Adwa menguap
panjang. Bukan mengantuk, tapi kebosanan. Dia bingkas lalu keluar dari bilik.
Seperti selalu, Dato' Rahmat dan Datin Suria tidak akan ada di rumah hujung
minggu begini. Kepalanya juga serabut kerana dia masih belum menemui Azra yang
dikehendaki Dr Firhad.
Tak pasal-pasal
makan pen lagi bila bersua dengan pensyarahnya itu kelak kerana gagal
menjalankan tugas yang diberi. Arham pula selalu menghilang di petang hari.
Lambat pula dia balik kebelakangan ini. Belum sempat Adwa bertanya kerana
mereka sudah jarang bersua.
Tetapi hari ini
nasibnya baik. Pintu bilik Arham terbuka luas dan lampu terpasang. Adwa
mengatur langkah pantas, dan didapatinya Arham sedang menghadap laptopnya. Adwa
tidak bersuara. Diperhatikan saja Arham yang masih asyik membuka fail.
Nampaknya Arham sudah mendapat subjek baru. Adwa yakin, gambar-gambar itu baru
saja ditangkap Arham kerana begitu kalut Arham memilih dan membuat salinan.
Sayang sangat dengan gambarnya.
Diperhatikan
Arham meneliti gambar-gambarnya, kemudian satu fail ditekan, dan terpampang
dengan jelas gambar itu di skrin. Adwa tersentak.
“Cik sate?”
Kelam-kabut
Arham mendengar teguran Adwa, dan pantas dikecilkan kembali kotak galeri.
Adwa menghampiri
dengan senyum lebar.
“Aku dah
nampaklah. Tu gambar baru kan? Kalau tak, kau tak kalut-kalut transfer gambar
tu. Kau pergi stalk dia ke?” Adwa mencucuk jarum.
Arham menggeleng
pantas sambil menghalang Adwa dari menghampiri laptopnya. Entah kenapa, dia
risau benar mendengar nama Ara meniti di bibir Adwa.
“Tak ada apalah.
Kebetulan aku pergi pasar malam, nampak dia.” Dalih Arham.
“Bawak Nicon
pergi pasar malam? Bagus betul. Kalau kena ragut, sia-sia je.” Sindir Adwa
sambil bersandar ke dinding.
“Padanlah aku
rasa macam kuat je bau sate dua tiga hari ni. Kau pergi pasar malam cari dia
hari-hari ke? Hah?” Adwa menyerkap jarang, tetapi apabila Arham tidak membalas,
ditolak bahu Arham tidak percaya.
“Seriously? Kau
stalk dia hari-hari?”
“Bukan macam tu
la...” Arham masih enggan berterus-terang.
“Eh kejap.
Gambar tu bukan dari jauh tu. Short-range tu. Kau dekat dengan dia kan masa kau
snap gambar-gambar tu?” Adwa masih belum mahu mengalah.
Arham menggaru
dahinya. Macam mana boleh terlupa tutup pintu? Dia betul-betul lupa Adwa selalu
ada di rumah hujung minggu begini. Adwa bukan lelaki yang suka merayau di luar
tak tentu hala. Tak ada tujuan, memang dia akan memerap saja di rumah. Macam
anak dara. Terlebih dara kot. Salah dia kerana terlalu teruja untuk melihat
gambar Ara.
Tiba-tiba dia
teringat wajah serius Ara bertanyanya, setelah 4 hari berturut-turut dia
menyibuk di gerai sate Raid.
“Mana awak tau
saya kat sini?” soalan itu serius, dan Ara memang tidak main-main.
Pandai Ara
menerjahnya bila Raid tiada dengan mereka.
“Erm, saya
tertangkap gambar awak tengah bakar sate.” Jawabnya jujur.
“Di mana? Dah 6
bulan saya pegang kipas tu, tak pernah lagi orang datang tegur saya or jumpa
saya. Awak jangan bohong.” Telunjuknya rapat ke muka Arham. Arham telan liur.
“Betul, saya
tertangkap gambar awak. Lepas tu saya mintak nombor abang Raid dari host tu.
Korang kan berniaga. Tak susah pun nak dapat nombor korang.”
“Di mana? Rumah
siapa? Bila?”
Arham garu
kepala. Dia mahu berbohong, tapi macam tipis saja harapannya untuk Ara mempercayai
pembohongannya.
“Last 2
weekends, rumah Dr Arshad.”
Ara terdiam.
Rumah terakhir tempahan sate mereka diminta, mungkin. Dr Arshad?
“Majlis
pertunangan? Oh, awaklah jurufoto yang panggil laki yang bertunang tu masuk ke
dalam kan hari tu?”
Arham tersenyum
kelat. Ingat pula Ara dengan Adwa yang membuat perangai di hari pertunangannya.
Tak pasal-pasal Yanny marahkan dia juga.
Ara tergelak
sendiri tiba-tiba.
“Tunang dia
marah saya sebab laki tu makan sate di gerai, bukan dalam rumah. Padahal bukan
saya yang seru laki tu pun. Macam-macam...”
Arham tidak
membalas, membuatkan Ara merenungnya dalam.
“Kejap. Laki tu
ada hubungan dengan awak, kan? Awak panggil nama dia hari tu.”
Arham tersenyum
sesaat.
“Ops, sorry.
Saya tak berniat nak mengata dia dan tunang dia. Saya cuma...”
“It’s ok. Saya
pun tak kisah dengan diorang.”
Apabila Arham tidak
lagi menambah, Ara teringatkan sesuatu.
“Nak tanya
sikitlah. Dia memang kena kahwin paksa ke? Muka masam je saya tengok hari tu.”
Arham angguk
sekali. Cemburu pula apabila Ara rancak berceloteh dengannya kerana Adwa. Dan
dia kelegaan apabila Raid muncul, dan kisah Adwa tamat di situ sahaja. Or so he
thought.
“Oit! Mengelamun
pulak kau!”
Arham
terkulat-kulat.
“Kau cakap apa?”
soalnya berbasa-basi.
“Kau kenal dia
ke?”
Arham angguk
malas.
“Macam mana
kenal?”
“Adalah... Masa
kat Cardiff dulu...” balasnya malas.
Besar mata Adwa
mendengar perkataan Cardiff dari mulut Arham.
“Masya Allah!
Macam mana aku boleh lupa kau pernah ke Cardiff dulu. Ya Allah... Ni la takdir
namanya. Kalau aku tak terjah masuk bilik kau macam ni, mungkin sampai bila pun
aku takkan ingat pasal tu.”
Giliran Arham
pula kehairanan.
“Apa yang kau
sibuk pasal Cardiff tiba-tiba ni?”
Adwa melabuhkan
punggung di sisi katil Arham tanpa disuruh. Keletihan berdiri, ditambah pula
dengan masalahnya yang belum selesai.
“Dr Firhad tu
suruh aku buat paper baru, tapi dia nak aku buat dengan seorang undergrad
Cardiff. Budak ni baru balik katanya. Tapi yang bagusnya, Dr lupa nama dia. Dia
ingat Azra je. Kau ada kenal sapa-sapa tak budak Cardiff University? Aku nak
kena tanya di kalangan student jugak. Masalahnya sekarang ni, aku cuma ada satu
nama je. Nama ayah dia pun tak ada. Orang lain nak tolong pun berat. List
bukannya pendek. Ada nombor aku dapat, tapi bukan dia dah. Dah diguna orang
lain.” Keluh Adwa panjang lebar.
Apa yang Adwa
tidak perasan, wajah Arham sudah berubah riaknya. Azra. Dia amat yakin Ara
orang yang Adwa cari-cari, kerana mustahil ada Azra lain yang dikenali Dr
Firhad yang begitu disegani di kalangan ahli akademik bidang linguistik itu.
Gen penipunya mula diaktifkan. Dia kasihankan Adwa, tapi entah kenapa dia tidak
dapat membenarkan kedua mereka bertemu. Tambahan pula, dia begitu yakin, Ara
takkan mahu terlibat dengan apa yang Adwa bakal cadangkan kepadanya itu. Arham
sendiri bersusah-payah mahu menjejakinya, itupun Ara masih memberinya layanan
dingin.
“Aku tak kenal
mana-mana student Cardiff.” Sekali lagi, nadanya gagal disembunyikan. Orang
yang tidak pernah berbohong mahu berbohong, memang harus masuk kelas Penipu
101.
“Kau ni kenapa
lain macam je aku tengok? Defensive terlebih. Aku tanya je. Cik sate tu dulu
belajar mana?”
Arham terdiam
sekejap. Jangan tanya, jangan tanya.
“Kalau kau tak
nak tolong, temukan aku dengan dia je. Nanti aku tanya dia sendiri. Sekejap je.
Lepas tu, aku tak kacau kau dah. Jangan risaulah. Aku dah bertunang. Tak gila lagi
la nak rampas buah hati kau.” Adwa bersungguh-sungguh meminta.
“La, ingatkan
tak nak mengaku dah ada tunang.” Sinis kedengarannya bicara Arham, dan Adwa
cuma menyambutnya dengan keluhan panjang.
“For now, nak
tak nak, kena la terima hakikat. Tapi tak semestinya kami akan berkahwin.” Laju
Adwa membalas, membuatkan Arham terdiam sekejap.
Arham meraup
wajahnya kasar. Dia tahu lambat-laun, Adwa akan bertemu juga dengan Ara. Nak
cakap ke tidak? Peperangan besar antara hati dan akal sedang berlangsung dalam
dirinya. Akhirnya...
“Cik sate tu...
nama penuh dia, Aurora Azra.”
Bersinar-sinar
mata Adwa mendengar pengakuan Arham. Diterpa Arham yang jelas sudah menjangka
reaksi begitu darinya.
“Seriously? Dia
budak pandai ke? Wait. Kalau dia pandai, takkan dia kipas sate. Are you sure
dia undergrad Cardiff University?” Adwa sedikit ragu-ragu pula, walaupun dia
begitu gembira mendengar nama gadis itu dari mulut Arham.
Arham merengus
perlahan.
“Itulah yang aku
hairankan sekarang. Dia memang top scorer dulu, dari apa yang aku tahu dari
kawan dia, Bunyamin. Kami panggil dia Bun je. Aku kenal Bun dari website The
Eyes of Beholder. Aku ada cerita dengan kau dulu. Kitorang jumpa di Cardiff,
kebetulan aku ke sana. Dia yang kenalkan Ara pada aku.” Terang Arham panjang lebar,
siap dengan kerut-kerut dahi tanda serius.
“Ara?”
“Nick dia. Orang
yang kenal dia panggil Ara je. Yang lain panggil dia Azra. Mungkin dia
dikenalkan kepada Dr Firhad dengan nama Azra dulu.” Jelas Arham lagi.
Adwa
mengangguk-angguk faham.
“Jadi, Ara ni
orang yang Dr Firhad nak aku cari? Kau yakin ke?”
Arham jungkit
bahu.
“Aku tak sure,
tapi dari description and requirement yang kau bagi, aku rasa dia je yang nama
Azra with all the qualities needed. Tak taulah kalau ada orang lain.”
Adwa angguk lagi.
“So, aku boleh
jumpa dia?”
Arham jungkit
bahu lagi.
“If you’re
lucky, you can speak to her about that, though I seriously doubt that.”
“Apesal pulak?”
Arham mengeluh
panjang. Dibesarkan kembali kotak galeri yang memaparkan gambar Ara, dan direnung
gambar itu lama.
“Sebab dia macam
on the run. Dia tak mengaku dia kenal aku masa mula-mula dulu, and she doesn’t
seem pleased to know that I looked for her.”
“Kau cari dia?”
“Yup. This is a
warning. Aku suka dia. Kau jangan menyibuk, tau?” Adwa tergelak kecil mendengar
amaran itu.
“Eleh, aku tak
heran la. Aku cuma nak buat paper je, that’s all. Relax bro...”
Arham mengeluh
lagi. Kali ini, kedua mereka sama-sama melihat ke skrin laptop itu, dengan
fikiran yang berbeza. Arham jungkit bahu.
“You could try.
Manalah tau, kau akan berjaya pancing dia untuk kembali ke dunia akademia.”
“Kenapa? Dia
memang nak kipas sate je ke seumur hidup dia?”
Arham jungkit
bahu lagi.
“Aku tak tau
apa-apa pasal dia, Ad. Dia tak cakap apa-apa pun dengan aku. Gambar-gambar ni
je yang aku dapat sepanjang aku hangout dengan dia.” Ujar Arham sedikit kesal.
Adwa angguk
mengerti. Dipegang bahu sepupunya kejap.
“Aku doakan kau.
Bila kau nak jumpa dia lagi?”
“Esok.”
“Ok, aku ikut
kau.”
Arham tidak
membalas lagi. Dibiarkan saja Adwa mengangkat punggung dan kaki keluar dari
biliknya. Adakah ini pilihan yang tepat? Membiarkan Adwa dan Ara bertemu?
Ara memandang
kedua mereka di hadapannya silih berganti, dengan dada yang bagaikan mahu
pecah. Raid sengaja mengundur diri apabila Ara seolah-olah meminta izinnya
untuk bersendirian dengan mereka berdua kala itu dengan pandangan mata.
Mujurlah tidak banyak tugasan yang berbaki memandangkan perniagaan mereka hari
ini sudah menemui penghujungnya.
“Cik Ara...”
“Azra.”
Dibetulkan namanya dengan nada tegas.
Arham cuma mampu
mendengar, tidak berani menyampuk.
“Jangan marahkan
Arham. Dia cuma menolong saya saja. Dan saya cuma menyampaikan permintaan
pensyarah saya, Dr Firhad. Saya yakin Cik Azra masih ingat dia lagi, kan?”
Ara membesarkan
matanya ke arah Arham, sebelum kembali kepada Adwa.
“Saya dah agak
dah, mesti akan ada masalah lain bila saya mengaku saya kenal dia ni. Sekarang
awak pulak. Dan pensyarah awak.” Ujarnya sedikit kasar, diikuti keluhan
panjang.
“Macam nilah...”
disusun sepuluh jarinya di depan muka, dan dipandang Arham dan Adwa silih
berganti.
“Maafkan saya,
maaf banyak-banyak, tapi saya dah tak nak jumpa korang berdua lagi. Ini
betul-betul punya. Saya minta maaf, dengan lecturer awak, dengan sapa-sapa saja
la yang kononnya kenal saya, tapi saya terpaksa menolak sebarang jenis
permintaan atau rayuan atau apa-apa saja. SAYA TAK BERMINAT.” Ditekankan hujung
suaranya.
Adwa masih belum
mahu berputus asa. Jika Dr Firhad mahukan Ara, pastinya itu bukan satu
kesilapan. Dr Firhad tidak pernah tersalah menilai orang, terutamanya para
pelajarnya.
“Cik Azra, boleh
saya tau kenapa cik sia-siakan saja ilmu dan bakat yang cik ada untuk buat
benda yang... tak berfaedah ni?” dilayangkan tangannya kepada gerai sate Raid.
Apabila Raid menjegilkan
mata ke arahnya, Adwa tersenyum kelat sambil mengangkat tangan.
“Berfaedah atau
tidak, berilmu atau tidak, biarlah saya saja yang menilainya. Buat masa
sekarang, ini dunia saya dan saya tak berminat langsung untuk bekerjasama
dengan sesiapa untuk apa-apa jua perkara yang berkaitan dengan bidang akademik.
Maaf. Saya betul-betul tak berminat.”
“Tapi kenapa?”
Adwa masih berdegil. Arham pantas menarik tangannya, namun Adwa masih belum
mahu berundur.
“Sia-sia saja
ilmu dan kepandaian kita kalau tak digunakan untuk membantu orang lain. Sebagai
seorang ahli akademik, dengan otak dan akal yang dianugerahkan pada kita, kita
sepatutnya membantu untuk meningkatkan taraf hidup dan pendidikan orang lain,
dan bukannya kedekut ilmu, bercerita dengan cucuk-cucuk sate yang takkan faham
apapun yang awak tau. Bukan ke itu membazir namanya, by not doing what you do
best?”
Ara menjegilkan
matanya ke arah Adwa yang masih tidak berkutik, tidak gentar dengan gadis itu.
Arham menarik Adwa sekali lagi, namun lelaki itu masih teguh dirinya, tidak
mahu berganjak.
“Kalau saya
diberi pilihan, saya takkan kacau Cik Azra. If only there were another Azra, I
would have gone to her and ask for her help, and God willing, dia akan membantu
saya. Tapi sayang. Dr Firhad tak pernah salah menilai orang, but apparently,
this is his very first mistake. And I am the lucky one to bear the news. Maaf
kalau saya mengganggu Cik Azra. Saya harap Cik Azra dapat mendidik cucuk-cucuk
sate tu dengan jayanya. Kalau diorang dah pandai mengeja, sila maklumkan pada
kami. I’m certain that will be a world record. Tahniah.” Adwa sudah berpusing,
apabila dia menoleh kembali.
“That day, when
we first met, I thanked you for your words. Now I take it back. Awak lebih
pentingkan diri dari saya, and I could only thank you for the sate, but you
were paid for that. So I guess you actually did nothing. NOTHING.” Adwa terus
berlalu meninggalkan Ara yang masih berdiri dengan darah yang sudah
menggelegak.
Arham pula
teragak-agak, mahu mengejar Adwa atau menenangkan Ara. Tetapi dia cepat
mengangkat kakinya apabila Ara menghadiahkan jelingan maut kepadanya.
Raid menghampiri
apabila kedua mereka sudah menjauh. Tanpa disedarinya, Ara mengesat pipinya
kasar.
“Kenapa dengan
mamat tu? Orang tak nak tolong, kenapa nak marah-marah pulak? Setahu abang,
negara ni masih negara berdemokrasi lagi.”
Ara tidak
membalas. Lama dia berdiam diri, sebelum akhirnya dia menoleh ke arah Raid.
“Orang gila.
Abaikan.” Raid akur, tanpa menyedari orang gila yang dimaksudkan Ara ialah
dirinya sendiri.
Tidak mungkin
kata-kata Adwa akan meninggalkan benaknya. Ya, memang dia sedang membazir. Dia
sedang membazir tenaga, membazir ilmu yang ada di dadanya, dan juga membazirkan
bakatnya. Tetapi mereka takkan pernah tahu sebabnya. Dan tidak mungkin Ara akan
membuka pekung di dada. Kerana dengan akal itu, aibnya juga akan terbongkar,
dan itu perkara terakhir yang dia mahukan buat masa kini.
Ara mendail
nombor itu dengan dada yang berdebar-debar. Sudah hampir sebulan kakaknya
Syifa' menyepi. Apabila deringan telefon kedengaran, dada Ara bagaikan mahu
pecah.
“Assalamualaikum,
Ara? Kenapa call? Kan kakak dah cakap jangan call selagi kakak tak call.” Tawar
nada suara Syifa' yang menerjah ke corong telinganya membuatkan Ara menjatuhkan
bahunya.
“Sorry. Ara
rindukan semua orang. Korang sihat?”
Dia mendengar
rengusan kasar Syifa'.
“Semua ok.
Sihat. Sibuk.”
Ara kulum liur.
“Abah... tak
tanya pasal Ara ke?”
Syifa' mendengus
lagi.
“Ara, wajar ke
abah tanya kalau dia marah?”
Ara menelan
liur.
“Abah marah lagi?”
“Ya. Dan abah
atau ummi tak ada tanya apa-apa atau sebut nama Ara. Kan kakak cakap, kami
sibuk. Kami akan anjurkan muktamar tak lama lagi. Kakak dan abah dalam
committee. Kami tak ada masa nak fikirkan hal lain...”
Ara menunduk
sedikit. Tubir mata terasa panas. Apabila Ara tidak membalas lagi, kedengaran
keluhan panjang Syifa'.
“Ara, nanti
kakak pujuk la abah tu. Bagi abah masa untuk sejuk dulu.”
Tapi dah 6
bulan... Ara cuma mampu menggumam.
“Ok, kakak. I
know. I got it. Kirim salam semua, yang mana yang sudi. Ara rindu korang...”
“Ya, kakak tau.
Ok, kakak pergi dulu. Ada orang datang ni. Bye Ara. Assalamualaikum.”
Talian terus
mati. Ara mengesat air mata yang sudah turun membasahi pipi. Sampai bila dia
perlu jadi pelarian? Sekarang, harapannya cuma Syifa'. Tapi dah 6 bulan. Kakak,
cepatlah. Ara nak balik rumah. Dan dia mengesat pipinya lagi.
“Awak tau tak,
ada dua orang lelaki cari Ara sekarang ni...” beritahu Raid bersahaja sebaik
saja dia memanjat katil, bersedia untuk tidur.
Rasha yang
sedang menyisir rambutnya berpaling dengan wajah hairan.
“Ya? Siapa diorang
tu?”
Raid jungkit
bahu.
“Tak kenal, tapi
nama diorang Arham dan Adwa. Si Arham tu kononnya kenal Ara di Cardiff dulu,
tempat dia belajar. Yang si Adwa ni sepupu Arham. Tiba-tiba je dia datang tadi,
tanya Ara pasal apa entah, tapi Ara macam marah je dengan dia. Adwa pun marah
jugak tadi. Saya tak fahamlah budak-budak ni. Nak tanya Ara, faham-faham je la.
Mesti dia takkan jawab. Jadi saya pun biar je la.” Terang Raid panjang lebar.
Rasha terdiam. Perasaan
ingin tahunya semakin membuak-buak. Setelah sekian lama, ada juga orang yang
mengaku mengenali Ara. Nampaknya, kali ini Ara tidak boleh bersembunyi lagi. Ara
pasti berterus-terang jika ditanya kelak. Sudah sampai masanya juga untuk Ara membuka
cerita. Tak begitu?
“Ara...” panggil
Rasha tanpa berlengah apabila dilihatnya Ara di dapur, sedang membancuh milo.
Ara tidak
membalas, sebaliknya dinanti Rasha yang sedang mengatur langkah ke arahnya.
“Duduk kejap,
akak nak cakap sikit.” Arahan itu dipatuhinya tanpa banyak soal sambil mengacau
air milonya di dalam mug.
Mereka duduk
berhadapan. Ara sudah tahu apa yang mahu Rasha tanyakan, tapi sengaja dia
menayang riak keliru.
“Ada apa akak?”
Rasha tersenyum
nipis.
“Abang Raid ada
cerita pasal apa yang jadi siang tadi. Ara... tak nak cerita dengan akak ke?”
Ara merenung ke
dalam mug. Mengenangkan perbualannya dengan Syifa' sebentar tadi, Ara betul-betul
tidak berperasaan untuk mengulang semuanya lagi. Hari ini merupakan hari yang
paling penat dalam tempoh ini, selain dari hari pertama dia terdampar di rumah
ini.
“Sorry, akak. Ara
betul-betul tak ada mood nak bercakap pasal tu. Ara harap akak faham.”
Rasha kecewa
lagi. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia tidak akan mengubah fikirannya. Rasha
tersenyum dalam paksa.
“Ok, akak faham.
Bila Ara ready, Ara boleh cerita dengan akak.”
Ara angguk
dengan senyum tawar. Dia tahu Rasha kecewa, tetapi dia belum bersedia. Bukan sekarang
masanya. Apabila Ara terus menyisip airnya tanpa bersuara lagi, Rasha meminta
diri.
Dia sangat kecewa.
Kecewa dengan sikap Ara yang begitu berahsia. Sudah 6 bulan Ara di sini. Sudah banyak
yang Rasha berikan, dan tanpa banyak soal pula. Apa lagi yang Ara mahu? Tidak cukupkah
kasih sayang yang mereka berikan selama ini? Tak ada sekelumit rasa bersalah
langsungkah Ara, melayannya sebegini jauh dan dingin sekali? Rasha mengeluh
berat. Ara sudah mengecewakannya.
PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.
kak syifa tu betul ke nk pujuk ayah ara. mcm nk taknak ja bercakap. tak risau lgsg psl adk. huhuhu... tp apa yg blaku dl yg bt ara jd mcmni??? tak sabar nk tggu smbngn. ;D
ReplyDelete