About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Friday, June 26, 2009

Aduhai Cikguku...

Izza membaca baris-baris ayat di atas kertas Putih itu. Mengetap bibir geram. Irwan. Apa yang tertulis di atas kertas itu?

Hai Izza. Tak sangka jumpa kau kat sini. anyway, nampaknya sejarah akan berulang. Since kita punya status yang sama, why don’t we fight like the old times? Taruhannya, anugerah guru cemerlang peringkat sekolah nanti. Aku tau kau akan menerima cabaran ni. so long!

Your competitor, forever and ever,

Irwan.

Kertas di tangan direnyuk-renyukkan. Darahnya mendidih. Irwan!

*******

‘Izza, macam mana ni? dah berapa kali dah Irwan tu dapat nombor satu. Benci betul aku dengan dia tu.’ Alina mencebik.

Izza bermain-main dengan pensil di tangan.

Alina merenung Izza tajam apabila Izza tidak memberi sebarang reaksi.

‘Izza, kau dengar tak ni?’ marah Alina.

Izza angkat muka.

‘ya, aku dengar. Habis tu, aku nak buat macam mana? Dah memang dia pandai. Biarlah dia.’ Izza berbasa-basi.

Izza, Alina, dan Irwan sekelas namun mereka tidak berkawan. Seakan wujud dua kelompok di dalam kelas itu. Yang perempuan di belakang Izza, yang lelaki di belakang Irwan. Padahal, Izza sendiri tidak pernah kisah dengan hal itu.

Sungguhpun begitu, dia tetap tidak berkawan dengan lelaki, terutamanya dari kelasnya. Seperti sudah tradisi mereka berkelompok begitu.

‘Izza, mana boleh biar. Kau kena dapatkan nombor satu dalam tingkatan pulak. Asyik dia je. Kau tak sakit hati ke duduk bawah dia je?’ cucuk Alina lagi.

Izza menggigit pensil. Malas sahaja lagaknya. Bila loceng nak bunyi ni. bosan mendengar bicara Alina.

Bagaikan mendengar suara hatinya, loceng berbunyi nyaring menandakan waktu rehat telah habis.

Alina mendengus perlahan sebelum mengambil tempatnya di belakang Izza.

Guru tingkatan mereka merangkap guru bahasa inggeris masuk setelah 5 minit yang membosankan Izza berlalu.

‘hmm, di tangan cikgu sekarang, keputusan peperiksaan penggal yang lepas. Cikgu akan sebutkan kedudukan kamu di dalam kelas. Cikgu nak kamu beri perhatian. Yang lemah, cikgu akan tumpukan lebih perhatian pada kamu.’ Tegas suara Cikgu Iqbal.

Izza bermain-main dengan pembaris pula.

‘ok, nombor satu, nampaknya, kali ni, bukan hero kita yang dapat nombor satu. Mahkota tu dah dirampas oleh the regular runner up, Izza Abu Bakar.’ Izza kaku seketika mendengar namanya.

Serentak semua mata tertumpu padanya.

Izza menegakkan duduk.

‘cikgu, betul ke ni?’ Tanya Izza tidak percaya. Alina sudah menarik-narik kerusinya dari belakang gembira. Sorakan kedengaran di pihak pelajar perempuan, sementara yang lelaki merungut.

‘betul Izza. Awak dapat tempat pertama dalam kelas, sekaligus dalam tingkatan.’ Cikgu Iqbal mengulangi sekali lagi.

Izza tersenyum lebar hingga ke telinga. Dia menjeling Irwan yang melihatnya sinis. Padan muka!

Walaupun dia tidak begitu kisah dengan hal Irwan mendapat tempat pertama, namun kali ini dia merasa megah pula.

‘tahniah Izza.’ Ucap Cikgu Iqbal.

Izza senyum senang.

‘terima kasih cikgu.’

‘baiklah, cikgu akan membaca senarai penuh kedudukan kamu di dalam kelas.’

Cikgu Iqbal mula membaca namun fikiran Izza sudah melayang jauh. Gembira yang teramat.

Petang itu, Alina yang terlebih gembira dari Izza berbicara senang. Mereka duduk di perhentian bas menanti bas pulang.

‘Izza, bagus kali ni kau dapat nombor satu. Aku dah muak tengok nama dia kat atas sekali. Bagus Izza! You did a great job!’ hari ini sahaja, bukan satu ucapan tahniah yang diterima tapi berkali-kali.

Hampir semua orang tahu dan mengenali Izza dan Irwan kerana mereka aktif di dalam dan di luar kelas. Dan mereka juga tahu pencapaian cemerlang Izza dan Irwan yang konsisten. Lebih-lebih lagi, tahun ini mereka akan mengambil PMR. Jadi, tumpuan lebih diberikan kepada tingkatan mereka dan tingkatan 5.

‘hmm, aku tak buat apa-apa pun.’ Izza berbasa-basi.

Alina mengerutkan dahi. Memandang Izza hairan.

‘itulah kan? Kau dengan Irwan sama je. Bukan study banyak mana pun tapi top. Kadang-kadang geram jugak aku dengan kau ni. Irwan pun.’ Ujar Alina geram.

Izza Cuma tersenyum simpul.

Tiba-tiba, sekelompok lelaki berbasikal menghampiri. Dari jauh, kedengaran bunyi kambing yang dibuat-buat. Izza tidak mengendahkan namun apabila bunyi itu tidak berhenti, dia berpaling melihat gerangannya.

Irwan dan rakan-rakannya! Sebaik Izza melihat mereka, mereka mengayuh pantas meninggalkan perhentian bas itu.

‘kenapa diorang buat bunyi kambing?’ Tanya Izza hairan.

Alina jungkit bahu.

‘entah, gila kot.’ Selamba Alina menggelar.

Deruan bas semakin kuat. Izza dan Alina terus melupakan Irwan dan teman-temannya.

Keesokannya, Izza mengalami pengalaman pelik. Ke mana dia pergi, library, kantin, bilik guru, di dalam kelas sekalipun, dia akan mendengar bunyi kambing yang dibuat-buat.

Keadaan ini berlarutan agak lama juga. Dalam masa yang sama, Alina pula berkelakuan pelik. Entah apa terjadi padanya, Izza tidak pasti.

Sudah dia bertanya, namun jawapannya tidak memuaskan. Akhirnya, dia malas mahu ambil pusing lagi.

Suatu hari, dia bertanya pada teman yang lain tanpa disengajakan.

‘aku rasa pelik la, kenapa aku pergi mana-mana sekarang ni, ada bunyi kambing?’

‘ye ke Izza? Kenapa ek?’ seorang teman bertanya hairan.

‘apa pasal jadi macam tu?’ seorang lagi bertanya.

Izza jungkit bahu. Kalau aku tau, aku tak Tanya la.

Alina yang kebetulan mendengar menghampiri dengan riak wajah bersalah. Izza yang melihat wajahnya begitu menegur.

‘kau kenapa?’

Alina geleng, mengambil tempat di sisi Izza.

‘Izza, maafkan aku. Sebenarnya, hari tu, aku berbual dengan Kamaliah. Aku beritahu dia secara bergurau, yang kau tak suka mandi. Macam kambing. Lepas tu, tiba-tiba, Irwan datang, senyum meleret je. Izza, maafkan aku.’

Izza terdiam. Kaku di situ. Irwan! Jadi ini angkara dia!

‘kau tak salah. Aku maafkan kau.’ Ujar Izza. Hatinya mendidih. Irwan!

Sejak itu, semakin sakan bunyi kambing kedengaran ke mana sahaja Izza pergi. Hal itu menyebabkan dia menjadi sangat benci pada Irwan. Benci kerana Irwan memburukkan dirinya. Benci kerana Irwan menggunakan cara kotor untuk menjatuhkannya. Irwan, tiada maaf bagimu!

***********

‘cikgu Izza!’ panggilan Zureen membunuh lamunan Izza. Izza menoleh.

‘Zureen,’ senyum tawar. Zureen menghampiri.

‘cikgu ada kelas ke?’

Geleng.

‘tak, kenapa?’

Zureen pula geleng.

‘tak ada apa-apa. Cikgu, saya dengar, cikgu Irwan tu kawan sekolah cikgu dulu.’ Nama Irwan membuatkan wajah Izza berubah.

‘hmm, siapa yang cakap?’

Zureen senyum nipis.

‘cikgu Alina.’ Ai, Alina ni mulut tu tak boleh jaga betul.

‘hmm, eh, cikgu lapar ni. kamu masuk kelas. Nanti kita sembang lagi.’ Zureen angguk mendengar arahan itu.

‘saya pergi dulu.’ Zureen berlalu. Izza ketap bibir.

Izza masuk kembali ke dalam bilik guru, mencari Alina.

‘kau beritahu budak-budak ke kita satu sekolah dengan Irwan?’ serang Izza sebaik dia berjumpa Alina.

Alina senyum nipis.

‘haah, kenapa? Salah?’ tingkah Alina dengan senyum memanjang.

Izza peluk tubuh.

‘salah sebab aku tak suka dikaitkan dengan Irwan dalam hal apa sekalipun!’ jawab Izza, marah.

Alina memegang bahu temannya itu. Teman sekolah, teman maktab, dan kini teman mengajar. Irwan pula baru sahaja bertukar ke sekolah mereka. Belumpun sebulan.

‘Izza, benda ni hal dulu-dulu, takkan kau tak boleh maafkan dia dan berbaik dengan dia?’ soal Alina.

Buntang mata Izza mendengar bicara Alina.

‘berbaik dengan dia? In your dreams ok? Aku tak pernah nak bermusuh dengan dia macam ni. dia yang mulakan, sekarang, rasakanlah!’ marah Izza.

Alina geleng tak setuju.

‘ish kau ni, dari zaman budak-budak sampai dah jadi cikgu, dah boleh jadi mak budak pun nak macam ni. dah lah, lupakan je. Aku rasa dia dah ok la, tak macam dulu. Percayalah.’ Alina meyakinkan. Alina mengambil buku-buku di atas meja dan digalas tas tangannya.

Izza menjeling.

‘ada kelas ke?’

Alina angguk.

‘haah, aku pergi dulu.’ Alina meninggalkan Izza dengan perasaan membuku. Dah berubah? Surat ni buktinya dia tak pernah berubah. Takkan!

*******

Loceng berbunyi nyaring. Izza mengeluh kecil. Rata-rata muridnya sudah menghantar kerja yang diberi tadi.

‘lepas ni subjek apa?’ Tanya Izza yang mengajar bahasa inggeris. Zureen pantas menjawab.

‘PJ cikgu.’

‘siapa ajar?’

‘cikgu Irwan.’

Gerakan tangan Izza yang sibuk mengemas buku terhenti. Irwan ya?

‘oh, cikgu lupa pulak. Cikgu dengan cikgu Irwan kan kawan sekolah dulu, so cikgu Irwan ada cakap kalau nak lanjutkan masa cikgu pun tak apa. Kita sambung lagi ya? 15 minit lagi kita berhenti. Ok?’ tiada yang menjawab. Rata-rata pelajar mengeluh.

Zureen angguk saja walaupun dia dapat merasakan ada yang tak kena di situ.

Di padang, setengah Jam kemudian.

‘Syafik!’ Irwan memanggil ketua kelas 3A.

Syafik yang sudah lengkap berpakaian sukan mendekati Irwan yang mempamerkan riak tidak puas hati.

‘ya cikgu.’

Irwan mencekak pinggang.

‘kenapa kamu lambat?’

Syafik terdiam seketika.

‘cikgu Izza kata cikgu benarkan dia ambil masa cikgu. Lama pun tak apa sebab cikgu berdua satu sekolah dulu. Jadi, dia benarkan kitorang keluar hanya lepas 15 minit loceng berbunyi.’jelas Syafik.

Irwan menunduk seketika. Izza ya?

‘hmm, baiklah. Pergi main.’ Arah Irwan. Syafik memusingkan badannya, menyertai rakan-rakan lain di tengah padang semula.

Izza. Irwan mengetap bibir.

Minggu depannya, Izza masuk ke kelas seperti biasa, mendapati kelasnya kosong. Puas dia menunggu sehingga habis masa, pelajarnya tidak juga kelihatan. Akhirnya, rehat itu, dia memanggil Syafik dan Zureen selaku pembantu ketua kelas berjumpanya.

‘kenapa kamu tak ada dalam kelas tadi?’ Tanya Izza tegas sebaik Syafik dan Zureen tiba di bilik guru.

Syafik pandang Zureen, Zureen pandang Syafik, bingung.

‘cikgu Irwan kata, cikgu tak datang. So, cikgu yang minta dia gantikan masa cikgu dengan masa PJ.’

Berubah wajah Izza mendengar penjelasan Syafik.

‘ok, ok, kamu boleh pergi.’ Arah Izza. Syafik dan Zureen berlalu dengan rasa pelik.

Di luar bilik guru, Zureen garu kepala yang tak gatal.

‘fik, aku peliklah dengan cikgu Izza dan cikgu Irwan ni. diorang macam kenal satu sama lain, tapi gaya diorang sama-sama pelik. Aku hairanlah. Cikgu Izza tadi, muka sikit punya garang, dengar nama cikgu Irwan, terus berubah wajah dia. Ish, hairan aku.’ Zureen meluahkan apa yang terbuku di fikirannya.

Syafik angguk perlahan.

‘baru aku teringat, hari tu, gaya cikgu Irwan pun macam cikgu Izza jugak. Mula-mula, nak marah betul, bila dengar nama cikgu Izza, terus dia berubah.’ Syafik pula menceritakan perihal cikgu Irwan.

Tiba-tiba, Zureen senyum lebar.

‘fik, entah-entah, diorang suka sama suka tak?’ teka Zureen.

Syafik angguk sambil tersenyum.

‘eh, boleh jadi juga kan?’ mereka ketawa bersama sambil beriringan menuju ke kelas.

Sementara itu, di dalam bilik guru.

‘geram betul aku dengan Irwan tu! Ada ke patut dia ambil semua masa aku! Aku ambil masa dia setengah Jam je! Memang betul kurang ajar!’ marah Izza. Alina yang sedang membaca akhbar di mejanya senyum nipis. Kala ini, Cuma mereka sahaja yang berada di dalam bilik guru.

‘kau yang cari pasal dengan dia dulu kan?’ Izza menoleh pantas ke Alina.

‘eh, kau ni dulu bukan main menyampah dengan dia, sekarang dah baik pulak. Aku tak kisah kau nak jadi baik dengan dia ke apa ke, tapi tolong jangan bela dia depan aku, ok?’ tempelak Izza geram.

Alina senyum lagi.

‘Izza, let go of your hatred. It will not benefit you, ok?’ nasihat Alina.

Izza mendengus kasar.

‘ah, tak de! Aku tetap benci dia sampai bila-bila!’ Alina hanya mampu menggeleng melihat Izza.

Minggu berikutnya.

‘minggu lepas, cikgu Irwan dah ambil masa cikgu semuanya kan? Jadi kali ni, dia beri semua masa dia pada cikgu. Jangan risau, cikgu akan buat aktiviti dengan kamu, ok?’ Izza mengukir senyum penuh makna. Tidak dia pedulikan wajah bosan anak muridnya.

Setelah setengah Jam masa Irwan berlalu, Irwan muncul di muka pintu kelasnya membuatkan Izza gelabah seketika.

‘what is your problem Izza?’ Tanya Irwan, di hadapan kelas, di hadapan semua muridnya.

Izza menatap renungan tajam Irwan. Memeluk tubuhnya.

‘nothing.’

Dia cuba berlagak selamba sebaik mungkin.

‘then, give me back my students!’ arah Irwan.

Mencerlung mata Izza melihat Irwan. Dia menuding jarinya ke arah anak muridnya.

‘your students? Hei! You stole my half an hour last week, ok!’ tempelak Izza. Tidak lagi dia pedulikan etika seorang guru, apatah lagi dengan kehadiran muridnya.

Irwan masuk ke kelas, mendekati Izza. Yang lain menanti penuh debaran. Apa yang sedang berlaku?

‘you started it!’ tuduh Irwan.

Izza memalingkan mukanya tidak percaya, senyum sinis.

‘I started it? You wanted it, right? You, asked for it!’ dituding jarinya ke Irwan.

Irwan mengetap bibir.

‘apa kau merepek ni?’ soalan Irwan membuatkan Izza bertambah bengang.

Dia memalingkan mukanya geram, mencapai tas tangannya, mengeluarkan kertas Putih itu.

‘nah! This is from you right?’ Izza mencampakkan kertas itu ke muka Irwan.

Dengan dahi berkerut, Irwan membaca bait-bait yang tertulis di situ. Kemudian, dia senyum sinis.

‘ini dari aku? Kau ingat aku ni dah banyak sangat masa free ke untuk buat benda mengarut ni?’ tingkah Irwan.

‘but this is from you.’ Izza mengetap bibir. Dia sudah bingung. Kalau bukan Irwan, siapa yang nak melagakan mereka?

‘Izza, boleh aku Tanya, kenapa kau benci aku sangat?’ soalan Irwan membuatkan jantung Izza seakan berhenti berdegup.

Kelas itu senyap sepi. Hampir 35 pasang mata tertumpu pada Izza, menanti jawapannya.

‘sebab, sebab, kau malukan aku di sekolah dulu!’ jawab Izza. Teragak-agak. Gugup.

Irwan ketawa kecil. Kedengaran sinis.

‘apa yang aku buat kat kau dulu? Setahu aku, aku tak pernah kacau kau, Izza, in fact, aku cuba dekati kau. Tapi aku tak tau kenapa kau benci aku sangat. Surat aku pun kau pulangkan.’ Izza angkat muka, kerut dahi.

‘surat?’ soal Izza kembali. Irwan angguk yakin.

‘yup. I gave a letter to you. Wait. Don’t tell me you know nothing about this.’ Izza geleng perlahan. Wajahnya jelas menunjukkan dia tidak tahu menahu tentang itu.

Irwan meletakkan tangan di dahi. Mendengus kasar.

‘oh god, Alina.’ Izza kerut dahi lagi.

‘kenapa dengan Alina?’ soal Izza bingung. Irwan menggigit bibirnya.

‘Alina yang buat kita macam ni.’ jawapan Irwan membuatkan Izza tersentak.

‘tak mungkin.’ Ujar Izza tidak percaya.

Irwan angguk.

‘I’m 100% sure Izza.’ Izza terduduk di kerusi guru. Menongkat kepalanya. Alina.

************

‘Alina!’ panggil Irwan. Alina menoleh. Wajah tidak senang dipamerkan. Menyembunyikan degupan jantung yang berdegup pantas tatkala Irwan mendekati. Hari yang sama keputusan peperiksaan diumumkan Cikgu Iqbal.

‘tolong aku boleh?’ Alina mengerling surat di tangan Irwan.

‘tolong apa?’ Tanya Alina berbasa-basi.

‘tolong beri surat ni pada Izza?’ surat itu dihulurkan. Alina mengetap bibir, menahan pilu. Irwan suka Izza?

Surat itu diambil juga.

‘hmm, ok.’

Irwan senyum senang.

‘thanks!’

Irwan berlalu pergi.

Namun surat itu tidak pernah sampai ke tangan Izza. Sebaliknya, Alina mengupah beberapa orang untuk memulakan bunyi kambing yang didengari Izza ke mana dia pergi. Dan Alina juga memfitnah Irwan pada Izza supaya Izza takkan pernah tahu tentang surat itu. Tamat tingkatan 3, Irwan berpindah sekolah dan tika itulah, surat itu kembali ke tangan Irwan.

*********

Izza membuang pandang ke tengah padang, melihat pelajarnya bermain. Irwan di sisi menyandar tenang.

‘kalau betul apa yang kau cakap ni, aku, aku minta maaf banyak-banyak sebab salah sangka pada kau.’ Ujar Izza penuh rasa bersalah.

‘Izza, kenapa aku nak bohong? Tak ada sebab pun. Lagipun, aku tak pernah buat mulakan bunyi kambing tu. Aku pun hairan jugak. Bila aku Tanya, tak ada yang menjawab. So, aku biar jelah. Tapi dalam masa yang sama, aku perasan kau macam benci je bila tengok aku. Aku mati-mati ingat sebab surat tu, so, lagilah aku malas nak bising. Diam-diam je lah. Anyway, kau tak salah. Cuma aku hairan, kenapa Alina sanggup buat macam ni dekat kau?’ soalan itu menusuk jiwa raga Izza.

Memang dia patut bertanya pada Alina, kenapa Alina sanggup menikamnya? Sungguh dia tidak menyangka di sebalik nasihat Alina supaya dia berbaik dengan Irwan. Alina memaksudkan yang sebaliknya. Dia tidak ikhlas mahu mereka berbaik.

‘so, sekarang, macam mana kita nak buktikan semua ni? aku tak nak berdiam diri. Kerana Alina, aku dan kau bermusuh.’ Tegas suara Irwan.

Izza menegakkan duduknya.

‘kita berlakon.’ Tegas suaranya.

Irwan kerut dahi.

‘berlakon?’

*********

‘Alina! Jom, kau kena ikut aku jumpa Irwan sekarang jugak!’ Izza menarik tangan Alina. Alina kaku tidak bergerak.

‘ke mana?’ soalnya.

Izza mendengus kecil.

‘ala, tak payah Tanya lah. Ikut je. Kitorang nak buat perhitungan. Kau kena jadi hakim.’ Izza pantas menarik tangan Alina, memaksa Alina melangkah juga.

‘Irwan!’ Irwan menoleh. Suasana kantin yang lengang memudahkan Izza membuat perhitungan.

Alina bertambah resah.

Izza melepaskan tangan Alina sebaik Irwan berada di depannya.

‘kita kena selesaikan hal kita.’ Ujar Izza. Alina memegang tangan Izza.

‘Izza, dah lah, janganlah gaduh kat sini.’ Alina memujuk.

Irwan pandang Alina, angkat tangan.

‘tak apa Alina. Hari ni kitorang akan selesaikan semuanya.’ Irwan berkata tenang. Alina telan liur.

‘ok, Izza. Apa masalah kau?’ Tanya Irwan tegas.

Izza memeluk tubuh.

‘masalah aku, kau. Aku benci kau, kau tau tak?’

‘kenapa kau benci aku?’ soal Irwan lagi.

‘sebab kau dah memalukan aku! Kau beritahu semua kawan-kawan kau tentang perbualan Alina dan Kamaliah, dan kau yang memulakan bunyi kambing tu kan?’ soal Izza garang.

Irwan senyum sinis. Memandang Alina yang jelas kecut namun masih cuba menyembunyikan kegusarannya.

‘bila kau bercakap dengan kamaliah?’ Irwan menatap Alina tajam.

Alina garu kepala.

‘err, hari tu.’

‘hari tu bila?’ desak Irwan.

‘ada hari tu, kau dengar perbualan aku dengan Kamaliah.’

‘macam mana kau tau aku dengar?’

Alina diam.

Irwan mengalihkan matanya pada Izza pula.

‘aku tak tau lah apa masalah kau orang ni, tapi kalau nak fitnah aku, biar kena pada tempatnya. Pemberi maklumat kau sendiri tak pasti macam mana dia tau aku dengar.’ Izza memandang Alina, kemudian merenung Irwan geram.

‘aku percayakan dia lah!’ marah Izza.

‘so?’ Irwan menjegilkan matanya ke Izza. Dan dia berpaling pada Alina sekali lagi.

‘entah-entah, surat aku untuk kau hari tu pun dia tak bagi kat kau.’ Teka Irwan. Wajah Alina merah padam.

Izza menoleh ke Alina, dan Irwan silih berganti.

‘surat apa?’ Alina mula gugup.

Irwan mendengus kecil.

‘kau tak bagi surat tu pada Izza kan?’ tempelak Irwan.

Alina pandang Izza yang merenungnya tidak percaya.

‘Izza, aku, aku,’ Alina mahu membela diri.

Izza mengetap bibir.

‘surat apa lina?’ masih memandang Alina tidak berkelip.

‘ok, aku mengaku, hari tu, Irwan ada bagi surat untuk kau, tapi aku tak beri pada kau, sebab kau benci dia kan? Jadi kenapa aku nak bagi surat tu kat kau kan?’ Izza terdiam sekejap, sebelum mengangguk.

‘logiklah dia tak bagi surat kau tu. Aku tak suka kau, tak ada sebab aku nak terima surat kau.’ Tingkah Izza pada Irwan.

Alina melepaskan nafas lega. Izza percaya padanya.

Irwan senyum sinis.

‘surat yang kau beri pada Izza, surat yang mana pula?’

Alina pantas angkat tangan, menidakkan.

‘aku tak tau apa-apa pasal surat taruhan tu!’

Izza menoleh ke Alina.

‘mana kau tau, surat tu surat taruhan?’ Alina terdiam. Melawan renungan Irwan dan Izza yang lebih kurang tajamnya.

***********

‘hah, Zureen, Syafik, jemput makan.’ Izza membetulkan dukungan Haikal yang baru berusia setahun.

Zureen senyum sahaja melihat Haikal yang comel.

‘cikgu, makan lah sekali.’ Jemput Syafik. Dia menyuap rendang daging dan ketupat nasi ke dalam mulutnya.

Izza menggeleng. Dikerling Haikal yang comel berbaju melayu kanak-kanak.

‘mana boleh. Kalau cikgu nak makan, cikgu Irwan kena pegang Haikal ni. gilir-gilir. Kalau kami makan sama-sama, alamatnya, tunggang terbalik satu rumah Haikal kerjakan.’ Beritahu Izza.

Zureen sengih saja. Luculah si Haikal ni.

‘cikgu ke atas kejap. Panggil cikgu Irwan.’ Izza meminta diri.

Dia memanjat tangga separuh, dijeritnya saja dari situ.

‘bang, turunlah cepat. Budak-budak ni nak balik dah ni.’ laung Izza.

Zureen dan Syafik berbalas senyuman mendengar laungan cikgu Izza yang sudah 2 tahun menjadi isteri cikgu Irwan. Mereka pula sudah setahun meninggalkan sekolah.

‘ok, ok.’ Irwan melangkah turun, membetulkan songkoknya. Izza mencebik.

‘nah, ambil Haikal. Saya nak makan.’ Izza mengunjukkan Haikal. Irwan menyambut separuh hati.

‘awak la pegang dia dulu. Saya nak makan ni.’ protes Irwan.

‘tak de, saya makan dulu.’

Zureen dan Syafik yang mendengar pertengkaran kecil itu menggeleng.

‘ish, cikgu kita yang berdua ni tak berubah lagi.’ Komen Syafik, cukup kuat untuk didengari Zureen sahaja.

Zureen turut senyum, menggeleng.

‘aduhai cikguku.’ Dan mereka ketawa kecil.

********

‘bang, tau ke Alina kat mana sekarang?’ Tanya Izza satu hari. Irwan geleng.

‘entahlah. Biarlah dia.’

‘Izza rasa tak best, we were best friend.’

‘nak buat macam mana? Dia yang larikan diri, bukan kita. Kita dah maafkan dia. Dahlah tu, jangan dikenang lagi.’

‘hmm, Haikal mana?’

‘eh, tadi bukan Izza pegang ke?’

Izza pantas bangun.

‘bang, mana Haikal?’ Irwan turut bingkas. Kelam kabut mereka berdua mencari Haikal.

‘Haikal!’

P/s: aduhai cikguku... ;)

3 comments:

  1. haha..
    lwak jer irwan ngan izza neh..
    hu~
    best..
    berbeza dri cite2 len..
    gee~

    ReplyDelete
  2. hahaha...kelakar.
    anak ppon boleh hilang????

    ReplyDelete