CAUTION!

THIS BLOG IS TO BE READ ONLY AFTER U HAVE PERFORMED UR PRAYER, PLEASE.. Please dont be so kind to add on my Akhirat share coz i've had enough on my own. Thank you! ;)

Salam...

hallo3!

Just a quick announcement, kpd my new readers yg happened to blogwalk and found this blog, just nk inform yg d cni cuma ada my novels saja. Cerpens ada di blog lg satu, my first baby, My Art Pieces..

Just click on the above link to go to the blog, k?

Thats all for now..

salam...

love,

anarif

ECCENTRIC!


Lu'lu' dan Marjan 42

Datin Ifa merengus kasar tatkala pandangannya menyapa Laila yang baru turun dari biliknya. Wajah Datin Ifa yang dulunya rajin ditempek dengan semua jenis krim kini kelihatan terbiar, kusam, pucat dan tidak bermaya. Sejak kematian suaminya yang tidak pernah dianggapnya suami, dia berkeadaan begitu. Hakikatnya, dia sudah malas mahu kisah dengan semua itu. Otaknya berserabut.

Kematian Dato' Safwan bukan menyenangkan, menyusahkannya lagi ada!

Salah dia juga kerana bertindak di luar pengetahuan abangnya.

Dia masih ingat, hari itu, Dato' Safwan keluar dari rumah bersama Pak Mat untuk ke lapangan terbang.

Datin Ifa sudah tidak sanggup menanti lagi. Penantiannya sudah sampai ke penghujungnya.

Sebaik saja Dato' Safwan keluar, dia pantas mencapai telefon bimbitnya, dan di dalam bilik tidurnya, dia membuat panggilan itu.

Panggilan yang membawa kepada kematian Dato' Safwan.

Hatinya puas, namun malam itu, setelah mayat Dato' Safwan dibawa pulang ke rumah, dia terpaksa berhadapan dengan kemarahan abangnya.

“kau memang bodoh! Bodoh! Aku dah cakap, tunggu aku yang buat semuanya! Kau terlalu terburu-buru nakkan dia mati, tengok! Sekarang, kau tak dapat apa, Ifa! Harta yang menjadi milik kau sikit sangat berbanding apa yang Lu'lu' dapat! Bodoh!” berulang kali perkataan itu menjadi santapan telinganya.

Datin Ifa mengetap bibir. Terkunci mulutnya. Sebelum bertindak, dia terlalu dikuasai rasa dendam sehinggakan pesanan abangnya dilupakan langsung.

“habis, kita nak buat apa sekarang?” soalnya geram.

Dato Mokhtar menjegilkan matanya.

“buat apa lagi?! Berputih matalah!” tempiknya.

Datin Ifa terundur ke belakang sedikit. Terkejut dengan tempikan itu.

Dia menunduk. Sesal tak berguna.

Dato Mokhtar merengus kasar. Dia betul-betul marah kali ini. Kebodohan adiknya membuatkan semua usahanya selama berpuluh tahun musnah, sekelip mata. Usahanya membodohkan semua orang, termasuklah adiknya itu selama ini sia-sia saja. Kemarahan dan sifat dendam Ifa semuanya bermula darinya, bukan Safwan. Namun rahsia itu tersimpan kemas dengannya.

Tiada siapa yang tahu. Kecuali suami Ifa yang sudah lama berkubur.

apa lagi yang boleh dilakukannya untuk merealisasikan impiannya selama ini? Otaknya ligat berfikir, namun buntu. Dia perlu memikirkan jalan lain untuk mendapatkan semua harta Safwan dari Lu'lu'. Tapi bagaimana? Bunuh Lu'lu'?

ya, jika keadaan menuntut kematian Lu'lu', maka ianya terpaksa dilaksanakan. Hanya apabila Lu'lu' mati, Ifa akan mendapat semua harta Safwan. Dan selepas itu, dia akan meminta haknya sebagai abang, dan juga orang yang merencana semuanya.

Ifa bukan orang yang tamakkan harta, jadi tak mustahil Ifa akan menyerahkan semuanya kepada dia untuk diuruskan.

Dato Mokhtar menghenyakkan punggung di atas kerusinya. Datin Ifa masih menanti. Sepi.

“kita bunuh Lu'lu'..”

Datin Ifa terlopong, kelu.

“abang..”

Mencerlung mata Dato' Mokhtar melihat Datin Ifa. Tajam.

“kali ni, ikut arahan aku. Jangan kau bertindak sendiri. Melainkan kau nak aku hantar kau jumpa kedua suami kau…” ujarnya, mengugut.

Datin Ifa telan liur. Angguk lambat-lambat.

“baik bang..” akur.

Bimbang pun ada. Bimbang abangnya itu akan mengotakan kata-katanya. Dia belum mahu mati. Dosanya terlalu banyak! Termasuk dosa membunuh. Entah kenapa, ada satu suara dari dalam dirinya mula mengutuk tindakan kejinya.

Namun pantas dia menghilangkan suara itu. Jangan menyesal Ifa! Kau tak buat salah! Hutang nyawa dibayar nyawa!

Ingatannya kembali pada masa kini. Di rumah yang sedang didudukinya dengan Laila, pemberian abangnya kerana dia sudah tidak mahu menjejakkan kaki ke rumah banglo 3 tingkat itu.

“kamu nak buat apa sekarang, hah, Laila?”

Soalnya tatkala dia melihat Laila menarik kerusi lalu duduk. Dicapai sekeping roti Bakar dan disapu mentega. Seolah-olah dia seorang di situ. Tidak diendahkan ibunya.

“Laila.” Kali ini suara Datin Ifa lebih tegas. Laila mengangkat muka, menjeling ibunya tajam.

“ibu, diam boleh tak? Laila nak makan ni.” Marahnya kembali.

Datin Ifa menarik nafas dalam. Satu-satunya anaknya sudah tidak menghormatinya langsung.

“kamu tak belajar, tak nak kerja, nak buat apa? Nak jadi apa? Ha? Uncle nak bagi kerja, kamu tak nak. Tengah belajar elok-elok berhenti. Kalau kamu terus belajar..”

“ibu.” Laila mencelah, dengan pandangan mata tajam.

“ibu tak perlu ajar Laila. Laila tak duduk sini dengan ibu untuk dengar bebelan ibu. Ibu tak berhak tentukan hidup Laila. Hidup ibu sendiri pun tunggang-langgang..” sinis bicaranya.

Datin Ifa tersentak.

“Laila!”

“semua ni salah ibu! Ibu bantah cakap uncle kenapa? Kan sekarang kita dah tak ada apa-apa! Semua sebab ibu! Salah ibu! Sampai bila kita nak duduk menumpang dengan uncle? Laila tak nak hidup macam ni! Menunggu ihsan orang je! Dari dulu sampai sekarang macam ni! Laila nak senang!” tempelaknya.

“Laila! Jangan biadap dengan ibu!” dada Datin Ifa turun naik menahan marah.

Laila menolak kerusi lalu bangun. Masing-masing tidak mahu mengalah.

“ah! Laila keluar lagi bagus! Duduk rumah tengok muka ibu, buat sakit hati je!” dia terus berpaling menuju ke tangga, meninggalkan Datin Ifa termangu-mangu.

Dia terduduk di kerusinya, setiap butir bicara Laila tadi terngiang-ngiang di telinganya.

Salah diakah semua ini terjadi? Abang, kalaulah abang masih hidup…

Tidak lama kemudian, Laila turun kembali dengan beg tangannya.

Datin Ifa bingkas mendapatkan Laila.

“nak ke mana?”

Laila tidak menjawab, sebaliknya dia terus melangkah ke pintu.

“pergi mati!” jawabnya separuh menjerit sambil melangkah keluar. Datin Ifa menurut langkahnya Laila.

Laila terus melangkah keluar, jeritan ibunya tidak lagi dihiraukan. Hatinya panas! Geram dengan nasib mereka. Ditinggalkan tanpa harta. Mungkin dia perlu mencari hartanya sendiri. Dan mungkin ibunya perlu diketepikan.

Dia menjerit geram di dalam hati. geram dengan nasib buruk yang menimpanya.

*******

Lu'lu' turun ke bawah malam itu. Dia ke meja makan, dan diperhatikan susunan pinggan mangkuk di atas meja.

“Mak Min..”

Mak Min keluar terkocoh-kocoh dari dapur.

“kenapa Lu'lu'?”

Lu'lu' mengarahkan matanya ke meja.

“ada tetamu ke? Kenapa pinggan makan ada 4?”

Mak Min diam.

“haah..” lambat dia menjawab.

“siapa?”

“Marjan…”

Lu'lu' tidak membalas. Wajahnya berubah.

“kenapa dia ada lagi kat rumah ni?” suaranya tegas, tapi tidak kuat.

“Lu'lu'.. Mak Min kesiankan dia..”

Lu'lu' merenung Mak Min dengan pandangan hairan.

“Mak Min percaya cakap dia? Dia dah bomohkan Mak Min ke apa?!” sinis suaranya.

“Lu'lu'. Walau macam mana pun, dia tetap orang yang arwah dato percaya. Mak Min rasa dia cakap benar. Kalau tak, dia takkan kembali ke sini. Sebab dia tak bersalah, dia balik ke sini. Lu'lu' masih rasa dia bersalah?”

Lu'lu' terdiam.

“dia tetap bersalah pada Lu'lu'..” Lu'lu' menegaskan.

“buang satu pinggan ni. Kalau dia nak makan, makan di luar..” tanpa sedarnya, Lu'lu' terus berkata-kata.

Lu'lu' meliarkan matanya, namun kelibat Marjan tidak kelihatan. Hendak bertanya, malu. Akhirnya, dia memutuskan untuk naik ke atas semula sebelum tiba masa makan malam.

Dan setengah jam kemudian, dia turun semula dan mendapati pinggan di atas meja Cuma tinggal 3 biji. Dia tertanya-tanya sendiri. Di mana Marjan akan makan?

Mak Min sudah menyenduk nasi. Dia kemudiannya mengambil sebiji pinggan lagi dari dapur. Pinggan itu diisi dengan nasi dan lauk pauk. Apabila Mak Min mahu berlalu, Lu'lu' pantas menahan.

“Mak Min nak ke mana?”

Mak Min dan Pak Mat berpandangan.

“ke dapur. Marjan di luar dapur..”

Lu'lu' terdiam mendengar jawapan itu.

Apabila Lu'lu' tidak berkata apa-apa lagi, Mak Min pantas berlalu.

Beberapa ketika kemudian, Mak Min kembali ke ruang makan dan mengambil tempatnya di kiri Lu'lu'.

Mereka makan dalam sepi. Cuma bunyi kunyahan saja yang kedengaran. Tiba-tiba…

“Mak Min! sedaplah lauk ni! Tambahkan nasi boleh?”

Mak Min dan Pak Mat berpandangan sesama sendiri. Lu'lu' duduk tegak. Wajahnya jelas tidak senang dengan gangguan itu.

Mak Min mahu bangun apabila Lu'lu' menahannya.

“jangan! Biarkan dia.” Lu'lu' menghalang.

Mak Min duduk kembali dengan ragu-ragu.

“tapi, dia nak tambah..”

Lu'lu' membesarkan matanya, geram.

“biar dia ambik sendiri.” Sengaja suaranya dikuatkan.

“tapi, kan Lu'lu' tak nak tengok muka dia?” Mak Min memulangkan paku buah keras.

Lu'lu' terdiam, mengetap bibir.

“Mak Min!!” laungan itu kedengaran lagi.

Lu'lu' hilang sabar.

“ish! Diamlah!”

“tapi saya lapar!” orangnya tak kelihatan. Suaranya saja kedengaran.

“dah makan sepinggan cukuplah!” marah Lu'lu' lagi.

Pak Mat dan Mak Min menahan tawa.

“mana boleh! Saya kan kerja kuat jaga awak!”

“bila saya suruh awak jaga saya??”

“selalu je..”

“masuk ambil sendirilah!” akhirnya terlepas juga ayat itu.

“betul?”

Lu'lu' mahu membalas, namun tidak jadi. Merah padam wajahnya. Nasinya pun tidak bersuap.

“kalau awak bagi saya masuk, maknanya awak maafkan saya..”

Lu'lu' merengus perlahan. Geram betul!

“apa-apa je lah. Hilang selera saya!” Lu'lu' bingkas mahu bangun apabila Mak Min menahannya.

“Lu'lu', janganlah macam tu. tak baik bergaduh depan rezeki..” pujuk Mak Min.

Lu'lu' tidak jadi berdiri.

“Mak Min pergi dapur kejap ye..”

Lu'lu' tidak membalas. Dia menyuap dengan wajah yang masam.

Mak Min bangun dan menghilang ke dalam dapur. Dia kembali dengan pinggan yang bersisa nasi sedikit dan ditambahkan nasi dan lauk-pauk sebelum dia menghilang sekali lagi ke dapur.

Dan mereka makan dalam keadaan senyap selepas itu. Lu'lu' terus naik ke atas selepas makan.

Apabila jam menunjukkan pukul 10, Mak Min naik ke biliknya.

“Lu'lu', tak apa ke Marjan tidur di rumah ni?”

Lu'lu' mengerling Mak Min sekilas.

“tapi jangan risau, dia tidur kat luar. Mak Min tidur dulu ya..” Mak Min terus keluar tanpa menanti balasan Lu'lu'.

Lu'lu' menggigit bibir. Tidur luar?

Mak Min ni kenapa suruh dia tidur luar? Ish! Ah, mesti dah bagi selimut kot ye pun…

Jam sebelas malam. Hujan renyai di luar rumah membuatkan Lu'lu' sukar untuk melelapkan mata. Teringatkan Marjan. Dalam dia mengelamun di sebalik selimut tebalnya, dia terdengar sesuatu.

“Mak Min.. Mak Min.. saya nak selimut.. sejuk ni..” Lu'lu' membuka matanya luas. Sayup-sayup suara itu menampar cuping telinganya.

Mak Min tak bagi selimut dekat Marjan?

Lu'lu' keluar dari bungkusan selimut tebalnya ke tingkap.

“Mak Min, saya sejuk….” Suara itu kedengaran menggigil.

Lu'lu' menggigit bibir.

Resah. Kenapa Mak Min tak bagi selimut? Mak Min tak dengar ke dia panggil tu? yang pergi kunci pintu rumah tu kenapa?

Macam-macam yang bermain di fikirannya.

“Mak Min…” suara itu semakin perlahan.

Lu'lu' mundar-mandir, resah. Mana Mak Min?! tidur mati ke apa??

“Mak Min, tolong saya, sejuk ni..” suara itu merayu lagi.

Lu'lu' membuka pintu almari.

Tak boleh jadi ni. Dikeluarkan selimut tebal dari almarinya.

Dia pantas keluar dari biliknya, menuruni tangga satu persatu.

Tidak dia sedar saat dia melangkah laju menuju ke pintu, ada yang memerhatikan langkahnya dengan senyum nipis. Mak Min dan Pak Mat bersorak sendiri. Rancangan mereka menjadi.

Pintu kayu itu dibuka. Lu'lu' melihat sekeliling. Mencari Marjan.

“Marjan!” tiada jawapan.

“Marjan! Mana awak??”

Sepi. Cuma kedengaran rintik hujan yang membasahi bumi. Lu'lu' mula gelabah.

Selimut tebal di tangannya dilepaskan begitu saja. Dia berlari ke depan rumah, di tempat letak kereta, mengharapkan kelibat itu akan kelihatan.

Hampa.

“Marjan!”

Dia berlari di dalam renyai ke gazebo pula.

“Marjan!” suaranya kelegaan apabila dia melihat Marjan di situ.

“awak?”

“awak..tadi..saya dengar..”

“apa?” keadaan Marjan tidak menunjukkan dia kesejukan, atau kesakitan. Biasa saja.

Lu'lu' keliru. Marjan tersenyum nipis.

“kenapa awak keluar?”

“s-saya…”

“awak risaukan saya kan?”

Tiada jawapan.

“Lu'lu', saya tau jauh di sudut hati awak, awak tak nak saya pergi kan?”

Diam lagi. Cuma bola matanya saja bergerak-gerak. Bibirnya kelu.

“saya pun tak nak pergi, sebab hati saya di sini, dengan awak..” Marjan bingkas, menghampiri Lu'lu', sehingga jarak antara mereka Cuma tinggal dua kaki.

Sepi.

“maafkan saya?” mata mereka bertentangan lama.

Air matanya sudah bergenang. Dia tewas. Tewas dengan perasaannya sendiri.

Lu'lu' berpaling ke arah lain, dikesat pipinya kasar.

“awak tipu!”

“saya terpaksa! Ada sebab saya menipu, tapi bukan sebab yang awak fikirkan..”

“sebab apa?” dia menentang mata Marjan.

Matanya berkaca.

“Lu'lu', saya sedar saya tak boleh tinggalkan awak, saya nak teruskan hidup dengan awak. memang saya boleh hidup tanpa awak, tapi saya takkan lengkap tanpa awak. sebab saya pergi, saya memang balik kampong. Demi Allah, saya tak bohong awak. saya memang balik kampong.” Ujar Marjan yakin.

Lu'lu' menentang wajah itu lama, cuba mencari kebenaran di wajah itu.

“maafkan saya?”

Lu'lu' menunduk seketika. Teresak-esak kecil.

“jangan pergi lagi..”

Marjan tersenyum nipis.

“saya janji, saya takkan pergi mana-mana tanpa awak..”

“jangan tipu, jangan mengelat, kerja betul-betul. Dan jangan mengorat!”

Marjan tergelak kecil.

“baik, bos!” dia menabik Lu'lu'.

Lu'lu' menjeling tajam.

“main-main pulak. Saya serius ni. Kalau sekali lagi awak buat hal.. memang tiada maaf bagimu!”

Wajah Marjan berubah serius.

“ok, ok, saya janji. Saya, T- err, Marjan b Zaharuddin berjanji tidak akan melukakan hati Lu'lu' bt Dato' Safwan sama ada melalui perbuatan, perkataan atau apa bentuk sekalipun. Jika saya melanggar janji ini, maka saya akan menerima sebarang hukuman yang ditentukan oleh Lu'lu'. Ok?”

Lu'lu' angguk, bagai anak kecil.

“boleh saya tidur dalam rumah?” soal Marjan.

Lu'lu' mencebik.

“saya tak suruh awak tidur luar pun..”

Marjan kerut dahi.

“Mak Min cakap…” Marjan tidak jadi meneruskan ayatnya.

Dia tersenyum lebar. Fahamlah dia. Mak Min sengaja mahu mengenakan mereka supaya mereka berbaik semula.

Patutlah dia tak bagi aku selimut. Marjan menggeleng.

“Mak Min, Mak Min..”

Lu'lu' pelik. Air matanya sudah kering.

“kenapa dengan Mak Min?”

Marjan geleng.

“jomlah, sejuk ni. Saya dah tak tahan. Kang esok demam, susah awak tak ada driver.”

Lu'lu' mencebik. Mereka beriringan ke depan rumah.

“Pak Mat kan ada..”

“hah, yelah tu. saya yang akan hantar awak. biar Pak Mat rehat..”

“eleh, rasa bersalah la tu..”

Marjan berhenti melangkah. Dia berdiri di hadapan Lu'lu' yang turut kaku, memaksa Lu'lu' menatap matanya. Hujan renyai tidak menghalang kedua mereka dari berdiri di situ. Berbumbungkan langit kelam.

“saya minta maaf sebab menyakitkan hati awak, merisaukan awak, dan buat awak sedih selama ni. Sungguh saya tak berniat nak melukakan hati awak. luahan hati saya tadi, semuanya betul, dan tulus ikhlas dari hati saya. Tak ada yang salah. Tak ada yang tipu. Awak dah curi hati saya..”

Lu'lu' tergamam, dia menunduk seketika.

“kalau boleh, saya nak awak bersama saya menghadapi masa depan, apa jua yang akan mendatang. Kita sama-sama hadapinya. Kesusahan awak, kesusahan saya jugak. Dan saya berjanji..”

Marjan berhenti seketika, membuatkan Lu'lu' mendongak kembali.

“kalau betul papa awak mati dibunuh, saya akan cari pembunuh dia sampai dapat. Dato' Safwan orang baik, dan dia tak patut mati tanpa pembelaan. Saya berjanji dengan awak, saya akan dapatkan keadilan untuk papa awak..”

Lu'lu' terkedu. Terharu, perasaannya bercampur baur. Air matanya bergenang lagi.

“jangan menangis lagi..saya rasa dah cukup awak menangis selama ni. Jangan menangis ya..”

Lu'lu' menyeka air matanya pantas. Dia tersenyum dalam sendu.

“thanks Marjan, for everything..”

Marjan turut tersenyum.

“jom masuk..”

Mereka beriringan ke dalam rumah. Sebaik mereka masuk, mereka dapat mendengar pintu bilik ditutup.

Marjan senyum nipis.

“Mak Min tak tidur lagi?” soal Lu'lu' pelik.

Marjan geleng.

“buat tak tau je. Dah, pergilah tidur..”

Lu'lu' angguk. Dia ke tangga, dan dipanjat anak tangga satu persatu. Dengan Marjan bersamanya, dia pasti dia akan dapat menempuh hari yang bakal mendatang dengan lebih baik.

Perasaan Lu'lu' semakin mekar. Marjan, saya sayang awak..