi, Kira terlebih dahulu menahannya.

‘Falah, please. Saya dah tak nak cakap hal dulu, boleh?’ pinta Kira. Falah tidak jadi bertanya walau dia pasti seperti ada yang tidak kena dengan hubungan mereka.

Akhirnya, Falah bingkas menyertai Hafiz dan Iman meninggalkan Kira melayan perasaannya. Syafni sudah hilang ke mana.

‘Kira, mari, duduk dengan pakcik.’ Panggil Dato' Syafie. Kira bingkas menghampiri Dato' Syafie dan melabuhkan punggung di sisinya. Wajahnya cuba dimaniskan sebaik mungkin. Tidak mahu Dato' Syafie mengesan perasaannya kala itu.

‘Syafni mana?’ Tanya Dato' Syafie.

Kira memanjangkan lehernya.

‘entahlah pakcik. Kenapa pakcik cari dia?’ Kira membalas pandangan kasih Dato' Syafie.

‘tak ada apa. Kira, betul kamu tak mahukan Hafiz lagi?’ Tanya Dato' Syafie. Soalan yang sama sejak hari itu.

Kira menarik nafas dalam.

‘pakcik, kan kita dah janji takkan cakap tentang ni lagi?’ Dato' Syafie senyum sumbing.

‘pakcik tau, tapi pakcik terkilan sangat. Sebab pakcik masih rasa yang semua ni salah pakcik.’ Kira menelan liur.

‘pakcik, tolong jangan fikir macam tu. Pakcik tak bersalah. Tolong jangan ingatkan hal lama pakcik. Semuanya dah berlalu.’ Dia merenung mata Dato' Syafie yang sayu.

‘kamu cintakan Iman?’ Tanya Dato' Syafie pula, mengerling kepada Iman yang sibuk di sana membakar. Kira senyum nipis.

‘hmm,’ itu sahaja jawapannya. Bagaimana lagi harus dia membohongi orang lain dan dirinya sendiri?

‘Kira, pakcik rasa baik pakcik beritahu Hafiz hal sebenar. Dia perlu menilai sendiri semuanya.’ Cadang Dato' Syafie. Kira pantas menggeleng.

‘pakcik, jangan. Hafiz mungkin takkan dapat menerima semuanya. Dan Syafni juga akan mengalah nanti sedang saya sudah tak akan menerima Hafiz kembali. Saya ada Iman, pakcik. Mungkin begini lebih baik.’ Kira menolak cadangan itu. Dato' Syafie mengeluh panjang.

‘Kira, maafkan pakcik.’ Kira tersenyum lagi.

‘pakcik, pakcik tak buat salah. Maafkan saya kerana tak dapat merealisasikan impian pakcik.’ Sepi seketika antara mereka.

Sementara itu, Hafiz dan Iman juga sedang berbual di samping membakar ayam.

‘Hafiz, kau kerja mana sekarang?’ Iman mengerling Hafiz yang berwajah serius sejak mereka tiba. Dia tahu dia tidak bersalah namun di mata Hafiz dia tetap pesalah.

‘hmm, adalah kerja sikit-sikit. Aku tak ada kerja tetap lagi. Tengoklah nanti. Aku ingat nak start balik business ayah aku.’ Ujar Hafiz. Tangannya ligat membalikkan udang dan ayam di atas besi pembakar.

‘kau macam mana? Awek dah ada, kerja mesti bagus kan?’ tingkah Hafiz. Nadanya bersahaja namun sinisnya tetap ada. Iman menjeling Hafiz yang tidak memandangnya.

‘hmm, oklah, dah lama aku kerja situ. Setahun dah. So far so good.’ Jawab Iman, dia tahu dia perlu banyak bersabar. Hafiz tidak tahu apa-apa. Dia juga mangsa keadaan, mangsa kebaikan Kira.

‘hmm, baguslah. Jangan tunggu lama. Nanti orang lain sambar pulak yang kat depan mata. Lainlah aku ni. Tak ada orang nak.’ Bicara Hafiz lagi. Iman menggaru dagu yang tidak gatal. Hafiz perli aku ke?

Iman tidak membalas. Dia mati akal. Tiba-tiba, Hafiz memegang bahunya, memaksa pandangan mereka bertentangan.

‘Iman, I love her so much. Please, take care of her. Now, she is your responsibility.’ Tegas bicara Hafiz. Membuatkan Iman terpinga-pinga di situ. Hafiz berlalu pergi, dan pandangan Iman menangkap anak mata Kira yang memerhatikan Hafiz, lirikannya sayu. Kira, hentikanlah permainan ini.

2 comments: