About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Monday, June 1, 2009

Kira Ayumi 22

Kira memandu keretanya perlahan memasuki perkarangan rumah Hafiz. Dia mahu bertemu Dato' Syafie sebelum Hafiz pulang. Dato' Syafie perlu diberitahu tentang semuanya demi menyimpan rahsia Kira. harapannya Cuma Dato' Syafie akan memahaminya.

Pertemuan dengan Hafiz sebentar tadi meninggalkan kesan yang cukup mendalam biar mereka bertemu sekejap Cuma. Dia tahu dia telah mengguris hati Hafiz namun Kira sedar dia tiada pilihan. Mungkin itu yang terbaik untuk semua. Untuk Syafni, Hafiz, dan Iman. Mungkin juga Dato' Syafie.

Kira menjeling kereta Toyota Vios milik Falah. Dia tahu Falah ada sekarang kerana rawatan kaki Dato' Syafie. Kali terakhir mereka bertemu, Dato' Syafie sudah boleh berjalan setapak dua dengan bantuan tongkat. Mungkin hari ini sudah banyak perkembangan. Kira memanjat syukur.

Kira keluar dari kereta, melangkah lemah masuk ke dalam rumah. Bimbang dan gundah. Apa kata dato nanti?

Pintu dikuak setelah salam diberi dan pintu diketuk.

Matanya jatuh pada Dato' Syafie dan Falah yang sedang bersembang di ruang tamu. Kira menghampiri, melabuhkan punggung di sofa, berhadapan dengan Falah dan Dato' Syafie.
Mereka bertukar senyum.

‘Kira dari mana?’ Tanya Dato' Syafie mesra. Kini, tidak dapat dinafikan kasihnya tumpah pada Kira sejak ketiadaan Hafiz. Kira tersenyum tawar.

‘dari pejabat.’ Bohong Kira. belum masanya lagi dia mahu bercerita. Falah menegakkan duduknya. Bersedia mahu bangun.

‘oklah, pakcik. Saya balik dulu. Malam ni on-call pulak. Ok, Kira. assalamualaikum.’ Falah bingkas lalu pergi meninggalkan Kira dan Dato' Syafie. Mereka menghantar Falah keluar dengan pandangan mata.

Sepi seketika. Kelu lidah Kira, mahu memulakan.

‘pakcik sihat?’ Dato' Syafie tersenyum.

‘macam nilah Kira. nak kata sihat pun ya jugak, tak sihat pun boleh jugak. Eh, jom, kita minum kat luar.’ Ajak Dato' Syafie. Kira mengangguk setuju.

Dia bingkas, mahu menghulurkan bantuan kepada Dato' Syafie yang bersusah payah mahu berdiri namun ditolak lembut.

‘tak apa, biar pakcik cuba dulu.’ Pinta Dato' Syafie. Kira ragu-ragu mahu mematuhi permintaan itu, tapi memikirkan ada baiknya begitu, dia meminggir sedikit.

‘Siti, bawa air ke luar.’ Arah Dato' Syafie, dan kedengaran suara Siti berteriak dari dapur tanda dia mendengar arahan itu.

Dato' Syafie sudah mampu berdiri tegak, dan tongkat dua kakinya dipegang kuat. Setapak-setapak dia melangkah, dan Kira bersedia di belakang sekiranya ada kejadian tidak diingini berlaku.

Namun hatinya memanjat syukur apabila Dato' Syafie Berjaya keluar rumah sendiri, Cuma dengan bantuan tongkat.

‘wah, pakcik dah boleh jalan. Baguslah. Saya bangga dengan pakcik.’ Ujar Kira gembira. Lupa sebentar dia pada berita duka yang dia akan sampaikan sebentar nanti.

Mereka beriringan ke bangku batu di halaman. Mereka duduk berhadapan, dan tongkat Dato' Syafie dibiarkan di sebelahnya.

‘hmm, pakcik pun tak sangka pakcik akan berjalan balik. Semua ni dengan bantuan Kira. Kira, kerana kamu pakcik gembira semula. Terima kasih ya.’ Ucap Dato' Syafie. Kira terharu mendengar ucapan itu.

Jika 5 tahun dahulu, suara itu hanya mahu mengugut dan berbicara kasar, kini suara yang sama juga berterima kasih padanya. Kasih sayang Tuhan memang tidak terbatas.

‘tak apa-apa lah pakcik.’ Kira merendah diri.

Dia menunduk seketika. Teringat pada tujuan utamanya ke mari.
Dato' Syafie yang perasan wajah Kira tidak seceria selalu bertekad mahu bertanya.

‘Kira, ada masalah ke? Pakcik tengok Kira murung je sejak sampai tadi?’ Kira mengangkat mukanya, mengukir senyum yang jelas tawar.

‘tak ada apa-apa.’ Siti datang membawa air dan kuih karipap, menghentikan bicara Kira sebentar.

Setelah siti berlalu, Kira menelan liur.

‘pakcik, sebenarnya, Kira ada berita untuk pakcik.’ Kira memulakan. Menatap wajah awal 50-an yang ternanti-nanti bicaranya.

‘berita baik ke buruk?’ Tanya Dato' Syafie. Kira terdiam. Macam tau-tau je ada berita baik buruk. Susahnya!

‘erm, dua-dua kot?’ Kira menatap wajah Dato' Syafie yang setia menanti.

‘apa dia? Cakaplah.’ Dato' Syafie meneguk tehnya seteguk dua.

‘Hafiz, dia akan pulang. Saya dah jumpa dia.’ Beritahu Kira. pandangan Dato' Syafie bercahaya mendengar berita itu.

‘betul cakap kamu ni? Hafiz dah kembali? Dia kat mana sekarang? Kenapa dia tak balik hari ni je?’ bertubi-tubi pertanyaan keluar dari mulut itu.

Kira senyum nipis. Berita gembira dah lepas. Berita buruk pulak?

‘dia perlu ambil masa sikit. Sebenarnya, saya jumpa dia tadi.’ Beritahu Kira lagi.

‘laa, kenapa tak bawak dia balik terus?’ tingkah Dato' Syafie, nada kebapaannya terserlah. Kira menunduk.

‘dato, sebenarnya, kami takkan bersama lagi. Antara kami dah tak ada apa-apa.’ Lambat-lambat Kira meluahkan perkataan-perkataan itu.

Dato' Syafie terdiam. Cahaya di matanya mula pudar, berganti sayu.

‘Kira, sebab pakcik ke kamu marahkan Hafiz?’ Dato' Syafie bersuara sayu. Kira pantas menggeleng.

‘pakcik, pakcik tak ada kena-mengena dengan apa yang terjadi antara kami. Betul.’ Ujar Kira, meyakinkan Dato' Syafie.

‘habis, kenapa kamu dan dia nak berpisah? Kamu dah tak sayangkan Hafiz?’ terus sahaja soalan itu terkeluar dari mulut Dato' Syafie, membuatkan lidah Kira kelu.

‘pakcik, saya, sebenarnya, saya dah ada orang lain. Pakcik tak kenal kot. Tapi dulu dia sekolej dengan saya dan Hafiz jugak. Iman namanya. Saya, sukakan dia.’ Beritahu Kira lambat-lambat. Akhirnya, terluah juga semuanya. Pembohongan semata.
Dato' Syafie menunduk, bermain dengan cawan tehnya. Rasa bersalah mula menebal di dada Kira.

Kira mengemaskan duduknya.

‘Kira, tapi dulu, kamu keluar kolej kerana pakcik. Dan pakcik tau, kamu sayangkan Hafiz. Kenapa boleh jadi macam ni?’ tingkah Dato' Syafie lagi. Dia benar-benar tidak dapat menerima kenyataan yang satu ini. Dia mahu Kira menjadi penyeri rumah ini, bukan orang lain, Cuma Kira.

Kira senyum nipis.

‘pakcik, tu kisah lama. Perasaan berubah pakcik. Perasaan saya dah berubah.’ Jawab Kira, tegas dan yakin.

‘tapi Hafiz masih sayangkan kamu. Kalau tak dia takkan marah pakcik.’ Dato' Syafie masih tidak berputus asa. Dia mahu Kira menarik balik kenyataan Kira tadi. Dia mahu Kira kembali bersama Hafiz.

‘pakcik. Hafiz tak marahkan pakcik sekarang sebab saya dah tipu dia yang pakcik tak buat apa-apa pada saya. Saya keluar kolej atas kerelaan saya sendiri. Dia tak tau pakcik. Dan dia dah percaya cakap saya.’ Tambah Kira lagi. Dato' Syafie merenung Kira dengan pandangan yang tidak pasti.

‘dia percaya?’ Kira mengangguk.

‘Kira, betul ini yang kamu mahu?’ Tanya Dato' Syafie lagi. Masih cuba membuat Kira mengubah keputusannya.

‘ya pakcik. Saya minta maaf, saya tak dapat tunaikan permintaan pakcik. Tapi pakcik jangan risau. Mungkin orang yang akan menggantikan saya juga baik orangnya. Pakcik akan jumpa dia juga nanti.’ Ujar Kira yakin, merujuk kepada Syafni.

‘kamu dah jumpa dia? Hafiz suka dia?’ Kira menunduk.

‘dia kawan saya, Syafni.’

‘Syafni? yang ibu bapanya bercerai tu?’ ingatannnya kembali ke 5 tahun lalu. Perisitwa di pejabat dekan.

‘hmm, dia yang menjaga Hafiz selama ni. Pakcik, dia baik orangnya. Saya harap pakcik dapat terima dia nanti.’

‘tapi Hafiz sukakan dia ke tidak?’ tingkah Dato' Syafie. Kira menelan liur.

‘belum lagi tapi dia akan menyukai Syafni. dia amat menyayangi Hafiz, dan saya percaya Hafiz akan sedar juga satu hari nanti.’ Tambah Kira lagi, suaranya tenang dan yakin. Tidak melambangkan hatinya yang bergolak.

‘Kira, maafkan pakcik. Kalau pakcik sedar yang Hafiz menyayangi seseorang seperti kamu dulu, mungkin Hafiz dan kamu takkan jadi begini sekarang.’ Sayu suara Dato' Syafie. Jelas dia menyesali tindakannya dahulu.

‘pakcik, jangan cakap macam tu. Tak baik mengenang kisah lama macam tu. Yang dah lepas kita biarkan berlalu. Sekarang, kita hadapi semuanya sebaik mungkin. Saya tau pakcik dah berubah, dan saya tak menyesal semua ni terjadi, kerana saya dah dapat seorang pakcik yang amat baik.’ Puji Kira. Dato' Syafie senyum sumbing.

Dia tidak termakan dengan bicara Kira. sesalan masih ada. Akan menghantuinya sampai satu masa yang dia sendiri tidak pasti.

‘kamu akan datang ke sini lagi kan?’ Dato' Syafie meluahkan harapannya. Kira mengangguk sedang dia sendiri tidak pasti, tegakah dia datang lagi jika Hafiz sudah kembali menjadi penghuni rumah ini?

‘insyaAllah, saya tetap akan datang melawat pakcik jika ada kelapangan.’ Kira memberi harapan.

‘pakcik sayangkan kamu, dah macam anak pakcik sendiri. Tapi pakcik sedar, perasaan kita tak boleh dipaksa-paksa. Pakcik memang mahukan kamu menjadi suri di rumah ini di samping Hafiz, tapi semua tu mungkin takkan jadi kenyataan sekarang memandangkan kamu dah mempunyai pilihan hati yang lain. Selepas ni, pakcik takkan halang pilihan Hafiz, dan jika dia mahukan Syafni, pun pakcik takkan haling kerana pakcik dah bertekad mahu berikan kebahagiaan kepada Hafiz. Pakcik akan turut kemahuan dia. Pakcik berjanji dengan kamu.’ Kira terdiam. Begitu besar kedudukannya di mata Dato'
Syafie sekarang.

Kira tersenyum nipis.

‘pakcik, saya percaya dengan pakcik. Dan saya tau, pakcik takkan sia-siakan Hafiz lagi. Pakcik jangan bimbang, kalau pakcik perlukan saya, pakcik telefon saya, ok? Saya akan datang kalau tak ada apa-apa halangan. Cuma saya nak pakcik tahu, walaupun saya dan Hafiz tak lagi bersama, saya masih Kira yang dulu. Dan saya juga mahu pakcik kekal menjadi pakcik yang sekarang, boleh?’ pinta Kira.

‘boleh, pakcik boleh berjanji dengan kamu.’ Ujar Dato' Syafie yakin.

‘pakcik, saya nak pakcik janji dengan saya satu perkara.’ Tutur Kira, perlahan. Berkerut dahi Dato' Syafie.

‘apa dia? Cakaplah.’
Kira menelan liur.

‘pakcik tolong jangan beritahu Hafiz apa sebenarnya yang berlaku 5 tahun lepas antara kita, boleh? Syafni sekali. Saya tak nak diorang tahu kisah sebenar. Kalau tak, susah saya nak lari dari mereka nanti.’ Pinta Kira. Dato' Syafie menarik nafas dalam.

‘Kira, betul kamu tak sayangkan Hafiz lagi?’ Kira mengangguk pantas. Wajahnya tenang dan yakin.

‘saya minta maaf pakcik. Tak ada apa lagi yang saya boleh buat tentang ni. Tapi pakcik janji ya, jangan beritahu apa-apa pun pasal hal dulu, ok?’ Dato' Syafie melepaskan keluhan panjang.

‘baiklah, pakcik janji.’ Kira tersenyum lega. Berharap Dato' Syafie memegang janjinya.

2 comments:

  1. alahai
    you're such an angel kira :)

    ReplyDelete
  2. baiknye la kira niyh
    tp diri sendiri yg terseksa

    ReplyDelete