“Hi, I’m Samuel Blyth. You may call me Sam and nice to meet you.” Lelaki itu berbicara sambil mengukir senyum nipis. Anak duta Australia yang baru ditugaskan ke Malaysia. Banyak-banyak sekolah canggih kat KL ni, aku hairan bila dia pilih sekolah aku yang rankingnya tak seberapa hebat. Hebat la jugak. Cuma untuk anak duta, macam tak layak la pulak. Semua orang tak lepas mata tengok dia. Mana tak nya. Dalam sekolah ni, Cuma ada beberapa orang student je yang berkulit cerah. Kulit dia ni memang cerah gila, silau mata aku. Hensem? Boleh tahan la. Hahaha. Gerenti pas ni hero sekolah si Kamal Lagak tu bengang bila dapat tau yang he has got a competitor! Aku tak sabar nak tengok reaksi dia.
“ok Sam… is there any question that you want to ask Sam?” chewah. Speaking habis Puan Darwina, penolong kanan HEP kitorang. Memang dia terror pun so tak kisah la.
“oh, by the way, Samuel here can only speak English. So please, those who are good in English please be with him all the time. Siapa dalam kelas ni terror English?” Tanya Pn Darwina lagi.
Serentak semua mata tertumpu kat aku. Diorang ni actually tak bisu tapi lebih kepada tergamam dengan kehadiran mamat mata biru ni. Selalunya kelas ni paling riuh sampai dh jd uncontrollable dh. Haha. Ops! Sambung balik. Diorang semua tgk aku, dengan tak sorg pun bersuara. Maka, faham2 la ye. Dengan rasminya aku la yang dilantik jadi PA dia untuk 2 minggu yang akan datang. Aku perasan mata birunya yang turut memerhati lagakku. Puan Darwina dengan lagak datinnya tu pun mengesahkan yang aku perlu membantu Samuel selama dia di sekolah ni. Aku pun takkan tak nak setuju? At least nama sekolah and nama Malaysia kena jaga beb. Maka dengan muka tak ikhlas, aku angguk je.
“ok then. That is settled. Riani, boleh tak awak pindah tempat untuk beberapa lama ni? Saya nak Samuel duduk sebelah Raihan selama 2 minggu ni supaya senang apa-apa hal nanti. Ok?”
Apa? Sebelah aku? Riani! Aku pandang riani yang sudah mempamerkan riak wajah simpati.
“sorry yan. Don’t worry, aku pindah tempat sementara je. Rileks la. Dia pun orang jugak. Cuma cerah terlebih je.” Gurau riani. Sempat aja. Aku tersenyum pahit. Riani mengemas barang-barang and berpindah ke sebelah Helmi yang sememangnya kosong.
“ok Samuel. You may bring your stuff and seat there and by the way, she is Raihan Amani.” Aku pandang dia, dia pandang aku. Sedar-sedar, dia dah bergerak menghampiri aku dan duduk sebelah aku.
What to do now? Aku dah gelabah. Puan Darwina keluar untuk memberi peluang kelas berjalan seperti biasa tapi cikgu Add Math kitorang tak sampai-sampai lg. budak-budak lain still membisu macam baru lepas kena kejutan elektrik. Aku? Tengah berfikir-fikir my next move and baru aku nak beramah mesra dia dh start dulu.
“hi. What is your name again?” aku tersenyum nipis.
“er, Raihan but you may call me Yan.” Rileks. Ini peluang aku praktis English aku, betol tak?
“pardon?” berkerut-kerut dahi dia.
Aku amik kertas and pen, aku tulis nama aku.
“this is it. My name, Yan.” Aku unjukkan tulisan tu padanya.
“oh I see. Yan” aku ketawa kecil.lawak la cara dia sebut nama aku. Slanga dia tu membuatkan nama aku berbunyi lain.
“why are you laughing?” berkerut-kerut dahinya.
“oh, nothing. The way you pronounce my name, it’s very different from its real sound. But never mind. I don’t mind that.” Senang pulak bercakap dengan dia.
“really, oh, by the way, nice to meet you.” Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat. Aku terdiam.
“sorry Samuel. I’m a muslim and I am not allowed to have contact with other guys’ skin accept for my close relatives and siblings. It’s sinful.”
“oh really? Well, then. So, how do you greet people? I mean, those whom you can’t shake hands with.”
“well, we will just say our prayer upon them and that’s all. In fact, the prayer is far more meaningful than the touching.” Aku menerangkan. Cheh, cam ustazah Bahyah lak rasanya. Hahaha! Then datang la cikgu kitorang and kelas pun start cam biasa.
Tp penat gak aku nak translate benda-benda yang dia tak faham. Mujurla kitorang belajar dalam English. So, tak ada la susah sangat. Lagipun, rupa-rupanya dia ni bukan la nak belajar tapi sebenarnya nak buat kajian and pemerhatian tentang orang melayu Malaysia. Umur dia ni pun dh lebih dari kitorang tapi demi untuk mendapatkan hasil kajian yang sangat bagus, dia sanggup join the community and jadi budak sekolah balik sebab katanya, itu sahaja caranya untuk dapat jawapan kepada soalan-soalan kajiannya. Tapi bila aku Tanya, apa topic kajiannya, dia kata rahsia. Hanya pihak sekolah yang tahu. Aku pun curious gak dengar tapi aku biar je la. Tak nak pulak mendesak. Kang jadi bahan kajian lak. Baru betul.
Waktu rehat tu, dia ikut pegi kantin and cuba makanan kitorang. Ramai yang menjeling tengok kitorang yang macam kopi susu ni tapi aku buat dek je.
Masa tengah makan tu, dia Tanya lagi.
“why is it some of the students here don’t wear the scarf like yours? They wear shorter scarves. I don’t see the relevant of this.”
“in Islam it is stated that we must wear the scarf passed our chest but not all of the Muslims comprehend to that not because we are not united but there must be reasons for that. Only they know why. Some of us don’t even wear the scarves but that does not show their real faith. I believe in one thing. The way you dress will not reflect your attitude but your attitude will reflect your faith. Nowadays, scarves are more towards fashion but not religion. So, basically, it may appear as irrelevant to you but that’s how it is. You know that. Don’t judge a book by its cover. Even if you look at me wearing like this, it does not mean that I’m better than them. I know some people who are better than me though they are not wearing scarves. That’s the fact. We may live differently but we hold to the same principle. Even in your religion there are people who don’t go to church as required right? So it is very much the same. In every religion there are protesters and loyal followers. It depends on the individual, right? We will never know what is in their heart. So we can’t judge them by their looks.” Terangku melebar-lebar.
Aku perasan dia diam je. Mata biru dia melekat terus ke muka aku. Aku terus check pipi aku. Kot-kot ada nasik terlekat ke. Tak ada pun.
“ermm, is there something on my face?”
“what? Oh no, I’m just fascinated by the way you speak. And the thing you said. It’s very much true. So tell me Yan, how will you know people’s faith? How can we see that since we cannot judge them by their looks?”
“well, for me it’s simple. As human we can only tell that by observing their action. Whether they are following the guidance or not, we can see that by their practices in life. For example, in Islam, couples cannot live in together not until they are married. If they still do so, it means that their faith is not strong. But sometimes, u cannot tell if a person who seems to be a very loyal follower is true or not. This is because we have this thing called sincerity and that is the thing that comes between a person and God. Even if the person looks true and follows all the religious rules, but if he is not sincere, he will only waste his time. He will get nothing.”
“what? That seems like a rubbish to me.” Dia menyampuk. Eh mamat ni. Aku belum habis lagi.
Aku teguk air aku. Baru aku perasan. Nasik aku tak luak sebab dari tadi asyik bercerita. Nampaknya dia tak sabar nak dengar penjelasan dari aku.
“no sam. It is like this. There is such a rule to tell us to be sincere with everyone and anything, anywhere we go. If we are not sincere, things will go wrong. For example, you buy a present for a friend. And you said you are sincere but in Islam, the concept of sincere is like this. If you are sincere, you do everything for the sake of God. To get His Almighty’s love. You give your friends a gift because you want to do good things to get His love. Then, if you said you are sincere, you will be happy with your decision and you will not hope for the friend to return your kindness by also buying you a gift on your birthday. If you are not sincere and the friend does not even remember your birthday, you will get mad won’t you? And then you will feel sad and maybe you will decide not to give the friend any gift from that time onwards. That’s not good but that’s what will happen if you are not sincere in giving and living. It seems easy but that’s the hardest part to get. If you are sincere, you will live happily because you believe that God is there to reward you any time and you don’t hope for return from human being. So basically we can’t tell people’s faith but if you are sincere, that means your faith is strong and if God willing, you will get the pass for heaven very easily but only that very individual and God will know what is in his heart. So, did you get it?” tanyaku. Cepat-cepat aku menyuap nasi lemak yang berbaki.
“well, I guess so but never mind.”
“don’t you have the same kind of principle too in Christian?”
“who said I’m a Christian?” dia tertawa kecil.
“you aren’t? so, what are you?” hairan. Bukan Christian habis apa?
“I’m atheist. I don’t believe in God.”
“what?” terlopong mulut aku. Gila! Walaupun aku pernah dengar tapi disebabkan nilah kali pertama aku jumpa seorang atheist, so terlopong jugak la kan.
“why? Did you know what is atheist?”
“well, err, I know that there is atheism but I don’t know any atheist, so guess what, you are the first I have ever met.”secara jujur aku berkata.
“may I ask? Why don’t you believe in God?” rasa ingin tahu yang mendalam membuatkan aku bertanya jugak soalan tu.
“well, I was a Christian but I just don’t feel that god exist. So, I chose to be an atheist and I feel better now. Just doing what I want without following any rules of life. Just live like this and be whoever or whatever I want to be. That’s all.” Dia tersenyum gembira. Bangga dengan kenyataan yang baru dibuat.
“oh I see. No effense but for me, people with no religion, regardless of what the religion is, is just the same with kites with no strings. You know, they will be carried out by the wind and one day, it is either they got stuck to something or they fall down. If the kites have got strings, the people holding to the string can bring the kites down when the kites seem to not being able to fly or something has gone wrong somewhere and it does not fly beautifully as it should. The kites will get repaired and they will fly again in the air. If we have got no religion, we will get stuck in life and finally, we will not know where else to go or which is the right direction. If we believe in God, the principles of the religion will guide us and if we are likely to get off the right track, we will be reminded and put on the right track again. That’s what I think. I hope you don’t feel mad at me. It’s just my very own opinion.” Ujarku dengan tegas. Dia Cuma tersenyum.
“no, I don’t feel offended but I’m impressed. I mean, what are you? Religious leader or something?”
“what?” perli aku pulak mamat ni.
“just kidding. Don’t we have to get going?” mata birunya galak memerhati sekeliling. Aku mengikut gayanya. Hampir semua pelajar sudah beredar.
“o yes. Right. We better go now.” Tetiba, belum sempat aku nak bergerak ke sinki mencuci tangan, ada suara yang panggil aku dari belakang and suara ni macam kenal la.
“raihan.” Aku pun toleh tengok gerangannya. Cheh, si Kamal Lagak.
“amboi, bukan main mesra lagi dengan mamat orang putih ni ek. Aku ajak keluar ko tak nak. Alangkan keluar, duduk makan semeja dengan aku pun tak pernah. Apa cerita ni, hah?” dengan gaya lagaknya dia menyembur aku. Hahaha. Rahsianya, dia ni pernah nak tackle aku tapi aku buat bo layan je. Malas la. Mamat sengkek and perasan cam ni tak guna sesen pun. Aku buat bodoh je. Samuel tu dah berkerut-kerut dengar percakapan si kamal.
“hei raihan amani! Aku cakap dengan kau ni!” suaranya dah tinggi sikit. Lagi satu, dia ni bongkak dan panas baran. Bikin aku panas je! Aku pun ngadap dia and senyum semanis yang mungkin.
“well, mr kamal, let me introduce to you, my new friend and a respected VISITOR at our school, mr Samuel Blyth. Sam, this is Kamal.” Samuel hulur tangan, kamal jeling. Aku pun jeling kamal. Samuel dah heran tengok gaya kitorang. Masing-masing cam nak terkam satu sama lain.
“kamal, awak nak saya laporkan perbuatan biadap awak ni dengan Pn Darwina ke? Kalau tak nak, sambut tangan dia.” Aku berbicara perlahan, mengugut.
Akhirnya, dia menyambut jugak. Takut la tu. Huh! Menyampah betul aku!
“he is a friend from other class. Well, I guess we better get going. We are almost late for class.” Lantas aku bergerak meninggalkan kamal yang menahan geram.
“and by the way, kamal, ko nak tau tak, aku lebih rela keluar dengan Samuel ni dari duduk ngadap muka kau tau!” jeritku dari kejauhan. Samuel setia mengikut dibelakangku.
Sejak hari itu, Samuel dan aku kerap ke mana-mana bersama seperti yang disarankan oleh Pn Darwina dan kami kerap kali berbicara soal kerohanian. Aku cuba menjawab sebaik mungkin demi mengelakkan perselisihan faham antara kami dan juga supaya maklumat mengenai Islam yang aku sampaikan adalah benar. Kerap kali juga aku terpaksa meminta maaf kepadanya apabila tidak mampu menjawab soalannya. Apabila aku sarankan dia bertemu dengan ustaz Ramli, tak nak pula. Disebabkan selalu dengan dia, satu sekolah dah kenal aku. Bila Samuel tu kena naik pentas satu hari tu, nama aku disebutnya untuk mengucapkan terima kasihnya pada aku. Malu seyh! Pelajaran aku pun dah tertinggal-tinggal sikit. Mujur la dua minggu je. Kalau tak, habis la. Mujur ada riani yang setia menolong aku. Huhuhu. Tapi, sampai ke hari terakhir dia di sekolah ni aku tak tau apa yang nak dikajinya. Yang aku tau, sepanjang masa dia mengekor aku. Kecuali ke tandas la. And hari last dia kat sekolah, we all buat gathering sikit untuk perpisahan dia and dia ada diminta memberi ucapan. Nak tau apa dia cakap?
“thanks a lot for everyone for celebrating me. I gained a lot during my stay here and I really wish I could stay longer. And for my very loyal assistant and friend, Raihan Amani, I appreciate your help and your say and I will try to put that into practice if I ever had the chance. Whatever it is, please note that I will come back with something for you and do wait for me.” Melopong aku! Yang lain semua dah senyum penuh makna. Dengan pengetua sekali ada, memang malu tahap melampau! Mana nak sorok muka aku? Mujur la kawan-kawan yang ada Cuma rakan sekelas, kalau tak, lagi naya. Dia senyum je buat selamba, aku la yang malu habis. Aku tak tau apa yang dia maksudkan dan aku keliru.
Elok je ada peluang, aku pergi cepat-cepat dekat dia. Aku bisik je. Kang yang lain dengar habis.
“what did you mean by that?” Tanya aku tanpa berlengah.
“that? What is that?” cheh! Kura-kura dalam perahu, boleh buat tak tahu!
“the thing you said just now. You embarrassed me! Ooh, I’m so embarrassed to the teachers!” aku memarahinya. Dia ketawa.
“relax raihan. Just kidding ok?”
“even if you were kidding you don’t have to do that in front of the teachers you know!”
“ok, ok, I’m so sorry. But I was sincere. Just remember that.” Dia berkata lagi. Tapi terlalu perlahan sehingga menyukarkan aku untuk mendengarnya.
“what did you say?”
“oh, nothing. I’m sorry. Will you forgive me?” aku terdiam sebentar. Merenung mata birunya.
“ok. Since you are leaving, I will.” Sebenarnya aku ni memang lembut hati. Tak suka la nak marah lama-lama. So kitorang pun bersembang lagi sampai la orang ramai semua dah nak balik.
Sebelum balik, dia datang dekat aku. Muka dia Nampak sedih. Aku pun sedih sebab aku akan kehilangan seorang kawan.
“raihan, I know I’m a bit demanding but will you see me leave this Sunday? I wish you could come. Once and all for me, Samuel Blyth.” Aku terdiam. Perlahan aku mengangguk. Demi seorang kawan. Kemudian dia beredar.
Hari ahad tu, aku datang dengan Riani. Dia Nampak kacak dengan jaket berbulu and sunglasses. Maklumla, orang memang hensem. Pakai apa pun smart. Teringat lak masa dia pakai uniform sekolah aku. Sanggup betul semata-mata kerana kajiannya. Parents dia pun ada. Mak dia cantik, ayah dia pun smart. Nervous jugak nak jumpa duta ni. Tapi parents dia friendly. Aku rasa cam dah lama kenal pulak. Riani je yang kurang cakap sebab dia takut salah cakap. Hanya Samuel sorang je yang balik Australia. Parents dia still stay kat Malaysia.
Aku tiba-tiba rasa sebak bila aku dengar announcement flight dia. Entah kenapa, air mata rasa macam nak menitis. Sabar raihan! Tabahkan hati!
Aku perasan mata dia merenung aku di sebalik kaca mata hitam dia tu. Aku tenung dia balik. Cenderahati yang aku dah beli untuk dia aku genggam kuat. Aku dekati dia.
“this is for you. I wish you all the best with your research and I really hope that you will find your string of life, someday. And one more thing, please, remember me as your friend. This gift might not be meaningful for you now but it will one day, and it will make you remember me. I promise that.” Ujarku sebak. Hadiah yang ku hulur bertukar tangan.
“thanks. Even without this, you will always be in my heart. Thanks for coming today for me. One day, I will come back for you. By any mean raihan. I mean that.” Ujarnya. Air mataku mengalir laju tanpa dipinta. Sebak dengan kata-katanya.
“I have got to go now. Until we meet again, if the day exists, we will.” Aku semakin tidak keruan. Kata-katanya membuatku keliru.
“bye,” dan dia melangkah perlahan ke balai berlepas. Aku hanya memerhati dengan air mata berlinangan sehingga dia hilang dari pandangan.
***************
5 tahun berlalu tanpa berita darinya. Satu silap kami, kami tidak bertukar-tukar alamat dan aku tidak mempunyai cara untuk menghubunginya. Hendak mencari alamatnya melalui ayahnya terasa malu pula. Lantas kenangan antara kami berlalu sepi sehinggalah kini. Aku sudah berada dalam tahun akhir pengajian di sebuah universiti tempatan. Sehinggalah suatu hari, ibu menelefonku memintaku pulang segera hari itu. Mujurlah aku belajar di university yang hampir dengan rumah ku jadi aku bergegas memandu pulang apabila mendengar suara ibu yang cemas sedikit itu.
Apabila aku sampai, sebuah kereta Mercedes Benz berada di hadapan rumah. Hairan. Siapa punya? Aku bergegas keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.
“assalamualaikum..” sebaik aku masuk, mataku terpaku pada sesusuk tubuh yang aku pernah kenali.
*************
Angin bayu dingin meniup bumi Australia namun aku masih tidak berganjak dari kawasan perkuburan Islam di sebuah taman di Sydney ini. Sepucuk surat dan sebuah buku bertajuk ‘I’M NOW MUSLIM’ erat berada di pelukanku. Pusara di hadapanku tertulis sebaris nama yang kini tidak asing lagi bagiku. Salman Abdullah. Dia yang dulu bernama Samuel Blyth dan juga orang yang sama yang menulis buku ini.
Sudah berapa kali al-fatihah ku bacakan tanpa dikira. Sebak hatiku masih terasa. Surat di tangan sudah lusuh dibaca berulang kali sejak ianya diserahkan padaku oleh ayahnya, Richard Blyth, 6 bulan yang lalu di rumahku. Surat itu yang ditulis di dalam bahasa melayu sepenuhnya menunjukkan kesungguhannya mempelajari bahasa ibundaku. Aku bangga dengan Salman. Surat tersebut berbunyi begini.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH…
Raihan Amani yang tersayang,
Apa khabar? Semoga awak sihat dan bahagia selalu. Mungkin apabila awak membaca surat ini, saya sudah tidak ada lagi di muka bumi ini. Tetapi saya tidak menyesal kerana saya telah menjumpai permata yang berharga di atas muka bumi ini iaitu Islam melalui awak. Saya amat bersyukur saya telah memilih untuk ke sekolah awak dan bertemu dengan awak.
Telah saya katakan, saya akan bertemu awak semula dengan apa cara sekalipun. Oleh kerana jasad saya di masa ini mungin sudah menjadi tanah yang hina, saya Cuma mampu kembali menemui awak dalam bentuk surat dan buku ini, ketahuilah raihan. Jika saya mampu, saya akan memberikan buku ini kepada awak sendiri dan surat ini tidak diperlukan lagi. Tapi masa yang saya ada terlalu singkat. Maafkan saya.
Sebenarnya ketika kita bertemu dahulu, saya telah disahkan menghidap penyakit barah otak dan ketika itu, masa yang tinggal untuk saya hidup dianggarkan Cuma 2 tahun namun Alhamdulillah, kuasa Allah mentakdirkan saya mampu hidup sehingga lebih dari itu iaitu setelah saya berpeluang menjadi seorang muslim selama 2 tahun. Namun saya benar-benar bahagia dengan Islam. Inilah jalan hidup saya.
Saya bertekad datang ke Malaysia untuk mencari sesuatu yang bermakna sebelum saya pergi meninggalkan dunia dan tanpa disangka-sangka, Islam yang saya jumpa. Sememangnya saya mengkaji agama sebelum ini, namun awak raihan telah menemukan saya dengan Islam, cahaya hidup sebenar. Sebaik pulang ke Sydney, penyakit saya bertambah parah. Tasbih yang awak beri itulah yang menjadi penguat semangat saya. Tanpa berlengah, saya mencari orang Islam di Sydney dan saya akhirnya menjadi seorang muslim. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan saya hadiah dalam hidup yang tidak ternilai ini.
Kenapa saya tidak mencari awak? Saya tahu pasti itu yang awak fikirkan. Saya tidak mahu mencari awak kerana saya menimbangkan keikhlasan saya memeluk Islam. Saya percaya dengan Takdir Allah. Sekiranya awak untuk saya, kita akan berjumpa kembali namun takdir menentukan mungkin jodoh kita di syurga. Kerana itulah saya menyiapkan buku ini, sebagai tanda ingatan dan terima kasih saya kepada awak. Demi Allah, saya berhasrat memperisterikan awak tetapi seperti yang saya katakan tadi, saya tidak mahu mempertikaikan keikhlasan saya memeluk Islam kerana kadang-kadang saya keliru sama ada saya memeluk Islam kerana awak atau kerana ini yang ditakdirkan untuk saya. Maka dengan itu saya memilih pilihan kedua. Islam untuk saya dan sekiranya awak juga ditakdirkan untuk saya, kita akan bersama jua akhirnya.
Ternyata pilihan saya tepat kerana kebahagiaan dan ketenangan beragama yang saya cari akhirnya saya temui which is also the string of my life. Semuanya kerana awak. Dengan itu, saya sekali lagi ingin berterima kasih kepada awak dan saya mendoakan kebahagiaan awak dunia dan akhirat.
Sekian dari saya…
WASSALAM…
SALMAN ABDULLAH.
Di dalam bukunya pula yang menceritakan kisah pengislamannya dan hari-hari terakhirnya, namaku turut disertakan dan yang paling membuatkan aku terharu ialah coretannya di bahagian dedikasi penulis. Dia telah menulis:
FOR RAIHAN AMANI ABDUL RAHIM FROM MALAYSIA,
MY LOVE, MY DRIVING FORCE.
Semoga rohnya dicucuri rahmatNya…Amiin..
nice story...
ReplyDeletesgt...very...nice story!!
ReplyDeletebest bce..
nnt buat lg ye cter best2..
tp cdey oooo...
sobsob..
hurm..
kak..sye nak print karya akk ni bleh x?
nnt sye tulis nme akk skla..pengarang..heheheh
boleh la dik..print la..terima kasih atas penghargaan adik..n thanks for reading!!
ReplyDeleterasa tersentuh dengan pemergian salman.
ReplyDeletesaya hormat wanita seperti raihan.
kenangan 2minggu di malaysia buat raihan ingat sampai ke australia..
--missnina--
i'm very proud of u. never thought u'll go until this far. may ALLAH bless u.
ReplyDeletebest and so meaningful
ReplyDeletebasah bear saya coz nanges lepas bce citer ni
BESTNYER SIS CITER NIE..
ReplyDeleteHAMPIR2 MENITIS MUTIARA SY..
HUKHUK..
bestt sgt2..
ReplyDeletewalaupun die xbersama tp die tetap hepy ending buat sy..
puas hati ja baca cerpen penulis ni..huhuhu..
apa2 pun tahniahhzz..
~aku insan biasa~
syookkkk sangaaaaatttttt....sangggaaattt!!!!!!pergh...lawala beb
ReplyDeletenever thought that the ending will be like that..hahahah..termenitis lak air mata..keh3
ReplyDeletedah byk kl bc cerpen ni..tiap kl bc tentu nangis punya.huhuhu..then br ari tergerak nak komen..actually bkn komen just nak kongsi rasa..
ReplyDeleteAna..sy rasa mcm samuel n raihan tu real je..n if d samuel is real exist..sy bangga n gmbira a/p dia temui cinta sejati..ISLAM.. sy pernah dengar klu tiada jodoh di dunia pasti bidadari di syurga...will raihan be??? hanya ALLAH yang Berkuasa yg tahu segalanya... but this cerpen alwaz make me cry...huhuhu...-ANASHA-
a gud 2 persuade people b0ut islam....
ReplyDeleteit was s0 swet and nice....
frankly speak, he was such a straight pers0n 2 learn b0t islam...
suka sgt2....best ar....unexpected ending...i like!!!!!!!!!
ReplyDeletesedih nyer......
ReplyDeletemngalir abis air mte nie....
huhu......
alhamdulillah..akhirnya dpt gak baca...mmg citer ni best..dpt beri pembaca ksdaran..bgus anarif..sy ska...
ReplyDeletemoga ISLAM akn trus menerangi khdupan kita..amin...<3
such a beautiful story...
ReplyDeletemohon izin nk post kt blog...
nk kongsi ngn readers yg len...(^_^)
da wt da pe yg akak suggest tu...
ReplyDeletethnxx akak....
feel free to visit my blog k...
waaaa...
ReplyDelete