About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Saturday, October 10, 2009

My Miss Nanny

“apa ni? semua buat kerja tak betul! Dah berapa kali saya kata, dengar arahan betul-betul! Sekarang deadline dah dekat tapi kerja kita makin bertambah! What would you expect me to do, hah?” tempikan Raihana membelah suasana membuatkan yang lain, sama ada yang di dalam atau di luar pejabatnya kecut perut. Yang di luar sudah terintai-intai ke dalam.

Raihana merenung Syafik yang terasa kerdil di hadapannya, pereka iklan yang baru 5 bulan bekerja. Di dalam hati Syafik dia amat berharap dia dapat berhenti kerja serta-merta dari terus berhadapan dengan Raihana yang garangnya mengalahkan singa betina.

Cantik memang cantik. Tapi sikap Raihana menyebabkan tidak ramai yang dapat bertahan dengannya. Satu persatu perekanya cabut lari. Kalau ada yang bertahan pun, Cuma kerana sikap CEO syarikat, Haji Hamidi yang baik hati.

Raihana menghempaskan fail yang baru bertukar tangan sebentar tadi ke atas meja kuat. Membuatkan Syafik tersentak. Bertambah kecut dia di situ.

“take back this crap, and make sure you come back tomorrow with a perfect work! Faham?” jerkah Raihana.

“faham, faham cik Raihana.” Terketar-ketar Syafik menjawab. Suaranya seolah tersangkut di kerongkong.

Syafik mencapai fail tersebut sebelum mengatur langkah pantas keluar dari pejabat itu. Dia tidak betah berlama lagi, berhadapan dengan singa betina itu.

Haji Hamidi yang baru sahaja kembali dari lunch meeting hairan dengan suasana sepi yang melanda pejabat itu. Semua pekerja tekun di meja, tidak seperti selalu, riuh rendah selepas break.

Dia mendekati setiausaha Raihana, Arni, yang tekun menaip sesuatu.

“Arni, kenapa senyap je ni? ada taufan ke tadi?” seloroh Haji Hamidi.

Amat berbeza sikapnya dengan Raihana yang tidak pernah senyum pun dengan pekerjanya.

Arni terjenguk-jenguk ke dalam pejabat Raihana sebelum pandangan diarahkan kembali kepad Haji Hamidi.

“tadi cik Raihana mengamuk lagi.” Seraya berbisik, Arni bercerita.

Haji Hamidi terdiam seraya menggeleng.

“dia marah siapa pulak tadi?”

“Syafik. Pasal design iklan tu la.”

Haji Hamidi terdiam kesal. Lama dia berfikir.

“hmm, dalam lima minit lagi, awak beritahu Raihana, saya nak jumpa dia di pejabat.” Tegas Haji Hamidi berbicara sebelum dia berlalu meninggalkan meja Arni.

****************

“Raihana, saya dengar awak mengamuk dengan Syafik tadi. Apa masalahnya?” soal Haji Hamidi tegas. Dipandang tepat ke dalam mata Raihana.

Raihana merengus perlahan.

“nothing.”

“if it’s nothing, kenapa awak mesti marah dia macam tu sekali? Boleh rationalize dengan saya?”

Raihana diam, tidak membalas. Digaru dahi yang tidak gatal. Bosan.

“berapa kali saya nak cakap, pekerja juga harus dihormati, jangan jatuhkan air muka mereka. Kenapa awak tak faham-faham lagi?”

Masih tiada balasan.

Haji Hamidi melepaskan nafas kesal.

“I’ve decided to give you a long break.”

“what? No, you can’t do that....”

“o yes I can, because I’m your father and the CEO of this company. Selagi Raihana tak reflect yourself and repent you wrongdoings, I won’t let you come back here, is that understood?”

“but papa...”

“that’s final! Awak boleh keluar sekarang.” Serentak dengan itu Haji Hamidi memusingkan kerusinya membelakangi Raihana.

Raihana merengus kasar, tidak puas hati dengan denda yang diterimanya.

Aku nak buat apa kalau tak kerja? Argh! Tension! Benci semua orang! benci!

Setelah pasti Raihana telah keluar, Haji Hamidi mencapai telefon bimbitnya dan didail satu nombor yang sudah dihafalnya.

“hello, Tina, boleh tolong abang tak? call Raihana dalam sejam dua lagi, panggil dia ke tempat Tina. Abang dah bagi long break kat dia, abang nak Tina bagi kerja kat dia di tempat Tina. Biar dia belajar susah sikit. Pandai-pandailah Tina kelentong dia nanti. Ok? Thanks my sis. Ok. Assalamualaikum.” Punat ditekan mematikan talian.

Haji Hamidi menghela nafas dalam. Raihana, berubahlah sayang...

*********

Raihana merenung kosong bangunan dua tingkat di hadapannya. Kedengaran riuh-rendah dari dalam rumah yang bernama Teratak Rahmat itu.

Loceng rumah ditekan.

Raihana memeluk tubuh sementara menanti gate dibuka secara automatic.

“ha, Raihana, masuklah!” jerit Tina dari dalam. Di dalam dukungannya seorang bayi perempuan berusia setahun.

Raihan melangkah malas menuju ke arah makciknya yang berdiri di ambang pintu.

“apa khabar auntie?” tangan dihulur dan bersambut.

“baik, dah lama tak datang kan?”

“hmm, sibuk.”

Tina tersenyum nipis. Dia sudah faham benar perangai anak abangnya yang seorang itu.

“sorrylah, auntie busy sikit lah. Pembantu auntie tak dapat datang hari ni. dia ada hal. So, terpaksalah auntie sorang-sorang jaga budak-budak ni. eh, nak minum pergi ke dapur sendiri ya.”

Raihana tidak menjawab sebaliknya pandangannya jatuh pada sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain kejar-kejar di satu sudut.

Ish, tak de keja betul budak-budak ni. dia merungut sendiri.

Raihana mengatur langkah ke meja makan lalu duduk. Bosan.

Teratak Rahmat ini merupakan sebuah nursery dan tadika. Di bahagian bawah, dijadikan nursery manakala bahagian atas dijadikan tadika. Tina merupakan pemilik Teratak Rahmat. Sudah bertahun-tahun dia mengusahakan tempat ini dan khidmatnya juga sudah dipercaya ramai.

Kerana itulah tempat ini terus mendapat sambutan ramai.

“Raihana tak kerja ke? Auntie saja je telefon tadi, teringat pulak dengan Raihana.” Tipu Tina. Sengaja mahu memancing perhatian Raihana.

“tak. rehat.”

“rehat apa pukul 3 petang ni?”

“ayah tak bagi kerja.”

“hah? Untuk berapa lama?”

“entah. Tanyalah ayah.” Malas sahaja Raihana menjawab.

“kalau macam tu, tolong auntie kat sini boleh?”

“hah? Tolong apa?”

“tolong auntie jaga budak-budak ni lah. Auntie sebenarnya kena cari pembantu lagi. Pembantu yang sekarang dah nak berhenti la. Sementara je, boleh?”

Raihana terdiam. Kerja jaga budak-budak yang bising ni? mati aku!

“erm...”

“bolehlah, auntie bayar, bukan free, ok?”

“hmm, ok lah.” Dengan berat hati Raihana bersetuju.

***********

“Raihana, buatkan susu Dania ni!” jeritan Tina hampir memecahkan gegendang telinga Raihana.

Hari ini hari pertama dia di sini. bagai mahu pecah kepalanya sebaik jarum Jam menunjukkan pukul 12 tengahari.

Raihana mengatur langkah malas ke dapur. Tin dan botol susu bertulis nama Dania dicapai.

Alamak, macam mana ek bancuh susu? Auntie Tina dah cakap tadi tapi lupa la. Ish.

Air panas separuh kot? Eh, tiga suku? Eh, susu pulak nak letak berapa?

Ah, lantakla! Bukan anak aku!

Lalu siaplah susu untuk Dania. Dihulurkan pada Tina yang sedang mengendong Dania yang menangis kuat, barangkali kelaparan betul menunggu Raihana membancuh susu.

“panasnya! Banyak mana air panas Raihana masukkan ni?”

“setengah.”

“ya Allah! Banyaknya! Mati anak orang! nah, pegang dia, auntie bancuhkan lain.”

Dania sudah bertukar tangan. Raihana memuncung saat Dania berada di tangannya, dan serta-merta juga Dania berhenti menangis.

Raihana merenung Dania lama, Dania turut merenungnya pelik.

Ish, apahal budak ni?

“kenapa awak tengok budak tu macam tu?”

Opocot mak kau!

Raihana merenung sekujur tubuh di hadapannya pelik.

“suka hati sayalah.” Raihana pantas mengalih pandang.

Hairan. Mana datang mamat ni? kenapa ada laki kat tempat ni? bukan semua cikgu tadika perempuan ke?

Raihana pantas menuju ke sofa berdekatan dan melabuhkan punggungnya. Lelaki itu turut menurut langkahnya.

“awak Raihana kan?”

Raihana mengerling lelaki itu sekilas.

“hmm...” sebaris itu sahaja jawapannya.

“saya Ilham. Cikgu tadika di atas.”

What? Raihana menyimpan rasa geli hati yang bertandang. Laki ni cikgu tadika? Oh my God!

“tak Tanya pun.”

“tak apa, saya still nak cakap.”

“hah, Ilham, nak apa? Ada barang habis ke?”

Ilham mengalih pandang pada Tina yang muncul semula bersama botol susu Dania di tangannya.

“haah, kak. Nak ambik kapur ni sebenarnya.” Ilham menjelaskan tujuannya turun ke bawah.

Tina mengangguk-angguk. Dihulurkan tangan pada Dania namun Dania enggan kembali pada Tina.

“aik, tak nak dengan mama? Nak kak Raihana ke? Ok lah, duduk dengan kak Raihana ya.”

Dihulurkan botol susu Dania pada Raihana yang memandangnya pelik.

“nah, susukan Dania.”

“tak nak lah.” Protes Raihana.

‘habis, dia dah tak nak dengan auntie, takkan auntie nak paksa dia?” Tina menjelaskan.

Ilham tersenyum kecil.

“alah, ambik lah dia, Raihana tak nak susukan dia.” Protes Raihana lagi.

“apa salahnya cik Raihana? Dania ni susah nak suka dengan orang lain tau.” Ilham menyampuk, membuatkan Raihana mencebik.

“ish, yelah, yelah.” Dicapai botol susu di tangan Tina dengan wajah mencuka.

Raihana bingkas menuju ke satu bahagian yang dikhususkan untuk kanak-kanak berbaring, dan dibaringkan Dania di situ. Botol susu Dania sudah tersumbat di dalam mulutnya.

Seorang kanak-kanak lelaki menghampiri Raihana dan Dania.

“kakak, kakak nama apa?” soal kanak-kanak itu.

Raihana menjeling tajam.

“nak apa?”

“nak tau nama kakak la.”

Raihana merengus perlahan.

“Raihana. Dah, pergi main jauh-jauh.”

“kak Raihana, cikgu Ilham kirim salam. Dia kata senyum sikit.” Pantas kanak-kanak itu berlari pergi sebelum sempat Raihana berbuat apa-apa.

Di satu sudut, Ilham dan Tina ketawa sendiri melihat wajah geram Raihana.

Sangka Raihana perangai Dania tidak akan kekal lama, namun Raihana hampa kerana acap kali dia tiba di Teratak Rahmat, Dania pasti mahu Raihana yang mendukungnya.

Pastinya Raihana akan mencuka.

Bertambah geram Raihana dengan sikap Ilham yang suka mengusiknya. Dah mengajar tu, tak reti ke diam-diam kat atas? Sibuk je turun bawah, buat apa?

Paling dia geram apabila Ilham menghantar anak muridnya seorang demi seorang untuk menyampaikan salam, dan pastinya diselitkan dengan ucapan, “senyum sikit.”

Sebulan berlalu. Walaupun geram dan sakit hati dengan kerja yang dilakukannya sekarang, Raihana sedar dia tiada pilihan. Papanya masih belum memberi keputusan sama ada dia boleh kembali bekerja di pejabat atau tidak.

Hendak duduk saja di rumah pun Raihana tidak biasa.

“hai, selamat pagi.” Ucap Ilham sebaik Raihana masuk ke dalam rumah.

Raihana tidak membalas sebaliknya dia terus menuju ke dapur diikuti Ilham. Mencari-cari sesuatu yang boleh diminumnya.

“cikgu, nak air.” Seorang kanak-kanak muncul di muka pintu dapur, meminta air dari Ilham.

Ilham menuangkan air teh yang sudah sedia dibancuh ke dalam gelas plastic lalu dihulurkan kepada kanak-kanak itu. Raihana menjeling. Tina entah ke mana. Dania pasti dengannya.

Kanak-kanak itu berlalu setelah habis air teh itu diteguknya.

Raihana menarik kerusi lalu duduk. Dicapai karipap di dalam pinggan dan digigitnya.

“awak ni kenapa tak mesra?” soalan Ilham yang secara tiba-tiba itu membuatkan Raihana tersedak.

“suka hati saya lah.”

Ilham turut duduk.

“tak boleh macam tu. Kita kerja dengan budak-budak kena tunjuk contoh yang baik. Kalau awak masam je macam ni, saya rasa budak-budak boleh terpengaruh dengan awak tau.”

“bagus apa? Penat saya dengar diorang berlari, memekik.”

“kalau awak tak nak kerja sini kenapa awak datang sini?”

“eh, saya tak ingin kerja sini tau. Saya terpaksa!”

“terpaksa? Kalau terpaksa pun cubalah paksa diri untuk suka apa yang awak ada sekarang. Kalau awak terus-terusan macam ni, tak ada faedah untuk sesiapa pun.”

“eh, awak sibuk ni kenapa? kalau boleh saya pun tak nak lah kerja kat sini. saya benci!”

Karipapnya sudah tidak tergigit lagi. Panas hatinya dengan Ilham.

Ilham tersenyum sinis.

“saya tak sangka ada orang keras hati macam awak dalam dunia ni. sungguh saya tak sangka. Cepat-cepatlah pergi dari sini. tak ada orang perlukan awak di sini.” sejurus ayat itu terlafaz, Ilham terus keluar dari dapur meninggalkan Raihana terkebil-kebil.

Kelopak matanya terasa panas.

Kenapa? kenapa harus dia terasa hati dengan bicara Ilham? Benarkah tiada yang memerlukannya? Benarkah dia seteruk itu?

Karipapnya diletakkan kembali.

Hilang seleranya. Tina tiba-tiba muncul di ambang pintu dapur.

“hah, Raihana, nah, ambik Dania. Auntie nak keluar kejap ni. ada hal penting. Tak pe kan Raihana tunggu dengan Ilham je?” Dania sudah bertukar tangan.

“hmm, tak pe. Auntie pergilah.”

“ok. Jaga rumah.”

Tina sudah berlalu menuju ke pintu utama dan keluar dari rumah.

Raihana duduk di atas sofa. Dania diletakkan di atas riba, bertentangan muka mereka.

“dania, teruk ke akak ni? kenapa Dania suka dengan akak? Akak ni kan teruk, tak pernah sembang dengan Dania, muka masam, tak pernah senyum. Kenapa Dania suka dengan akak?” Raihana bertanya.

Dania tersenyum comel. Raihana turut tersenyum.

“Dania ni memang adorable. Selalu senyum. Tak macam akak, masam je. Akak sayang Dania.” Dipeluk Dania erat sehingga Dania ketawa terkekek-kekek.

Raihana merasa sungguh tenang saat itu. Andainya saat itu tidak berlalu......

“jangan bergerak!” tiba-tiba satu jerkahan kuat mengejutkan Raihana. Hampir putus nafasnya tatkala matanya melihat 4 susuk lelaki bertopeng menghampirinya.

Kanak-kanak lain yang sedang bermain berlari mendapatkan Raihana yang sudah berdiri kaku.

“akak! Akak!”

Raihana mendepangkan tangannya yang kosong, cuba melindungi kanak-kanak lain. Matanya dilirik ke tangga, amat mengharapkan Ilham turun saat itu.

Seorang lelaki yang mengacukan pistol ke arah Raihana memandang yang lain.

“kau naik atas.” Arahnya itu dipatuhi.

Raihana menahan nafas.

“diam!” jerkah lelaki berpistol itu apabila kanak-kanak lain menjerit-jerit ketakutan.

Sepi. Peluh dingin mula mengalir.

“macam mana awak masuk?” entah mengapa soalan itu yang ditanyanya.

Lelaki berpistol itu ketawa.

“macam mana? Banyak cara lah. Sibuk nak tau kenapa?” sinis jawapan itu.

Sesaat kemudian kedengaran riuh-rendah di atas.

Raihana menelan liur.

“tolong jangan apa-apakan budak-budak ni. lepaskan diorang.” Rayu Raihana.

Lelaki berpistol itu ketawa kuat seakan-akan mahu memecahkan gegendang telinga yang mendengar.

Seketika, kedengaran riuh rendah di tangga. Kanak-kanak lain sedang dipaksa turun oleh seorang penyangak yang naik ke atas tadi. Ilham turut bersama mereka. Jelas di matanya kebimbangan.

Kelompok kanak-kanak yang baru turun itu dikumpulkan bersama kelompok Raihana.

Ilham merapati Raihana.

“awak ok?” bisiknya.

Raihana tidak mampu menjawab, Cuma mampu mengangguk perlahan.

“kau, kau, pergi cari apa yang patut! Tunggu apa lagi?” jerkah lelaki berpistol itu, membuatkan kanak-kanak lain turut terjerit takut. Dua yang lain bertindak seperti yang diarahkan. Manakala seorang lagi berjaga di pintu.

“diam! Jangan menjerit! Siapa menjerit aku tembak!” ugutnya.

Raihana pantas bersuara.

“tolonglah jangan apa-apakan diorang. Lepaskan diorang encik. Encik boleh ambil saya sebagai tebusan.” Rayu Raihana lagi.

“apa awak cakap ni?” marah Ilham tanpa memandang Raihana, seraya berbisik.

Raihana tidak menjawab sebaliknya diserahkan Dania pada Ilham yang menangis serta-merta sebaik bertukar tangan.

“hei! Senyapkan budak tu!” marah lelaki berpistol itu.

Raihana pantas mengangkat tangan. Peluh dingin mula membasahi pelipisnya.

“encik, encik lepaskan budak-budak ni dan lelaki ni, saya akan tinggal dengan encik sampai encik dapat apa yang encik nak.”

“hei, sapa kau nak berunding dengan aku, hah? Kau duduk situ diam-diam. Dan jangan cuba buat benda bodoh. Kalau tak....” lelaki berpistol itu menarik seorang kanak-kanak yang paling hampir dengannya.

“aku tembak dia ni. sebenarnya, kitorang ni bukan nak merompak pun, tapi kitorang nak cari tempat perlindungan untuk sementara. Kalau kau tak nak sesiapa mati, baik kau diam-diam kat situ.” Ugut lelaki itu lagi.

Raihana kaku kembali.

“akak, tolong...saya takut. Saya nak mama....” rengek kanak-kanak itu.

Air mata Raihana sudah mengalir.

“hei, diam boleh tak? kalau tak, berkecai kepala otak kau!” muncung pistol terlekap kemas di kepala kanak-kanak lelaki itu.

“mama!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” rengekan kanak-kanak itu bertambah kuat lantaran ketakutan.

“diam!”

Melihatkan lelaki itu naik radang, Raihana pantas bertindak merempuh lelaki itu.

Bang! Bang!

“Raihana!”

“bodoh! Kau tembak kenapa? lari! Lari!” Raihana sudah terbaring di situ berlumuran darah, riuh rendah suasana dengan tangisan kanak-kanak. Raihana sudah tidak mampu menahan lagi. Sayup-sayup suara kanak-kanak mula hilang.

**********

Raihana membuka matanya perlahan. Sengal di pinggangnya mula terasa.

“bang midi, Raihana dah sedar!” suara Tina membuatkan Raihana menoleh perlahan ke kirinya.

“auntie....” lemah suara Raihana menyapa.

Tina tersenyum gembira.

“Raihana, selamat kembali sayang.”

Pandangan Raihana menyapa wajah Haji Hamidi di sebelah Tina.

Raihana tersenyum lemah.

“papa...”

“Raihana, I’m proud of you.” Ucap Haji Hamidi yakin.

“oh ya, ini, ada kiriman dari seseorang.” Tina menyerahkan sejambak bunga, dan sepucuk surat bersampul ungu.

Raihana mencapai surat itu dan dibukanya.

Raihana,

Saya harap awak masih ingat pada saya. Saya minta maaf tak dapat tunggu sampai awak sedar. Anyway, saya dah dapat tawaran mengajar di sekolah menengah. So, agak busy sikit. Give me a call bila awak dah sedar, kalau awak rasa perlu. Saya tak memaksa walaupun saya amat berharap awak akan call saya. By the way, you were very brave that day, dan saya nak tarik balik kata-kata saya. Ada yang memerlukan awak, dia tak nak kehilangan awak dan orang itu sentiasa menunggu awak. Semoga awak cepat sembuh, my miss nanny.

Yang menantimu,

Ilham Fahmi.”

Raihana melipat kembali surat itu kemas-kemas.

“ada nombor Ilham?” pinta Raihana. Pantas Tina memberi telefonnya kepada Raihana.

“auntie dengan papa tunggu kat luar ya?”

Raihana tersenyum nipis.

Didail nombor Ilham.

“hello, Ilham,”

“Raihana? Oh my God! Is that you?” suara ceria Ilham menyapa gegendang telinganya.

Raihana tersenyum senang. Dia bukan lagi Raihana yang dulu.

3 comments:

  1. whoaaaa..
    comey2..
    hahhaa..
    wat sy terfikir blk..
    yela..sye xbpe nk ske ngn kanak2 riang ribena nieh..muahahaa...

    ReplyDelete
  2. best..
    nice..
    setiap orang boleh berubah.. :)

    ReplyDelete