Hafiz menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya. Ditatap wajah Iman yang mendung.
‘kau kenapa? Tergesa-gesa je bunyinya tadi. Macam nak kena kejar hantu.’ Seloroh Hafiz.
Iman tidak menjawab, sebaliknya dia menjeling jam di tangan. Lagi 2 jam penerbangan Kira. dia tidak dapat berjumpa mereka lebih awal kerana tuntutan kerja.
‘ha, apa yang penting sangat tu?’ Tanya Hafiz. Iman masih diam, melirik ke pintu, dan Hafiz mengikut pandangannya. Syafni sedang berjalan menghampiri mereka.
Dahi Hafiz berkerut. Apa hal ni?
Syafni menarik kerusi lalu duduk di situ.
‘eh, Hafiz, awak buat apa kat sini?’ Hafiz tidak menjawab soalan Syafni, sebaliknya dia merenung Iman yang bersandar di kerusinya, bersahaja.
‘Iman, apa yang kau nak buat ni?’
‘aku nak korang tahu kebenaran hari ni jugak. Sebelum Kira pergi.’
‘what? Sebelum Kira pergi? Pergi mana?’ Tanya Hafiz.
Syafni di sisi Hafiz mula serba-salah.
‘Hafiz, Kira akan pergi UK hari ni. Flight dia pukul 2 petang.’ Beritahu Syafni lambat-lambat.
‘what??!’ kini dia mengerti sepatah ayat terakhir Kira, ‘Kenangan awak dan saya akan saya bawa bersama.’
Hafiz mahu berdiri apabila Iman menahannya.
‘Hafiz, baik kau dengar dulu apa aku nak cakap sebelum kau pergi. Kau takkan menyesal, percayalah.’
Hafiz menatap wajah Iman, cuba mencari kebenaran di sebalik wajah itu. Akhirnya dia duduk kembali.
‘apa dia?’ Iman menarik nafas dalam.
‘aku dan Kira tak pernah bercinta. Apa yang dia cakap dengan korang selama ni semuanya bohong, penipuan semata-mata.’ Hafiz keliru. Syafni bingung.
Iman memandang Hafiz.
‘Hafiz, dia tak pernah mencintai aku. Hanya ada insan bernama Hafiz di dalam hatinya, dulu, kini, dan selamanya. Dia terpaksa melupakan cintanya, kerana sayangnya pada Syafni.’ Iman menoleh berpaling pada Syafni pula.
‘Syaf, bila dia tahu ibu bapa awak bercerai 5 tahun dulu, dia tak sanggup nak merampas orang yang awak sayang dari awak. Sebab pada Kira, awak lebih memerlukan kasih sayang dari dia. Sebab itu, dia sanggup bohongi awak dan Hafiz, yang dia tak cintakan Hafiz lagi. Sedangkan dia merintih sendiri, Syaf.’
Syafni terkedu.
‘awak mungkin tak tau Syaf, tapi dulu, dia berhenti kolej kerana awak juga. Dato' Syafie ugut Kira dengan surat tawaran biasiswa awak. Kalau Kira tak tinggalkan Hafiz, awak terpaksa berhenti kerana biasiswa awak akan ditarik balik. Dan Kira memilih untuk pergi, demi mengelakkan apa-apa musibah menimpa awak.’ Bagaikan ada batu besar menghempap dadanya, sesak dada Syafni mahu bernafas setelah Iman menghabiskan ayatnya.
Kira pergi kerana aku?
‘sekarang, dia berkorban kerana awak juga. Apabila dia tahu awak sukakan Hafiz, dia tak sanggup nak mengambil Hafiz kembali dari awak. Dan bermulalah segala pembohongan Kira. secara tak langsung, Hafiz merana, dan saya juga merana setiap kali Kira menitiskan air mata di depan saya.’ Ujar Iman lagi.
Hafiz tersandar di kerusinya. Tidak tahu apa lagi yang patut dikatakan. Kira, demi kasih awak pada sahabat awak, awak sanggup meminggirkan perasaan awak sendiri.
‘maafkan aku Hafiz, kerana tak beritahu kau awal-awal. Sebenarnya, aku tak tau dia akan pergi. Baru semalam dia beritahu aku. Sebab tu aku ambil keputusan untuk jelaskan semuanya pada korang. Aku tak nak Kira pergi dalam kesedihan. Dan aku nak dia pergi, membawa bersama cintanya, yang dia pendam hanya untuk kau, Hafiz.’
‘Kira tak nak beritahu hal sebenar yang terjadi 5 tahun dulu sebab dia nak jaga air muka ayah kau, Hafiz. Dia tak mahu membebankan Dato' Syafie atas dosanya yang lalu, sebab dia sendiri dah maafkan ayah kau. Sebab tu, dia tak benarkan aku beritahu korang kebenarannya. Sebab nanti aib Dato' Syafie akan terbongkar. Maafkan aku.’ Hafiz masih diam, Syafni merenung Iman kosong. Fikirannya melayang pada Kira. benar-benar tidak menyangka kasih Kira padanya terlalu mendalam.
‘sekarang, apa yang terjadi dulu tak penting. Aku Cuma nak korang tau yang Kira Cuma berlakon selama ini. Dia tak pernah lupakan Hafiz, dan dia tak pernah cintakan aku.’
Hafiz tidak menunggu lagi. Dia bingkas. Aku akan kejar cintaku walau ke mana dia pergi.
‘Iman, thanks for the truth. I mean it.’ Hafiz mahu melangkah pergi apabila Syafni menahannya.
‘Hafiz, saya ikut?’
Hafiz mengangguk dan Syafni bingkas menurut langkah Hafiz. Mereka perlu membuat perhitungan terakhir. Iman tersenyum puas. Terasa beban yang ditanggung selama ini sudah tiada. Kira, I will always love you and I wish you happiness. Iman tersenyum lebar.
*********
Syafni mendail nombor Kira. sepatutnya sekarang dia bersiap untuk ke Johor Bharu tapi nampaknya dia tidak akan ke mana-mana selagi mereka tidak bertemu Kira.
‘tak dapat lah Hafiz. Dia dah off handphone.’ Adu Syafni. dia mencuba lagi namun masih gagal. Kira, jangan pergi dulu.
Hafiz menongkat kepala.
Keretanya dipandu laju.
‘berapa lama lagi masa yang kita ada?’ Tanya Hafiz.
‘sejam setengah sebelum flight dia.’ Beritahu Syafni.
Hafiz pantas memecut. 15 minit sahaja mereka telah tiba di KLIA. Hafiz terus meletakkan keretanya di tempat letak kereta dan berlari ke pintu utama. Syafni juga tidak ketinggalan.
‘dia mesti tak masuk lagi. Find her. Dah jumpa nanti, call saya.’ Arah Hafiz. Syafni mengangguk, dan mereka berpecah.
Hafiz tidak putus-putus berdoa supaya mereka menemui Kira. dia berlari dan berlari sambil matanya meliar mencari kelibat Kira.
Syafni juga seperti orang gila, melilau mencari Kira di celah ribuan manusia di situ. Kira, jangan pergi dulu. Doanya tidak putus-putus.
Dalam kekalutan, dia terlanggar seseorang dari arah belakangnya. Dia pantas menoleh, mahu meminta maaf.
‘Syaf,’pandangan mereka bertaut seketika.
Pang!
Kira memegang pipi yang perit. Tidak kuat tamparan itu namun terasa perit juga.
‘kau ingat aku ni apa?’ Tanya Syafni, geram.
Kira bingung.
‘sampai hati kau. Kau cakap kita kawan tapi kau bohong aku! Kau beri aku macam-macam tapi aku hanya beri kau kesedihan Kira! dulu, kau pergi demi aku, supaya aku dapat terus belajar. Tak cukup lagi dengan pengorbanan kau tu, kau nak bagi Hafiz pada aku pula? Kawan jenis apa kau ni?’ tempelak Syafni berterusan.
Kira menunduk. Air matanya sudah menitis.
‘Syaf, maafkan aku.’
‘aku takkan maafkan kau sampai bila-bila.’ Syafni sebak dan air matanya turut menitis. Dia menarik Kira ke dalam pelukannya, dan menangislah dua sahabat itu.
‘Kira, jangan pergi.’ Pinta Syafni. Kira menolak Syafni perlahan.
‘Syaf, aku terpaksa pergi.’ Tuturnya perlahan. Dalam sendu yang masih bersisa.
Hafiz sudah putus asa. Dia memperlahankan langkahnya. Namun matanya masih melilau mencari kelibat itu.
Tiba-tiba, matanya tertancap pada dua tubuh yang berdiri tidak jauh darinya. Seorang dengan beg baju besar di sisi. Hafiz melepaskan nafas lega. Dia mengorak langkah tenang ke arah mereka.
‘Kira, maafkan aku, untuk semuanya, kerana aku, cinta kau terhalang. Maafkan aku Kira.’ Kira menggeleng.
‘Syaf, apa gunanya sahabat kalau mengorbankan sahabat sendiri?’
‘tapi kerana aku kau mengorbankan diri kau sendiri! Aku memang kawan yang tak kenang budi kan?’
‘tak, kau kawan yang baik.’ Kira berbicara yakin.
‘Kira, tolong aku?’
‘apa dia?’
‘tolong jangan buang Hafiz. Dia dah cukup merana kerana kehilangan kau dulu Kira, please?’ Kira menunduk mendengar permintaan Syafni.
‘Syaf, aku tak pernah buang dia. Dia sentiasa ada di sini.’ Kira menekap tapak tangannya di dadanya seketika.
‘kalau macam tu kenapa awak nak pergi tanpa beritahu saya?’ Kira dan Syafni menoleh serentak ke arah suara itu.
Hafiz merenung Kira sayu. Kira melarikan pandangannya.
Syafni memegang tangan Kira, menarik Kira menghampiri Hafiz.
‘Kira, selama ni, kau buat semuanya kerana aku, sekarang, aku nak minta satu benda dari kau. Kau terima Hafiz kembali? Jangan menidakkan hati kau Kira, boleh?’ pinta Syafni. Kira terdiam. Air mata bertambah laju.
‘Syaf, maafkan aku!’ mereka berpelukan lagi. Hafiz menjadi pemerhati dua sahabat itu.
‘Kira, aku tinggalkan kau dengan Hafiz. Aku harap, kau tak jadi pergi.’ Kira tersenyum dalam sayu.
‘Syaf, terima kasih.’ Ucap Kira, untuk sebab yang dia sendiri tidak pasti.
Genggaman tangan mereka semakin terlerai saat Syafni melangkah meninggalkan mereka, dan akhirnya, tinggal mereka berdua sahaja, yang kaku di situ. Di celah ribuan orang ramai yang berjalan ke destinasi mereka.
Kira menunduk, mengesat air mata yang bersisa di pipi. Malu berhadapan denga Hafiz begitu.
‘awak nak pergi?’ Tanya Hafiz. Kira mengangguk, masih tidak memandang wajah Hafiz.
‘Kira, look at me.’ Perlahan dia mendongak, bertentang mata dengan Hafiz yang memandangnya dengan pandangan yang bercahaya.
‘Kira, saya tak sangka, awak sayangkan sahabat awak, sampai awak meminggirkan saya.’ Kira menunduk kembali. Tidak tahu apa yang patut dikatakan.
‘Kira, look at me. Jangan tunduk selagi saya tak benarkan.’ Arah Hafiz, dan Kira mendongak kembali.
Hafiz menatap wajah itu mesra.
‘Kira, saya tak menyesal semua ni jadi, sebab saya dah tau, awak memang seorang yang penuh dengan kasih sayang. Dan saya tak menyesal, mencintai awak, dulu, kini, selamanya.’ Tutur Hafiz.
Wajah Kira merona merah, namun tidak begitu kelihatan di balik kulit hitam manisnya itu. Pandangan mata mereka masih bertaut.
‘maafkan saya.’ Ujar Kira.
‘saya tak nak dengar tu semua. Saya nak dengar satu perkara saja.’ Kira mengerutkan dahinya.
‘apa?’
‘do you love me? Give me full sentence.’ Pinta Hafiz. Kira terdiam. Dia menjeling orang sekeliling yang sudah menjeling-jeling mereka. Mana taknya, mereka berdiri betul-betul di tengah laluan.
‘awak, orang ramai lah tengok.’ Kira menunduk kembali.
‘Kira,’ panggil Hafiz, panggilan berbaur amaran. Kira mendongak kembali. Hafiz masih menanti.
Kira menelan liur.
‘I love you Hafiz Dato' Syafie, forever and ever.’ Akhirnya terlafaz jua dalam satu nafas.
Hafiz tersenyum bahagia.
‘now, one more thing,’
‘apa dia?’ Tanya Kira.
‘don’t go, please....’ rayu Hafiz.
Kira terdiam seketika. Dia harus pergi.
‘Hafiz, I have to go. Saya janji saya akan kembali.’ Kira memujuk.
‘saya takut, kalau awak pergi, awak akan menidakkan cinta awak pada saya sekali lagi. Saya dah tak sanggup lagi Kira. please....’ Hafiz merayu lagi.
Kira serba-salah. Tiba-tiba bergema pengumuman meminta semua penumpang penerbangan Kira masuk ke balai berlepas. Kira memandang Hafiz yang menatapnya sayu.
‘Kira, please...’ Hafiz masih mencuba nasib, mana tahu Kira berlembut hati. Kira menggeleng lambat-lambat.
‘Hafiz, I have to go. I’m sorry. Don’t worry, this time, I will come back for you. I promise.’ Kira memberi janji. Mereka beriringan ke pintu masuk balai berlepas.
Hafiz melangkah lambat-lambat. Dia baru mahu meraikan cintanya. Jika Kira tiada, bagaimana mahu meraikannya?
‘Hafiz, sampaikan salam saya pada ayah awak. Jangan bergaduh ok?’ pesan Kira. dia juga sedih mengenangkan mereka baru sahaja mahu memulakan kembali semuanya.
Hafiz mengangguk. Tiada kata-kata lagi mahu diungkapkan. Berat hatinya mahu melepaskan Kira pergi.
‘Kira, ingat janji awak ok? Awak mesti pulang.’ Kira mengangguk sayu.
‘saya janji. Take care, my love. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.’ Hafiz menghantar Kira pergi dengan pandangan sayu, sehingga Kira hilang dari pandangannya. I will be right here waiting for you. Hafiz mengeluh kecil. Mengatur langkah longlai ke kereta.
No comments:
Post a Comment