About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, May 14, 2009

Sufi, Sufiah 5

Tok! Tok! Sufiah mengetuk pintu bilik Hadi perlahan.

‘masuk!’ suara Hadi kedengaran. Sufiah memulas tombol lalu menolak pintu luas. Berdebar juga dia kerana keadaan antara mereka yang sudah berubah. Hadi di atas katilnya, bersandar di kepala katil. Melihat Sufiah, dia menegakkan duduknya.

‘Su,’ tuturnya. Sufiah mengukir senyum nipis.

‘boleh kita bercakap?’ pinta Sufiah. Hadi melepaskan nafas berat.

‘hmm, masuklah.’ Panggilnya. Sufiah melangkah masuk sambil membiarkan pintu terbuka luas.

Dia tahu abah dan ummi tidak akan mendengar kerana mereka masih di bawah berbincang dengan keluarga Zulhilmi. Keluarga Aisyah telah pulang kerana mereka tahu tiada majlis yang akan berlangsung antara Hadi dan Aisyah.

Sufiah menarik kerusi di meja Hadi lalu melabuhkan punggungnya. Dia bermain dengan jemarinya. Sukar untuk memulakan bicara.

‘Su nak cakap apa? Kalau pasal perkahwinan abang, abang minta maaf, apa yang abang cakap tadi muktamad.’ Hadi bersuara tegas.

Ditenung Sufiah yang menunduk mendengar katanya.

‘bukan, bukan pasal tu.’ Sufiah menidakkan. Dia mendongak dan pandangan mata mereka bertentangan. Sufiah malu sendiri.

‘abang ingat tak masa kita mula-mula jumpa?’ Tanya Sufiah tiba-tiba. Hadi mengerutkan dahinya.

‘ingat, kenapa?’ Tanya Hadi.
Sufiah tersenyum lagi mengingatkan peristiwa berbelas tahun yang lalu.

‘abang marah betul kat Su masa tu, tapi abang kenakan Su teruk jugak. Su memang takkan lupa pasal hari tu.’ Sufiah mengenang kembali peristiwa itu. Hadi tergelak kecil.

‘haah, Su memang lurus, naïf. Pendek kata, memang Su menghiburkan abang. Sampai hilang marah dan kecewa abang pada abah dan ummi.’ Hadi pula menambah. Mereka ketawa bersama.

‘hmm, masa kecil memang best kan bang? Tak payah fikir panjang. A child’s life is the happiest moment in his life.’ Sufiah pula mengulas. Hadi menopang dagu.

‘kenapa Su tiba-tiba cakap pasal ni?’ dia merenung Sufiah yang melepaskan keluhan kecil.

‘sebab Su bingung untuk membuat keputusan sekarang. Su rasa abang pun faham kan kenapa Su bertegas nak meneruskan perkahwinan ni?’ ujar Sufiah. Dia mengerling Hadi sekilas.

‘abang, masa Su dibawa ke rumah ni, Su rasakan bagai mimpi. Rumah besar, abah dan ummi baik, makanan sedap, hidup Su ibarat dalam mimpi. Dan sekarang Su sedar, Su tak bermimpi. Selama ni Su memang hidup dalam kemewahan, Su mewah dengan harta, ilmu dan kasih sayang yang tak ternilai dari abah, ummi, Sufi, dan abang. Su bersyukur sangat dengan semua yang Su ada sekarang.’ Tambah Sufiah lagi. Hadi menarik nafas dalam. Tiada tanda dia mahu mencelah.

‘abang, abang anak kandung abah dan ummi. Su Cuma anak angkat. Abang boleh bantah ummi dan abah kerana abang pasti walau apa pun yang terjadi, tempat abang tetap bersama abah dan ummi sedang Su, Cuma anak angkat yang dikutip di tepi jalan. Hidup Su berhutang pada ummi dan abah selama ni. Cuba abang bayangkan, bagaimana agaknya perasaan ummi dan abah kalau Su membantah cakap diorang? Su mungkin akan dianggap tidak mengenang budi bang kerana memalukan abah dan ummi dan lagi pula, Su cintakan abang. Abang rasa mereka akan terima semua ni macam tu saja?’ Tanya Sufiah setelah panjang lebar berbicara.

‘Su sedar walaupun kita kerap kali mengucapkan yang kita sekeluarga, namun realitinya, tetap tidak. Su dan Sufi tetap anak angkat dan status itu boleh diungkit bila-bila masa saja. Kerana Su sedar akan semua tu dan kemungkinan yang akan berlaku, Su jadi tidak sanggup untuk mematahkan dan mengecewakan abah dan ummi. Su lagi rela makan hati sendiri dari kehilangan sebuah keluarga yang amat Su sayang dan sanjung selama ni.’ Terang Sufiah lagi. Hadi masih tekun mendengar.

‘lagipun, kalau Su menolak, mungkin Su akan dibuang dari keluarga dan kalau itu terjadi, kita pasti akan terpisah terus dan Su tidak mahu itu terjadi. Biarlah Su dapat melihat abang juga walau dari jauh.’ Tambahnya lagi, perlahan.

Hadi melepaskan keluhan berat.

‘Su, Su ingat abang akan sanggup tunggu juga dan melihat Su dengan orang lain? Macam tu?’ ujar Hadi. Sufiah tersenyum tawar. Dia menatap wajah Hadi.

‘abang, sekurang-kurangnya kita tetap satu keluarga bang. Kalau abang nak pergi jauh dari Su, apa Su boleh buat. Su tiada kuasa bang. Su Cuma mahu sebuah keluarga. Itu saja. Salahkah Su bang? salahkah Su?’ Tanya Sufiah pula. Sebak dan lirih suaranya.
Hadi mengetap bibir. Dia tiada jawapan.

Sufiah tahu dia tidak boleh menunggu lebih lama. Air matanya sudah bertakung di kelopak matanya. Dia bingkas lalu diatur langkah ke pintu.

Dia menoleh sekilas.

‘abang, Su harap abang ingat janji abang pada Su dan Sufi yang kita adik-beradik sampai bila-bila.’ Tuturnya lagi sebelum menarik pintu bilik.

Dia masuk ke dalam biliknya lalu dihempaskan badan ke atas katil. Basah cadarnya dengan air mata. Menangislah engkau Sufiah, mungkin esok tiada lagi peluang untuk kau menangis begini.

**********

‘ya Allah, aku ini hambaMu yang lemah, teramat lemah. Aku patuh segala suruhanMu ya Allah, dan kini aku hanya mahu meminta sesuatu dariMu…tabahkanlah hatiku dan keraskanlah hatiku sekeras-kerasnya ya Allah supaya aku tidak akan merintih lagi mengenangkan nasibku ya Allah. Aku punya keluarga yang menyayangiku setelah masa hitamku, dan kini aku diuji lagi setelah sekian lama. Ya Allah, aku mencintai Hadi selama ini namun kini cintaku terhalang. Jika dia bukan takdirku, hapuskanlah cintaku padanya kerana aku tidak sanggup lagi menahan sakitnya perasaan yang terbendung. Aku tidak mampu berbuat apa-apa ya Allah. Aku sayangkan abah dan ummi yang telah memberiku sebuah keluarga dan aku tidak sanggup mengkhianati kepercayaan mereka. Aku rela kehilangan cintaku demi abah dan ummi. Merekalah segala-galanya padaku selain Engkau, Tuhanku. Redhakanlah dan tenangkanlah hati ini. Kuatkanlah aku supaya aku mampu mengatasi segala rasa itu. pinjamkan aku kekuatanMu. Hanya kepada engkau aku berserah ya Allah. Amin ya rabbal alamin.’ Sufiah teresak-esak di atas sejadah. Rintihan hatinya di atas sejadah itulah saja harapannya supaya dia kuat menghadapi semuanya. Dia sedar tiada yang akan terjadi tanpa izin tuhanNya.

*********

‘Su, mari sini sekejap.’ Panggil abah. Sufiah yang sedang mengemaskan meja makan setelah mereka sekeluarga siap bersarapan meninggalkan meja dan menghampiri abah. Ummi di sebelah abah. Hadi dan Sufi juga di situ.

‘duduk.’ Arah abah dan Sufiah menurut. Dia memandang Hadi dan Sufi namun jelas kedua-duanya tidak tahu mengapa abah dan ummi begitu.

Abah merenung mereka satu persatu dan renungannya pada Sufiah paling lama. Sufiah tidak keruan. Kenapa abah begini? Apa yang tidak kena agaknya?

‘Hadi, kenapa Hadi tak mahu kahwin dengan Aisyah?’ Tanya abah tiba-tiba. Hadi jelas terkejut dengan persoalan itu. semua mata memandangnya. Sufiah merenung Hadi tajam. Amat berharap Hadi tidak berbicara jujur.

‘Hadi suka orang lain.’ Jawab Hadi lambat-lambat.

‘siapa? Kenapa tak pernah bawa jumpa abah?’ Tanya abah lagi. Hadi telan liur. Membalas pandangan tajam Sufiah. Abah jelas tidak menanti jawapan. Beralih pandang pada Sufiah.

‘Su, kenapa Su nak kahwin dengan Zulhilmi?’ Tanya abah pada Sufiah pula. Sufiah tunduk.

‘kerana Su hanya ada satu tujuan hidup Su sejak Su berada di dalam keluarga ini. Su nak gembirakan abah dan ummi. Kerana itu Su tidak membantah perkahwinan Su dan Zulhilmi.’ Jawab Sufiah panjang lebar.

Abah mengeluh panjang.

‘kalau abah kata abah dan ummi tak gembira langsung dengan keputusan yang Su buat?’ ujar abah perlahan. Sufiah tersentak. Hadi juga. Mereka berbalas pandang. Apa maksud abah?

‘maksud abah?’ tanay Sufiah lambat-lambat.
Abah diam. Merenung Sufiah dalam. Renungan kasih seorang ayah. Jelas abah kecewa. Tapi kenapa? Sufiah bingung. Dia memandang ummi pula. Ummi juga kelihatan tidak gembira.

‘kerana Su rupanya tak pernah anggap abah dan ummi ibu bapa Su yang sebenar.’ Ujar abah. Dalam maksudnya. Sufiah tersentak.

‘abah, ummi, kenapa ni? Apa salah Su? Cakaplah. Jangan hukum Su macam ni.’ Rintih Sufiah. Kecewa mendengar bicara abah. Hadi juga kebingungan.

Sufiah bingkas lalu duduk di hadapan ummi. Dia memeluk lutut ummi.

‘ummi, ampunkan Su jika Su ada buat salah pada ummi, tapi jangan berdiam macam ni. Beritahu Su, apa salah Su, ummi.’ Pinta Sufiah. Sebak dan lirih. Ummi mengusap kepala Sufiah lembut. Sufiah merenung mata ummi yang memandangnya penuh kasih sayang. Ada air mata juga di kelopak mata ummi.

‘Su, kenapa Su tak pernah berterus-terang kepada ummi dan abah tentang perasaan Su pada Hadi?’ Tanya ummi. Sufiah tergamam. Hadi terkedu. Sufi Cuma diam. Tidak menyampuk langsung. Tenang di duduknya.

‘dan Hadi kenapa berdiam diri semalam?’ Tanya abah pada Hadi pula.
Sufiah menangis di lutut ummi. Apakah maksud semua ini? Apakah yang telah Kau rencanakan ya Allah?

‘Hadi, Hadi cintakan Su?’ Tanya abah, tegas.
Hadi tidak menjawab terus, sebaliknya dia menjeling Sufiah di hadapan ummi yang sudah teresak-esak.

‘ya abah, Hadi mencintai dan menyayangi Su sepenuh jiwa dan raga Hadi, bukan sebagai seorang adik tapi lebih dari itu.’ jawab Hadi, tenang dan tegas. Jika dia berpeluang mempertahankan perasaannya, dia akan mempertahankannya sebaik mungkin.

‘Su juga begitu kan?’ Tanya abah lagi. bukan pada Sufiah, tapi pada Hadi.
Hadi diam lagi, berfikir sejenak.

‘betul abah.’

Sufiah memanggung muka lalu membantah.

‘abah, Su tak mencintai abang. Su sanggup tunaikan kehendak abah dan ummi. Kahwinkanlah Su dengan Zulhilmi.’ Rayu Sufiah dalam sendu. Dia tidak sanggup mengecewakan abah dan ummi.

Hadi menunduk. Esakan Sufiah masih kedengaran.

‘Su, kalau Su betul anggap ummi dan abah macam ibu bapa Su yang sebenar, Su takkan terima perkahwinan Su dengan Zulhilmi. Kami anggap Su macam anak kami sendiri. Kalau Hadi boleh membantah, kenapa Su tak boleh?’ Tanya ummi. Sebak. Diusap kepala Sufiah yang masih teresak-esak.

‘Su, ummi dan abah takkan paksa anak kami ikut kehendak kami kalau itu bukan kehendak kamu.’ Tambah ummi lagi. air mata yang sudah mula menuruni pipinya diseka.

‘Su nak gembirakan abah dan ummi. Itu saja.’ Ujar Sufiah. Tenggelam suaranya dalam tangis.

‘ummi dan abah hanya akan gembira jika anak-anak kami gembira. Su nak kami gembirakan?’ Tanya abah pula.

Sufiah memanggung muka lalu mengangguk perlahan.

‘jadi ikutlah suara hati Su. Betul hati Su mahu berkahwin dengan Zulhilmi? Su mencintai dia?’
Tanya abah tegas. Sufiah menunduk. Tersedu di situ. Dia menggeleng lemah.

‘Su cintakan Hadi?’ Tanya ummi pula.
Tidak menjawab tapi dia mengangguk saja. Hadi mengukir senyum nipis melihat anggukan itu.
Alhamdulillah. Dia meraup wajahnya.

‘Su nak kahwin dengan Hadi?’ Tanya ummi lagi. tidak menjawab sebaliknya dia bangun dari duduknya dan memeluk ummi. Wajahnya sudah memerah sehingga kelihatan di sebalik kulit hitam manisnya.

Sufi tersenyum riang melihat Sufiah. Terus dia menyampuk.

‘orang tua-tua kata diam tandanya setuju.’ Usik Sufi.
Sufiah tidak menjawab sebaliknya dia mencium pipi ummi yang sedikit basah.

‘ummi, abah, terima kasih kerana menyayangi Su.’ Ujarnya perlahan.
Abah Cuma tersenyum nipis,

‘anggap saja Allah dah dengar doa Su semalam.’ Ujar abah lalu bingkas.
Sufiah terkedu. Abah dengar doa aku semalam? Ya Allah! Alhamdulillah…

‘hmm, mulai sekarang sampai kamu nikah nanti, jangan dekat-dekat. Bahaya.’ Ujar ummi mengingatkan. Sufiah menepuk tangan ummi perlahan, malu mendengar teguran itu. dia memeluk leher ummi mesra. Terima kasih Ya Allah di atas keluarga ini.

24 comments:

  1. sedih baca cter sufi sufiah ni..
    erk..dah nangis lah :)

    ReplyDelete
  2. Airmta dh leleh abis..Mmg bestt cite ni=)

    ReplyDelete
  3. wawawa..bestla cite ni..hepi ending..!

    cheesecake-

    ReplyDelete
  4. haa another great story from you
    keep writing! :D

    maybe lepas ni buat cerita pasal sufi plak ;)

    ReplyDelete
  5. very smooth citer ni
    tp ending boleh bg pjg sikit

    hermm.. manusia~ xpnahnya cukup..
    hahah!

    ReplyDelete
  6. wah.....sedih but best giler...yea sufiah ngan hadi gak akhirnya...best2 nice work..keep up the good work...congrats!!!!..

    ReplyDelete
  7. i gv 5 star... meleleh air mata... huh terkesima sekejap... Omedeto...

    ReplyDelete
  8. apa jd kat mak kandung diorg ek?

    ReplyDelete
  9. wah,bhgianya!!!cita ni wlupn episod ja tp pdt..aku x rs pn membosankan sng ckp cita ni x melalut mcm sstgh cita..best sgt!!bkn stkt 5* tp 10* aku bg..

    ReplyDelete
  10. MMG BEST LAAA
    ska sgt2...
    thank penulis krn tlah m'cairkan air mta hti dan perasaan ku ini....
    syahdunyaaaaaaa

    ReplyDelete
  11. mmg best citer ni...tp aku nangis mase dia kene halau dgn mak kandung dia...huhuhu....

    ReplyDelete
  12. mak n abh kndung dia mcmana ek??
    nice story..i like it..
    epi ending..

    betol2..mayb lpas nie bley smbg pasl sufi lak..
    hehheh..

    ReplyDelete
  13. sgt bes..!
    i luv ur writing!
    =)

    ReplyDelete
  14. Thank you for a very good story. Teratur dan punya plot yang baik. Tangkap Leleh jugak. Seronok membaca story-story kat sini. Made my day. Keep up the good work.

    Kak Meena

    ReplyDelete
  15. best nyer,,, kih3.. menangis baca cter nie,,

    ReplyDelete
  16. Best...gaya penulisan yg bagus..
    keep up your good work...

    ReplyDelete
  17. cerite ni lengkap..definisi cinta tu luas..bukan hanya cinta antara lelaki dan perempuan..tp juga cinta pada ibu bapa,cinta sesama manusia yg berbakti kepada kita,cinta pada saudara yg diikat dengan pertalian darah..n yg penting,cinta sesama manusia yg diikat dengan ikatan akidah yg sama..semuanya haruslah KERANA pencipta 'rase cinta' itu sendiri iaitu DIA..jadi seharusnya cinta kepada DIA perlu diletakkan di kedudukan tertinggi..gud luck writer..keep up ur xcellent work (^_^)v

    ReplyDelete
  18. best la citer ni...sendu2 aku :)

    ReplyDelete
  19. mmg best...
    sedey pon de,hehehe..

    ReplyDelete
  20. saya sgt suka...meleleh air mata daku....

    ReplyDelete
  21. hadoiii...sdey woooo.....tp best!abis keje sume aku tolak tepi!(pasni kena ngadap bos la!)

    sufi (",)

    ReplyDelete
  22. best...sedih..gmbira...rasa dalam ati...terbaik!

    ReplyDelete