About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru November 2016!

Terbaru November 2016!

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Saturday, September 5, 2009

Anaknya, Anakku Jua 33

Nisa' meriba Hana yang sudah bulat matanya. Dicium kedua pipi gebu itu. Wangi. Mestilah wangi, dah dimandikan aunty Mala yang tak habis-habis merungut bila Nisa' minta mandikan Hana.

“padan muka.” Kata Nisa' bila Mala mula tarik muncung. Nak marah, rumah Nisa'. Aish.

Mak ngah dan mak teh sudah dijemput pulang anak masing-masing sebentar tadi. Lega hati Nisa' bila mereka sudah pulang. Sekurang-kurangnya, tak ada lah orang sibuk-sibuk nak Tanya Irfan dan Nisa' itu ini.

Nisa' teringatkan kembali piring yang pecah, terngiang-ngiang bicara Irfan di dapur sebentar tadi.

Semestinya dia tidak menyangka Irfan akan pergi sejauh itu bagi merealisasikan lakonan mereka. Sehingga ke ungkapan keramat, sayang dan cinta. Perlu ke semua tu?

Mana Nisa' tak terkejut, terlepas piring di tangan yang masih bersabun. Bukan cuai, tapi penangan bicara Irfan.

Nisa' bingung. Dengan teori Mala, dengan tingkah Irfan, lakonan Irfan. Tak mungkin Irfan sukakan aku. Kalau Irfan sukakan aku pun, semuanya kerana Hana. Semata-mata kerana Hana. Dan itu suka, bukan cinta, bukan sayang.

Didirikan Hana di atas pangkuan. Si kecil itu cuba melonjakkan badannya, membuat yang memandang terhibur dengan keletahnya. Abah di sebelah tersenyum lebar.

“hai, Hana, dah nak melompat-lompat?” tegur abah seraya mencuit pipi gebu itu.

Hana menoleh ke abah, mungkin terganggu dengan suara kuat abah. Tersenyum menampakkan gusi.

“la, cucu tokwan dah boleh senyum!” tegur abah agak kuat, membuatkan yang lain turut teruja, kecuali Hajah Rubiah yang leka menatap kaca televisyen.

“ye ke bah?” Fazil menghampiri Nisa'.

“Hana, senyum, senyum,” agah Fazil.

Namun dia kecewa apabila Hana Cuma menatapnya pelik.

Nisa' ketawa kecil melihat wajah kecewa Fazil.

“nanti, dia dah boleh ketawa, hah, jangan tak tahan pulak Zil nak layan dia.” Nisa' memujuk.

Fazil memuncung.

“ala, lambat lagi.”

“mana, tak lama dah. Kan sayang ummi?” Nisa' menggeselkan hidungnya ke muka Hana, membuatkan Hana tersenyum lagi. Mungkin kegelian.

“hah! Dia dah senyum!” Fazil bersorak riang.

Nisa' turut tersenyum senang. Irfan juga begitu.

Namun senyuman Nisa' pudar apabila matanya bertembung dengan ekor mata ummi yang tidak berkutik di duduknya. Menoleh pun tidak. Ada pilu bertandang. Kenapa ummi susah sangat nak terima Hana?

Mungkin abah menyedari perubahan di wajah Nisa', pantas abah berdehem kuat. Menarik perhatian yang lain.

Nisa' membetulkan tilam Hana, dan diletakkan Hana perlahan ke atas tilam itu. Fazil semakin seronok melihat Hana semakin galak mengukir senyum.

“Irfan nak ke Sabah buat apa?” abah sudah memusatkan pandangannya pada Irfan.

Nisa' seperti biasa Cuma memasang telinga, tidak terlibat dengan perbualan itu. Dia sudah duduk di atas lantai, bersama Fazil dan Hana.

Sesekali matanya melekat di televisyen, walau jelas tiada apa yang menarik perhatian di situ.

“nak tengok pasaran kat sana. Ada kawan cadang buat bisnes kat sana. Lagi untung katanya, sebab Sabah tempatnya banyak perlukan pacuan empat roda disebabkan keadaan muka bumi yang berbukit-bukit dan diesel yang murah. Tengoklah, mungkin Irfan nak try buat bisnes 4WD pulak kat sana. Tapi tak sure lagi. Pergi ni nak tinjau dulu.” Irfan bercerita panjang lebar.

Nisa' menjeling abah di sisi sekilas. Terangguk-angguk abah.

“hmm, baguslah. Berniaga masa muda ni lagi produktif. Baiklah kamu mula sekarang sebelum beranak pinak. Nanti dah susah. Nak kena jaga family, jaga bisnes.” Nasihat abah yang satu itu membuatkan Nisa' tergamam seketika.

Terasa perit tekak menelan liur. Nisa' mengarah pandang pada Irfan yang tenang, seperti kebiasaannya. Mereka berbalas pandang seketika, Irfan mengukir senyum nipis. Seakan-akan memberitahu Nisa' supaya bertenang. Seakan-akan tahu apa yang bergolak di fikirannya.

Nisa' melarikan matanya. Dia bimbang. Bimbang dengan masa depan. Apakah yang akan terjadi kelak apabila rancangan mereka hampir mahu dilaksanakan?

Tiba-tiba, ummi bangun dari duduknya. Anak mata Nisa' pantas menangkap susuk ummi yang menuju ke tangga.

“ummi, nak pergi mana?”

Hajah Rubiah menoleh sekilas. Hambar saja mukanya.

“nak petik sawi.” Ringkas.

Nisa' bingkas.

“ummi duduklah. Nisa' pergi petik.”

Nisa' sudah menghampiri umminya. Hajah Rubiah kelihatan teragak-agak seketika sebelum dia menuju ke sofa kembali.

Irfan turut bingkas.

“saya tolong Nisa' ya abah.” Pinta Irfan seraya memandang abah.

Nisa' terdiam. Cepat betul Irfan mengubah panggilan.

Nisa' tidak menanti lagi. Diatur langkah menuruni tangga. Malas mahu menghalang Irfan. Lagipun, ada yang perlu dia tanyakan pada Irfan berseorangan.

Disarung selipar di anak tangga paling bawah. Besen di bawah tangga yang sememangnya diletakkan di situ diambil dan dibawanya bersama.

“Nisa',” Nisa' menoleh sekilas. Irfan kelam-kabut menyarung sandalnya.

“pakai selipar la. Nanti kotor pulak sandal awak tu.” Tegur Nisa'.

Irfan merenung sandalnya seketika sebelum dilucutkan. Disarung selipar yang ada di situ. Pantas langkah diatur mengekori Nisa' ke kebun sayur Haji Bustaman.

“awak dah pernah datang kebun ni kan?” soal Nisa' tanpa menoleh.

Irfan angguk.

“haah.”

Nisa' menarik nafas dalam.

“Irfan.”

“hmm.”

“saya risau ni.”

Irfan melepaskan keluhan panjang.

“Nisa', kan saya dah kata, tak ada apa yang perlu dirisaukan.” Irfan menenangkan.

Nisa' mematikan langkahnya, pantas dia menoleh, bertentang mata dengan Irfan yang turut berhenti.

“kenapa awak rileks sangat?” soal Nisa', ada nada tidak puas hati di situ.

Irfan terdiam. Lama baru dia tersenyum, sehingga menampakkan barisan giginya.

“Nisa', kenapa awak gelabah sangat?” soalan berbalas soalan.

Pastinya Irfan ada jawapan kepada soalan Nisa', Cuma dia tidak mampu meluahkan kebenaran itu sekarang.

Nisa' merengus kecil. Jelingan tajam dihadiahkan. Dia benar-benar resah. Bertambah geram apabila acap kali Irfan akan memintanya bertenang.

Macam tak kisah langsung.

“awak tak kisah ke nak hancurkan hati orang?” soalan Nisa' yang ini membuatkan senyuman Irfan memudar.

“Nisa', bukan macam tu.”

“habis?” tingkah Nisa'. Pandangan tajamnya masih menikam mata Irfan.

Irfan menunduk seketika, seraya menarik nafas dalam.

“Nisa', sebelum awak nak marah tak tentu pasal, cuba awak ingat balik apa tujuan awak buat semua ni.” Irfan bersuara tenang. Direnung lembut ke dalam mata Nisa'.

Nisa' melarikan pandangannya. Besen di tangan dipegang malas. Dipejam matanya rapat-rapat sebelum dibuka semula. Dia memandang hadapan kembali, membalas renungan redup mata Irfan.

“yelah, tapi, saya tetap risau. Saya, tak sanggup nak hancurkan hati abah dan ummi, ayah dan ibu awak. Tapi awak..” Nisa' tidak menghabiskan ayatnya.

Irfan tersenyum lagi.

“agaknya, sebab ni lah perempuan layak bergelar ibu kan? Hatinya terlalu lembut.” Komen Irfan tiba-tiba.

“Irfan, saya serius ni!” suara Nisa' semakin keras, namun masih terkawal. Tidak mahu yang lain di atas rumah mendengar.

“yelah, saya pun serius jugak.”

Nisa' terdiam, Cuma anak matanya sahaja yang berbicara. Geram dengan Irfan, Nisa' memusingkan badannya, kembali mengatur langkah, geram.

Irfan menggeleng seraya tersenyum.

Pantas dia mengatur langkah menuruti Nisa'.

“Nisa'.”

Tiada sahutan.

“Nisa', ok, saya minta maaf.”

Masih tiada sahutan.

Mereka sudah sampai di kebun yang Cuma berpagar dengan buluh itu. Nisa' pantas ke batas sawi dan menjalankan kerjanya.

Entah kenapa, kali ini dia benar-benar marah dengan Irfan. Sebab nak uzur ke? Ah, peduli lah. Yang penting aku memang marah!

“Nisa',” Irfan masih mencuba. Dia sudah berpeluk tubuh di sisi Nisa' yang masih tidak menghiraukannya.

“tepi sikit boleh tak?” Nisa' bersuara mendatar. Irfan meminggir. Buntu.

“Nisa'...”

“Irfan, baliklah KL. Awak kan nak bertolak petang ni.” entah itu arahan, atau sindiran, Irfan tidak pasti. Atau mungkin kerana Nisa' sudah bosan dengannya di sini?

Irfan melepaskan keluhan panjang.

Dipandang Nisa' yang ligat memetik sawi dan dimasukkan ke dalam besen.

“Nisa', sorry ok? Saya tak berniat...”

“saya tak marah. baliklah.” Nisa' sudah berdiri tegak, memandang tepat ke wajahnya. Wajahnya tiada reaksi. Hambar.

Irfan pula terdiam. Nisa' menunduk kembali. Sepi. Irfan masih merenung Nisa' tidak lepas.

“betul? Awak tak nak saya stay lagi lama?” lambat-lambat soalan itu terkeluar dari mulutnya.

Tiada jawapan.

Irfan menarik nafas dalam.

Irfan, Nisa' tak suka kau. Sedarlah diri.

“ok, saya...balik dulu. Betul cakap awak. Saya pun sebenarnya tak boleh lama. Awak jaga diri.” Irfan menanti reaksi Nisa' tapi hampa. Gadis itu masih leka dengan sawinya.

Irfan mengundur setapak dua, sebelum memusingkan badannya, meninggalkan kebun sayur Haji Bustaman.

Nisa' menghentikan gerakan tangannya apabila dia pasti Irfan sudah pergi.

Bodoh. Dah tau sibuk datang kenapa? tak datang pun tak apa!

Keluhan kecil dilepaskan.

Dia meneruskan kembali kerjanya. Sawi dipetik dan dibersihkan dari tanah-tanah yang melekat di akarnya. Tanpa disedarinya, sudah hampir penuh besen itu.

Nisa' menegakkan badan yang terasa sengal akibat membongkok lama.

“Nisa',”

Nisa' menoleh melihat Mala di pagar kebun.

“kenapa?”

“Irfan dah nak balik.” Beritahu Mala.

Nisa' terdiam. Dipandang ke hadapan kembali. Tiada reaksi dari Nisa' membuatkan Mala kehairanan. Pasti ada yang tak kena.

“kau kenapa?” soal Mala curiga seraya menghampiri Nisa'.

Nisa' menggeleng.

“tak ada apa-apa.”

“then why is that face?” Mala masih mencuba.

Nisa' memusingkan badannya, melepasi Mala.

“tak ada apa-apa la.”

“kenapa Irfan tiba-tiba nak balik? Tadi bukan dia petik sayur dengan kau ke?” Mala masih tidak berputus asa. Dia turut bersaing dengan Nisa'.

“Mala please. Nothing happened, ok?” tegas Nisa' seraya memandang tepat ke mata Mala.

Mala jungkit bahu.

“ok, if itu yang kau cakap. Tapi cik abang kau dah nak balik. Tak nak hantar dia ke?” Mala mencucuk lagi.

Nisa' meneruskan langkah, bukan ke depan rumah, tapi ke belakang rumah.

“dia datang tak berjemput, biarlah dia balik sendiri. Kenapa nak hantar pulak?” sinis bicara Nisa'. Dibuka pili tong air hujan yang terletak di sisi rumah. Dia melabuhkan punggung di bangku kecil yang sudah tersedia di situ. Dibersihkan sayurnya satu persatu.

Mala mengerutkan dahinya.

“aik, lain macam je bunyinya.” Mala memerhati Nisa' yang tekun mencuci sayurnya satu persatu, tidak memandang Mala.

“apa yang lainnya?” Nisa' bertanya acuh tak acuh.

“Nisa'!” suara abah memanggil dari depan mematikan perbualan mereka.

Nisa' melepaskan keluhan berat. Pili air ditutup. Nisa' bingkas mendapatkan abah.

Sebaik dia tiba di depan rumah, pandangannya bertaut dengan pandangan Irfan yang berdiri di sisi abah. Pantas Nisa' melarikan matanya.

“ya abah. Kenapa abah panggil?” soal Nisa', berpura-pura tidak mengerti tujuan abah memanggilnya.

“la, Irfan dah nak balik ni, kamu ke mana?”

Nisa' menunduk seketika.

“cuci sayur bah.”

Haji Bustaman menggeleng.

“hmm, dah, tunggu sini, hantar Irfan balik.” Ujar abah, lebih kepada arahan.

Nisa' tidak menjawab, sebaliknya dia mengerling Irfan dari ekor matanya.

Cuma abah dan Mala di bawah. Ummi? Fazil mesti tengah tengokkan Hana.

“tak apa abah, lagipun, saya bukan nak ke mana pun.” Irfan bersuara tenang.

Nisa' menggigit bibir.

“hmm, kot ye pun, takkan tak menghantar kamu balik?” tingkah abah seraya menjeling Nisa' di sisi.

Nisa' berpura-pura tidak mendengar, malas mahu menyampuk.

“oklah bah, saya balik dulu.” Irfan menghulurkan tangan, disambut abah mesra.

“hmm, baik-baik bawak kereta. Di Sabah nanti jaga diri baik-baik.” Pesan abah.

Irfan mengangguk faham.

“baik abah.”

Pandangan Irfan terarah pada Nisa' pula.

“Nisa', saya balik dulu.”

“hmm...” mendengar jawapan Nisa', Mala di belakang pantas mencuit pinggang Nisa'.

Nisa' tersentak sebelum menyedari maksud Mala.

“ok, jalan baik-baik.” lebih panjang sedikit demi memuaskan hati Mala.

Irfan tersenyum nipis.

Diatur langkah ke keretanya.

Irfan masuk ke perut kereta, enjin dihidupkan. Tangannya dihulurkan ke luar tingkap seraya melambai.

“assalamualaikum.”

“waalaikumussalam.” Cuma suara Haji Bustaman dan Mala kedengaran.

Nisa' menghantar Irfan pergi dengan pandangan kosong. kosong jugakah hatinya?

9 comments:

  1. laaaa....naper dgn Nisa'?
    sampainya hati wat Irfan macam tuh
    sib baik Irfan sayang Nisa' & Hana
    kalau tak....bye-bye la ko Nisa

    ReplyDelete
  2. whoaaaa..
    ego2..
    keras pale..
    isk2..sian irfan..
    huhuuuu..smbung2,..

    ReplyDelete
  3. TQVM sbb sambung citer ni. Sian irfan, knape nisa' mcm tu. Kahwinkan dia org cpat2.

    ReplyDelete
  4. sampai hati nisa! susah tau nak cari org cam irfan tu, tau! kan, irfan!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. nape mcm tue?
    nisa nie pelikla..
    sambung lagi yer..

    ReplyDelete
  6. bila nisa nak sedar yang irfan sayang ngan dia?
    nisa tu masih tak faham2 lagi ek?
    ketuk kepala dia sekali..

    ReplyDelete
  7. nisa x puas ati la coz irfan x ctr hubungan dia dgn shila tu..
    eee..x sbr nk bca strusnya

    ReplyDelete
  8. cian nye kt irfan...huhuhu..nisa' ni asal la bt irfan cm 2.hurrmm

    ReplyDelete
  9. irfan pon ngok gak. berterus terang je la siapa 'kekasih"nya tu!!!!!! gerenti nisa' cair punya!!!!!

    ReplyDelete