When I know no one, When I like no one, When I think of no one, I'm revealing, A new me... The Other Side of Me..
About Me
- Anarif88
- Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor
Love Them!
Terbaru PBAKL 2017
Jenguk2 sini...
NOVEL DI PASARAN
Lu'lu' Marjan, Inside
Alhamdulillah.
Finally my second novel is published.
Lama menanti, kerana beberapa siri kejadian, maka saya sedikit terlewat dengan ini, setelah 2 tahun 2 bulan lamanya.
Sebenarnya inspirasi untuk menulis L&M sudah lama bermula, semasa saya di Tingkatan Dua lagi. Ya, saya mula menulis semasa tingkatan dua, dan L&M merupakan novel pertama yg sy tulis, secara tak rasmi.
Masa itu, pembacanya cuma rakan2 sebilik. Saya menulis dalam buku petak2 kecil, buku latihan matematik, berbalut kertas plain berwarna Turqoise. Rasanya dlm AAJ inside dah saya ceritakan pasal ni.
Anyway, inspirasi awalnya dari umur 14 tahun lagi. Tapi bila saya diberi ilham untuk menulis L&M, the trigger is actually the title itself. Saya terdengar ummi saya menyebut Lu'lu' & Marjan, nama permata yang disebut dalam Al-Quran, kitab suci Muslim, dalam Surah Ar-Rahman, ayat 22.
In further research, Lu'lu' ialah sejenis mutiara atau permata, dan Marjan yang mendampinginya, merupakan sejenis batu karang berwarna kemerah-merahan (Ibnu Mas'ud). Ada juga pendapat mengatakan al-Marjan merupakan sejenis mutiara putih.
Dalam hal ni, suka untuk saya mengambil perngertian Ibnu Mas'ud, kerana ianya lebih cantik dan unik jika bergandingan dengan mutiara putih Lu'lu'.
I already knew about Lu'lu & Marjan, tapi bila saya terdengar nama2 ini meniti di bibir ummi saya, saya terfikir, macam mana kalau Marjan mencari Lu'lu'?
Dan mengenangkan cerita pertama sy yg tertulis tapi tak pernah berjaya dihabiskan, saya mengambil idea utamanya, iaitu seorang putera raja yang hidup seperti orang biasa untuk mencari calon pilihan hati. Itu saja idea asal yang dikekalkan dari novel asal, dan olahan lain semuanya merupakan idea baru, yang lahir dari janaan idea yang gigih dan gagah! =D
Apa yang saya suka mengenai Lu'lu' & Marjan, ialah sikap Marjan yang bersahaja. Masa L&M dimulakan, saya sedang menulis AAJ jugak. AAJ merupakan manuskrip yang sgt main jiwa, jadi L&M was a great escape for me during that time. Sebab tu rancak je menulis L&M, sblm terhenti utk 6 bulan or more. haha sorry guys for the delay.
Anyway, I enjoy writing L&M, a complete different feeling than AAJ, dan sy seronok mengembara dalam kedua2nya.
Dalam ayat suci al-Quran tu, dikatakan keluarnya Lu'lu' & Marjan dari kedua-dua jenis lautan. Suka untuk saya tafsirkan itu dari sudut pandang seorang penulis sebagai seorang lelaki yang setia mendampingi wanita yang mahu sentiasa di depannya, seorang wanita yang keras, tetapi masih memerlukan seorang lelaki yang memahaminya untuk mendampinginya, dan menemaninya. Itulah asas kepada hubungan Lu'lu' & Marjan yang bermain di minda saya.
Jujurnya, maafkan saya jika olahan Lu'lu' & Marjan kedengaran tidak sesuai dengan erti sebenarnya, kerana saya mengolahnya dari sudut kreatif dan imaginasi saya sendiri.
Diharapkan apa yang baik akan sampai kepada kalian yang membaca, dan yang tidak elok itu harus dikembalikan kepada saya sendiri.
Insya Allah. saya akan sentiasa mencuba untuk meningkatkan mutu penulisan saya.
Terima kasih buat kalian yang setia melangkah bersama saya.
Mari kita terus melangkah bersama2. Dan moga kita akan bertemu Lu'lu' & Marjan masing2 yang sudah tertulis buat kita di atas sana, insya Allah.
Semoga berjumpa lagi.
love,
anarif
Note-to-self: I wrote this at 6.45pm, while listening to Treasure of Bruno Mars, at the end of Syawal, 7 September 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)
baru baca 10 pages but stuck already bcoz of my assignment. Last2 kawan yg kebas Lulu & Marjan sebab waktu saya baca dia pun ikut skodeng sama. Tak mengapa biar dia baca dulu, esok dah lepas hantar assignment x sabar nak ikuti pengembaraan Marjan yg tengah bengang dengan sikap dan perangai Lu'lu. maklumla lulu anak org kaya, marjan katanya drebar jaa.. tapi awal2 dh rasa something sneaky ~ jojojo
ReplyDelete