About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Sunday, May 10, 2009

Kira Ayumi 14

Kira mengatur langkah menuju ke bilik. Telefon bimbitnya kehabisan bateri. Pasti Syafni risaukan dirinya kerana tidak pulang sehingga hampir senja. Dalam hatinya, dia amat berharap Syafni tidak menyedarinya kepulangannya dulu. Dia perlu menyembunyikan surat tersebut dari Syafni. Dipulas kunci bilik dan tombol sesenyap yang mungkin. Sebaik masuk ke bilik, dia terus menyisipkan surat itu di bawah lipatan baju.

‘Kira,’ Kira hampir melompat mendengar suara Syafni. Diurut dadanya dan ditenung Syafni tajam. Berpura-pura marah. Syafni tidak boleh tahu langsung tentang semua yang telah terjadi tadi. itu janjinya.

Syafni tersengih-sengih sahaja. Dia menghempaskan badannya ke atas katil Kira. Memerhati Kira melucutkan tudungnya.

‘apa jadi tadi?’ tanyanya. Kira mempamerkan riak yang sungguh bersahaja.

‘apa?’ tanyanya kembali. Berpura-pura tidak tahu. Dia turut merebahkan diri di sebelah Syafni. Sakit jiwa raga. Syafni duduk, wajahnya berkerut.

‘kenapa muka awak pucat?’ Tanya Syafni. Ditenung lama wajah Kira.

‘ha? Pucat? Mana ada.’ Kira memejamkan matanya. Amat berharap Syafni beredar. Dia tidak sanggup menipu. Tidak mahu menipu. Lagipun dia tahu susah untuk dia menipu Syafni kerana dia pasti akan merasa pelik. Cara yang baik sekarang ialah menghilangkan diri tanpa memberi apa-apa penjelasan.

Itulah rancangannya sekarang.

‘Kira, awak kenapa ni?’ Tanya Syafni lagi. Kira masih tidak membuka matanya. Diam.

‘tak ada apa-apa pun yang jadi dan saya pun tak apa-apa. Betul.’ Jawabnya lemah. Mengantuk yang dibuat-buat.

‘hmm, awak rehatlah. Malam nanti saya nak makan dengan kawan-kawan kelab. Awak macam mana?’ Tanya Syafni. Tidak mahu memaksa. Lagipun, pada hematnya, esok masih ada.

Kira diam lagi. bagus. Boleh aku jalankan rancangan aku.

‘hmm, tak nak makanlah. Saya mengantuk. Agaknya, mengantuk semalam kot? Penat tak habis.’ Ujar Kira lagi, beralasan. Syafni menjungkit bahu.

‘hmm, yelah tu kot. Saya keluar dulu. Ok, take a very good rest.’ Pesan Syafni lalu dia bingkas. Kira membuka matanya sedikit. Kononnya dia benar-benar mengantuk.

‘ok, bye.’ Ujarnya dengan suara mamai yang juga dibuat-buat. Syafni keluar lalu ditutup rapat pintu bilik Kira.

Kira memeluk erat bantalnya, ada air mata menitis lagi. Syafni, maafkan aku. Semoga kau Berjaya di sini, aku akan pergi. Pilu beraja di hati.

‘bang long, ambil Kira esok.’ Ujar Kira, lebih kepada memberi arahan.

‘hah, kenapa? Esok kan ada kelas?’ terkejut Daud mendengar permintaan adiknya satu-satunya itu.

‘Kira nak berhenti. Tolong jangan beritahu mama dan papa dulu. Please bang long…’ rayu Kira. Suaranya mula lirih. Dan dia teresak-esak lagi. pedih mengingati kenyataan.

‘la, nangis pulak? Ok, ok, bang long ambil. Ish Kira ni. Mujur la aku kerja sendiri, kalau tak mau abang nak layan.’ Daud mengomel.

‘bang long, thanks. Pukul 9 tau. Sharp.’ Ujar Kira lagi, cuba mengawal suara.

‘hmm, oklah puteriku sayang. See you ok? dah, jangan nangis lagi. nanti abang bagi gula-gula.’ Ujar bang long, berlucu. Kira tertawa juga mendengar.

‘bang long ni saja ja, hmm, ok, jumpa esok. Assalamualaikum.’ Salam berjawab dan talian dimatikan.

Diletak telefon di atas meja belajar. Ok, start packing. Dia mula mengemas barang-barangnya. Tiada satu pun yang tinggal. Dia akan keluar dulu. Segala urusan akan diuruskan melalui telefon kemudian.

Dia tahu urusan pemberhentiannya akan menjadi mudah kerana pemergiannya memang dialu-alukan sesetengah pihak. Habis mengemas, jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Dia akan mengunci pintu bagi mengelakkan Syafni masuk ke dalam biliknya. Jika tidak rahsianya pasti terbongkar.

Tepat tekaan Kira, pintu biliknya diketuk tiba-tiba. Kira tidak menyahut supaya Syafni menganggap dia sudah tidur. Beberapa lama pintu itu diketuk dan namanya dipanggil Syafni namun akhirnya senyap kembali.

Akhirnya, Kira tertidur jua memikirkan hari esok.

Keesokannya, Kira bersiap awal seakan-akan mahu ke kuliah seperti biasa. Dia tidak mahu Syafni menjengah ke biliknya. Apabila mereka sudah mahu berjalan ke kelas, Kira memberhentikan langkahnya tiba-tiba.

‘eh Syaf. Aku tinggal bendalah. Kau pergi kelas dulu. Lagipun, tiba-tiba perut aku sakit ni. Nanti lambat pulak kau.’ Kira berhelah lagi.

‘ish kau ni, ada-ada je. Hmm, ok, jumpa kat kelas. Ingat, kau hutang aku.’ Syafni mengingatkan. Kira tersengih saja.

‘ok, ok, aku tak lupa.’ Ujarnya bersahaja.

Syafni melangkah berseorangan meninggalkan Kira. Senyumannya pudar. Syaf, maafkan aku.

Pantas dia berlari ke bilik. Sekejap lagi bang long akan datang mengambilnya. Dia perlu cepat. Tidak mahu sampai berita pada Hafiz dan Syafni sebelum dia sendiri meninggalkan kawasan kolej itu.

Beberapa minit menanti, Daud tiba. Kira mengangkut barang-barangnya tanpa berlengah.
Masuk ke dalam kereta dan Daud sudah bersedia mahu memandu keretanya keluar, barulah Kira menarik nafas lega.

Sepanjang perjalanan, Kira termenung sahaja. Daud di sebelah menjeling adiknya yang berkelakuan pelik itu. selalu riuh bercerita.

‘Kira, ada masalah ke?’ Tanya bang long. Kira menoleh melihat Daud sekilas.

‘takla bang long. Cuma rasa tak best je kat kolej tu. So Kira nak pindah.’ Helahnya lagi.

‘betul ke? Tak pernah-pernah pun Kira macam ni. Tiba-tiba pulak tu. Hari tu abang rasa Kira ok je kat situ.’ Daud meluahkan kehairanannya.

‘hmm, hari tu bang. Sekarang dah tak. Nak buat macam mana.’ Kira beralasan lagi.

‘hmm, apa-apa jelah dik. Abang harap adik pasti je dengan apa yang adik buat.’ Ujar Daud lagi. Kira menoleh tiba-tiba ke abangnya.

‘bang, agak-agak mama dan papa marah Kira tak?’ Tanya Kira risau. Daud senyum kecil.

‘aik, dah buat keputusan baru nak Tanya mama dan papa?’ Tanya Daud, sengaja mahu mengusik.

‘abang, Kira Tanya betul-betul ni. Abang rasa diorang marah tak nanti?’ Tanya Kira lagi. dia memegang hujung tali pinggan keselamatan kejap. risau pula dia.

‘hmm, as long as you give them a very strong reason, I think they won’t be really angry. I think.’ Daud membuat andaian.

‘hmm, yelah kan? Ok.’ Kira menghela nafas dalam. Dia membuang pandang ke luar tingkap kembali.

Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu.

‘bang, singgah kedai kejap, nak beli sim card baru.’ Pinta Kira. Daud mengerling Kira.

‘la, tukar nombor pulak?’ tanyanya. Pelik.

‘hmm, ramai sangat orang kacau nombor ni, bosan.’ Ujar Kira, berhelah lagi.

Daud tidak menjawab. Suka hati adiklah…

*******

Syafni bergegas pulang sebaik kelas tamat. Dia cuba menghubungi Kira namun nombornya tidak aktif. Hairan. Kira tidak datang-datang ke kelas sejak tadi. hatinya rawan. Tidak sedap. Sampai di depan bilik mereka yang bertentangan, Syafni mengetuk kuat. Tiada jawapan. Di depan bilik tiada lagi kasut-kasut Kira walau sepasang. Hati Syafni bertambah gelisah.

Seorang penghuni hostel lain yang melihat Syafni gelisah di depan bilik Kira mendekat.

‘awak cari siapa?’ tanyanya.

‘kawan saya kat bilik ni. Saya dah ketuk banyak kali tapi dia tak buka pintu. Saya risau.’ Beritahu Syafni.

Perempuan itu mengerutkan dahi.

‘ada orang lagi ke dalam bilik ni? Tadi saya Nampak ada orang angkat-angkat barang macam nak balik terus. Kalau tak silap bilik ni lah.’ dia memaklumkan. Syafni melopong.

‘hah? Biar betul!’ tingkahnya tidak percaya.

‘iya awak. Saya Nampak tadi. sibuk dia angkat barang-barang dia, macam tergesa-gesa.’ Jelasnya lagi. Syafni terdiam.

‘ok, thanks.’ Syafni tersandar di depan pintu billiknya. Kira, sampai hati kau. Sebak. Tiba-tiba, Syafni teringatkan seseorang. Hafiz!

Dia mengatur langkah ke fakulti kembali. Mencari Hafiz di kelas-kelas senior.

‘Hafiz!’ panggilnya sedikit kuat apabila dia ternampak kelibat Hafiz. Langkah Hafiz terhenti.
Mengalih pandang kepada Syafni.

‘Syafni, ada apa?’ tanyanya. Syafni berlari anak menghampiri Hafiz.

‘Kira,’ mata Hafiz bulat mendengar nama itu.

‘kenapa? Kenapa dengan Kira? Did something happen to her?’ tanyanya tanpa berlengah.

‘Kira, dia dah keluar dari hostel dan dia tak datang kelas tadi. I think, she has quit.’ Beritahu Syafni lambat-lambat. Hafiz tergamam. Diseluk telefon bimbit dari saku jeansnya namun Syafni
terlebih dahulu menahan.

‘Hafiz, her number is inactive right now. Aku dah cuba banyak kali.’ Beritahu Syafni. Gerakan jarinya terhenti.

‘tak apa. Let me try again.’ Tingkah Hafiz, berharap benar Kira boleh dihubungi.
Didail nombor dan telefon ditekap di telinga. Wajahnya gelisah, Syafni juga. Hampa. Hafiz menggeleng. Wajahnya berang.

‘Kira left me.’ Ujar Hafiz. Wajahnya memerah.

‘Hafiz, please. I think I have to tell you this. Semalam, Wani asked her to go to the dean’s office. Bila balik dari situ, and she came back very late, dia tak bercakap banyak dengan saya. And she looked tired and unwell. So I left her so she could have a good rest. Pagi tadi, dia suruh saya ke kelas dulu sebab katanya dia tertinggal barang. Tapi saya tunggu-tunggu but she didn’t come. I tried her phone tapi tak boleh. Bila saya balik, dia dah tak ada. Semua barang dia dah tak ada.’ Terang Syafni panjang lebar.

Hafiz diam. Meraup wajahnya.

‘ayah saya.’ Tuturnya. Syafni Cuma memerhati, menanti ayatnya seterusnya. Dia juga buntu.

‘ayah saya suruh dia berhenti.’ Sambung Hafiz lagi. yakin. Dia mengetap bibir.

‘but how? Macam mana Kira boleh bertindak macam tu sekali? I mean, selama ni dia kata dia takkan tinggalkan awak walau apapun yang terjadi. Tapi sekarang ni apa yang dia dah buat is worst. Dia bukan saja tinggalkan awak macam tu saja tapi saya juga. Dia tak beritahu apa-apa pada saya Hafiz.’ Luah Syafni tidak percaya.

‘selama ni dia cerita dengan saya apa yang terjadi, tapi sekarang dia dah pergi macam tu je.’ Tambah Syafni lagi. lirih. Sebak. Pantas dia menyeka air mata yang sudah menitis, tidak mahu ketahuan dek Hafiz.

Hafiz masih diam, seakan-akan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Kira, awak langgar janji awak pada saya. Hatinya berbisik sayu.

‘sekarang, apa kita nak buat?’ Tanya Syafni.

‘kita cari dia. Saya akan pergi ke rumah dia.’ Tutur Hafiz tegas.

‘saya ikut?’ Tanya Syafni.

Hafiz mengangguk. Mereka beriringan ke kereta Hafiz. Destinasinya, rumah Kira.

p/s: baru hbs paper..finally...saya rasa macam dh x nk buka undian, boleh x? coz sy tgk mcm u all lg prefer i write what I want to write..huhu...so lepas ni dh x pyh undi boleh? if ada bantahan or ada yg rasa cm x best ke plz let me know..don't worry, I'll entertain u...ok..enjoy reading! salam...~

3 comments:

  1. ok..
    i ok je..
    lbh baik u pikir sendiri apa nak tulis..
    bru ada trill..
    heheeh..
    apapun GANBATTE!!!

    ReplyDelete
  2. yeah!!
    better pikir sendiri..
    nnti dah xsuspen plak kan??
    anyway, im waiting 4 the next n3..
    =)

    ReplyDelete
  3. ok je... but make it as the best novel....
    thanks.. hehehe

    ReplyDelete