Masuk hari ini, sudah hampir sebulan Kira bekerja di syarikat percetakan ini dan dalam sebulan, sudah lebih 5 kali dia dan Iman makan tengahari bersama. Kira tahu dia seakan memberi harapan pada Iman namun dia tidak mahu mengguris hati Iman juga yang sanggup datang mengambilnya setiap kali. Kira memandu ke tempat kerja dengan Perodua Viva tapi jika Iman datang, mereka menaiki kereta Iman sahaja.
Hari itu, Kira sibuk menyiapkan tempahan kad kahwin yang berjumlah seribu keping. Tiba-tiba, loceng meja di kaunter ditekan berkali-kali tanda ada pelanggan yang datang tapi Kak Sham tiada. Kira melihat orang lain namun kelihatannya masing-masing sibuk dengan kerja mereka sehinggakan mereka tiada masa pun mahu memanggung muka. Kira bingkas keluar ke kaunter. Seorang wanita muda berdiri di situ.
‘ya, cik. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?’ tanya Kira ramah dan mesra. Manalah Kak Sham ni pergi. Dalam hatinya dia membebel.
Gadis itu berpaling melihat Kira. Kira tergamam. Dia juga. Namun senyuman sinis cepat menghiasi wajah itu.
‘awak? Apa nama awak ya? Ha! Kira, Kira Ayumi right?’ tanya Wani. Sinis kedengaran suaranya. Kira tersenyum tawar. Bala apa pula kali ni kena jumpa dengan perempuan ni.
‘cik Wani, ada apa-apa yang boleh saya bantu?’ tanya Kira lagi, malas mahu mengendahkan sinis suara itu.
‘hmm, mestilah. Saya datang sini berbayar. Actually, saya malas nak naik ke sini tapi tunang saya kena jawab business call, so nak tak nak saya kena naik jugak. Tak sangka kita berjumpa di sini.’ Ujar Wani lagi. Dia memandang Kira penuh minat.
Kira terdiam sebentar. Tunang? Pasti bukan Hafiz. Siapalah yang malang tu.
‘oh, by the way, I think you dah tau yang Hafiz and I takkan berkahwin. Hmm, memang malang betul kan? Anak dah hilang, business bankrupt, ayah pulak kena strok.’ Tutur Wani lagi bersahaja. Nada simpati yang dibuat-buat.
Kira terkedu. Ayah Hafiz kena strok?
‘ayah dia kena strok? Dah lama ke?’ tanya Kira pantas.
‘hmm, lamalah jugak. Dia ingat I nak tunggu anak dia ke sampai berjanggut? Oh, please...’ tambah Wani lagi dengan nada menyampah.
Kira sudah tidak begitu mendengar bicara Wani. Mindanya ligat berfikir. Dato' Syafie kena strok? Agaknya macam mana dia sekarang? Kesian. Hafiz tahu ke pasal ni?
‘eh, hello. Kira, saya datang ni bukan nak tengok awak mengelamun. Saya nak ambil kad kahwin saya. Boleh?’ tanya Wani, sinis dan mengejek. Kira tidak mengendahkan Wani.
‘eh, Kira, Kak Sham minta maaf. Kak Sham ke tandas tadi. Ingatkan takkan ada customer.’ Ujar Kak Sham yang baru datang dari arah belakang. Wani menjeling sahaja Kak Sham.
‘tak apa. Err, Wani, boleh saya tahu, Dato' Syafie di mana sekarang?’ tanya Kira. Wani menjeling Kira.
‘hai, nak pergi melawat ke? Hmm, I rasa baik u pergi, lagipun dia dah tak ada siapa-siapa pun selain Hafiz.’ Tuturnya lagi, nada sinisnya masih ada.
‘kita ni kan bersaudara, sepatutnya awak yang dah lama kenal dengan dia lah yang kena tengokkan dia. Sekarang, awak nak beritahu saya ke tak? Kalau tak, saya pun tak ingin nak mengadap muka awak lama-lama tau! Saya banyak kerja ni.’ Tempelak Kira. Geram juga dia dengan mulut perempuan itu. Mahu saja dicilinya.
Wani tergamam.
‘kat rumah dia lah, kat mana lagi.’ Jawab Wani ringkas.
‘rumah dia kat mana? Awak nak saya pergi setiap rumah cari ayah dia?’ tingkah Kira lagi. Suaranya tegas. Kak Sham yang melihat Kira begitu terkedu seketika. Tidak mengerti apa yang telah berlaku antara dua orang di hadapannya.
‘kat Taman Bukit Aman. Alah, awak tanya saja pengawal. Diorang boleh tunjuk rumahnya.’ Jawab Wani. Kecut juga dia mendengar suara tinggi Kira.
‘ha, reti pun nak jawab elok-elok. Ok, Kak Sham, she is all yours.’ Kira berlalu selepas menghadiahkan jelingan tajam pada Wani.
Dato' Syafie kena strok? Ligat dia berfikir. Hafiz pula entah ke mana. Hati kecilnya bersimpati dengan nasib lelaki itu. Apapun, dia tetap ayah kepada Hafiz, insan yang pernah disayangi dan menyayanginya sepenuh hati. Dia tidak tega membuat tidak tahu sahaja setelah dia tahu tentang keadaan yang sebenar.
Kira pasti lelaki itu telah mendapat balasannya. Dan dia pasti telah insaf sekarang. Kasihan. Kira nekad. Dia akan mencari rumah Hafiz.
**********
Kira memandu perlahan keretanya. Dia berhenti di hadapan sebuah rumah banglo yang agak besar. Rumah Hafiz. Enjin dimatikan. Sebaik habis kerja, dia terus ke taman ini tanpa berlengah lagi. Rumah itu kelihatan tidak berseri. Halamannya juga tidak terjaga. Sebuah kereta Honda Accord tersadai di hadapan rumah. Sepertinya sudah lama kereta itu tidak digunakan. Mungkin rumah ini dan kereta ini sahaja yang berbaki setelah perniagaannya bankrupt tempoh hari. Mujurlah masih ada tempat berteduh.
Kira menekan loceng rumah dua kali. Lama dia menanti baru pintu besar rumah itu terbuka. Seorang perempuan di awal usia 30-an menjengahkan kepala.
Kira mengukir senyum.
‘akak, saya cari Dato' Syafie. Dia ada?’ tanya Kira, separuh menjerit. Bimbang suaranya tidak didengari.
‘ada, tapi dato sakit. Dah lama dah.’ Beritahu wanita itu. Kira tersenyum lagi.
‘saya tahu, saya nak melawat dia, boleh?’ pinta Kira.
‘tapi, Dato’ tak nak jumpa sesiapa pun.’ Beritahunya lagi.
Kira tersenyum lagi. Dia tidak akan berputus asa.
‘tak apa. Saya perlu jumpa dia. Boleh ye kak?’ pinta Kira lagi.
Lama wanita itu diam sebelum mengangguk. Pintu pagar dibuka dan Kira melangkah masuk. Sayang rumah sebesar dan secantik ini terbiar. Kira berbicara sendiri.
Dia menuruti langkah wanita itu naik ke tingkat atas, ke sebuah bilik yang agak luas. Apabila dia melangkah masuk, pandangannya menangkap sekujur tubuh di atas kerusi roda di tepi beranda. Sedang bermenung.
Pembantu rumah itu keluar meninggalkan Kira dan Dato' Syafie yang tidak menyedari kehadiran Kira. Kira mendekat.
‘assalamualaikum, Dato’.’ Salam diberi. Dato' Syafie kelihatannya tidak kisah langsung dengan suara yang memberi salam itu. Kira mendekat lagi sehingga ke sisi Dato' Syafie. Sehingga tubuhnya kelihatan pada pandangan Dato' Syafie.
Dato' Syafie kelihatan terganggu dan dia seperti mahu memarahi Kira namun niatnya terbantut apabila dia menatap sekujur wajah Kira. Matanya memandang Kira tidak berkelip. Terkejut dengan apa yang dilihatnya.
Kira mengukir senyum.
‘assalamualaikum, apa khabar dato?’ tanya Kira berserta senyum manis. Dato' Syafie menunduk, mengalih pandang.
‘waalaikumussalam.’ Jawabnya, perlahan dan lambat-lambat. Kira menjeling kerusi di sisi.
‘boleh saya duduk?’ pinta Kira. Sedih dan insaf dia melihat keadaan Dato' Syafie. Jika dahulu dia megah dengan dirinya, kini dia berseorangan tanpa sanak saudara, Cuma pembantu rumah yang setia bersamanya.
Dato' Syafie tidak menjawab. Kira perasan gelagat Dato' Syafie yang melarikan pandangannya dari melihat Kira. Malu barangkali mengenangkan kisah lalu.
Kira menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya. Dia menatap wajah separuh umur itu. Mungkin sebaya ayahnya.
Kira menyepi. Apa agaknya dalam fikiran lelaki ini sekarang?
Kira juga tidak tahu apa yang patut dibicarakan. Pada hematnya, Dato' Syafie sudah sembuh kerana dia sudah boleh bercakap. Itu adalah satu perkembangan yang bagus. Cuma dari apa yang kelihatan pada pandangan Kira, kakinya mungkin masih belum kuat untuk dia berjalan.
‘dato sihat?’ tanya Kira lagi. Soalan itu masih belum berjawab. Dia mahu Dato' Syafie berbicara dengannya. Tidak mahu Dato' Syafie mengenang kisah lalu.
‘kenapa kamu datang sini?’ tanya Dato' Syafie, suaranya mendatar. Masih tidak memandang Kira.
Kira mengukir senyum sendiri.
‘dato, saya melawat seseorang yang saya kenal kerana saya dengar dia tidak sihat. Adakah tindakan saya salah pada pandangan dato?’ ujar Kira, lembut dan mesra. Tidak mahu Dato' Syafie menganggap kehadirannya kerana dendam dan mahu mempermainkan Dato' Syafie.
Tiba-tiba, pintu dibuka dari luar. Seorang lelaki di awal 30-an masuk dan menghampiri Kira. Kira bingkas.
‘assalamualaikum.’ Ucap lelaki itu.
‘waalaikumussalam.’ Jawab Kira.
‘minta maaflah mengganggu tapi awak siapa?’ tanya lelaki itu. Wajahnya jelas hairan dengan kehadiran Kira yang tidak pernah dilihatnya.
‘saya Kira Ayumi, kawan Hafiz.’ Kira memperkenalkan diri. Dato' Syafie Cuma melihat Kira dari ekor mata, tetap tidak berkutik.
‘kawan Hafiz?’ tanyanya hairan dan jelas tidak percaya. Kira senyum tawar. Tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan semuanya.
‘eh, kita bersembang di luar lah. Takut menganggu dato pula.’ Cadang lelaki itu. Kira mengangguk saja, menurut. Mereka melangkah ke pintu keluar dari bilik itu, meninggalkan Dato' Syafie berseorangan kembali.
‘saya Dr. Falah. Anak saudara Dato' Syafie. Boleh panggil saya Falah.’ Falah memperkenalkan diri.
‘saya Kira, Kira Ayumi.’ Falah mengangkat kening. Reaksi yang sudah biasa Kira lihat setiap kali dia memperkenalkan diri.
‘awak kawan Hafiz? Kawan di mana?’ tanya Falah.
‘saya kenal dia di kolej.’ Jawab Kira ringkas.
Falah mengangguk-angguk. Sebentar kemudian, pembantu rumah tadi datang membawakan mereka minuman.
‘jemput minum.’ Pelawa Falah. Kira mengangguk.
‘hmm, saya macam pernah dengar nama awak. Kira Ayumi.’ Falah berbicara seola-olah sedang berbicara sendiri.
‘hmm, nama Ayumi tu siapa yang tak kenal, kan?’ seloroh Kira.
‘no, seriously, I’he heard your name but long time ago.’ Ujar Falah lagi. Kira pula hairan. Siapa pula menyebut-nyebut nama aku?
‘by the way, boleh saya tahu, kenapa awak baru datang melawat dato sekarang?’ tanya Falah lagi.
‘oh, actually saya baru balik ke kl. Dah 5 tahun tak balik kl. Sebelum ni, saya duduk di utara sekejap. Rumah pakcik.’ Beritahu Kira.
‘oh, jadi baru dengar berita pasal dato lah ye?’ telah Falah. Kira mengangguk.
‘haah. Err, kalau dr. Falah tak keberatan, saya nak tau pasal sakit dato. Saya dengar dia kena strok, betul ke?’ tanya Kira pula.
Falah mengangguk.
‘betul, dia kena strok 2 tahun lepas. Sekarang perkembangan dia dah bertambah baik. Cuma kaki dia masih belum kuat untuk berjalan. Dia pun sudah tak berminat untuk menjalani rawatan lagi. Susah nak bawa dia ke hospital sekarang.’ Terang Falah.
‘kenapa jadi macam tu?’ tanya Kira laju.
‘katanya dia tak perlu berjalan kalau dia hanya akan membuat susah pada orang lain. Entah, saya pun tak faham dengan dato ni.’ Ujar Falah lagi.
‘err, Hafiz tak balik sejak dia sakit?’ tanya Kira, teragak-agak.
Falah mengeluh perlahan.
‘saya pun tak tahu dia di mana. Dari apa yang saya dengar, dia marah betul dengan dato kerana sesuatu. Eh, sekejap. Nama awak, Kira Ayumi?’ tanya Falah. Kira terdiam. Pelik melihat Falah.
‘ok, now I remember. Awak orangnya yang menyebabkan Hafiz lari dari rumah! Yes, tak salah lagi.’ Falah bersuara agak kuat. Teruja dengan penemuannya. Kira telan liur.
Kira garu kepala yang tidak gatal. Tidak tahu apa yang patut dicakapkannya.
‘awak kekasih Hafiz ke?’ tanya Falah. Kira tergamam.
‘err, eh, tak lah. Tak.’ Kira menidakkan.
‘saya tak faham apa yang telah terjadi antara kalian. Kalau awak tak keberatan, boleh saya tahu?’ tanya Falah. Kira senyum tawar. Sedangkan Hafiz dan Syafni juga bingung dengan apa yang telah terjadi, apatah lagi Falah, orang luar yang Cuma mendengar namanya sahaja.
‘dr. Falah, saya balik ke sini dengan harapan untuk melupakan kisah lama. Saya harap doktor takkan mendesak saya kerana saya sudah tak mahu mengenang kembali kisah lalu.’ Ujar Kira, tegas tetapi lembut.
Falah mengangguk tanda mengerti.
‘baiklah tapi saya rasa dato yang menjadi punca pemergian Hafiz. Boleh saya tau apa sebenarnya tujuan awak datang ke sini sekarang?’ tanya Falah. Ada nada lain di situ. Nada curiga.
‘doktor, kalau doktor ingat saya datang kerana dendam, doktor dah salah. Saya tak berdendam dengan dato dan sekarang saya datang atas dasar perikemanusiaan. Saya benar-benar ikhlas datang ke mari dan tiada niat lain.’ Ujar Kira, tegas.
Falah mengangkat tangan.
‘ok, ok. Saya faham. Tapi apa yang mendorong awak datang? Hafiz? Awak berharap Hafiz akan ada di sini?’ tanya Falah lagi. Kira sudah mula berasa rimas.
‘doktor, saya rasa dah banyak soalan doktor yang saya jawab. Saya akan datang lagi lain kali. Kalau doktor perlukan pertolongan, saya boleh tolong jika saya mampu. Ini kad saya. Saya balik dulu. Kirim salam saya pada dato. Assalamualaikum.’ Kira bingkas meninggalkan sekeping kad di atas meja. Falah tercengang-cengang.
p/s: sorry sgt2...x smpt menulis...thx for the support...
cpt smbg ya..
ReplyDelete