About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, April 30, 2009

Kira Ayumi 9

Kira melangkah lambat-lambat membontoti Syafni dan Iman yang mendahului di depan. Mereka melangkah masuk ke dalam restoran itu yang sedikit lengang.

Apabila Iman mahu masuk ke dalam lagi, Kira berhenti melangkah. Dia menarik Syafni.

‘Syaf. Hafiz ada kat dalam lah. dia dengan Wani.’ Beritahu Kira. Syafni memanjangkan lehernya.

‘ye ke? Mana kau tau?’ Kira kelihatan risau.

‘aku ternampak tadi, masa kita tengah berjalan-jalan lepas kau pergi tandas.’

‘patutlah kau lambat je jawab masa Iman Tanya.’ Syafni membuat kesimpulan.

‘so, macam mana ni?’tanya Kira.

‘rileks je, kita ikut je Iman. Kau tak boleh gelabah macam ni. Nanti orang perasan.’ Syafni mengingatkan.

‘eh, korang kenapa?’ Tanya Iman dari kejauhan.

Kira tersenyum tawar.

‘tak ada apa-apa. Nak duduk mana?’ Tanya Kira sekadar berbasa-basi. Syafni menarik Kira mendekati Iman.

Kira menenangkan hatinya, cuba berlagak biasa sebaik mungkin. Sikit sahaja lagi dia melangkah, meja Hafiz akan kelihatan.

‘kita duduk sini, ok?’ Tanya Iman.

Belum sempat Kira memberikan jawapan, Iman sudah melabuhkan punggung. Syafni menjungkit bahunya lalu turud duduk berhadapan Iman. Kira menurut sahaja.

Alamak, susah ni. Meja Hafiz di sebelah kanan mereka, Cuma ke belakang sedikit. Dan yang paling merunsingkan, kedudukan Hafiz bertentangan dengan Kira. Kira melarikan anak matanya dari melihat ke arah itu.

Dia telah menjeling sekejap dan Hafiz memang tidak sedar dengan kehadiran mereka kerana mejanya dilindungi oleh sebuah pasu besar di tengah-tengah ruang itu. Kira berharap Hafiz tidak akan memerhatikan arah mereka.

Pelayan datang untuk mengambil pesanan. Iman memesan fresh orange, Kira jus tembikai dan Syafni carrot susu.

Sebaik pelayan itu pergi, Iman memandang sekeliling. Gelagatnya itu mebuatkan Kira resah. Janganlah kau perasan Hafiz. Dia berdoa di dalam hati.

Tiba-tiba, Iman bersuara kuat.

‘eh, kau!’ Kira tersentak.

Seorang pelayan menghampiri mereka, dia berwajah ceria. Iman bangun lalu mereka berpelukan dan bersalaman.

Ish! Aku ingat apa dah tadi. Iman sibuk bercerita dengan pelayan itu dan Kira dapat menangkap butir bicara mereke sedikit. Kawan lama Iman.

Namun ketakutan Kira menjadi kenyataan apabila Syafni menyentuh tangannya perlahan. Kira turut memandang ke arah yang ditunjukkan Syafni, dan matanya tertangkap anak mata Hafiz yang merenungnya. Pandangan mata bertentangan sebelum Kira melarikan anak matanya.

Rileks Kira. Kira tidak pasti apakah Hafiz masih melihat ke arah mereka kerana dia tidak berani lagi melihat ke arah itu. dia tidak takutkan Hafiz, tapi dia risaukan Wani dan Iman.

Iman masih riuh bercerita dan tidak berapa lama kemudian, dia duduk kembali. Pelayan itu juga beredar.

‘kawan lama saya.’ Terang Iman tanpa ditanya.

Syafni mengangguk-angguk.

‘kawan masa bila?’ Tanya Syafni. Kira diam sahaja, menjadi pendengar setia.

‘kawan dari kecik dulu, kami jiran. Tapi dia pindah masa tingkatan 5. Lama betul tak jumpa.’ Terang Iman lagi.

‘ooo,’ Syafni melopong sekejap.

Iman mengalih pandang pada Kira. Dia hairan melihat Kira diam kembali.

‘kawan awak ni dah datang balik ke penyakitnya?’ Tanya Iman. Sangkanya Kira tidak mendengar, tapi jangkaannya meleset apabila Kira tersenyum mendengar soalan itu.

‘saya dengar ya, tak jadi lah awak nak mengumpat.’ Ujar Kira bersahaja.

‘saya ingat awak dah sampai ke England ke, marikh ke.’ Usik Iman lagi.

‘tak lah, saya menghayati keindahan alam.’ Kira membela diri. Kenangan dengan Hafiz di sini tempoh hari kembali terbayang di fikirannya.

Kira diam kembali. Dia mahu menenangkan fikiran. Kira menolak kerusi perlahan.

‘saya nak pergi tandas.’ Ujarnya. Iman dan Syafni mengangguk sahaja.

Kira sedar langkahnya diperhati Hafiz namun dia tetap tidak memandang ke arah itu. mujur tandas terletak di arah bertentangan, iaitu berhampiran pintu masuk. Jadi dia tidak perlu melintasi meja Hafiz kerana dia menuju ke arah bertentangan.

Sampai di tandas, dia membasahkan mukanya. Merenung refleksi wajahnya di cermin. Lama.

Dia tidak tahu apa yang sedang dia lakukan sekarang. Keliru. Pening. Menyesalkah dia dengan semua ni? Hafiz tidak memaksa, dan dia tidak terpaksa.
Wahai hati! Tabahlah engkau!

Dia mengeringkan wajahnya dengan tisu dan membetulkan tudungnya. Seketika kemudian dia keluar kembali.

Dia sedang membuang tisu ke dalam tong sampah yang berada betul di antara pintu tandas lelaki dan perempuan apabila dia sedar ada seseorang mendekatinya.

‘Kira,’ Kira mengangkat mukanya.

‘eh, awak buat apa kat sini?’ ujar Kira perlahan namun ada nada risau terselit. Dia memanjangkan lehernya ke arah laluan dari mana dia datang. Bimbang ada yang melihat mereka.

‘saya minta maaf.’ Ujar Hafiz, perlahan namun menusuk. Kira terdiam.

‘saya minta maaf sebab tak dapat balas mesej awak. Saya dengan dia dari tadi.’ Jelas Hafiz.
Kira tersenyum.

‘tak apa, saya pun datang dengan Syaf. Saya harap awak tak marah.’ Tutur Kira lambat-lambat.
Hafiz senyum kecil.

‘tak apa. Saya tak boleh halang awak bila saya pun tak dapat jaga awak sepanjang masa. Saya percayakan awak.’ Ujar Hafiz, maknanya mendalam.

‘hmm, macam tu baguslah. Boleh saya keluar dengan Iman lagi.’ ujar Kira lagi, mengusik.

‘Iman suka awak.’ Tutur Hafiz, terus sahaja tanpa berlengah.

Kira tergamam.

‘taklah awak. Dia anggap saya kawan je.’ Dalih Kira. Hafiz merenung sepasang mata Kira dalam.

‘dia suka awak Kira, saya tau. Tapi saya percayakan awak. Jaga diri awak. Dan tolong saya?’

‘tolong apa?’ ujar Kira bersedia mendengar apa jua permintaan Hafiz.

‘tolong pekakkan telinga, butakan mata awak pada apa jua perkara yang berlaku di sekeliling awak yang melibatkan saya. Saya tak nak awak percaya pada semua benda tu melainkan ianya datang dari saya sendiri. Boleh?’ Tanya Hafiz penuh mengharap. Kira mengukir senyum lagi.

‘awak ni, saya ingat apa tadi. Ok, jangan risau.’

‘thanks Kira.’

Belum sempat Kira mahu menjawab, mereka dikejutkan oleh satu suara.

‘Hafiz,’ Wani tercegat di situ, matanya terpaku pada mereka.

Kira tergamam.

‘oh, Wani. I bincang pasal projek mr sham sikit dengan dia. Dah bayar? Jom. Ok Kira, ada apa masalah nanti kita cakap lain.’ Ujar Hafiz seraya mengatur langkah ke arah Wani. Mata mereka berpandangan seketika.

‘oh, ya, jumpa nanti. Terima kasih.’ Jawab Kira, menyambung lakonan Hafiz. Dia melihat sahaja Hafiz beredar dengan Wani.

Kira melepaskan nafas berat sebaik kelibat mereka hilang. Phew! Nyaris.

Dia kembali ke meja, dan Kira perasan Iman merenungnya tajam.

‘kenapa?’ Tanya Kira pada Iman.

‘tak ada apa-apa.’ Jawab Iman. Minuman mereka telah sampai dan Kira meneguk jus tembikainya laju.

‘happy nampak?’ tegur Iman. Kira tersedak.

Dia terbatuk-kecil melihat Iman yang Cuma tersenyum melihatnya.

‘apa maksud awak?’ Tanya Kira apabila batuknya sudah reda.

‘tak ada lah, sebelum pergi tandas tadi wajah awak muram sikit. Sekarang dah ceria. Jumpa
buah hati ke kat tandas?’ Tanya Iman lagi.

‘haah, buah hati bertanduk dan berekor.’ Jawab Kira bersahaja. Syafni tergelak. Iman tersengih-sengih saja.

Namun jelas dia tidak puas hati dengan jawapan itu namun dia tidak bertanya lagi.

‘Kira, awak nak jadi urusetia hari pameran tu nanti?’ Tanya Iman tiba-tiba.

Kira menggigit hujung straw.

‘entahlah. Saya malulah, saya junior. Bagi lah senior dulu. Nanti apa pulak kata diorang.’

‘tak apa.. kalau awak nak saya beritahu ani, nanti saya suruh dia contact awak. Dia pengarah projek tu.’ Jelas Iman. Kira mengangguk-angguk.

‘ok, kalau rasa perlukan saya, call je. Kalau saya boleh tolong saya tolong.’ Kira memberi janji.

Selesai minum dan membayar, mereka beredar dari situ, tapi mereka tidak terus pulang kerana Iman masih mahu mengambil gambar.

Mereka berjalan mengeliling tasik itu dan berhenti sekali-sekali apabila Iman memperoleh sudut yang baik untuk diambil.

‘Kira, aku rasa dia suka kat kau la.’ Ujar Syafni tiba-tiba.

‘siapa?’

‘Iman la. Takkan Hafiz lagi kot?’

Kira terdiam. Dia memandang Iman sekilas.

‘kenapa kau cakap macam tu?’

‘sebab boleh Nampak lah. tadi Hafiz dan Wani lalu dekat meja kita dan Iman tegur diorang. Bila Hafiz cakap nak pergi tandas, aku perasan Iman pandang semacam je. Mata dia lepas tu tak lepas dari arah tandas sampai Wani pergi bayar dan kau datang.’

‘patutlah dia tegur aku macam tu tadi.’

‘hmm, susah ni, direbutkan dua lelaki. Handsome pulak dua-dua.’ Ujar Syafni berlucu.

Kira mengeluh perlahan. Susah ni. Kalau betul apa yang Syafni dan Hafiz katakan, memang susah.

‘Syaf, tadi memang Hafiz jumpa aku.’ Ujar Kira perlahan. Dalam diam dia mengerling Iman, bimbang Iman menghampiri dan mendengar bicara mereka. Lega melihat Iman masih leka dengan kameranya.

‘ya? Beraninya dia. Dia cakap apa?’

‘ada jugak benda yang dia cakap sama macam yang kau cakap. Tapi dia cakap dengan yakinnya. Dia kata Iman suka aku.’

Syafni melopong.

‘biar betul! Direct terus?’

Kira mengangguk.

‘lepas tu aku nafikan, aku kata kawan je tapi dia tetap cakap macam tu.’

‘hmm, sah lah. mestilah dia perasan sebab dia pun lelaki.’ Syafni membuat kesimpulan.

‘macam mana ni Syaf? Aku tak berapa suka lah dengan situasi ni. Salah aku ke?’tanya Kira.
Syafni menggeleng pantas.

‘tak lah. kau niat berkawan, kalau orang nak suka nak buat macam mana.’ Syafni menenangkan.

‘apa yang aku boleh buat sekarang? Lari dari Iman? Tapi kalau aku nak lari dari Iman mustahil. Dia presiden kelab. Macam mana pun mesti jumpa.’

‘hmm, kau kena kurangkan jumpa dia kot? Tak nak bagi dia lagi suka kat kau.’ Cadang Syafni.
Kira mengangguk-angguk.

‘hmm, aku rasa mungkin itu yang terbaik. Tapi kesian lah kat dia.’ Jelas Kira tidak senang dengan hal itu.

‘suka hati kau lah Kira. Kau decide lah mana-mana. Aku sokong kau. Aku tau kau akan ambil keputusan yang betul.’

‘hmm.’

‘ok, jomlah balik. Saya dah penat.’ Ujar Iman tiba-tiba dari belakang mereka. Kira dan Syafni mengangguk dan mereka beriringan ke kereta.

p/s: guyz, sorry lmbt..hehe..sibuk siapkan proposal...by the way, kpd yg nak mengundi, u all plz jgn just ckp je dlm comment tau but tlg undi kat kotak undi di sebelah..sy takut u all tulis kat comment n sy x bc so sy x kira sekali undi tu..plz ya, nanti buat penat u all celoteh dlm comment tp ur undi x dikira... hehe...

  • A ~ Kira takkan melibatkan diri dengan pameran untuk mengelakkan Iman
  • B ~ Kira tetap melibatkan diri dengan pameran tapi dia tidak melayan Iman
  • C ~ Kira bertanya Iman untuk meminta kepastian lalu berterus-terang bahawa dia sudah dimiliki. (but of course dia tak cakap orang itu ialah Hafiz)

2 comments:

  1. jgn korbankan cita-cita dan minat semata2 kerana lelaki..buat abeh boraih je..
    kalo jwb A mcm nk lari dr masalah..x elok camtu..lagi kite lari lagi byk masalah timbul mngejar kita.
    x yah heboh2 bgtau iman yg die dh brpunye..
    xpsl2 je nnti iman tak nk brtegur sapa dh dgn kira..x psl2 je brmusuh iman ngn kira kang..
    jwpn paling sesuwei of course la B

    ReplyDelete
  2. yup.. the best answer must B... why? just that is the right choice because we cannot run from our duty... just make it a small matter...

    ReplyDelete