About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Monday, May 10, 2010

Ini Bubur Cinta: Bowl 14




Deruman enjin motor Tuk Khalid yang dipandu Isabelle memecah keheningan jalan kecil kampung itu. Hari ini, Isabelle perlu ke kebun kerana Said, orang kampung yang rajin yang lazimnya diupah Nek Zizah tidak dapat ke kebun hari ini kerana urusan keluarganya. Pisang-pisang yang ditanam sudah masak. Jika tidak diambil cepat, takut rosak pula.
Aneh betul pemandangannya bila 'Mat Salleh' berpakaian lusuh dan bekerja di kebun.
“tak payah la, esok Said boleh datang. Lewat sehari bukan tak boleh..” tegah Nek Zizah apabila Isabelle menyuarakan hasrat untuk ke kebun menggantikan Said.
Isabelle senyum nipis. Dia sudah siap berpakaian.
“tak apalah nenek. Takut rosak pulak pisang tu nanti. Sayanglah..” tukas Isabelle.
Nek Zizah Cuma mampu menggeleng. Sedikit sebanyak, dia dapat melihat kedegilan Tuk Khalid sudah berjangkit pada Isabelle. Dia mengeluh perlahan apabila mengenangkan begitu mirip Isabelle dengan suaminya.
Sampai di pinggir kebun, Isabelle menarik nafas dalam seraya mematikan enjin motor.
Peralatan yang dibawanya bersama yang diikat di belakang motor diambil dan dipegangnya di kedua-dua belah tangan.
Kebun itu tidak banyak berubah.
Hakikatnya, Isabelle masih belum dapat melupakan peristiwa lampau, di mana dia dan Nek Zizah melihat Tuk Khalid terbaring berlumuran darah di sebalik busut. Isabelle memejamkan matanya rapat-rapat, dan digeleng-gelengkan kepalanya. Sukar untuk dia melupakan peristiwa itu. Tak mungkin dia mampu lupakan.
Isabelle memulakan kerjanya pantas, tidak mahu dihantui masa lalu. Semoga Tuk Khalid tenang di sana.
Prak!
Gerakan tangan Isabelle terhenti saat dia terdengar bunyi ranting patah dipijak. Matanya melingas ke kiri kanan, depan belakang, ke semua arah mencari punca bunyi itu. Janganlah…
Ya Allah, pelihara aku…
Parang di tangan digenggam kuat. Dia sudah bersedia membuka langkah, datanglah manusia atau haiwan, dia takkan teragak-agak.
“siapa?” jeritnya.
“awak siapa?” satu suara menegur dari belakang membuatkan Isabelle hampir melompat, dan parangnya sudah dilibaskan semberono saja membuatkan orang yang menegur memandangnya tidak berkelip, risau melihat mata parang yang tajam.
Melihat empunya suara, Isabelle melepaskan nafas lega.
“kau, Chan? Aku ingat babi hutan tadi…” marah Isabelle, dalam masa yang sama, kelegaan kerana bukan bahaya yang disangkanya.
Riak Chan menunjukkan dia turut terkejut melihat Isabelle, namun cepat dia meneutralkan reaksinya.
“apa kau buat kat sini?” soalnya.
Dia menghampiri Isabelle, seraya menjeling tandan-tandan pisang yang sudah dicantas bersusun di atas tanah.
Isabelle mengerutkan dahinya,
“aku yang patut tanya kau. Apa kau buat kat sini? Ini kan kebun Tuk Khalid, memang patutlah aku kat sini..” balas Isabelle.
Chan tersenyum kelat namun Isabelle tidak melihat reaksinya. Dia sudah meneruskan kerjanya kembali.
“aku.. saja lalu kat sini. Tiba-tiba teringin nak jenguk kebun ni.” Jawabnya.
Isabelle senyum lagi.
“nak aku tolong?” soal Chan, membuatkan Isabelle berpaling melihatnya.
“boleh ke? Kau kan dah lama jadi orang bandar..”
Chan tersengih mendengar usikan itu.
“aku tetap orang kampung, lama mana pun aku kat bandar. Bagi aku parang tu. Biar aku tunjuk cara orang bandar cantas tandan pisang.” Chan menghulurkan tangan, Isabelle menurut tanpa bantahan.
Diserahkan parang di tangan, dan disusun tandan pisang di atas tanah. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di atas tunggul kayu berhampiran seraya memerhati Chan bekerja.
“mana pekerja kebun ni? Said kan?”
Isabelle angguk.
“dia tak boleh kerja hari ni. Ada hal keluarga.” Jawab Isabelle tanpa ragu-ragu.
Chan angguk.
“oh.. bagus orangnya.”
“haah, memang pun. Sebab tu nenek sayang dia.” Isabelle mengiyakan.
Chan tidak membalas lagi, membuatkan suasana sepi mula mengisi ruang. Cuma kedengaran bunyi tandan pisang berkeriut bila mata parang yang tajam memisahkan tandan dan batang.
“wah, bagus jugak orang bandar ni.” Puji Isabelle.
Chan senyum nipis, sebelum wajahnya kembali serius.
“banyak mana lagi?” soalnya.
“tu last. So, hari ni, dapat 5 tandan.” Isabelle bingkas kembali.
Chan mengesat peluh di dahi, seraya menyerahkan parang kepada Isabelle.
Dia kemudiannya membantu Isabelle mengangkat tandan-tandan pisang itu ke motor di pinggir kebun.
“kau naik basikal?” soal Isabelle apabila matanya tertancap pada basikal di sebelah motornya.
“haah. Lama tak mengayuh.”
Isabelle mengikat tandan-tandan pisang itu di tempat duduk motornya, memenuhi seat motor itu.
“macam mana kau nak naik motor?” soal Chan, pelik.
Isabelle jungkit bahu.
“tolaklah motor ni..” jawabnya.
Chan terdiam mendengar jawapan itu.
“aku tolak motor kau, kau naik basikal aku.” Pelawanya.
Isabelle menggeleng.
“eh, kau dah tolong aku tadi, tak payah lah. Mesti uncle tengah tunggu kau. Nanti kau lambat balik pulak…” Isabelle menolak perlahan.
“tak apa. Bukan ada kerja di kedai pun.” Chan sudah memegang handle motor tua itu, dan tongkatnya ditolak ke atas.
“jom..” ujarnya apabila melihat Isabelle masih terpaku.
Isabelle menurut dan mendapatkan basikal Chan. Namun dia tidak menunggangnya. Ditolak sahaja basikal itu.
“naiklah…” arah Chan.
Isabelle geleng.
“kita sama-sama jalan..”
Chan mahu membantah namun apabila Isabelle sudah maju ke hadapan, dia tidak jadi berkata apa-apa.
Mereka beriringan dalam sepi. Cuma angin bayu bertiup sekali-sekala, membuatkan keletihan sekejap tadi tidak terasa.
Isabelle mahu bertanya banyak perkara, namun apabila Chan seolah-olah dalam dunianya sendiri, dia tidak jadi membuka mulut.
Akhirnya, dia membiarkan sahaja Chan melayan perasaannya.
“dah lama tak jumpa nenek..” tiba-tiba Chan bersuara.
“ha? Oh, haah. Nenek mesti gembira tengok kau..”
“ye? Kalaulah aku boleh merasakan yang sama…” Chan seolah-olah berbicara sendiri.
Isabelle mengerutkan dahinya.
“kau tak gembira jumpa nenek?” soalnya pelik.
Chan tidak terus menjawab, sebaliknya dia berpaling ke arah lain.
“kau rindukan Tuk Khalid?” soalnya, tanpa memandang ke arah Isabelle.
Isabelle tersenyum tawar mendengar soalan itu.
“tak ada satu saat pun aku bernafas tanpa mengingati dia. Dia ibarat ayah aku. Kau pun tau, aku tak ada sesiapa selain Tuk Khalid dan nenek..”
Chan mengeluh mendengar balasan Isabelle. Sayu hatinya, perasaan bersalah semakin mencengkam jiwanya.
“Isabelle…”
“hmm…”
Senyap.
“maafkan aku…”
Isabelle menoleh pantas, pelik bunyinya.
“for what?”
Chan masih memandang ke hadapan. Seolah-olah dia memandang betul-betul ke hadapan, dan bukan semata-mata ke jalan tar di depan mereka.
“kerana menyebabkan kau bersedih…”
Isabelle menggigit bibir.
“maksud kau, sebab kau pergi tanpa pengetahuan aku?”
Chan berdiam, mengiyakan pun tidak, menidakkan pun tidak.
Isabelle tersenyum nipis.
“seorang sahabat memang takkan meninggalkan sahabatnya dalam kesedihan, memang aku sedih, sebab selepas kau pergi, Aman pun dah mula menjauhkan diri. Aku tak faham kenapa korang buat aku macam ni, yelah, I have no other friends. Siapa nak kawan dengan budak pelik ni kan? But then, aku mula belajar untuk hidup sendiri, tanpa bergantung pada orang lain. Jadi, tak ada pun rasa marah di hati aku bila aku kenang kembali apa yang kau dan Aman buat pada aku. I let it go. So, kau tak perlu risau. Aku gembira sebab kawan aku dah kembali. Itu dah cukup untuk aku…” jelas Isabelle panjang lebar.
Chan turut tersenyum, namun senyumnya tetap tawar.
“kau… Paan, dia tak balik? Langsung?”
Isabelle geleng lagi.
“tak. Kalau dia datang jenguk pun, I don’t think I will remember him.”
Chan tersenyum lagi.
“kau akan cam dia. Aku jamin.”
“kau tak pernah jumpa dia?” giliran Isabelle bertanya.
Chan geleng.
“tak. Aku dah tak jumpa diorang.”
“diorang? Aman pun? Pergilah jumpa dia.” Saran Isabelle.
Chan senyum lagi mendengar saranan itu.
“susah…”
“kenapa pulak susah? Kau boleh jumpa aku? Aman dekat sini je. Takkan tak jumpa langsung…” Isabelle jelas tidak setuju dengan tindakan Chan itu.
“sebenarnya, aku tak tau aku akan jumpa kau di sini…” ujar Chan tenang.
Isabelle terdiam. Langkahnya mati.
“jadi…kalau kau tak jumpa aku di sini, kau memang tak berhasrat untuk jumpa aku lagi? Macam Aman?”
Diam. Chan menunduk sahaja, membuang pandang pada jalan tar di bawah tapak kaki namun dia tetap melangkah, membuatkan Isabelle mengatur langkah kembali, cuba menyaingi langkahnya.
Isabelle turut diam. Bingung. Kenapa Chan macam ni? Pelik.
Isabelle menanti jawapan, tapi kelihatannya Chan tidak berminat untuk meneruskan lagi perbualan itu. Sekali lagi, mereka meneruskan perjalanan dalam suasana sunyi, Cuma sekali-sekala bunyi motor dan kereta yang melintasi mereka memecah hening.
Sampai di rumah Tuk Khalid, Nek Zizah sudah menanti di anak tangga, seperti kebiasaannya.
Melihat Chan bersama Isabelle, dia mengukir senyum.
“Chan ke tu?”
Chan tersenyum lebar. Dia menyorong motor sehingga ke sebelah tangga dan menongkatnya sebelum mendapatkan nek Zizah.
“nenek sihat?” Chan menghulurkan tangannya, dan Nek Zizah menyambut senang.
“sihat, macam ni lah. Ingat lagi kamu pada nenek ya..”
Chan mencebik.
“takkan lupa. Neneklah penyeri hidup saya sejak kecil..” usik Chan.
Nek Zizah tersenyum lebar mendengar pujian itu. Isabelle yang sedang menurunkan tandan-tandan pisang dari motor ke pangkin Cuma mendengar sahaja dengan penuh tanda tanya. Kenapa Chan semakin pelik?
“bila kamu balik? Kamu dah lama tak balik, kan?”
“dua hari lepas. Semalam saya jumpa Isabelle di kedai ayah. Nenek tak tau?” soalnya seraya mengerling Isabelle yang seolah-olah dalam dunianya sendiri.
Nek Zizah turut melihat sekilas ke arah Isabelle.
“dia terlupa nak cakaplah tu…” ujar Nek Zizah membela.
Chan tersengih lagi.
“kamu buat apa sekarang?”
“saya kerja dalam pembinaan, nek. Tu yang gelap sikit tu..”
Melopong mulut Nek Zizah.
“oh, eh, minum dulu ya. Kami ada buat kuih sikit..”
Chan mengangkat tangan, tanda menolak.
“tak boleh nek, saya banyak kerja di kedai. Nanti saya datang lagi, kalau sempat. Esok saya dah nak balik KL.”
Nek Zizah jelas kecewa namun dia mengangguk juga tanda mengerti.
Isabelle menggigit bibir.
Tadi kata tak ada kerja, sekarang bergegas pulak.
“kau kata tadi tak ada kerja?” tingkah Isabelle tak puas hati.
Chan terdiam seraya berpaling menatap mata biru itu.
“oh, aku lupa ayah ada mintak tolong sikit. Saya kena balik sekarang…” balas Chan, namun lebih kepada menjelaskan pada Nek Zizah.
Nek Zizah mengangguk saja.
“tak apa, nanti lain masa datang lagi, sembang lama-lama sikit..” ujar Nek Zizah.
Chan turut mengangguk. Dia kemudiannya bingkas.
“ok, nenek, Isabelle, saya balik dulu. Jaga diri ya…”
Isabelle masih merenung Chan tajam, dan dia tahu Chan sengaja mengelakkan matanya. Chan terus berpaling, mendapatkan basikalnya, dan dia mengayuh pergi tanpa menoleh lagi.
Isabelle melepaskan keluhan perlahan. Chan, apa masalah kau?
Chan terus mengayuh dengan hati rawan. Melihat wajah Nek Zizah, fikirannya bertambah kacau. Terserempak dengan Isabelle di kebun itu, bukan sesuatu yang pernah dijangkanya, walaupun dia tahu, kemungkinan itu ada. Itu kebun Tuk Khalid, mustahil Isabelle takkan ke situ.
“dari mana?” Ah Tong bertanya sebaik Chan turun dari basikalnya.
“jalan-jalan..”
“kebun Tuk Khalid lagi?”
Diam.
Chan pantas menyusun roti di rak roti yang agak berterabur isinya.
Ah Tong mengeluh perlahan.
“sudahlah tu. Lupakan kisah lalu. Kamu tak bersalah…” Ah Tong memujuk.
Chan menggeleng.
“memang salah Chan. Kalau Chan bertindak awal, dan tak ikutkan hati, mesti keadaan tak jadi macam ni…” suaranya perlahan, dan sayu.
Ah Tong menggeleng.
“papa dengar, Islam tak menggalakkan kamu terlalu mengenang masa lalu. Itu takdir, bukan? Jadi kenapa kamu masih menyalahkan diri kamu?”
Chan terdiam. Kata-kata Ah Tong seolah-olah menamparnya untuk bangun dan sedarkan diri.
Apa yang papa cakap betul. Aku bersalah. Astaghfirullahala’zim… Ampuni aku ya Allah…
Chan sedar, beban itu bukan sedikit. Tindakannya menyebabkan satu nyawa terkorban. Amarahnya membuatkan dia lupa diri, mengabaikan sifat kemanusiaan.
Satu saja caranya untuk dia menebus salahnya. Akuinya pada mereka, dan pohon kemaafan mereka. Bukankah kesalahan sesama manusia, hanya akan terampun oleh Dia jika manusia itu memaafkannya?
“kamu dah beritahu mereka?” Ah Tong bertanya lagi.
Chan geleng.
“hai meiyou. Chan tak boleh…” suaranya semakin lirih.
Ah Tong mendekat, dan dipeluk bahu anaknya itu.
“dah pergi rumah Nek Zizah?”
Chan angguk lemah.
“terjumpa dengan Isabelle di kebun. Chan tak sangka dia akan ke situ..”
Ah Tong terangguk-angguk.
“sampai bila Chan nak simpankan hal ni dari mereka? Lambat-laun, you’ll have to tell them.. Dah berapa kali Chan balik rumah, tapi Chan tak pergi jumpa mereka. Nanti balik KL macam tu je. Macam selalu..” tegur Ah Tong lagi.
Chan tidak membalas lagi. Dia seolah-olah berfikir dalam.
“appa, xiexie ni. Buguo duibuqi… Chan akan cuba sebelum balik KL..”
Ah Tong mengangguk-angguk lagi.
“mei guanxi. Pergi makan. Mama dah tunggu..” arah Ah Tong.
Chan mengangguk, patuh. Dia menghilang ke dalam kedai, meninggalkan Ah Tong yang mengeluh perlahan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
*hai meiyou: belum lagi.
Xiexie ni, buguo duibuqi: terima kasih, tapi maafkan Chan.
Mei guanxi: tak apa.

7 comments:

  1. Salam...
    Hurm... terdetik di hati,
    adakah kematian datuk & nenek
    kandung Isabelle ada sangkut-paut
    dgn Chan?? Mungkin jgk kan??

    ReplyDelete
  2. mgkn ade kaitan dgn kematian tok khalid kot??
    alhmadulillah, chan masuk islam...
    nice job akak..hhehe

    ReplyDelete
  3. entah-entah...chan ada menyimpan perasaan dgn isabelle.........mungkin paan ada pesan something kat chan, tapi chan tak sampaikan.............apapun, akak follow............

    ReplyDelete
  4. apa la yang chan sembunyikan .
    tak sabar menanti

    ReplyDelete
  5. aduhh..
    ada rahsia tersirat rupanya...
    cepat2lah sambung lagi yerr..

    ReplyDelete
  6. lambat lagi ker nak sambung citer nie...

    ReplyDelete
  7. nak lagi..nak lagi...

    ReplyDelete