Nisa' mencuci piring di sinki perlahan-lahan. Suara mak teh, mak ngah dan abah di meja makan memeriahkan suasana pagi itu menyambut kedatangan Irfan yang secara tiba-tiba itu. Suara ummi sahaja yang tidak kedengaran. Fazil juga sudah naik. Bosan makan di bawah seorang diri katanya.
“wah, beruntungnya cik Nisa' kita. Cik abang dia yang baru ni lagi handsome dari Daniel.” Pujian mak teh hampir membuatkan Nisa' tersedak. Mujur tidak ada apa di dalam mulutnya.
Nisa' berpaling sedikit, mencuri pandang ke meja. Ops! Irfan juga sedang melihat ke arahnya. Pantas Nisa' memandang ke hadapan kembali.
Cuba menumpukan sepenuh perhatian pada kerjanya walau dia tahu mustahil untuk itu berlaku. Fikirannya terganggu. Apa puncanya? Kehadiran Irfan? Atau, pujian Mak teh? Mungkin juga soalan Fazil sebentar tadi di bawah rumah. Ah, cepat Nisa' menenangkan diri.
“haah la teh. Patutlah Nisa' tinggalkan Daniel.” Sambung mak ngah pula.
Nisa' menelan liur. Tak baiknya mak ngah dan mak teh cakap macam tu. Ada rasa tidak enak di situ.
“tak lah mak ngah, mak teh.” Suara Irfan menjawab membuatkan Nisa' tersentak. Pergerakan tangannya terus terhenti. Ternanti-nanti bicara Irfan.
“Nisa' takkan tinggalkan Daniel sebab saya.” Ringkas balasan Irfan, namun cukup untuk membuatkan mak teh bertanya lagi.
“kenapa pulak macam tu?” mak teh masih mahu mengorek rahsia di sebalik hubungan Daniel dan Nisa' yang tidak menjadi.
Dengan Nisa' tak dapat, dengan Irfan pun boleh la.
Nisa' menahan debaran sendiri. Air paip yang mengalir masih mengalir, tanpa disedarinya. Namun tangannya sudah terletak elok di bahu sinki. Tidak lagi bergerak.
“sebab Nisa' tinggalkan Daniel demi Hana. Demi anak yang diamanahkan pada dia. Demi Hana juga, sebenarnya Nisa' dah hadapi macam-macam rintangan. Semuanya demi Hana. Mana mungkin Nisa' akan tinggalkan Daniel hanya kerana saya.” Nisa' menarik nafas dalam.
Bicara Irfan, apa ertinya? Jangan Irfan terlepas cakap tentang rancangan mereka. Nisa' tidak mahu itu terjadi. Tidak sekarang. Sebelum Hana menjadi anaknya sepenuhnya.
Tetapi Nisa' merasakan sesuatu di situ. Sesuatu yang lain dalam nada Irfan berbicara. Kesal? Sindiran? Atau, kesedihan? Benar, Nisa' takkan tinggalkan Daniel jika bukan kerana Hana. Amat mustahil pula Nisa' dan Daniel berpisah kerana Irfan yang baru sahaja muncul di dalam hidup mereka. Seawal kemunculan Hana.
“habis, kamu pulak, nakkan Nisa' kenapa? mak teh bukan apa, mak teh ni pelik sebenarnya. Macam cepat sangat. Hari tu, dengan Daniel dah nak bertunang. Tapi bukan main lama lagi nak bertunang. Alih-alih, Nisa' bertunang dengan orang lain. Kenduri pun sebulan dua je lagi. Itu yang mak teh pelik tu.” Lancang saja mak teh menyuarakan suara hatinya.
Kedengaran abah berdehem perlahan sebaik habis mak teh berbicara.
“teh, dah lah tu. Hal budak-budak. Lagipun, perkara baik tak elok dilambat-lambatkan.” Abah mencelah seraya mematikan suara yang lain.
Bila abah sudah bersuara, susah yang lain mahu membantah.
“tak apa, abah. Izinkan saya menjawab persoalan mak teh, boleh? Dan saya percaya, pasti yang lain juga tertanya-tanya tentang hal tu sedang saya dan Nisa', baru sangat berjumpa.” Suara Irfan kedengaran lagi.
Abah terdiam, ummi kaku di duduknya, seraya tadi menjadi pendengar setia. Fazil sudah pastinya berminat mahu tahu.
Sepi seketika.
Nisa' masih menanti penuh debar.
“baiklah. Abah harap, lepas ni, tak ada sesiapa yang akan timbulkan hal ni lagi.” Abah menegaskan.
Mak ngah terkulat-kulat, mak teh mula tidak senang duduk. Sedar adik iparnya itu tidak berapa senang dengan situasi itu.
“memang saya dan Nisa' baru sangat berjumpa. Tapi, saya rasa, mak ngah dan mak teh belum tahu, yang saya ni sebenarnya duda. Isteri saya meninggal setahun lepas.”
Abah menunduk, ummi tetap kaku, mak ngah, mak teh dan Fazil melopong.
“la, ye ke?” suara mak ngah tidak percaya.
Irfan tersenyum nipis.
Dia tahu Nisa' mendengar kerana Nisa' sedari tadi kaku di depan sinki. Sedang pili masih belum ditutup.
Dia mahu Nisa' mendengar. Namun dapatkah Nisa' menafsirkan kata-katanya kelak seperti yang dia mahukan?
“isteri saya mengandung semasa dia meninggal. 7 bulan. Saya sebabkan kemalangan yang mengorbankan isteri saya.” Sambung Irfan lagi.
“saya memang menyesal tak sudah dengan apa yang berlaku. Hidup saya gelap. Sampailah satu hari, saya jumpa Hana. Hana yang sudah menjadi yatim piatu. Hana yang seakan-akan memanggil saya supaya memegangnya.”
Irfan menelan liur, dihela nafas dalam. Nisa' bertambah kaku. Lakonan Irfan kali ini, agak melampau. Bagaimana kalau dia terlepas cakap? Nisa' resah sendiri.
“saya dapat tau, Hana dijaga oleh Nisa', yang merupakan seorang yang belum berkahwin. Masa tu, Daniel masih bersama Nisa'.” Sambung Irfan lagi.
“saya kagumi Nisa', dan saya amat menyanjung tindakannya menjaga Hana yang langsung tiada pertalian darah dengannya. Bila saya dapat tau, Nisa' dan Daniel dah berpisah, saya resah sendiri. Apa akan jadi pada Nisa' dan Hana, tanpa seorang lelaki bergelar suami dan ayah di sisi?”
Nisa' menggenggam bahu sinki kuat. Menanti butir bicara Irfan seterusnya.
“kerana itulah saya nekad menyuarakan hasrat untuk menyunting Nisa', dan Hana, supaya saya dapat menaungi mereka, dan menjadi seorang suami dan ayah, seperti yang sepatutnya saya kini, jika isteri saya tak pergi dulu.”
Nisa' menghela nafas lega. Irfan mereka cerita yang sangat bagus. Tangannya kembali bermain air dan sabun. Menyambung kerjanya yang terhenti namun telinganya masih dipasang.
“tapi itu tak bermakna saya tak mempunyai perasaan yang sepatutnya ada pada mereka yang bakal bersatu di alam perkahwinan. Saya sayangkan Hana, saya cintakan Nisa'. Sebab tulah saya di sini. kerana cinta dan kasih saya pada keduanya.”
Prang!
“Nisa'!” semua mata tertumpu pada bunyi itu. Namun Irfan lebih pantas.
Dia sudah berdiri di sisi Nisa'.
“awak ok ke?”
“hah? Oh, ok. Tak, terlepas, licin tadi.” Nisa' beralasan. Resah apabila Irfan berdiri begitu hampir dengannya.
Abah sudah menggeleng.
“hai, kamu ni Nisa', sekarang kamu tu berdarah manis. Berhati-hatilah sikit.” Tegur abah.
Ummi ikut menggeleng dan mengeluh panjang.
“hmm, ummi naik dulu.” Ummi sudah bingkas.
Mak ngah dan mak teh turut bangun. Fazil turut bangun apabila Haji Bustaman menahannya.
“kenapa bah?” soal Fazil kehairanan.
“kamu tunggu sini dengan kak Nisa' dan abang Irfan.” Arah Haji Bustaman yang sudah mengangkat punggung.
Fazil menarik muka.
‘Ala, kak Nisa' dengan abang Irfan bukan nak buat apa pun.” Fazil cuba mengelak.
Haji Bustaman menjegilkan matanya.
“mana boleh. Kamu tunggu sini.” muktamad.
Fazil duduk kembali dengan wajah tidak puas hati.
Haji Bustaman sudah menghilang ke atas.
Nisa' sudah membongkok mahu mengutip serpihan piring yang berkecai di atas lantai. Irfan turut membongkok.
“err, awak naiklah dengan Zil.” Arah Nisa'.
Irfan tersenyum nipis.
“tak apa. Saya tolong awak. Lagipun, sebab saya awak terlepas pinggan ni.”
“hah?”
“tak, tak ada apa-apa.”
“Nisa', bunyi apa yang bising-bising tadi?” suara Mala mencelah membuatkan Fazil melompat bangun dari kerusi.
“hah! Kak Mala tunggu sini?”
Mala yang sudah turun ke bawah kebingungan.
“hah?”
Namun cepat dia mengerti melihat Irfan dan Nisa' terbongkok-bongkok mengutip serpihan pinggan.
“ok, ok, pergilah naik.” Fazil menghilangkan diri tanpa menunggu lama.
“Irfan, bila sampai?” Mala menarik kerusi lalu duduk. Matanya tidak lepas dari Nisa' dan Irfan.
“baru je.”
Mala meneguk teh yang dituang ke dalam sebiji cawan kosong.
“oh, must be you who have been calling since early this morning, right?” teka Mala.
“yeah, you’re right.” Irfan sudah berdiri, begitu juga Nisa'.
Irfan membuang serpihan di tangannya ke dalam tong sampah. Diikuti Nisa'.
“Irfan, awak duduklah. Saya nak sapu dan lap kawasan ni lagi.” Arah Nisa' lagi. Dia benar-benar tidak selesa dengan Irfan berdekatannya. Entah kenapa, rasa itu semakin aneh.
“haah, Irfan. Duduklah.” Pelawa Mala yang kini sedang mengunyah pisang goreng.
Irfan mencuci tangan di sinki sebelum mengambil tempat di meja kembali. Bertentangan dengan sinki.
“kenapa awak datang Irfan? Bukan ke majlis semalam?” Mala pula mengorek.
Irfan mengerling Mala sekilas.
“saya nak outstation ke Sabah petang ni.”
“so?” tingkah Mala.
“Nisa', hati-hati, takut ada lagi serpihan tu.” Soalan Mala tidak berjawab.
Nisa' tertegun seketika. Irfan masih memerhatikannya.
“oh, ok.”
Mala mengerling Nisa' dan Irfan bersilih ganti. Cuma dia yang tahu tujuan mereka berkahwin sekarang. Dan Cuma dia mengerti mengapa Irfan mengusulkan cadanagn itu. Biar itu Cuma tekaan mindanya, dia amat yakin tekaannya itu tepat. Irfan memang ada hati dengan Nisa'.
“Irfan,”
“ya, oh, sorry, apa soalan awak tadi?”
“kenapa awak datang sini. nak outstation, so?”
“oh, saya nak jumpa Hana.” Jawapan itu mati di situ.
“tapi Hana kat atas.”
“ha?”
Mala mengunyah lagi.
“mana ada Hana kat sini. Nisa' ada la.” Mala mencucuk lagi.
Nisa' yang memegang penyapu mengerling Mala yang mengelakkan dari melihatnya. Apa pulak Mala nak buat ni?
“err, Hana tidur kan? Nantilah saya jumpa dia.”
Mala masih mengunyah. Tidak peduli dengan Nisa' yang menjelingnya.
“Hana dah bangun. Kat depan, dengan abah dan ummi.” Jawab Mala lagi.
“Hana dah bangun?” serentak Nisa' dan Irfan bertanya.
Mala angguk malas. Hmm, diorang berdua ni memang menyesakkan kepala aku. Dah suka mengaku je, kenapa masih berselindung?
“Irfan, I know you’re here not because of Hana. Right?” bicara Mala seterusnya membuatkan Nisa' menjegilkan matanya.
“Mala!”
“what?” Mala berpura-pura tidak mengerti.
Irfan meneguk tehnya yang masih bersisa. Bingkas.
“err, saya naik atas dulu. Jumpa Hana.” Irfan meminta diri. Kalut.
Sebaik Irfan menghilang ke atas, Nisa' tidak menunggu lama.
“ouch! Sakitlah!” Mala mengusap lengan yang perit akibat cubitan Nisa'.
“padan muka! Kau ni saja kan, nak bagi aku marah?” ujar Nisa' geram. Dia sudah duduk di kerusi Irfan tadi.
Mala mencebik.
“of course not. Aku Cuma nak buktikan teori aku. Tu je.” Selamba balasan Mala.
“what theory miss Mala?”
“theory yang dia buat semua ni not merely because of Hana. But because he loves you!”
Satu lagi cubitan singgah di lengan Mala.
“Nisa'! sakitlah!”
Nisa' mengetap bibir.
“kat sini, teori kau tak laku, ok? Kau ni kan, nak cari pasal pun, tunggulah kat rumah aku. At least, jauh dari keluarga. Kalau pecah rahsia macam mana?” marah Nisa' separuh berbisik.
Mala mencebik lagi.
“Nisa', betul, he loves you!” Mala masih mahu menegaskan.
“no!”
“kalau tak, kenapa dia nak datang sini pagi-pagi buta ni? kau ingat sebab Hana saja ke? Sebab ummi Hana jugak tau!”
“taklah.” Nisa' menepis lagi. Namun kali ini, suaranya tidak seyakin tadi.
“yelah Nisa'.” Mala masih tidak mahu mengalah.
Nisa' menggeleng lagi.
“Mala, dia kan dah ada kekasih. Aku dah jumpa pun orangnya semalam.”
Giliran Mala pula terkejut.
“hah? Dia ada semalam? Kenapa tak cakap dengan aku?”
“sebab aku tak sure jugak.”
“laa, macam mana kau tau tu orangnya?”
Nisa' menggeleng lagi.
“aku Tanya Irfan. Dia tak nak beritahu. Lagipun, that girl nampak rapat dengan ibu Irfan,”
Mala memicingkan matanya.
“bukan dia kot?”
“kalau bukan dia, kenapa Irfan nak berselindung dari aku?”
“ye ke? Dia mengelak ke?”
“hmm, lebih kurang macam tu lah.”
Mala terdiam sejenak.
“lepas dia mengelak kau buat apa?”
“aku terus cakap nak tidur. Malas lah aku nak sibuk bertanya kalau dia tak nak cakap.”
“ye ke?” soal Mala agak kuat.
Nisa' terdorong ke belakang sedikit.
“yelah, takkan tipu kot?” jengkel pula Nisa' dengan bicara Mala begitu.
Mala pula tersenyum lebar tiba-tiba.
“patutlah!”
Nisa' mengerutkan dahinya.
“patutlah dia datang terus pagi ni! dia tak ada cakap nak datang pun kan sebelum ni?”
Nisa' angguk lambat-lambat.
“sebab tu lah dia datang!” Mala terus menerus menyokong kata-katanya sendiri. Membuatkan Nisa' bertambah tertanya-tanya.
“ apa kau cakap ni? tak faham aku!”
Mala tersenyum lagi.
“cik Nisa', cik abang awak tu datang sebab dia risau buah hati dia kecil hati dengan dia semalam!”
“hah?” melopong Nisa'.
haha nisa ni x sedar2 lg ke? hoho (:
ReplyDeletenisa nie lambat pick up ke?hehehe
ReplyDeletedh terang2 irfan suka kat dia..
sambung lagi yer..
haha..
ReplyDeleteirfan confess trg2an lgi..
huhu..tp nisa' still xsdr2..
hailo2..
nisa',,wake up plisss..
cian kat irfan,.hehe..smbung2..
wiwiwiwi..bestlah mala nih.nampak je yg diorg ni ada perasaan tapi masih sorok2 :)
ReplyDeletenisa...nisa....naper la slow sgt..kn ke Irfan dh confess tue???
ReplyDeleteisk...isk...isk...apa pun citer ni mmg best...teruskn ye....x sabar nk tau....
citer ni mmg best...buat novel pun tetap aku beli....lain dr yg lain....sbb aku ade bela ank angkat jgk...tp lelaki....amirul haziq namanya...ibu sayang haziq....
ReplyDeletebesttttttttttttttttttttt sgttttttttttttttt2222222222222222222
ReplyDeletekenapalah nisa ni lemmmmmmmmmmmm????? irfan dah trus terang pun masih blur lagi.... apada..................
ReplyDeleteish..nisa..buat tak tau lak..
ReplyDeletelmbt pick up la..
irfan tu berani betul luahkn perasaan dia
depan parent nisa'.