About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru November 2016!

Terbaru November 2016!

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Wednesday, April 8, 2009

KIRA AYUMI

Kira termangu-mangu seketika. Persekitaran yang baru membuatkan dia terasa asing seketika. Kelihatan semua orang mempunyai tujuan masing-masing. Kira membaca kembali arahan yang perlu diikuti untuk mendaftar. Seketika dia menjeling-jeling waris-waris pelajar yang hadir menemani anak mereka mendaftar di kolej ini. Sedih menguasai diri. Mama dan papa terlalu sibuk untuk menghantar Kira pada hari penting ini. Hari pertama dia di kolej. Apa boleh buat. Mereka mencari duit untuknya. Sehinggakan Kira kadang-kadang tidak dapat memahami kesibukan mereka. Harta tak bawa ke mana. Anak juga yang menjamin mereka kemudian hari. Abang long? Sibuk dengan teman wanita barunya yang gedik tu, Fina. Menyampah pulak Kira bila mengingatkan kerenah Fina. Ah, biarlah.

Pening dengan arahan yang terpampang di atas kertas itu, Kira berhasrat untuk bertanya dari orang. Dia tidak mahu sesat. Matanya melingas mencari sesiapa yang boleh ditanya. Belum sempat dia menghampiri sesiapa, ada suara terlebih dulu menyapanya dari belakang.

“budak baru ke?” Kira menoleh. Wajah itu tersenyum. Berkulit cerah, tinggi lampai orangnya, bercermin mata. Sweet. Pandangan Kira sekali lalu.

“haah. Awak?” dia menangkap tag nama yang tergantung di leher lelaki itu. Kira mengangguk sendiri. Belum sempat lelaki itu menjawab, dia menjawab soalannya sendiri.

“oo, pembantu hari orientasi. Baguslah. Saya baru nak mencari orang yang boleh membantu. Leganya.” Ujar Kira riang. Lelaki itu senyum lagi. Alamak, boleh gugur jantung ni! Sabar Kira!

“awak dah hantar barang ke bilik?”

“dah, sekarang kalau ikut apa yang tertulis kat sini saya kena pergi dewan Laksamana untuk taklimat dan pembahagian pelajar ikut kursus. Tapi saya tak tau nak pergi mana. Rupa dewan pun tak Nampak.” Adu Kira.

“memangla sebab dewan tu tersorok sikit. Oh, by the way, nama awak apa?”

“saya Kira Ayumi.”

“wah! Pelik tetapi unik! Parents awak minat ayumi ke?”

“hehe, taklah. Saja je kot diorang tu.” Kira menidakkan. Janganla Tanya pasal nama aku sebab aku pun tak tau kenapa nama aku pelik.

“ok, Kira Ayumi. Awak jalan terus ikut bangunan ni, belok kiri, kanan awak nanti akan Nampak dewan tu. Minta maaf, saya tak boleh iring awak sebab bahagian saya kat asrama.”

“eh, tak apa. Awak tolong ni pun dah cukup la. Thanks a lot! Saya pergi dulu.”

“ok, see you around later.” Kira mengangguk. Hari-hari jumpa kau pun tak apa.

Kira berfikir nakal sebaik dia melangkah mencari tempat yang dimaksudkan. Apabila tiba, Kira menarik nafas lega kerana dia yakin dia sampai ke tempat yang betul. Kira masuk ke dewan apabila seorang lagi pembantu menunjukkan tempat duduk pelajar kursusnya. Multi media.
Dia mengambil tempat di sebelah seorang pelajar perempuan yang kelihatan muram. Macam kenal.

“assalamualaikum, awak. Awak yang bilik depan saya tu kan?” Tanya Kira tanpa berlengah.
Gadis itu menoleh sebelum tersenyum tawar.

“ye kot? Awak yang sorang-sorang tadi tu?”

“haah, saya la. Parents saya tak boleh datang la.”

“oh ye ke? Tak apa. Nanti diorang boleh datang hari lain.”

“saya Kira.” Huluran tangannya bersambut.

“saya Syafni. Panggil Syaf. Nampaknya kita satu course. Bagus la, harap-harap kita satu class.
Ada la kawan nanti.” Syafni meluahkan harapannya. Kira mengangguk setuju dengan pandangan itu.

“betul. Boleh saya Tanya? Awak sedih je kenapa?”
Syafni terdiam seketika.

“actually, saya sedih sebab saya tak pernah berpisah dari family. Homesick. Terukkan?”

“eh, tak la. Jangan la macam tu. Tak apa. Awak boleh balik hujung minggu.” Pujuk Kira.

“hmm, ye la.”

Mereka berhenti berbicara apabila majlis bermula. Seperti yang diharapkan, mereka sekelas. Kira gembira bukan kepalang. Sekurang-kurangnya dia berteman. Sebaik habis taklimat, mereka diminta bergerak dalam kumpulan untuk melihat kawasan. Kolej ini kecil sahaja. Oleh itu, mereka tidak perlu berjalan jauh untuk ke kelas. Senior yang membawa mereka, seorang perempuan kelihatan serius sahaja. Tidak mesra. Sebaik sampai ke kawasan fakulti, mereka dikumpulkan di ruang legar dan diberi peluang melihat kawasan. Sedang Kira dan Syafni sibuk melihat-lihat makmal computer mereka, suara itu kedengaran lagi.

“Kira ayumi!” Kira menoleh lalu mengukir senyum. Lelaki itu berlari anak menghampiri mereka.

“eh awak. Kata kat asrama?”

“saya ikut dari belakang tadi. Kejar awak.” Kira terdiam. Tak betul apa? Serba-salah dengan apa yang didengarinya, Kira memandang Syafni yang kelihatan bingung.

“oh Syaf. Kenalkan ini…eh, nama awak apa?” Kira menggaru kepala yang tidak gatal. Lupa pula nak bertanya nama dia tadi. Hafiz tersengih-sengih.

“saya Hafiz la. Tadi tak nak Tanya, pergi melongo je.”

“ye la, saya lupa. Kenalkan, ni Hafiz. Dia senior. Saya kenal dia tadi. Dan Hafiz, ini Syafni, classmate saya mulai hari ini.”

“hi Hafiz.”

“hi Syafni, and lagi satu, saya juga senior awak berdua. Saya pelajar tahun 3 multi media.” Kira melopong.

“la, ye ke? Boleh la tolong we all nanti kan?”

“boleh je.” Tiba-tiba ada suara memanggil Hafiz dari kejauhan. Hafiz menoleh. Kira dan Syafni ikut menoleh. Rupa-rupanya senior yang membawa mereka mengelilingi kawasan kolej. Mukanya masam.

“saya pergi dulu. Jumpa nanti. By the way, malam ni nak join dinner? Saya tunggu depan asrama awak.” Sempat Hafiz mempelawa Kira. Kira tergamam.

“err, saya…” hatinya mahu mengatakan ya tapi tidak terlafaz.

“never mind, you can answer me later. No telefon?” Kira bertambah tergamam. Gila laki ni, advance!

“012-3456782” pantas hafiz menaip sebelum berlalu pergi sebelum menghilang di celah orang ramai. Kira melopong.

“cepatnya awak bagi no telefon kat orang.” Syafni menegur. Kira terdiam.

“eh, ye la. Saya tak perasan pun.” Kira seakan-akan baru tersedar.

“awak ni angau ke? Awak suka dia ye?” Syafni mengusik.

“eh, mana ada. Dia kan senior, so saya rasa tak salah kan? Lagipun kita baru, bagus jugak ada orang lama untuk membantu kita nanti, betul tak?” Syafni mengangguk.

“betul kata awak. Awak nak pergi ke malam ni?” Tanya Syafni. Membuatkan Kira terdiam sebentar. Berfikir.

“saya pun tak pasti. Kalau saya nak pergi, awak macam mana? Saya tak nak tinggal awak makan sorang-sorang.” Ujar Kira meluahkan kebimbangannya. Syafni tersenyum.

“tak apa la. Bukan mati makan sorang-sorang.”

“hmm, tengok la dulu macam mana.” Ujar Kira. Syafni mencuit bahunya.

“eh Kira. Senior tu dah suruh gerak. Kita dah tertinggal ni. Jom!” pantas mereka berlari anak untuk bersaing dengan rakan-rakan lain.

Senior perempuan itu menunggu mereka. Apabila mereka menghampiri kumpulan itu, senior itu memanggil mereka. Kira dan Syafni yang kebingungan menurut sahaja panggilannya.

“dengar sini baik-baik. Awak tu junior. Jangan nak menggatal dengan senior. Jangan ikut ajakan senior. Bahaya. Awak tak kenal diorang. Ingat tu.” Ringkas tetapi padat. Amaran atau peringatan? Lantas senior itu meninggalkan mereka termangu-mangu.

Kira terfikir kembali pelawaan Hafiz. Perlukah dia memenuhi pelawaan itu? Hafiz Nampak baik. Macam mana? Kira bingung.


p/s: Apa agaknya pilihan Kira nanti? Itu anda yang tentukan. Jangan lupa undi sambungan yang anda mahu. Pilihan sambungan adalah seperti dibawah.

  • A ~ Kira tetap memenuhi pelawaan Hafiz
  • B ~ Kira menolak demi menemani Syafni
  • C ~ Kira pergi juga tetapi setelah dia memaksa Syafni mengikutnya

So, undi tau! kotak undi ada di sebelah dengan nama Kira Ayumi. Jumpa lagi!

2 comments:

  1. cepatnyer prcaye kt lelaki?
    bg no fon lg..x takut ke kene jaja no?
    mesra alam tol la kira ni
    kalo aku dulu jd dak baru..
    tercengang2 terkulat2 teragak2 nk tegur org..
    hehe..tapi kalo ade org tegor aku, aku cpat ar mesra..

    kira ayumi?
    cam name artis jepun je..
    ade mix blood ke?

    ReplyDelete
  2. salam~
    anarif,
    sy de bg komen abt kira ayumi earlier,,
    saying dat d story was almost d same s a japenese series,
    n i must say this,
    i'm truly sorry,,
    after reading all of ur short stories,,
    there's no doubt dat u r a very talented writer,,
    and i must say,
    it is a very brilliant idea,,
    keep it up,,
    and wish u a very best of luck!

    ReplyDelete