"Mira!" Marjan memanggil, sedikit kuat supaya suaranya mengatasi bunyi bising dari alunan lagu yang dipasang dan juga suara orang berbual. Mira menoleh, senyum nipis. Namun apabila Marjan tidak membalas senyumannya sebaliknya dia dihadiahkan dengan wajah kelat, Mira menghampiri.
"Kenapa awak nampak risau? Lu'lu' mana?" soal Mira, lehernya dipanjangkan ke kiri dan kanan, mencari-cari Lu'lu'.
Marjan mengeluh panjang. Dia memberi isyarat tangan supaya Mira mengikutnya jauh dari keramaian itu supaya mereka dapat berbicara dengan lebih senang dan keriangan orang lain tidak terganggu dengan berita yang kurang baik itu.
"Kenapa Marjan? Is there something wrong?" soal Mira apabila mereka berada agak jauh dari yang lain.
"Lu'lu'."
Wajah Mira berubah mendengar nada suara Marjan.
"Kenapa dengan Lu'lu'?"
Marjan menggigit bibir, menentang pandangan tajam Mira.
"Dia dah check out. Saya tak tau dia pergi mana."
"What? Apa awak dah buat?" soal Mira, menuduh.
"Saya? Mana ada saya buat apa-apa!" dalih Marjan.
"You must have said something or did something. Kalau tak dia takkan pergi." Korek Mira lagi.
Marjan terdiam.
"Kalau saya ada cakap apa-apa pun, kenapa mesti dia marah dengan kata-kata saya?" Marjan keliru.
Mira menggeleng.
"Marjan. I believe dia rasa something dengan awak but she is denying it badly. So, she must be hurt by you. So, apa awak cakap dengan dia?"
Marjan mengerutkan dahi.
"apa awak merepek ni? perlu ke kita fikir puncanya sekarang? Bukan ke kita patut cari dia?" tingkah Marjan tidak puas hati.
Mira senyum kelat.
"dia tak pergi mana-mana saya rasa. Kalau dia check out, dan dia nak balik, mesti dia ke stesen bas, betul tak?"
Marjan terdiam, menyedari kebernasan kata-kata Mira.
"tapi, kalau dia tak nak balik?"
Mira pula terdiam, menggeleng.
"entahlah. Kalau dia tak nak balik, then you have to look for her. Mungkin dia merayau kat mana-mana." Selamba Mira berkata-kata.
Marjan bercekak pinggang. Ish. Kat mana aku nak cari ni? kalau ni tempat aku tak apa jugak.
"before that, I want to know, apa awak cakap dengan dia the last time you saw her?" soal Mira, kembali pada persoalan tadi. Masih tidak mahu mengalah.
Marjan merenung wajah Mira lama, diketap giginya.
"tak ada apa-apa. Saya Cuma cakap, saya nak berhenti kerja."
"what??"
"saya cakap tu je, salah ke?" soal Marjan, masih bingung dengan apa yang berlaku, dan kata-kata Mira.
Mira mengeluh kecil seraya tersenyum.
"lepas tu, apa dia jawab?"
Marjan menunduk seketika. terngiang-ngiang kata-kata Lu'lu' di telinganya.
"so, do I look as if I care?" ujar Marjan, mengajuk cara Lu'lu'.
Mira ketawa kecil.
"masa dia cakap macam tu, muka dia macam mana? Ekspresi wajah dia?" soal Mira lagi.
"dia tak pandang saya pun." Beritahu Marjan agak perlahan.
Mira senyum lagi.
"maksudnya, she meant the opposite. She doesn’t want you to leave, and now she’s denying her feelings. Dia memang nak lari rasanya, jauh dari awak."
Marjan tidak terkata apa-apa. Terduduk di bangku yang tersedia di situ. Aku benci bila berada dalam dilemma macam ni! benci!
"habis, saya nak kena buat apa? Mesti dato marah kalau tau dia lari." Ujar Marjan lemah.
Mira turut duduk. Bezanya, wajahnya tenang. Tidak kalut seperti Marjan.
"cari dia. Sampai dapat. Tu je caranya." Marjan mengeluh panjang.
"mana saya nak cari dia Mira? Kalau tak jumpa?" kemungkinan itu tetap ada.
"cari je. Mesti jumpa. Lu'lu' takkan ke mana. Lagipun, dia mana pernah naik bas. Entah-entah, dia tengah tercangak je kat stesen tu, tak tau nak buat apa. Eh, Marjan. Malam makin tua ni. baik awak pergi stesen bas cepat." Gesa Mira.
Marjan mendongak, melihat langit. Bingkas. Benar kata-kata Mira.
"Saya pergi dulu." Marjan meminta diri.
Otaknya ligat memproses kata-kata Mira. Dia marah aku nak berhenti? Tak mungkin. Argh! Lu'lu'! kenapa mesti cari masalah dan bagi aku masalah?
Marjan mematikan enjin kereta sebaik dia tiba di stesen bas hasil sesi soal jawab dengan penduduk tempatan. Matanya meliar sebaik dia keluar, mencari kelibat Lu'lu'.
Stesen bas itu agak lengang. Tidak ramai orang di situ pada waktu begini. Tiada juga bas yang menanti penumpang. Marjan menghampiri satu kaunter.
"bang, tumpang Tanya. Ada nampak tak perempuan muda usung beg agak besar jugak, lalu sini tadi?"
"rupa dia macam mana tu?" soal penjaga kaunter itu semula.
"rambut dia ikal, kulit cerah, muka bujur."
"baju apa dia pakai?" soal penjaga kaunter itu lagi.
Marjan mula putus asa.
"saya tak tau lah bang. Saya tak tau dia pakai baju apa." Suaranya yang agak bersemangat tadi sudah mengendur.
"minta maaf dik. Tak perasan lah."
Cis! Cakap lah awal-awal. Buat habis elektrik aku je.
"hmm, oklah bang. Terima kasih."
Marjan berpusing, berdiri di depan kaunter itu. Melilau matanya mencari kelibat Lu'lu' namun hampa. Perlahan-lahan dia berjalan ke hujung, kalau-kalau kelibat Lu'lu' tersembunyi di mana-mana namun hampa. Sampai ke hujung, Marjan berpatah balik.
Wajahnya gusar, sekejap-sekejap dia mengeluh.
"anak cari siapa?" Marjan menoleh dan matanya tertancap pada seorang lelaki separuh umur, di tangannya penyapu dan penyodok. Marjan mengukir senyum nipis. Mesti tukang sapu. Alahai, kesiannya.
"saya cari kawan saya." Jawab Marjan, seceria yang mungkin. Tidak mahu resahnya mempengaruhi nada suaranya sehingga mengguris hati tua itu.
"kawan? Lelaki ke perempuan?" bertambah kerutan dahi lelaki itu.
"perempuan pakcik."
"dia orang KL ke?"
"haah. Kami orang KL. Kenapa pakcik? Pakcik ada nampak dia?"
Lelaki itu diam sekejap, berfikir sejenak.
"tadi, ada seorang perempuan, rambutnya kerinting sedikit, kulit cerah, muka bujur, duduk di tepi kaunter sana. Pakcik tengok muka dia muram, pakcik pun tegur la. Katanya, dia nak balik KL tapi dia tak pernah naik bas. Tu kawan anak ke?" wajah Marjan berubah ceria, harapan untuk bertemu Lu'lu' kembali berbunga.
"ya. Tulah kawan saya. Pakcik tau dia di mana sekarang? Ke dia dah naik bas ke KL?" soal Marjan bertalu-talu.
"tak. pakcik Tanya dia datang sini dengan siapa. Jawabnya, dengan kawan. Pakcik nasihatkan dia tunggu kawan dia. Tapi, lepas tu, pakcik pergi ke hujung lain, dia dah tak ada. Tak taulah ke mana."
Marjan mengangguk-angguk faham. Jadi, mungkin dia dah balik KL jugak. Takkan dia balik ke hotel? Mustahil!
"terima kasih pakcik. Terima kasih!" Marjan menghulurkan tangan dan digenggam mesra tangan itu bersama ucapan terima kasih yang tak henti-henti.
Marjan kembali ke kereta dan masuk ke dalam perut kereta.
Lu'lu' dah balik KL. Harap-harap dato tak marah aku. Marjan memandu pulang ke hotel dan terus ke tapak perkhemahannya. Jika diikutkan, boleh saja dia mengambil bilik tapi malas pula Marjan mahu mengemaskan barangnya.
Ah, tidur saja kat situ. Rasa susah sikit.
Dalam perjalanan, dia terserempak dengan budak-budak lelaki yang berkhemah berhampiran khemahnya.
"bang, pergi mana?" tegur mereka mesra. Marjan mengukir senyum nipis.
"ada hal sikit. Korang nak ke mana ni?"
Tersengih-sengih mereka.
"makan bang. Kenapa? abang nak belanja ke?" seloroh yang lain.
Marjan ketawa kecil.
"yelah tu, oklah, abang balik khemah dulu." Marjan mahu membuka langkah, apabila seorang lagi menahannya.
"oh ya bang, kawan abang dari tadi tunggu kat khemah."
"kawan? Perempuan ke lelaki?"
Soalan Marjan berjawab senyuman penuh makna yang lain.
"perempuan bang. Awek. Jaga-jaga bang, nanti kena kahwin free!" usik mereka lagi.
"ish, pandai lah korang. Abang bedal khemah korang! Susah apa!" kata-kata Marjan disambut oleh gelak ketawa yang lain.
"oklah, pergilah makan."
"ok bang." Mereka berpisah haluan.
Mira la tu, tak sabar-sabar nak jumpa Lu'lu'. Tolong aku tak nak pulak!
Marjan meneruskan langkahnya sehingga sampai di tapak perkhemahan.
Sunyi sedikit kerana budak-budak lelaki tadi tiada.
"Mira?" panggil Marjan, tidak mahu mengejutkan Mira dengan kepulangannya. Tiada jawapan.
"Mira, awak kat mana?" panggil Marjan lagi. Tiada sahutan. Ish, confused ni.
Marjan menyelak khemahnya sedikit, dan kelihatan kaki perempuan terjulur. Tidak bergerak. Diselak lagi namun keadaan dalam khemah yang samar membuatkan Marjan tidak dapat melihat dengan jelas orang yang berada di dalam.
Cahaya lampu dari luar mencuri-curi masuk ke dalam khemah melalu celahan yang dibuka Marjan.
Buang tebiat apa Mira ni, tidur dalam khemah aku?
"Mira?" panggil Marjan lagi. Namun dia tidak masuk. Membongkok saja di depan khemah.
Tetap tidak bergerak. Terdetik rasa hairan di hati Marjan. Ish, kenapa lain macam je baju Mira ni? tadi baju lain. Tukar baju ke?
Marjan menegak kembali, dan tika itu, baru dia perasan sebuah beg baju beroda yang agak besar terletak elok di sisi khemahnya. Aik! Takkan bawak beg baju sekali?
Marjan menghampiri beg itu, diamatinya. Macam pernah nampak la beg ni. tapi kat mana?
Marjan berfikir sejenak.
Alamak! Lu'lu'! pantas dia ke pintu khemah semula, membongkok mahu menjenguk apabila sesuatu yang keras berlanggar dengan kepalanya dari dalam.
"aduh!" Marjan terduduk terus di depan khemahnya, meraba dahi yang sengal.
"ouch!" jeritan kecil turut kedengaran dari dalam.
Dengan sebelah tangannya masih di dahi, Marjan menyelak kain kanvas yang merangkap pintu khemahnya dan wajah Lu'lu' yang kelat terjengul di muka pintu. Dia juga dalam kesakitan.
"awak ni kenapa hah?" marah Lu'lu'.
Ades! Kena lagi se’das’.
Marjan bingkas.
"kenapa saya pulak? Awak tu kenapa? awak buat apa kat sini?" balas Marjan keras. Terlupa sebentar kesusahan yang ditempuhinya tadi dalam usaha mencari Lu'lu'.
Lu'lu' keluar dari khemah, tidak menjawab soalan Marjan terus. Dia sedikit gelisah, namun Marjan tidak menyedarinya.
"suka hati akulah. Duit khemah ni aku punya, so, khemah ni, aku punya!" balasnya setelah beberapa ketika.
Marjan mencekak pinggang.
"takkan awak nak tidur sini kot malam ni? saya tak nak kahwin free." Tingkah Marjan, membuatkan Lu'lu' menoleh pantas, memandangnya tidak percaya.
"hei, driver! Jangan perasan, ok? Aku nak tidur biliklah, kau ingat aku kebulur sangat dengan khemah cabuk ni?"
"aik, tadi claim awak punya, kalau awak tak ingin, macam mana boleh tidur sampai tak sedar dunia?"
Lu'lu' terdiam.
"saya, saya... suka hati saya lah!" Lu'lu' berpaling, berpeluk tubuh.
Hakikatnya, dia sendiri tidak tahu kenapa langkah kakinya membawanya ke sini sebaik dia kembali dengan teksi dari stesen bas, tidak jadi pulang ke KL. Dia Cuma mahu berbaring sekejap, memandangkan Marjan tiada lantaran keletihan yang teramat dan dia sudah tidak mempunyai bilik. Alih-alih, tertidur pula.
Marjan tidak membalas lagi, ditarik nafas dalam. Bertenang. Dia patut bersyukur Lu'lu' masih di sini. sekurang-kurangnya tidak perlu dia bersoal jawab dengan Dato' Safwan.
Melihatkan keadaan Lu'lu', mungkin dia belum makan.
"awak dah makan ke?" suara Marjan sudah mengendur. Menghampiri Lu'lu'.
"kau sibuk kenapa?"
"saya sibuklah sebab tu kerja saya, jaga awak. Jom, makan." ajak Marjan.
Lu'lu' tidak menjawab, namun tidak pula dia berganjak.
"jomlah, nanti awak sakit," Panggil Marjan lagi.
Masih tidak berganjak.
"jomlah," dicekak pergelangan Lu'lu' dan dipaksa Lu'lu' berjalan.
Lu'lu' meronta sedikit sebelum Marjan merenungnya tajam, memberi amaran supaya dia diam dan akhirnya, Lu'lu' menurut tanpa sepatah kata. Dan pastinya mereka ke restoran lain, bukan berhampiran dengan tapak barbeku.
No comments:
Post a Comment