About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Friday, October 30, 2009

Anaknya, Anakku Jua 38

“ala, please, tolongla abang Ipan.” Irfan merayu lagi namun gadis itu tetap menggeleng.

“Sara, please???” rayu Irfan lagi.

Sara menggeleng lagi. Kali ini dengan dahi berkerut seribu.

“abang Ipan, sedar tak apa yang abang Ipan tengah mintak Sara buat ni? you’re asking me to pretend to be your girlfriend! Gila ke apa?” tempelak Sara.

Sanggup abang sepupunya itu mencarinya hingga ke Melaka demi tujuannya itu. Pelik.

Irfan menelan liur.

“Sara please? Sara je harapan abang sekarang.” Irfan masih tidak berputus asa.

Sara bingkas dari duduknya. Mujur mereka berbincang di taman, bukan di dalam pejabat.

“apa abang Ipan ni? kenapa perlu sampai macam tu? I mean, abang Ipan nak kahwin dengan dia, of course la sebab abang Ipan sayang dia, cinta dia, kenapa tak nak mengaku pulak? Kenapa mesti buktikan abang Ipan ada girlfriend, baru boleh kahwin? Ish, gila ke apa?” marah Sara.

Irfan turut bingkas.

“Sara, perempuan ni lain sikit. Lagipun, abang Ipan cakap dengan dia kami akan bercerai lepas kahwin. So dia nak bukti sekarang supaya dia yakin yang abang akan ceraikan dia tak lama lepas kahwin, macam yang abang janjikan. Tapi tu lain cerita sebab sekarang abang kena buktikan semua tu supaya rancangan kahwin kami tetap berjalan. Sebab tu abang kena cari girlfriend. Please Sara. Sara je yang boleh tolong abang sekarang.” Pujuk Irfan lagi.

“kak Shila kan ada? Mintaklah tolong dia. Mesti dia nak tolong dengan senang hati.” Sara mencadangkan dengan separuh hati.

Dia sendiri faham bagaimana hubungan Irfan dan Shila malahan dialah yang menjadi tempat Irfan mengadu nasib selain dari Mak Su.

Irfan pantas menggeleng.

“Sara, tak ada siapa pun yang tau tentang rancangan sebenar kami untuk kahwin ni. abang percaya dengan Sara je. Since abang dah beritahu Sara semuanya, Sara kena tolong abang.” Irfan mendesak lagi.

Sara memeluk tubuhnya.

“ish, susah lah bang. Sara risau nanti kantoi.” Sara meluahkan kebimbangannya. Memang dia rapat dengan Irfan, berbanding Bakar, abang kandungnya.

Apabila dia mendengar cerita Nisa', dia turut simpati dan marah juga dia dengan Bakar.

Irfan menggeleng.

“kita rehearse la. Mesti boleh punya. Sekali ni je. Please....”

“sekali ni je? Lepas ni kalau dia nak jumpa lagi macam mana?” Sara menyoal lagi.

Irfan menggaru kepala yang tidak gatal.

“abang cakaplah Sara sibuk kerja kat Melaka ni. mesti dia tak kata apa punya.” Irfan meyakinkan.

“boleh ya Sara?” Irfan merenung Sara dengan pandangan sedih, menagih simpati Sara.

Sara merengus perlahan.

“ish! Bencilah abang Ipan ni!” marah Sara.

Irfan tersenyum nipis. Dia tahu dia sudah berjaya.

“ala, abang upahlah nanti.”

“hah, yelah tu, upah Sara pergi melancong ke Eropah, boleh?” tingkah Sara, dijeling Irfan geram.

Irfan jungkit bahu.

“boleh, tapi lepas abang dapat title dato’.”

Sara menjeling Irfan geram. Dihentak kakinya kuat sebelum dia melabuhkan punggung kasar di atas bangku.

“hah, apa yang kita nak cakap nanti?” soalnya, ada nada tidak ikhlas dan terdesak di situ.

Irfan tersenyum puas.

“macam ni...”

Dan sepetang itu mereka berlatih menjadi pasangan kekasih, demi bertemu Nisa' keesokan harinya.

***********

Nisa' mengemas mejanya. Hari ini, dia ada temujanji dengan Irfan dan kekasihnya. Terngiang-ngiang perbualan dia dan Irfan di telefon semalam.

“saya nak jumpa awak esok boleh?” Nisa' terus menyatakan tujuannya setelah sesi bertanya khabar mereka berteman sepi membuatkan Nisa' kekok sendiri.

“boleh, pukul berapa?” suara Irfan tenang, tidak ada tanda marah atau kecewa dengan hal hujung minggu lalu.

Nisa' termalu sendiri mengenangkan perkara itu.

“petang, lepas habis kerja. Saya banyak kerja esok. Tapi tak apa, jumpa sekejap je.” Nisa' menerangkan. Jemarinya dilarikan di wajah tenang Hana yang sudah tidur di sisinya.

“ok. Jumpa awak esok.”

“err Irfan.” Pantas Nisa' mencelah, bimbang Irfan terus mematikan talian.

“ya, ada apa?”

“err, saya nak jumpa kekasih awak sekali, esok.”

“oh.” Itu sahaja balasannya.

“oh? Kenapa oh?” Nisa' menyoal kembali, hairan.

“tak, tak ada apa-apa. Awak nak jumpa dia kenapa?”

Nisa' menggigit bibir. Pastinya Irfan akan mengelak.

“saja. Nak berkenalan. Lagipun saya nak jugak kenal orang yang berjaya menambat hati awak tu. Dan saya nak berterima kasih dengan dia sendiri, sebab sudi meminjamkan awak pada saya.” Jelas Nisa' panjang lebar.

Kedengaran tawa kecil Irfan di hujung talian. Mujur aku dah bersedia. Haish.

“kenapa awak gelak?”

“tak, tak ada apa-apa. Tapi, susah sikitlah. Dia kerja di Melaka sebenarnya, tapi, tak apa, saya boleh ambil dia. Mintak dia ambil cuti separuh hari.”

Nisa' terdiam. Rupanya Shila kerja di Melaka? Jadi Irfan setujulah ni?

“oh.”

“oh? Kenapa oh?” giliran Irfan pulak kehairanan.

“tak, kesian pulak dia, dan awak. Tak apa ke dia cuti? Ke kita jumpa hari minggu je?” Nisa' meluahkan simpatinya.

“eh, tak pe, dia ok. Lagipun dia jarang bercuti, apalah salahnya dia bercuti esok. Separuh hari je.” Irfan meyakinkan. Hakikatnya Sara sudah memberi amaran jangan diganggu hari lain.

Jika bukan Nisa' yang mencadangkan hari esok, Irfan sendiri terpaksa mencadangkan hari esok.

Sara yang bekerja di rumah anak yatim itu akan sibuk dalam beberapa hari akan datang dengan aturcara di rumah anak yatim itu yang mahu menyambut ulangtahun kesepuluh mereka. Jadi Irfan tiada pilihan. Mesti esok juga.

“oh, betul ni? betul tak pe? Saya bukan apa, kalau boleh, tak nak susahkan awak, dan dia. Yelah, dah banyak awak tolong saya, kalau boleh...”

“eh, Nisa', betul, tak apa. Lagipun dia sendiri sibuk lepas ni, so esok tu bagus sangatlah.” Irfan menggesa lagi.

Nisa' terangguk-angguk sendiri.

“oklah macam tu.”

“ya, ok.”

“err Irfan,”

“ya?”

“sorry.”

“for what?”

“hari tu, kat rumah mak saya.”

“oh, tak apa, in fact, saya yang salah jugak, sebab, ye lah, I was kind of provoking you.” Irfan turut meluahkan rasa bersalahnya.

Bersalah kerana tidak memahami kemahuan Nisa' dan keresahan Nisa', bersalah kerana tidak dapat menenangkan Nisa' dengan cara yang dimahukannya.

Nisa' terdiam.

“tak, saya yang salah. Tapi, awak balik terus kenapa?”

“hah, dah awak halau saya. Saya baliklah.”

Nisa' ketawa kecil, tidak menyangka Irfan mengambil serius kata-katanya.

“Irfan, sorry, but masa tu saya marah, so, I didn’t really mean to halau awak. Kenapa awak balik? Awak tau tak, kerana awak, abah marah saya. Mala pun. Padahal bukannya kita bergaduh ke apa ke. Saya Cuma terlepas cakap je.” Nisa' menepuk dahinya, malu dengan sikapnya sendiri.

“oh, ye ke? Sorry, well, saya pun, tak tau apa sebenarnya yang awak maksudkan masa tu, saya Cuma tak nak tambahkan upset awak. So, well, I thought its best I leave.”

Nisa' tersenyum sendiri.

“ok, again, I’m sorry, and how was your trip?” entah kenapa Nisa' tidak mahu mematikan talian lagi. Dia masih mahu mendengar suara itu setelah hampir 3 hari mereka tidak berbicara.

Desah nafas Irfan jelas kedengaran di gagang telefon.

“ok, great. Tengoklah, mungkin lepas kahwin saya akan buka business kat sana.”

Nisa' terdiam sejenak. Ada sesuatu yang dikatakan Irfan menarik perhatiannya.

“lepas..kahwin? lepas..kita kahwin la maksudnya?” Nisa' teragak-agak mahu meluahkan ayat itu.

“haah, lepas kita kahwin. Kenapa?”

“oh, tak, saya ingatkan, lepas..awak dan girlfriend awak kahwin. Tak, because it sounds weird pulak, bila kita akan kahwin, sedangkan awak ada girlfriend pilihan hati sendiri.” Nisa' bagaikan berbicara sendiri kerana bicaranya semakin perlahan.

Ada rasa aneh di situ. Bagaikan terbayang-bayang Shila dan Irfan di pelamin, pasangan yang ideal.

“Nisa', awak cakap apa?”

“hah? Oh, nothing, okla, good for you. Kita jumpa esok?”

“hmm, ok. Jumpa esok. Bye assalamualaikum.”

“waalaikumussalam.”

Talian dimatikan. Nisa' resah sendiri. Resah menanti esok. Dan tidurnya malam itu diganggu bayangan seseorang. Seperti bayangan Shila, namun bila Nisa' melaung memanggil namanya, bayangan itu menggeleng bersama senyuman manis. Dia begitu tenang. Dan bayangan itu menghulurkan tangannya pada Nisa', seakan-akan mengajaknya ke suatu tempat. Namun saat Nisa' mahu menyambut huluran itu, tidurnya dikejutkan oleh rengekan Hana yang sudah terjaga dek kelaparan susu, dan mimpi itu turut hilang ke dalam angin lalu bersama rengekan Hana.

******

Sebelum ke restoran tempat janji mereka diatur, Nisa' perlu ke bank dahulu kerana dia perlu mengeluarkan duit. Wang tunainya di dalam tangan sudah kehabisan.

Sampai di depan Bank Islam, Nisa' mematikan enjin dan keluar dari kereta.

Sebaik urusannya selesai, Nisa' mengatur langkah kembali ke keretanya apabila dia terlihat kelibat seseorang.

Shila? Kata kat Melaka?

Nisa' menggigi bibir. Shila sedang berjalan ke arahnya, tanpa menyedarinya.

“Shila.” Panggil Nisa' agak perlahan apabila Shila melepasinya.

Langkah Shila mati. Pantas dia berpaling melihat empunya suara dan perubahan wajahnya turut menunjukkan rasa terkejutnya. Sungguh dia tidak menyangka mereka akan bertemu.

“awak. Err, Nisa' kan?” Shila meneka.

Nisa' mengangguk.

“ya, saya Nisa', er, awak buat apa kat sini?” Nisa' menyoal berbasa-basi.

Pertanyaan yang berbaur pelik itu membuatkan Shila mengangkat kening.

“kenapa? saya tak boleh datang ke bank ni ke?” selorohnya.

Nisa' turut tersenyum mendengar jawapan Shila.

“eh, tak. Cuma, bukan awak kerja kat Melaka ke?”

Shila mengerutkan dahi.

“since when saya kerja di Melaka?” Shila menyoal kembali, membuatkan Nisa' cepat menyedari kesilapannya.

”oh, sorry, mesti Irfan maksudkan orang lain. Well, I thought..never mind.” Nisa' malu sendiri.

Shila mula mengesan sesuatu yang pelik.

“you must have a lot twirling in your mind right? Irfan mungkin cakap pasal orang lain kot.”

“yeah, his girlfriend.” Ops! Nisa' pantas memalingkan mukanya ke arah lain apabila menyedari dia terlepas cakap.

Namun jelas dia terlambat. Shila sudah mendengarnya.

“his girlfriend? What did u mean by that? Awak kan, tunang dia?” Shila merenung tepat ke wajah Nisa', menanti penjelasan.

Nisa' tersenyum kelat.

“no, saya nak cakap his friend’s girlfriend. Actually tersasul tadi. Yeah, I have a lot in my mind. Agak tak betul sekarang ni.” Nisa' mula menutup kesilapannya, amat berharap Shila termakan dengan alasannya.

Shila mengangguk-angguk.

“oh, yelah kan, kerja kahwin ni bukan senang.” Shila turut mengakui. Namun dia sedar Nisa' tidak tersalah cakap. Lagaknya tidak menunjukkan begitu.

Tapi kenapa dia boleh cakap macam tu pulak?

Nisa' tersenyum lagi. Dia perlu beredar.

“saya balik dulu, nak jumpa Irfan lepas ni.”

Shila mengangguk lagi.

“ok, bye. Kirim salam dengan Irfan.” Sempat Shila menitip pesan.

Nisa' beredar dengan seribu satu persoalan. Shila bukan orangnya. Habis siapa? Habislah kalau Shila dengar tadi. Habis.

Mintak-mintaklah dia lupa. Amiin!

14 comments:

  1. wawawa..nisa ni merosakkn rncgn irfan la...
    xpatut tol..
    mntak2 urusan irfan dipermudahkn smpai dorang kawin..
    xmo la shila kacau perjmpaan dorang ptg kang..huhu..

    ReplyDelete
  2. aaarrrggghhhhh
    apesal nisa ni BODOH sangat??
    ya Allah........hissshhhhhhh
    tertekannya aku dengan nisa

    Irfan...ko takyah la kawen dgn nisa
    sakitnya jiwaku....waaaa

    ReplyDelete
  3. HAHAHA x boleh stop gelak baca comment yunix77
    haha. tension sgt sampai x bg irfan kahwin dgn nisa :D

    ReplyDelete
  4. salam..
    crta mkn rumit...
    kdng2 mls nak bca sbb nisa ni yg mngusutkan keadaan...
    x thu apa ksdhan crta ni mmdngkan smkin pnjg jln crta...

    ReplyDelete
  5. nisa ni risaukan org yg dia sayang pergi dari hidup dia kan?
    that's y dia pretend dgn diri sendiri "nak her partner happy happy even lepas bercerai"

    nisa2x...
    somebody pls sedarkan nisa, dia patut terima irfan seadanya :)

    ReplyDelete
  6. yelah tension aku ngan Nisa' ni. Mintak2kan xde ape2 masaalah ler. Cpat2 kahwin lah.

    ReplyDelete
  7. apalah nisa, buat rosak plan dia aje.
    ty la cemburu tapi tak ngaku....hehehehe................nak lagi.........................

    ReplyDelete
  8. haha..
    btol2..
    tension btol ngn si nisa' nieh..
    ble laa nk abes cite nieh kalo nisa' pesimis je..
    sekeh kangg...
    ngeeeee..
    smbung2..

    ReplyDelete
  9. hahahahahahahahaha.. ;)
    sy pun x tahan baca komen si yunix77...
    sbr awak..awak geram2 pun itu realiti hidup. ada org yg mcm tu. btw jgn slhkan nisa, dia sbrnrnya x tau apa2.kan slh irfan jugak sebab x nk cerita siapa shila sbnrnya? dan irfan buat mcm 2 pun bersebab. insyaAllah, next n3 u all mesti suka habis. SAYA JAMIN. kalau x, sy terus tutup je novel ni (poyo je lebih ckp cm2). hehehe..

    ReplyDelete
  10. eh. eh jgn tutup. Make them happy2 lepas kawin irfan bawak nisa' gi honeymoon ke...:D

    ReplyDelete
  11. ana
    jangan la tutup
    bagi la n3 yang kami suka plak setelah sekian lama stress
    tertekan wooo

    hehehe

    apa2pun novel ana memang best!

    ReplyDelete
  12. hehehe.just kidding.if sy tutup cerita ni, for the rest of my life they will be haunting me, tak kira lg dgn korg, kipas-susah-mati AAJ...hehehe

    ReplyDelete
  13. haa,,kan nisa dh susahkan diri sndiri..
    abisla rancangan irfan nnti..sambung lagi yer..

    ReplyDelete
  14. nisa ni bukan setakat stupid je, dah orang elok nak kawin dia sibuk pulak nak make dia kena cerai...

    ReplyDelete