‘Iman, saya nak minta tolong sikit, boleh?’ Tanya Kira. Berat hatinya mahu bertanya namun dia tahu, hanya Iman jalan keluarnya sekarang. Iman menghirup baki jus tembikainya.
‘apa dia?’ Kira menarik nafas dalam.
‘saya dah jumpa Hafiz.’ Beritahu Kira. Iman terdiam seketika, merenung Kira yang kelihatan gelisah.
‘dia kat mana?’ Tanya Iman.
‘kat sini, KL.’
‘kenapa awak macam tak happy je? Sepatutnya awak ceria bila dah jumpa dia, kan?’ telah Iman. Kira mengeluh kecil.
‘sebab Syafni dengan dia sekarang. Dan Syafni, sukakan Hafiz.’ Beritahu Kira lambat-lambat. Iman tersenyum kecil, tidak ikhlas kelihatannya.
‘so? Apa yang awak nak saya buat?’ Kira membuang pandang. Kelu lidahnya mahu meminta.
‘saya cakap dengan Syafni, yang saya dengan awak sekarang.’ Kira menatap mata Iman, meminta pengertian Iman. Iman ketawa kecil, tidak percaya.
‘jadi awak nak saya tolong awak berlagak supaya Syafni percaya kita kekasih?’ teka Iman. Kira tidak menjawab, mengiyakan tekaan Iman.
Iman tersandar di kerusi. Merenung Kira tajam. Dia bergerak ke hadapan kembali, mengemaskan duduknya.
‘Kira, stop being an angel. You have helped her a lot. Kenapa sekarang awak nak korbankan cinta awak hanya kerana dia?’ tingkah Iman. Kira menunduk. Pedas bicara Iman, dan benar juga.
‘moreover, you want me to do all this to convince Syafni, am I right?’ Kira diam terus, tidak menjawab sepatah pun.
‘have you met Hafiz? Awak tak jumpa dia lagi kan? Syafni likes him, so? Hafiz likes you, or he used to like you, but I think he still likes you because if not, he will not run away from his very own father.’ Tambah Iman. Kira masih berdiam diri, membiarkan sahaja Iman berhujah.
‘Kira, even if awak nak korbankan perasaan awak pun, awak ingat Hafiz will follow your steps, ha? Mungkin lepas ni, perkara ni akan jadi lebih parah Kira. Hafiz mungkin akan pergi dari kita semua, dan tak ada siapa pun yang akan jumpa dia lagi. Awak nak macam tu ke? I don’t think so, Kira.’ Sinis suara Iman. Iman memeluk tubuhnya.
Menanti bicara Kira yang kelihatan tidak berminat untuk berhujah. Dia kelelahan. Jelas terpencar di wajahnya yang dia mahu semua ini dihentikan namun dia tidak mampu.
‘Kira, tell me, kenapa awak nak Syafni percaya yang kita bersama sekarang?’ Tanya Iman.
‘sebab awak nak jaga hati dia?’ Iman menjawab soalannya sendiri. Kira mengangguk saja.
‘kenapa awak nak jaga hati dia lagi sekarang? Just tell her what happened 5 years ago Kira and she will back off from Hafiz, I bet you.’ Ujar Iman yakin.
Kira mengeluh. Dia tahu Syafni akan berbuat demikian jika dia tahu peristiwa sebenar 5 tahun lepas.
Kira menarik nafas dalam.
‘Iman, Dato' Syafie dah insaf. He is a very good man right now. Should we tarnish his good image when he is about to turn to a new leaf? Tak boleh Iman. Menceritakan balik hal sebenar 5 tahun lepas akan mengaibkan Dato' Syafie, pada Hafiz, pada Syafni, dan mungkin pada Falah juga. Kita kena jaga aib orang. saya dah bertekad nak melupakan semua hal lalu bila saya berjumpa Dato' Syafie kembali tempoh hari. Itu janji saya, Iman.’ Jelas Kira. Iman menongkat dagu mendengar bicara Kira.
‘Iman, boleh saya Tanya sesuatu?’ Iman meletakkan kedua-dua tangannya di atas meja.
‘apa dia?’ Tanya Iman, berbasa-basi.
‘bukan ke kalau saya minta awak tolong saya dalam hal ni, awak akan ada kepentingan juga? Awak, boleh guna peluang ni untuk mengambil hati saya, tapi kenapa lain yang saya fikirkan, lain yang awak cakapkan?’ Tanya Kira, cuba mencungkil isi hati Iman.
Iman merenung sepasang mata Kira lama. Dia mendekatkan dirinya ke meja.
‘Kira, saya sayangkan awak, dan sememangnya saya amat berharap cinta saya berbalas.’ Ujar Iman, penuh perasaan. Kira turut membalas renungan Iman. Cuba membaca bicara matanya.
‘tapi Kira, sayang saya sekarang untuk melihat awak bahagia, hanya itu. Bukan untuk memiliki awak Kira. kalau itu yang saya mahukan, dah lama saya bawa awak lari. Bila-bila masa saja tapi saya tak buat macam tu. Kerana saya mahu awak bahagia. Jika awak gembira, saya pun akan gembira, walau dengan siapa pun awak bersama.’ Tambah Iman lagi. Kira masih mendengar.
‘kalau saya turutkan kehendak awak, awak takkan bahagia. Awak ingat saya akan gembira tengok wajah murung awak? Hanya saya yang berpeluang melihat wajah sebenar awak, hanya saya. Awak ingat, saya akan ketawa bila awak menangis? Tambah pula kalau saya ikutkan cakap awak, awak menangis, saya pun menangis Kira, tapi di sini.’ Iman menekan telunjuknya ke dadanya, membuatkan Kira menunduk. Kini dia memahami semuanya.
‘Kira, tolonglah, jangan minta bantuan saya dalam hal macam ni. Saya tak mampu Kira. saya takut saya takkan dapat menahan perasaan saya kelak.’ Pinta Iman, lirih suaranya.
Kira cuba menahan air mata yang bergenang.
‘Iman, saya minta maaf. Tapi saya pun tak mampu buat apa-apa. Syafni, lebih malang dari saya. Keluarganya sudah berpecah belah, dan sekarang, hanya pada Hafiz kasihnya tertumpah. Sedang saya punya awak, keluarga yang amat menyayangi saya Iman. Kasih sayang yang saya dapat terlalu banyak, dan saya tahu saya bahagia sekarang, Iman.’ Ujar Kira, suaranya sudah mula tertahan-tahan. Menahan sebak di dada.
Iman tersenyum kecil.
‘memang awak dipenuhi kasih sayang Kira, sebab tu awak mampu memberi kasih sayang pada orang lain.’ Iman membuat kesimpulan.
Kira mengesat air mata dengan tisu di tangan.
‘saya buntu, Iman. Betul-betul buntu. Saya pun dah tak tau apa yang patut saya buat sekarang. Kan bagus kalau saya boleh hilangkan diri saya sekarang?’ seloroh Kira, cuba menghiburkan hati sendiri yang gundah.
Iman turut tersenyum nipis.
‘Kira, you cannot run away now. You must finish everything that you have started.’ Pandangan mereka bertentangan lama, dan Kira tahu kata Iman ada benarnya.
*********
Kira menahan debar di dada. Hari ini, dia akan bertemu Hafiz mengikut temu janji yang diaturkan oleh Syafni. Perbualannya dengan Syafni terimbas kembali di mindanya.
‘Kira, Hafiz nak jumpa kau.’
‘bila?’ Kira bertanya berbasa-basi. Tiada tanda dia teruja.
‘esok. Kat restoran tepi tasik.’
‘hmm, ok.’
‘Kira, thanks again. For everything.’
‘tak apa lah, bukannya apapun.’ Dan talian dimatikan setelah beberapa ketika mereka
berbual.
Kira mencebik sendiri. Hipokrit betul aku. Bukan apa-apa pun? Walhal galau di hati sudah tak terbendung. Macam mahu pecah rasanya dadanya. Dari bicara Syafni, Kira tahu Syafni belum meluahkan perasaanya pada Hafiz, dan Syafni tidak memberitahu apa-apa kepada Hafiz, melainkan berita bahawa Kira sudah kembali. Itu sahaja.
Sekarang, tugas itu tersandar di bahu Kira. tegakah dia?
Kira menarik kerusi di sebuah meja yang kosong lalu melabuhkan punggungnya.
Pelayan datang namun Kira menolak untuk membuat pesanan. Mahu menunggu Hafiz tiba dahulu. Tidak lama dia menanti, dan Kira dapat melihat kelibat itu dari jauh, yang sedang berjalan ke arahnya. Hafiz masih seperti dulu. Nampak lebih matang, dan bersahaja.
Debaran makin terasa apabila Hafiz menghampiri dan menarik kerusi di hadapannya. Kira mengukir senyum nipis.
‘hai,’ ucap Kira.
‘hai,’ Hafiz mengemaskan duduknya.
Kira melarikan pandangannya dari renungan tajam Hafiz yang meneroka setiap inci wajahnya. Aku juga rindukan kau! Hati kecilnya menjerit.
Kira memanggil pelayan dan pesanan dibuat. Tiada makanan, sekadar minum sahaja.
Kira membisukan mulut sebaik pelayan pergi. Bermain dengan kunci kereta di tangan. Dia tahu Hafiz memerhati tingkah lakunya.
‘Kira, awak sihat?’ Hafiz memulakan. Kira mengangguk.
‘hmm, ok, Alhamdulillah. Awak?’ dia menatap wajah Hafiz yang tersenyum nipis. Memori 5 tahun lalu di sini berputar kembali di mindanya.
Aku rindukan kenangan dahulu!
‘ok.’
‘hmm, baguslah.’ Ujar Kira seraya berpaling ke arah lain. Benar-benar tidak keruan. Bagaimana mahu menjelaskan semuanya jika lidahnya kelu mahu berbicara?
‘I miss you.’ Sepotong ayat itu singgah di telinganya, bagaikan angin bayu yang berhembus. Kira menoleh dan pandangan mereka bertembung, lama. Sekiranya mata mereka boleh berbicara, pasti mereka tidak perlu lagi meluahkan segala yang terpendam, dan pasti Kira tidak akan runsing lagi.
Namun itu hanya angan-angan yang tak mungkin jadi kenyataan. Isi hatinya tidak mampu ditebak orang tanpa dia meluahkan. Dan dia tahu, dia perlu meluahkan kehendaknya sekarang.
Kira menunduk.
Pesanan mereka tiba dan Kira menghirup minumannya seteguk dua. Hafiz kelihatan tenang.
‘Hafiz, sebenarnya, pertemuan kita kali ni mungkin tak seperti yang awak harapkan.’ Ujar Kira lambat-lambat. Hafiz mengukir senyum nipis.
‘Kira, apa yang saya harapkan?’ Kira terdiam. Terkena pula. Kira tahu dia perlu mengawal dirinya supaya tidak hanyut dibawa perasaannya sendiri. Perasaan teruja kerana insan yang amat dirindui kini di depan mata.
‘Hafiz, I want to meet you because I want you to come home. Your father misses you very much.’ Akhirnya terluah satu perkara. Senyuman Hafiz pudar.
‘awak jumpa dia?’ ada nada curiga dan tidak senang di hujung suaranya.
‘yes Hafiz. Saya jumpa ayah awak, dan dia rindukan awak, Hafiz. Dia nak awak pulang.’ Beritahu Kira lagi, menekankan lagi isinya.
Hafiz menyandar di kerusi. Tangannya disilangkan di dada. Dia merenung Kira lama.
‘awak dah lupa apa yang dia buat pada awak dulu?’ Tanya Hafiz. Kira tergelak kecil.
Hafiz dan Syafni tidak pernah tahu apa isi pertemuan dia dan Dato' Syafie dulu, dan kini hanya dia yang mempunyai kuasa untuk mendedahkan semuanya, atau melindungi semuanya. Terlupa seketika dia pada Iman dan Dato' Syafie.
‘Hafiz, apa yang dia buat pada saya dulu?’ Tanya Kira. masih tersenyum. Hafiz mendekat ke meja. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
‘Kira, you are bluffing!’ tingkah Hafiz. Suaranya tinggi sedikit.
‘Hafiz, awak Cuma tau saya jumpa ayah awak saja kan? Awak tak tau apa yang kami cakapkan. Let me tell you. Dia memang minta saya tinggalkan awak tapi selepas tu, saya tolak tawaran dia. Saya sendiri menawarkan diri untuk meninggalkan awak, Hafiz. This is the fact.’ Ujar Kira, tegas dan yakin.
Hafiz terdiam, matanya memandang Kira tidak percaya.
‘Hafiz, saya dah lama rasa yang hubungan kita dulu takkan ke mana. Jadi saya ambil keputusan untuk tinggalkan awak. Kebetulan pula pakcik saya di utara perlukan saya. Jadi saya berhenti tanpa memberitahu awak untuk mengelakkan awak dari mencari saya. Syafni juga saya elakkan sebab saya tahu awak akan cari dia untuk cari saya. Sebab tu lah saya terpaksa pergi tanpa memberitahu awak. Saya minta maaf, kerana buat awak salah sangka dengan ayah awak sendiri, Hafiz. Tapi saya terpaksa, kerana saya memang mahu pergi jauh dari awak. Dan rasanya saya Berjaya.’ Tambah Kira lagi. Yakin dan tenang. Ketenangan yang cuba dipertahankan. Hafiz, maafkan aku!
‘Kira, you are bluffing.’ Hafiz mengetap bibir. Pedih melanda di hati. Sampai hati awak Kira.
‘no, I’m not Hafiz. In fact, sekarang saya dah ada someone. Orangnya awak kenal, kalau awak masih ingat. Iman, Imanul Kamil.’ Terpaksa juga nama Iman disebut demi meyakinkan Hafiz.
Hafiz menyandarkan tubuhnya lemah di kerusi.
Kira menghirup minumannya lagi. Cuba berlagak seakan-akan reaksi Hafiz tadi tidak penting baginya.
‘Hafiz, saya berani beritahu awak semua ni sebab saya dengar, ada orang yang sayangkan awak. Dia orang yang dekat dengan awak juga. Syafni.’ Hafiz ketawa sinis mendengar nama Syafni. Dia mendekatkan dirinya kembali ke meja, berbicara seakan berbisik.
‘awak nak tinggalkan saya, dan sekarang, kerana rasa bersalah, awak nak carikan jodoh untuk saya pulak? Macam tu?’ pedas dan sini bicara Hafiz. Kira menunduk seketika.
‘no Hafiz. It’s true. Syafni likes you. Please, kalau tak awak ingat dia akan stay dengan awak ke sampai sekarang?’ ujar Kira, cuba mencucuk Hafiz.
Hafiz menyandar kembali. Memandang Kira dengan renungan sinis, dan tidak percaya.
‘Kira, I can’t believe it. You left me. Finally.’ Hafiz masih berbicara sinis, memerli Kira. Kira menahan pedih di hati.
‘Hafiz, I’m so sorry. I can’t help it.’ Ujar Kira. menjungkit bahunya. Begitu bersungguh-sungguh dia mempamerkan riak bersahaja.
Hafiz membuang pandang. Di sini mereka bermula, nampaknya di sini juga mereka berakhir.
Hafiz bingkas tanpa menuggu lagi.
Sebelum pergi, dia menoleh lagi kepada Kira, sayu sahaja pandangannya. sungguh dia tidak menyangka pertemuan semula yang amat diharapkan dan diimpikan selama ini juga menjadi pertemuan terakhir mereka.
‘Kira, I don’t think I can love anybody else because I have locked away my heart with yours and I don’t have the key to take it back. I hope you will live happily without your heart with you. I really hope you will.’ Sinis sahaja. Hafiz melangkah pergi, meninggalkan Kira yang terkedu. Lama Kira diam di situ.
‘Hafiz, you are so stupid. How could I love anybody else if I don’t have my heart with me?’ rintih Kira, perlahan, hanya dia yang mendengarnya. Pandangannya
menghantar kelibat Hafiz pergi sehingga kelibatnya hilang dari pandangannya.
Air mata sudah tidak tertahan lagi. Akhirnya, dia teresak-esak juga di situ, disaksikan oleh pengunjung restoran yang lain, bersaksikan tasik yang turut menjadi saksi bermulanya kisah pilu ini.
sedih gler...
ReplyDeletewaaaaaaaa
best3...
nak agy
sdih seyh...
ReplyDeletesyafni ni cibuk2 je na ske hafiz!
kira plak baek sgt smpi mkn dri sndrik..
huhu..
sedihnya :(
ReplyDeletehati dan perasaan xblh dipaksa...
ReplyDeleteperlu ke 2 hati berkorban semata2 nk tgk 1 hati yg len gembira...
_black_starz
şırnak evden eve nakliyat
ReplyDeleteçankırı evden eve nakliyat
nevşehir evden eve nakliyat
antalya evden eve nakliyat
artvin evden eve nakliyat
RD1
B4835
ReplyDeleteOsmaniye Şehirler Arası Nakliyat
Aydın Şehirler Arası Nakliyat
Muş Şehirler Arası Nakliyat
Binance Referans Kodu
Ardahan Evden Eve Nakliyat
Çankırı Evden Eve Nakliyat
Çorum Şehir İçi Nakliyat
Bolu Evden Eve Nakliyat
Kastamonu Parça Eşya Taşıma
88791
ReplyDeleteİzmir Şehir İçi Nakliyat
Manisa Lojistik
Kripto Para Borsaları
Van Şehirler Arası Nakliyat
Manisa Parça Eşya Taşıma
Çerkezköy Evden Eve Nakliyat
Bayburt Parça Eşya Taşıma
Çerkezköy Çekici
Artvin Şehir İçi Nakliyat
078ED
ReplyDeleteNiğde Evden Eve Nakliyat
Probit Güvenilir mi
Mersin Evden Eve Nakliyat
Malatya Evden Eve Nakliyat
Referans Kimliği Nedir
Tekirdağ Evden Eve Nakliyat
Gölbaşı Parke Ustası
Referans Kimliği Nedir
Samsun Evden Eve Nakliyat
63CEF
ReplyDeleteBinance Referans Kodu
Silivri Evden Eve Nakliyat
Çankaya Parke Ustası
Rize Evden Eve Nakliyat
Çerkezköy Bulaşık Makinesi Tamircisi
Trabzon Evden Eve Nakliyat
Erzurum Evden Eve Nakliyat
İstanbul Evden Eve Nakliyat
Bibox Güvenilir mi
A2F8B
ReplyDeletereferans kimliği nedir
binance referans kodu
binance referans kodu
resimli magnet
resimli magnet
binance referans kodu
referans kimliği nedir
resimli magnet
binance referans kodu
C52AF
ReplyDeletetrabzon ücretsiz sohbet uygulamaları
ısparta sesli sohbet sitesi
ankara sesli sohbet odası
konya rastgele görüntülü sohbet uygulaması
aksaray en iyi ücretsiz sohbet siteleri
izmir sohbet chat
bitlis bedava sohbet
istanbul en iyi görüntülü sohbet uygulamaları
adıyaman rastgele sohbet siteleri
02A80
ReplyDeletebitmex
paribu
kraken
coinex
bitget
bitget
papaya
kucoin
güvenilir kripto para siteleri