About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Sunday, July 1, 2012

Seindah Aurora: Ray 3




Aurora Azra & Adwa Abrisam



Badannya direbahkan ke atas katil yang sudah hampir 6 bulan menjadi alas tidurnya. Matanya dipejamkan. Penat. Badan berbau asap, jangan cakaplah. Kadang-kadang, tertidur juga Ara dengan bau asap dan arang. Tengah malam baru dia akan bangun semula, mandi, solat, dan bertahajud.

Lazimnya, jika dia tidak keluar lagi lepas masuk ke bilik, mengertilah Rasha, dan akan dibiarkan saja Ara tidur tanpa gangguan. Makanan akan ditinggalkan di bawah tudung saji untuk Ara makan bila dia bangun kelak.

Hampir matanya mahu terpejam apabila tiba-tiba kakinya terasa pedih. Laju dia bangun sambil mengaduh kesakitan. Seekor kerengga tercampak dari kakinya jatuh ke atas cadar. Digosok kaki yang pedih lantaran digigit makhluk kecil itu. Dikutip kerengga itu berhati-hati lalu dibuang ke luar tingkap.

Hilang penatnya lantaran terkejut dengan gigitan kerengga itu tadi. Dia beristighfar panjang sambil menanggalkan tudungnya dan dicampak ke dalam laundry bin. Tuala dicapai dari penyangkut dan Ara hilang ke dalam bilik air.

15 minit kemudian, Ara keluar dari biliknya, lengkap dengan persalinan baru dan bersih. Rasha dan Raid yang sedang menikmati makan malam dengan anak tunggal mereka mengerling ke arahnya, dengan dahi berkerut.

“Tak tidur?”

Ara geleng. Tudungnya yang sedikit senget dibetulkan.

“Nak tidur dah tadi, tetiba ada kerengga pulak melekat dari mana entah, gigit kat kaki. Terus segar mata.”

Rasha menghulurkan pinggan dan mangkuk nasi kepadanya sebaik saja dia melabuhkan punggung di sebelah Nini yang sedang ralit menggigit ayam gorengnya.

“Mana datang pulak kerengga tu? Rumah tadi kot.” Omel Rasha.

Ara jungkit bahu.

“Humph, ye la kot. Rumah tu boleh tahan banyak jugak pokok buahnya kat tepi rumah. Luas pun luas.” Raid yang membalas apabila dilihatnya Ara sudah mula menyuap.

“Oh ye ke? Selalu orang kaya macam tu jarang tanam pokok buah.” Ulas Rasha pula.

“Majlis tadi, macam pelik sikit, kan Ara?”

Rasha angkat kening.

“Pelik macam mana?” Ara masih menyuap, tidak menunjukkan tanda dia akan menyertai mereka.

“Entah. Budak perempuan yang bertunang tu, dia  datang kat kami tadi, masa nak balik, dia cakap apa entah dengan Ara. Abang pun pelik. Bengang tak pasal-pasal.” Ujar Raid dengan mulut yang separuh penuh.

Rasha menoleh pada Ara yang masih tekun menyuap.

“Apa yang perempuan tu cakap?”

Ara jungkit bahu. Sejujurnya dia malas mahu kisah. Dia yakin mereka tidak akan bersua kembali.

“Tak betul agaknya. Ara tak buat apa-apa pun. Tunang dia yang datang kat tempat Ara tadi, mintak sate. Ara bakarkan je. Mungkin dia ingat Ara nak menggatal dengan tunang dia tu. It’s purely business. Ara tak tau pun nama mamat tu. Adi? Wawa? Apa entah. Malas nak ingat lagi. Tak penting pun.” Ujarnya selamba seraya mencedok kuah ke dalam pinggannya.

“Nama orang laki ke orang perempuan tu, Kak Ara?” Nini menyampuk tiba-tiba dengan mulut yang penuh juga.

Rasha menjeling Nini tajam.

“Mulut penuh, jangan cakap.” Tegurnya.

“Ayah boleh cakap?” selamba budak berusia 11 tahun itu menjawab sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.

Rasha menjeling Raid yang berpura-pura tidak mendengar. Ara tersengih saja melihat telatah mereka. Saudara jauh tapi kini rapat di hatinya. Tempat dia menumpang kasih.

“Nama orang laki la, Nini.”

“Habis, Wawa kan nama perempuan?”

“Tu la kak Ara cakap, kak Ara tak ingat langsung la. Dah, tak penting pun. Makan je. Lauk sedap ni, mama masak hari ni.” Puji Ara sekaligus mematikan kemarahan Rasha.

Secara tak langsung, Ara kini bertindak sebagai pengaman dalam rumah itu. Bila Rasha tertekan dan banyak membebel, Ara akan melayannya. Bila Raid pula sakit hati atau tidak tenteram dengan hal perniagaannya, Ara akan membantu. Bila Nini pula tersangkut dengan kerja rumah, Ara akan berada di sisinya, membantunya membuat kerja rumah.

Raid merupakan saudara jauhnya, tetapi mereka menjadi rapat kerana perniagaan sate Raid.

Semuanya bermula semasa di pra-universiti dulu. Ara ditugaskan menempah makanan, dan sate Raid antara yang ditempahnya. Tetapi pada hari berkenaan, Raid ditimpa kemalangan kecil dalam perjalanan ke tempat mereka untuk menghantar sate, dan Ara dengan baik hati membantu Raid membakar satenya kerana tangannya sedikit terseliuh dan dia cuma berseorangan hari itu.

Dari situ, Rasha yang amat berterima kasih dengan Ara mengekalkan hubungan baik mereka, dan apabila Ara pulang dari luar negara dan muncul di depan pintu rumahnya satu hari, Rasha tanpa teragak-agak menerimanya. Raid juga tidak membantah kerana bantuan Ara tempoh hari menyebabkan namanya terpelihara, dan jasa Ara takkan dilupakan sampai bila-bila. Kebetulan pula pekerjanya baru saja berhenti untuk menyambung pelajaran. Tambahan pula, mereka tetap sekeluarga, walaupun cuma bau-bau bacang.

Usai makan malam, Rasha dan Ara mengemas meja sementara Nini dan Raid melepak di depan tv kekenyangan. Ara sedang mencuci pinggan apabila Rasha mendekatinya.

“Ara...”

“Hmm...”

“Akak nak tanya sikit, boleh?”

Ara mengerling sekilas.

“Tanya apa?”

Rasha menyandar di cabinet, menggumam.

“Dah 6 bulan Ara kat sini. Ara... tak pernah balik rumah Ara, dan Ara tak pernah cakap dengan akak kenapa Ara datang ke sini. Kalau Ara anggap akak ni saudara Ara walaupun kita tak ada pertalian, akak harap Ara tak keberatan untuk ceritakan pada akak. Akak bukan apa... akak cuma nak tahu, bukan sebab akak tak senang Ara di sini. Akak bertuah sebab Ara sudi kerja dengan kami, dan tinggal dengan kami. Tapi, kalau boleh...”

“Ara faham.” Pintasnya sebelum sempat Rasha menghabiskan ayatnya.

Dibilas gelas terakhir lalu diletakkan di atas rak, dan pili air ditutup. Dipusingkan badannya sedikit seraya menunduk seketika. Nafas dalam turut dihela.

“Ara minta maaf kalau akak kecewa dengan Ara, tapi, belum masanya Ara ceritakan semua tu. Ara harap, akak faham. Dan Ara janji, satu hari nanti, bila Ara dah bersedia, Ara akan ceritakan pada akak. Tapi bukan sekarang. Ara... perlukan masa.”

Rasha kecewa, namun dia tetap mengangguk dengan senyum nipis.

“Akak akan tunggu. Ara janji, mesti cakap dengan akak?”

Ara angguk sekali.

“Janji, bila Ara dah bersedia.”

Rasha angguk lagi, bersetuju.

“Ok. Dahlah, pergi berehat.” Sarannya.

Ara akur tanpa membantah. Dia menghilang ke dalam biliknya, sementara Rasha menyertai Raid dan Nini di depan tv.

“Dia dah cakap ke?”

Rasha menoleh, sedikit terkejut.

“Abang tau saya cakap dengan dia pasal apa?”

Raid angguk tanpa menoleh.

“Kalau awak cakap dengan dia berdua je, tak ada benda lain la yang awak nak tanya tu. Macam saya tak tau.”

Rasha mengeluh panjang.

“Saya bukan apa, saya risau. Dia ada keluarga, tapi kenapa dia tak pernah cakap apa-apa pasal keluarga dia pada kita? Dia tak pernah pun pergi jumpa kawan-kawan dia ke, orang lain ke, selain dari hal sate kita. Tu pun dengan abang, kan?”

Raid mengiyakan perlahan.

“Abang tau. Abang pun nak tahu, tapi kita kena faham situasi dia. Mungkin ada sebabnya dia jadi macam tu.”

Rasha memeluk tubuhnya.

“Setahu saya, dia budak pandai, kan? Tapi dia tak ada pun cakap kat kita, nak kerja tempat lain ke, nak sambung belajar mana-mana ke, dia tak pernah sebut pasal hidup dia. Macam mana saya tak risau, bang? Logic ke, budak pandai macam tu, nak kipas sate seumur hidup dia?”

Raid menelan liur. Matanya masih di kaca tv, namun telinganya mendengar setiap butir bicara isterinya.

“Masa dia mintak kerja dengan kita dulu, dia kata sementara je. Saya bukan nak halau dia, tapi sekarang dah 6 bulan. Dia tak ada pun mintak kerja lain, atau pergi interview mana-mana. Sepanjang masa dia dengan kita. Saya nak jugak tau, kenapa dia jadi macam tu. Saya pelik sangat.” Tambah Rasha lagi.

Raid mendaratkan tangannya ke bahu isterinya, dan digosok bahu isterinya itu berkali-kali.

“Sabarlah. Kita bagi dia masa. Saya suka dia kerja dengan saya sebab dia kerja bagus, awak pun suka sebab awak ada kawan. Jadi, sekarang, kita bersyukur je dengan apa yang kita ada. Tak lama lagi, dia akan bagitau kita la tu. Jangan fikir sangat.”

Rasha melepaskan keluhan panjang.

“Patut ke kita cari keluarga dia, bang?” cadang Rasha setelah beberapa saat menyepi.

Raid menoleh laju dengan rengusan perlahan.

“Hish, tak baik. Kalau kita bertindak di luar pengetahuan dia, dia mesti kecil hati. Cuba awak fikir. Kalau dia ada tempat lain nak pergi, dia takkan cakap nak kerja dengan kita. Mesti ada sebab kenapa dia tak nak cakap apa-apa pada kita. Kalau kita mendesak, mesti dia sedih. Jadi, kita kena bagi masa. Tunggu je dia cerita pada kita.”

“Tapi bila?”

“Mama, ayah, bisingla. Nini tak dengar apa tv tu cakap.” Celah Nini tiba-tiba, membuatkan Rasha mendengus perlahan.

“Kuatkanlah volume tu.”

“Nanti kacau kak Ara pulak. Bukan sekarang ni masa dia mengaji ke?”

Rasha menjatuhkan bahunya. Raid memberi isyarat supaya dia tidak bersuara lagi. Rasha akur, walaupun masih banyak persoalan dalam mindanya. Kenapa Ara begitu? Kadang-kadang, dia termenung sendiri. Walaupun dia rajin bekerja, tapi kerap juga Rasha menangkapnya hilang dalam dunianya sendiri, namun Ara tetap berdiam. Di depan mereka, dia akan tersenyum dan berbicara riang, namun di hatinya, cuma Allah yang tahu.

Apa sebenarnya yang dia sembunyikan?

************

Arham mendail nombor Yanny yang diperolehinya dari Dato' Rahmat semalam. Tidak lama berdering, suara Yanny kedengaran di hujung sana.

“Hello, Yanny?”

“Yes, speaking, who’s this?”

“Arham, sepupu Adwa?”

“Oh, awak. Adwa ada rumah ke?”

Arham angkat kening. Aku yang telefon, dia pulak yang tanya.

“Erm, dia keluar. Ada kelas katanya.”

“Oh, no wonder dia tak angkat call.”

“Erm, bukan ke patutnya awak tau schedule dia?”

Kedengaran Yanny mengeluh di hujung sana.

“Other than where he teaches and what he teaches, Adwa is a stranger to me, no less than you, I guess.”

“But you still like him?”

“That can’t be helped. It’s not my heart, but my background. Anyway, I couldn’t let him go away.”

“I see.”

“Hey, you called me. What’s up?”

“Oh, dah lupa pulak. Sebenarnya, saya tak tau awak tau ke tak pasal apa yang saya nak tanya ni, tapi awak ada tak nombor telefon orang yang jual sate kat rumah awak semalam?”

“Sate? Kenapa awak nak tau?”

“Oh, saya ingat nak tempah lagi. Sedap sate tu.” Arham laju beralasan.

“Sate yang sedap, or yang mengipas tu yang dah guna-gunakan awak?”

“Hah? Kenapa awak cakap macam tu?”

Yanny mengeluh lagi di hujung sana.

“Well, I saw Adwa talking to her. And I don’t know why, I just hated that sight.”

Arham terdiam sekejap. Jadi Yanny turut menjadi saksi pertemuan Adwa dan Ara?

“Tak ada apa-apa la. Adwa cuma lapar je. Dia mintak sate terus dari minah tu. Tu je.”

“Hmm, you better be right. But what do I do? I don’t have the number.” Suara Yanny sedikit kesal.

“So, who has it? Siapa yang tempah sate tu sebenarnya?”

“Well, it was my uncle. I could get it from him, if you want. But he would be available only another week. He flew to India for a conference early this morning, and he would be there for the whole week.”

Arham kecewa. Nombor itu saja harapannya kini.

“Saya tak ada pilihan la kan? Kena jugak la tunggu, sebab saya nak tempah sate tu je.” Bersungguh-sungguh Arham beralasan lagi.

“Hmm, ok. Remind me one week from now. In case I forgot.”

“Alright, will do. Thanks Yanny. I owe you one.”

“Hmm, just make sure Adwa is in one piece until we tie the knot.” Seloroh Yanny membuatkan Arham ketawa kecil.

“Yes, will sure do. Have a nice day. See you around.”

“Ok. Bye...”

Talian dimatikan. Arham menggigit hujung jari. Perlukah dia risaukan Adwa? Pastikan Adwa kahwin, dan pastikan Adwa dan Ara takkan bertemu lagi. Mungkin itu saja yang perlu dilakukannya. Tapi kenapa? Mustahil Adwa akan suka dengan Ara. Dan mereka tiada sebab untuk bertemu lagi. Melainkan Adwa mencarinya, mereka pasti takkan bertemu lagi. Arham begitu yakin.

***********

Adwa menguak pintu bilik, dan matanya disapa timbunan fail dan kertas di atas meja dan juga setiap ruang yang ada. Dr Firhad, berusia separuh abad, sedang membaca sesuatu dari skrin komputernya dengan cermin mata yang bertenggek di hujung hidung dan mata yang sekejap kecil, sekejap besar. Tapi semua itu bukan perkara baru buat Adwa, kerana Dr Firhad merupakan penyelianya semasa dia mengambil ijazah sarjana tempoh hari, dan dia amat mengagumi lelaki itu.

“Assalamualaikum, dr...” Adwa menutup pintu di belakangnya.

Dr Firhad membetulkan kacamatanya, dan tanpa tersenyum, dia mempersilakan Adwa duduk.

“So, you got engaged?”

Adwa menggaru dahi.

“Yeah, but that’s not why I’m here.” Terkulat-kulat dia di situ.

“Whatever, Adwa, I couldn’t care less. Just don’t forget to send me your invitation later.” Ujarnya seraya meneruskan bacaan di skrin komputer.

Adwa masih tersengih. Kutukan dan sindiran Dr Firhad adalah perkara biasa buatnya.

“Why are you reading from the screen? What happened to your printer?”

“Oh, I messed it up. It makes this noise whenever I print something, so I just couldn’t print anymore.”

“Why don’t you get it fixed?”

“Cause time is not something I have, Adwa. I have many other important matters to tend to.”

“Then let me help you.” Cadang Adwa.

Dr Firhad tersenyum nipis, buat pertama kalinya sejak tadi.

“That’s what I’m waiting to hear from you. It’s all ready to go, in the box. In fact, I called you here for that.”

Adwa tergelak kecil.

“Dr, you haven’t changed at all.”

Dr Firhad kembali memandang skrin.

“So, what’s your plan?”

Adwa angkat kening.

“What plan?”

Dr Firhad mengerling Adwa dari balik kacamatanya yang ditenggekkan kembali di atas hidungnya.

“Your new research plan. You don’t have one?”

Adwa geleng sekali, masih termangu-mangu.

“Then I have one.” Dr Firhad sudah membetulkan duduknya, menumpukan sepenuh pandangannya pada Adwa.

“I see this new trend now, my kids, they keep watching Korean videos from the internet, and the videos are English subtitled. I wonder if we could make up something from that.”

Adwa jungkit bahu.

“Like what?”

“Think, Adwa. The Korean videos are what?”

“Erm, could be third language?”

“And the English subtitles?”

“Our second language?”

“There you have it. We could start something on that.”

“On what?”

Pen di atas meja pantas dicapai dan dilayangkan ke atas kepala Adwa.

“Ouch, Dr, pardon me, but I really don’t understand what you’re talking about.” Adwa menggosok kepala yang sedikit perit.

“Research in second language learning, Adwa, and I’m telling you no more. Go and look it up yourself.” Dia kembali menumpukan perhatian kepada skrin komputernya.

“But Dr, where do I start?”

“Start by looking for a girl. I couldn’t remember her name, but I met her when I was visiting a university in the UK last semester. I heard she has already thought about something in this. Find her, and work with her, but of course you’re going to need my name in it too.”

“What’s her name?” Adwa sudah berbasa-basi.

Seperti biasa, Dr Firhad akan memberinya sakit kepala, walaupun dia kini sudah bergelar pensyarah di situ juga. Tak bolehkah pensyarah senior sepertinya berterus-terang saja dalam memberi arahan? Kenapa harus memberinya teka silang kata? Dan sekarang mahu dia mencari seseorang pula?

“I couldn’t recall. Something like, Ra, Ra.” Lelaki separuh abad itu memejamkan matanya dengan dahi yang berkerut-kerut.

“Lady Gaga?” teka Adwa.

Sekali lagi tangannya mencapai pen, namun Adwa lebih pantas. Dia melarikan kepalanya jauh-jauh sebelum sempat Dr Firhad mengetuknya.

Sedikit bengang kerana gagal mengetuk kepala Adwa kali ini, dia berdehem perlahan.

“Azra? Something like that. It’s longer but I couldn’t recall.”

“Phone number?”

“Don’t have it.”

“Nice, Dr. How am I supposed to find her with just Azra?”

“You will find her. She’s an outstanding student in English major from that very university. And she’s a Malay. She was in her last semester when I met her, so she should be here by now.”

Adwa menepuk dahi.

“Ok, what university?” lemah bunyinya.

Dr Firhad terbaik padanya, tapi kadang-kala caranya mengajar membuatkan mereka sakit jiwa, boleh naik gila, dan Adwa merupakan antara pelajarnya yang mampu bertahan dengan kegilaannya.

“Cardiff. Find her. And you’ll see what I’m talking about.”

“Can’t I just do it on my own? I mean, with you?”

Dr Firhad menjelingnya tajam.

“I’m not doing that again. I’m just telling you, so that you’ll get the idea. Now, off you go, and find her. Work with her since she gave me that whole idea, as a matter of fact. Originality is crucial. And it will make your life easier. I don’t know if she’s started working on it, but I don’t think so. She’s just come back and I don’t think she’s that ambitious to already started researching. Well, unless she’s doing her master degree.” Dr Firhad kembali menumpukan perhatian pada skrin komputernya.

“But, Dr...”

“Off you go, and don’t forget that printer. Make sure I got it back by tomorrow.”

Adwa jungkit bahu lemah seraya mengangkat kotak printer itu yang agak berat.

“See you. Assalamualaikum.”


Dia terus berlalu tanpa menanti balasan Dr Firhad, yang menghantarnya keluar dari bilik dengan pandangan sinis, dan juga senyuman lebar.









PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.

2 comments:

  1. Cantik cover novel ni...
    Nama Adra tu comellah,
    Aku ambik boleh buat nama watak dalam novel ku pula? Hehehe

    ReplyDelete