About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 6, 2009

Lu'lu' dan Marjan 5

Marjan melangkah lemah masuk ke kelas. Begnya yang ringan tidak berisi apa-apa digalas malas. Langkahnya terhenti apabila ada tangan yang menghadangnya. Marjan angkat muka, pandang wajah Jamil yang tersengih-sengih macam kerang busuk.

‘nak apa?’ kacau betullah.

Senyuman Jamil hilang.

‘laa, kau lupa ke?’

Marjan angkat kening.

‘lupa apa?’

Jamil cekak pinggang. Muka kecewa habis.

‘kau tak ambil nombor telefon Laila?’ Marjan diam.

Nombor telefon Laila? Alamak! Marjan tepuk dahi.

‘aku lupa la bro.’ Semalam, lepas kena tengking dengan Lu'lu', terus mati niatnya mahu meminta nombor telefon Laila yang diminta Jamil. Lu'lu'. Huh.

‘kau tak ambil ke? Aduh. Okla, okla, petang karang kau mintak tau.’ Arah Jamil.
Aish budak ni. dia ingat aku kuli dia ke? Nak kena betul.

‘kau mintak sendiri la!’

Jamil terdiam. Tersedar dia mahukan pertolongan Marjan, wajahnya dimaniskan.

‘ala bro. Tolonglah. Aku nak sangat nombor dia. Please...’ Jamil merayu lagi.
Marjan mendengus kasar.

‘ah, apa-apa jelah.’ Terus dia menolak Jamil ke tepi dan melangkah masuk ke kelas.
Jamil mengikut dengan perasaan tidak senang.

Lailaku...

Mereka duduk di tempat semalam. Dan seperti semalam juga, mereka yang paling lewat.

Marjan menguap. Wargh! Bosan betul! Matanya melilau mencari mangsa dan seperti semalam, Lu'lu' dan Laila duduk bertentangan di dalam kelas. Marjan menyandar malas.
Dikerling Lu'lu' dan Laila silih berganti. teringatkan kata-kata Lu'lu' semalam.

‘aku benci dia! Aku anak tunggal Dato' Safwan!’

Dia dengan Laila bukan adik beradik betul ke? Mungkin jugak. Tapi Datin Ifa? Hmm, tiri kot. Ah, lantakla. Semalam angin betul dia. Keluar tak tunggu aku dah. Mujur pintu estima pintu sorong. Kalau tak aku rasa hancur dah pintu tu dia hempas.
Matanya melekat pada Lu'lu'.

Lu'lu' masih seperti semalam. Tidak kelihatan berminat untuk belajar. Sekejap-sekejap pennya digigit, diselit di belakang telinga, dicucuk ke dalam ikatan rambutnya, dan bermacam-macam lagi. Marjan senyum sendiri melihat telatahnya.

Kalau Lu'lu' ni tak bercakap, manis je mukanya. Tapi kalau dah buka mulut, habis.

‘hoi!’ mejanya diketuk kuat menyebabkan Marjan tersentak. Ditatap wajah sengal Jamil tajam.

‘kau ni kenapa?’ ish, kacau betul mamat ni!
Jamil sengih panjang.

‘kau asyik tengok minah garang tu je? Kau suka dia ee...’ usik Jamil.
Marjan bulatkan matanya.

‘gila kau! Tak pasallah aku nak suka dia!’ Lu'lu'? mintak simpanglah.

‘eleh, yelah tu, berani kau tenung anak bos ek? Helo kawan. Kau tu driver diorang je, jangan beranganlah pisang akan berbuah dua kali. Dato baik dengan kau tak semestinya dia akan bagi anak dia kat kau walaupun she is a jerk.’ Peringatan berbaur sinis dari Jamil.

Marjan kepal tangan. Mulut dia ni boleh tahan jugak. Dia mencekak leher baju Jamil.

‘kau cakap baik-baik sikit boleh?’
Jamil menggelabah.

‘ok, ok, sorry. Jangan marah. Aku gurau je.’
Dilepaskan kolar bajunya kasar.

‘she must have a reason to act like a jerk. Maybe she is just being defensive.’ Aik, Marjan bela Lu'lu'? tak boleh jadi ni. entah apa yang aku cakap pun aku tak tau. Ringan je mulut ni.

Jamil sengih penuh makna.
‘aik, bela dia Nampak?’

‘tak lah, Cuma nak beritahu kau je.’

Jamil jungkit bahu tidak percaya namun dia tidak lagi membalas. Marjan juga diam, melayan perasaannya.

Marjan menongkat dagu. Matanya masih melekat di sekujur wajah itu.

Hari ini, ada sesuatu di wajah itu yang menarik perhatiannya. Dia tidak Nampak garang seperti selalu. Wajah itu murung seperti sedang bersedih.

Kenapa ya? Semalam dia garang je. Sebelum ni, muka dia tak pernah sedih macam ni. pagi tadi pun aku terlupa buka pintu, dia tak marah padahal aku dah bersedia dengan sebakul balasan kalau-kalau dia nak sembur aku tapi tak pun. Sebelum ni, aku tak buat apa-apa pun tapi ada je salah aku yang dia cari.

Hairan. Apa yang membuatkan dia jadi macam ni?

-kenapa Marjan? Kenapa kau kisah bila dia sedih? Kan selama ni dia asyik marah kau?

-taklah, kesian aku tengok dia. Walaupun dia asyik marah aku, tapi sekurang-
kurangnya aku tau dia happy.

-ah, peduli apa dia sedih ke happy ke? Kau kisah kenapa?

-aku tak kisah tapi aku hairan! Lagipun, dia anak bos aku kan?

-sebab dia anak bos ke atau sebab kau memang dah mula kisah pasal dia?

-ops! Apa maksudnya tu??

-ngaku jelah kau dah jatuh cinta dengan dia!

-jatuh cinta? Tak mungkin. Aku ada misi yang belum selesai. Aku hanya singgah di sini.

-misi kau untuk cari isteri kan? Dia boleh apa jadi isteri kau?

-hah? Perempuan garang ni? tak boleh, tak boleh. Bergegar satu tempat tu kalau dia jadi isteri aku. And by the way, I don’t like her!

-huh, keep denying!

-yes! Because this is the fact! I don’t like her!

Keluhan panjang dilepaskan. Suka dia? Tak mungkin.

Tamat kelas hari itu, Marjan sedia menanti di kereta. Tidak lama kemudian, Laila muncul. Lu'lu' mana? Marjan memanjangkan leher mencari Lu'lu' namun bayangnya tidak juga muncul.

Laila yang sudah sedia menanti di dalam kereta membuka tingkap.

‘Lu'lu' balik sendiri hari ni.’ beritahunya ringkas. Marjan kerut dahi.

‘kenapa?’

Namun Laila tidak menjawab. Tingkap sudah dinaikkan kembali. Marjan masuk juga ke dalam kereta. Nak tunggu ke tak ni? balik sendiri? Tak ada bagitau apa-apa pun tadi.
Ish, perempuan ni memang tak betul. At least beritahu la, tak ada la aku tercangak tunggu macam orang bodoh.

Enjin kereta dihidupkan dan kereta meluncur perlahan meninggalkan pekarangan kolej.

Malam itu, hampir isyak baru Lu'lu' pulang. Dan wajahnya masih seperti tadi. Berkerut dahi Marjan sewaktu mereka berselisih.

Ke mana dia? Kenapa dia tak bagitau aku atau mintak aku hantar? Selalunya sibuk mintak hantar ke sana ke mari. Ish, Marjan. Dia tak mintak tolong kau tu kira bagus la tu. Tak pening kepala kau. Argh, apa-apa jelah!

Di meja makan, Lu'lu' masih diam, tidak bersemangat sahaja kelihatannya namun tak pula Marjan ringan mulut bertanya. Dia tahu statusnya di sini. dia menanti juga jika ada di kalangan ahli keluarga itu mahu bertanya tapi hairan, tiada yang bertanya. Semuanya seperti biasa.

Apa hal orang rumah ni? pelik aku. Diorang tak hairan ke Lu'lu' senyap dan tak agresif macam selalu? Aku dah pelik tahap cipan dah ni.

Usai makan, seperti biasa (rutin baru Marjan ialah tolong Mak Min kemas meja lepas makan), dia melakukan rutin malamnya di rumah itu. Semua ahli keluarga rumah itu sudah beredar kecuali Marjan dan Mak Min.

Namun kerjanya terbantut apabila Dato' Safwan memanggilnya.

Ditinggalkan ruang makan lalu dia beredar ke ruang tamu di mana dato sedang menunggu.

Marjan melabuhkan punggung di hadapan dato yang seperti biasa berwajah tenang dan tersenyum nipis.

‘ada apa dato?’ apa lagi dia nak cakap ni. aku dah fobia dengan dia ni.

‘belajar ok?’ Marjan angguk laju. Ok sangat.

‘ok dato.’

‘bagus. Lu'lu' dan Laila ada bantu kamu?’ hah, bantulah sangat.

‘err, ada dato.’

Dato' Safwan angguk-angguk.

‘saya tahu Lu'lu' mungkin susah sikit tapi kalau kamu ada apa-apa masalah, rujuk Laila. Laila boleh bantu kamu.’ Hmm, sama je dua-dua.

‘baik dato.’

‘kamu perlu apa-apa lagi?’ Marjan pantas geleng.

‘tak, semua dah cukup. Terima kasih dato.’ Marjan perasan Pak Mat melalui ruang tamu. Masih memandang Marjan dengan pandangan tidak senang.

Tiba-tiba, matanya menangkap tubuh Lu'lu' yang turun dari tangga dan keluar dari pintu rumah. Ke mana pulak budak ni?

‘Marjan?’

‘hah, ya dato, dato cakap apa?’ alamak ai, boleh tak perasan pulak dato cakap apa dengan aku.

Dato' Safwan senyum nipis.

‘saya harap awak tak kecil hati dengan Lu'lu'.’ Alamak! Dia perasan ke aku tengok Lu'lu'? habis! Jatuh saham!

‘err, tak, tak, tak apa.’ Dato tau tak kenapa dia muram je hari ni? saya hairan bin ajaib dengan perangai dia hari ni. dia tak tengking saya lagi satu hari ni.

‘saya nak awak banyak bersabar sikit dengan dia. Dia mungkin panas baran tapi dia anak yang baik.’ Baik? Kenapa dia tengking mak dia hari tu? Bengong sekejap aku ni.

‘baik dato, saya faham.’ Marjan menjeling pintu.

Ke mana dia pergi pulak malam-malam buta ni? kalau hilang siapa nak kena cari? Mestilah aku jugak!

‘pergilah tidur. Dah lewat ni. esok nak ke kelas pula.’ Marjan angguk.

‘err, saya keluar dulu, check kereta.’ Nak check anak dia sebenarnya. Haha.

‘baiklah.’ Marjan bingkas bangun penuh hormat dan takzim lalu menuju ke pintu.

Ke mana dia? Tak dengar pun bunyi gate dibuka. Marjan memanjangkan lehernya ke halaman rumah.

Oh, tu pun dia. Marjan mengatur langkah perlahan menuju ke gazebo yang dibina di tengah halaman. Di sudut belakang gazebo itu terdapat sebuah kolam ikan. Bunyi deruan air kolam itu sahaja yang kedengaran semasa Marjan menghampiri. Tenang betul malam ini.

Lu'lu' bermenung di bawah gazebo, tidak menyedari kehadiran Marjan.

Dia ni macam ada masalah je. Memang muka bermasalah. Hmm, nak kacau ke tak ni?

Langkah Marjan terhenti apabila Cuma 2 tapak sahaja lagi dia akan menghampiri lantai gazebo itu.

-Ish, macam tak betul je apa aku nak buat ni.

-kau sibuk nak tau hal dia kenapa?

-bukan sibuk, ambil berat.

-kenapa sibuk nak ambil berat?

-sebab aku hairan dia macam ni. selalu mulut laser habis, hari ni suara dia tak dengar langsung. So aku nak tau kenapa.

-entah-entah kau rindu nak bergaduh dengan dia tak?

-ish, tak pasal nak rindu gaduh dengan orang. gila apa?

-dalam cinta tak ada benda yang tak gila.

-aku tak cinta dia la!

-habis, apa kau buat kat sini? ingat! Kau tu driver je!

-ish, yelah, yelah, aku masuk rumah!

Marjan memusingkan badannya.

‘apa awak nak?’ langkah kaki yang baru hendak dibuka terhenti. Dia cakap dengan aku?
Biar betul!

Nak patah balik ke tak? sebelum sempat dia berfikir, dia sudah berpusing kembali. Pandangan matanya menyoroti wajah Lu'lu' yang disirami lampu gazebo.
Marjan mendekat.

‘tak ada apa-apa.’ Dia melabuhkan punggungnya di bangku berhadapan Lu'lu'.

Lu'lu' menjeling.

‘siapa suruh kau duduk? Dah tak ada apa-apa pergilah masuk.’ La, aku ingat hari ni akan jadi hari ini dalam sejarah sebab aku tak kena tengking or marah satu hari. Hai, tak ada chance lagi la Nampak gaya.

Ah, lantaklah dia. Nak tengok dia nak marah ke tak kalau aku tak nak masuk.

‘suka hati saya lah. Tempat ni dikira tempat awam dalam rumah ni. so, sesiapa je boleh duduk kan?’

Lu'lu' menjeling tajam.

Marjan menanti dan menanti. Tiada balasan. Aik, dah habis idea ke?

Dia dapat menangkap sayu pandangan sepasang mata itu. Apa yang tak kena sebenarnya ni? hmm, nak Tanya ke tak? nak Tanya ke tak?

‘err, cik Lu'lu'. Cik Lu'lu' ada masalah ke?’ pergh, baik punya intro aku bagi.
Lu'lu' menjeling lagi.

‘awak sibuk kenapa?’ suaranya sedikit tinggi.
Marjan telan liur. Dia dah mula dah.

‘awak buat je tugas awak sebagai driver boleh tak? jangan sibuk hal saya ok?’ larangnya tegas.

Marjan buat muka selamba. Patutlah tak ada orang nak Tanya masalah dia. Macam ni rupanya. Haha. Marjan. Kau dah jolok sarang tebuan!

‘tak ada lah, saya Cuma prihatin je, salah ke?’ tingkah Marjan.
Lu'lu' menjeling lagi.

‘tak payah. Saya tak perlu prihatin awak, tak perlu simpati awak.’ Marahnya lagi.
Marjan garu dahi.

‘hmm, baiklah kalau macam tu. Orang sombong memang selalu rugi. Orang nak tolong dia tak nak pulak.’ Sinis Marjan bersuara.

‘apa yang awak boleh tolong? Apa? Mama dah mati, tak ada apa yang awak boleh tolong! Tak ada siapa boleh tolong saya dan kembalikan mama! Tak ada!’ tempelak Lu'lu'. Suaranya yang tinggi beransur perlahan. Dan esakan kecil mula kedengaran.

Marjan terpinga-pinga. Dia menangis? Ya, dia menangis. Lu'lu' mengesat air matanya kasar. Seakan-akan tidak rela dengan kehadiran titis air mata jernih di wajahnya itu.
Marjan tidak terkata apa-apa. Tidak tahu apa lagi yang patut dikatakannya. Lu'lu' menangis. Lu'lu' bingkas. Tanpa pamitan dan tanpa menoleh lagi, dia pergi meninggalkan Marjan termangu-mangu di situ.

1 comment: