Marjan berdiri di hadapan kolejnya diiringi satu keluhan panjang. Dia kini merupakan pelajar di situ. Hai, apalah malang nasib aku.
Minggu lepas, dia dan Kasturi bertungkus lumus membuat ‘perhitungan’ dengan pengurusan kolej di hari sepatutnya dia mendaftar. Selepas itu, Dato' Safwan memberinya wang tunai pula untuk dibelanjakan bagi membeli keperluan kolej seperti pakaian baru (memandangkan dia memang ‘miskin’ betul, bajunya yang dibawa Cuma 3 helai sahaja, itupun setelah penat memilih baju yang paling ‘buruk’ untuk dipakai) dan peralatan belajar.
Namun akhirnya duit itu tersimpan rapi di dalam dompetnya kerana dia telah mengerahkan Kasturi untuk membawa semua pakaiannya yang sesuai dipakai di kolej itu kelak. Cadangnya, apabila semuanya berakhir, duit Dato' Safwan akan dipulangkan semuanya.
Dia tetap menjadi driver Lu'lu' dan Laila seperti yang dijanjikan Dato' Safwan. Cumanya, dia akan diberi kelonggaran di dalam masa belajar.
Marjan melangkah lemah. Lu'lu' dan Laila sudah menghilang dahulu seperti biasa. Dari apa yang dia tahu, dia dimasukkan ke dalam bidang pengurusan perniagaan sama seperti Lu'lu' dan Laila. namun untuk dia bertanya kepada mereka mengenai bidang itu adalah sesuatu yang amat mustahil.
Dah lah masuk semester 1 balik! Diploma pulak tu! Hampeh tol! Mana aku nak campak sijil sarjana aku?? Marjan melangkah tanpa arah tujuan. Jika diikutkan, dia tidak perlu masuk ke kelas pun. Tapi dia tahu untuk meyakinkan Dato' Safwan dan ahli keluarga itu yang lain, dia perlu masuk juga ke kelas. Sekali sekala.
Huh, sekali sekala. Dua kali dua kala pun dah macam neraka bagi aku. Marjan melilau mencari kelas yang sepatutnya dimasukinya.
Penat berpusing, dia berhasrat untuk bertanya dengan orang sekeliling.
Seorang lelaki berjalan kelam-kabut melintasinya. Hah, mangsa aku!
Marjan pantas menahan.
‘hai bro, minta maaflah ganggu ni tapi saya nak Tanya ni, kelas business management semester 1 kat mana?’ lelaki itu yang pada mulanya kelihatan terganggu berubah ceria wajahnya.
‘eh, awak budak BM sem 1 ke? Aku pun, jom, aku nak masuk kelas la ni! aku Jam. Jamil.’ Dia menghulurkan tangan. Marjan menyambut dengan senang hati dan mereka beriringan ke kelas.
Sempat Jamil bertanya namanya.
‘Marjan.’
Jamil angguk faham.
Syarahan sudah bermula dan sebaik Marjan melangkah masuk, mata pensyarah tersebut merenungnya penuh makna.
Mereka duduk di satu sudut. Marjan sudah mula terasa bosan. Dia melilaukan matanya dan pandangannya menangkap sesusuk tubuh yang amat dikenalinya sedang memintal hujung rambut yang kerinting. Dia juga kelihatan bosan.
La, budak ni kecik lagi rupanya. Ingat dah lebih 20. Patutlah budak-budak habis perangai. Tapi muka Nampak cam dah atas 20 je. Marjan menggosok dagunya, berkerut-kerut dahinya.
Jamil yang perasan tingkah Marjan itu menegur.
‘kau tengok awek tu ke?’ Jamil memuncungkan mulutnya ke Lu'lu' yang duduk selang beberapa baris dari mereka. Marjan mengalih pandang ke Jamil.
‘apasal?’
Jamil membuat riak wajah pelik. Dia mendekatkan mukanya dengan Marjan seraya berbisik.
‘dia tu dah tua la, tua dari engkau kot? Dia masuk belajar lambat. Tak taulah kenapa. Anak dato, biasalah.’ Marjan angguk-angguk faham. Lagi tua dari aku? Aku lagi tua dari dia tak kata.
Malas Marjan mahu memanjangkan bicaranya dengan Jamil mengenai itu. Dia berhasrat mahu mengorek maklumat tentang Lu'lu'.
‘kau pernah sembang dengan dia?’ Jamil geleng pantas.
‘aku tak nak sembang dengan dia. Dia cepat marah. Kalau dia bersuara sebab nak tengking orang je bro.’ Hah, memanglah, aku pun dah berapa kali kena tengking dalam seminggu ni.
‘dia ada masalah kot?’ sengaja Marjan mahu mencucuk Jamil. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan gadis itu begitu.
Jamil menoleh ke Lu'lu' sekilas.
‘aku rasa tak ada tapi tak taulah. Aku peduli apa dengan dia. Aku Cuma pedulikan sorang saja dalam kelas ni.’ beritahu Jamil tanpa diminta. Wajahnya berubah ceria tiba-tiba.
Marjan jeling Jamil. Ek eleh budak ni, aku Tanya lain jawab lain. Ah, layan jelah.
‘siapa?’ Jamil pantas angkat tangannya menuding ke satu arah yang amat bertentangan dengan Lu'lu'. Tudingannya tepat jatuh ke Laila.
Marjan melopong. Laila pun budak lagi ke? Ke dia pun lambat gak belajar? Aduh, confuse betul.
‘tu, Laila aku.’ Jamil tersengih-sengih bagai orang angau.
‘kau suka dia?’
‘haah. Dia baik, walaupun dia tak pernah senyum dengan aku, tapi dia tak jahat mulut macam Lu'lu'. Cakap baik-baik je. Laila ku...’
Marjan tengok Laila yang kelihatan tekun, jeling Lu'lu' yang Nampak bosan, dan malas. Hai, memang hitam Putih betul dua-dua anak Dato' Safwan ni. memang berbeza dari semua segi.
‘kau tau tak diorang tu adik-beradik?’ Tanya Marjan pada Jamil. Dia yang sedang berangankan Laila tersentak.
‘hah? Mana kau tau?’ Jamil buat muka tidak percaya.
Marjan pandang depan, bersahaja.
‘aku tau lah, aku driver diorang,’ Marjan toleh ke sisi, mulut Jamil sudah terlopong luas.
‘biar betul!’ serentak semua mata memandang mereka. Marjan renung Jamil tajam. Jamil sengih-sengih macam kerang busuk.
Aduh, buat malu betul! Mujur pensyarah tu dah tau aku siapa! Hish! Budak Jam ni! aku buat jem strawberi kang baru tau!
‘sorry, sorry,’ Jamil angkat tangan minta maaf, Marjan dah tutup muka dengan tangan. Dia angkat mukanya sedikit, dan matanya menangkap renungan tajam Lu'lu' yang memanahnya dari jauh.
Marjan angkat tangan, membuat gerak mulut, ‘Apa?’ Lu'lu' jeling tajam sebelum memandang ke hadapan semula. Ish, aku korek jugak biji mata perempuan ni!
Jamil dekatkan mukanya dengan Marjan kembali.
‘betul ke kau driver diorang? Kenapa kau ada dalam kelas ni?’ Tanya Jamil berminat.
Marjan sudah malas mahu menjawab. Menyesal betul aku layan budak ni.
‘dato nak aku belajar.’ Jawab Marjan acuh tak acuh.
‘dia tanggung kau la?’
‘haah.’
‘waa! Bestnya!’ best? Neraka la!
‘hmm, biasa je.’
Jamil tiba-tiba menjauh, pandang Marjan atas bawah.
‘tapi, aku tengok kau ni tak ada gaya driver pun?’
‘habis gaya apa? Anak raja?’ tukas Marjan.
‘hmm, ada jugak.’ Marjan telan liur.
‘betullah, aku driver diorang. Baru je kerja seminggu.’
‘ye ke? Laila kat rumah macam mana?’ Jamil mendekat kembali, menunjukkan minat.
Aduh, malasnya aku nak jawab!
‘biasa je.’
‘dia selalu keluar rumah?’
‘tak.’
‘dia pandai masak?’
‘tak.’
‘dia suka buat apa?’
‘tak tahu.’
‘dia...’
‘kau tolong aku boleh?’ pintas Marjan.
Pandangan Jamil bercahaya.
‘apa dia? Kau cakap je kau nak aku buat apa, aku akan buat.’
‘tolong satu je. TOLONG DIAM.’
Jamil terdiam.
‘itu je?’
Argh! Tak reti bahasa ke budak ni?
‘haah.’
‘ok.’
‘bagus.’
‘aku dah tolong kau, kau tolong aku boleh?’ argh! Kenapa budak Jam ni tak reti bahasa?
‘apa kau nak?’ Tanya Marjan acuh tak acuh.
‘kau tolong ambilkan nombor telefon Laila. Aku nak. please?’
Marjan tenung Jamil tidak percaya. Aduh, kenapa aku mengaku tadi??? Kan dah dapat kerja bodoh ni! mana pernah orang macam aku mintak nombor telefon perempuan!
‘err, aku takut dato marah, kau mintak la sendiri.’ Dalih Marjan.
Jamil capai tangan Marjan.
‘please? Please.... Dia susah nak bercakap dengan orang la. Haraplah dia nak bagi nombor dia kat aku. Entah dia kenal aku ke tidak.’ Jamil merayu lagi.
Marjan garu kepala, bengang.
‘kalau dia tak kenal kau tak payah mintak la.’ Lagi ada hati!
‘alah, aku nak jugak. Aku nak berkenalan dengan dia. Tak kenal maka tak cinta. Tolong la Marjan.’ Marjan angkat kening tengok Jamil tidak percaya.
‘ish, ha, yelah, yelah.’ Aduh! Cari pasal betul!
Jamil capai tangan Marjan, diciumnya bertalu-talu.
‘weh, ko pehal no? Gelilah!’ Jamil ditolak kasar. Tersengih lagi.
‘thanks! Kau lah penyelamat aku dunia akhirat!’ dunia je, akhirat kau punya hal sendiri.
Marjan tenung Laila dari jauh. Garu kepala lagi. Aduh, macam mana aku nak cakap dengan dia ni?
*******
Petang itu, habis sahaja kelas, di dalam kereta. Marjan tenung Laila ikut cermin pandang belakang. Gelisah.
‘hei, kau ni kenapa tengok-tengok orang?’ aduh, perasan pula perempuan sorang ni. aku bukan tengok kau la!
‘saya tak tengok cik Lu'lu' la.’ Perasan!
Lu'lu' mendengus kecil.
‘baru masuk belajar dah buat kepala! Memang dasar budak miskin! Tak tahu malu!’ Marjan angkat kening. Aik, ni dah melampau ni!
‘cik Lu'lu', yang cik tak puas hati sangat dengan saya ni kenapa?’ hah! Jawablah!
‘siapa yang tak puas hati dengan kau?’
‘habis, cik Lu'lu' asyik cari salah saya je kenapa? Kita baru berjumpa. Saya ada jumpa cik Lu'lu' kat mana-mana ke sebelum ni yang membuatkan cik Lu'lu' dendam kat saya?’ ambik kau! Mintak simpang la aku nak jumpa kau! Laila masih tenang. Tidak endah langsung. Telinga dia ni telinga besi apa?
‘hei, kau diam boleh tak?’ marah Lu'lu'.
Marjan senyum sinis.
‘hai, cik Lu'lu', kenapa la cik Lu'lu' tak sama dengan cik Laila? tak banyak cakap, tak menyakitkan hati orang, dari banyak cakap, buat orang angin je buat apa.’ Dah malas aku nak jaga mulut aku. Lantak la, kena pecat lagi bagus, boleh berhenti belajar!
Marjan jeling cermin sekilas. Merah padam muka Lu'lu'.
‘kau jangan sekali-kali samakan aku dengan perempuan ni! aku benci dia! Aku benci kau!’ tengking Lu'lu'.
‘cik Lu'lu' benci dia? Dia kan adik cik Lu'lu' juga?’
‘hei! Aku tak ada adik! Aku anak tunggal tau! Tak ada siapa boleh rampas status tu dari aku! Aku anak tunggal Dato' Safwan!’ tempelak Lu'lu' lagi.
Marjan terdiam. Apa dia merepek ni? Laila pun buat bodoh je. Boleh dia tahan duduk tepi perempuan yang macam singa ni? ish, pening aku!
Apa dah jadi dengan keluarga ni sebenarnya?
Marjan tidak menjawab lagi. Malas mahu melayan. Lu'lu' benar-benar marah. Kenapa agaknya?
No comments:
Post a Comment