About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 6, 2009

Lu'lu' dan Marjan 15

Marjan melangkah ke batang paip yang tersedia di situ bagi kemudahan para pengunjung membilas diri dengan air bersih setelah berendam di dalam air laut. Pili dibuka dan dia meletakkan mukanya di bawah aliran air, membiarkan air itu mengalir bersama pasir dan kotoran yang melekat di muka.

"phew! Lega!" Marjan mengeringkan muka dengan hujung lengan t-shirtnya.

Tak pernah keturunan aku seselekeh ni.

"puas hati?" suara Lu'lu' membuatkan Marjan berpaling.

Marjan angkat kening.

"for what?"

Lu'lu' masih memeluk tubuh. Jungkit bahu. Wajahnya tidak lagi sinis seperti selalu. Garis-garis ceria mula muncul di wajahnya walaupun dia tidak menguntum senyum.

"yelah. You got your room for tonight." Wajah Lu'lu' bersahaja.

Marjan sengih.

"I should ask you that question. Looks like you enjoy making people do things for you. Saya tengok awak ketawa bagai nak gila tadi. Suka tengok saya macam ni ya?" sempat Marjan menyindir.

Lu'lu' terdiam mendengar bicara Marjan.

"awakkan driver saya? Suka hati sayalah nak buat apa pun kat awak." Tingkah Lu'lu'. Suaranya sudah kembali tegang.

Marjan tersenyum nipis. Mengorak langkah ke arah Lu'lu'.

"aik, marah ke? Jangan marah ar, nanti kena jual!" usik Marjan, meniru gaya Abdul Wahub lakonan P. Ramlee dalam ‘3 Abdul’.

Lu'lu' merengus kecil. Menjeling Marjan yang melintasinya.

"jom. They’re waiting." Panggil Marjan apabila Lu'lu' masih belum berganjak.

Lu'lu' berpaling geram, melangkah pantas sehingga melepasi Marjan.

Marjan geleng sambil tersenyum melihat Lu'lu' yang melangkah geram.

Mira tersenyum senang melihat Lu'lu' dan Marjan kembali.

"well, couple of the year has returned back." Jerit Lu'lu' riang.

Mira memusingkan badannya, menghadap yang lain.

"ok, our next game is ‘Truth or Dare’. Well, nampak macam game budak-budak tapi ini game paling best untuk kita enjoy, kan?" soalan Mira dijawab sorakan riang yang lain.

Marjan mengerutkan dahi. Tak pernah dengar pun? Game apa ni?

Marjan menghampiri Lu'lu'.

"game apa ni?" soal Marjan perlahan. Lu'lu' mengerling sekilas. Memeluk tubuh.

"sesiapa yang bernasib malang dapat benda yang akan digunakan nanti perlu memilih antara dua. Tell the others the truth or accept a challenge that will be determined by others. Kalau tak, kena denda." Lu'lu' menjelaskan. Marjan angguk faham.

"macam game budak-budak je?" Marjan menyimpulkan.

Lu'lu' menoleh, menjeling Marjan tajam.

"how old are you?" soal Lu'lu' sinis. Tidak puas hati dengan kata-kata Marjan. Tidak mengharapkan jawapan, dia berpaling ke hadapan semula, ke arah Mira.

Marjan jungkit bahu.

"about 31 years old?" ujar Marjan selamba.

Lu'lu' menoleh bersama mulut yang terlopong.

"no way!"

"yes way!" jawab Marjan.

Mata mereka bertentangan seketika sebelum Lu'lu' merengus perlahan.

"patutlah banyak mulut. Folks always nag." Lu'lu' memandang ke hadapan semula.

Marjan merenung Lu'lu' tajam.

"folks always nag," Marjan mengejek Lu'lu' kembali. Dipusing badannya sepenuhnya menghadap Lu'lu'. Bercekak pinggang.

"hei, orang tua nilah yang gali pasir untuk awak tau, folks always nag, piirah," dengan gaya-gaya tangan Marjan mengejek Lu'lu'.

Mujurnya mereka berdiri agak jauh dari orang lain.

Lu'lu' menjeling Marjan sekilas sebelum melangkah lagi ke hadapan.

Marjan menurut juga.

"ok guys. Form a circle. Saya akan mainkan lagu dari handphone saya and saya akan menutup mata saya untuk permainan yang lebih adil. Means saya tak memilih orang untuk dikenakan, ok? Kita akan guna kulit siput ni." ujar Mira lagi. Kulit siput di tangannya diserahkan kepada Yana yang berada berdekatan.

"ok!" jerit yang lain. Mereka membentuk bulatan.

Mira sudah bersedia dengan telefon bimbitnya dan sehelai scarf di tangan. Pantai mula dipenuhi orang ramai tapi itu tidak menghalang mereka dari terus bermain. Mira seperti biasa mengambil tempat di tengah bulatan.

"but remember, semua orang akan kena kecuali saya. So, nanti, sesiapa yang dah kena, if dia dapat giliran lagi, the person sitting next to him or her yang akan kena." Tambah Mira lagi.

Dia mengikat kepalanya dengan scarf dan lagu dimainkan. Siput mula bertukar tangan.

Marjan yang duduk di sisi Lu'lu' menggeleng bersama senyum sinis.

"it’s just a matter of time. Sooner or later, it will be your turn." Ujar Marjan, lebih kepada berbicara sendiri.

Lu'lu' menjeling tajam. Siput telah sampai ke tangannya, dan pantas dia menyerahkan kepada Marjan. Dan Marjan menyerahkannya kepada Din. Ketika itu, baru dia menyedari pandangan tajam Fahim yang melekat padanya, dan Lu'lu'. Kebetulan pula, mereka duduk bertentangan.

Marjan mengeluh.

Muzik telah berhenti. Yang lain bersorak apabila siput itu ada pada Fahim yang jelas tidak menyangka dia akan menjadi yang pertama. Begitu cepat mereka menolak siput itu. Masing-masing tidak mahu terkena dulu.

Mira menanggalkan kain penutup matanya. Fahim sudah melutut di atas pasir. Menanti hukumannya bersama senyum nipis apabila yang lain bersorak kuat.

Marjan mengerling Lu'lu' yang jelas tidak berminat mahu menonton. Dia menekur pasir.

"ok, Fahim, truth or dare?" soal Mira kuat. Marjan berpaling ke hadapan semula.

"truth." Jawab Fahim yakin.

Mira angguk.

"ok, go ahead."

Fahim bingkas berdiri di tengah bulatan. Dia memusingkan badannya sehingga badannya bertentangan dengan Lu'lu'.

Matanya memandang Lu'lu'. Yang lain sudah menanti penuh debar. Apa akan terjadi? Yang mereka tahu, Fahim sejarah Lu'lu' dan Marjan masa depannya.

Marjan tenang di duduknya. Lu'lu' masih menunduk, tidak menyedari apa yang berlaku.

"Lu'lu'," gerakan jemari Lu'lu' terhenti. Suara Fahim terasa kuat dan jelas.

Lu'lu' menarik nafas dalam. Perlahan dia mendongak, dan mendapati Fahim di hadapannya, sedang memandangnya.

Mata mereka bertentangan seketika sebelum Lu'lu' melarikan matanya. Yang lain menanti penuh sabar.

"Lu'lu', bersaksikan kawan-kawan yang lain, saya nak awak tau yang saya tak pernah berhenti menyayangi awak sejak kita berpisah. Dengan setulus hati, saya mohon ampun dan maaf kerana saya menyakiti awak dulu dan percayalah, saya betul-betul menyesal dengan apa yang berlaku. Jika diikutkan hati saya, saya masih mahukan awak di samping saya dan saya tetap mahukan awak, sampai bila-bila, walaupun awak sudah mempunyai yang lain." Ujar Fahim tenang.

Marjan tidak memandang Fahim, tetapi matanya pada Lu'lu'. Dari pandangan sisi wajah Lu'lu', Marjan tahu, Lu'lu' sedang berperang dengan perasaannya, menahan rasa hatinya sendiri. Marjan senyum kelat.

Mungkin inilah rasa sakit bercinta yang Lu'lu' maksudkan semalam. Sayang tetapi tak nak mengaku. Cinta tapi mahu berbohong.

Fahim menarik nafas dalam. Matanya masih pada Lu'lu' yang menunduk.

"Lu'lu', pandang mata saya." Panggil Fahim lembut.

Lu'lu' mengangkat mukanya, namun sedikit saja. Marjan mengeluh perlahan.

Fahim menghampiri Lu'lu', mengangkat dagu Lu'lu' dengan tangannya, memaksa mata mereka bertentangan. Namun Lu'lu' tidak menepis. Sepertinya dia tiada daya untuk menepis, tidak mahu menepis.

"Lu'lu', saya cintakan awak, dulu, kini, selamanya." Lafaz Fahim tenang bersama senyum mesra.

Mata mereka bertentangan untuk seketika sebelum Marjan berdehem perlahan, seakan menyedarkan Fahim kedudukan Lu'lu' sekarang.

Fahim berpaling ke arah Marjan, senyumannya pudar. Bingkas meninggalkan Lu'lu' terpinga-pinga.

Yang lain bersorak kuat, mungkin memuji keberanian Fahim, mungkin juga memuji keteguhan cintanya terhadap Lu'lu'.

Marjan bertepuk perlahan. Lu'lu' kaku, seperti terkena sumpahan. Tidak bergerak di situ.

"wow! Fahim! That was a brave and courageous step! And outrageous too!" Mira memuji dan disambut yang lain.

"ok, let’s proceed, shall we?" sambung Mira lagi, menghentikan sorakan yang bergema.

Putaran siput bermula lagi. Marjan mengerling Lu'lu' yang masih terpaku di duduknya. Menggeleng.

Kalau suka apa lagi tunggu? Kenapalah kau nak seksa jiwa tu? Hmm, nampaknya, tugas akulah nak me’nyatu’kan diorang ni.

Permainan diteruskan seperti biasa. Tindakan berani Fahim seakan dilupakan yang lain apabila beberapa orang lagi menyahut cabaran dan memberitahu kebenaran kepada yang lain. Hampir 7 orang telah mendapat giliran mereka. Tinggal lebih kurang 14 orang lagi. Marjan tekad.

Setelah beberapa pusingan dan kulit siput sampai ke tangannya, Marjan memegangnya lama, sengaja berbuat demikian sehingga muzik dihentikan.

Lu'lu' masih tidak bersuara. Melihat Marjan sengaja mengenakan dirinya sendiri, dia menoleh.

"awak ni kenapa?" soalnya perlahan.

Marjan jungkit bahu.

"I’m telling the truth." Marjan sudah bingkas.

Mira dan yang lain bertepuk kuat. Lu'lu' menelan liur. Kebenaran apa yang dia nak cakapkan?

Marjan berdiri di tengah bulatan, memusingkan badannya perlahan, memandang yang lain.

Masing-masing menanti penuh debaran. Adakah Marjan akan menepis kata-kata Fahim tadi dengan yang lebih baik dan romantic? Atau, dia akan meluahkan kekecewaannya? Tiada yang tahu. Hanya Marjan yang tahu apa yang ingin dilakukannya.

Marjan berdehem perlahan.

"so, I chose to tell you the truth. The truth between Lu'lu' and me." Ujar Marjan, ditujukan kepada semua.

Suasana sepi membaluti. Masing-masing mahu mendengar tentang kebenaran itu.

Fahim merenung Lu'lu' yang resah dan Marjan yang tenang silih berganti.

"we are not couple. We don’t have that kind of relationship between us. We’re merely friends. Good friends." Ujar Marjan.

Ramai yang melopong, tak kurang juga yang berbisik.

"well, masa saya dan Lu'lu' terserempak dengan Mira pun, kami bukan kekasih. Saya Cuma, seorang kawan yang menemani Lu'lu'. Dan sekarang pun, saya Cuma seorang kawan yang menemani Lu'lu'. Not more than that."

Lu'lu' menggigit bibir. Entah kenapa, ayat Marjan itu bagaikan menghiris perasaannya yang sedikit mekar disirami ayat-ayat cinta Fahim sebentar tadi. Lu'lu' menekur pasir. Bingung. Keliru. Fahim atau Marjan? Mengapa kedua-dua mereka merantai hati aku? Kenapa? Siapa yang kau mahu Lu'lu'? siapa sebenarnya di hati kau?

Marjan berpusing, menghadap Fahim sepenuhnya yang merenungnya tajam.

"Fahim, I would like to apologize for everything. Seriously, aku dan Lu'lu' tak ada apa-apa, and the fact is, she loves you. She told me last night, everything, with tears. Well, not really a confession sebab, dia ingat aku tidur. Tapi, sebenarnya, aku dengar semuanya, and seriously, Lu'lu' loved you, and she still loves you."

Lu'lu' tergamam. Dia mengangkat muka pantas dan bingkas dari duduknya. Marjan dengar semuanya? Lu'lu' mengepal tangannya geram.

Dia melangkah pantas mendapatkan Marjan, cukup pantas sehingga semuanya berlaku dalam sekelip mata.

Pang!

Marjan memegang pipi yang perit. Berpaling ke hadapan, bertentangan dengan Lu'lu' yang sudah merah padam, menahan marah, dan pilu.

"who gives you the right to tell him that? Who? Who gives you the right to pretend as if you were not listening when you were actually listening? I don’t need you to help me! Never! You said you will never hurt me! But you did! You just did! You hurt me! I hate you!" tempik Lu'lu' sekuat hati sebelum dia berlari meninggalkan mereka yang lain, dan Marjan yang mula terasa sakit. Sakit di hati.

Pandangannya menangkap Fahim yang sudah berdiri. Untuk seketika, mata mereka bertentangan.

Marjan senyum kelat.

"go Fahim. She needs you." Fahim terdiam, angguk perlahan sebelum dia turut berlari pantas, menyusul langkah Lu'lu'.

Marjan mengundur ke belakang, mengambil tempatnya kembali. Tiada sorakan, yang lain turut terdiam.

Mira menghampiri Marjan. Mencangkung di hadapannya.

"are you ok?"

Marjan senyum tawar memandang Mira.

"relax, I’m ok. It’s just a slap. Yang penting is what I just did. I reunited them back, right?" Marjan berkata ceria, ceria yang dibuat-buat.

Mira angguk faham.

Dia kemudiannya berdiri dan mengambil tempat di tengan bulatan. Mengeluh kesal.

"I think we should stop here. But remember, tonight, we will be having our barbecue at the barbecue spot, ok?"

"ok," jawab yang lain, agak lemah juga bunyinya.

"ok, let’s dismiss." Dengan arahan itu, semua bingkas kecuali Marjan.

Dia masih di tempatnya. Mira juga masih tidak berganjak. Apabila semua yang lain telah beredar, Mira mengambil tempat di sisi Marjan. Merenung pantai yang sudah mula dipenuhi ramai.

Mira bersila di atas pasir. Topinya ditanggalkan, diletak di atas riba.

Lama mereka membisu sebelum Mira berdehem perlahan.

"I’m sorry for my mistake. I thought you are..."

"it’s ok Mira." Pantas Marjan memintas.

Entah kenapa, dia risaukan Lu'lu' tiba-tiba. Entah apa yang akan dibuatnya dengan Fahim, dan entah apa yang akan Fahim lakukan padanya.

-Marjan, they’re in love. Let them be. Kau siapa nak risaukan dia?

-tapi aku still risau. Dia tengah marah. aku takut dia buat benda yang bukan-bukan.

-Fahim kan ada dengan dia?

-ya tapi aku tetap bertanggungjawab ke atas dia sekarang kan?

-kau yang buat dia macam ni.

-sebab tu aku rasa bersalah!

-kenapa kau tak fikir dulu sebelum buat?

-sebab aku tak sangka dia akan marah. aku Cuma nak tolong dia.

-tolong? You hurt her, and you hurt someone else too.

-siapa?

-you hurt yourself. You are hurt, don’t you? Don’t lie.

-yes, I’m hurt and I don’t know why.

-sebab kau buat dia sedih.

-kenapa macam tu?

-kau sedih bila dia sedih, that’s why.

-tak, tak mungkin.

-yes Marjan, you hate seeing her crying. You don’t actually want to see her hurt.

-argh! I don’t know!

"Marjan?"

"huh?"

"awak ok ke?"

"hah? Ok, kenapa?"

"sebab saya Tanya awak tak jawab."

"oh, ye ke? Awak Tanya apa?"

"betul awak kawan je dengan Lu'lu'?"

Diam.

"betul,"

"tapi saya rasa kalau kawan je, gayanya takkan macam ni. awak dan Lu'lu' tak nampak macam kawan."

Diam lagi.

"kenapa awak cakap macam tu?"

"sebab bila Lu'lu' marah awak tadi, saya rasa dia tak anggap awak kawan. Saya kawan Lu'lu' dah lama. Masa mama dia meninggal dan Fahim tinggalkan dia, saya ada dengan dia. Gaya dia marah awak tadi, pandangan dia, sama seperti pandangan dia pada Fahim masa dia marahkan Fahim, dan dalam masa yang sama, dia sedih sebab kehilangan mama dia. Saya rasa saya tak salah pandang."

Marjan senyum tawar.

"awak rasa? Jadi peratusan awak salah tu ada. Dia dan saya tak mungkin bercinta, tak mungkin juga berkawan."

"kenapa awak cakap macam tu?"

Marjan menunduk seketika.

"sebab saya sebenarnya, pemandu dia."

Mira tergamam, melopong.

"takkanlah?"

Marjan toleh.

"kenapa, tak percaya? Tak percaya ikut saya balik rumah. Awak akan tahu kebenarannya."

"tapi, gaya awak..."

"tak nampak macam pemandu? Sebab, entah, memang gaya saya macam ni kot?"

Mira memandang ke hadapan kembali. Cuba mengaitkan semua peristiwa.

"jadi, cinta kau orang berdua ni, kira cinta terhalanglah? Macam, Kasim Selamat tu?"

Marjan jatuh bahu. Hampeh betul perempuan ni. nak jugak teori ‘Lu'lu' dan Marjan bercinta’ tu.

"taklah, kitorang tak bercinta, hubungan yang ada Cuma hubungan majikan dan pekerja. Not more than that." Ujar Marjan yakin.

Mira geleng.

"ish, ish, kesiannya. Marjan, saya tau awak sebenarnya cintakan Lu'lu' kan? Dan dia pun cintakan awak, tapi kerana perbezaan darjat, korang tak boleh bersama, kesiannya..." ujar Mira penuh dramatic.

Marjan tepuk dahi. Kenapa dia ni tak nak faham-faham?

"ah, apa-apa jelah Mira. Saya balik khemah dulu." Niat Marjan mahu bangun terhenti.

Ada peluang lagi ke aku nak tidur bilik malam ni? Lu'lu' dah marah. hmm, khemah pun, khemahlah.

Marjan bingkas juga.

Meninggalkan Mira yang masih bersedih.

"Marjan! Saya doakan semoga cinta awak Berjaya!" jerit Mira dari kejauhan.

Marjan mengangkat sebelah tangannya tanpa menoleh ke belakang lagi. Senyum tawar. Cinta? Tak mungkin.

No comments:

Post a Comment