About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Wednesday, May 6, 2009

Sufi, Sufiah 3

‘ummi! Abah!’ jerit Sufiah dari luar rumah sebaik kakinya mencecah lantai d halaman rumahnya. Datin Sariyah menjengahkan kepalanya. Melihat wajah Sufiah, dia terus berlari keluar mendapatkan Sufiah.

‘ummi, aik. Kata tak sihat boleh berlari pulak?’ tegur Hadi mengusik. Datin Sariyah mencebik. Sufiah juga menjeling Hadi. Kakinya melangkah pantas mendapatkan ummi yang amat dirinduinya.

‘ummi, Su rindu sangat kat ummi!’ ujar Sufiah bersemangat. Dipeluknya tubuh ummi yang lebih rendah darinya sedikit. Dicium kedua-dua pipi yang sudah menunjukkan garis tua itu. dipeluknya ummi lama. Tiba-tiba, dia merasakan tudungnya basah.

‘ummi, la, kenapa menangis? Kan Su dah balik?’ tanyanya. Jemarinya mengesat titisan jernih di pipi itu. ummi senyum dalam tangis.

‘dah lah ummi. Buat drama pulak. Hari tu masa Hadi pergi ummi tak macam ni pun? Ni yang tak puas hati ni.’ rajuk Hadi. Dia sudah berdiri di sisi mereka, di hadapan pintu rumah.

Datin Sariyah memukul Hadi perlahan. Sufiah juga memandang tajam. Namun mereka ketawa bersama apabila sedar Hadi Cuma mahu menceriakan suasana.

‘jom masuk.’ Ajak ummi. Ditariknya tangan Sufiah masuk.

Sufiah menurut sambil memeluk bahu ummi yang dirasakannya sudah mengecil sedikit dari dulu. Amaran dan peringatan dari umur yang sudah lanjut. Namun dia gembira kerana ummi dan abah masih bernafas dan bersama mereka hingga kini.

‘masuklah Su. Ummi dah masak 27 jenis lauk-pauk untuk Su. Makanlah sampai lebam.’ Usik Hadi lagi. susah payah dia mengangkat beg Sufiah masuk ke dalam rumah.

Sufiah tergelak kecil.

‘ummi kan sayang Su? Kan ummi kan?’ Tanya Sufiah. Datin Sariyah mengangguk-angguk.

‘apa-apa je lah kamu ni Hadi. Ummi sayang semua anak ummi. Tak ada bezanya.’ Tiba di ruang makan , Sufiah melabuhkan punggung.

Matanya terbeliak melihat pelbagai jenis lauk yang tersedia di atas meja. Betullah apa yang abang cakap. Cumanya lauk yang ummi sediakan tak sampai 27 jenis tapi mau lebam jugak nak makan ni.

‘ummi, ummi kan tak sihat, kenapa ummi masak banyak macam ni?’ Tanya Sufiah prihatin pada
Datin Sariyah yang turut melabuhkan punggung di hadapan Sufiah. Hadi juga sudah turun kembali dari bilik Sufiah setelah menghantar beg ke bilik.

‘tak apa lah. apa sangat yang ummi boleh buat dan tak boleh buat? Memasak kan dah memang kerja ummi?’ jawab ummi.

Ummi mahu menuangkan air apabila Sufiah mengambil jag dari tangan ummi dan mengambil alih tugasnya. Ummi Cuma membiarkan.

Hadi mengambil segelas air yang dituang Sufiah lalu duduk di sebelah Sufiah. Dia meneguk airnya laju.

Tiba-tiba Sufiah teringatkan sesuatu.

‘mana abah dan adik?’ mendengar soalan itu, ummi dan Hadi berbalas pandang namun Sufiah tidak menyedarinya.

Dipandang ummi dan Hadi silih berganti.

‘adik, err.. dia ada projek. Kan abang dah cakap tadi?’

‘ok, adik ada projek tapi sampai hatinya dia tak nak balik kejap jumpa Su.’ Ujar Sufiah sayu. Hadi menunduk. Ummi melarikan pandang.

‘abah?’ Tanya Sufiah lagi.

‘siapa anak abah yang panggil-panggil abah tu? Dari jauh abah dah dengar suaranya.’ Sufiah memandang ke arah itu. Dato' Ibrahim tersenyum lebar. Di tangan dan badannya ada kesan tanah. Tahulah Sufiah. Abah berkebun kat belakang lah ni.

Sufiah bingkas mendapatkan abah lalu dipeluk abah yang tergamam dengan tindakan Sufiah. Ditepuk-tepuk belakang Sufiah perlahan.

‘abah sihat?’ Tanya Sufiah. Masih tidak merenggangkan pelukan itu. air matanya pula menitis.

Dia lebih manja dengan abah dan hatinya lebih mudah tersentuh bila dia dengan abah. Mungkin kerana kisah dulu.

‘abah sihat. Kalau tak sihat abah tak boleh berkebun, kan?’ jawab Dato' Ibrahim.
Sufiah merenggangkan dirinya lalu dikesat air mata di pipi.

‘ala, anak perempuan abah yang sorang ni dah menangis lagi. masa kecil dulu tak kuat menangis bila dah besar lain pulak?’ usik abah. Sufiah tersenyum sahaja. Malulah pulak.

‘abah, jom makan.’ Ajak Sufiah dengan suara sedikit serak.

‘ok, sekejap. Abah nak mandi sikit. Nanti ummi marah abah kerusi dia kotor.’ Ujar Dato' Ibrahim seraya menjeling Datin Sariyah di meja makan. Datin Sariyah mencebik.

Sufiah ketawa kecil. Hadi turut tersenyum. Usik mengusik menambah sayang.

‘ok, nanti abah turun cepat ya. Kita makan sama-sama.’ Pesan Sufiah.

‘oklah anak abah.’ Jawab Dato' Ibrahim seraya berlalu meninggalkan mereka.

‘abang, nak pinjam telefon.’ Pinta Sufiah. Hadi mengerutkan dahi.

‘nak buat apa?’

‘nak telefon adik suruh dia balik juga.’ Beritahu Sufiah. Datin Sariyah dan Hadi berbalas pandang lagi. Datin Sariyah melepaskan keluhan berat namun tidak didengar Sufiah.

Hadi menyeluk poket seluar lalu dihulurkan telefon bimbitnya kepada Sufiah.
Sufiah mendail lalu menunggu seketika.

‘err, hello..’ Sufiah diam kembali. Hadi memandangnya.

‘kenapa?’ Tanya Hadi.

‘voicemail.’ Beritahu Sufiah. Datin Sariyah tidak menunjukkan riak terkejut. Wajahnya tenang.
Seperti sudah menjangkakan hal itu.

Hadi juga begitu.

‘nak try lagi.’ ujar Sufiah seraya mendail lagi namun wajahnya hampa lagi.

‘mana adik ni? Tak sempat nak charge handphone ke?’ Sufiah bertanya lebih kepada bercakap sendiri. Dia rindukan Sufi.

‘hmm, malas dah. Thanks.’ Telefon dihulurkan kembali kepada Hadi.

Malam itu, Sufiah berayun di luar rumah di buaian yang dibuat mereka bersama-sama satu ketika dahulu. Buaian kayu itu masih utuh dan bagus. Dia memandang ke langit. Tudung yang dipakai ditiup angin malam. Fikirannya jauh.

Kembali ke masa dulu. Masa di mana dia dan Sufi ditemui Dato' Ibrahim di perhentian bas. Jika bukan Dato' Ibrahim yang menemuinya, apakah agaknya nasib mereka sekarang?

‘Su, buat apa?’ Sufiah tersentak. Hadi tersenyum.

Sufiah mengesot memberi ruang pada Hadi untuk duduk dan Hadi melabuhkan punggungnya.

‘hmm, tak ada apa-apa. Teringat masa dulu.’ Ujarnya seraya menjeling Hadi sekilas sebelum pandangannya dibuang ke langit kembali.

‘masa dulu?’ Tanya Hadi.

‘haah. Masa abah kutip kitorang dulu.’

Wajah Hadi berubah. Sufiah yang perasan Hadi tidak memberi apa-apa reaksi seperti selalu menoleh kepada Hadi.

‘kenapa abang?’ Tanya Sufiah.

Wajah Hadi tegang.

‘tak baiklah guna perkataan ‘kutip’.’ Tegur Hadi.

Sufiah tersenyum. Hadi tidak memahami situasi Sufiah. Kerana itu dia marah.

‘hmm, apa-apa jelah bang. Abang kerja ke esok?’ Tanya Sufiah. Cuba menukar topic. Tidak suka melihat Hadi marah.

‘kerja. Kenapa? Nak ganti abang?’ Tanya Hadi tiba-tiba. Sufiah mencebik.

‘tak nak. Su nak rileks dulu kat rumah. Cuti lagi.’

Tiba-tiba matanya tertancap pada pagar rumah. Mindanya pantas teringatkan seseorang.

‘abang, Sufi memang tak balik rumah ke?’ Tanya Sufiah. Hadi diam. Wajahnya serba-salah.

‘kejap lagi balik la kot?’ jawab Hadi.

‘kot? Cakap betul-betul la bang. Mana Sufi ni? Buat projek siang tak cukup masa ke? Dah la call tak dapat. Su risau la bang.’ Bebel Sufiah, meluahkan kerisauannnya.

‘tak payah risau. Dia bukan tak tau nak balik rumah.’ Jawab Hadi. Lain macam bunyinya.

‘abang, kenapa abang cakap macam tu? Dia kan adik kita?’ Tanya Sufiah. Dia memandang Hadi tajam. Kerisauannya bertambah melihat Hadi begitu.

‘betullah. Kalau dia nak balik, dia tau jalan. Kalau dia tak balik, maksudnya dia tak nak balik la kan?’ Tanya Hadi lagi. Sufiah terdiam. Apa kena abang ni?

‘malaslah cakap dengan abang. Su nak jumpa abah dengan ummi.’ Ujar Sufiah bingkas lalu masuk ke dalam rumah.

Sungguh dia kecil hati dengan sikap dan kata-kata Hadi. Seperti tidak mahu Sufi balik saja lagaknya.

Sufiah memanjat tangga menuju ke master bedroom. Pintu bilik terkuak sedikit. Maksudnya abah dengan ummi belum tidur. Baru dia mahu mengetuk, dia terdengar nama Sufi disebut.

Gerakannya terhenti. Dia berdiri di belakang pintu, memasang telinga. Sufiah sedar perbuatannya itu salah namun dia merasa tidak sedap hati.

‘dah sebulan Sufi tak balik. Macam mana ni bang?’ suara ummi kedengaran sayu.

‘abang pun dah tak tau nak buat macam mana yah. Dia dah besar. Tugas kita besarkan dia dan didik dia sebaiknya dah lepas. Sekarang, dia yang tentukan hidupnya.’ Jawab abah. Tenang.

‘tapi Sufiah macam mana? Dia Tanya tadi bang. Apa kita nak jawab?’

‘beritahu saja dia apa yang dah jadi. Sooner or later, dia akan tahu juga. Baik dia tau sekarang.’

‘tapi yah tak sanggup nak beritahu dia. Abang pun tau macam mana rapatnya dia dengan Sufi.’

‘abang tahu, tapi kita dah tak boleh nak buat apa. Berdoa saja semuanya akan pulih seperti sediakala. Dah, jom tidur. Dah lewat ni.’

Sufiah yang masih terkejut dengan apa yang didengarinya pantas menuruni tangga kembali, tidak mahu abah dan ummi tahu dia di situ. Sufiah terduduk di anak tangga terakhir. Air matanya menitis.

Dia menangis semahu-mahunya namun suaranya masih terkawal, tidak mahu ummi dan abah tahu. Apa sudah jadi dengan keluarga ini? Sufiah tidak sanggup menerima kenyataan bahawa keluarga bahagia yang diimpikannya dan telah diperolehinya selama ini bercerai-berai. Dia tidak mahu itu terjadi.

‘eh, Su, kenapa ni?’ Tanya Hadi yang baru masuk ke dalam rumah. Dia menghampiri Sufiah lalu turut duduk di anak tangga itu.

‘abang,’ tutur Sufiah dalam esakan. Hadi sayu. Hendak dipeluk dan ditenangkan Sufiah, mustahil kerana dia tahu antara mereka ada batasnya.

Hadi mengetap bibir.

‘abang, mana Sufi bang?’ Tanya Sufiah dalam payahnya berbicara. Hadi terdiam. Dia merenung wajah itu.

‘mana dia bang? Su dah dengar. Dia lari dari rumah. Kenapa? Kenapa dia lari bang?’ Tanya Sufiah lagi. tudungnya lenjun dek air mata yang tidak berhenti, tiada tanda akan berhenti.

Hadi masih diam. Tidak tahu apa yang patut diberitahu dulu. Akhirnya, dia memutuskan untuk membiarkan Sufiah menangis semahunya dahulu. Apabila dia sudah tenang, Hadi akan bercerita.

‘abang, abah dan ummi pun tak tahu apa yang tak kena dengan dia Su. Tiba-tiba saja, Sufi malas pergi kuliah. Malam balik lewat. Abang pun tak tau. Pernah abang ikut dia Su satu malam tu. Nak tau dia pergi mana selama dia pulang lewat. Dan abang sangat terkejut bila abang tengok sendiri, dia masuk kelab malam. Perempuan berkepit dengan dia dari luar kelab lagi.’

Sufiah terkedu. Tidak mungkin. Tak mungkin itu Sufi.

‘abang tipu Su.’ Tutur Sufiah lirih.

‘Su, abang tau ini yang akan Su cakap bila abang ceritakan hal sebenar. Su ingat abang suka nak buat cerita? Apa faedah yang abang dapat? Dia adik abang. Janji yang abang bagi dulu abang pegang hingga kini Su. Sufi adik abang. Adik abang Su!’ tekan Hadi. Dia terduduk, keluhan berat dilepaskan.

‘abang pergi kelab tu banyak kali Su, semata-mata nak ajak dia balik. Abang tak beritahu abah. Tak sanggup abang. Tapi satu hari, abah tau juga aktiviti dia. Dia balik satu malam, abah tunggu dia. Ummi dan abang pun ada. Abah Tanya, ke mana dia pergi? Dia jawab lain. Dia bohong abah. Macam yang selalu dia buat selama ni. Tapi abah tak pernah tau. Abah percayakan dia.’ Berat suara Hadi berbicara.

Sufiah tersadai di sofa. Hatinya pedih.

‘abah Tanya lagi, mana dia pergi, dia bohong lagi. dan dia bercakap pun tak pandang abah, macam yang selalu abah ajar. Abah naik angin. Percayalah Su, itulah kali pertama selama abang hidup abang tengok abah marah seteruk tu. Abah angkat tangan lempang Sufi.’ Ujar Hadi lambat-lambat.

Sufiah tersentak. Abah tampar Sufi?

‘abah marah sebab dia tipu dan sudah biadap. Dan, abah juga terlepas cakap Su. Abah cakap, kenapa Sufi tak sama macam Sufiah? Sufi diam. Ummi dah menangis bagai nak gila. Tiba-tiba Sufi naik atas dan tak lama lepas tu dia turun bawa beg baju. Ummi nak halang tapi abah tak benarkan.’ Hadi telan liur.

‘kata abah, kalau Sufi benar anak abah, dia takkan tinggalkan rumah ni. Dan Sufi jawab, dia bukan anak abah. Jadi dia kena tinggalkan rumah. Dia terus pergi tak menoleh lagi. abah sakit sekejap lepas tu Su. Sedih abah dengar ayat Sufi. Selama ni abah tak pernah ingatkan hal lama dan Sufi pula cakap begitu. Tapi abah tak benarkan kami beritahu Su. Buat biasa saja. Itu yang abah pesan. Abang minta maaf kerana sembunyikan hal ni dari Su.’ Hadi mengakhiri bicaranya. Lirih dan sayu.

Sufiah teresak-esak kecil. Lama dia diam melayan pilu di sofa itu. Hadi setia menemani. Tiba-tiba, Sufiah bingkas. Dia mencapai kunci kereta di atas meja hiasan. Hadi yang memerhatinya pantas menahan Sufiah yang sudah menghampiri pintu.

‘Su nak pergi mana?’ Tanya Hadi. Sufiah memandang sepasang mata Hadi tajam.

‘Su nak cari Sufi.’ Jawabnya. Dia mahu melangkah kembali namun ditahan lagi.

‘abang ikut? Lagipun Su tak tau dia kat mana.’ Pinta Hadi. Sufiah terdiam sejenak. Air mata yang masih bersisa dikesat.

Masih tidak menjawab, dia mengatur langkah keluar rumah. Hadi pantas mengikut. Apabila Sufiah mahu membuka pintu kereta di tempat duduk pemandu, Hadi menahan lagi.

‘abang drive? Lagipun Su macam tak stabil. Abang risau.’ Ujar Hadi lagi. Sufiah tidak membantah. Diberi kunci kereta kepada Hadi. Dia masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.

Gate dibuka dan kereta yang dipandu Hadi meluncur laju di jalan ke destinasi yang hanya Hadi tahu.

Sufiah terbatuk-batuk dengan asap yang berwarna-warni dan bermacam bau. Kelibat Sufi masih tidak kelihatan. Hadi di belakang turut terbatuk-batuk kecil. Semua orang di dalam kelab itu memandang Sufiah dengan pandangan yang lain macam. Orang bertudung di dalam kelab.
Memang satu pemandangan yang pelik.

Sufiah masuk ke dalam lagi. jelik dia melihat insan di dalam kelab itu. yang berpelukan, yang mabuk. Sungguh Sufiah tidak pernah bermimpi dia akan masuk ke dalam dunia kotor ini. Dan Sufi merupakan salah seorang penghuninya.

Tadi, mereka ke rumah yang dipercayai dihuni Sufi sekarang. Dan orang di rumah itu yang mengkhabarkan Sufi mungkin di sini. Di sebuah kelab malam.

Sufiah melangkah lagi. matanya liar mencari-cari kelibat Sufi dalam kepayahan. Apapun yang terjadi, Sufi harus pulang ke rumah malam ini. Itu janjinya pada diri sendiri.

Matanya tertancap pada satu kelibat yang amat dikenalinya. Kelibat itu sedang berpelukan dengan seorang gadis seksi. Pakaiannya hanya cukup menutup atas dan bawah. Adik, kenapa adik macam ni?

Hadi juga memaku matanya di situ. Dalam hatinya dia beristighfar panjang.

Sufiah mendekat lalu dia menepuk kuat bahu itu. Sufi terganggu. Gadis dalam pelukannya dilepaskan.

‘akak?’ mata bertentangan.

Sufiah mencekak pergelangan tangan Sufi lalu ditariknya Sufi bangun. Dipaksanya Sufi yang sudah melelong itu berjalan keluar sehingga mereka sudah berada di luar kelab itu. sampai di luar, dia melepaskan tangan itu kasar. Sufi mengaduh. Hadi masih setia di situ.

Sufiah memandang ke kejauhan.

‘apa Sufi buat kat sini?’ Tanya Sufiah kasar.

Bunyi bising di luar kelab itu tidak mampu menenggelamkan suaranya yang jelas sedang marah.

Sufi tidak mengendahkan soalan itu. dijeling Hadi yang menatapnya tajam.

‘ni tempat Sufi.’ Jawab Sufi setelah lama berdiam.

Sufiah melopong, tidak percaya. Ditunjukkannya pintu kelab itu lalu ditenung wajah Sufi.

‘tempat ni, tempat syaitan ni tempat Sufi?’ Tanya Sufiah tidak percaya.

Sufi tidak menjawab sebaliknya dia membuat muka. Menambahkan panas hati Sufiah, adik yang ditatang selama ini sudah tidak menghormatinya. Dipegang kedua-dua bahu Sufi lalu digoncang kuat.

‘apa dah jadi dengan Sufi ha?’ Sufi masih begitu, tiada reaksi, wajah selamba. Orang-orang yang berada di luar kelab Cuma memandang lalu ketawa mengekek.

Sufiah sebak. Dilepaskan Sufi lalu dipusingkan badannya membelakangkan Sufi. Dikesat titis air mata yang mula laju menuruni pipi. Ditenangkan dirinya seketika sebelum memusingkan badannya kembali.

Ditatap wajah Sufi lagi.

‘Sufi dah tak sayang kami? Abah, ummi, abang, akak, Sufi dah tak sayang kami ke?’ Tanya Sufiah, sayu.

Tiada jawapan. Wajahnya masih selamba. Dibelek kukunya.

‘Sufi, sampai hati Sufi lukakan hati abah Sufi. Abah yang kutip kita di tepi jalan. Abah yang bagi nama dia pada kita. Yang sekolahkan kita. Yang didik kita sebaik-baiknya. Yang mencurahkan sepenuh kasih sayang pada kita. Sampai hati Sufi buat abah macam ni?’ Tanya Sufiah lagi. ada nada tidak percaya dalam suaranya. Sufi mencebik.

‘dia bukan abah kita.’

Pang! Sufi terundur ke belakang setapak dek penangan tamparan itu. Sufiah mengetap bibir. Dadanya turun naik menahan marah. Hadi tergamam. Tidak sangka Sufiah akan pergi sejauh itu.

‘Sufi, memang dia bukan abah kita, sebab dia malaikat yang telah mengutip kita di tepi jalan dan menjaga kita sebaiknya. Dia malaikat Sufi. Malaikat!’ Lantang suara Sufiah.
Sufi memegang pipi yang perit. Sampai hati akak.

‘Sufi nak abah yang macam mana lagi, ha? Abah yang tendang dan campak kita suka hati, abah yang nak rogol anaknya sendiri, abah yang sepanjang masa meneguk air haram? Sufi nak abah macam tu? Sufi pun nak jadi macam tu? Ha? Jawab Sufi! Sufi nak jadi macam tu?’ Tanya Sufiah lantang. Ditunjal-tunjal dada Sufi. Suaranya tiada tanda-tanda akan mengendur.

Sufi mengangkat muka.

‘akak cakaplah apa yang akak nak. Sufi bahagia macam ni. Sufi bosan di rumah tu. Bosan! Hari-hari benda yang sama. Itu tak boleh, ini tak boleh. Apa yang boleh? Sufi nak enjoy akak! Enjoy!’ luah Sufi tiba-tiba. Sufiah tergamam. Sufi sudah terjebak dalam hal dunia terlalu jauh.

‘Sufi, abang Hadi dan akak tak pernah rasa macam tu. Rumah adalah syurga kita Sufi.’ Ujar Sufiah pula. Suaranya sudah mengendur.

‘akak dan abang apa tahu? Korang pergi oversea, tengok dunia. Sufi ni bodoh. Belajar dalam Negara je. Nak ikut kawan-kawan berjalan pun tak boleh. Bosan tau tak? Sufi bosan di rumah tu!’ luah Sufi lagi. suaranya sudah meninggi.

‘Sufi dah biadap.’ Ujar Sufiah. Sufi memandang Sufiah yang tidak berkelip. Tertawa kecil.

‘memang. Memang Sufi biadap. Kenapa?’

‘Sufi bukan adik akak.’

‘memang! Memang aku bukan adik kau! Adik kau Sufi yang lurus bendul dah lama mati.’ Jawabnya lagi.

Pang! Sufi memegang pipi yang sebelah lagi. perit.

‘kau bunuh adik aku.’ Tutur Sufiah perlahan. Wajahnya jelas geram dan marah. Saat itu syaitan bersorak melihatnya. Marahnya tidak terkawal lagi.

‘Su,’ panggil Hadi. Dia bimbang kerana Sufiah yang tidak pernah menjentik Sufi langsung itu sudah menampar Sufi dua kali. Bimbang Sufi akan naik angin.

‘pergi. Jangan cari aku lagi.’ ujar Sufi terketar-ketar menahan geram. Kecewa kerana kakak yang selama ini melindunginya menamparnya. Kecewa kerana dia telah menyakitkan hati kakaknya. Namun egonya mengatasi segala-galanya. Syaitan lebih kuat dalam dirinya.

Air mata menitis lagi. laju bak hujan yang turun. Sufiah mengatur langkah kereta yang diletak di tepi jalan sahaja. Sufiah mengesat air mata yang tidak henti-henti. Berdiri di sisi kereta. Cukuplah apa yang dilaluinya tadi. Dia tidak tega lagi. sakit tapak tangannya menampar sufi, pedih lagi hatinya melihat adik tersayang menjadi begitu.

Dari kejauhan, dua buah kereta menghampiri laju. Mereka sedang berlumba. Pakaian Sufiah yang gelap menyebabkan dia tidak kelihatan dari jauh. Sebuah dari kereta itu sudah menghampiri dan hanya apabila segala-galanya sudah terlambat baru dia menyedari Sufiah yang berdiri hampir ke tengah jalan.

Sreeet! Bum!!

Sufi memandang tidak berkelip. Hadi tergamam.

‘akak!!!!!!’ pandangan Sufiah gelap. Kepalanya sakit. Suara Sufi sudah mula menghilang.

4 comments:

  1. huhuhu..
    ciannya..
    mati ke sufiah..
    cpt smbg ye..
    x sbr nak bca n3 bru

    ReplyDelete
  2. apa jd kat sufiah??
    sambung lg yer..

    ReplyDelete
  3. jangan lorh sampai sufiah mati..
    don't do that!!!

    ReplyDelete
  4. xnk la cacat ke,,
    mati ke,,
    koma leh lg..
    sehat la balik wahai sufiah..

    ReplyDelete