Diana berjalan-jalan mengelilingi setiap rak di kedai runcit ayahnya itu. Sudah lama dia tidak datang ke sini terutama sekali sejak dia melanjutkan pelajarannya ke Jepun. Kini, dia telah pulang dengan segenggam ijazah dalam kejuruteraan komputer. Dia tersenyum sendiri melihat rak yang berisi mi segera di bahagian belakang kedai. Teringatkan kenangan dahulu. Kenangannya dengan mi segera dan seseorang.
*********
“Abang Saufi, makan mi segera lagi?” sergah Diana. Saufi tersedak dengan sergahan itu. Mana tidaknya, lantaran kelaparan yang teramat, dia makan dengan begitu gelojoh sehingga tidak menyedari kedatangan Diana dan sekarang, padahnya dia tersedak dengan kuah magi kari Letup yang agak pedas itu. Dia terbatuk-batuk kecil. Merah padam mukanya. Diana Cuma tersengih-sengih menahan tawa. Suasana di stor itu kedengaran riuh sedikit.
“ish Diana. Kalau bagi salam dulu sebelum sergah tak boleh ke?” marah Saufi yang dibuat-buat. Mana boleh marah anak tauke. Kang kena buang keja tak ke naya aku. Marah-marah sayang katakan.
Diana masih tersengih-sengih seperti kerang busuk. Tapi mungkin tak sebusuk kerang busuk kerana kecantikan Diana yang lahir dari kacukan Cina dan Melayu-Arab itu.
“Sori sengaja. Tak dela, kan Diana dah cakap, jangan makan mi segera. Tak elok la. Tak bagus untuk kesihatan. Abang tau tak, bahan-bahan untuk mi segera ni boleh menggugurkan rambut abang lebih awal dari masa yang sepatutnya. Betul. Tak percaya Tanya Diana.” Ujar Diana bersungguh-sungguh.
Saufi menyambung kembali makannya yang terhenti tadi tanpa mengendahkan kata-kata Diana. Nak dengar bebelan orang sampai bila nak kenyang. Diana melabuhkan punggung di sisi Saufi. Diperhatikan sahaja Saufi yang makan dengan bersungguh-sungguh. Nampak macam sedap, terliur pulak aku.
“err, abang. Sedap sangat ke?” Tanya Diana ingin tahu.
Saufi menjeling Diana dari ekor matanya.
“sedap la kalau tak ingat abang nak makan?” ujar Saufi acuh tak acuh.
“betul ke?”
“betul la takkan abang nak tipu pulak.”
“rasa dia macam mana?”
“ish Diana ni. Nak tau makan la sendiri. Abang tak boleh nak bagitau Diana macam mana rasanya kan?”
“tak nak la. Tak elok untuk minda.”Diana menolak walaupun perasaannya meronta-ronta untuk mencuba.
“eleh, kalau tak elok abang ni dah gila tau sekarang. Kan abang selalu makan? Diana tengok abang tak betul ke?”
“hmm, patutla. Memang tak betul pun sikit. Hahahah!” ketawa Diana. Merah padam muka Saufi. Anak tauke ni memang mencabar aku betul. Saufi bangun pantas mencapai sebungkus mi segera di atas rak. Pemanas air diambil lalu diisi dengan air paip dan dijerang. Plastic mi segera dikoyak dan isinya dimasukkan ke dalam mangkuk. Perencahnya juga dituangkan ke dalam mangkuk tersebut. Diana memerhati penuh minat. Almaklumla, tak pernah makan mi segera, menyediakan apatah lagi. Sebaik air masak, Saufi mengambilnya lalu dituangkan ke dalam mangkuk. Diambil sudu dan garpu lalu mi segera dihulurkan kepada Diana.
“nah, rasa lepas tu nilai sendiri.” Ujar Saufi.
Diana menyambut teragak-agak. Selama dia hidup 15 tahun, dia tidak pernah makan mi segera. Ibunya yang berketurunan Cina itu amat melarangnya dari memakan mi segera. Diambilnya beberapa urat mi dan dimasukkan ke dalam mulut. Kuahnya dihirup sedikit. Saufi memerhati Diana yang agak kekok.
“amacam?”
“sedap jugak eh.” Ujar Diana bersungguh-sungguh. Terus dimakannya beberapa urat lagi. Saufi tergelak kecil melihat kesungguhan Diana memakan mi segera panas.
“slow-slow la. Panas tu. Kang melecur tak pasal-pasal abang kena dengan tauke.” Saufi memberi peringatan. Diana menjeling. Sejak dari hari itu, Diana amat menggemari mi segera namun dia hanya berpeluang untuk makan mi segera ketika cuti sekolah kerana di sekolahnya iaitu sebuah sekolah berasrama penuh, mi segera diharamkan langsung. Setiap kali cuti sekolah, dia pasti akan ke kedai ayahnya untuk makan mi segera dengan Saufi sehinggalah pada satu hari apabila dia pulang didapatinya Saufi sudah tidak lagi bekerja di situ dan tiada siapa yang tahu ke mana dia menghilang.
**********
“cik Diana Kadir,” namanya dilaung oleh kerani di situ. Diana bingkas bangun menuju ke pintu bilik temuduga. Berdebar-debar dadanya apabila mengenangkan untung nasibnya nanti, apakah diterima atau tidak? Dia melangkah masuk dan ditutup kembali pintu tersebut. Langkahnya diatur sambil anak matanya memerhatikan barisan penemuduga di situ. Dia mengukir senyuman nipis pada 3 orang di situ. Seorang lagi duduknya agak jauh dari dua orang yang lain dan dia sedang membaca akhbar sehingga mukanya tidak kelihatan langsung. Penemuduga yang berdua itu kelihatan agak serius. Semuanya lelaki.
“Cik Diana Kadir?” penemuduga pertama bertanya.
“ya saya.” Jawab Diana tegas dan berkeyakinan.
“awak berkelulusan kejuruteraan komputer bukan?” tanyanya lagi. Yang seorang lagi kelihatan sibuk memerhati sijil-sijil dan maklumat Diana. Yang sedang membaca akhbar langsung tak berkutik. Masih dengan pembacaannya.
“ya betul.”
“Jadi awak sangat bagus dengan computer?”
“ya, saya berani mengatakan yang saya amat bagus dalam pengendalian computer.”
“jadi awak boleh menaip dan membuat laporan dengan bagus?”tiba-tiba sahaja suara itu berbicara dari sebalik akhbar. Macam pernah dengar suara ni. Bisik Diana sendiri.
“err, ya encik. Saya boleh menaip dan membuat laporan juga.” Jawab Diana. Macam tengah bercakap dengan surat khabar pulak kerana orangnya masih tidak menunjukkan muka.
“baiklah, anda diambil bekerja mulai esok. Sila laporkan diri awak esok di sini.” Ujar suara itu. Tegas dan yakin. Diana terdiam. Biar betul. Itu saja dah diambil kerja? Penemuduga yang berdua itu senyap sahaja tidak membantah.
“betul encik?”
“betul la, awak tak nak kerja ke? Kalau tak nak tak apa ramai lagi yang nak kat luar tu.”
“eh tak encik. Baik encik, terima kasih banyak-banyak. Saya keluar dulu.” Diana bingkas dengan hati berbunga-bunga. Aku dapat kerja!!!
Keesokan harinya, Diana kembali di syarikat itu melapor diri. Dia kemudian dibawa ke tingkat lain bangunan itu dan mejanya ditunjukkan. Diana kehairanan kerana mejanya betul-betul di pintu sebuah bilik yang berupa pejabat.
“err, cik, boleh saya tanya, kenapa tempat saya macam tak sama dengan tempat pekerja lain ya?”Tanya Diana kehairanan. Pekerja yang ditujukan soalan itu Cuma tersenyum saja.
“cik kan setiausaha? Memang tempat cik kat sini.” Ujarnya.
“eh, setiausaha? Mungkin ada kesilapan. Saya memohon kerja sebagai jurutera bukan setiausaha.” Ujar Diana yakin.
“ye ke? Saya tak tau la. Saya rasa baik cik Tanya bos bila dia datang nanti. Dia yang beri cik kerja ni.”ujarnya seraya berlalu.
Ditunggunya bos yang dikatakan pekerja tadi tapi tidak kelihatan juga. Setiap orang yang datang dan melalui tempatnya diharapkan adalah bosnya tapi hampa. Akhirnya, Diana pulang dari kerja tanpa bertemu bos yang dikatakan.
Sedang dia berjalan ke pintu utama, dia terlihat kelibat yang amat dikenalinya. Abang Saufi! Dadanya berdebar-debar tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Perasaannya menjadi tidak keruan. Lelaki itu yang mulai perasan dia ditenung seseorang mengalih pandang kepada Diana. Diana kaget. Dia mahu beredar namun belum sempat langkahnya diatur kembali, namanya meniti di bibir itu.
“Diana!” lelaki itu melangkah ke arahnya.
“buat apa kat sini?”
“err, Diana kerja sini.” Ujarnya. Mata lelaki itu yang merenungnya tajam dijauhi. Tidak mahu debarannya diketahui.
“ye ke? Tak pernah Nampak pun?”
“baru je mula hari ni. Eh, abang kerja sini?”
“haah, eh. Jom pegi minum. Abang belanja. Boleh cerita panjang.” Ajak Saufi. Diana teragak-agak ingin menjawab. Ingin pergi tapi malu dengan perasaan sendiri. Hanya dia yang tahu sejak Saufi pergi hari-harinya terasa kosong.
“tapi, nanti lambat balik macam mana?” Diana beralasan.
“alah, abang boleh jawabkan. Jum.”
“ok.”
“abang pergi mana menghilang macam tu je?” Tanya Diana sebaik minuman mereka sampai.
“kenapa? Rindu ke?” usik Saufi.
“Tanya je.” Diane mencebik. Saufi ketawa kecil.
“abang pun kena berubah. Takkan nak kerja tu je. Nanti nak kahwin nak bagi isteri makan apa? Mi segera?”
Kenangan mi segera terlintas kembali. Ah, dia mesti tak ingat pasal tu. Dah tujuh tahun. Diana menidakkan sendiri.
“habis sekarang kerja apa?” Tanya Diana.
“driver bos je. Nanti abang hantar Diana balik. Kebetulan bos abang tak kerja hari ni.”
“ish. Dia pun bos Diana apa. Tak nak la naik keta bos. Nanti abg kena marah pulak bwk org lain naik keta dia.”
“ala tak pe. Bos abg baik la.”
Setelah dipujuk akhirnya Diana pulang dengan Honda accord bos Saufi.
Keesokkannya, dia menunggu bosnya datang tapi Saufi yang muncul.
“Diana, jum gi jalan-jalan. Bos tak ada hari ni.” Ajak saufi.
“biar betul. Diana ada hal la nk cakap dengan bos. Napa dia tak datang?”
“entah, personal matter. Jum la.”
“ish abang ni. Suka-suka hati je. Dah la keta mahal.”
“takpe, bos percayakan abang.”
“kalau bos percaya abang pun boleh buat suka hati la? Sapa cakap?”bebel Diana.
Saufi tersengih-sengih.
“Diana ni tak berubah pun. Asyik membebel je. Tapi ada satu yang berubah.”
“apa dia?”Tanya Diana bersungguh.
“Diana makin cantik.”merah padam muka Diana menahan malu.
“ish abang ni. Dah la. Pergi la buat keja.”dalam malu dia terlepas kata.
“abang mana ada kerja. Dah bos tak ada, tak ada la kerja”
“ish, buat je la apa-apa kerja. Jangan kacau Diana.”ujarnya lagi.
“betul Diana tak nak abang kacau Diana lagi?”
“ya, jangan kacau Diana lagi.”ujarnya tegas.
“ok, abang janji tak kacau Diana lagi.”saufi berlalu pergi.
Keesokkannya, saufi tidak muncul-muncul lagi. Diana mengeluh. Silap tak mintak nombor telefon. Bila dah tak ada baru nak cari. Diana memarahi diri sendiri. Ke mana dia?
Tiba-tiba intercom mejanya berbunyi.
“cik Diana, sila masuk.”ujar suara itu. Bos dah datang? Macam mana aku boleh tak perasan?
Debarannya kembali kuat. Perlahan-lahan dia memasuki pejabat bosnya. Pintu ditutup dan dia memusingkan badannya mengadap bos.
“abang Saufi?”ujar Diana agak perlahan.
“ya cik Diana? Awak Nampak hantu ke?” memang dia saufi tapi kenapa dia begitu formal?
Dan dia bos? Tak mungkin!
“err, saya, saya…”
“sila duduk. Saya diberitahu awak ada bertanya staf di bawah tentang jawatan awak. Memang saya lantik awak jadi setiausaha saya sebab saya ada kerja lain yang saya nak bagi pada awak.”tutur lelaki itu seoalah-olah mereka tidak pernah bertemu. Diana keliru.
“tapi, kelayakan saya…”
“hari tu awak yang cakap awak boleh menaip dan membuat laporan. Itu dah cukup pada saya.”
“tapi…”rupanya dia lelaki akhbar itu!
“saya boleh gajikan awak sebanyak gaji seorang jurutera tapi dengan beberapa syarat.”ujar Saufi lagi. Serius riak wajahnya.
“apa syaratnya?”
“awak kena uruskan perkahwinan saya.”
“kenapa pulak?”
“sebab saya nak awak uruskan la.”
“tapi….baiklah. Bila kendurinya?” Diana mengalah. Dalam hati ada pilu. Lelaki itu begitu asing padanya.
“tarikhnya tak tahu lagi. Nanti saya akan beritahu lain. Actually saya belum melamar kekasih saya.”ujarnya bersahaja.
“baiklah. Itu saja?” suara Diana mengendur.
“ada lagi. Awak kena buatkan saya mi segera bila saya mintak tanpa banyak soal. Mesti ada telur dan sayur. Dan mesti sedap.”
Diana mengangkat muka. Mi segera? Biar betul mamat ni!
“tapi….”
“awak memang suka bertapi-tapi ya?”tajam mata itu merenungnya.
“awak ok ke dengan syarat saya?”Tanya lelaki itu lagi.
“saya…”perasaannya meronta-ronta untuk meletak jawatan tapi mengingatkan kontrak yang telah ditandatanganinya, hasratnya terbantut.
“saya ok. Dah habis?”Tanya Diana. Mahu cepat-cepat keluar dari situ. Menyesal aku! Jerit hati kecilnya.
“ada. Saya nak melamar orang yang saya cinta. Awak rasa hari ni boleh ke?”
“hmm….boleh je.” Jawab Diana acuh tak acuh. Tu pun Tanya aku?
“sekarang boleh ke?”
“sekarang? Tunggu saya keluar bilik baru telefon boleh?”dia tidak sanggup berada di situ dan menyaksikan hatinya hancur sendiri.
“bila pulak saya kata nak telefon?”
“habis tu, macam mana encik nak melamar kalau tak telefon?”suaranya sedikit tinggi, geram dengan saufi yang seakan mempermainkannya.
“dia ada kat sini. Kat depan saya.”
“ha?”Diana melopong. Lelaki itu tersenyum. Saufi menghampiri Diana yang masih kelihatan tidak percaya dengan bicara Saufi sebentar tadi. Dikeluarkan sebuah kotak merah dari kotnya dan dibuka. Sebentuk cincin yang cantik dikeluarkan. Saufi melutut lalu berbicara.
“cik Diana, kalau awak tak nak jadi setiausaha saya, awak jadi isteri saya boleh?”
Diana tergamam.
*********
“abang, boleh Diana tau, kalau ayah abang ada syarikat besar macam ni, kenapa abang keja kat kedai ayah?” Tanya Diana yang baru 2 minggu bergelar isteri kepada Syed Saufi Syed Salim.
“sebab nak cari pengalaman. Tak sangka abang boleh cari isteri jugak kat situ.”
“kenapa abang menyepi lepas tu? Diana tercari-cari abang tau.”
“abang tau tapi abang perlu kuat demi kita. Diana masih muda, so abang booking Diana dr ayah je dulu. Memang abang berhasrat nak lamar Diana lepas Diana habis belajar.”
“patutla Diana ditawarkan kerja senang-senang je. Rupanya abang punya kerja ya.”
“kalau tak susah la abang. Kalau Diana lepas dekat tangan orang lain camana? Merana abang tau.”
“sejak bila abang suka Diana?”
“sejak abang buatkan mi segera untuk Diana. Masa tu abang rasa bahagia sangat bila Diana makan mi yang abang buat. Sayang, sudah la bercakap tu. Abang lapar. Masakkan mi segera? Ada telur dan sayur.”
“tak nak la. Tak reti.”
“ooo, hari tu hari-hari abang buatkan, takkan tak tau lagi kot?”
“hehehe….ok la, ok la Diana buatkan. Tak sedap jangan bising tau.”
“tak sedap potong gaji!”
“apa????”
best cerpen nih...
ReplyDeletesweet l
ReplyDelete~iftiliyana~
sweet story
ReplyDeleteblack_starz
hehe...
ReplyDeletesweet ar cite ni..
nia_ageera
sweet laa~ ha3
ReplyDeletewahhhh.....sempoi!best!
ReplyDeletesufi (",)
comey nyer deowng ~
ReplyDelete*Ain