Marjan memandu pulang ke hotel tenang. Lu'lu' melayan perasaan, tidak bersuara langsung. Sekali-sekala, Marjan menjeling sisinya, dan tersenyum sendiri. Bagai mimpi, Lu'lu' berubah. Dia menggeleng-geleng, bersama senyum yang belum pudar.
Lu'lu' yang menyedari tingkah Marjan menoleh.
‘kenapa awak senyum?’
Marjan menggeleng.
‘tak ada apa-apa.’
Belum sempat Lu'lu' memintas, Marjan sudah bersuara lagi.
‘malam ni awak nak tidur mana? Bilik awak dah tak ada.’ Suara Marjan prihatin.
Lu'lu' memandang ke hadapan kembali bersama mulut separuh melopong.
‘haah kan? Saya lupalah. Boleh kot dapat bilik malam-malam ni?’ nada Lu'lu' tidak yakin langsung.
Marjan mengetap bibir. Berfikir dalam.
‘saya tak rasa malam-malam macam ni kaunter bukak lagi. Dah nak dekat pukul 12. Mana nak sumbat awak ye?’
‘hah? Sumbat? Awak ingat saya ni tepung sumbat ke?’ soal Lu'lu' bersama nada tidak percaya, namun tiada nada marah di situ. Jelas dia sudah berubah. Mengerti Marjan Cuma bergurau.
Marjan tersengih-sengih.
‘sorry.’
Lu'lu' tersenyum nipis.
Buat seketika, sepi bermaharajalela.
‘hah! Saya tau! Bilik Mira! Awak boleh tumpang Mira, kan?’ tiba-tiba Marjan bersuara agak kuat membuatkan Lu'lu' tersentak.
Dia menatap Marjan tajam.
‘awak! Saya terkejutlah! Cakap perlahan-lahan tak menjerit tak boleh ke???’ marah Lu'lu'.
Marjan tergamam.
‘ops! Sorry! Serius, sorry.’
Alamak! Dia dah berubah pulak ke? Aduh! Mati aku!
Lu'lu' menarik nafas dalam.
‘hmm,’ itu sahaja jawabnya.
Marjan diam lagi. Berkira-kira apa yang patut dia cakapkan sekarang. Bimbang akan menaikkan marah Lu'lu' lagi dengan kesilapan bodohnya.
‘awak cakap apa tadi? Mira?’
‘err, haah. Awak boleh tumpang Mira kot for tonight?’
‘hmm, bolehlah.’ Lu'lu' pantas mencari nombor Mira yang disimpan Marjan dulu dan didailnya.
Marjan Cuma melihat dari sisi.
‘helo, Mira. Sorry, disrupt kau malam-malam ni. err, aku nak tumpang bilik kau malam ni boleh?’
Senyap.
‘hmm, yelah, aku dah check out tadi. Nak ambik bilik baru aku tak rasa kaunter bukak dah.’
‘Mira, kau jangan melencong boleh tak? aku Tanya ni, boleh ke tak?’
‘ish, yelah, yelah, aku cerita, aku cakap dengan kau semuanya, tapi boleh tak aku tumpang tidur dengan kau malam ni?’ suara Lu'lu' kedengaran seperti agak tidak senang.
‘hah, kan senang jawab apa yang aku Tanya? Hai, kau ni, tak berubah-ubah lagi.’
‘hmm, ok, ok. Nombor bilik kau berapa? Tingkat berapa?’
‘nombor 23, tingkat 2. Ok, ok. Aku dah terpacak depan bilik nanti kau tau lah.’
‘tak, tak lama lagi. Dah on the way ke hotel semula. Dalam...’ Lu'lu' memandang Marjan.
’5 minit.’ Jawab Marjan seakan mengerti bicara mata Lu'lu'.
‘hah, dalam 5 minit lagi sampai.’ Lu'lu' meneruskan perbualannya.
‘ok, ok, tunggu aku tau. Ok, bye.’
Lu'lu' diam kembali. Marjan mengerling.
‘ok?’
Lu'lu' mengangguk.
‘ok, dia kata boleh.’
‘baguslah macam tu.’
‘hmm,’
Dan sepi lagi sehingga mereka tiba di hotel.
‘Marjan,’ panggil Lu'lu' sebaik mereka berdiri di pekarangan hotel.
‘hmm,’
‘tolong bawakan beg saya ke sini. saya malaslah nak turun ke tempat tu.’ Pinta Lu'lu'.
Marjan angguk.
‘ok.’
‘saya tunggu awak di lobi ya.’
‘ok.’ Marjan baru hendak mengorak langkah apabila Lu'lu' memanggilnya lagi.
Marjan berpusing kembali.
‘ada apa?’
Lu'lu' tidak terus menjawab. Untuk seketika mereka Cuma bertatapan.
‘sorry.’
‘for what?’
‘for everything. And especially, for asking you to sleep in that tent. It’s so uncomfortable. Saya dah rasa tadi. So, sorry.’
Marjan senyum kecil.
‘tak apa. Lebih baik dari tak ada tempat berteduh langsung.’
Lu'lu' turut tersenyum.
Marjan berpusing kembali, dan langkah diatur ke tapak perkhemahannya.
Lu'lu' tersenyum puas. Hatinya sudah tidak sakit lagi.
**********
‘tak apa, saya boleh bawak.’ Tegas Lu'lu'.
‘tak apa, beg awak ni berat la. I wonder macam mana awak boleh usung ke stesen bas dan balik semula ke sini, ke tapak khemah saya lagi. Wonderwoman juga awak ni.’ dalam lelah Marjan memuji.
Mereka beriringan ke lif. Beg Lu'lu' di tangan Marjan.
Lu'lu' tersenyum saja.
‘di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya Cuma fikir untuk pergi dari sini je. Alah, lagipun, itu beg beroda. Berat macam mana pun tak susah mana nak tarik.’
‘apa yang awak bawak dalam ni? tong gas? Berat betul. Hari tu, nak datang bukan main tak nak. Sekali dia yang beriya bawak barang.’ Usik Marjan, bernada sinis.
Lu'lu' memerah.
‘adalah baju-baju saya. Saya ni bukan biasa pakai baju sikit-sikit. So saya bawak hampir satu almari baju. Takut-takut tak cukup baju.’
‘serius satu almari?’ pintu lif sudah terbuka ke tingkat dua dan mereka keluar.
Lu'lu' mengangguk bersungguh-sungguh.
‘yelah. Ingat saya ingin ke nak menipu malam-malam buta ni?’ tingkah Lu'lu' geram.
Marjan tersengih saja.
‘nombor berapa bilik dia tadi?’ soal Marjan.
’23,’
Mata Marjan meliar mencari nombor bilik berkepala dua.
‘hah, kat sana,’ Marjan menunjuk ke satu arah.
‘jom!’ ajak Marjan. Mereka mengatur langkah ke pintu bilik yang dimaksudkan.
Sampai di depan bilik itu, Lu'lu' mengetuk pintu 3 kali.
‘Mira!’
Marjan tidak bersuara. Dia kelelahan, kepenatan menarik beg Lu'lu'.
‘Lu'lu',’ Lu'lu' menoleh pantas mendengar namanya dipanggil.
Marjan turut melihat ke arah sama.
‘Fahim,’ nama itu meniti perlahan di bibir Lu'lu'.
Marjan menegakkan badannya, menggaru dahi.
Tak nampak pun dia ni tadi. Ikut tangga kot?
Fahim mendekat, dan wajahnya menunjukkan rasa hairan tahap maksima. Pelik melihat Marjan, Lu'lu' dan sebuah beg di waktu Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.
‘buat apa ni?’ soal Fahim.
Lu'lu' senyum tawar.
‘saya angkat beg, pindah masuk bilik Mira.’
Berkerut dahi Fahim.
‘kenapa? mana bilik awak?’
‘saya, dah check out.’
‘dah check out? Kenapa awak check out?’ soal Fahim lagi, hairan.
Saat itu, pintu bilik Mira terbuka dan tersembul wajah Mira yang agak mamai dengan rambut sedikit kusut. Semua mata tertumpu pada Mira untuk seketika,
‘sorry babe. Aku tertidur tadi.’
Lu'lu' pantas menarik Mira keluar dan memeluk lengan Mira.
‘tak apa, oklah Fahim. Mira dah ngantuk, saya pun dah ngantuk. We all masuk tidur dulu.’ Tergesa-gesa Lu'lu' mengundurkan diri.
Handle begnya direntap dari Marjan begitu saja, dan ditolaknya Mira yang terpinga-pinga masuk ke dalam bilik.
‘thanks Marjan! Bye Fahim! Good night!’ pintu bilik ditutup.
Marjan tergamam, Fahim mencekak pinggang.
Marjan tersengih-sengih sekejap.
‘err, bro, aku pun dah ngantuk ni. aku balik khemah dulu ya. Assalamualaikum.’ Marjan mengundurkan diri sebelum sempat Fahim bersuara.
Fahim menggeleng.
He smells something fishy. Ada yang tak kena dengan Lu'lu' dan Marjan, tapi apa?
waaaa..
ReplyDeleteskenye..
da bebaek..
haha..
fahim bau sumthing..?
ape ye..ngeee..jgnla dye wat hal agy..
huhu..smbung2..
guu~
ReplyDeletehaha..
mreka da brbaik..
gee~
ske2..
erm,
fahim tu sebuk jerk,,
syuh2..g main jauh2..
cebuk jerk..
haha
ehehe.. da baik pun diorg ni..
ReplyDeletekan best kalau cam ni.. :)
cpt2 sambung..
best la..
ala....fahim tu dah stat nak jeles la kat marjan..
ReplyDelete