Kira, saya tau kenapa awak benci saya. Tapi tolong beri peluang saya jelaskan.
Kira membalas.
Tak perlu jelaskan apa-apa. Kita bukan ada apa-apa.
Balasan Hafiz,
Kira, please. I know it’s not only me who feels it. At least give me a chance to explain.
Kira tidak membalas mesej itu. Benar kata dia. Hatinya merasakan perasaan itu tetapi akal warasnya tidak. Kira tidak mahu membela rasa itu lebih lama, tidak mahu memupuk rasa itu kerana dia bimbang kelak dia tidak akan mampu membendungnya dan tika itu mungkin segala-galanya sudah terlambat.
Mesej Hafiz masuk lagi.
Kira, I don’t know what else to say. I will not bother you anymore. And I’m sorry if after this, you are hurt, maybe it is because of me, and I want to apologize beforehand. If one day you want my explanation, let me know secretly. Not by telling me in front of others. If you meet me anywhere, please pretend as if we don’t know each other. Please, I beg you. If you don’t want to listen to me, at least believe me in this. this is all for your own good. I will be right here waiting for you always.
Kira tergamam. Permintaan yang pelik. Kenapa? Malulah tu tak nak aku tegur dia. Cakap je la kau tu memang tak setia so takut kantoi. Dengus Kira sendiri. Geram. Argh! Bencinya!
Dia tak nak aku tegur dia depan orang, itu yang aku akan buat. Serius aku akan tegur dia depan orang. Biar dia kena marah dengan awek dia! Gatal! Janji Kira pada diri sendiri.
Hakikatnya, Kira lebih kecewa kerana perasaannya sedang dihiris saat ini. Berkemungkinan besar mereka tidak akan akan bertemu dan berbicara lagi. Mengapa kau singgah di hati ini bila kau tidak mungkin boleh memasukinya Hafiz?
Keesokan harinya, Kira dan Syafni ke makmal seperti biasa. Dalam perjalanan, mereka melintasi kelas pelajar tahun 3 dan segerombolan mereka sedang berjalan keluar kelas. Senyap-senyap
Kira memanjangkan lehernya mencari wajah itu sehingga dia hampir terlanggar seseorang. Hafiz! Namun Hafiz seakan-akan tidak mengenalinya dan dia terus berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi.
Kira tergamam. Apakah ini yang diinginkannya? Adakah ini yang dimaksudkan Hafiz? Hafiz benar-benar tidak mahu berbicara dengannya lagi? Tapi mengapa dia mahu menantiku lagi?
Kira bingung. Hafiz, apakah yang berada di fikiranmu?
‘Kira, dia buat tak kenal kau je?’ Tanya Syafni yang juga menyedari hal itu namun Syafni tidak tahu perihal mesej Hafiz. Kira menjungkit bahunya.
‘entah. Biarlah. Lagi bagus. Kalau dah memang buaya bila kita reject dia marahlah.’ Kira memberi rasionalnya sendiri. Lebih kepada untuk menyenangkan hatinya dari menjawab pertanyaan Syafni.
‘haah kan? Ish, muka baik tapi tak sangka dia macam tu.’ Komen Syafni. Kira terdiam.
‘jomlah Syaf, dah lambat ni.’ Lalu mereka beriringan ke makmal. Sebaik tiba di makmal, perut
Kira seakan-akan memulas-mulas. Pantas dia menuju ke tandas.
Sedang dia berada di dalam tandas, Kira terdengar tapak kaki beberapa orang memasuki tandas. Dia tidak berniat untuk mencuri dengar perbualan mereka pada awalnya namun hatinya berdegup kencang apabila dia mendengar nama Hafiz disebut dan dia cam salah satu suara itu. Senior itu!
‘eh Wani. Sampai bila kau nak cucuk hidung si Hafiz tu?’ suara ini asing pada telinga Kira. Tapi suara yang seorang lagi dicamnya.
‘bila pulak aku cucuk hidung dia? Dia yang dengar je cakap aku.’
‘yela, berani dia nak lawan cakap kau. Tapi kau tak kesian ke kat dia?’
‘kesian? Ayah dia tu yang ada niat nak kahwinkan kami tau, bukan aku yang nak kat dia. Mujur dia tu ada rupa, kalau tak kau ingat aku kebulur dekat dia?’ ujar Wani angkuh. Kira tersentak. Biar betul!
Terkejut dengan apa yang didengarinya, perutnya yang sakit tadi sudah hilang sakitnya. Kira berdiri di belakang pintu. Cuba mendengar lagi perbualan mereka.
‘hmm, teringat pulak aku kat Ayu.’
‘Ayu mana? Yang berhenti dulu tu sebab Hafiz? Padan muka. Dia tu tak reti bahasa sebenarnya. Aku dah cakap jangan dekati Hafiz. Kan dah kena? Baru dia tahu langit tinggi rendah!’ ujar Wani lagi. Kemudian, kedengaran tapak kaki mereka berjalan keluar.
Kira tersandar di pintu tandas. Terkejut dengan fakta yang baru didengarinya. Wani sengaja memberi amaran sebegitu padanya supaya dia menjauhi Hafiz? Mengapa? Apa maknanya semua ini? Jadi, perasaan Hafiz padanya bukan main-main? Siapa pula Ayu yang berhenti kerana Hafiz? Kira mahukan jawapan pada semua ini. Dan dia tahu, hanya seorang sahaja yang ada jawapannya. Hafiz.
Balik ke makmal, Kira mendekati Syaf. Kebetulan pensyarah mereka masih belum tiba. Dia menceritakan segala-galanya pada Syaf termasuklah mesej Hafiz yang diterimanya semalam.
Syafni juga terkejut dengan cerita Kira.
‘ish, peningnya! Apa maksud Wani tu? Aku tak faham la. Jadi dia memang saja nak kau jauhkan diri dari Hafiz dengan mereka cerita yang Hafiz tu tak boleh dipercayai?’ Tanya Syafni seakan tidak percaya.
‘dari apa yang aku faham macam tu la.’ Ujar Kira perlahan.
‘aku menyesal pulak tak nak jumpa dia semalam. Kalau tak aku takkan keliru macam ni. Dan aku takkan sangka buruk kat dia. Kesian dia.’ Tambah Kira lagi.
‘Kira, bukan salah kau semua ni jadi. Dia pun dah cakap dia akan tunggu kau. So apa lagi? Kau call dia or mesej dia cakap kau nakkan penjelasan dari dia. Habis cerita. Lepas tu baru kau boleh nilai balik dia macam mana.’ Ujar Syafni bersungguh-sungguh. Kira memandang Syafni.
‘aku pun rasa itu yang patut aku buat.’ Pantas dia mencapai telefon bimbitnya lalu didail nombor Hafiz.
Berdering seketika sebelum panggilan itu berjawab.
‘helo Hafiz.’ Bicara Kira gugup sedikit.
‘ya saya.’ Suara itu menjawab. Kira mula tidak sedap hati. Kenapa dia begitu formal pula?
‘Kira ni.’
‘siapa? Saya kenal awak ke? Saya rasa saya tak kenal awak la. Sori.’ Lalu talian dimatikan. Kira tergamam. Sampai hati!
Syafni di sisi semakin teruja. Namun dia mula merasakan ada yang tidak kena apabila Kira menurunkan telefonnya perlahan-lahan.
‘eh, dah habis cakap?’
‘dia letak telefon. Dia kata dia tak kenal aku.’ Ujar Kira seakan-akan tidak percaya. Syafni melopong.
‘hah? Biar betul? Semalam bukan main lagi, nak tunggu la, apa la, dasar lelaki!’ marah Syafni.
Kira tiada reaksi. Dia masih tidak percaya Hafiz berkata begitu padanya sejak sekian lama Hafiz merayunya. Apa yang ada difikiranmu Hafiz? Apa yang sedang berlaku? Kira benar-benar tidak faham.
‘Syaf, kau rasa perlu ke aku telefon lagi sekali?’ Tanya Kira.
‘ah, tak payah. Buang masa kau je. Kalau dia nak dia boleh cari kau.’ Jawab Syafni. Dia pula yang terlebih emosi.
‘hmm…ok.’
Namun Kira masih menimbangkan tindakan itu dalam fikirannya. Nak telefon balik ke tak?
p/s: Apa pula yang akan Kira buat kali ini? Undi pilihan anda tau!
- A - Kira menunggu menelefon Hafiz kembali
- B - Kira tidak menelefon Hafiz
- C - Kira mencari Hafiz sendiri tanpa menelefon terlebih dahulu
wah.... cerita yg menarik....
ReplyDeletealready link u....
c u next n3....
ingtkan hafiz tu buaya jadian..
ReplyDeletewat2 x kenal lak bile selisih..
sakit ati betol..
rupenyer arranged marriage rupenyer..
kene queen control ngn wani
apehal la ade name adik2 aku ni?
hehehe..wani, hafiz..adess
jahat betol wani tu..
jgn ar kira tu rapat ngn hafiz..
xpsl2 kang kene buang kolej ke ape ke..
wani tu otak geliga tol
ade je idea die nnti nk hapuskan kira..
tapi hafiz pon salah gak..
mula2 tu apehal pi tegur si wani tu
kalo die tau si wani tu tak suka die rapat ngn mane2 pompuan, nape die pi layan kira?
x psl2 je kira tu melayan perasaan menaruh harapan..adoyai