About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 6, 2009

Lu'lu' dan Marjan 19

Mereka menyusuri kaki lima dalam suasana hening. Lu'lu' sudah Berjaya merentap tangannya dari genggaman Marjan namun dia tetap melangkah, menurut langkah Marjan. Dan semestinya dengan berpeluk tubuh dan muka yang mencuka.

Marjan sebenarnya sudah buntu. Tidak tahu mahu makan di mana.

Itulah, memandai je nak bawak orang makan. sudahnya, aku sendiri sesat.

Marjan menggaru kepala yang tidak gatal.

Apabila sampai di simpang ke luar ke jalan besar, langkah Marjan mati tiba-tiba. Lu'lu' yang leka memandang ke arah lain tidak perasan yang Marjan sudah berhenti. Natijahnya, mukanya tersembam ke belakang Marjan.

‘hei! Kau ni, berhenti tiba-tiba kenapa?’ marah Lu'lu'. Dahi yang sakit tadi masih sakit. Hidung aku pulak kemek!

Marjan tersengih saja.

‘sebenarnya, saya tak tau nak makan kat mana.’ Marjan berterus-terang.

Lu'lu' merengus kasar sambil mengusap-usap hidungnya.

Dia turut memandang kiri dan kanan. Bukan tidak ada restoran berdekatan tetapi semuanya taraf gerai. Tidak rela Lu'lu' menjejakkan kaki ke tempat makan seperti itu.

‘so?’ Marjan meminta pendapat.

Lu'lu' merengus lagi.

‘jomlah, naik kereta, cari tempat best sikit. Saya tak nak makan gerai.’ Lu'lu' sudah berpatah balik. Menuju ke tempat letak kereta.

Marjan menjungkit bahu. Menurut sahaja.

Aku pun tak pernah makan gerai. Macam mana la rasanya? Hai, tak merasalah aku.

Sudah lama kereta mereka menyusur di jalan namun tiada tanda-tanda Lu'lu' mahu berhenti. Marjan resah, dan mengantuk.

‘awak nak makan kat mana ni?’ soal Marjan, untuk entah keberapa kalinya, dia pun tak tahu.

‘ish, bawak je lah.’ Marah Lu'lu' yang duduk di sebelahnya, bukan di belakang seperti selalu.

‘masalahnya kita dah pusing satu PD ni. awak dan saya bukan orang sini, jadi apa-apa tak ke susah nanti?’ balas Marjan, agak keras jugak.

Lu'lu' mendiamkan diri, tidak menjawab. Hening seketika sebelum dia bersuara acuh tak acuh.

‘pergi jelah hotel mana-mana. Senang sikit.’

Marjan menggigit bibir.

Apasal la minah ni tak boleh cakap awal-awal? Nak tunggu kena tengking jugak. Dah berapa ratus juta hotel dah lepas.

Sebaik saja mata Marjan menangkap sebuah hotel, dia memperlahankan kenderaan dan masuk ke pekarangan hotel itu.

Enjin dimatikan dan Lu'lu' turun tanpa disuruh. Marjan berlari-lari anak cuba menyaingi langkah Lu'lu' yang pantas masuk ke lobi hotel.

Lu'lu' berhenti di tepi sofa-sofa yang disediakan untuk tetamu, berpaling pada Marjan.

‘awak pergi Tanya mana restoran.’ Arah Lu'lu'.

Marjan menurut tanpa sepatah kata. Apabila dia sudah mendapat maklumat yang dikehendaki, dia menghampiri Lu'lu' kembali.

‘kat sana.’ Tunjuk Marjan ke satu arah, dan Lu'lu' mengatur langkah tanpa menanti lagi.

Restoran hotel itu agak sesak juga dengan pengunjung. Kebetulan pula, para pengunjung boleh menikmati hidangan di tepi kolam renang bertemankan lampu-lampu berwarna-warni. Seperti parti pula kelihatannya.

Sebaik mereka masuk, seorang pelayan wanita berpakaian seragam kemas mendekati mereka.

‘sir, table for two?’

Marjan angguk.

‘yes please.’

Pelayan itu tersenyum manis.

‘after me please.’

Mereka menurut tanpa banyak bicara.

Apabila sampai di meja yang kosong yang agak jauh dari yang lain, Lu'lu' hampir mahu berpatah balik. Meja itu terletak di tepi kolam renang dan dari pengamatannya, meja itu mungkin dikhususkan untuk pengunjung yang inginkan suasana romantic. Sebatang lilin berukir cantik di atas meja, menerangi ruangan meja itu. Meja yang lain tiada pula lilin di tengahnya. Dan lilin itu sudah terbakar separuh. Mungkin meja ini baru dikosongkan.

Pelayan itu tersenyum lagi.

‘sir, this is the only unoccupied table. Please, have a sit.’ Pelawa pelayan itu.

Marjan angguk senang. Lu'lu' berwajah kelat.

Marjan menarik kerusi, mahu duduk.

Pelayan itu hendak pergi apabila Lu'lu' terlebih dahulu menahannya.

‘waiter, please take away that candle. I don’t want that on the table.’ Arah Lu'lu'.

Marjan melopong sekejap sebelum dia menggaru dahi yang tidak gatal.

Lilin pun nak gaduh ke? Nak makan je kot?

Pelayan itu menurut tanpa sepatah kata sebaliknya dengan senyum manis.

‘thanks.’ Ucap Lu'lu' ringkas, dan pelayan itu berlalu pergi. Mungkin mengambil menu untuk mereka.

Lu'lu' menarik kerusi lalu duduk.

Melihat senyuman Marjan, Lu'lu' melarikan matanya.

Sakit hati. Marjan ketawa kecil melihat gelagatnya.

Lu'lu' mengerutkan dahinya.

‘awak ni kenapa? tak betul ke?’ tegur Lu'lu' sinis.

Marjan geleng.

‘tak, awak tu yang tak betul. Kenapa dengan lilin tu? Biarlah lilin tu kat atas meja ni, tak kacau awak pun.’

‘suka hati sayalah. I’m paying ok?’ balas Lu'lu'.

Marjan jungkit bahu.

‘ok.’ Malas Marjan mahu memanjangkan cerita.

Lu'lu' memeluk tubuhnya. Pandangannya terarah ke kolam. Tidak mahu bertentangan mata dengan Marjan.

Pelayan tadi datang membawakan menu, satu untuk Lu'lu' dan satu untuk Marjan.

Lu'lu' menjeling Marjan yang menyelak menu dengan pandangan curiga.

‘awak tau ke nak makan apa?’ soalnya penuh curiga, separuh berbisik juga.

Marjan mengerutkan dahinya.

‘maksud awak?’

Lu'lu' mendesah kuat.

‘yelah, makanan kat sini bukan makanan gerai. Mesti awak tak biasa makan. awak tau ke nak order apa?’ Lu'lu' menjelaskan dengan nada terpaksa.

Marjan senyum kecil.

‘saya taulah.’ Jawabnya ringkas, dan selamba membuatkan Lu'lu' mengecilkan matanya, berkerut dahinya tidak puas hati. Namun dia tidak membalas lagi. Mahu melihat tindakan Marjan seterusnya.

Konon pandai ya? Nak tengok sikit orang pandai ni.

‘give me one plate of spaghetti Bolognese and chicken lasagne. Plus one apple juice please.’ Dengan yakinnya Marjan mengutarakan menu yang dimahukannya.

Lu'lu' melopong untuk seketika.

Dia bergerak ke hadapan sedikit, dan mukanya ditutup dengan menu supaya pelayan itu tidak dapat melihat atau mendengar bicaranya yang mahu dilontarkan.

‘awak gila ke? Awak pernah makan ke semua tu? Kot ye pun nak habiskan duit saya, jangan sampai tak habis makan! nanti membazir!’ tegah Lu'lu', separuh berbisik.

Marjan mengenyit sebelah mata.

‘I know what exactly I’m doing.’ Sengaja Marjan menjawab begitu.

Dia ingat aku tak pernah makan benda-benda ni? lebih dari ni pun pernah. Biar dia sakit kepala. Haha.

Lu'lu' mencebik. Geram. Dia berpaling pada pelayan itu, dan segaris senyuman plastic diberikan.

‘one more plate for spaghetti Bolognese please. And a glass of carrot juice. Thank you.’ Pelayan itu mengangguk sambil menanda tempahan mereka di resitnya.

Menu dihulurkan kembali, dan pelayan itu berlalu pergi.

Lu'lu' menghadiahkan pandangan tajam, tidak puas hati, dan rasa ingin tahu yang mendalam.

Marjan angkat kening.

‘what?’

‘what are you trying to do actually? Nak malukan saya kat tempat macam ni? ha?’ soal Lu'lu', geram.

Marjan senyum nipis.

Hai la perempuan. Aku teringin nak makan semua tu la. Sejak sekian lama aku tinggal kat rumah kau, mana pernah mengadap lagi semua tu. Mengidam ni!

‘awak risau sangat kenapa? kalau betul saya tak pernah makan pun, kenapa awak risau sangat? Bukan saya mintak semua menu yang available. Saya order 2 jenis makanan je. Rileks.’ Selamba Marjan bertutur.

Lu'lu' membalas bicara Marjan dengan jelingan tajam.

Untuk seketika, Lu'lu' mengunci mulutnya. Matanya menyorot ke meja-meja lain, di sekeliling mereka. Kebanyakannya berpasangan. Tetamu berkeluarga kebanyakannya memilih untuk makan di dalam restoran. Lu'lu' resah sendiri.

Marjan menurut arah mata Lu'lu'.

‘hmm, semuanya couple kat luar ni.’ komen Marjan. Spontan.

Lu'lu' tidak menjawab, sebaliknya dia melarikan matanya dari Marjan. Sedaya-upaya melihat ke arah lain.

Marjan sedar Lu'lu' tidak selesa. Jika diikutkan, ini kali pertama mereka makan berdua.

Aku peduli apa. Lapar ni. spaghetti punya pasal, apa-apa pun tak kisah.

Tiba-tiba, minda Marjan menerjah kepada peristiwa kehilangan Lu'lu' tadi.

Marjan mengetuk-ngetuk jari di meja kayu itu, berkira-kira mahu bertanya atau tidak.

‘awak nak pergi mana tadi?’ soal Marjan seraya bersandar di kerusinya. Lu'lu' turut bersandar, memeluk tubuh.

‘mana-mana je.’

‘nak balik KL ke?’

‘tak lah, siapa cakap?’ dalih Lu'lu'.

‘saya ada spy lah.’

‘suka hati sayalah.’

‘suka hati sayalah.’ Ejek Marjan.

‘kalau kena jual baru tahu!’ usik Marjan.

Lu'lu' menjeling lagi. Tidak menjawab.

‘habis, kenapa balik semula?’ soal Marjan lagi.

Lu'lu' merengus kasar.

‘awak ni kan, macam nenek tua, tau tak? banyak mulut!’

‘eh, nenek saya tua tak banyak mulut, in fact she is of the opposite, kurang bercakap, tapi tak adalah suka menjeling macam orang tu. Sebab tu mata dia tak juling.’ Tekan Marjan di hujung ayatnya.

Lu'lu' membesarkan matanya, tidak puas hati dikenakan begitu. Marjan ketawa kecil.

‘kenapa awak check out tak beritahu saya?’ soal Marjan lagi. Sengaja mahu mendesak Lu'lu'.

Mengusik sekali-sekala apa salahnya.

‘suka hati sayalah!’

‘tengok! Awak ni kan, orang bertanya sebab prihatin. Nak marah-marah. kalau buat survey, orang yang paling banyak menuturkan ayat, ‘Suka hati sayalah!’, I think you would get to be the winner. Ayat tu je ke awak tahu? Suka hati sayalah!’ leter Marjan panjang lebar.

Lu'lu' merengus lagi.

‘saya nak balik sebab bosan! Tak ada apa yang best kat sini! buat sakit hati, buat penat je!’

‘Fahim?’

Mendengar nama itu meniti di bibir Marjan, Lu'lu' terdiam, dan dia mula teringatkan sesuatu. Marjan terdengar bicaranya semalam, semasa dia menyangka Marjan sudah tidur di pantai.

Untuk seketika, perasaan marah mula menyelinap di hatinya. Marah kerana Marjan bertindak sebegitu siang tadi.

‘who gave you the right to talk about me in front of others?’ soal Lu'lu', nadanya yang tadinya tegas sudah bergetar sedikit.

Berkerut dahi Marjan. Nyata dia terlupa tentang perkara itu. Banyak yang bermain di fikirannya, dan semuanya tentang Lu'lu'. Memang tak dapat dinafikan lagi, ingatannya berkisar pada Lu'lu' sahaja sekarang. Kerana Lu'lu' tanggungjawabnya.

Mata Lu'lu' bercahaya. Bersinar-sinar di bawah cahaya lampu yang segan-silu memancarkan cahayanya.

Marjan menunduk seketika.

‘I’m sorry. My bad. Really sorry.’ Marjan menyusun jemarinya dan dirapatkan, diletakkan di depan mulutnya.

‘why did you do that?’

Marjan senyum tawar. Cuba melawan panahan mata Lu'lu'. Ada sesuatu di situ. Terlukakah dia?

‘I, well, I thought, I’d like to do you a favour, but it turned out I was wrong. Obviously you didn’t like him.’ Jawab Marjan, mengakui salahnya.

Lu'lu' melarikan matanya.

‘don’t you dare do that again. Don’t meddle with my life. Are you clear about that?’ tegas Lu'lu' bertanya.

Marjan angguk sekali dua.

‘ok. That’s why saya nak berhenti. Because I don’t think I’m good in this job. And I’m tired quarrelling with you.’

Lu'lu' pula terdiam, dan untuk seketika, cuba mata mereka yang berbicara sebelum Lu'lu' melarikan matanya.

Sepi seketika.

Lu'lu' menunduk.

Tanpa mengangkat muka, Lu'lu' berbicara lagi.

‘sebab tu saya check out tadi. I feel guilty, and, angry. I don’t know, but I’m angry. With myself.’ Nadanya sudah mengendur. Dan bicaranya juga lambat-lambat.

Marjan dapat merasakan Lu'lu' sedang cuba meluahkan perasaannya. Yang tersembunyi di dalam hatinya. Dan kali ini, dengan mata Marjan terbuka luas, bukan seperti semalam. Dan ternyata hipotesis Mira tentang perasaan Lu'lu' salah. Lu'lu' tidak mempunya perasaan terhadapnya, Cuma rasa bersalah.

‘kenapa awak marah dengan diri awak? Awak tak salah.’ Ujar Marjan, perlahan.

Lu'lu' menggeleng, tetap tidak mengangkat mukanya.

‘I’m such a jerk. I know.’ Mungkin sudah tiba masanya dia mengakuinya.

‘no you’re not. I know you’re not that kind of person. Mira pun cakap macam tu.’ Pujuk Marjan.

Lu'lu' mengangkat mukanya.

‘pandailah awak. Apa lagi Mira cakap?’ nada suaranya berubah sama sekali. Tidak garang seperti tadi.

Ada segaris senyuman menghiasi raut wajah itu. Dan entah mengapa, hati Marjan berbunga melihat senyuman itu.

Marjan turut tersenyum.

‘well, dia kata awak baik hati, hormat orang tua, semuanya yang baik-baiklah, jangan risau.’ Tambah Marjan. Matanya tidak lekang dari wajah itu, biar Lu'lu' tidak menentang matanya.

Lu'lu' menunduk lagi merenung jemarinya di bawah meja. Tersenyum lagi.

Marjan tersandar senang. Begitu mudah Lu'lu' berubah karakter. Mungkin dia penat menengking dan memarahi aku. Dan mungkin dia sudah mula membenci dirinya kerana berkeadaan begitu.

‘well, as you know, I changed when my mother passed away. Since then, I became a pessimist in life.’

‘dan kerana Fahim juga.’ Tambah Marjan.

Lu'lu' mengangkat muka sekejap.

‘well, yeah, partly it’s because if him too. Entahlah.’

Lu'lu' tidak menyambung bicaranya.

‘boleh saya Tanya?’

Lu'lu' mendongak sedikit.

‘sejak bila pandai minta izin ni? selalu tu main hentam je.’ Ujar Lu'lu', membuatkan Marjan ketawa kecil.

‘sejak awak pandai cakap baik-baik, baru je tadi.’ Jawab Marjan selamba, dan Lu'lu' ketawa.

Marjan terkesima seketika.

‘awak nak Tanya apa?’ soalan Lu'lu' mengembalikan Marjan ke alam nyata.

Marjan gelabah sendiri.

‘awak, betul dah tak sukakan Fahim?’

Lu'lu' terdiam.

Dia mengeluh panjang.

‘he is a memory. I used to love him with all my heart, but not now. But sometimes, saya akui saya rindukan masa dulu. Tapi saya tau, saya patut lepaskan masa lalu pergi. He is still here, in my heart, but I just don’t think I’m contented with him by my side. Something is still missing and I don’t know what that is. So, I have to let him go.’ Bagaikan mimpi, Lu'lu' meluahkan semuanya, dan dia dapat merasa kesenangan menyelinap ke dalam seluruh jiwa raganya.

Dia lebih tenang setelah semua yang terbuku terluah. Pada Marjan pula tu.

Marjan terangguk bagai burung belatuk.

‘well, from the bottom of my heart, please forgive me, for my mistake during our game earlier.’ Marjan meminta maaf sepenuh hati.

Lu'lu' tersenyum kecil.

‘saya pun, minta maaf jugak kot? Sebab saya selalu tengking awak. Entahlah. Seriously, saya dah penat membina perisai yang saya sangka akan membuatkan saya bahagia. But what happened was otherwise. Saya lebih terseksa. Saya penat. Penat sangat.’ Bicaranya jelas menunjukkan isi hatinya.

‘tak apa. Awak kan anak dato. Saya ni Cuma driver je.’ Sengaja Marjan mengusik.

Lu'lu' tersenyum lagi.

‘sorry lah. Banyak yang saya cakapkan pada awak, saya tak maksudkan. Ikut sedap mulut je.’

Marjan baru mahu membuka mulut apabila pelayan datang membawakan hidangan mereka.

Apabila pelayan itu berlalu pergi, Lu'lu' merenung dua pinggan milik Marjan, dengan wajah curiga.

‘awak sure ke awak boleh makan semua ni?’ soal Lu'lu' lagi. Namun kali ini, nadanya lebih lembut.

Marjan Cuma tersenyum kecil.

‘jangan risau. Saya pernah makan semua ni. sebab tu saya berani mintak.’

‘ye ke? Bila?’

‘adalah, once in the past. Makanlah. Perut dah berkeroncong dah ni.’

Marjan sudah mengangkat sudu dan garpu apabila dia tiba-tiba teringatkan sesuatu.

‘awak rasa bersalah saya nak berhenti?’ soalan Marjan membuatkan Lu'lu' kelu seketika.

Lu'lu' mengangguk tanpa memandang wajah Marjan.

‘saya penat menyusahkan dan menyakitkan hati orang. but I can’t help it. Words kept coming and coming out from my mouth before I could even think. Sometimes, I hate myself.’ Ujar Lu'lu', menyesal.

Marjan berfikir sejenak.

‘ok. Apa kata kita buat perjanjian?’

‘hah? For what?’ soal Lu'lu' hairan.

‘bukan perjanjian apa pun. Since awak menyesal dengan perbuatan awak, saya akan beri awak peluang untuk tebus salah awak. Saya takkan berhenti. Dan saya tak akan beritahu dato tentang semua yang terjadi sepanjang 3 hari ni. it’s our secret. Tapi, awak kena janji, no harsh words. Back to your true self. Boleh?’

Lu'lu' terdiam lagi. Lama baru dia mengangguk.

‘ok. I’ll try.’

‘no need to try. Awak sebenarnya baik. Saya tau. Just let it flow naturally. Macam sekarang. Saya suka awak macam ni.’

Pujian Marjan membuatkan wajah Lu'lu' memerah.

Marjan tersenyum melihat Lu'lu' malu sendiri.

‘mama awak sangat bertuah, sebab anak dia cantik, dan baik.’ Tambah Marjan lagi. Pandangan mereka bertaut.

Marjan meletakkan sudunya. Tangannya dihulurkan. Lu'lu' terpinga-pinga.

‘friends?’

Lu'lu' kelu. Friends, only?

‘friends.’ Disambut juga tangan Marjan. Marjan tersenyum kecil. Genggaman tangan mereka terlerai.

‘makan, makan, hari ni saya belanja.’ Ikhlas Marjan menawarkan diri.

Lu'lu' mengecilkan matanya.

‘are you sure?’

‘of course!’

Lu'lu' tersenyum sambil menggeleng.

‘no need Marjan. I should treat you to a dinner. This is on me.’

Marjan jungkit bahu. Bukan salah Lu'lu' kalau dia tak percaya aku. Yelah. Kalau aku ni memang driver, boleh habis separuh gaji aku bayar makanan ni.

‘ok, next time, it should be on me.’

Lu'lu' ketawa kecil.

‘ok. Mr driver.’ Dan masing-masing mula menyuap. Marjan tersenyum senang. Hati Lu'lu' berbunga riang. Dia sudah bebas!

No comments:

Post a Comment