About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 6, 2009

Lu'lu' dan Marjan 16

‘Marjan!’ jeritan Mira membuatkan Marjan menoleh pantas. Rajin betul dia ni mengekor aku.

‘kenapa?’ soal Marjan berbasa basi. Langkahnya mati. Kasihankan Mira yang berlari anak mendapatkannya.

Mira termengah-mengah sekejap. Marjan berkerut dahi.

‘tak ada apa. Saya just nak ingatkan awak. Datang tau malam ni. please, bagi saya awak tetap Marjan kawan Lu'lu'. Bukan driver dia. So, I hope you can see me as your friend too.’ Suara Mira ikhlas.

Marjan menunduk. Driver? Hmm...apa-apa jelah.

‘ok. Thanks.’ Ucap Marjan, ringkas.

Mira senyum nipis.

‘tonight, at 8. Jangan lupa. Kalau awak tertidur, saya akan kejutkan awak. Oh, awak ada phone kan? What is your number?’ Mira sudah menyeluk poket, mengeluarkan black berrynya.

Marjan garu dahi, teragak-agak.

‘012-2338745.’ Diberi juga nombornya. Bersungguh betul dia ni.

‘ok Marjan. See you later. Bye.’ Mira mengundur diri perlahan-lahan, berpusing meninggalkan Marjan termangu-mangu.

Sesaat dua dia terpaku di situ. Langkahnya diteruskan lagi, kembali ke khemahnya. Mahu berehat dan solat asar.

Tiba-tiba, telefonnya menjerit-jerit minta diangkat. Marjan seluk poket. Nombot tak dikenali. Marjan berhenti melangkah, berpusing ke belakang melihat kelibat Mira yang semakin menjauh.

Aik, Mira ni nak mainkan aku ke? Ke nak buat missed call je?

Namun handphonenya masih berbunyi nyaring. Takkan missed call. Akhirnya, ibu jarinya menekan punat ‘Answer’.

‘helo, Mira?’

‘Mira? Mira mana?’ Marjan gigit bibir.

‘Marjan? Mira mana yang you tunggu call dia ni?’

Marjan garu kepala.

‘Syaza ke ni?’

‘yelah! Siapa lagi! I dah sampai. You dekat hotel mana?’

Aduh! Cepat giler! Sah minah impak maksima dia ni.

‘saya? Err, saya kat Hotel Bayu.’ Alamak! Kenapa mulut ni tak dengar cakap otak hah?

‘ok. Wait. I’ll be there in 10 minutes.’

Talian mati. Marjan kaku sekejap. Mimpi ke? Dicubit pipinya.

‘ouch!’ oh, bukan mimpi.

Telefonnya dibelek lagi. Dia menyimpan nombor Syaza. Tidak mahu lagi menerima kejutan seperti tadi.

Langkahnya diteruskan. Macam mana ni? macam mana nak handle perempuan ni?

Matanya tertancap pada sebuah bangku yang kosong.

Tak payah balik dululah. Duduk dulu, ambil angin sebelum aku dapat bala lain.

Dia melabuhkan punggungnya.

Digosok kepalanya kuat. Ish! Pening!

Satu satu masalah datang.

Pandangannya jatuh pada kanak-kanak yang berlari riang di pantai. Bermandi-manda, bersuka ria.

Kan best jadi budak-budak? No worries. No regrets. Regrets? Aku ada regrets ke? Hmm, Lu'lu'. Ke mana dia agaknya? Boleh ke Fahim tu pujuk dia? Macam tak boleh percaya je.

Aduh. Nampak gayanya, tak ada harapan nak tidur bilik malam ni.

Marjan menyeluk saku. Telefon bimbit dikeluarkan, nombor yang terakhir didail dipilih.

‘helo, assalamualaikum bro!’

‘waalaikumussalam! Hah! Ingat dah tak reti bagi salam dah!’

‘apa pulak! Haha.’

‘ko kat mana ni? PD?’

‘haah.’

‘aik, lemah je bunyinya? Apa kau buat semalam? Or tadi? Ada projek ke?’

‘woit! Nak tuduh tu tengok orang dulu ar. Aku sumpah jadi katak gemuk baru tau!’

‘ok, ok. Apasal bro? Ada masalah ke?’

‘adalah dua tiga biji masalah.’

‘kau nak aku tolong ke?’

‘ish, tak payah. Nanti satu istana kena sumpah!’

‘wah! Itu dah kira dahsyat tu!’

Marjan mengeluh kecil.

‘aku pening ar bro.’

‘apasal?’

‘anak dato ni. believe it or not, semalam aku tidur khemah.’

‘what??? Repeat please? Aku tak percaya dengan pendengaran aku. Kau, Putera Mahkota Marjan, tidur khemah? Biar betul! What made you??’

‘anak dato tu la. Terpaksa gak. Kalau tak, kantoi aku berduit.’

‘senyap-senyap ambik bilik ar! Itu pun tak boleh handle ke?’

‘tak boleh, risky. Malam ni pun aku rasa tak ada chance aku nak dapat bilik.’

‘I think you have really pissed her off la.’

‘memang pun. Itu yang buat kepala otak aku bertambah bengang tu.’

‘kenapa kau tak fikir dulu sebelum buat?’ aik, ceramah Kasturi dah mula dah.

‘mana boleh fikir? Tak sempat!’

‘banyak kau punya tak sempat! Hah, snap la sekeping dua gambar kau dalam khemah tu! Buat kenangan!’

‘hei! Kau bagi aku handphone yang bunyi sikit punya kuat ni, badan sikit punya gedabak, kau nak suruh aku tangkap gambar dengan apa? Dengan bulu hidung?!!’

‘ops! Haha! Lupa pulak! Sorry, sorry. Lupa.’

‘hah! Tau tak apa! Eh, dah lah, aku nak balik khemah. Tidur.’

‘wah! Wah! Selamat berkhemah ya.’

‘banyak lah kau punya selamat. Chow. Bye.’

‘bye!’

Talian dimatikan. Ada mesej masuk sejurus talian mati. Dari maxis. Ada 3 panggilan dari nombor yang sama.

Alamak! Syaza!

Marjan terkejut sendiri apabila handphonenya berbunyi nyaring. Syaza. Dengan berat hati, dia menjawab panggilan itu.

‘you bergayut dengan siapa tadi?’ tiada sapaan, terus sahaja tengkingan.

‘kawan.’ Ish, nak berkasar dengan dia ni, nanti jadi lain pulak.

‘siapa? Mira?’

Ish! Malasnya nak layan!

‘tak lah. You sibuk kenapa? we’re nobody to each other kan?’ akhirnya terkeluar juga ayat tidak puas hati itu.

‘sampai hati you. I datang PD sebab you tau.’

Marjan gigit bibir. Ah, ni yang susah ni.

‘you kat mana?’ soal Marjan berat.

‘kat lobi. You?’

‘pantai.’

‘ok, kejap, I datang.’

Talian mati. Marjan angkat punggung. Malas mahu menanti. Kalau dia nampak aku, memang rezeki dia. Kalau tak, sorry lah aku nak tunggu. Hotel juga tak kurang dekatnya. Sekejap saja dia boleh sampai sini.

Marjan mengatur langkah ke kawasan perkhemahan yang lebih kurang 50 meter jaraknya dari situ.

Tangannya dua-dua diselukkan ke dalam poket. Menekur pasir sambil melangkah lambat-lambat. Tiba-tiba, pandangannya menangkap seekor ketam kecil yang terkedek-kedek berlari ke dalam lubangnya apabila Marjan menghampiri.

Teringatkan peristiwa semalam. Lu'lu' meluahkan isi hatinya. Lu'lu' dan Fahim. Hmm, dah ok kot diorang? Mungkin betul kata Kasturi. Aku tak patut terus bekerja dengan diorang. Masa aku semakin hampir.

Aku akan dipanggil balik. Kalau aku buang masa dengan diorang, tak selesailah misi aku. Tapi, kenapa aku rasa berat nak pergi? Apa yang menyebabkan hati aku berat nak keluar dari rumah Dato' Safwan?

‘Marjan!’ Marjan berhenti melangkah, menoleh ke belakang.

Syaza! Kelat wajah Marjan.

Syaza berjalan pantas menghampiri Marjan.

‘kenapa awak tak tunggu? Awak nak pergi mana?’ soal Syaza sebaik dia berdiri di sisi Marjan.

Marjan garu kepala.

‘err, saya nak balik solat asar.’

‘kenapa you pergi arah sana? Hotel kan kat sana?’ berkerut dahi Syaza. Topi pantainya di atas kepala tak kurang hebatnya. Siap dengan sekuntum bunga besar. Memang nak holiday dia ni.

Marjan menoleh ke arah yang ingin ditujunya sekilas.

‘saya tidur khemah.’

Bulat mata Syaza merenung Marjan.

‘what? Biar betul! You ni! kenapa tidur khemah? Tak class la! Jom, ambil bilik!’ Syaza menarik tangan Marjan tanpa menanti lagi.

Marjan menolak lembut tangan Syaza namun pelukannya beralih ke lengan Marjan pula.

‘Syaza, it’s ok. Saya memang suka tidur khemah.’ Wah! Pembohongan paling besar!

Syaza menjeling tajam.

‘no! Ambil bilik!’ terus saja Syaza menarik Marjan ke hotel.

Teringat pula Marjan pada janji Lu'lu' mahu memberi bilik padanya. Saat ini, alangkah baiknya jika Lu'lu' datang.

Marjan menurut langkah Syaza pantas. Nampaknya, mereka Berjaya menarik perhatian ramai pengunjung apabila banyak mata yang tertumpu pada mereka.

Sampai di depan lobi, mereka terus ke kaunter.

‘bagi satu bilik.’ Arah Syaza tegas. Tangannya masih melekap kemas di lengan Marjan. Marjan menggigit bibir. Aduh. Macam mana ni?

‘cik nak bayar guna apa?’ soal pekerja di kaunter itu.

Syaza menoleh ke arah Marjan.

‘awak nak bayar guna apa?’

Marjan terkulat-kulat, terkebil-kebil memandang Syaza. Tidak tahu apa yang patut dikatakan. Tak perlu, tak payah, tak boleh, semuanya di mindanya sahaja. tidak terlafaz.

‘Marjan,’ panggilan itu mengejutkan Marjan. Dia menoleh ke arah suara itu. Pandangan tajam Lu'lu' menyapanya.

‘apa kau buat kat sini?’ soalan yang tajam, dan penuh makna. Marjan telan liur.

Marjan pandang Syaza, yang turut hairan melihat Lu'lu'.

‘apa dia buat kat sini?’ soal Syaza tidak puas hati.

Marjan berpaling dari kedua-duanya. Pegangan Syaza direnggangkan. Dia memandang Lu'lu' dan Syaza silih berganti. Pening.

No comments:

Post a Comment