Nisa' sedang sibuk memeriksa akaun syarikat bulan itu apabila telefon bimbitnya menjerit nyaring.
Mala? Nak apa?
“Helo Mala.”
“Nisa', aku ada berita ni. Aku tak tau la berita ni berita gembira untuk kau ke tak, tapi aku nak beritahu juga.”
Dahi Nisa' berkerut.
“Apa dia?”
“Aku dah dapat satu keluarga ni. diorang nak ambil anak angkat tapi diorang tak nak ambil dari rumah anak yatim. Tak tau lah kenapa tapi diorang masih mencari. Kau rasa, kau nak jumpa diorang tak?”
Pen di tangan terlepas. Terlalu terkejut dengan berita yang dibawa Mala.
“Aku, errr.. aku,”
“Nisa', jumpa je dulu. Bukan aku suruh kau serahkan Hana pada diorang. Kau jumpa diorang je. Aku teman. Ok?”
“Hmm...” itu saja yang mampu terlafaz olehnya. Benar dia tidak rela langsung hal itu disentuh tetapi mengenangkan ummi dan kemarahannya, Nisa' tahu dia tiada pilihan lain.
“Ok. Aku set temujanji dengan diorang. Esok boleh?”
“Hmm, ok.” Nisa' menongkat kepala.
“Ok, jumpa nanti. Bye. Assalamualaikum.”
Salam berjawab di dalam hati. Talian sudah mati. Nisa' tersandar di kerusi. Teringatkan Hana tiba-tiba. Macam mana kalau keluarga tu memenuhi ciri-ciri yang aku nak? Hana akan pergi dari aku?
Nisa' berdiri tegak. Tidak keruan dia memikirkan hal itu. Dia bingkas. Segala fail di atas meja disusun. Dia mahu ke rumah Mak Su. Mengambil Hana. Gila tapi itulah yang akan dilakukannya.
Tas tangan dicapai dan dia melangkah laju keluar dari pejabatnya.
“Liza, kalau bos cari beritahu saya ambil cuti separuh hari.” Nisa' berlalu tanpa menunggu lagi. Meninggalkan Liza termangu-mangu, terkebil-kebil menghantar Nisa' pergi dengan pandangannya.
*********
“Eh, Nisa', awal balik hari ni?” tegur Mak Su apabila pintu rumah dibuka untuk Nisa'. Nisa' melabuhkan punggung di sofa. Melepaskan lelah.
“Hana tidur Mak Su?”
Direnung Mak Su yang sudah duduk berhadapan dengannya.
“Haah, lepas minum susu.”
Nisa' memejamkan matanya rapat-rapat. Jika diikutkan hatinya, dia mahu membuka mata dan mendapati hidupnya sudah kembali seperti biasa, seperti dulu sebelum Hana hadir dalam hidupnya. Bukan dia menyesal, tetapi emosinya penat. Hana. Nisa' mengeluh panjang.
“Nisa', ada masalah ke?” Nisa' membuka matanya, mendapati Mak Su masih di situ. Merenungnya penuh tanda Tanya.
Nisa' menggeleng. “Tak ada lah.” Bohongnya.
“Mak Su, Nisa' nak berehat dulu kat sini boleh? Petang sikit Nisa' balik.”
Mak Su menjeling Nisa'.
“Apa yang tak bolehnya? Mestilah boleh.” Nisa' senyum nipis.
“Thanks, Mak Su.”
Dia menanggalkan tudungnya lalu dihampar di atas sofa.
“Mak Su ke dapur dulu. Nak tengok nasi.”
“Ok.” Ringkas. Dia kembali memejamkan matanya. Mahu melelapkan mata sekejap. Penat dia memikirkan hari esok.
Nisa' tidak tahu berapa lama matanya terpejam, tetapi dia terjaga dari lelapnya apabila telinganya menangkap suara lelaki.
Sepantas kilat matanya terbuka. Objek pertama yang dilihatnya ialah Irfan di muka pintu. Nisa' terkedu.
Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu. Alamak! Pantas dia mencapai tudungnya lalu disarungkan begitu sahaja. Nisa' tidak peduli lagi, asalkan bertutup. Irfan melarikan pandangannya.
“Saya minta maaf. Tak sangka pulak, err, awak...” suaranya jelas gelabah.
“Tak pe, saya masuk dalam dulu.” Dengan tudung yang hanya tersangkut di kepala, Nisa' bingkas masuk ke dalam bilik di mana Hana sedang tidur. Dia mengurut dadanya. Fuh!
Kacau betullah Irfan ni. Nisa' merungut sendiri. Dia kembali meletakkan kepala di atas bantal. Selesa. Akhirnya, dia terlelap kembali.
Nisa' tidak sedar berapa lama dia tertidur. Dia terbangun tiba-tiba. Hana masih enak di pembaringan.
Nisa' bangkit lalu duduk. Mengingat kembali apa yang terjadi sebelum dia tidur tadi. Irfan. Dia meraup wajahnya.
Baru dia teringat. Tadi, dia menjangkakan Irfan tidak ada kerana lama juga Irfan tidak kelihatan di rumah Mak Su semasa Nisa' mengambil dan menghantar Hana. Alih-alih dia muncul kembali. Itupun pada masa yang tidak betul bagi Nisa'.
Nisa' memakai tudung dan keluar dari bilik. Televisyen terpasang. Siapa yang menonton? Tiada orang di ruang tamu. Nisa' tidak ambil pusing. Mana Mak Su? Senyap je. Nisa' ke belakang, mahu ke bilik air apabila Irfan tiba-tiba muncul dari dapur.
Nisa' mengurut dadanya, terkejut.
“Hai, dah bangun?” tegur Irfan mesra. Nisa' mengetap bibir. Malu memikirkan peristiwa tadi.
“Mana Mak Su?” Irfan sedang membancuh air Nescafe.
Nisa' terpacak di tepi dinding.
“Mak Su ke rumah jiran kejap. Nak air?” pelawa Irfan. Nisa' geleng, takkan nak share cawan pulak?
“Kalau awak nak saya buat lain.” Nisa' terdiam. Macam tau-tau je.
“Err, tak apa.” Nisa' meneruskan langkah kaki ke bilik air. Nature call.
Di dalam bilik air, telinganya menangkap suara Hana merengek. Alamak, aku tengah meneran ni. Nisa' gelisah. Yang ni pun penting. Sedang dia resah sendiri, suara Hana tidak kedengaran lagi.
Nisa' bergegas keluar dari bilik air apabila ‘urusannya’ selesai. Dia menuju ke bilik pantas. Diselak langsir, Hana tiada.
Matanya tertumpu di ruang tamu. Kelihatan Irfan sedang menonton. Membelakanginya. Nisa' mendekat. Mahu bertanya di mana Hana namun mulutnya terkunci melihat Hana sedang menyusu dalam pangkuan Irfan.
“Awak, sorrylah, saya dalam bilik air tadi.” Irfan tersenyum nipis.
“Tak apa. Thanks to you. Saya dapat buat susu dia dan susukan Hana.”
Berkerut dahi Nisa'.
“Kenapa pulak macam tu?”
“Selama ni saya tengok je Mak Su susukan dia, teringin jugak tapi takut. Tadi saya beranikan diri sebab takkan nak biar dia menangis macam tu? Tak sampai hati pulak saya.” Terang Irfan dengan senyum lebar.
“Ooh. Hmm, anyway, thanks.” Pandangannya jatuh pada Hana. Dia teringat kembali pertemuan yang diaturkan Mala esok. Nisa' melabuhkan punggung di sofa. Mengeluh panjang.
“Awak ada masalah ke?”
Nisa' tersedar Irfan masih di situ. Menggeleng pantas bersama senyum tawar.
“Mak Su pun cakap awak ni macam resah je? Kenapa balik awal hari ni? Dah habis kerja?”
Nisa' menunduk seketika.
“Saya ambil cuti separuh hari.”
“Awak sakit ke?” pantas Irfan bertanya.
Nisa' geleng lagi.
“Taklah.”
“Habis, ada hal?”
“Tak jugak.”
“Habis tu, kenapa?”
Nisa' terdiam. Ish, dia ni semangat betul nak tau. Nak cakap ke tak?
“Saya... rindukan Hana.” Suara Nisa' perlahan. Ejeklah Irfan. Memang saya macam budak-budak.
Namun Irfan tidak menjawab. Dia terdiam, merenung Nisa' lama sebelum dia mengalih pandang.
“Awak ummi yang baik. Saya percaya kalau awak ada anak awak sendiri nanti, mereka akan amat menyayangi awak.” Nisa' mendongak, menatap seraut wajah Irfan.
“Awak, tau?” Irfan tidak menjawab. Sebaliknya dia merenung Hana dalam pangkuannya.
“Saya harap awak tak marah Mak Su. Dia terlepas cakap.” Nisa' terdiam. Masakan dia mahu memarahi Mak Su yang sanggup menjaga Hana untuknya?
Irfan tahu dia menjaga anak kawannya, seperti mana cerita itu diolah oleh Nisa' untuk menyembunyikan hakikat. Hakikat bahawa Hana anak bekas teman lelakinya, bukan sekadar kawan biasa. Bagaimana agaknya jika dia tahu kebenarannya? Masihkah dia menyanjung tindakan aku?
“Saya selalu dengar, ibu buang anak. Ibu gugurkan anak dalam kandungan. Ayah makan anak. Tapi, saya tak pernah dengar, seorang yang belum berkahwin, sanggup menjaga anak kawannya yang sudah menjadi yatim piatu.” Ujar Irfan. Matanya terpaku pada Nisa' kembali.
Nisa' menunduk, malu dipuji sebegitu.
“Dan saya salute kawan awak, siapa nama dia, Daniel ya? Sebab dia boleh terima awak, dan Hana juga.” Nisa' tersenyum pahit mendengar nama Daniel.
Awak takkan tahu kebenarannya Irfan. Kebenaran itu pahit. Sepahit hempedu yang perlu ditelan jua.
“Hmm, thanks for that.” Ikhlas. Nisa' mengerling jam. Pukul 5.
“Saya nak baliklah, dah lewat dah ni.” Nisa' bingkas namun ditahan Irfan.
“Eh, tunggulah Mak Su dulu.”
Mereka berpandangan seketika. Nisa' duduk kembali.
“Haah, dah lupa pulak kat Mak Su.” Nisa' malu sendiri.
Tiba-tiba terlintas di fikiran mahu bertanya.
“Lama awak tak datang sini ya?”
Irfan tersenyum penuh makna.
“Kenapa? Awak rindu ke?” Nisa' pantas mencebik. Tahu Irfan bergurau.
“Taklah, saya hairan je. Ke awak datang masa saya tak ada?” Hana sudah lena kembali dalam pangkuan Irfan. Boleh tahan juga dia ni jaga baby. Pujian ikhlas dari Nisa', tapi tidak terluah.
“Sebenarnya, saya buat bisnes lori. Saya sewakan lori kat orang. Tapi dah lama stop, due to some arising problems. So, kebelakangan ni saya sibuk sikit because I am planning to make a comeback. That’s why I hardly be around.” Nisa' angguk faham.
“Oh, patutlah saya tengok awak ni macam tak kerja je. Tokey besar rupanya. Saya ingat awak ni, menganggur ke, job-hopper ke.” Irfan senyum nipis mendengar usikan Nisa'.
“Tak ada lah, sikit-sikit je.” Irfan merendah diri.
“Assalamualaikum,” suara Mak Su memberi salam. Serentak mereka berpaling ke arah pintu.
“Ha, Nisa' dah bangun? Nak balik dah?”
Mak Su melabuhkan punggung di sisi Nisa'.
“Haah, nak balik tadi tapi tunggu Mak Su la yang ada lagi ni. Bersembang dengan tokey lori.” Nisa' melirik Irfan.
“Hmm, tokey lori yang dah bankrupt, baru nak bertatih balik.” Ujar Mak Su. Nisa' tersengih. Namun wajah Irfan berubah.
Muram sedikit. Tidak seceria tadi. Terasa dengan Mak Su ke dia ni? Takkanlah. Nisa' membuang fikiran jahat itu dari terus beraja. Dia tidak mahu ambil tahu lebih-lebih, takut dikatakan penyibuk pula.
“Mak Su, saya nak balik dulu lah.” Nisa' bingkas, masuk ke dalam bilik. Membetulkan tudung yang hanya tersarung begitu sahaja. dikemaskan sedikit.
Dicapai tas tangan dan beg Hana. Dia keluar dari bilik, menghampiri Irfan. Irfan bingkas.
“Tak apa, saya hantar Hana ke kereta.” Irfan menawarkan.
“O, ok.” Nisa' menurut. Disalam Mak Su dan dia keluar, diikuti Irfan.
Irfan meletakkan Hana cermat di dalam baby-chair.
“Irfan, thanks again.”
“You’re welcome. I am really looking forward to talking to you again.” Ujar Irfan. Nisa' senyum nipis.
“Ok, assalamualaikum.” Nisa' masuk ke dalam kereta, enjin dihidupkan, dan kereta Nisa' meluncur perlahan meninggalkan Irfan.
No comments:
Post a Comment