About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Saturday, May 2, 2009

Kira Ayumi 10

Dua malam selepas peristiwa di tasik, Kira menerima panggilan dari Hafiz. Ketika itu, Kira berada di rumah.

‘awak sihat ke?’ Tanya Hafiz memulakan.

‘hmm, sihat. Awak?’

‘ok, Cuma sakit rindu je. Hari tu balik dari tasik pukul berapa?’

‘kenapa? Jealous ek?’ usik Kira.

‘yelah, jealous jugak sebab dia bawak awak ke tempat yang saya pernah bawak awak. Mujur ada
Syaf.’

‘hmm, tak lama lepas tu, Iman dia ambil gambar sikit-sikit lagi lepas tu kami balik. Tujuan dia datang pun sebab nak ambil gambar untuk pameran gambar tu nanti. Dia nak pamerkan kat pameran nanti. Awak tak ada gambar yang nak dipamerkan ke?’

‘saya masuk kelab tu bukan apa pun, saja je. Saya tak minat pun fotografi tapi dari saya buat benda lain yang lagi tak best dan saya tak minat, baik saya masuk kelab ni, kan?’

‘yelah, orang tu jadi naib presiden kelab tak cakap pun kat kita. Dah tu biar je kita terpinga-pinga sesat sorang-sorang cari dewan.’ Usik Kira lagi.

‘Kira, saya minta maaf sangat. Kalau saya dengan ramai-ramai orang memang susah sikit. Saya tak tau siapa yang saya boleh percaya sebab hampir semua senior tau pasal saya dan Wani. Cerita ayu pun diorang tau. Jadi saya perlu berhati-hati sepanjang masa demi awak. Awak faham kan?’suara Hafiz sayu, membuatkan Kira juga terharu.

‘saya faham. Saya usik awak je. Jangan risau. Saya Kira Ayumi yang tabah dan kuat. Beruntung awak dapat saya tau.’ Ujar Kira lagi.

‘memang saya beruntung dapat awak tapi kita ni yang tak beruntung. Kita dekat tapi jauh.’

‘tak apa lah Hafiz. Saya ok. Awak kat mana ni? Wani tak ada?’

‘tak ada lah saya boleh telefon awak. Kalau tak jangan haraplah. Saya pun kat rumah ni. Ayah tak ada.’

‘Hafiz, apa yang kita tau pasal diri kita masing-masing ya?’ tiba-tiba persoalan itu timbul. Aneh, mereka tidak tahu apa-apa tentang diri masing-masing kecuali pada perkara yang melibatkan kolej.

‘maksud awak?’

‘yelah, saya tau pasal ayah awak dan ayu. Tapi apa yang awak tau pasal saya? Kita tak pernah bercerita panjang kan?’

‘hmm, sebab tak sempat nak bersembang pun. Saya sibuk dengan orang lain, awak pun sibuk dengan orang lain. Apa nak buat. Dah nasib.’ Keluh Hafiz.

‘mana ada saya sibuk dengan orang lain? Saya kawan je dengan dia. Awak jangan risau. Hati saya dah dipos ke awak. Tak boleh pulangkan balik.’ Gurau Kira.

‘ye tak ye. Nanti saya masuk dalam peti besi lepas tu campak kunci dia ke laut. Biar orang lain tak dapat. Kan?’ Hafiz pula menyambung.

Kira ketawa. Begitu juga Hafiz.

‘pandailah awak. Macam tu sampai bila-bila saya hanya boleh sayang awak je lah. dah hati dah tak ada nak bagi orang lain? Macam mana?’

‘Kira, apa pun yang terjadi, saya takkan pulangkan hati awak Kira. Terus-terang saya cakap, saya tak nak kehilangan awak. Promise me, awak takkan tinggalkan saya?’

Kira menarik nafas dalam.

‘Hafiz, I promise you, I will never leave you whatever it is. Ok? Awak pun tau. Eh, hati awak dah pos ke saya belum?’ Tanya Kira lagi, cuba berlucu.

‘dah lah. kan dah masuk dua-dua dalam peti, kunci dah buang?’ jawab Hafiz pula. Kira tertawa mendengar riang suara Hafiz.

‘pandai-pandai je kita ni kan? Yelah, nak bersembang macam ni, susah. Sekali-sekala rasa lain pulak.’ujar Kira lagi. dia mendengar helaan nafas Hafiz di hujung talian sana.

‘Kira, lepas kita dah habis belajar, baru saya boleh cuba cakap dengan ayah. Kalau sekarang bahaya. At least nanti awak dah tak boleh dikawal dia. Awak boleh tunggu?’

‘ya, saya boleh tunggu. Tak apa. InsyaAllah selagi saya bernyawa, saya akan menunggu. After all, hati dah tak ada ni. Tak boleh buat apa lah. terpaksa tunggu awak juga macam mana pun.’
Masih ada nada gurauan terselit.

‘betul. Eh, Kira. Got to go. Ayah dah balik. Bye, miss you.’ Belum sempat dijawab, talian telah dimatikan.

Memang kelam-kabut suara Hafiz kedengaran. Kira memandang telefon.

‘bye, love you.’ Ucapnya perlahan. Berharap Hafiz mendengarnya saat itu.

Kembali ke kolej, Kira menerima panggilan dari Kak Ani.

‘Kira, nak jadi urusetia pameran nanti?’

‘eh, tak apa ke Kak Ani? Saya kan junior. Macam tak sedap je. Nanti apa senior kata pulak.’

‘tak apa, Kira masuk bahagian peralatan. Ala, tak banyak kerja pun Cuma Kak Ani kena ada backup orang. Peralatan ni dah ada orang tapi Kak Ani nak ramai sikit. Nanti kita buat mesyuarat Kira datang ya.’ Ujar Kak Ani mengharap.

‘ok, tak ada masalah. Nanti beritahu lah masa dan tempat. Kira datang. Thanks Kak Ani.’

‘apa pulak terima kasih pada Kak Ani? Cakap kat Iman, dia yang recommend Kira. Kak Ani tak suka orang bias tapi Kak Ani ambil Kira jugak sebab Kak Ani tengok Kira boleh buat kerja. Kalau tak jangan haraplah.’ Ujar Kak Ani bersahaja. Kira ketawa kecil.

‘ok Kak Ani. Nanti Kak Ani inform je kat saya. Thanks again.’

Talian dimatikan. Kira menepuk-nepuk telefon ke tapak tangannya perlahan. Apa aku nak buat dengan Iman ni. Berfikir sendiri.

Dia menaip mesej untuk dihantar kepada Iman.

Thanks for recommending me for the club exhibition.

Baru sahaja dihantar sudah ada sampai balasan.

Anytime and anything for you, Kira Ayumi.

Kira tersedak membaca mesej itu. dia tidak membalasnya. Bimbang lain pula yang difikir Iman.

Hari berlalu dan hari pameran semakin hampir. Kira semakin sesak kerana tindakannya melarikan diri dari Iman. Dalam hati dia amat berharap Iman memahami makna tindakannya itu.

Malam sebelum pameran, Kira sudah membuat bising di dalam bilik Syaf supaya Syaf datang ke pameran itu nanti bersamanya. Syafni yang sememangnya malas hendak datang itu beralasan.

‘kalau aku pergi aku sorang je. Kau buat kerja kau. Macam mana?’

‘ala, tak apa lah. bukan pameran je yang ada. Kau join lah aktiviti lain. Ada lucky draw. Ada pertandingan meneka gambar tercantik. Banyak lagi lah. datang lah Syaf. Teman aku. At least nanti kalau Iman datang aku boleh tinggalkan dia dengan kau. Aku kena lari dari dia. Esok pun Hafiz ada. Peninglah aku. Kau datang ya? Support me morally?’ rayu Kira, dengan muka sedihnya.

Syafni diam.

‘hah, yela, yelah. Aku datang. Tapi mesti balik awal. Janji?’

‘ok, aku tak janji tapi aku cuba, ok?’

‘hmm..’ itu sahaja yang dibalas Syafni. Kira tersenyum riang. Dia memeluk leher Syafni.

‘sayang kau! Thanks!’

‘hah yelah yelah. Dah lepas. Sesak nafas aku!’

Kira ketawa seraya melepaskan Syafni yang masih dengan raut wajah tidak puas hatinya.

Keesokannya, awal-awal lagi Kira dan Syafni sudah terpacak di tapak pameran yang telah disiapkan sehari sebelumnya. Tugas Kira semalam Cuma menampal gambar di kategori bangunan. Terdapat banyak lagi kategori lain seperti pemandangan, bunga, pokok, wajah gembira dan sedih, papan tanda, bermacam-macam lagi kategori dan gambar yang dipamerkan disumbangkan oleh ramai pihak.

Cantik-cantik pula semuanya. Pameran sudah dimulakan. Setiap orang yang telah ditugaskan menampal di kategori tertentu, mereka juga perlu menjaga kategori mereka supaya tidak ada gambar yang dicuri atau dirosakkan. Ini kerana gambar-gambar tersebut akan dilelong diakhir pameran dan boleh dibeli oleh sesiapa yang berminat.

Sedang Kira mengemaskan kerjanya di bahagiannya yang perlu dijaga, Iman menghampiri.

‘hai Kira. Sibuk ke?’ Kira melihat sekilas.

‘hmm, bolehlah.’ Jawabnya acuh tak acuh. Dalam hatinya menjerit-jerit memanggil Syafni yang sudah hilang entah ke mana. Geram juga. Awal tak nak ikut bila dah datang lesap pulak.

‘awak marah saya ke?’ Tanya Iman tiba-tiba.

Kira diam. Bila masa pulak lah aku marah dia?

‘tak ada lah. kenapa?’ acuh tak acuh saja bertanya.

Iman menghela nafas dalam dan melepaskannya.

‘tak ada lah, awak macam elakkan saya je.’

‘elakkan awak tak bererti marah. Saya sibuk kot?’ masih tidak memandang Iman. Berpura-pura sibuk membetulkan kerjanya.

‘hmm, saya harap memang sebab awak sibuk. Tak apa lah, saya pergi tengok orang lain. Jumpa awak nanti.’ Ujar Iman seraya berlalu.

Tak jumpa pun tak apa. Hatinya berbicara sendiri.

Namun sedari tadi, kelibat Hafiz tidak kelihatan di mana-mana. Kira tertanya-tanya juga namun dia tahu tiada apa yang mampu dia lakukan selain menanti.

Pameran sudah berlangsung selama beberapa jam. Ramai juga yang berkunjung. Kira rasa puas apabila melihat ramai orang berkunjung ke situ. Sebagai seorang yang terlibat dalam
menjayakan pameran itu dia turut merasa bangga.

Syafni sekejap datang kepada Kira dan sekejap menghilang. Dia pula yang sibuk. Kira pula tidak bernasib baik kerana tidak dapat merayau. Dia perlu menjaga bahagiannya sehingga pameran tamat.

Namun, sejak pameran berjalan, satu yang dia hairankan. Ramai yang melihatnya dengan pandangan semacam, kemudian mereka berbisik-bisik antara satu sama lain. Agaknya kenapa ya?

Kira membetulkan baju, tudung dan seluarnya. Bimbang itu yang membuatkan dia dipandang pelik. namun tiada apa yang pelik. Semuanya ok dan biasa saja. Mukanya pun seperti biasa saja.

Tiba-tiba, Syafni datang dari celah mana tak diketahui Kira dan menarik Kira ke satu sudut tidak jauh dari bahagian kerja Kira.

Wajahnya cemas.

‘kau kenapa?’ Tanya Kira.

Nafas Syafni turun naik. Dia kelihatan teragak-agak untuk memberitahu Kira.

‘Syaf, cakaplah. Kenapa ni?’

‘Kira. Gambar kau. Berlambak-lambak. Dekat kategori ‘Photogenic’ dan ‘Views’.’ Ujar Syafni putus-putus. Kira tergamam.

‘hah? Macam mana gambar aku boleh ada kat situ?’ patutlah orang tengok aku pelik. Kini Kira memahami semuanya.

‘tak tau, kau pergi tengok sendiri. Jom.’ Ajak Syafni.

Kira masih tidak berganjak. Dia menghalang Syafni dari menariknya.

‘Syaf, aku tak boleh tinggal kerja aku. Kau ganti aku kejap, aku pergi sorang. Boleh?’
Lama Syafni berfikir baru dia mengangguk.

‘ok, tunggu aku.’

Kira pantas meninggalkan Syafni menuju ke arah di mana terletaknya kedua-kedua kategori itu. ramai yang berkerumun di bahagian itu. Kira tidak dapat melihat dengan lebih jelas lalu dia menarik penjaga bahagian itu, Asiah, ke sisinya.

Asiah jelas terkejut dengan tindakan Kira.

‘Kira, kenapa?’

‘Asiah, saya dengar gambar saya banyak kat sini. Siapa yang sumbangkan?’ Tanya Kira tanpa
berlengah lagi.

‘Iman. Dia yang sumbangkan.’ Jawab asiah lambat-lambat.

‘Iman? Sampai hati awak tak beritahu saya langsung?’ Tanya Kira perlahan namun jelas.

‘saya pun tak tau sangat sebenarnya. Kan semalam saya tak boleh datang? Iman offer diri nak ganti. Tapi Kak Ani ada. Dia kata boleh sebab ni pameran. Asal orang sumbangkan kita akan terima. Tak mengira gambar tu gambar apa dan siapa janji gambar tu layak dipamerkan.’

Kira melopong tidak percaya. Gila!

‘ok, saya minta maaf. Jangan risau, saya tak marah awak.’ Ujar Kira seraya berlalu pergi.

Dia pergi ke bahagian ‘Scenic’ pula. Di sini agak lengang sedikit dan barulah Kira boleh melihat gambarnya sendiri terpampang di situ sebanyak 2 keping. Gambarnya semasa di tasik ketika sedang menunggu Syafni yang pergi ke tandas. Di bawah itu tercatat ‘Courtesy of Imanul Kamil’. Kira mengetap bibir.

Dia ternampak sticker kuning yang telah tertampal di atas sekeping dari gambarnya. Bermakna ada orang sudah membida gambar itu. siapa?

Kira mendapatkan Khalid pula. Penjaga bahagian itu.

‘khalid, awak tampal gambar ni?’ Tanya Kira seraya menunjukkan dua keping gambarnya.

‘haah. Kenapa? Cantik apa?’ puji Khalid.

Kira mengeluh.

‘bukan masalah tu lah. masalahnya, gambar ni diambil tanpa pengetahuan saya dan dipamerkan pun tanpa pengetahuan saya.’ Luah Kira. Geram.

‘ala, rilekslah. Ini kan seni. Seni tak boleh terbatas. Betul tak?’ Khalid memberi pendapatnya. Kira diam. Malas nak melayan.

‘siapa yang bida gambar ni? Tak pasal-pasal saya kena lelong nanti.’ Ujar Kira. Khalid ketawa kecil.

‘naib presiden. Abang Hafiz.’
Kira melopong lagi.

‘hah? Betul ke?’

‘yelah. Dia tengok gambar ni lama tadi. Lepas tu dia mintak sticker, tulis nama dalam log.’ Terang Khalid bersungguh-sungguh.

‘ok, ok. Saya pergi dulu. Thanks.’ Ujar Kira seraya berlalu pergi.

Kira nekad. Dia akan mencari Iman. Dia perlu menyelesaikan perkara ini. Apa kata Hafiz?

p/s: ok, undi pilihan anda.

  • A ~ Kira memarahi Iman dan memintanya agar jangan menganggu Kira lagi
  • B ~ Kira meminta Iman menghormatinya kerana dia perlu menghormati perasaan seseorang

1 comment:

  1. rasanya saya pilih b kot..
    kalau kira marah iman xbaek la pulak

    ReplyDelete