About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru November 2016!

Terbaru November 2016!

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 6, 2009

Anaknya, Anakku Jua 3

Telefon bimbitnya berdering lagi. Nisa' yang baru sahaja mahu keluar dari bilik air itu bergegas mendapatkan telefon bimbitnya, bimbang tidur si kecil itu terganggu.


“Helo..”

“Helo cik Nisa', saya nurse di Klinik Bersalin Aina. Kami dah uruskan semua urusan pengkebumian. Cik Nisa' boleh datang sekarang? Jenazah akan ditanam lepas Zohor.”


“Ya, saya akan datang tapi sejam lagi boleh?” ujarnya seraya menjeling jam di dinding yang sudah
menghampiri pukul 11 pagi.


“Boleh, saya akan tunggu cik Nisa'.”


“Baiklah, terima kasih banyak-banyak.” Tutur Nisa' ikhlas.


“Sama-sama. Assalamualaikum.”


“Waalaikumussalam.” Dia melabuhkan punggung perlahan di atas katil. Ditenung mulus wajah itu.

Apa yang perlu dia buat sekarang? Sepatutnya, kehadiran anak pertama ditemani orang tua tapi halnya lain pula. Tiada orang yang boleh membantu kecuali Mala, itupun kebetulan sahaja Mala tahu serba sedikit, jika tidak Nisa' tidak dapat membayangkan keadaannya sekarang.


Benar, mentalnya tidak bersedia dengan semua ini. Jika dia masih dalam keadaan terkejut, apa pula reaksi orang lain? Apa kata Daniel nanti? Ibu bapanya? Ibu bapa Daniel? Rakan-rakan sepejabat? Jiran yang lain?


Bukan Nisa' kisah dengan kata orang tapi Hana yang difikirkannya. Kelak apabila dia sudah besar, apa pula yang akan berlaku? Acap kali dia melihat drama tv mengenai anak angkat yang mempunyai asal-usul bersimpang-siur dan penerimaan orang sekeliling yang selalunya menjurus kepada hal negative. Itulah yang membuatkan dia risau. Ditambah pula dengan keadaan Hana yang merupakan anak bekas teman lelakinya.


Tak pernah terjadi dan dibuat orang menjaga anak bekas teman lelaki tapi Nisa' tau, Hana perlu dibela. Nisa' sedar dia perlu menguatkan dirinya demi Hana mulai sekarang. Hana anaknya dan tetap akan menjadi anaknya sampai bila-bila. Tekad Nisa'.

*************


Nisa' memandang sayu saat jenazah diturunkan ke dalam liang lahad. Suraya yang baru dikenalinya dan orang yang sangat asing baginya tetapi kini dia yang menguruskan jenazahnya.


Tak putus-putus Nisa' menitipkan doa supaya roh Suraya dicucuri rahmatNya. Air mata masih bersisa. Hana di dalam kendongan masih tidur lena setelah diberi sebotol susu lagi.


Misi tadi yang bernama Syuhada setia menemani bersama sekaki payung untuk memayungi Nisa' dan Hana. Cuma ada penggali kubur dan beberapa orang sahaja lagi di kawasan perkuburan itu bersama mereka. Menginsafi sebentar keadaan itu, Nisa' tahu bukan sanak saudara yang akan menjamin hidup di ‘sana’ tetapi amalan yang dibawa.


Mereka bertafakur sebentar di kawasan perkuburan itu. Kini tinggal Syuhada dan Nisa' sahaja lagi bersama si kecil Hana.


“Suraya, akak harap Suraya bahagia di sana. Akak berjanji akak akan jaga Hana seperti yang Suraya kehendaki seperti anak akak sendiri.” Lirih suara Nisa' berbicara. Syuhada menunduk sayu.

“Hana, ketahuilah Hana bukan lagi anak yatim piatu mulai hari ini. Hana ada ummi, ummi akan jaga Hana hingga hujung nyawa ummi.” Dan dia mengucup pipi Hana lama. Air mata berderai lagi untuk kesekian kalinya.


“Kak, sabarlah. Walaupun saya baru kenal akak, tapi saya tahu akak seorang yang tabah. Apa yang akak buat ni sangat mulia akak. Akak membela nasib anak yatim piatu. Saya iringi usaha akak dengan doa, insyaAllah, usaha akak akan dibalasNya kelak.” Ujar Syuhada di sisi.


Setelah beberapa lama kemudian, mereka menuju pulang. Nisa' terus pulang ke rumah selepas menghantar Syuhada kembali ke klinik.


Petang itu, selepas Mala pulang dari kerja (dan dia pulang sangat awal semata-mata kerana semangatnya mahu membeli barang-barang bayi), mereka keluar ke sebuah pasaraya besar yang berdekatan.

Tiba sahaja, mereka menuju ke sebuah restoran di dalam pasaraya kerana Nisa' baru terasa kelaparan lantaran seharian tidak makan. Sedang mereka menikmati hidangan di situ, telefon Nisa' berdering kuat.

“Daniel!” beritahu Nisa' kepada Mala.


“Jawab je, pandai-pandai la kau.”


Punat hijau ditekan.


“Helo,”

“Helo, Nisa', awak sakit ke?”


“Hah? Tak lah, kenapa?” berkerut-kerut dahi Nisa'.


“Kenapa awak tak masuk office pun? And u didn’t even tell me anything?” suara Daniel jelas kesal.


“Serius la, saya sihat. Cuma saya ada, err, hal peribadi sikit nak settlekan.
So saya ambil cuti. Daniel, I’m in the pink, seriously, saya ok.” Ujar Nisa' bersungguh-sungguh.


Tiba-tiba Hana terbangun dari tidurnya dan menangis. Mala dan Nisa' yang tidak menjangka Hana akan terbangun kala itu menggelabah. Nisa' pantas berdiri, menjauhkan diri dari meja, bimbang Daniel terdengar suara kecil itu.


“Baby nangis? Awak kat mana ni?”


“Saya dekat supermarket, dengan Mala. Nak beli barang sikit.” Ujar Nisa', mengharap Daniel tidak akan bertanya lebih lanjut.


“Oh, awak dah makan?”


“Tengah makan la ni, awak?”


“Belum, buah hati tak ada, malas lah nak makan.”


Nisa' senyum sendiri.


“Amboi, sampai macam tu sekali, kalau saya dah tak ada dalam dunia ni nanti awak pun nak mati jugak ke?” usik Nisa'.


“Apa awak ni cakap macam tu?” marah Daniel.


“Tak ada la, saja je, pergilah makan dengan kawan. Esok kita makan sama, macam biasa, ok?” ujar Nisa' cuba memujuk.


“Hmm, ok, jumpa esok. Miss u.” Nisa' terdiam.


“Hmm, ok, bye.”


“Bye je?” ujar Daniel, menuntut lagi sesuatu.


“Nak cakap apa lagi?” jawab Nisa', pura-pura tidak memahami.


“Hmm…” mendengar keluhan itu Nisa' ketawa kecil.


“Ok, ok, love you, miss you, R S T U,”


“Oo, macam tak ikhlas je?” Tanya Daniel pula.


“Amboi, amboi.
Awak ni nak jadi nujum pak belalang ek?” usik Nisa' lagi.


“Hehe, kalau boleh kan best.
Ok la sayangku, saya nak drive ni. See you tomorrow ok?”


“Ok bye, assalamualaikum.”


“Take care, waalaikumussalam,”


Nisa' kembali ke meja. Maya sedang memangku Hana yang asyik menyusu. Nisa' mengelus lembut kepala kecil itu.


“Apa dia cakap?” Tanya Mala. Nisa' menjungkit bahu.


“Dia Tanya aku sakit ke?
Dia tahu aku tak masuk office tadi.”


“Mana dia tahu?”


“Entah, dia telefon pejabat la tu tadi. Tak sempat Tanya. Mujur Hana nangis tadi, so dia tak sempat Tanya urusan peribadi apa yang aku buat. Kalau tak, aku dah tak tau nak jawab apa.”


“Hmm, sijil kematian Suraya kau yang uruskan jugak nanti?”


“Hmm, nampaknya macam tu la. Siapa lagi? Aneh kan, dia orang asing pada aku, baru kenal beberapa minit, dan kini kami berkait rapat antara satu sama lain. Kerana Hana.” Nisa' merenung Hana di kendongan Mala.


“Kadang-kadang, orang yang dekat dengan kita akan jadi jauh, dan orang yang jauh dari kita akan mendekat.”


“Hmm, eh, esok macam mana? Kau ada cadangan tak, kot-kot ada orang yang boleh jaga Hana?
Yang berpengalaman jaga bayi baru lahir. Aku tak nak nursery, tak berani la sebab Hana baru berapa hari. Dan aku kalau boleh tak nak penjaga yang busybody, nanti sibuk pulak dia nak Tanya ayah Hana siapa.”

“Aku rasa ada kot tapi aku kena confirmkan balik. Malam nanti aku try call orang-orang yang mungkin tau.”

“Ok, malam ni datang rumah tau.”


Selesai makan, mereka berpusing-pusing di bahagian barang-barang bayi. Mala mengendong Hana, bila kepenatan, Hana bertukar ke tangan Nisa' pula dan begitulah seterusnya. Mujurlah si kecil itu tidak mudah terjaga apabila sudah kekenyangan.


Pelbagai barang-barang di beli mereka sehingga sudah penuh troli mereka.


“Nisa', nak beli baby stroller?” Tanya Mala apabila mereka sampai ke rak kereta sorong bayi.
Nisa' menggeleng.


“Tak perlu lagi kot? Dia kecil lagi, tapi kalau baby sit untuk kereta tu aku rasa tak apa. Aku risau jugak nak drive letak dia atas seat macam tu je.”


Lalu terbelilah tempat duduk bayi di dalam kereta untuk Hana.


Mereka pulang setelah hampir 2 jam lebih di supermarket itu.


Malam itu, Mala datang ke rumah membawa berita penjaga bayi.


“Ada sorang makcik ni, kat taman Seri Indah. Dia berpengalaman jaga bayi baru lahir. Dan aku dengar dia ni bagus orangnya. Dia tak jahat mulut. So, if kau bercerita dengan dia pun aku rasa dia boleh tutup mulut la. Tapi aku rasa dia takkan jadi masalah pada kau since kau tak kenal dia dan dia tak kenal kau.” terang Mala panjang lebar.


“Hmm, kalau macam tu ok la. Mana kau tau pasal dia?” Tanya Nisa', mahu menyelidik sehingga habis. Dia tak mahu Hana diserahkan kepada orang yang tidak diketahui asalnya.


“Kawan pejabat aku pernah berpantang dengan dia. Ok la.” Ujar Mala meyakinkan.


“Hmm, kalau macam tu ok. Tapi esok kau boleh teman aku pergi tak? Esok je Mala, please?” pujuk Nisa'.


Mala ketawa kecil.


“Apa lah kau ni, hantar anak ke nursery pun mesti berteman ke?”


“Tolongla, lagipun aku takut sesat. At least kalau kau ada kuat sikit aku.”


“Hmm, ok, ok. Esok kita keluar pukul 7. Kalau nak bercerita pun boleh lama sikit.”


“Nak bercerita apa?” Tanya Nisa' tidak mengerti.


“Kau ingat dia boleh buat bodoh je ke bila kau nak hantar anak umur 3-4 hari kat dia lepas tu kau nak pergi kerja? Kan orang bersalin pantang 40 hari? Mestilah dia hairan nanti kau nak pergi kerja terus lepas bersalin. So kita kena terangkan kat dia kenapa jadi macam ni, faham cik Nisa'?” Nisa' mengangguk-angguk.

“Ya tak ya. Tak terfikir pulak aku.”


“Hmm, ok lah, aku nak balik dulu.” Mala bingkas. Dia menghampiri Hana lalu dihadiahkan kucupan di kedua-dua belah pipi halus itu. Sudah menjadi kebiasaan Mala berbuat begitu apabila dia mahu meninggalkan Hana.


“Ok, Mala. Thanks. Jumpa esok.” Nisa' menghantar Mala pergi sehingga kelibat Mala hilang di balik pintu.

*******************************************

Kereta yang dipandu Mala berhenti betul-betul di depan rumah teres setingkat yang dicari-cari mereka. Pintu rumah itu tertutup rapat. Mala keluar sementara Nisa' menanti dulu di dalam kereta.

“Assalamualaikum...”

Beberapa ketika kemudian, pintu rumah itu terbuka. Seorang perempuan separuh umur menjengah di pintu.


“Ya, cari siapa?”


“Makcik, saya kawan Amira Hamid, yang telefon makcik semalam?” ujar Mala.


“Oh, cik Mala? Masuklah, masuk. Pagar tak kunci tu.” Nisa' menolak pagar itu dan mereka melangkah masuk ke halaman. Perempuan itu juga keluar dan mendapatkan mereka di tengah halaman rumah.


“Makcik lupa sebenarnya yang kamu datang hari ni.” Ujarnya ramah dan mesra. Nisa' dan Mala Cuma tersenyum.

“Ni ke babynya? Apa nama dia?” tanyanya lagi sambil menjenguk Hana di dukungan Mala. Nisa' pantas menjawab.


“Hana makcik.”


“Oh, Hana. Lupa pulak, kamu boleh panggil makcik Mak Su. Eh, jom masuk. Kita bersembang kat dalam.” Nisa' dan Mala menurut langkah Mak Su lalu masuk ke dalam rumah itu. hiasannya ringkas, tidak begitu banyak barang perhiasan namun tetap menarik.


“Jemputlah duduk. Mak Su buatkan air dulu.” Ujarnya seraya mahu berlalu namun Nisa' pantas menahan.

“Er, Mak Su, tak apa kot? Kami nak cepat ni. Nak masuk kerja.” Ujar Nisa' menghalang. Mak Su memandang Nisa'.


“Betul ke ni?” tanyanya Mak Su meminta kepastian.


“Ya Mak Su, betul, tak apa.” Ujar Nisa' lagi meyakinkan.


Nisa' melabuhkan punggung di sofa dan Mala di sebelahnya. Mak Su turut duduk.


“Mana maknya? Tak datang ke?” Tanya Mak Su, mungkin dia tidak mengerti situasi itu, sepertimana yang dijangkakan Mala semalam.


“Err, saya Nisa', ibunya Hana.” Jawab Nisa' lambat-lambat namun yakin. Mata Mak Su terpaku pada Nisa'.


“Awak ibunya? Umur Hana ni berapa hari?” berkerut-kerut dahi Mak Su.


“Mak Su, sebenarnya saya penjaga Hana sekarang. Ibu bapanya kawan baik saya, mereka dah meninggal kedua-duanya. Dan Hana sekarang sebatang kara.” Terang Nisa', mengerti kekeliruan yang timbul.


Mak Su tergamam.


“Innalillahiwainnailaihirajiuun. Kesian baby ni, baru lahir dah jadi yatim piatu.”


“Hmm, ibu dia meninggal lepas beberapa jam melahirkan. Ayah dia dah lama meninggal, masa dia dalam perut lagi.” terang Nisa' lagi.


“Oo, jadi memang sekarang awak yang jaga dia? Tak nak hantar jabatan kebajikan?”


Nisa' terdiam. Mala juga terkedu. Tidak menyangka soalan itu akan terkeluar dari mulut Mak Su. Mak Su yang menyedari dia mungkin tersalah cakap mengukir tersenyum tawar.


“Eh, Nisa', jangan salah anggap. Mak Su boleh jaga dia, selama mana Nisa' nak. Cuma Mak Su tak pernah dengar cerita orang jaga anak kawan dia. Nisa' bujang lagi kan?” Tanya Mak Su lagi.
Nisa' mengangguk.


“Hmm, bujang lagi tapi sanggup memikul tanggungjawab ibu. Jadi ibu bukan senang, kena bersedia mental dan fizikal. Sebab tu Mak Su agak terkejut tadi. Nisa' jangan salah anggap pada Mak Su ya.” Ujar Mak Su lembut.


Nisa' pantas menggeleng.


“Eh, tak. Tak apa. Jadi Mak Su boleh jaga Hana?” Nisa' bertanya, meminta kepastian.


“Boleh, tak ada masalah. Nisa' nak Mak Su jaga dari pukul berapa sampai pukul berapa?”


“Saya habis kerja selalu pukul 5. Tapi saya mungkin boleh ambil Hana pukul 6. Tengok keadaan jalan.”


“Ok, Mak Su tak ada masalah. Mak Su pun sorang saja. Ada Hana tak lah sunyi sangat nanti.”


“Err, Mak Su. Bayarannya macam mana?”


“Oh, Mak Su biasa ambil 350 sebulan untuk bayi. Ok ke?” Tanya Mak Su pula.


“Eh, ok je pada saya. Terima kasih Mak Su. Kami beredar dulu lah kalau macam tu.” Ujar Nisa' lalu bingkas. Mala turut bangun dan mendekati Nisa'. Hana bertukar tangan.


Nisa' mencium pipi Hana berkali-kali, terasa bimbang dan sayang pula dia mahu melepaskan Hana. Agaknya inilah perasaan ibu kepada anak pertama kot?


Nisa' mendekati Mak Su lalu menyerahkan Hana.


“Terima kasih sekali lagi Mak Su, kami balik dulu.” Nisa' menatap wajah Hana lagi, berat mahu melepaskan.

“Ya, jumpa petang nanti.”


Nisa' melangkah lambat-lambat ke kereta. Dia menoleh lagi, melihat Hana dalam dukungan Mak Su.


“Assalamualaikum.” Ucap Nisa' lalu masuk ke dalam kereta.


Enjin dihidupkan dan kereta itu meluncur perlahan meninggalkan rumah Mak Su.


“So, kau rasa ok tak?” Tanya Mala pada Nisa' yang diam sahaja sejak masuk ke dalam kereta.


“Hmm, Mala. Aku rindu Hana.” Luah Nisa'. Mala memandangnya tidak percaya.


“Ish kau ni. Macam mana nak jadi ibu? Hana kan yang pertama, biasalah tu rasa macam tu first time hantar anak kat orang.” Ujar Mala menyakinkan.


Nisa' diam, tidak menjawab. Tangisan Hana terngiang-ngiang di telinganya. Baru aku tau macam mana perasaan seorang ibu. Hana, tunggu ummi.

No comments:

Post a Comment