About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Friday, April 24, 2009

Kira Ayumi 7

Kira nekad. dia akan menegur Iman. Dia tahu Hafiz akan memahaminya. Lagipun, Hafiz juga yang memintanya supaya berhati-hati kan?

Kira mendekati kelompok itu.

‘Iman!’ ujarnya separuh menjerit supaya suaranya dapat didengari Iman.

Iman memberhentikan langkahnya. Begitu juga Hafiz yang jelas terkejut dengan kehadiran Kira ditambah pula apabila melihat Kira menegur Iman. Kira yang menyedari tindak-tanduk Hafiz dari ekor matanya cuba berlagak biasa sebaik yang mungkin.

‘eh, awak. Buat apa kat sini?’ tegur Iman. Dia juga jelas tidak menjangka pertembungan itu.
Kira melemparkan senyumnya kepada semua orang di dalam kelompok itu. Bimbang dia
menganggu perjalanan mereka.

‘saya minta maaf ya, saya Cuma nak Tanya je ni. Dewan kuliah 5 kat mana? Saya dah pusing keliling tapi tak jumpa.’ Adu Kira. Dia menjeling Hafiz yang tegak di sisi Iman dari ekor matanya.

Berharap Hafiz memahami situasinya.

‘eh, awak Kelab Fotografi ke?’ Tanya Iman, tidak menjawab soalan Kira.

‘haah, macam mana awak tau?’

‘la, who are you kidding Kira? Saya presiden kelab la. We all ni semua ajk tertinggi kelab tu, sekarang tengah on the way ke sana la ni.’ Ujar Iman, jelas ceria dengan apa yang baru diketahuinya.

Kira terkilan sedikit. Kenapa Hafiz tak beritahu dia ajk kelab?

‘awak junior ya? Baguslah awak jumpa kitorang. Jom la, kita jalan sekali.’ Tegur seorang perempuan di sebelah Iman ramah. Kira tersenyum. Menyembunyikan resah di hati.

‘ya Allah, leganya saya. Risau pulak saya takut….’ Hampir dia mahu tersebut nama Hafiz, dia tidak meneruskan bicaranya.

‘takut apa?’ Tanya Iman lagi.

‘eh, tak, tak ada apa-apa. Takut you all tak tau kat mana dewan tu.’ Dalih Kira. Dia sedar Hafiz merenungnya tajam.

‘alah, takkan lah tak tau. Eh, jom. Kita dah lambat ni. Nanti budak-budak lain dah datang kita tak ada lagi.’ Iman mengingatkan lalu dia meneruskan langkahnya kembali.

Kira berjalan beriringan, dia di sebelah kiri Iman, di antara Iman dan perempuan tadi dan Hafiz di sebelah kanan Iman.

‘saya Rohani, panggil je Kak Ani.’ Huluran tangannya bersambut.

‘saya Kira Ayumi. Junior multimedia.’ Ujar Kira memperkenalkan diri.

‘oh, macam mana kenal Iman?’

‘dia tolong saya semalam dengan loker kat library. Tadi saya dah berpusing-pusing lama kat situ cari dewan kuliah 5 tak jumpa-jumpa. Bila Nampak dia, memang rasa terselamat sangatla. Tak sangka pula korang pun semua nak pergi sana. Memang rezeki baik.’ Ujar Kira riang.

‘memangla, kawasan sini kecik je, so dia bersimpang siur sikit. Kalau tak biasa memang susah.’ Jelas Kak Ani ramah.

Dalam dia rancak berbicara dengan Kak Ani, Kira dapat mendengar suara Hafiz dan Iman berbincang. Apa jawatan dia agaknya? Kira meneka-neka sendiri.

Sampai di dewan yang Cuma lebih besar sedikit dari makmal computer fakultinya itu, Kira terpaku sebentar, tidak tahu mahu duduk di mana. Kelompok yang diikutinya tadi seorang demi seorang mengambil tempat di bahagian depan kecuali Hafiz, yang turut terpaku di sebelahnya.

Dewan itu belum dipenuhi lagi, mungkin hanya baru suku dewan yang dipenuhi.

‘awak nak duduk mana?’ Tanya Hafiz perlahan. Tetap tidak memandang wajah Kira, seolah-olah dia sedang berbicara sendiri.

‘hah? Err, tak tau lagi. Awak, pergi la. Iman cari awak tu.’ Tegur Kira apabila melihat Iman menjeling-jeling mereka.

‘ok, saya pergi dulu.’ Ujar Hafiz lalu beredar ke tempatnya. Kira melihat susuk itu dari belakang. debaran di dada bertambah hebat.

Mungkin kerana mereka tidak boleh bertemu dan berbicara selalu, dia resah mendengar suara Hafiz. Lepas rindu? Mungkin juga.

Kira mengambil tempat beberapa baris di belakang barisan Hafiz. Sengaja supaya dia dapat memerhati Hafiz lebih dekat. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia duduk betul-betul di belakang Hafiz tapi memikirkan situasi tidak mengizinkan, dia memilih jalan selamat.
10 minit kemudian, majlis bermula dan mereka diperkenalkan dengan ahli jawatankuasa tertinggi kelab dan barulah Kira tahu Hafiz merupakan naib presiden kelab. Patutlah sibuk sangat dengan Iman. Dia membuat andaian sendiri.

Iman memberi ucapan di hadapan, dan Kira perasan anak matanya kerap kali melekat ke arah Kira. Mungkin kerana mereka mengenali satu sama lain, jadi Kira tidak begitu ambil pusing dengan hal itu.

Dari ucapan Iman, tahulah Kira yang tidak berapa lama lagi akan diadakan pameran fotografi dan semua ahli digalakkan menyumbang hasil kreativiti mereka dengan mempamerkan gambar-gambar di pameran itu nanti.

Begitu bersungguh-sungguh Iman memberi ucapannya. Patutlah jadi presiden. Andai Kira.
Terdapat juga beberapa aktiviti menarik yang telah dirancang oleh kelab itu. Selesai taklimat, semua ahli kelab dijemput ke tempat jamuan kerana ada jamuan ringan yang telah disediakan untuk semua ahli kelab. Kira teragak-agak hendak pergi kerana dia berseorangan. Hendak mengharapkan Hafiz duduk dengannya menemaninya langsung mustahil.

Kira melihat kelibat Hafiz dari jauh yang kelihatan sibuk dengan beberapa orang temannya yang lain. Kira mengambil keputusan mahu beredar terus. Baru sahaja dia mahu melangkah keluar dari dewan Iman memanggilnya dari jauh.

Kira menoleh. Tidak sangka ada yang memerhatikannya. Iman mendapatkan Kira yang masih bersahaja. Kan bagus kalau Hafiz yang datang dekat aku?

‘awak nak pergi mana?’ Tanya Iman.

‘err, balik.’

‘tak makan dulu?’

‘tak apa lah, kawan saya tunggu.’ Dalih Kira. Sebenarnya dia lebih risaukan Hafiz kerana dia menyedari yang Hafiz kini sedang memerhatikan mereka.

‘sampai hatinya awak tak nak makan dulu. At least come for me, the president of the club?’ ajak Iman lagi. Kira terjerat.

Kalau nak diikutkan, memang dia patut menghormati tindakan Iman yang mengajaknya secara peribadi. Tapi dia risau pula dengan Hafiz. Melihat Iman yang masih menanti jawapannya, Kira akhirnya mengangguk. Lambat-lambat dia mengikut langkah Iman.

Mereka menyertai kumpulan besar itu ke tempat jamuan tidak berapa jauh dari dewan kuliah 5. Hafiz berjalan di belakang Kira yang beriringan dengan Iman.

‘awak budak multimedia kan?’ Tanya Iman.

Kira mengangguk.

‘haah, kenapa?’

‘samalah dengan Hafiz, naib kelab kita.’ Iman pantas menarik Hafiz berjalan bersama mereka, seakan-akan mahu mengenalkan mereka. Hafiz dan Kira masing-masing terkulat-kulat, menggaru kepala yang tidak gatal.

‘korang tak kenal ke?’ Tanya Iman. Kira tidak tahu jawapan apa yang patut diberikan tapi riak Hafiz bersahaja.

‘aku kenal dia lah. Kan aku pembantu orientasi dulu? Tapi kenal macam tu je la.’ Jawab Hafiz bersungguh-sungguh.

Iman mengangguk-angguk. Kira melepaskan nafas lega.

‘mujurlah, kalau tak melepas aku.’ Ujar Iman bersahaja.

Kira tersentak. Hafiz juga kelihatan terkejut dengan kenyataan itu tapi cepat dia mengubah ekspresi wajahnya. Kira mengalih pandang. Tidak tahu apa lagi yang patut dibicarakan. Sepi menyelubungi suasana antara mereka bertiga.

Mereka tiba di tempat jamuan. Hidangan kuih-muih, bihun goreng dan air sirap sudah tersedia di atas meja panjang.

Kira berdiri tegak. Tidak tahu apa yang patut dibuatnya. Debarannya tadi masih terasa. Hafiz dan Iman sudah mengambil makanan. Iman mengambil dua gelas lalu diisi dengan air sirap. Dia menghampiri Kira lalu diberikan dua gelas di tangannya. Kira tergamam seketika hinggakan dia lupa untuk menyambut gelas-gelas itu.

‘Kira, awak pergi duduk dulu mana-mana, nanti saya bawakan makanan.’ Kira teragak-agak menyambut gelas-gelas itu. Hafiz….

Seketika, pandangannya menangkap mata Hafiz yang memerhatikannya. Hafiz jelas tidak ceria namun dia tetap mengukir senyum buat Kira. Resah Kira berkurangan apabila melihat senyuman itu. Sekurang-kurangnya dia tahu Hafiz memahaminya.

‘eh Kira, tak duduk lagi?’ Kira gelabah. Terlupa pula dia nak mencari tempat duduk. Dia mengekor sahaja Iman ke sebuah meja. Mereka duduk berhadapan.

Sebaik mereka duduk, Iman bersuara sedikit kuat, memanggil Hafiz dan Kak Ani supaya menyertai meja mereka.

Sangkanya Hafiz akan menolak namun dia terkejut apabila Hafiz melabuhkan punggung di sebelahnya. Iman yang melihat perangai spontan Hafiz itu bergurau.

‘hai Hafiz, advance dari aku Nampak?’ Hafiz Cuma ketawa kecil. Kira menggelabah namun Hafiz kelihatan bersahaja.

‘duduk sebelah pun tak boleh susah ni.’ Jawab Hafiz pula, membalas gurauan Iman. Kak Ani pula tiba dan mengisi kosong di sebelah Iman.

‘amboi amboi Kira. Jadi rebutan dua jejaka paling hot kat kolej ni ek? Well, you better be prepared.’ Usik Kak Ani. Kira tersengih-sengih. Rimas pula dengan situasi itu.

‘mana ada la kak. Kawan biar beribu, bercinta biar satu.’ Jawab Kira pula. Hafiz menyisip airnya perlahan. Seakan mendalami kata-kata Kira.

‘betul apa awak cakap.’ Ujar Iman, bersetuju benar dengan Kira.

‘dengar tu Hafiz. Bercinta biar satu!’ ujar Iman kepada Hafiz. Kira yang sedang menyuap bihun goreng terhenti mendengar usikan Iman. Hafiz masih bersahaja mengunyah karipap.

‘memang lah aku ada sorang je awek. Bila masa pulak aku ada banyak girlfriend?’ tingkah Hafiz. Kira di sisi mengunyah perlahan.

Iman mengangkat bahu.

‘jangan tambah lagi la. Kalau kau tak nak kena dengan awek kau yang sorang tu.’ Ujar Iman mengingatkan.

Hafiz jelas tidak selesa dengan hal itu. Kira juga begitu.

‘taulah aku.’ Jawab Hafiz.

Saat itu, Kira berharap benar ada sesuatu menyelamatkannya dari situasi yang menyesakkan itu. Kak Ani diam sahaja menikmati makanannya.

Saat itu, seakan tahu-tahu sahaja kehendak hatinya, telefonnya menjerit-jerit meminta diangkat.

Kira melihat nama pemanggil. Syaf! Selamat aku!

‘helo,’

‘helo Kira,’ belum habis Syaf berbicara, Kira memotong cakapnya.

‘alamak Syaf! Aku lupa la janji kita. Kejap ya, aku balik sekarang, tunggu aku tau.’ Ujar Kira.
Dalam hatinya dia berharap Syafni mengikut rentaknya.

Talian dimatikan. Mesti Syaf pening.

‘dah nak balik ke?’ Tanya Iman. Hafiz mendengar sahaja.

‘haah, saya lupa la ada janji dengan kawan. Saya balik dulu. Iman, Kak Ani, err, Hafiz, thanks a lot. Jumpa lagi.’ Dia bingkas. Senyuman lebar terukir di bibirnya. Lega.

‘ok, I’ll call you.’ Ujar Iman.

‘hah?’ terlopong Kira.

Iman tersenyum.

‘rileks, Kira. Go on, your friend is waiting.’ Iman mengingatkan. Kira menjeling Hafiz sekilas.
Ah, apa-apa je lah. Dan dia terus beredar pulang sambil jarinya ligat mendail nombor Syaf kembali.

Malam itu, tiada mesej dari Hafiz. Kira resah sendiri. Amat berharap Hafiz memahaminya.

Keesokannya, sebaik pulang dari kelas, dia menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

‘helo,’

‘hi Kira. Saya ni, Iman.’

‘oh awak. Ada apa?’

‘awak busy ke?’

‘eh, tak, baru habis kelas. Kenapa?’

‘saya ingat nak ajak awak pergi satu tempat petang ni. Kita tak berdua. Ani ada and awak boleh
ajak kawan awak.’

‘err, saya tak pasti lagi la. Nanti saya cakap lain boleh?’

‘ok. Take your time. Hope to see you later.’

‘ok, bye.’

‘bye.’

Kira menggenggam handphonenya kejap. Syaf yang baru tiba dari tandas hairan melihat wajah Kira yang seperti ayam berak kapur.

‘kau kenapa?’

‘Iman, ajak kita pergi somewhere petang ni. Awak nak ikut? Kalau awak tak nak ikut, saya tak nak pergi.’

Mereka beriringan menuju ke medan selera. Syafni menjungkit bahunya.

‘no hal. Jom la.’ Ujar Syafni bersahaja.

‘ok.’

Settle satu orang. Seorang lagi. Hafiz. Macam mana nak beritahu dia pula?

Kira tekad. Dia akan menghantar mesej kepada Hafiz untuk memaklumkan kepada Hafiz dan meminta izinnya juga.

Awak, Iman ajak saya keluar petang ni, tapi katanya ani pun ada. Syaf pun ikut. Boleh saya pergi?

Tiada balasan. Kira resah. Sehingga ke petang itu tiada balasan dari Hafiz yang diterimanya. Nak pergi ke tak? Syafni sudah bertanya mahu memastikan betul-betul sama ada mereka akan keluar atau tidak. Kira tidak tahu apa yang patut dijawabnya.

Iman juga sudah menghantar beberapa mesej meminta kata putus Kira. Kira resah.

Dia tidak mahu pergi tanpa kata dari Hafiz kerana dia tidak mahu Hafiz fikir lain nanti. Namun Syafni dan Iman juga meresahkannya. Mendesaknya memberi jawapan secepat mungkin. Masa yang dijanjikan semakin menghampiri. Hafiz, balaslah mesej! Jerit hati kecil Kira.

p/s: ok, pilihan anda:

  • A ~ Kira tak pergi
  • B ~ Kira pergi juga

Kali ni dua je pilihan anda. hehe, undi jangan tak undi!

2 comments:

  1. kalau dia sygkan perhbgn dai ngan hafiz better tak payah pergi... if else tak tahula... lelaki kekdg kuat cemburu.. hehehe, sory guys...

    ReplyDelete
  2. ala..ape susah pergi je
    xyah bagitau..ingat dah kawen ke nak mintak2 izin..banyak cekadak lak..
    kalo aku jd kira x kuasa ar den nk bgtau mane den pergi..mcm terkongkong la pulak
    sesekali kene ajar gak lelaki ni
    nak test dorg jeles ke x..
    hehehe..jahatnyer aku :p

    ReplyDelete