Marjan merenung jalan raya di hadapannya kosong. Beg buruk pemberian seseorang itu digalas kemas di bahu. Benar-benar tiada tujuan.
Mana tidaknya, sudah berpuluh orang datang dan pergi di perhentian bas ini, Cuma dia masih tersadai di situ. Nak naik bas, tak reti. Nak pergi mana, tak tau pulak. Menyesal pulak keluar rumah tak risik kat mak tempat mana best. At least tak lah tercangak macam orang bodoh kat sini.
Marjan mengeluh panjang.
Plan pun tak ada. Excited sangat nak keluar rumah, tak fikir apa dah. Tau-tau dah tercampak kat sini. Takkan nak balik kot? Kang seisi tempat tu gelak kat aku. Piirah Marjan. Buat naya je. Mana nak letak muka handsome ni kalau jadi macam tu?
Marjan mengeluh panjang lagi. Hmm, kena buat apa dulu? Cari kerja? Or, pergi mengorat dulu? Tak pun, pergi makan dulu. Eh, dah solat belum? Dah, dah. Lupa pulak. Argh! Nak buat apa ni??? dia menggaru kepala yang tak gatal (pakai syampu anti-kelumumur Clear for Men).
Alamak! Kenapalah aku sahut cabaran bodoh tu! Siap buat announcement pulak tu. Sah-sah kalau aku balik dengan tangan kosong kena penggal kepala punya. Takpun mati sebab malu terlampau.
Lamunannya terhenti disebabkan iklan sebuah kereta mewah berhenti tepi jalan, beberapa meter tidak jauh darinya. Seorang lelaki awal 60-an berbaju kemas keluar. Huh. Dah muak aku tengok muka orang kaya macam ni. mesti hampeh. Cheh. Aku ni tak hampehla? Erk, syok sendiri pulak.
Lelaki itu melintas jalan (Marjan buat tak kisah je la, takkan nak pergi beramah mesra pulak?) menuju ke ATM di deretan bangunan kedai di belakang perhentian bas di mana Marjan masih tercangak.
Dompetnya dikeluarkan. Dikira berapa not seratus yang ada. Takut tak dapat kerja dalam masa terdekat ni, mati kebulur aku kang. 7 keping. Kalau tak ada duit pun bukan aku bukan tak ada bankcard. Melambak. Sebut je bank apa, semua aku ada. Riak lagi. Aduh. Dia menepuk dahi. Jam Rolex di tangan dikerling. Pukul 5 petang.
Hmm, malam ni, nak tidur mana pulak? Lelaki tua tadi sudah berdiri di tepi jalan, mahu ke keretanya di mana drivernya sedang setia menanti. Dari kejauhan, sebuah motosikal menghampirinya. Marjan rasa tak sedap hati. Dia turun ke tebing jalan. 2 meter jaraknya dari lelaki tua itu.
Motosikal itu semakin hampir. Marjan sudah bersedia. Motosikal itu memecut, merampas beg bimbit lelaki tua itu. Sepantas kilat juga Marjan menghayunkan kakinya, mengenai motosikal itu yang sedang laju melintas di depannya. Hah! Strike! Motosikal itu terbabas, tersungkur betul-betul di depan perhentian bas itu.
Marjan berlari anak. Dikilas tangan peragut itu ke belakang.
‘oh, ada hati nak meragut ya? Hah! Ambik kau!’ Marjan mengutuk di situ juga.
‘beg saya!’ Marjan menoleh. Lelaki tua tadi. Beg bimbit yang diragut tadi dirampas kembali dan beg itu bertukar tangan, kembali kepada pemiliknya yang asal.
‘terima kasih, nak. Kalau nak tak ada tadi, pakcik tak tau lah nak cakap apa. Terima kasih banyak-banyak.’ Marjan tersengih.
‘tak apa pakcik. Tanggungjawab saya. Minta maaflah saya nak Tanya, kenapa pakcik tak masuk ke dalam sikit, kenapa berhenti tepi jalan macam ni? kalau kat dalam tu, mungkin selamat sikit.’ Chewah! Biasalah, orang berpengalaman.
Lelaki tua itu tersenyum nipis. Tenang wajahnya.
‘pakcik nak cepat. Anak pakcik dah tunggu kat rumah. Nanti dia bising pulak kalau pakcik lambat-lambat. Kalau masuk dalam tu, jauh kena pusing.’ Marjan terangguk-
angguk macam burung belatuk.
‘dato, dato tak apa-apa?’ seorang lelaki lain, muda sedikit dari yang berpakaian kemas ini menghampiri mereka. Mesti driver dia.
‘saya tak apa-apa Mat. Mujur ada orang muda ni.’ cheh! Kembang kempis jantung Marjan dengar pujian tu. Bukan lagi hidung.
Marjan menoleh mendengar suara orang mengaduh.
‘pakcik, nak buat apa dengan dia ni?’ baru teringat ada mamat sengal ni kat sini.
Lelaki itu terdiam, seperti berfikir. Aik, ni pun kena fikir ke? Hantar balai sudah!
‘pakcik rasa lepaskan sajalah.’
Marjan terlopong.
‘nak lepas kan je?’ sia-sialah aku buat show tadi. Baik biar dia lepas dari tadi lagi. Hampeh betol.
‘pakcik, maafkan saya, saya janji tak buat lagi.’ Peragut itu merayu. Marjan angkat tangan sebelah lagi.
‘eh, aku lesing kau kang. Diam boleh tak? Orang-orang terhormat tengah bercakap ni!’
‘lepaskanlah dia. Tak apa.’ Lelaki tua itu meyakinkan Marjan.
Dengan berat hati dan tak ikhlasnya, dia melepaskan tangan lelaki itu yang dikilasnya.
‘aku Nampak kau lagi, nahas kau aku kerjakan!’ Marjan memberi amaran.
Peragut itu menghampiri lelaki tua itu, bersalaman. Adoi. Menyampah lak aku tengok. Setelah habis adegan pagi raya di tengah-tengah bulan Zulhijjah ini, peragut itu pergi meninggalkan mereka di situ.
‘apa pakcik boleh beri sebagai tanda terima kasih pakcik kepada anak? Oh ya, lupa pulak. Anak ni nama apa?’ Marjan sengih.
‘Marjan pakcik.’
‘Marjan? Pakcik Safwan. Dato' Safwan.’
Dah tau dah.
‘jadi, Marjan nak apa sebagai balasan kerana menyelamatkan harta pakcik tadi?’
Marjan garu kepala lagi. Dia perasan mata driver Dato' Safwan merenungnya pelik. Aik, apahal pulak driver tua ni?
‘pakcik, saya ikhlas. Tak apa, pakcik pergilah balik. Nanti anak pakcik bising pulak pakcik balik lambat.’ Eh, menghalau pulak aku ni. macam tepi jalan ni aku yang punya.
‘kalau macam tu, nah, ni kad pakcik. Kalau Marjan perlukan apa-apa, datang jumpa pakcik.’ Sekeping kad keemasan dihulurkan. Wah, aku tak pernah dapat lagi namecard cun macam ni. ni yang nak jugak ni.
‘terima kasih pakcik.’
‘ok, pakcik balik dulu. Terima kasih sekali lagi. Assalamualaikum.’
‘waalaikumussalam.’ Mereka berlalu. Marjan naik kembali ke perhentian basnya. Berdiri seperti tadi. Dia menghantar mereka pergi dengan pandangannya.
Namecard di tangan ditenung. Macam tau je aku nak buat apa dengan namecard ni? argh, malam nantilah call. Dikeluarkan handphonenya dari poket seluar. Handphonde 3310. Hampeh betul budak ni. dah lah ambik handphone aku, bagi handphone paling cikai dalam dunia ni kat aku. Kalau aku baling kat kepala dia, gerenti ICU seminggu. Huh. Dia mendengus perlahan. Dato' Safwan. Here I come!
*******
‘Marjan asal mana?’ Marjan sengih. Nak cakap apa ni? suasana dingin pejabat Dato' Safwan bukan sesuatu yang baru baginya.
‘err, kedah.’ Tipu je lah.
‘kedah? Jauh tu. Kenapa Marjan datang KL? Nak cari kerja? Nak sara keluarga di sana?’ sara keluarga? Mak aku yang sara aku. Haraplah aku nak sara diorang.
‘err, haah, saya orang susah. Datang sini nak cari kerja.’ Haha, bohong lagi.
‘hmm, saya rasa, saya ada kerja yang sesuai untuk Marjan.’
‘yeke dato? Kerja apa?’ bersemangat betul.
‘driver anak-anak saya. Boleh?’
Driver? Macam driver tua tu? Ah, bolehlah. Jangan memilih. Kau tu orang susah sekarang. Hah, susahlah sangat.
‘err, boleh jugak. Saya tak kisah dato, kerja apa pun tak apa. Asalkan saya ada kerja. Dah berminggu saya cari kerja.’ Bohong lagi. Hujung nanti, berkaton la dosa kau, Marjan oi.
‘hmm, kalau macam tu, awak boleh mula kerja esok. Datang rumah saya. Lagi satu, Marjan ada tempat tinggal?’
Ada! Hehe.
‘tak ada dato. Saya tidur di masjid-masjid je selama ni.’ aduh! Bohong lagi!
‘hmm, kalau macam tu, petang nanti, tunggu saya di bawah. Kita balik ke rumah saya terus. Ok?’
‘ok dato. Beres.’
Dato' Safwan senyum lagi. Murah dengan senyuman betul dato sorang ni. baik pulak tu. Macam aku. Snap! Haha.
‘saya nak minta tolong boleh?’ Marjan berkerut. Dia nak minta tolong aku pulak?
‘err, apa dato?’ Marjan pun buat serius.
‘jangan panggil saya dato. Panggil pakcik je.’ Laa, tu je?
‘ok, ok. Terima kasih, pakcik.’
‘ok. Jumpa nanti ya.’
‘ok, terima kasih banyak pakcik. Assalamualaikum.’
‘waalaikumussalam.’
Marjan keluar bersama senyum lebar. Mak, Marjan dah ada kerja!
Apa rasanya jadi driver orang ya? Hmm, misi aku macam mana? Ah, mesti boleh jalan punya. Marjan berjalan keluar dengan senang hati.
Tidak dipedulikan pandangan pekerja yang melihatnya. Macam kera dapat bunga. Mungkin itu pandangan mereka pada dia.
*********
Kereta mewah yang dipandu Pak Mat memasuki halaman rumah banglo 3 tingkat Dato' Safwan. Cantik. Tapi tak setanding tempat aku la.
‘Marjan, ini rumah saya.’ Marjan angguk.
Enjin kereta dimatikan. Mereka keluar dari kereta. Seorang perempuan yang mungkin sebaya Pak Mat keluar mendapatkan Dato' Safwan. Melawa bukan main. Bini dia la ni.
‘abang,’ sah dah.
Dia menyalami Dato' Safwan.
‘Ifa, ni Marjan. Dia driver baru kita.’ Marjan senyum. Dan senyumnya berbalas, tapi, kenapa macam tak ikhlas je? Ah, lantaklah. Duit suami dia yang bayar aku nanti, bukan dia.
‘kenapa kita ada 2 driver pulak? Membazir la,’ Marjan terdengar bisikan itu, dia sengih senyum sendiri.
‘Ifa, dia yang tolong abang semalam. Dah, jom, masuk.’
‘Marjan, mari masuk.’ Panggil Dato' Safwan. Marjan angguk, mengikut langkah mereka.
Dia perasan lirikan Datin Ifa namun tidak diendahkannya. Sama macam Pak Mat semalam. Apahal diorang ni semua? Aku yang sikit punya handsome ni pun diorang nak jaki ke? Haha.
‘duduk, Marjan.’ Marjan duduk. Beg buruk yang tergalas di bahunya di alih ke pangkuan.
‘Mak Min, bawakan air. Kita ada ahli keluarga baru.’ arah Dato' Safwan. Mak Min? Macam mak muda je.
‘Pak Mat dan Mak Min suami isteri dah lama kerja dengan keluarga kami.’ Ooh. Laki bini kat rumah ni.
Tak lama menunggu, datang seorang perempuan sebaya Pak Mat menatang dulang air.
‘Mak Min, nanti kemaskan bilik kat bawah ni ya. Marjan akan tinggal di situ mulai sekarang.’ Arah Dato' Safwan. Mak Min mengangguk. Berlalu setelah air dihidangkan.
‘Marjan, jemput minum.’ Marjan angguk seraya mencapai sebiji gelas berisi air.
‘anak-anak saya di kelas. Mereka tak balik dari kolej lagi. Selalunya, Pak Mat yang hantar dan ambil diorang. Sekarang, boleh Pak Mat rehat sikit sebab Marjan dah ada. Kereta pun banyak tapi anak-anak pakcik semua malas nak memandu. Lesen bukan tak ada.’ Oo, cam tu. Angguk lagi.
Pak Mat masuk menghampiri mereka. Marjan teguk air.
‘Pak Mat, mari, minum dulu.’ Baik betul Dato' Safwan ni. hmm, aku macam ni ke? Lebih dari tu kot!
‘ya, dato.’ Pak Mat duduk di sisi Marjan. Turut minum. Datin Ifa diam, tidak bercakap apa-apa. Aik, marah kat laki ke datin?
‘dato, saya pergi dulu. Nak ambil Lu'lu' dan Laila.’ Marjan terdiam. Lu'lu' dan Laila. Dua orang anak Dato' Safwan yang malas nak drive tu ke? Aku kena berterima kasih kat diorang, kerana diorang aku ada kerja. Hehe.
‘eh, pakcik, apa kata saya pergi ambil?’ pergh! Rajin betul nak mula kerja hari ni.
Dato' Safwan pandang Marjan, Pak Mat bersilih ganti.
Pak Mat diam. Datin Ifa macam tak setuju.
‘bagus jugak tu. Bawak kereta Pak Mat dulu. Nanti diorang tak cam pulak.’ Yes!!
Pak Mat teragak-agak nak beri kunci.
‘Pak Mat, Pak Mat rehatlah. Dah lama Pak Mat drive hari ni.’ arah Dato' Safwan. Kunci kereta bertukar tangan. Marjan bingkas.
‘Kolej Astana. Tunggu je kat depan gate tu.’ Marjan angguk dengar arahan Pak Mat.
‘saya akan teelfon diorang beritahu awak yang ambil, bukan Pak Mat.’ Dato' Safwan menyeluk saku, mengeluarkan telefon bimbit.
‘saya pergi dulu.’ Marjan minta diri.
********
‘ish, kenapa tak ada pun yang datang ni? ke diorang tunggu Pak Mat jugak?’ ni yang tak puas hati ni.
Tiba-tiba, cermin tingkapnya diketuk. Seorang gadis memeluk fail di tangan menjenguk. Dia menurunkan tingkapnya.
‘nak apa?’ sapa minah ni? kacau betul.
‘buka pintu. Saya Laila.’ Ops!
‘minta maaf cik Laila.’ Dia membuka lock pintu.
Laila masuk, membetulkan juraian rambutnya.
‘awak kena tunggu kat luar.’ Marjan renung Laila ikut cermin pandang belakang.
‘kenapa cik Laila?’
‘sebab Lu'lu' dah datang.’ Marjan menoleh ke kiri, mengikut lirikan Laila.
Dari kejauhan, seorang gadis lain berlenggang ke arah mereka. Mak ai minah ni. ni pergi kolej ke pergi pertandingan ratu cantik? Mekap punya tebal. Baju sikit punya daring. Cheh Marjan, macam tak biasa tengok anak orang kaya gedik.
Marjan keluar. Garu kepala lagi. Nak buat apa tunggu kat luar ni?
Lu'lu' tiba di kereta.
‘hei, driver, yang kau tercegat kat situ kenapa?’ Marjan tersentak. Aik, apesal
pulak nak meletup tetiba ni?
‘ya cik.’ Marjan menghampiri Lu'lu'. Muka cantik dah, tapi perangai, hampeh daa. Beza betul dengan Laila.
‘hah, tunggu apa lagi?’ Marjan termangu-mangu.
Lu'lu' makin berang. Apahal mamat ni bengong sangat?
‘buka pintu la!’ Marjan melongo. Bukak pintu? Oh, pintu kereta! Cheh! Cakaplah awal-awal!
Pintu dibuka. Tiada terima kasih, Lu'lu' masuk dengan jelingan tajam.
Marjan tepuk dahi.
Mampus nak mengadap minah ni hari-hari.
enteresting beginning...so late i found this blog..
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)