About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 12, 2010

Khilafku bukan Isteriku 4

Sofia membuang pandang ke luar biliknya yang betul-betul menghadap taman di Rumah Intifada itu. Tangannya kemas melekap di atas perut. Dia menghela nafas dalam sebelum menghembuskannya dan diulangi perbuatan itu berkali-kali. Difikirannya cuma ada seraut wajah yang amat dirinduinya. Wajah suaminya.

Dia begitu rindukan lelaki itu. Lelaki yang membawanya mengenal erti cinta Hakiki. Lelaki yang membuatkan dia kuat menghadapi segala rintangan selama ini. Lelaki yang menyebabkan dia kini keseorangan di sini, secara spiritualnya, ber’dua’ mereka terdampar di sini. Rumah perlindungan untuk ibu-ibu yang mengandung di luar nikah. Realitinya, dia tidak perlu berada di sini. Namun Sofia sedar pengorbanan ini begitu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan Hilman deminya dan anak di dalam kandungan.

Bunyi pintu bilik diketuk membuatkan lamunan Sofia terhenti.

“Kak Kiah ke? Masuklah…”

Serentak itu, pintu bilik terkuak dan seorang wanita di awal 40-an melangkah masuk bersama segelas air masak.

“Tengok apa kat luar tu?” soal Kak Kiah bersama segaris senyum nipis.

Sofia turut tersenyum namun jelas senyumnya hambar.

“Saja tengok bunga-bunga kat luar tu.” ujarnya seraya melabuhkan punggung di atas katil.

“Nah, makan ubat.”

Sofia akur. Ubat yang dihulurkan Kak Kiah disambut dan dimasukkan ke dalam mulut. Dia kemudian meneguk air di dalam gelas itu sehingga habis.

Kak Kiah merenung wajah Sofia yang agak hambar. Sejak dia menjadi penghuni di rumah ini, Kak Kiah yang juga merupakan pengetua di situ sudah faham benar dengan situasi yang melanda Sofia. situasi atau keadaan yang jarang-jarang benar terjadi pada penghuni di sini. Kali pertama dia mendengar cerita Sofia, itupun setelah didesak berkali-kali, dia turut terdiam dalam kagum. Sangkanya, wanita yang sudah tercalar maruahnya tidak mampu memberi sumbangan dalam bentuk apapun kepada siapa pun, kerana selama ini, manusia sebegitulah yang dipertemukan dengannya di Rumah Intifada ini. Tetapi Sofia lain dari yang lain.

Pertemuan mereka di sebuah surau tidak jauh dari kawasan ini membuatkan takdir mereka bersilang di sini. Sebaik saja Sofia mengetahui siapa Kak Kiah sebenarnya, pantas dia merayu supaya diberi tempat di sini. Melihatkan Sofia yang bersungguh-sungguh meminta, Kak Kiah tidak sampai hati mahu menolak. Dan selepas itu, lebih banyak yang diketahui tentang Sofia yang membuatkan dia bertambah kagum dengan wanita itu.

“Sofia, sampai bila Sofia nak berdiam diri di sini?” soalan Kak Kiah sudah diduganya. Acap kali, soalan itulah yang meniti di bibir Kak Kiah.

Mana tidaknya, sudah 3 bulan Sofia di sini. Kandungannya sudah hampir berusia 9 bulan. Sejak dia meninggalkan rumah, memang tiada panggilan yang masuk untuknya dan tiada siapa yang mencarinya. Mustahil akan ada, kerana apa yang ditulis di dalam surat untuk Hilman semuanya dusta belaka. Puan Syarifah tidak tahu dia di mana. Semua itu adalah sebahagian dari perjanjiannya dengan ibu mertuanya itu demi membuatkan Hilman bersetuju untuk berkahwin.

Dia pasti Hilman sedang berbahagia kini dengan Marina. Dia begitu pasti. Sofia sedar dia berdosa besar pada Hilman namun dia pasti lambat-laun Hilman akan memaafkan dia juga.

“Akak, saya minta maaf sebab menyusahkan akak, tapi saya dah tak ada tempat lain nak pergi. Akak pun tau kan?” suaranya perlahan, tersekat-sekat di kerongkong.

Kak Kiah menggeleng bersama keluhan pendek.

“Kamu pun tau akak bukan nak halau kamu. Tapi kamu masih ada rumah, Sofia. itu rumah kamu. Kalau betul Hilman berkahwin pun, hak kamu masih di situ, dengan dia. Dia tak pernah ceraikan kamu. Takkan kamu pulak yang nak nusyuz? Kamu pun tau berdosa tindakan kamu ni…”

“Akak, saya sedar saya bersalah dengan dia, tapi demi kebahagiaan dia, saya terpaksa berkorban akak. Saya pasti dia bahagia dengan Marina sekarang.” Sofia tertunduk sayu.
Di depan Kak Kiah, dia lemah. Kekuatan yang selama ini digenggamnya kuat hilang entah ke mana. Kak Kiah umpama seorang ibu yang membuatkan sukar baginya untuk menentang kata-katanya.

“Kalau dia kahwin, kalau dia tak kahwin, macam mana? Kamu tak tau kan?” tingkah Kak Kiah, lembut tetapi ketegasan tetap terselindung.

Sofia terkedu.

“Saya pasti dia kahwin. Marina dah setuju. Dia pasti dah berkahwin.”

“Tapi kalau dia kahwin kamu masih isteri dia. Tempat kamu dengan suami kamu, Sofia. dia pasti menunggu kamu.”

Sofia terdiam lagi. Dia tidak mahu menyukarkan keadaan. Memang dia menyesal dengan tindakannya namun Sofia tahu dia tidak boleh berundur lagi. Kebahagiaan yang dikecapinya bersama Hilman sudah cukup baginya untuk meneruskan hidup. Itu saja yang diperlukannnya, dan kasih sayang Tuhan yang tak pernah berbelah bagi.

Sofia pasti dia boleh menempuh hidup yang mendatang sendiri. Dia tidak mahu lagi menjadi penghalang di antara Hilman dan ibunya.

Sakit hatinya melihat Hilman menderita kerananya.

“Sofia, pulanglah ya? Tak lama lagi, anak ni akan melihat dunia. Walaupun realitinya, dia tak berbapa, tapi Hilman lebih baik dari seorang bapa padanya. Jangan ambil hak anak ni macam tu saja. Kalau Sofia tak fikirkan diri sendiri pun, fikirkan anak ni. Kesian dia.” Pujuk Kak Kiah lagi.

Sofia masih menunduk. Titis-titis jernih mula mengalir di pipinya laju. Sejak dia tinggal di sini, air matanya begitu murah. Mudah sahaja dia menangis, tambahan pula bila mengenangkan Hilman.

“Akak, Sofia minta maaf tapi Sofia harap akak tolong jangan sebut lagi pasal ni, boleh? Sofia rayu dengan akak…” lirih suara Sofia meminta.

Kak Kiah turut dilanda sayu. Dia kemudiannya menarik Sofia ke dalam pelukannya, membiarkan wanita itu menangis di bahunya.

**********

“Mak, tolonglah, Hilman rayu dengan mak. Tolong beritahu Hilman di mana Sofia…”

“Mak tak tau!” suara Puan Syarifah hampir meninggi.

Geram betul dia. Sejak majlis pernikahan tak jadi Hilman dan Marina, Hilman tak putus-putus menyebut nama Sofia. sudahlah dia geram dengan Marina. Hilman pula tak habis-habis mengganggunya.

“Mak, Hilman tau mak sengaja sorokkan dia kan? Supaya Hilman akan kahwin dengan Marina, kan? Marina tak nak kahwin, bukan salah Hilman. Di mana Sofia mak? Hilman nak dia balik rumah. Rumah kami. Rumah kita.” Pujuk Hilman lagi.

Puan Syarifah merengus kasar. Sakit jiwanya apabila Hilman tak percayakan kata-katanya.

“Mak dah cakap dengan kamu kan? Mak suruh dia pergi kalau dia nak kamu kahwin dengan Marina. Sekarang dia dah pergi dan mak tak tau dia di mana.”

“Tapi dia tulis dalam surat dia, mak tau di mana dia. Mak, tolong cakap perkara sebenar. Di mana Sofia mak?” rayu Hilman tak putus-putus.

Puan Syarifah menjegilkan matanya.

“Demi Allah Hilman! Mak tak tau di mana dia! Mak dah suruh dia pergi, dia memang dah pergi. Mana mak nak cari dia?”

Kali ini Hilman tidak membalas lagi. Dia terhenyak di kerusi dengan tangan di kepala. Pening.

“Hilman, mak tak tipu kamu, mak memang tak tau. Memanglah mak ni tak suka kamu kahwin dengan dia, tapi mak takkan kenakan kamu. Kamu anak mak. Kalau mak benci dia pun, mak takkan tipu kamu. Buat apa mak nak sorokkan dia? Baik mak buat tak kisah kat dia je, macam selalu.” Jelas Puan Syarifah lagi.

Hilman masih membisu. Safinah yang sedari tadi mendengar perbualan di antara kedua mereka memunculkan diri di muka pintu biliknya.

“Abang, mak tak tipu abang…” Safinah menyokong tiba-tiba.

Wajah Puan Syarifah bercahaya mendengar sokongan Safinah.

“Hah, dengar tu.” ujar Puan Syarifah geram.

“Mana adik tau?” Hilman masih tidak percaya.

“Adik dengar mak dengan kak Sofia cakap hari tu. adik curi-curi dengar. Adik minta maaf mak.” Safinah membuat pengakuan.

“Haish, mujur kamu ada otak, Safinah. Kalau jadi abang kamu ni, mak tak tau lah apa nak jadi.”

Hilman membetulkan duduk. Kepalanya ditongkatkan dengan tangan di atas paha, berfikir dalam.

“Kalau macam tu, tak siapa tau di mana dia..” keluh Hilman perlahan.

Puan Syarifah terdiam, begitu juga Safinah.

“Dia memang bersungguh-sungguh nak abang kahwin dengan kak Marina hari tu, bang. Adik pun pelik kenapa dia macam tu. bila dia setuju dengan syarat mak, adik lagilah pelik.” Tiba-tiba Safinah menyampuk.

Hilman tidak membalas. Dia tahu tujuan Sofia.

“Dia buat semua tu sebab abang. Dia nak sangat abang dan mak berbaik. Sebab tu dia sanggup pergi dari abang, demi mak.” Ujar Hilman sambil merenung kosong ke arah yang tak pasti.

Puan Syarifah mencebik.

“Alah, entah-entah dia cari laki yang buntingkan dia tu, kita tak tau. Anak luar nikah dia tu…” Tuduh Puan Syarifah tiba-tiba membuatkan Hilman berdiri pantas.

“Mak, Hilman boleh terima mak cakap dan tuduh dia yang bukan-bukan, Hilman boleh sabar lagi mak, tapi Hilman takkan terima sebarang tuduhan terhadap anak dia yang bakal lahir. Anak dia tak bersalah. Dia suci mak, dan kerana itulah Hilman nak besarkan dia dalam suasana yang baik.” Tegas Hilman membuatkan Puan Syarifah mati kata.

“Mak, ketinggian agama dan ilmu seseorang tak dapat menentukan iman seseorang mak. Sepatutnya, kita sebagai orang yang dah lama mengenal Allah bantu dia, bimbing dia bersama-sama. Dia dah dibuang keluarga, dan sebab tu dia tak sanggup tengok Hilman dibuang keluarga jugak. Apa yang dia dah lakukan, mungkin tak setanding dengan apa yang kita buat selama ni.” Diam. Sepi.

“Mak, Hilman rayu dengan mak. Terimalah Sofia mak. Terimalah dia seadanya. Kenalilah dia mak. Fahami dia. Kerana dia Hilman sedar betapa pentingnya ibu dan ayah yang bertarbiyah. Kerana dia Hilman sedar kepentingan agama dalam hidup kita. Dia seorang yang dahulunya jahil agama, sekarang dia lebih celik agama dari Hilman mak. Dia lebih dulu mengerti kasih sayang Tuhan pada manusia. Hilman cemburukan dia mak. Dia mungkin takkan kisah langsung dengan Hilman selagi dia tahu ada Allah di sisinya, tapi Hilman tak sanggup kehilangan isteri sebaik dia mak. Dia bukan satu kesilapan. Hilman tak pernah buat silap dengan mengahwini Sofia, dan Hilman harap, mak akan sedar, dia bukan satu kesilapan, sebaliknya rahmat untuk kita. Maafkan Hilman, tapi selagi Hilman tak berjumpa kembali dengan Sofia, Hilman takkan kembali ke rumah ni. Hanya dengan Sofia sahaja Hilman akan kembali ke sini. Maafkan Hilman mak. Maafkan Hilman…”

Puan Syarifah terpana di kerusi saat Hilman melangkah keluar dari rumah itu tanpa menoleh lagi. Safinah turut terkedu. Abangnya itu tak pernah bertindak begitu. Selama ini abangnya masih berlembut dengan ibu mereka, namun kali ini, Hilman jelas nekad. Pasti dia sangat kecewa dengan Puan Syarifah.

**************

Marina menyambut kedatangan Safinah dengan senyum lebar. Berbeza dengan gayanya semasa bersua dengan Sofia tempoh hari.

“Mak sihat?”

Safinah angguk.

“Sihat, cuma nampaknya masih tak puas hati dengan apa yang jadi hari tu.” ujar Safinah dalam nada gurauan.

Marina tersenyum pahit.

“Akak minta maaf. Tapi akak tak dapat teruskan. Akak faham kalau mak marah.”

Safinah tersenyum nipis.

“Sebenarnya, memang Pinah datang sebab tu pun. Boleh Pinah tanya sikit tak akak?”

“Mesti Pinah nak tau kenapa akak tak teruskan pernikahan tu kan?”

Safinah angguk lambat-lambat.

Marina tersenyum lebar.

“Itu rahsia. Kak Sofia dah balik rumah?”

Safinah geleng.

“Abang cakap dia takkan balik rumah selagi kak Sofia tak balik. Sedihla Pinah. Mak dengan abang sama-sama keras kepala. Kalau diorang bergabung tenaga cari kak Sofia, kan senang?” rungut Safinah tiba-tiba.

“Mak cari kak Sofia?”

Safinah angguk.

“Dia cari senyap-senyap. Tak nak abang tau. Tapi Pinah dengar mak cakap dengan orang di telefon, mintak carikan kak Sofia. peninglah Pinah macam ni.”

Marina terdiam.

“Kalau macam tu, kita pun tolong cari kak Sofia, nak?” cadang Marina tiba-tiba.

Safinah teragak-agak dengan cadangan itu.

“Akak nak cari kak Sofia?”

Marina angguk mengiyakan.

“Dia kan mengandung. Entah kat mana dia sekarang. Dahlah dibuang keluarga. Kesian dia…”

“Mana akak tau kak Sofia kena buang keluarga?”

Marina tersenyum lagi.

“Adalah. So, Pinah nak tolong akak?”

Safinah angguk.

“Mestilah. Dia kakak ipar Pinah.”

Marina angguk.

“Kalau macam tu, nanti kita buat plan untuk cari dia, ok?”

“Ok!”

*************

Kak Kiah termenung di pejabatnya sendiri. Perihal Sofia memang merunsingkannya. Dia bertambah runsing apabila semalam, salah seorang pekerja di Rumah Intifada itu memaklumkan kepadanya bahawa ada seorang ustazah sedang mencari Sofia. kebetulan ustazah itu sedang mengedarkan gambar Sofia kepada pengunjung surau di mana pekerja itu menumpang solat.

Sayangnya, pekerja itu tidak sempat memgambil satu gambar kerana ustazah itu sudah pergi apabila pekerja itu menyedari Sofia yang dimaksudkan itu dikenalinya.

Bagaimana mungkin dia dapat mencari ustazah itu? Hendak bertanya dari Sofia, mustahil Sofia akan bekerjasama. Lama Kak Kiah mencari jalan. akhirnya dia memutuskan untuk mengorek maklumat dari Sofia. dia harus memulangkan Sofia kepada Hilman.

************

“Sihat ke?” tegur Kak Kiah sebaik saja dia menghenyakkan punggung di atas katil.

Sofia yang sedang mengait pakaian bayi mengangguk senang.

“Sihat. Baby je nakal sikit.”

Kak Kiah turut tersenyum.

“Sofia, Kak Kiah nak tanya sikit boleh?”

Sofia angguk.

“Tanyalah. Apa dia?”

“Erm, ada ustazah kita di sini yang ada masalah dengan kehadiran. Kak Kiah kena cari ganti untuk program malam ni tapi semua orang yang Kak Kiah kenal tak dapat hadir. Erm, madu Sofia tu ustazah kan? Sofia boleh tak tolong Kak Kiah, sekali ni je? Kak Kiah terdesak sangat ni.” Kak Kiah memulakan.

Sofia terkedu.

“Tapi kak…”

“Akak janji akak takkan cakap pasal Sofia. akak dah tak ada orang lain yang akak boleh mintak tolong ni. Sofia, tolong akak ya…”

Akhirnya, Sofia akur. Kak Kiah tersenyum senang.

p/s: maaf ya, patut boleh dihabiskan tp otak sy dh tepu sgt dh. ayat2 x nak keluar. sorry ya.. almaklumla, puasa2 ni... slmt berbuka nanti! ;)

6 comments:

  1. suke2,,,
    nk lg,,,

    to writer : slmt berpose n berbuke + bersahur,,,
    hehehe,,,

    ReplyDelete
  2. menarik...best, nak lg
    smbg cepat2 ye...!!!!!

    ReplyDelete
  3. wahhhhhhhh bergabung tenaga nak cari phia nampaknya

    ReplyDelete
  4. emm...masak lemak cili api..hehhe..sodaappp....perah ckit ,,tak sabo dah

    ReplyDelete
  5. x sabar nk tggu next n3..blh cptkan ckit x?dah b'kurun lm tggu ni..hu3...

    ReplyDelete
  6. emmm..ye la saye pun tak sabo2 dah..hheheheh...pleaseee....

    ReplyDelete