Sampai di pejabat, Nisa' sibuk kembali dengan kerjanya yang bertimbun akibat mengambil cuti kecemasan semalam. Tengahari itu, Daniel menelefonnya, mengajak makan tengah hari bersama. Nisa' serba salah, dia perlu menolak kerana kerjanya yang banyak.
“Awak, petang ni saja boleh? Saya banyak kerja sangat ni sebab cuti semalam.” Beritahu Nisa'. Mengharap Daniel memahami.
“Hmm, ok, ok. Petang ni, janji ya? Pukul 5.30 kita jumpa tempat biasa.”
“Ok, saya janji. See you later, ok?”
“Ok, bye.”
Nisa' menyambung kembali kerjanya. Memang susah kalau dah jadi workaholic.
Pukul 5 petang, Nisa' masih khusyuk dengan kerjanya. Sehingga 5.30, dia masih tidak berkutik dari kerusinya. Nisa' benar-benar asyik dengan kerjanya. Sehinggalah setiausahanya Liza menjenguk ke dalam pejabatnya.
“Hai cik Nisa'. Tak balik lagi?” Tanya Liza. Nisa' memandang sekilas sebelum kembali menumpukan perhatian pada kerjanya.
“Belum Liza. Ni lah akibatnya ambil cuti kecemasan.” Nisa' berlucu.
“Encik Daniel tak bising ke?” Nisa' tergamam. Alamak! Daniel!
Pantas dia bingkas dan mengemas-ngemaskan barangnya. Liza hairan melihatnya.
“Kenapa cik Nisa'? Kelam-kabut tiba-tiba?” Tanya Liza lagi.
“Saya terlupa saya janji dengan Daniel nak jumpa dia 5.30!” suara Nisa' sedikit ditekan.
Liza ketawa kecil melihat Nisa' bergegas keluar dari pejabat meninggalkan Liza yang Cuma menggeleng melihat gelagatnya. Cik Nisa' ni pelupa betul. Ada anak nanti macam mana lah pulak. Fikir Liza.
Sampai di restoran itu 20 minit kemudian, kelihatan Daniel duduk di satu sudut. Nisa' tersenyum kecil. Kasihan. Nisa' menghampiri.
“Encik dah ambil order?” usik Nisa'.
Daniel mengangkat muka. Memandang sekilas lalu mengalih pandang. Merajuk.
Nisa' melabuhkan punggung di hadapan Daniel dengan raut wajah bersalah.
“Sorry, saya terlupa janji kita. So sorry Daniel. Saya dah cakap kan, saya banyak kerja. Minta maaf ya?” pujuk Nisa'.
Daniel memandang Nisa', merenung sepasang mata bundar milik Nisa'. Lama.
“Awak tak pernah ingat saya kan?”
Nisa' terdiam.
“Daniel...”
“Cakap Nisa', awak tak pernah ingat saya kan?” Tanya Daniel lagi. suaranya lirih. Dia tidak mendesak Nisa' memberi jawapan kerana dia tahu apa jawapannya. Nisa' tidak pernah ingatkannya. Itulah hakikatnya.
Nisa' merenung tepat anak mata Daniel, dan dia tahu sekeping hati milik lelaki itu terguris dengan sikapnya. Nisa' menunduk. Tidak sanggup menentang sepasang mata itu. Daniel mengalih pandang. Dia melepaskan keluhan berat. Sepi menyelubungi suasana di antara mereka walaupun restoran itu dikunjungi ramai tika itu.
“Nisa', it takes two for a relationship to work. But all this while, it’s only me who showed the effort to work it between us. But seriously I don’t feel it from you. You’re merely here when I asked you to be here, it’s only me who tried very hard for both of us.’ Luah Daniel, perlahan tapi menusuk.
Nisa' masih diam. Ada benarnya kata-kata Daniel. Tiada yang salah. Sejak mereka bersama, kebanyakan pertemuan mereka diatur Daniel, bukan Nisa'. Nisa' tidak beria di dalam hubungan mereka. Mahu bertunang? Daniel yang utarakan. Bukan Nisa'. Nisa' Cuma mengikut semata.
Tiada bantahan, tiada sokongan bersungguh-sungguh.
Nisa' tidak pasti. Dia tidak membenci Daniel. Dia menyukai Daniel. Tetapi di mana silapnya?
Daniel melepaskan keluhan berat.
“Nisa', I know you know this all this while but I still want to say it. I love you Nisa', with all my heart. Forever and ever. But I don’t know if you noticed this, you have never said that you love me without me asking for it. I couldn’t remember any one time you said it because you yourself want to say it. Now, I want to ask you. Do you really love me?” Tanya Daniel.
Nisa' mengangkat mukanya, memandang seraut wajah di hadapannya yang penuh harapan.
“Saya, saya suka awak, saya sayang awak.” Ujar Nisa' lambat-lambat, ikhlas, namun hanya setakat itu dia mampu ungkapkan. Tidak mampu dia meneruskan lagi.
Daniel tenang mendengar. Tiada reaksi.
“Ada tapinya kan Nisa'?” ujar Daniel. Nisa' menunduk kembali.
“But you don’t love me, right? You like me, you adore me but you don’t love me. You have never loved me, right?” teka Daniel. Nisa' masih menunduk.
“Nisa', look at me.” Pinta Daniel.
Nisa' mengangkat mukanya, menatap sepasang mata itu.
“Nisa', I have always known that you don’t love me but I thought that I should give us and this relationship a try but now, I myself am not sure whether I want to do this anymore. I’m tired Nisa', tyring to be in your heart, it’s exhausting. For these two years I have been trying but I don’t think I have succeeded and I don’t think I will.” Ujar Daniel lagi, lembut namun jelas dia terluka.
Nisa' tidak menjawab. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi.
“Nisa', sekarang saya nakkan kata putus dari awak. Saya dah penat membuat keputusan untuk kita. Sekarang saya nak awak luahkan apa yang awak nak dari hubungan ni. And please, I’m begging you Nisa', be honest.” Ujar Daniel, menekankan ayat hujungnya.
Nisa' terkedu. Apa yang dia mahu? Sejak dia dan Badri berpisah, Nisa' tidak pernah pasti dengan kemahuannya sendiri. Dia seakan-akan hilang minat dengan hidup. Namun dia tahu, saat ini, dia perlu menentukan hidupnya. Tidak akan datang peluang kedua lagi.
Apa yang dia mahu? Nisa' memejamkan matanya rapat. Mengharapkan ini semua khayalan namun apabila dibuka matanya, Daniel masih di situ, menanti.
Nisa' menelan liur. Dia perlu memberi kata putus.
“Daniel, saya nak teruskan hubungan ni. Saya minta maaf kalau selama ni awak terluka hati dengan saya tapi percayalah Daniel, saya dah mencuba sedaya upaya untuk menyayangi awak, dan mencintai awak. Berikan saya peluang untuk mencuba lagi. please…”
Daniel diam. Namun ada riak terkejut di wajahnya. Jelas dia tidak menyangka Nisa' akan bercakap begitu. Dia menyandarkan badannya di kerusi.
“Nisa', are you sure?” Tanya Daniel. Nisa' mengangguk pasti.
Dia mahu mencuba lagi kerana Nisa' tidak pasti, adakah dia akan bertemu lagi dengan lelaki sebaik dan sesempurna Daniel yang menyayanginya sepenuh hati.
“Nisa', I must say that I am happy you said that.” Ujar Daniel, terharu.
Nisa' mengukir senyum nipis, ikhlas.
“Saya minta maaf kerana menyusahkan awak, maafkan saya?” Tanya Nisa' penuh harapan. Daniel turut tersenyum.
“Saya sentiasa maafkan awak Nisa'.” Ujar Daniel, perlahan.
Nisa' melepaskan nafas lega.
“Thanks my dear.” Ucap Nisa'.
“Ok, sekarang nak makan apa?” Tanya Daniel, suaranya sudah ceria sedikit.
“Hmm, saya nak nasi goreng cendawan, apple juice.” Jawab Nisa'. Dalam hatinya, dia bersyukur kerana Daniel sudah kembali seperi sedia kala.
“Waiter,” Daniel memanggil seorang pelayan berdekatan.
Apabila pelayan itu datang, Daniel membuat pesanan.
Nisa' memandang sekeliling. Masalah dengan Daniel sudah selesai namun dia masih merasa tidak tenang. Dia mengerling jam di dinding. 6.15 petang. Apa yang tak kena? Pasal solat, Nisa' uzur. Kerja memang dia tinggal tapi tiada yang perlu dihantar dalam masa terdekat. Apa ya?
Nisa' menggosok dagu, menggaru dahi. Memikirkan apa yang dia terlupa. Ish, tak ingat langsung. Namun hatinya tetap merasa tidak sedap.
“Nisa', kenapa ni?” Tanya Daniel yang sedari tadi memerhatikan gelagat Nisa' yang seperti ayam berak kapur. Resah sahaja.
“Entahlah, ada something yang saya lupa tapi saya tak ingat apa.” Jawab Nisa'.
Daniel mengerutkan dahinya.
“Awak dah solat?” Tanya Daniel, cuba membantu Nisa' mengingat kembali.
“Tak boleh.” Jawab Nisa' ringkas.
“Hmm, purse tertinggal ke?” Tanya Daniel lagi, masih mencuba.
“Tak, ada je dalam handbag ni.” Jawab Nisa' pula.
“Hmm, awak terlupa anak kat nursery kot?” ujar Daniel, dalam nada bergurau.
Nisa' tersentak! Hana! Allah, macam mana boleh lupa ni? Gurauan Daniel menyedarkannya. Memang dia terlupa anak di nursery.
Nisa' mencari-cari telefon di dalam handbag.
“Daniel, kejap ya, saya nak call kejap. Dalam ni bising lah.” beritahu Nisa', sekadar beralasan.
Sebenarnya dia mahu menelefon Mak Su. Takkan nak bercakap di depan Daniel, nanti terkantoi pula.
Daniel yang jelas hairan melihat Nisa' mengangguk sahaja. Menangguhkan niat hati mahu bertanya.
Nisa' bingkas menolak kerusi lalu keluar ke kaki lima.
Dia mendail nombor telefon Mak Su yang diambil dari Mala.
Sekejap sahaja berdering sudah berangkat.
“Hello,”
“hello, Mak Su. Nisa' ni.”
“Oh, Nisa'. Mak Su ingat Nisa' dah lupa dah kat Hana.” Gurau Mak Su.
Nisa' menelan liur. Memang pun!
“Eh tak lah. Nisa' sibuk sikit. Mak Su, Nisa' ambil Hana lambat sikit ya, dalam pukul 7 lebih. Tak apa kan?” tanya Nisa' lambat-lambat.
“Eh, tak apa. Mak Su ok je.”
“Lega saya. Saya risau Mak Su nak ke mana-mana pulak nanti.”
“Tak, anak saudara Mak Su memang nak datang tapi belum datang lagi lah. tak apa, ada Hana Mak Su tak bosan sangat.” Tambah Mak Su lagi. Nisa' merasa lega.
“ok, Mak Su. Terima kasih. Assalamualaikum.”
Mendengar Mak Su menjawab salam, Nisa' mematikan talian. Phew, lega!
*****************
Nisa' memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai runcit berdekatan dengan Taman Seri Indah. Dia perlu membeli sedikit barang keperluan rumah yang telah habis. Dia mematikan enjin lalu keluar dari kereta. Kelam-kabut dia melangkah masuk ke dalam kedai runcit itu sehingga dia hampir terlanggar seorang lelaki yang mahu keluar dari kedai itu.
“Minta maaf encik.” Ucap Nisa' sekali pandang seraya berlalu.
Sedang dia memilih-milih barang yang mahu dibelinya, dia terdengar riuh di hadapan kedai itu. Nisa' tidak menghiraukan semua itu. dia perlu cepat sampai ke rumah Mak Su. Sebaik dia tiba di kaunter itu, dia terdengar lagi suara orang meninggi.
“Kenapa tu?” Tanya Nisa' pada cashier kedai itu.
“Ada orang block kereta dia. Bisinglah dia.” Jawab cashier itu.
Nisa' mengangguk-angguk sahaja. Eh, block kereta dia? Pantas Nisa' berlari keluar meninggalkan barang di kaunter.
Alamak, kereta aku! Nisa' kaku di situ. Dia mengetap bibir. Lelaki yang membuat bising tadi mengalih pandang pada Nisa' yang sudah berubah wajah. Lelaki itu mendekat.
“Cik, itu kereta awak ke?” Tanya lelaki itu. Nisa' mengangguk lambat-lambat.
“Apa awak tunggu lagi? Boleh awak pergi alihkan kereta awak sekarang?” tanyanya perlahan tapi sinis.
Nisa' mengangguk laju sebelum mengatur langkah ke keretanya dan dialihkan keretanya. Orang ramai yang melihat Cuma menggeleng. Apa yang digelengkan pun Nisa' tidak pasti. Nisa' benar-benar tidak perasan dia menghalang kereta lelaki itu. kelam-kabut sangat tadi. Padan muka.
Nisa' keluar dari kereta lalu mendapatkan lelaki itu. wajahnya tegang, jelas berang dengan Nisa'. Muka dah handsome tapi perengus. Nisa' berfikir sendiri.
“Encik, saya minta maaf. Saya nak cepat sangat tadi. Tak perasan pulak kereta saya dah halang kereta encik. Saya minta maaf.” Ucap Nisa' berulang kali.
Lelaki itu Cuma menjeling seraya berlalu. Nisa' terkedu. Hah? Macam tu je? Nisa' termangu-mangu.
Malas dia mahu melayan, Nisa' masuk kembali ke kedai, membayar harga barangnya lalu berlalu. Saat ini dia Cuma fikirkan Hana sahaja.
Sampai di rumah Mak Su, Nisa' menarik nafas dalam sebelum keluar dari kereta. Di halaman rumah kereta itu, sebuah kereta tersadai. Kereta siapa ni? Anak saudara dia la tu.
Nisa' memberi salam.
“Waalaikumussalam. Masuklah Nisa'.” Pelawa Mak Su.
Nisa' menolak pagar lalu masuk.
Di pintu masuk, sepasang sandal lelaki terletak elok. Nisa' menanggalkan kasutnya lalu masuk. Dia menyalami Mak Su.
“Hana mana?” Tanya Nisa'.
“Ada kat dalam. Masuklah dalam bilik. Mak Su nak ke dapur kejap. Tinggal lauk atas dapur tadi.” Ujar Mak Su seraya menunjukkan bilik yang dimaksudkan.
“Ok Mak Su.” Nisa' mengatur langkah ke bilik itu.
Dia menguak langsir dan serentak itu, gerakannya terhenti. Nisa' tergamam. Matanya terpaku pada seseorang yang sedang mendukung Hana. Seorang lelaki. Dia berdiri membelakangkan Nisa'.
“Err, encik,” tegur Nisa'. Lelaki itu berpaling. Nisa' tergamam. Lelaki itu juga jelas terkejut dengan kehadiran Nisa'.
Lelaki garang tadi!
“Eh, Nisa' kenapa tak masuk lagi?” tegur Mak Su apabila melihat Nisa' masih di ambang pintu. Nisa' mengalih pandang.
“Err, ada orang….” Ayatnya tidak habis.
Mak Su menguak langsir lalu senyum.
“Oh, itu Irfan. Anak saudara Mak Su. Dia baru je sampai.” Jelas Mak Su. Irfan kelihatan kekok tiba-tiba. Dia meletakkan Hana kembali ke atas tilam. Gelabah. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
“Err, saya keluar dulu.” Pinta Irfan. Nisa' tidak menjawab namun dia memberi ruang kepada Irfan untuk berjalan dan Irfan melintasinya keluar bilik.
Nisa' masih terkejut. Bicaranya amat berbeza dari tadi. Tiada nada sinis terselit. Irfan, Irfan. Macam-macam.
Nisa' mengambil Hana lalu dikucupnya.
“Hana rindu ummi tak? Ummi minta maaf ya Hana. Ummi sibuk hari ni.” Nisa’ berbicara dengan Hana perlahan. Mak Su Cuma tersenyum.
“Hana baik dengan Mak Su. Dia tak banyak meragam pun.” Lapor Mak Su.
Nisa' melangkah keluar bilik dan dia terkejut sekali lagi apabila Irfan sedang berdiri di tepi pintu. Wajahnya gelabah. Nisa' tersenyum geli hati namun dia tidak menunjukkan geli hatinya kepada Irfan.
“Mana beg Hana?” Tanya Nisa'. Mak Su menghulurkan beg Hana. Nisa' menyambutnya lalu mengatur langkah ke pintu.
“Mak Su, terima kasih banyak-banyak. Saya balik dulu.” Ujar Nisa' seraya melangkah keluar rumah. Dari ekor matanya, dia perasan Irfan memerhatikannya tajam namun Nisa' berpura-pura tidak menyedarinya.
“Eh, Irfan. Tolong Nisa' kejap. Mak Su nak tengok gulai atas dapur.” Arah Mak Su seraya berlalu. Irfan kelihatan terkejut dengan arahan Mak Su. Nisa' juga begitu.
Pandangan mata mereka bertentangan.
“Tak apa. Saya boleh buat sendiri Mak Su.” Nisa' menolak. Dia mengatur langkah ke kereta dan sampai di kereta, Nisa' termangu-mangu seketika. Macam mana nak buka pintu kereta? Tangan dah tak ada.
Dalam dia berfikir, tiba-tiba ada tangan yang membukakan pintu untuknya. Nisa' mengangkat muka. Irfan mengukir senyum dalam riak serba-salah.
“Thanks.” Ucap Nisa'. Dia meletakkan beg di seat belakang sebelum berpindah ke seat depan pula. Diletakkan Hana di atas tempat duduk sebelah pemandu. Irfan setia memerhati.
Nisa' mengukir senyum nipis pada Irfan yang masih tegak berdiri di sisi kereta.
“Thanks again Irfan. Sampaikan salam pada Mak Su.” Ujar Nisa' seraya membuka pintu kereta pemandu. Irfan menahannya.
“Ok. Err, saya minta maaf pasal tadi.” Ujarnya lambat-lambat.
Nisa' terdiam sebentar berfikir. Dia sudah terlupa tentang hal tadi.
“Oh, tak apa. Bukan salah awak, memang salah saya.” Akui Nisa'. Dia sudah masuk ke dalam kereta apabila Irfan menahannya lagi.
“Err, Hana comel. Macam umminya.” Puji Irfan. Merah padam muka Nisa' mendengar pujian itu.
Oh, patutlah dia gelabah kat tepi pintu tadi. Menghendap aku rupanya. Nisa' membuat telahan sendiri.
“Thanks. Saya balik dulu.” Nisa' masuk ke dalam kereta dan enjin dihidupkan. Dia mengangkat tangan pada Irfan lalu memandu pergi.
nisa' ngn irfan ekk??
ReplyDelete