About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Tuesday, May 12, 2009

Kira Ayumi 15

Hafiz menekan loceng di tembok pagar berkali-kali. Syafni setia memandang ke pintu rumah.
Menunggu dengan penuh debaran. Masing-masing gelisah.

Sebentar kemudian, pintu rumah dibuka dari dalam. Hafiz pantas menerpa ke pagar namun bukan Kira yang keluar tetapi seorang perempuan awal 30-an.

‘assalamualaikum. Tumpang Tanya, Kira ada?’ Tanya Hafiz.
Kak Timah berjalan menghampiri pagar. Dia tidak mengenali mereka.

‘waalaikumussalam. Kira tak ada. Dia tak cuti sekarang.’ Jawab Kak Timah jujur.

‘kamu siapa?’ Tanya Kak Timah pula.

‘saya Hafiz, ini Syafni, kawan kolej dia.’ Ujar Hafiz memperkenalkan diri.

‘kawan kolej? Dia kat kolej la sekarang. Dia tak ada kat sana ke?’ Tanya Kak Timah pula. Wajahnya kelihatan cemas sedikit dan tertanya-tanya.

Hafiz dan Syafni berpandangan seketika.

‘eh, tak. Dia kata dia nak balik kejap, sebab tu kami cari dia. Tak apalah, kalau dia dah balik boleh beritahu dia, minta dia telefon Hafiz?’ pesan Hafiz. Kak Timah mengangguk.

‘ok, iyalah. Nanti saya beritahu dia.’

Hafiz melemparkan senyum tawar. Syafni mengeluh kecil.

‘ok, kami balik dulu. Assalamualaikum.’

‘waalaikumussalam.’ Hafiz dan Syafni beredar ke kereta lambat-lambat. Hampa. Namun Hafiz amat pasti yang ini bukan kunjungan terakhirnya ke sini.

**********

Kira mengangkat satu-persatu barangnya keluar dari belakang kereta Daud. Kak Timah yang baru keluar mendapatkan Kira dengan wajah hairan.

‘eh, Kira, kenapa banyak barang-barang ni?’ Tanya Kak Timah. Tangannya tetap ringan membantu biar dia hairan dengan apa yang sedang terjadi.

‘Kira berhenti kolej.’ Jawab Kira bersahaja. Kak Timah melopong.

‘hah? Berhenti?’ Tanya Kak Timah tidak percaya. Dia memandang Daud. Daud menjungkit bahu tanda tidak tahu.

‘haah.’ Kira mengesahkan. Ditariknya beg yang paling besar masuk ke dalam rumah. Kak Timah dan Daud mengekor dari belakangnya bersama-sama barang-barang Kira.

‘kenapa Kira nak berhenti? Kan baru je Kira masuk kolej?’ Tanya Kak Timah lagi. Kira melepaskan pemegang beg itu lalu disandarkan beg itu di tepi sofa. Kak Timah berdiri di situ, menanti jawapan.

‘saja.’ Jawab Kira ringkas. Dia penat mahu berbicara.

‘Kak Timah, sudahlah ya. Kira penat ni.’ Tambahnya sebelum sempat Kak Timah bertanya lagi.
Kak Timah terus diam. Wajahnya masih keliru namun dia menurut kehendak Kira. Kira menyandar di sofa. Memejamkan matanya.

‘eh, tapi tadi ada kawan Kira datang dua orang cari Kira.’ Matanya celik mendengar berita itu.
‘siapa?’

‘seorang Hafiz, seorang lagi, sya, apa entah nama dia.’ Syafni! Kira terus tegak. Dia betul terlupa yang Hafiz tahu rumahnya. Alamak, susahlah macam ni. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
Daud yang keluar dari dapur menyampuk.

‘Hafiz? Siapa tu?’ tanyanya.

Kira tidak menjawab soalan itu. otaknya ligat berfikir.

‘Hafiz tu pesan suruh Kira telefon dia balik.’ Beritahu Kak Timah lagi sebelum dia beredar ke bilik Kira membawa kotak di tangan.

‘siapa Hafiz?’ Tanya Daud lagi.

‘kawan kolej.’ Jawab Kira ringkas.

‘Kira keluar kolej tak beritahu kawan-kawan?’ Tanya Daud. Dicapainya surat khabar lalu diselaknya.

‘hmm…’

‘laa, sampai macam tu ke marah dengan diorang?’ tingkah Daud.

‘taklah. Adalah halnya. Bang, Kira naik dulu.’ Dia terus bingkas menarik beg lalu naik ke bilik.

Ligat dia berfikir. Dia tahu Hafiz takkan melepaskannya begitu sahaja. Dan Syafni juga pasti sibuk mencarinya. Dipandang telefon bimbit yang telah bertukar sim card.

Mesti banyak missed call dan mesej dari mereka pada sim lamanya.
Macam mana nak buat ni?

********

‘ha? Nak tinggal dengan pak long?’ Tanya Puan Sabariah dengan nada yang sedikit terkejut.

Kira mengangguk perlahan. Dia menunduk sedikit. Sudahlah dimarahi kerana berhenti kolej sendiri. Dia amat berharap keputusannya mahu tinggal dengan pak long di utara tidak dibantah mama dan papa. Encik Karim diam sahaja. Cuma merenung Kira yang gelisah.

‘kenapa adik nak tinggal dengan pak long pula? Rumah ni kan besar jugak?’ Tanya Puan Sabariah.

‘mama, please. Bukan selama-lamanya pun. Kira plan nak sambung belajar sana. KL ni pening lah. lagipun, Kira boleh belajar berdikari tanpa mama dan papa. Please, mama, papa?’ pujuk Kira lagi. wajahnya penuh mengharap.

Encik Karim melepaskan keluhan kecil.

‘mama tak fahamlah dengan adik ni. Berhenti kolej tiba-tiba, sekarang nak tinggalkan rumah. Adik marahkan siapa ni?’ Tingkah Puan Sabariah. Kira meraup wajahnya.

‘tak ada marah sesiapalah mama. Kira nak berdikari, that’s all. Boleh kan?’ Tanya Kira lagi.

‘mama dah tak tau lah nak cakap apa.’ Getus Puan Sabariah. Encik Karim berdehem perlahan.

‘betul adik nak tinggal dengan pak long?’ Tanya Encik Karim. Kira mengangguk bersungguh-sungguh.

‘betul papa. Please, Kira tak pernah mintak apa-apa lagi yang sebesar ni dari mama dan papa. Just this one thing. Please…’ rayu Kira lagi.

‘ok. Nanti papa beritahu pak long.’ Kira tergamam.

‘papa, thanks!’ Kira terus bangun lalu memeluk leher encik kari mesra. Kemudian, dia memeluk mamanya yang masih berwajah keruh lalu berlari naik ke bilik.

‘abang, dia nak stay sana lama la. Are you in your right mind?’ persoal Puan Sabariah.

‘let her be. Dia dah besar panjang. Kita mesti biar dia berdikari juga satu hari nanti. Since dia dah minta, I think that’s ok.’ Jelas Encik Karim. Puan Sabariah diam kembali. Mengeluh panjang. I’m going to miss her.

********

Hari itu, Hafiz berkunjung lagi ke rumah Kira dan jawapan yang dia terima memang menghampakan.

‘Kira dah pergi rumah pakcik dia.’ Beritahu Kak Timah.

‘di mana?’ Tanya Hafiz.

‘minta maaf, dia tak benarkan Kak Timah beritahu Hafiz.’ Ujar Kak Timah, simpati. Hafiz mengeluh panjang.

‘hmm, tak apa lah. bila dia balik?’ Tanya Hafiz lagi, tidak berputus asa.

‘akak pun tak tau Hafiz. Katanya dia takkan balik untuk jangka masa yang lama.’ Beritahu Kak Timah lagi.

Hafiz terdiam. Kira, sampainya hati awak.

‘hmm, oklah Kak Timah, terima kasih ya.’ Ucapnya. Hafiz berlalu membawa hati yang luka.

1 comment:

  1. hmmm... hafiz tu salah faham jer..
    kira bukannya nak tinggalkan dia dengan rela tapi dengan terpaksa pun.. tapi tetap nak hafiz dan kira!

    ReplyDelete