About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru November 2016!

Terbaru November 2016!

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Sunday, July 4, 2010

Anaknya, Anakku Jua: Prolog

PROLOG

Hari ini langit cerah. Burung berkicauan riang meraikan hari yang begitu ceria. Air tasik yang menghijau juga beriak tenang, sekali-sekala bila ikan-ikan dan segala isinya naik ke permukaan. Namun begitu, ketenangan itu tidak menghiburkan langsung hati dua insan yang sedari tadi membatu di atas kerusi itu.

Bukan sekali dua mereka bertemu di situ, malahan sudah beratus kali, tetapi pertemuan kali ini, pasti yang terakhir. Dan bukan sekali dua gadis itu teresak-esak menangis kerana bicara lelaki itu, sudah berkali-kali, namun tangisan ini, mungkin yang terakhir.

Lelaki itu tenang. Sungguh tenang, tiada riak bersalah yang terpamer, mahupun sedih. Wajahnya lebih tenang dari air tasik di hadapan mereka. Sementara gadis itu sudah berbaldi-baldi air matanya, namun ternyata lelaki itu tetap dengan keputusannya.

“Maafkan saya. Hubungan kita...perlu ditamatkan. Saya tak mahu awak terus-terusan hidup dengan harapan. Ummi awak takkan restui kita sampai bila-bila.” Tegas nada itu, seperti marah pun ada.

Esakan Nisa' semakin sukar dikawal.

“Tapi awak yang kata kita akan tetap bersama, sampai ummi bawak saya pergi dari awak? Kenapa sekarang awak mungkir janji? Sampai hati awak, Badri.” Tutur Nisa' dalam sedu yang masih bersisa.

“Nisa', wake up! Kita bukan budak lagi. Saya dah penat hidup dalam bayangan. Saya mungkir janji? Ya, memang saya mungkir janji. Janji kosong.”

Nisa' tersentak mendengar bicara Badri.

“Awak.. menyesal?”

Badri bingkas, dengan tangan dimasukkan ke dalam pongket. Kala itu, dia kelihatan angkuh sekali.

“Memang saya menyesal. Sepatutnya dari awal lagi saya berhenti beri awak harapan. Sekarang, walaupun dah agak terlambat, tapi saya minta maaf. Saya tak dapat teruskan lagi.”

Badri menoleh sekilas, dan Nisa' benar-benar pasti dia tidak salah lihat. Badri benar-benar tenang dan tiada pun riak bersalah di wajahnya.

“Saya harap awak bertemu dengan orang yang lebih baik dari saya. Selamat tinggal, Nisa'..” Badri terus berpusing, berpaling dari Nisa', dan berlalu pergi, tanpa menoleh lagi.

Nisa' menggigit bibir. Air matanya masih lagi mengalir laju. Saya takkan maafkan awak, sampai bila-bila. Sampai hati awak....

2 comments:

  1. "gadis itu sudah berbaldi-baldi air matanya"..aku gelak weh bace nie!

    a very fruitful prolog, not too long and not too brief..just nice to make people wonder what's going on with this story =)

    ReplyDelete