Hujung minggu itu, seisi rumah itu menerima tetamu yang agak asing pada Marjan. Dato' Mokhtar. Orangnya tinggi dan tegap. Tengahari itu, sebaik dia pulang dari pasar bersama Mak Min (dia sudah menjadi driver dato hujung minggu ini, entah permintaan siapa dia tidak tahu walaupun hati Marjan kuat mengatakan Lu'lu' punya angkara) sebuah kereta Mercedes hitam sudah tersadai di porch.
Dan apabila dia masuk ke dalam rumah, Dato' Mokhtar bersama seisi keluarga Dato' Safwan sedang bersantai di ruang tamu. Lu'lu' seperti biasa mencuka.
Melihat Marjan masuk ke rumah, Dato' Safwan menggamitnya. Semua mata tertumpu padanya seketika.
Marjan menuju ke ruang tamu, dan matanya sempat menangkap jelingan menyampah Lu'lu'.
‘Marjan, kenalkan, ini Dato' Mokhtar. Abang ipar merangkap rakan niaga saya.’ Marjan angguk faham. Oh, abang Datin Ifa la ni.
Dato' Mokhtar serius wajahnya. Tidak berminat berkenalan dengan Marjan, si driver. Datin Ifa juga turut mencebik. Eh, baru aku perasan. Adik beradik ni semacam la perangai. Sesuai betul. Haha.
‘dah lah bang, kita sembang pasal bisnes pula.’ Datin Ifa mencelah, mengubah topic.
Marjan undur diri perlahan-lahan.
Cis. Ingat aku kisah apa dengan korang? Takpe, takpe, sekarang aku driver. Tengoklah nanti.
Marjan ke dapur, mahu menyibukkan diri dengan Mak Min yang ramah tamah. Sekurang-kurangnya, dia ada teman berbual walaupun Mak Min lah yang bertanggung jawab menjebakkan dia di kolej itu. Marjan mengeluh panjang.
Melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia di situ.
‘bosan ke Marjan?’
Marjan angguk lemah. Kat luar, semua muka serius. Bosan. Macam mana diorang boleh hidup dalam rumah yang tak hidup ni? aku dah mati kutu dah ni.
Mak Min senyum nipis.
‘hmm, macam nilah orang rumah ni sejak surinya bertukar.’ Keluh Mak Min. Macam tau-tau je aku tengah kutuk orang rumah ni.
Tapi, lain macam je bunyinya?
Marjan angkat muka.
‘kenapa Mak Min cakap macam tu?’ diperhatikan Mak Min yang sedang membersihkan ayam yang dibeli tadi. Begitu teliti dan cermat.
Mak Min mengeluh kecil.
‘hmm, sebenarnya, Datin Ifa tu ibu tiri Lu'lu'. Ibu kandung Lu'lu', Puan Maria dah 5 tahun meninggal.’ Marjan terdiam, dia telan liur.
Jadi, Lu'lu' menangis malam tu sebab ibu kandungnya?
Tempikan Lu'lu' malam itu kembali bergema di cuping telinganya.
‘apa yang awak boleh tolong? Apa? Mama dah mati, tak ada apa yang awak boleh tolong! Tak ada siapa boleh tolong saya dan kembalikan mama! Tak ada!’
Marjan melepaskan nafasnya yang tertahan. Patutlah dia mengamuk sakan. Dia dah tak ada ibu kandung. Tapi Laila rileks je?
‘Laila anak Datin Ifa. Dia muda 3 tahun dari Lu'lu'. Dato kahwin dengan Datin Ifa 4 tahun lalu atas sokongan Dato' Mokhtar yang memang dah lama kenal dato.’ Aik, Mak Min ni macam ahli nujum pulak. Tau aje apa aku fikir.
‘oo, patutlah Lu'lu' tu macam tak puas hati je dengan Laila dan Datin Ifa.’ Marjan seolah-olah berbicara seorang. Mak Min yang mendengar senyum tawar.
‘hmm, dia memang tak boleh terima Datin Ifa dan Laila. sejak dato kahwin, macam tulah Lu'lu'. Sebenarnya, Lu'lu' tu baik orangnya. Hormat orang tua. Puan Maria pun baik. Dia tak pernah bezakan Mak Min dan Pak Mat yang Cuma pekerja di sini. Dato' Safwan pun macam tu.’ Well, aku pun boleh Nampak bezanya Dato' Safwan dan Datin Ifa.
Tapi, betul ke Lu'lu' baik?
‘mesti Marjan tak percaya Lu'lu' tu baik kan?’ Marjan terdiam. Bahaya betul Mak Min ni. semua yang aku fikir dia tau!
‘betul Marjan, Lu'lu' tu baik budaknya. Penyayang, macam Puan Maria. Lemah lembut. Tapi dia berubah sejak dato dan datin berkahwin. Dia tak percayakan datin. Dia pernah cakap dengan Mak Min sendiri. Dia memang percaya Datin Ifa tu jahat. Hai, Lu'lu' ni terpengaruh sangat dengan cerita tv. Semua mak tiri jahat. Tapi sebenarnya Datin Ifa tak sejahat tu. Dia kurang mesra saja. Tak macam Puan Maria.’ Kurang mesra? Hmm, memang kenalah istilah tu.
Pak Mat masuk ke dapur, wajahnya tidak senang.
‘Min, apa Min beritahu hal keluarga pada orang luar ni?’ la, orang tua ni kenapa pulak dah?
‘apa pulak orang luarnya bang? Dia kan keluarga kita juga?’ betul Mak Min! Seratus markah!
Pak Mat mendengus kecil. Menjeling Marjan yang beriak selamba. Malas nak masuk campur hal laki bini.
Pak Mat mendekati Mak Min. Aik, nak berbisik pulak?
‘min, kita tak tau lagi dia tu baik ke tak. Dato cepat sangat percaya. Min jangan baik sangat dengan dia. Abang percaya dia ada muslihat untuk masuk rumah ni.’ ya Allah, dia ni ingat aku apa? Dah lah berbisik macam nak bagi satu rumah dengar!
Marjan ketap bibir. Pak Mat menghadiahkan satu lagi jelingan tajam sebelum dia keluar dari dapur.
Marjan bingkas. Aku kena ajar sikit orang tua ni.
‘eh, Marjan, nak ke mana?’ tegur Mak Min.
Nak tamatkan riwayat suami Mak Min!
‘saya nak check kereta kejap.’ Ah, alasan lagi!
Dia pantas keluar dari dapur melintasi ruang tamu. Cuma kedengaran tawa Datin Ifa yang mengekek dan Dato' Mokhtar. Dato' Safwan Cuma senyum nipis. Apa lah yang lucu sangat dua beradik ni? psiko betul.
Lu'lu' dan Laila juga sempat dikerlingnya. Wajah bosan terpampang di seraut wajah Lu'lu'. Laila tiada reaksi. Neutral.
Dia melepasi pintu. Pandangannya liar mencari kelibat Pak Mat.
Oh, kat situ dia. Pak Mat sedang menuju ke gazebo. Marjan menurut langkah Pak Mat.
‘Pak Mat!’ panggil Marjan.
Pak Mat menoleh. Wajah tidak senang masih ada. Gayanya seperti mahu merokok melihatkan sebatang rokok dikeluarkan dari kotak rokok yang kemudiannya dimasukkan ke dalam poket baju.
Marjan menghampiri Pak Mat yang tercangak di situ.
Relaks Marjan. Jangan marah, ingat, pesanan Nabi.
‘saya nak cakap dengan Pak Mat sikit, boleh?’ hah, terimalah mukaddimah aku yang sangat sopan lagi bergaya ni.
Pak Mat kerut dahi. Memalingkan mukanya. Rokok diselit di antara bibir dan dinyalakan. Berkepul-kepul asap berlumba-lumba naik ke udara.
‘apa kau nak?’ langkahnya diteruskan.
Marjan menurut lagi sehingga mereka sudah berada di bawah bumbung gazebo. Marjan turut duduk berhadapan Pak Mat yang masih tidak memandangnya.
Marjan tarik nafas dalam.
‘Pak Mat, boleh saya tau apa yang Pak Mat tak puas hati dengan saya?’ hah, jawab jangan tak jawab soalan cepu perak ni.
Pak Mat mengerling Marjan sekejap. Seperti tidak berminat mahu melayan. Asap rokok dihembus asyik.
‘apahal kau nak tau?’ agak tak menjawab soalan betullah. Ni sah SPM kantoi ni.
‘Pak Mat, saya perasan Pak Mat pandang saya macam ada yang tak kena dengan saya. Jadi saya nak tau apa masalah Pak Mat dengan saya? Kita baru berjumpa tapi kenapa Pak Mat macam ada dendam dengan saya? Pak Mat marah saya jadi driver jugak ke? Kalau sebab tu, saya tak kisah Pak Mat. Saya rela duduk rumah jadi tukang kebun je atau apa-apa sajalah. Saya Cuma tak nak pandangan serong Pak Mat. Yelah, saya sedar, saya orang baru kat rumah ni. Pak Mat dah lama dengan dato. Mungkin Pak Mat tak puas hati tiba-tiba dato beri saya kepercayaan yang banyak.’ Hah, panjang lebar ceramah aku.
Pak Mat tidak menjawab sebaliknya dia merenung Marjan tajam. Asap rokok
berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidungnya. Aish, pencemaran alam betul. Mujur aku tak merokok.
‘kau nak tau kenapa aku tak suka kau?’
‘ya. Saya memang nak tau kenapa Pak Mat tak suka saya.’ Tegas Marjan bersuara.
‘sebab aku yakin kau berkomplot dengan budak yang ragut beg dato hari tu untuk membuatkan dato percaya dengan kau dan kau diberi peluang masuk ke dalam rumah ni. dalam erti kata lain, aku yakin kau perbodohkan dato.’ Mak ai, berat tuduhan tu!
Marjan ketawa sinis.
‘Pak Mat, Pak Mat. Jadi Pak Mat mencurigai sayalah sekarang?’
Pak Mat angguk laju.
Marjan ketawa lagi.
‘Pak Mat, Pak Mat ada beritahu dato ke mengenai syak wasangka Pak Mat ni?’
Pak Mat memalingkan mukanya.
‘ada tapi dato tak percaya. Sebab tu aku harus perhatikan kau. Jangan fikir kau boleh perbodohkan dato selagi aku ada, kau tau!’ amaran keras diberikan.
Marjan ketawa lagi. Aduh, sakit perut aku! Tak tahan aku dengan orang tua ni! aku nak merompak Dato' Safwan? Harta aku lagi melimpah ruah tak terkira la! Setakat harta dato ni aku tak hairanla!
‘Pak Mat ni buat lawak la! Saya tak sangka Pak Mat fikir saya macam tu! Pak Mat, Pak Mat ingat saya ni sebodoh tu ke? Kalau betullah syak Pak Mat tu, Pak Mat ingat saya nak tunggu lama macam ni ke untuk merompak satu rumah ni? dah dua minggu saya kat sini Pak Mat. Lagipun, dalam rumah ni ada singa betina Pak Mat. Kalau betul saya nak aniaya orang rumah ni, saya tak tunggu lama la Pak Mat.’ Apa entah orang tua ni. haha, buat lawak di hujung minggu betul!
Pak Mat ketap bibir. Geram tengok Marjan yang ketawa sampai sakit perut.
‘hmm, tak apa lah Pak Mat. Saya maafkan Pak Mat. Pak Mat tunggulah saya rompak rumah ni ya. Oh, jangan risau. Saya nak rompak nanti saya beritahu semua orang. jangan risau.’ Marjan beredar dalam tawa yang masih bersisa.
Langkahnya terhenti, tawanya mati melihat Lu'lu' yang berdiri kaku di pintu. Larilah tu.
Seperti biasa, dia dihadiahkan jelingan tajam.
Marjan meneruskan langkahnya, tidak menghiraukan Lu'lu' yang memeluk tubuh, masam mencuka.
‘hei kau.’
Marjan berhenti mendengar suara itu. Menoleh ke Lu'lu'.
‘ya cik Lu'lu', cik Lu'lu' nak apa?’ sinis Marjan bersuara.
Terlupa seketika dia perihal arwah Puan Maria, ibu kandung Lu'lu'.
Lu'lu' melepaskan keluhan panjang.
‘aku nak keluar.’ Marjan terdiam.
Menghampiri Lu'lu', berhadapan dengannya.
‘nak ke mana?’
‘eh, aku punya sukalah nak ke mana.’ Marah Lu'lu'.
Marjan jungkit bahu.
‘tapi kan sekarang saya driver dato? Cik Lu'lu' silalah panggil Pak Mat ya. Saya masuk dulu.’ Selamba Marjan berbicara. Meneruskan langkahnya. Bersiul kecil.
Hah, baru padan muka kau.
Lu'lu' berpaling pantas, mengetap bibir. Panas hatinya mendengar bicara sinis Marjan.
‘hei, aku anak dato! Kau driver aku! Kau kena dengar arahan aku!’ Marjan berpaling bersama senyum sinis mendengar herdikan Lu'lu'.
‘tapi cik Lu'lu', sekarang saya di bawah arahan dato. Saya bukan lagi driver rasmi cik Lu'lu'. Saya minta maaf, saya tak berani langgar arahan dato.’ Marjan berpusing kembali.
Kita tengok siapa yang kena!
‘aku yang suruh papa tukar driver! Dan aku boleh tukar semula! Puas hati?’ Marjan senyum sendiri.
Berpaling menatap wajah merah padam Lu'lu'.
‘jadi, cik Lu'lu' nak tukar driver semula lah ni?’ Lu'lu' tidak menjawab.
Memalingkan mukanya marah. Haha, baru kau tau langit tinggi rendah!
Marjan mendekat.
‘baiklah cik Lu'lu'. Patik menjunjung perintah. Silakan.’ Bersama gaya sekali dia memberi laluan pada Lu'lu'.
Lu'lu' mendengus kasar, menanti di kereta. Marjan membuka pintu, dan seperti sebelumnya, tiada terima kasih diucapkan.
‘Marjan!’ suara Dato' Safwan memecahkan keheningan suasana.
Marjan menoleh melihat Dato' Safwan di muka pintu.
‘ya dato,’
‘nak ke mana tu?’ manalah aku tau anak kau ni!
‘err, saya tak tau cik Lu'lu'. Dia kata nak keluar.’ Marjan memaklumkan.
Dato' Safwan menggamit Marjan tanda mahu dia datang dekat.
Marjan menghampiri.
‘ada apa dato?’
Dato' Safwan mendekatkan mulutnya ke telinga Marjan.
‘dia yang nak awak bawak dia ke?’
Aik, soalan pelik.
Marjan angguk laju.
‘haah, kenapa dato?’ pelik betul dato ni.
‘oh, tak ada apa-apa. Pergilah, nanti dia marah.’ Marjan angguk faham. Menghampiri kereta semula. Dia masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan kereta meluncur keluar dari pekarangan diperhatikan Dato' Safwan yang tersenyum nipis.
No comments:
Post a Comment