About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, July 2, 2009

Sole Property

Mata Filza meliar mencari wajah pak ngahnya di antara ribuan wajah di depannya. KLIA yang dipenuhi ribuan orang membuatkan pencarian Filza menjadi sukar. Akhirnya, dia mengambil tempat di salah satu kerusi yang disediakan untuk pengunjung. Kelelahan berada di dalam penerbangan yang agak lama tadi membataskan pergerakannya. Lehernya tetap dipanjangkan ke kiri ke kanan, bimbang pak ngahnya sudah tiba tetapi belum bertemu.

Entah kenapa, Filza tidak sedap hati kali ini walaupun dia sudah menghabiskan pengajiannya dan ini bererti dia sudah tidak akan pergi ke UK lagi. Dia sudah pulang ke kampung halaman untuk selama-lamanya. Sepatutnya, dia gembira dengan hakikat itu tapi hatinya benar-benar tidak sedap. Dia ada juga terfikir mungkin hal itu terjadi kerana perihal keluarganya yang berada jauh darinya. Namun apabila dia menelefon ke rumah, tiada berita buruk yang dikhabarkan. Semuanya kedengaran seperti biasa.

Apakah erti petanda ini? Filza benar-benar resah.

‘Filza!’ suara pak ngah mengejutkan Filza dari lamunannya. Dia berpaling, menatap segaris senyuman di wajah pak ngah, adik papanya.

Filza bingkas menghampiri pak ngah dan bersalaman.

‘pak ngah dah lama sampai ke?’ soal Filza.

‘tak lah lama jugak. Jalan sesak tadi.’

Pak ngah menolak troli Filza, membuatkan Filza berjalan berlenggang sahaja. mereka beriringan menuju ke pintu automatic, melawan arus insan yang ramai di KLIA.

‘papa dan mama sihat?’ soal Filza lagi.

Pak ngah angguk. Mereka sudah sampai ke kereta. Filza merenung wajah pak ngah yang benar-benar nampak lesu, dan tidak ceria. Kenapa agaknya?

‘best betul dah habis belajar. Tapi, papa mesti nak Filza kerja di syarikat dia kan? Filza tak nak lah pak ngah. Agak-agak, papa akan beri peluang tak untuk Filza berdikari?’ soal Filza teruja.

Pak ngah tidak memandang wajah Filza, sebaliknya dia menutup but kereta tanpa menjawab soalan Filza. Kelakuan pak ngah membuatkan debaran dan resah di dada Filza bertambah kuat. Hairan dan bingung.

‘jom,’ ajak pak ngah. Filza masuk ke perut kereta lambat-lambat. Enjin kereta dihidupkan dan kereta yang dipandu pak ngah meluncur perlahan di atas jalan raya.

Pak ngah tidak berkata apa-apa, tidak juga menjawab soalan Filza tadi. Filza semakin resah. Kenapa kepulangannya seperti tidak dinanti?

Acap kali dia mengerling wajah pak ngahnya yang sudah bergelar bujang terlajak itu. Pak ngah sudah berumur 40 tahun namun masih belum berkahwin. Di antara 3 adik beradik papanya, Cuma pak ngah yang masih bujang.

Filza menggigit bibir, memandang wajah pak ngahnya tidak lepas.

‘pak ngah, pak ngah ada masalah ke?’ terkeluar juga soalan itu dari mulutnya. Pak ngah tidak mendengar soalan itu. Sepertinya, dia sedang bermenung panjang.

Filza menarik nafas dalam.

‘pak ngah?’

‘huh? Ha, ada apa Filza?’

‘pak ngah ok ke?’

‘kenapa?’

‘taklah, Filza tengok pak ngah mengelamun je?’

‘eh, taklah, ok. Jangan risau lah.’ Dalih pak ngah.

‘ada something jadi kat rumah ke?’ pak ngah yang bekerja di syarikat papanya turut tinggal bersama mereka di rumah papa Filza.

Pak ngah geleng. Wajahnya bertambah tegang dan gundah.

‘taklah, jangan risau.’ Nada suara pak ngah bukannya menenangkan Filza, sebaliknya membuatkan dia bertambah risau. Nada suaranya berbicara yang lain.

Filza menongkat kepala, tidak lagi mahu bertanya. Berdoa semoga benar apa dikatakan pak ngahnya, tiada apa yang perlu dia risaukan.

‘mama!’ Filza mendakap tubuh mamanya yang sudah mencapai separuh abad itu.

‘Filza sihat ke?’

‘sihat mama, mama?’

‘mama ok sayang. Jom, masuk rumah. Pak ngah angkat beg Filza ke dalam.’ Filza memeluk bahu ibunya, beriringan ke dalam rumah.

‘papa mana?’

Wajah mama sedikit kelat mendengar nama papa.

‘papa ada hal sayang, nanti papa balik. Dah makan ke? Jom, kita makan.’ ajak mama. Filza senyum tawar. Mama menyembunyikan sesuatu darinya. Begitu juga pak ngah.

Dan papa ke mana pula hari minggu begini?

Filza menurut juga langkah mamanya ke meja makan. apa yang orang rumah ni sembunyikan?

*****

Filza menuruni anak tangga satu persatu. Telinganya dapat menangkap suara papa, mama dan pak ngah sedang bersembang di ruang tamu. Dia melajukan langkahnya, mahu menyertai mereka.

‘takkan tak beritahu Filza?’ Filza mematikan langkahnya, kaku di atas dua anak tangga terakhir. Beritahu apa?

Soalan pak ngah tidak berjawab. Filza tidak jadi menuruni tangga. Dia bersandar di dinding tangga, menanti jawapan. Mungkin dari sini dia akan tahu apa yang disembunyikan orang lain. Cuma papa yang bijak bersandiwara sejak papa pulang tadi. Papa banyak bertanya tentang dirinya di sana. Namun dia tahu, ada yang tidak kena. Bila papa banyak berbicara, itu bererti ada yang ingin disembunyikannya.

‘bukan abang tak nak Filza tahu, tapi abang tak nak dia rasa terbeban bila dia tahu. Lagipun, dia baru balik. Abang nak dia berehat. Kalau dia tahu, mesti dia nak cari kerja cepat-cepat. Dia masih tanggungan abang, ngah. Abang takkan biarkan hal sebaliknya berlaku.’ Suara papa tenang menjelaskan.

Filza menahan nafas. Kenapa papa cakap macam tu?

‘abang tak boleh minta tangguh dari AMR Corp. tu ke?’ suara mama pula kedengaran.

‘tak boleh, CEO baru tu betul-betul tegas. Entahlah. Abang rasa sekarang kita berserah je lah. Mungkin rezeki kita dengan syarikat tu sampai sini je. Abang dan ngah kena fikirkan benda lain untuk dibuat sekarang. Abang kesiankan pekerja semua. Mungkin ada yang akan dibuang nanti.’ Suara papa kesal berbaur simpati.

Filza tergamam. Bunyinya macam ada yang tak kena dengan syarikat. Tapi apa? Jangan-jangan...

********

Filza mendongak ke atas, melihat tinggi bangunan di hadapannya. Syarikat papanya di tingkat 3, 4, dan 5. Dia sendiri akan mencari masalah sebenar yang sedang melanda syarikat itu. Filza menarik nafas dalam.

Memanjat satu persatu tangga dan sampai di depan pintu automatic yang belum terbuka dan bercermin gelap. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Filza menunduk, menyelongkar tas tangan mencari telefonnya.

Serentak itu, seorang lelaki berkaca mata hitam melangkah keluar tergesa-gesa menyebabkan dia terlanggar Filza yang terpacak di depan pintu itu. Filza yang terkejut dengan perlanggaran itu tercampak telefon bimbitnya ke atas lantai. Melopong Filza melihat telefonnya berkecai.

Lelaki itu terkedu. Melihat serpihan telefon yang berserakan di atas lantai dan wajah Filza yang terkejut.

‘cik, saya minta maaf.’ Ujarnya penuh rasa bersalah. Filza membongkok, mengutip satu persatu serpihan telefonnya. Bunyi tadi juga sudah hilang.

Filza mengetap bibir. Dipandang lelaki itu tajam.

‘awak ni kelam-kabut sangat kenapa? Tengok! Siapa nak ganti ni?’ marah Filza. Diunjukkan serpihan telefon di tangannya.

Faiz terdiam. Ditanggalkan cermin mata hitamnya, tidak puas hati. Namun kata-katanya mati sebaik dia melihat warna sebenar Filza di hadapannya. Tidak berkelip dia menatap.

Filza bertambah geram melihat lelaki itu diam tidak berkata apa-apa.

‘apa tengok-tengok? Dah bisu ke?’ jerkah Filza.

Faiz tersentak. Boleh tahan jugak dia ni.

‘ok, saya ganti, puas hati?’

Filza terdiam. Dipandang lelaki itu atas bawah. Nampak macam orang kaya tapi pakai t-shirt dan jeans je. Hmm, lupakan je lah Filza. Entah dia ni mat despatch ke apa ke. Biar papa asal bergaya.

Filza merengus perlahan. Disimpan serpihan telefonnya ke dalam poket tas tangannya.

‘tak apalah. Lupa kan.’ Filza pantas beredar meninggalkan Faiz terpinga-pinga.

Faiz ketawa kecil. Garu dahi. Oh my God! Is this love at first sight?

*******

Filza termenung di jendela. Perbualannya dengan seorang pekerja syarikat ayahnya siang tadi benar-benar menganggu fikirannya.

‘sebenarnya, syarikat ni dah bankrupt tapi ada syarikat lain dah beli. Syarikat yang banyak beri hutang pada syarikat papa awak. Puncanya ialah ada seorang pekerja ni, dia bekerja di bahagian kewangan. Dia gelapkan duit syarikat. Bila papa awak sedar, dah terlambat. Dia dah berhenti dan duit syarikat dah hampir habis. Hutang semakin banyak. Dengarnya, syarikat yang beri hutang tu dah tak nak beri masa lagi. Dia akan beli syarikat ni dan papa dan pak ngah awak mungkin dipecat.’

Filza mengeluh panjang.

‘kalau awak nak jumpa CEO syarikat tu, ni kad dia.’

Filza merenung kad di tangan. Faiz Khidir. CEO AMR Corp.

Esok aku akan jumpa dia. Aku mesti jumpa dia untuk merayu bagi pihak papa dan pak ngah. Jika mereka tak nak bebankan aku dan bimbangkan aku, biarlah aku berkorban sedikit masa aku. Mudah-mudahan dia akan lembut hati.

********

‘encik Faiz, cik Filza dari Warisan Corp. datang nak berjumpa encik tanpa temujanji. Encik nak berjumpa dengan dia?’ suara setiausahanya bertanya dari intercom menganggu konsentrasi Faiz.

Dia mengetuk-ngetuk pen di tangan. Menimbangkan keperluan mereka untuk bertemu. Dengan separuh hati, dia mengangguk sendiri.

‘ok, benarkan dia masuk.’

Faiz kembali menulis. Menyelak helaian-helaian di depannya, menyemak dan mencongak. Kedengaran pintu dikuak.

‘assalamualaikum,’ Faiz mengangkat mukanya.

‘waalaikumussalam,’ Filza melopong, Faiz terkedu.

‘awak?’ soal Filza tidak percaya.

Faiz senyum kecil.

‘nampaknya, kecil dunia ni, kan?’ ujar Faiz tenang. Dia menyandar di kerusi, meneliti seraut wajah itu. Wajah yang sering menemaninya sejak pertemuan tak diduga semalam.

Filza mengorak langkah ke hadapan. Rasa bersalah dan serba-salah dengan layanan kurang mesra terhadap lelaki ini semalam. Bimbang permintaannya nanti akan dipengaruhi oleh apa yang berlaku semalam. Akankah lelaki ini berlaku adil dan bertindak secara professional?

‘sila duduk. What’s your name again?’

Filza mengambil tempat di hadapan lelaki itu. Cuba berlagak tenang sebaik mungkin. Senyum tawar.

‘Filza. Saya anak Dato’ Shahidi.’ Ringkas Filza memperkenalkan diri.

Faiz membesarkan matanya.

‘oo, anak dato rupanya? So, I bet you must have your own reasons to show up here. By the way, saya tak pernah tau dato ada anak perempuan.’

Filza senyum kecil.

‘I’m his only child.’

Faiz senyum lagi.

‘well, interesting, very interesting.’ Faiz merapatkan kedua tapak tangannya, masih merenung wajah Filza tidak lepas.

Filza menunduk seketika. menyusun ayat yang terbaik untuk memulakan.

‘sebenarnya, saya datang nak bercakap tentang hal pembelian syarikat ayah saya.’ Filza memulakan.

Dia mengangkat muka, menentang pandangan tajam Faiz.

‘saya dengar, ayah dan pakcik saya mungkin dipecat. Boleh saya tau, kenapa mereka tak dikekalkan?’ lambat-lambat Filza bertanya.

Faiz tidak terus menjawab, sebaliknya, dia merenung wajah Filza lama membuatkan Filza tidak senang duduk.

Faiz berdehem perlahan.

‘jadi, awak nak saya kekalkan mereka?’ soalan berbalas soalan.

Filza terdiam. Lelaki ini memang sesuai menjadi CEO, otaknya pantas dan tangkas berfikir.

Filza senyum tawar.

‘saya, tau saya tak ada hak untuk membuat permintaan ni, tapi jika awak boleh kekalkan mereka, saya amat berterima kasih dengan awak.’ Akhirnya, Filza berterus-terang.

Faiz senyum nipis. Berani gadis ini, dan bijak juga. Sanggup bertemu aku kerana ayah dan pakciknya. Sekilas juga Faiz tahu, dia semakin tertawan dengan gadis ini.

‘boleh, tapi saya nak tuntut hak saya. My sole property.’ Selamba Faiz berbicara.

Filza kerut dahi. Apa benda pulak dia cakap ni?

‘apa dia benda tu? If kami boleh berikan, saya tak rasa kami akan keberatan. For now, tak ada yang lebih penting dari syarikat tu.’ Yakin Filza berbicara.

Faiz senyum senang.

‘including you?’

Filza kerut dahi. Menatap wajah Faiz tajam.

‘what??’

********

Filza menarik nafas dalam. Inai yang menghiasi jari dibelek lama. Petang tadi, dia telah sah menjadi isteri Faiz Khidir. Filza senyum sendiri mengenangkan pertemuan mereka.

Faiz telah menghantar rombongan meminang sebaik sahaja persetujuan antara mereka dicapai.

Dia akan berkahwin dengan Faiz jika jawatan papa dan pak ngah dikekalkan. Namun Filza tahu, dia bersetuju bukan kerana itu. Hakikatnya, dia juga telah terpaut dengan sikap bersahaja Faiz selepas beberapa lagi pertemuan yang diatur antara mereka.

Pintu dikuak dari luar. Filza menahan debar di dada. Debaran malam pertama.

‘assalamualaikum,’ salam Faiz berjawab di dalam hati. Filza yang duduk di sisi katil mengukir senyum apabila Faiz menghampirinya. Terasa debaran di dada kian kuat apabila Faiz melabuhkan punggungnya di sisi Filza.

Filza menunduk, bermain dengan hujung baju. Resah.

Faiz senyum nipis. Mengerti debaran gadis itu yang sudah bergelar isterinya.

Dicapai jemari Filza, sejuk.

‘aik, pegang ais ke?’ tegur Faiz mengusik. Filza membesarkan matanya. Faiz menarik Filza mendekatinya bersama tawa. Dia benar-benar bahagia.

Filza bersandar tenang di bahu Faiz.

Jemarinya di genggaman Faiz erat.

‘Filza tau tak, I fell in love with you the first time we met. Sejak berjumpa Filza, I wasn’t in my right mind, seriously.’ Ujar Faiz, serius.

Filza mengiringkan kepalanya sedikit, menatap wajah Faiz.

‘ye ke? Boleh percaya?’ soal Filza menguji.

Faiz angguk laju.

‘betul sayang. I’m telling you the truth. And now, I’m happy because I got you and now, you’re my sole property.’ Faiz mencuit hidung Filza, mengusik.

Filza memuncung.

‘apa pulak property? Filza bukannya barang dagangan tau.’ Rajuk Filza.

Faiz ketawa kecil.

‘bagi abang, Filza harta abang yang paling berharga. Lebih berharga dari syarikat abang, dan duit yang abang ada. Tapi, abang risau.’ Suara Faiz berubah nada.

Filza menoleh pantas, memandang wajah suaminya yang berubah mendung.

‘bang, kenapa ni?’ soal Filza risau.

Faiz melekapkan sebelah tangannya di pipi Filza, diusap lembut.

‘abang risau, Filza akan tinggalkan abang. Abang risau, Filza tak cintakan abang sebagaimana abang cintakan Filza. Abang risau Filza berkahwin dengan abang semata-mata demi keluarga Filza.’ Ujar Faiz perlahan. Redup sinar matanya benar-benar menunjukkan kerisauannya.

Filza tersenyum manis. Dia mengambil tangan Faiz di pipinya, digenggam erat dan dibawa ke mulutnya, dikucup lama.

Filza mengangkat muka, tangan kanannya pula diletakkan di pipi Faiz. Bertentang mata dengan suaminya.

‘bang, memang tujuan pertama Filza buat semua ni kerana papa dan pak ngah. Tapi itu tak bermakna tak ada cinta dalam hati Filza untuk insan yang bernama Faiz Khidir. Filza sendiri tak pasti bila cinta itu berputik tapi yang Filza tau, di hati ini, Cuma ada abang seorang. You’re my sole property, ok?’ ujar Filza yakin.

Faiz senyum lebar. Ditarik Filza ke dalam pelukannya, erat, seolah-olah takkan dilepaskan lagi. Filza turut membalas pelukan itu. Semoga bahagia menjadi milik mereka.

*******

Hari itu, bapa saudara Faiz yang baru pulang dari Sydney berkunjung ke rumahnya. Dia juga seorang peniaga yang Berjaya. Faiz pula sebenarnya baru sahaja mengambil alih syarikat ayahnya sebelum dia mengambil keputusan membeli syarikat Dato Shahidi. Kebetulan pula Filza keluar atas urusannya sendiri.

‘Faiz, uncle minta maaf sebab tak balik perkahwinan Faiz tempoh hari.’ Encik Rahmat meneguk air di dalam cawannya. Faiz senyum nipis.

‘tak apalah uncle. Faiz faham.’

‘hmm, dengarnya, wife Faiz anak pemilik syarikat juga kan?’

‘hmm, dia anak Dato Shahidi.’

‘wait, Dato Shahidi, yang syarikatnya Faiz beli tu?’ soalan itu bernada pelik.

Faiz angguk.

‘yup. Kenapa uncle?’

Encik Rahmat menggeleng.

‘how could you be so stupid Faiz?’ tegur Encik Rahmat. Faiz kerut dahi.

‘kenapa uncle?’

‘Faiz, can’t you foresee this? She married you because of your money, obviously.’ Yakin Encik Rahmat berkata-kata.

Faiz terdiam.

‘tak lah uncle, dia baik.’

Encik Rahmat senyum sinis.

‘baik la sekarang untuk dapatkan harta kau, dah dapat nanti, kau ingat dia akan still jadi baik lagi? Faiz, wake up, make a wise decision before it is too late.’ Nasihat Encik Rahmat lagi.

Faiz menunduk. Terbayang wajah manis Filza di ruang ingatannya.

‘ni, wife Faiz ke mana?’

Faiz angkat muka.

‘keluar kejap. Ada hal.’

‘hal apa?’

‘entahlah. Dia tak cakap pulak.’

Encik Rahmat geleng lagi.

‘I’m sure she is out planning to get rid of you Faiz. Faiz, uncle bercakap dari pengalaman. Faiz pun tau kan, all my ex-wives semuanya tamakkan harta pakcik saja? That’s why I’m giving you an advice right now. Kalau Faiz tak nak ikut, terpulang tapi ingat, don’t you ever let her go overboard. Be in control. Control dia sepanjang masa. Dengan cara tu, mungkin dia takkan dapat bertindak jauh.’

Faiz tidak mengangguk, tidak mengiyakan. Tertanya-tanya mengapa kali ini, Filza keluar tanpa memberitahu agendanya? Mungkinkah benar apa yang dikatakan uncle? Curiga mula menguasai dirinya, dan syaitan laknatullah mula memainkan peranan.

*****

Filza yang baru pulang tercari-cari wajah suaminya. Ada 2 khabar yang dibawanya. Resah untuk memberi kedua-duanya.

‘bang!’ laung Filza. Tiada sahutan. Di bilik tidur tiada, di bilik bekerjanya pun tiada. Sudah bertanya pada orang gaji, namun jawapannya yang diberi tidak memuaskan.

‘kau ke mana?’ Filza menoleh pantas bersama senyum lebar. Menghampiri suaminya. Dia tahu suaminya akan gembira dengan berita yang dibawanya.

‘adalah. Filza akan beritahu abang nanti, ok? Jom, malam ni kita makan luar, nak?’ ajak Filza, dicapai tangan suaminya namun dia tergamam apabila tangannya ditepis Faiz.

Dia merenung wajah Faiz yang kelihatan tegang.

‘tak payah. Itu saja kerja kau! Menghabiskan duit aku! Memang itu tujuan kau kahwin dengan aku kan? Papa kau dah jatuh miskin, kau nak kikis harta aku, kan?’ Filza terkedu.

Tersayat hatinya mendengar tuduhan suaminya yang jelas telah berubah sama sekali. Bukan Faiz yang dikahwininya 6 bulan lalu.

‘bang, kenapa abang cakap macam tu?’ lirih suara Filza. Air mata sudah bertakung di tubir matanya.

Faiz berpaling pantas.

‘argh! Kau jangan nak tunjuk baik dengan aku! Mulai hari ni, kau tak boleh keluar ke mana-mana dan bercakap dengan sesiapa! Segala urusan rumah ni, aku yang uruskan! Kau duduk saja dalam rumah, faham?!’ tengking Faiz, memberi arahan.

‘bang, Filza patuh kalau itu yang abang nak. Tapi tolong jangan tuduh Filza yang bukan-bukan bang, Filza isteri abang, Filza cintakan abang.’ Rayu Filza. Air matanya sudah menitis.

Faiz senyum sinis.

‘kau tak pernah cintakan aku kan? Kau Cuma cintakan harta aku kan? Sudah! Aku tak nak dengar lagi cakap kau!’ Faiz merentap tangan Filza kuat, ditarik Filza kasar ke bilik tetamu di tingkat bawah rumah itu. Orang gaji yang setia memerhati dari tadi menyeka air mata di pipi. Puan Filza.

‘mulai hari ni, kau jangan keluar dari bilik ni! dan tak ada sesiapa dibenarkan bercakap dengan kau! Faham?’ ditolak Filza masuk dan pintu terus ditutup dari luar. Kedengaran ketukan bertalu-talu dari dalam diiringi suara Filza yang merintih sayu.

‘bang, maafkan Filza kalau Filza bersalah tapi tolong jangan buat Filza macam ni,’ rayu Filza sekuat hatinya namun sia-sia saja rayuannya.

Faiz telah berlalu pergi bersama rengusan kasar. Dicapai tas tangan Filza yang terjatuh semasa dia merentap tanga Filza tadi dan diselongkarnya rakus. Handphone Filza yang baru dibelikannya dicampak ke dinding, berkecai bertaburan di atas lantai. Puas hatinya.

Filza menangis di pintu, tersandar kepenatan. Keadaan dirinya membataskan kudratnya untuk pergi lebih jauh, menghalangnya dari mengetuk pintu itu dan merayu lagi.

Diusap perutnya perlahan. Berkecai harapannya mahu meraikan kehadiran orang baru di dalam keluarga mereka bersama Faiz. Hilang niatnya mahu menyampaikan khabar itu mendengar tuduhan melulu Faiz. Kenapa kau berubah suamiku? Kenapa?

Filza mengetap bibir. Kepalanya berdenyut lagi. Dipegang kepalanya kuat. Air mata mengalir bertambah laju.

Akhirnya, Filza tertidur di atas lantai di depan pintu bersama basah air mata, kepala yang berdenyut dan sakit jiwanya.

********

8 bulan berlalu. Perutnya semakin membesar namun Faiz tetap tidak tahu tentang kandungannya. Pada orang gajinya juga telah dirayu supaya merahsiakan keadaannya dari Faiz. Faiz semakin jarang di rumah sejak peristiwa hari itu dan mereka tidak lagi bersemuka kecuali satu hari di mana mereka menerima kunjungan ibu bapa Filza. Filza sudah dibenarkan keluar dari bilik namun hubungannya dengan dunia luar sama sekali dihalang.

Terubat rindu Filza apabila Faiz pulang awal hari itu walaupun wajahnya masih tegang seperti tempoh hari. Kandungan Filza masih kekal menjadi rahsia kerana kebetulan tika itu, perutnya masih belum membesar.

‘kau pergi bersiap. Papa dan mama kau nak datang, tapi ingat, jangan sekali-kali kau beritahu hal di rumah ni. kalau tak nahas kau!’ Faiz memberi amaran. Filza senyum tawar. Sudah pasti dia tidak akan mengadu jika inilah saja peluangnya bermesra dengan suaminya, biarpun semuanya sekadar lakonan semata kerana dia sendiri tidak pasti, akan adakah lagi peluang kali kedua ini.

Malam itu, Filza duduk di mejanya. Dia tahu Faiz belum pulang. Pena di tangan dilarikan di atas kertas. Surat pertama dan terakhir untuk suaminya. Kepalanya berdenyut kuat. Filza tahu, masanya mungkin telah tiba. Namun dia perlu bertahan. Ayat terakhirnya perlu dihabiskan.

*****

Faiz bermenung di mejanya. Ruang pejabatnya sudah suram. Seperti biasa, sejak 8 bulan yang lalu, Cuma tinggal dia yang masih di pejabatnya selepas habis waktu pejabat. Semua pekerjanya sudah pulang.

Bunyi telefon bimbitnya mengganggu menungan Faiz.

‘helo,’ jawabnya lemah.

‘helo, tuan, puan Filza tuan!’ suara cemas orang gajinya menyapa gegendang telinganya.

‘kenapa pulak dengan dia?’ Tanya Faiz kasar.

‘puan pengsan di mejanya. Kandungan dia...’

‘what???’

******

Faiz membaca bait-bait tulisan isterinya. Dari orang gajinya, surat ini sedang ditulis Filza semasa dia dijumpai tidak sedarkan diri. Faiz mengetap bibir, menahan sebak.

Salam sayang untuk abang.

Filza harap abang sentiasa gembira walaupun setelah ketiadaan Filza nanti.

Abang, percayalah, Filza tak pernah menyalahkan abang atas apa yang terjadi. Bagi Filza, mungkin ada baiknya Filza pergi dalam keadaan begini supaya abang tidak terlalu sedih meratapi pemergian Filza. Filza redha bang.

Bang, sebenarnya, Filza berhajat untuk mengkhabarkan 2 berita pada abang tempoh hari, hari di mana abang mula berubah. Berita pertama ialah tentang kandungan Filza. Filza percaya saat abang membaca surat ini, anak kita pasti telah melihat dunia. Filza serahkan pada abang untuk menamakan anak kita bang.

Berita kedua ialah berita buruk bang. Hari yang sama juga, Filza mendapat tahu punca sakit kepala Filza yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Filza disahkan menghidap barah otak bang, dan peluang untuk Filza diselamatkan amat tipis. Jika Filza memilih untuk menjalani pembedahan, anak kita mungkin takkan dapat diselamatkan. Jadi Filza memilih untuk menyelamatkan anak kita. Filza mahu dia menjadi pengganti Filza kelak di samping abang. Our sole property.

Bang, untuk itu, Filza memohon ampun dan maaf kiranya selama kita bersatu di bawah satu bumbung masjid ini, Filza ada melakukan salah dan silap terhadap abang, maafkan Filza untuk semuanya. Percayalah, kasih dan sayang Filza pada abang tak pernah tergugat oleh mana-mana insan ataupun harta benda as for me, you’re my sole property.

Filza sayang dan cintakan abang dulu, kini, selamanya. Semoga kasih kita bersatu di syurga kelak, itu sahaja doa Filza kini, insyaAllah.

Salam sayang terakhir dari isterimu,

Filza.

Faiz tersedu-sedu di situ juga. Tertunduk di bangku itu, menahan air mata yang semakin galak. Rasa bersalahnya pada Filza amat menebal. Dosanya pada isterinya itu tak mungkin termaaf. Tak mungkin. Tiada apa yang mampu dia lakukan melainkan peluang kedua untuk hidup di samping Filza. Dan peluang kedua itu kelihatannya semakin menjauh pergi darinya. Filza, maafkan abang!

‘encik Faiz?’ suara itu mengejutkan Faiz. Dia mengangkat muka, diseka air mata pantas.

‘doktor, macam mana anak dan isteri saya?’

Doctor itu tersenyum nipis.

‘anak awak selamat encik Faiz.’

‘isteri saya?’

Perubahan di wajah doctor itu seakan-akan memberitahu sesuatu padanya. Faiz tertunduk lemah. Filza, maafkan abang!

********

Faiz meraup wajahnya dengan tangan kanan. Air matanya sudah kering namun sebaknya masih terasa. Terasa gerakan di dalam kendongan tangan kirinya, anak perempuannya dan Filza, Lina Adilah yang baru berusia sebulan.

Faiz bingkas menuju ke kereta.

Pintu dibuka dan dia masuk ke dalam perut kereta. Huluran tangan dari tempat di sebelah pemandu membuatkan Faiz mengukir senyum. Lina bertukar tangan.

‘abang ok?’ soal Filza prihatin. Dia tidak turun sama kerana keadaannya yang belum betul-betul sihat. Suaminya tersenyum tawar.

‘ok, Cuma abang betul-betul terkejut. Uncle nampak sihat tempoh hari. Tak sangka dia akan pergi dalam masa yang begitu cepat.’ Ujar Faiz. Enjin kereta dihidupkan.

Filza tersenyum nipis.

‘bang, macam tu jugak dengan Filza. Filza sangka, Filza akan pergi juga. Filza bersyukur kerana diberi peluang kedua bang.’

Faiz menoleh sekilas.

‘Filza, abanglah orang yang paling bersyukur dengan kehadiran Filza. Abang ingat, Filza takkan sedar dari koma. 3 minggu menanti memang banyak mengajar abang erti rindu dan cinta sebenar. Abang bersyukur kerana doa abang supaya diberi peluang kedua dimakbulkan. Filza janji, jangan pergi dari abang lagi?’ lirih suara Faiz.

3 minggu yang lalu, lemah lututnya mendapat khabar dari doctor. Pembedahan telah Berjaya dilaksanakan Cuma Filza masih belum sedarkan diri dan Faiz Cuma boleh menanti dan berdoa.

Filza tersenyum manis, menghiasi wajahnya yang sedikit pucat.

‘Filza janji. Abang dan Lina are my sole properties. Filza takkan tinggalkan abang dan Lina, Filza janji.’

‘you’re my sole property too, honey.’ Faiz mencapai jemari kanan isterinya dan dikucup lama. Air mata Filza menitis lagi.

14 comments:

  1. waa~~~
    t0uching r cter niex...
    hehehe..
    pe2p0om keep it up!
    chaiyo!

    ReplyDelete
  2. huhu~
    sedey jerk mse bce surat Filza tu//
    haha..
    ingat kan sad ending tadi..
    gee~
    best!!
    aja2 fighting!!

    ReplyDelete
  3. best la citer nie...
    ampir2 nk nangis..
    nsib baek pendek jer...
    hu3!

    ReplyDelete
  4. huhu..engtkan filza mati td..
    nseb bek xleleh..
    haha..ske2..
    besh2..

    ReplyDelete
  5. isk..isk.. tak baik tul faiz ni..
    percaya je cakap uncle tuh! geram tau
    erk..termenangis pulak :)
    --missnina--

    ReplyDelete
  6. hehe...tringat filzah plak bila bc cite ni...

    ReplyDelete
  7. patutnyer wat bini dier mati..baru dier tau langit tinggi ke rendah

    ReplyDelete
  8. alorhh...xbest la cter nie wat happy ending

    ReplyDelete
  9. adusss..
    hmpir2 nk terkeluar airmata..
    hhahaha...

    ReplyDelete
  10. Mina said ~~~
    Sedih gak cite ni tapi okaylah happy ending apa... ini menunjukkan bahawa qadak dan qadar adalah susunan Allah semata-mata. Sang doktor hanya boleh predict dan sebagai manusia kita kenalah berdoa selalu dan juga juga berusaha.

    ReplyDelete
  11. huuu,,kuar air mater mse bce surat filza 2..huhu..
    tapi,akhirnya hepi ending jugaa..

    ReplyDelete
  12. hampir ak nk nangis tdi...
    wlaubagaimnapun thiz story good... keep up!!!

    ReplyDelete
  13. dah nangis taw bace td. naseb baik happy ending

    ReplyDelete