About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Sunday, March 22, 2009

Our Love @ Sernik

Disember 2004

Sarina bekerja pantas. Hidangan yang diminta pelanggan perlu disiapkan secepat mungkin.

“Salim, cepat bakarkan saya udang galah tu.”

Salim, pembantu chef kepada Sarina pantas bekerja mengikut arahan Sarina. Pembantu-pembantu chef yang lain juga sibuk dengan kerja masing. Pelayan restoran keluar masuk dari dapur itu mengambil dan menghantar hidangan. Pemilik restoran, Puan Salima menjengahkan kepalanya melihat suasana dapur restorannya itu. Semuanya terkawal. Dia tersenyum lega.

Dia mengalihkan perhatiannya kepada pelanggan-pelanggannya yang sedang menikmati hidangan di ruang makan. Dia menegur seorang dua pelanggan tetapnya bagi mendapatkan pendapat mereka tentang makanan yang dihidangkan. Begitulah rutinnya setiap hari. Dia sentiasa memastikan kepuasan pelanggannya menjadi keutamaannya. Sedang dia berlegar-legar di situ, tiba-tiba kedengaran riuh rendah di bahagian belakang ruang makan tersebut. Lantas dia menghampiri mereka untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Dia tidak mahu selera pelanggan lain terganggu kerana perkara yang remeh-temeh.

Dari jauh kelihatan seorang pelayan sedang dimarahi seorang pelanggan lelaki.

“Kan saya dah mintak bakarkan lebih lama sikit? Awak tak faham ke? Sekarang pergi tukar hidangan ni. Saya takkan makan yang ni ok?” marah lelaki itu.

“kenapa encik? Saya pemilik tempat ini. Maafkan saya kalau ada yang tak memuaskan hati encik.” Ujar Puan Salima lembut. Hati pelanggan mesti dijaga. Lelaki itu mendengus. Perempuan yang duduk bersamanya di meja itu bingkas. Mungkin sudah tidak tahan malu dengan sikap lelaki itu sebentar tadi.

“Puan, maafkan saya. Dia memang begini. Sebenarnya tadi kami dah mintakan udang ni dibakar lama sedikit tapi kami masih dapat hidangan yang dibakar biasa. Bukan apa puan, dia alah dengan benda yang dimasak begini. Perutnya akan meragam. Tapi pelayan ni tak mahu pulak pergi tukar. Itu yang dia marah betul tu.” Jelas perempuan itu panjang lebar. Lelaki itu cuma menjeling tajam.

“Oh begitu. Tak apa, saya sendiri yang akan dapatkan yang baru. Sebentar ya.” Puan Salima lantas memberi isyarat kepada pelayan yang dimarahi tadi agar mengikutnya. Pelayan itu menurut sahaja.

“kenapa awak tak ikut cakapnya tadi? Tukarkan sahaja, kenapa nak malukan saya macam ni?” marah Puan Salima namun suaranya masih terkawal.

“Saya takut nak tukarkan sebab Cik Sarina kan..” dia tidak menghabiskan ayatnya.

Puan Salima mengeluh. Fahamlah dia. Dia memang sudah faham benar dengan perangai Sarina. Dia memang seorang chef yang bagus tetapi satu sikapnya ialah dia tidak mahu orang mencampuri hal urusan memasaknya. Sekiranya ada yang mengadu akan kebiasaannya dalam memasak apa-apa hidangan, dia pasti akan naik angin. Katanya, you’re not me! Itulah ayatnya jika ditegur.

Mereka masuk ke dapur. Puan Salima menghampiri Sarina. Risau juga dia mahu memulakan.

“Sarina, saya tahu udang tu bagus dimasak begitu tapi ada seorang pelanggan nakkan udang tu dimasak lebih lama. Awak fahamkan?” Sarina mengangkat mukanya. Tangannya dilapkan di kain lap sambil matanya masih merenung Puan Salima. Kerjanya terganggu, hatinya sakit. Semua yang memandang tergamam. Habisla, masing-masing berbisik.

“meja mana?” tanyanya tegas. Puan Salima tidak menjawab. Sarina menarik kasar kertas tempahan dari tangan Puan Salima.

“Sarina, don’t act ridiculous. Stay here. Do as I say.” Puan Salima bersuara tegas namun belum sempat dihabiskan ayatnya Sarina sudah keluar dari dapur mencari meja yang dimaksudkan.

Dia melangkah pantas ke meja itu, di tangannya udang mentah yang masih belum dibakar.

“Nah!” diletaknya udang itu betul-betul di tengah table for two itu. Lelaki dan perempuan itu tergamam seketika. Di pintu dapur para pekerja sudah berkumpul mahu melihat adegan yang sedang berlaku itu. Pelanggan lain juga memandang kehairanan. Lakonan apa pulak yang nak ditayangkan ni? Mungkin itu yang berada di fikiran mereka.

“awak nak sangat kan udang yang di bakar lama-lama? Ambiklah udang ni, saya bagi free, awak BAKAR SENDIRI!” tegas Sarina, suaranya ditekankan di hujung ayatnya. Lantas dia berpusing mahu berlalu dari situ. Lelaki itu merasa tercabar, pantas dia bangun sehingga kerusinya jatuh ke belakang.

“hei perempuan gila! Kau ni sapa ha? Kalau setakat kerja restoran cabuk macam ni kau ingat aku kisah ke ha? Kalau aku nak bakar sendiri aku tak datang sini la bengong!” tengkingnya kuat. Puan Salima berlari pantas kearah Sarina yang sudah berpusing kembali menghadap lelaki itu.

“hei lelaki bangang! Tempat ni tempat terhormat! Tak ada ruang untuk lelaki tak beradab lagi sengal macam kau ni! Baik kau pergi sebelum aku panggil polis!” harap muka je hensem! Perangai cam setan! Getus Sarina di dalam hati.

“eh, aku ni pelanggan kau. Aku berhak mintak apa yang aku nak!”
“dan aku sebagai ketua chef di sini berhak tetapkan criteria makanan yang aku nak sediakan!”

“oh, chef..kau nak tau tak? Kaulah chef paling gila aku pernah jumpa! Tau! Kau tak layak jadi chef la!”

“dan kau lelaki paling gila aku pernah jumpa! You are not me! Don’t question my credibility as a chef here!” masing-masing terdiam. Memandang tajam ke arah satu sama lain. Puan Salima yang baru tiba pantas menolak Sarina ke belakangnya, mengelakkan lagi pertengkaran mulut yang akan meletus. Lelaki itu merengus. Perempuan yang bersamanya sudah membetulkan kembali kerusinya yang jatuh sambil memintanya duduk.

“puan, saya mintak maaf. Adik saya ni tak pernah macam ni.” Lelaki itu merengus kuat. Marahnya masih membara.

“saya pun mintak maaf. Anak saya memang macam ni. Saya cadangkan cik bawak je adik cik pergi ke restoran lain. Anak saya takkan biarkan je dia. Saya minta maaf sangat-sangat. Bukan nak menghalau tapi demi kebaikan bersama. Saya mintak maaf sangat-sangat. Minuman dan makanan cik tak payah bayar. Saya halalkan.” Puan Salima terus-terusan meminta maaf. Dia malu dengan sikap Sarina. Sarina memalingkan mukanya. Meluat betul hendak melihat wajah lelaki gila itu.

“baiklah, saya pun rasa macam tu.” Perempuan itu lantas mencapai tas tangannya dan menarik lelaki itu bangun.

“saya mintak maaf sekali lagi puan. Kami pergi dulu.” Ujarnya seraya menarik tangan lelaki itu pergi dari situ. Sempat Sarina dan lelaki itu menjeling antara satu sama lain.

*********

“what was that Sarina? I told you, if Sarina buat pasal lagi, mama takkan teragak-agak hantar
Sarina kerja dengan orang lain! Itu yang Sarina nak ke?” marah Puan Salima. Hanya mereka berdua di dalam pejabat kecilnya di belakang restoran itu.

Sarina mendengus perlahan.

“mama, he started it!”

“Sarina! How many time must I told you! Our guests are honorable people! They are the king! We must serve them up to their wants Sarina! Why can’t you stop being so childish? I’m tired you know. Mama malu dengan pelanggan tetap kita! Because of your ridiculous attitude! Bila Sarina nak berubah? Apa lagi yang tak cukup? Satu hari nanti this business will be passed down to you tapi mama rasa macam tak sanggup nak tinggalkan dunia ni dengan sikap Sarina yang macam ni. Sampai bila? Sampai bila Sarina sampai bila?” Suara Puan Salima mula merendah nadanya. Ada kepiluan yang menyusul. Sarina bingkas bangun dan memeluk ibunya yang sudah terduduk menongkat kepalanya.

“mama, you are not me. You will never understand me mama.” Ada sendu yang menyusul suaranya.

*************

Disember 2000

Sarina berlari-lari anak ke dapur kek yang disediakan oleh pihak kolej itu untuk kemudahan pelajar-pelajar mereka. Dia sudah terlambat. Pasti dimarahi lagi nanti. Ah! Tak kisah lah. Aku datang nak tengok muka dia je. Dia tersenyum sendiri.
Pintu diketuk. Di dalam, jejaka itu berdiri membelakangkan pintu.

“jangan masuk. Awak lambat lagi.”

“Rizal, I’m so sorry. Tak sedar alarm bunyi. Malam tadi saya tidur lambat sangat.” Dia memberi alasan.

“apa awak buat? Bergayut dengan pakwe sampai macam tu sekali?” sinis sahaja nadanya. Sarina tersenyum. Gurauan yang biasa didengarinya dari lelaki itu. Dia masuk perlahan dan meletakkan bungkusan di tangannya ke atas meja kecil di situ. Kemudian dia menghampiri sebuah meja yang agak besar di situ.

“tak la, saya carikan something untuk pakwe saya sampai lewat sangat malam tadi baru jumpa. Almaklumla, benda yang dia nak tu susah nak dapat tapi saya sanggup dapatkan untuk dia sebab saya tau dia suka guna bahan ni untuk buat kek. Tapi, kalau dia nak saya balik, tak pe la. Saya akan balik. Kirim salam kat pak we saya. Cakap kat dia, saya sayang sangat dia. Bye.” dia berkata demikian seraya menundukkan badannya berlindung di balik meja itu. Padan muka kau!

Pantas lelaki itu berpusing, berlari ke pintu apabila melihat gadis itu sudah tiada.

“Sarina!” hairan. Sekejap je dah hilang. Dia keluar dari dapur itu. Mencari-cari wajah kesayangannya.

“Sarina!” kedengaran lagi jeritannya.

Sarina di belakang meja sudah berdiri menahan tawa. Hah, marah-marah lagi. Baru tau nak cari!
Seketika lelaki itu kembali semula ke dapur. Mukanya ditundukkan. Menyesal tak sudah. Sarina berdiri tenang di sisi meja kecil tadi. Dia tersenyum lebar seraya berkata,

“Saya rasa macam ada orang jeritkan nama saya lah tadi. Awak dengar tak?”
Mendengar suara itu wajahnya diangkatkan lantas senyum nipis diukir. Licik betul perempuan ni.

“saya mintak maaf ok? Awak pun tau kan saya tak suka orang tak tepati janji.” Rizal bersuara sayu. Sarina tersenyum manis.

“yela cik abangku. Saya dah cakapkan, saya carikan something untuk awak semalam. Tu yang balik lambat and tidur lambat. Awak tak nak tengok apa yang saya belikan tu? Buka la kotak tu.” Ujar Sarina. Rizal menggeleng sambil tangannya mencapai kotak tersebut.

“awak ni kan, ada-ada je yang nak dibuat tau. Kenapa awak keluar lewat malam? Sini bukan tempat kita. Sorang pulak tu. Kan bahaya?” marah Rizal. Sarina tersenyum lagi.

“bila masa pulak saya kata saya gi sorang? Pakwe jepun saya temankan saya la.” Usik Sarina lagi.

“siapa? Sano? Mujur dia tak culik awak ke, sorokkan awak kat mana-mana ke. Kalau tak mana saya nak cari awak?” ujar Rizal, berpura-pura marahkan Sarina. padahal dia kenal Sano yang sememangnya teman rapat mereka berdua di sini. Di sebuah kolej masakan yang jauh dari tanah air.

“kalau saya hilang kita jumpa je la kat akhirat nanti. Apa susah?” Sarina ketawa kecil. Nak bergurau sangat. Rasakan.

“awak, apa cakap macam tu? Tak baik tau.” Berubah air muka Rizal mendengar kata-kata Sarina itu tadi. Sarina senyum lagi.

“ok,ok. Saya tak cakap macam tu dah. Sorry la. Puas hati tuan besar?” ujar Sarina. Rizal tersenyum melihat keceriaan gadis itu.

“eh, ni cheese biasa je. Apa yang istimewanya?” kata Rizal, hairan melihat ketulan cheese di dalam kotak yang dibawa Sarina.

“memangla biasa pada awak tapi tak pada saya. Susah tau saya nak dapatkan cheese ni. Saya ni kan susah nak bangun pagi. Bukak mata je teringat awak suruh belikan cheese. So apa lagi berlari la saya pergi beli. Sebab tu saya lambat tadi.” Sarina bercerita penuh semangat sambil mampamerkan wajah sedih yang dibuat-buat. Berharap dia tidak dimarahi kerana telah menipu Rizal.

“ish, apa nak jadi la dengan anak dara cik Salima yang sorang ni. Liat betul bangun ye. Tu la, lain kali tidur awal. Berapa kali nak cakap? Habis tadi pergi dengan Sano ke?” Marah Rizal seraya bergurau.

“sorang la. Ingat saya budak kecik ke, tak biasa merayau-rayau kat sini. Macam tak biasa je. Ala, saya beli kat kedai depan tu je.” Ops! Terlepas cakap!

“habis, kenapa lambat sangat? Kedai depan tu bukan jauh sangat.” Terbeliak mata Rizal mendengar kata-kata Sarina.

“err, saya...saya...sembang dengan anak laki makcik kedai tu. Awak jangan marah ye?” Sarina mula risau.

Anak tuan punya kedai itu amat tidak disukai Rizal kerana matanya yang galak dan setiap kali mereka berkunjung ke situ mencari bahan, pasti dia akan melayan Sarina melebihi orang lain. Pada Sarina, itu perkara biasa tetapi tidak pada Rizal. Dia cemburu dan jelik melihat lelaki itu.

“awak, kan saya dah cakap saya tak suka dia. Kenapa awak tak faham?” mukanya dialihkan ke arah bertentangan, memandang jauh.

Sarina mula serba salah. Macam mana boleh terlepas cakap tadi? Nak buat macam mana ni? Dia menghampiri Rizal, memandang tepat ke dalam matanya.

“Rizal, saya mintak maaf sangat. Ok, saya janji saya takkan, dengar ya, TAKKAN bercakap lagi dengan dia. LANGSUNG. Ok?” ujarnya seraya mengangkat sebelah tangan seakan-akan bersumpah. Rizal tergelak kecil. Pandai betul memujuk.

“baiklah tuan puteri. Oleh kerana hari ni tuan puteri dah buat salah, hari ni tuan puteri yang kena buatkan saya sernik tu. Deal?” kata Rizal mencabar Sarina. Sarina mengeluh.

“okla,okla, saya buatkan kali ni. Kenapa awak suka sangat sernik ni? Tak bosan ke? Asyik-asyik yang ni je. Kita kan dah belajar banyak benda.” Sarina merungut. Hakikatnya, dia memang malas mahu memasak langsung. Tapi, kenapa pula dia boleh tersasar di kolej masakan ni?

Giliran Rizal tersenyum panjang.

“sebab sernik ni macam awak dan saya. Gabungan dua rasa yang berlainan tapi hasilnya, perfect. Rasanya sangat mengasyikkan. Sebab tu saya suka.” Rizal merenung wajah Sarina yang masam. Marahlah tu. Sengaja dia mahu mengusik. Dia tahu benar Sarina tidak suka memasak langsung.

“yela, yela, apa-apa je la awak.” Dia sudah mula mengeluarkan tepung untuk diadun untuk dibuat sernik. Kek yang mempunyai gabungan lemon dan keju sebagai toppingnya.

“amboi masamnya muka. Dah la, pergi duduk sana. Biar saya buat. I don’t want to compromise with my cooking ok?” Arah Rizal. Pantas tangannya mengambil mangkuk adunan dari tangan Sarina. Sarina tersenyum lebar.

“betul? Sayang awak!” luah Sarina agak kuat.

“tau!” jawab Rizal seraya menjeling Sarina nakal.

Pantas Sarina pergi mendapatkan sebuah kerusi tidak jauh dari meja itu dan duduk. Memerhatikan Rizal membuat setiap kerja dengan teliti dan cekap. Kagum dia dengan Rizal. Rizal sangat tekun jika perkara itu melibatkan masakan. Dia sanggup bertegas dengan Sarina jika Sarina melakukan sesuatu sambil lewa dan tidak mengikut arahan yang diberikan pensyarah. Baginya, setiap masakan yang dibuat perlu mematuhi peraturannya supaya rasanya terjamin dan nikmat masakan itu yang ingin disampaikan kepada orang yang memakannya tercapai.

“apa pandang-pandang?” tanya Rizal dengan suara yang agak kuat. Sarina tersentak. Melamun la pulak.

“tak pandang awak pun. Pandang cheese tu.” Ujar Sarina pula. Malu tertangkap oleh Rizal.

“ye ke?” seraya itu dia mengambil segenggan tepung lalu dicampakkan ke arah Sarina. Tidak sempat meneka tindakan itu, Sarina terbatuk-batuk menahan rasa tepung itu yang telah memasuki mulut dan rongga hidungnya. Rizal ketawa terbahak-bahak melihat rupa Sarina yang sudah seperti hantu tepung itu.

“Rizal!” jerit Sarina. Pantas dia mengejar Rizal pula dengan segenggan tepung di tangannya. Rizal yang sudah bersedia untuk membuka langkah seribu berlari pantas menjauhi Sarina. Hasil dari itu, petang itu, kerja mereka bertambah. Terpaksa membersihkan dapur itu semula selepas penat berbaling-baling tepung disamping menikmati sernik yang dibuat Rizal.

*************

Disember 2004

“Sarina buat hal lagi? “ tanya Encik Sazali kepada Puan Salima. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Puan Salima mengeluh perlahan.

“entah la bang long. Saya pun dah tak tahu nak buat apa dengan dia. Sejak kematian Rizal 2 tahun lepas, macam tu lah dia. Asyik sangat dengan dunianya sampaikan pelanggan pun nak diambil hati. Pantang masakannya ditegur. Saya risau betul. Bisnes baru nak baik. Nak gantikan dengan chef lain, saya kesian pulak tengok dia nanti tak ada apa nak buat.” Luah Puan Salima. Hatinya sedih melihat anak tunggalnya yang berubah menjadi begitu sejak kematian Rizal, tunangnya.

“memang dia betul-betul terkesan dengan kematian Rizal. Dulu pun dia nak masuk kolej tu sebab Rizal pun di situ kan? Bukan sebab dia nak pun. Sekarang bila Rizal dah tak ada, dia macam nak sambung pulak cita-cita Rizal yang tak kesampaian tu. Nasib la. Abang pun dah tak tau nak buat apa Ima. Berdoa je la, semoga hatinya akan terbuka untuk hidup macam dulu balik. insyaAllah. Dia akan baik la tu nanti.” Ujar Encik Sazali meyakinkan adiknya. Puan Salima cuma mengangguk lemah. Amat berharap apa yang dikatakan abangnya itu menjadi kenyataan.

**************

Sarina duduk memandang tetamu yang tidak putus-putus datang berkunjung sambil menyisip air kosongnya. Penat lelahnya terbayar. Makanan yang dihidangkan sudah hampir habis. Majlis apa ni ya? Mama ni pun tak cakap apa-apa. Dia mengomel sendiri. Kata Puan Salima hari ni restoran mereka ditutup kerana khidmat Sarina telah diminta untuk menjadi chef di sebuah majlis yang dianjurkan di rumah seorang orang kenamaan. Sarina pula mengikut sahaja kerana tugas dia cuma menyediakan makanan. Ibunya pula tidak kelihatan sejak mereka sampai tadi.

“sorang je?” hampir terlepas gelas Sarina dari tangannya.

“kenapa tak join the party?” tanya suara itu lagi. Sarina mendongak melihat empunya suara. Alamak! Mamat sengal hari tu!

“apa lagi yang awak nak complain hari ni? Buah tu tak cukup segar? Or nasik tu nak dihanguskan lagi?” sindir Sarina.

Lelaki itu tersenyum nipis. Lantas dia melabuhkan punggungnya di sebelah Sarina.

“may I join you?”

“you have already joined me without asking. Lagipun, ni bukan restoran saya. Kalau restoran saya, saya dah halau awak balik dah.” Ujarnya lagi sinis. Dia menyisip lagi minumannya. Lelaki itu tersenyum lagi. Tidak langsung dikisahkan ayat-ayat sinis Sarina tadi.

“saya nak minta maaf pasal hari tu. Sebenarnya hari tu saya agak stress pasal business. Dan perut saya pulak meragam dua tiga hari. So, saya tension sangat bila udang yang saya teringin sangat nak makan tu disediakan tak ikut kehendak saya. Entahla. Saya pun tak tau kenapa saya boleh jadi kurang ajar sangat hari tu. Saya mintak maaf cik Sarina. awak maafkan saya?” Sarina terdiam.

Patutnya dialah yang meminta maaf. Lelaki itu pelanggan, namun motto baru hidupnya yang telah dipegang sejak kematian Rizal membuatkan dia begini. Don’t ever compromise with your cooking! Sarina mengeluh perlahan. Rizal, kalaula awak ada sekarang... Dia mengeluh perlahan.

“tak baik mengeluh. Orang kata mengeluh ibarat nak salahkan takdir. By the way, saya Zhafran.” Dia menghulurkan tangannya. Sarina cuma memandang sepi.

“mintak maaf, haram la kita bersentuh.” Ujar Sarina seraya tersenyum kecil.
Tangannya ditarik kembali. Tersenyum sendiri. Malu dengan Sarina.

“saya pun nak minta maaf kat awak sebab... err... sindir awak tadi. And jugak marah kat awak hari tu. Saya...” teragak-agak Sarina menghabiskan bicara.

“tak apa. Saya dah maafkan. I know why you are like that.” ujar Zhafran, agak perlahan.

“apa awak cakap?” tanya Sarina.

“oh, tak ada apa-apa. Saya maafkan. So sekarang kosong-kosong lah ye.” Zhafran berkata sambil tersenyum nipis. Sarina turut senyum. Pandai lelaki ini berbicara.

“boleh tahan ye awak marah hari tu. Boleh saya tanya?” tanya Zhafran.

“tanya apa?”

“awak rugi tak hari tu? Sebab kita bergaduh?”

“tak pun sebab lepas tu masih ada pelanggan datang.”

“tak, bukan sebab pelanggan. Saya musykil la. Udang-udang kat situ tak lari masuk laut ke? Yela, ketua diorang di bawa keluar dapur. Diorang tak takut ke lepas tu awak akan bawak diorang keluar pulak?” soal Zhafran.

Wajahnya dikerutkan seakan-akan sedang berfikir sedalam-dalamnya. Sarina melopong. Dia terdiam seketika cuba menangkap maksud bicara Zhafran. Apabila melihat wajah Sarina yang berkerut-kerut, Zhafran ketawa. Ketika itu barulah Sarina mengerti yang Zhafran ingin memainkannya.

“oo, awak perli saya ya?” tingkah Sarina apabila menyedari maksud sebenar Zhafran berbicara begitu. Mereka ketawa serentak. Zhafran merenung wajah itu. Kan manis ketawa macam ni. Patutla dia terpikat.

“saya nak tanya lagi. Awak tau tak sejenis kek, namanya sernik. Tau?” soal Zhafran bersungguh-sungguh.

Matanya merenung wajah Sarina dalam. Cuba mencari sinar ceria di wajah itu. Mendengar nama itu, Sarina terdiam kembali. Wajahnya berubah.

“saya minta maaf, saya dah lupa la. Saya ada kerja tadi. Saya pergi dulu.” Bohong Sarina seraya bingkas meninggalkan Zhafran yang termangu-mangu. Reaksi itu sebenarnya sudah dijangkakan. Sarina, aku akan menantimu.

***********

Sarina bingung. Dia bermimpikan Rizal lagi. Mimpi yang sama untuk kali ketiga. Rizal datang bersama sebuah diari yang diberi kepada Sarina. Namun, apabila diari itu dibuka, terdapat sekeping gambar, bukan wajah Rizal tetapi seseorang yang tidak dikenali dan wajah itu tidak dapat dilihat dengan jelas. Apakah erti semua ini?

************

“eh, awak buat apa kat sini?” tanya Sarina. hairan melihat Zhafran yang terpacak di kaunter makanannya. Para pekerja yang lain sudah bersiap-siap untuk pulang. Sarina juga sedang bersiap untuk pulang.

“cari awak. Nah.” Ujarnya seraya menghulurkan sebuah kotak yang sederhana besar berikat reben pink. Sarina menyambutnya dengan teragak-agak. Terselit sebuah kad di reben itu.

“ok la, saya balik dulu. Bye. Assalamualaikum.” Ucap Zhafran seraya berlalu keluar dari dapur itu. Sarina tergamam. Pelik lelaki ni. Pantas dia mengambil kad tersebut dan membacanya.

“Sarina, selamat menyambut ulangtahun yang ke-25. Saya sentiasa mendoakan agar semua kebahagiaan di dunia ini menjadi milik awak. Seseorang pernah berkata lemon dan keju adalah dua benda yang mempunyai rasa berlainan namun apabila digabungkan rasanya mengasyikkan. Bagi saya, keju membawa erti masa lampau kita yang sentiasa dikenangkan dan lemon pula masa depan yang menanti. Jika kita mengambil kedua-duanya kita akan dapat merasa nikmat hidup yang merupakan anugerah Tuhan yang tak ternilai ni. Percayalah Sarina, masih ramai yang menyayangi awak dan di luar sana, banyak benda yang menanti untuk diterokai. Semoga awak sentiasa ceria dan berseri seperti berserinya simbolik sernik ini.
Salam sayang,
Zhafran”

Sarina terkedu.

************

“siapa awak sebenarnya?” tanya Sarina. Tegas. Kekusutan mesti dirungkaikan secepat mungkin.

“siapa saya tak penting. Yang penting saya nak awak tau yang arwah Rizal pun akan bersedih kalau dia masih hidup dan melihat awak macam ni.” Angin bayu meniup lembut. Sarina menunduk. Rizal.... Air matanya bertakung.

“Sarina, yang dah pergi biarkan pergi. Jangan ditangisi lagi Sarina. kita yang masih hidup mesti teruskan hidup.” Sarina sudah tersedu-sedu di sisinya.

“awak nak dengar satu kisah? Ada seorang lelaki yang sangat menyayangi isterinya tapi isterinya meninggal dalam kemalangan yang disebabkan oleh dia sendiri. 3 tahun dia hidup macam bangkai bernyawa Sarina. Kesedihannya ditambahkan lagi apabila sahabat baiknya meninggal setahun selepas isterinya meninggal dlm sebuah kebakaran. Namun, dia mendapat semangatnya kembali apabila dia terbaca diari sahabatnya yang terkandung pelbagai rahsia hidup sahabatnya, yang semuanya diilhamkan dari masakan. Sernik adalah makanan kegemaran sahabatnya. Sahabatnya itu anak yatim piatu, tetapi semangatnya kuat. Sedikit demi sedikit, lelaki itu membina kembali semangat hidupnya demi isteri dan sahabat yang telah tiada. Dan akhirnya, dia telah dapat mencipta ‘sernik’ hidupnya sendiri yang mengandungi ‘keju’ dan ‘lemon’ secukup rasa. Dia kehilangan dua insan tersayang tetapi awak cuma kehilangan seorang Sarina. Saya rasa sudah sampai masanya awak cipta sernik awak Sarina. Saya tahu awak boleh, dan awak mampu lakukannya. Kalau tak, masakan arwah Rizal akan meletakkan begitu banyak kepercayaannya kepada awak di dalam diarinya?” Sarina mengangkat muka. Air mata masih bersisa di kelopak matanya.

“jadi awak...” bicaranya dalam sendu. Kini dia memahami erti mimpi itu.

Zhafran cuma diam, tidak menjawab. Direnungnya lautan saujana mata memandang. Mencari-cari cahaya senja yang akan berlabuh.

************

“awak...” suara itu memanggil. Zhafran yang sedang sibuk menulis laporan bulanan terhenti gerakan jarinya. Dia mengangkat mukanya.

“awak nak rasa sernik saya?”

*************

“betul ke rasanya macam ni?” Zhafran berkata dengan nada serius. Sengaja mahu mengusik isteri kesayangannya. Sarina mencebik.

“betullah. Abang apa tahu.” Jawab Sarina bernada merajuk.

“abang tahu la. Kan abang pernah makan sernik ni. Tapi yang ni tak sedap pun.” Usiknya lagi. Wajah Sarina merah padam. Malu dan geram.

“abang, abang apa tahu? You...” belum sempat ayatnya dihabiskan Zhafran sudah menyambung.

“you are not me. Yes, I know sayang. I’m just kidding with you, ok?” dia terus memeluk Sarina dari belakang, memujuk.

“marah ke?” tanya Zhafran lagi.

“tak, geram je!” jawab Sarina pantas.

“kalau macam tu, apa kata...” Zhafran tidak menghabiskan ayatnya, sebaliknya dia mengambil semangkuk tepung yang berbaki hasil dari pembuatan kek itu lalu dicurahkan ke atas Sarina.

“abang!!!!!!!!” jerit Sarina geram. Saat itu Zhafran sudah hilang dari pandangannya. Zhafran ketawa gembira. Dia sudah tidak bermimpi tentang Rizal dan diarinya lagi sejak Sarina menjadi isterinya. Kini dia pasti erti sebenar mimpi itu. Semoga roh Rizal dicucuri rahmatNya.

10 comments:

  1. saya suka ngn cerpen awak.. tahniah...

    ReplyDelete
  2. i luv all of ur cerpen
    cukup rasa,cukup zat, cukup ingredientya
    so sweet...

    ReplyDelete
  3. ini cerpen kedua awak yang saya baca.
    memang menarik. karya awak ada "rasa".
    tahniah dan teruskan menulis
    --missnina--

    ReplyDelete
  4. wow!!! best cerpen ne!!!
    best!!! teruskan usaha awk dlm bidang penulisan yer!!! chaiyok!!

    ReplyDelete
  5. cerpen awk menarik,,
    keep on writing!~

    ReplyDelete
  6. smua cerpen awk menusuk jiwa..
    n smuanya best2..
    satu lg cerpen awk memenuhi citarasa sy..
    n yg plg penting cerpen awk part last mesti hepy ending..yg2 yg sy plg suka..
    tahniahzzz..:)>-

    ~aku insan biasa~

    ReplyDelete
  7. bakat yang tidak pernah kusangka akan diilhamkan padamu,,,...membuatkan aku kagum dengan mu!!!selama ny tidak ku tahu kau punyai bakat terpendam sebegini....g0!g0!chaiyo sis!!!!

    ReplyDelete
  8. maksudnya,zhafran tu kawan baik rizal la?
    agak kebingungan sedikit,mungkin saya terlepas pandang.

    anyway,good job writer !

    ReplyDelete
  9. sy rasa sy nak try recipe sernik fr internet
    or writer ade recipe nyer? hihi

    ReplyDelete
  10. sernik....
    besh...kwn sy yg promotekn blog awk pada sy...
    cerpen2 awk mnarik...
    xnk try wt novel?

    ReplyDelete