About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru November 2016!

Terbaru November 2016!

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Saturday, June 25, 2011

Seindah Aurora: Ray 2




Adwa Abrisam


Sebaik saja kereta yang dipandunya masuk ke pekarangan rumah banglo milik Dato' Rahmat, Adwa terus keluar tanpa menunggu lagi.  Sebuah kereta  BMW 5 Series turut diparkir bersebelahan Toyota Vios miliknya.

“Adwa!” panggil suara itu, keras.

Langkahnya mati. Dia menoleh malas. Dato' Rahmat menghampirinya dengan pandangan yang tajam.

“I don’t like that attitude.”

Adwa angkat kening, pura-pura tidak mengerti.

“What?”

Datin Suria mendekat, diraih lengan suaminya.

“Pa, sudahlah tu. Dah selamat dah. Apa nak digaduhkan.”

Dato' Rahmat menolak tangan isterinya lembut, namun pandangannya masih tajam menikam wajah Adwa yang berlagak biasa.

“No mama, this is not good. I don’t like your attitude. Jangan malukan papa Adwa! Mana papa nak letak muka ni? He’s the Director of Mecha College! Kalau dia nak putuskan pertunangan ni, malu papa! Atau kamu memang nak papa malu? Hah?”

Adwa menggaru dahi yang tidak gatal. Jelas bicara papanya tidak masuk langsung ke dalam kepala.

“Pa, kalau papa nak sangat buat usahasama dengan diorang, papa je la kahwin dengan Yanny tu. Ad tak ada masa la nak main kahwin-kahwin.” Adwa angkat kaki.

Laju saja tangan Dato' Rahmat mahu naik namun Datin Suria lebih cepat menghalang. Digosok perlahan bahu suaminya.

“Sabarlah. Jangan diikut baran abang tu. Dia bukan budak lagi. Give him some time bang.”

Arham, dengan Nicon tergantung di lehernya cuma mampu menggeleng melihat sepupunya itu. Dia baru saja keluar dari keretanya yang diparkir di belakang kereta Adwa, dan matanya sudah mendapat santapan baru. Kebelakangan ini, bukan perkara baru padanya melihat Adwa bertekak dengan Dato' Rahmat.

“Pak long, nanti Ar cakap dengan dia. Pak long jangan marah-marah macam ni. Tak elok.” Arham pula menenangkan pakciknya itu.

Dato' Rahmat mengerling Arham sekilas. Dihela nafas dalam. Mungkin dia patut menyerahkan segalanya pada Arham, anak saudaranya yang sudah setahun tinggal bersama mereka kerana tuntutan kerjanya.

Arham membuka langkah apabila Dato' Rahmat tidak membalas, cuma mendengus perlahan.

“Ar masuk dulu.”

Datin Suria mengangguk. Beberapa langkah Arham meninggalkan mereka, baru kedua mereka turut angkat kaki menuju ke dalam rumah.



“Ad, boleh aku masuk?” Arham menolak daun pintu tanpa menanti persetujuan tuan punya bilik.

Adwa yang sedang berbaring enak dengan mata terpejam masih belum bertukar pakaiannya. Arham menghampiri katil. Dia turut berbaring di sebelah Adwa, dengan kakinya tergantung dan kedua tangan di bawah kepala. Merenung siling kosong.

“Ad..”

Tiada balasan.

“Aku tau kau belum tidur.”

Tiada jawapan.

“Ad..”

“Apa...” balas Adwa malas.

Arham tersenyum nipis.

“Kau janganla macam tu dengan pak long. Dia ayah kau. Tak elok la...” tegur Arham perlahan.

Adwa pantas membuka mata. Dia teringatkan seseorang. Cik sate. Adwa bingkas duduk. Sekilas ingatannya pada Cik Sate terus hilang apabila pandangannya disapa riak tidak puas hati Arham.

“Kalau kau nak cakap pasal tadi jugak, kau tolong keluar. Aku dah letih melayan diorang tadi. Bukan kau yang kena sekarang ni Ar, aku.”

Adwa sudah berdiri tegak. Dicapai tuala di gantungan. Arham duduk di sisi katil. Pandangannya menyoroti tubuh Adwa yang kini cuma berseluar saja.

“Aku tegur sebab aku tak nak kau tambah dosa. Kau tak setuju pun bantah elok-elok Ad. Tak baik cara kau tu.” Adwa menyangkutkan tuala di lehernya.

Wajahnya berkerut seribu. Dia mahu membantah Arham dengan seribu satu hujah yang bermain di mindanya sejak dia diwajibkan berkahwin dengan Yanny, anak kepada Dr Arshad dan Dr Farida, pengasas kepada kolej swasta terkenal dan bakal melakukan usahasama dengan Dato' Rahmat kelak. Marah betul dia apabila papanya berkenan dengan Yanny, dan mengusulkan agar mereka dijodohkan memandangkan kedua-duanya masih belum berpunya. Sejak itu, dia sudah mula melancarkan perang dingin dengan Dato' Rahmat, namun sedegil-degil Adwa, degil lagi papanya. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

Adwa merengus kasar.

“Ok, ok, I’ll apologize later. Now, could you please get out?” jelas dia cuma mahu menyenangkan hati Arham.

Arham tersengih. Dia bingkas, berdiri di sebelah Adwa yang setia menanti.

“Dah jadi pensyarah pun perangai macam budak-budak lagi. Apa la kau ni...” seloroh Arham seraya menepuk bahu Adwa sekali.

Adwa menoleh laju tak puas hati.

“Wei! Pensyarah pun ada hati! Aku bukan patung!” dia separuh menjerit kerana Arham sudah keluar dari bilik dan pintu biliknya sudah hampir rapat ditutup.

Digosok belakang kepala kasar. Geram pula walaupun dia tahu Arham sengaja mahu mengusik perasaannya. Seronoknya jadi Arham. Tak ada orang nak paksa-paksa, nak suruh kahwin. Kan bagus kalau aku pun macam Arham. Adwa mengeluh lagi.




Arham membelek-belek gambar yang diambilnya di majlis pertunangan Adwa dan Yanny sebentar tadi. Sesekali, dia gelak sendiri apabila matanya menyoroti wajah Adwa yang kelat saja di sisi Yanny.

“Ad, Ad, memang budak-budak la kau ni..” bebelnya sendiri, mengenangkan Adwa yang sudah seperti adiknya sendiri itu.

Satu demi satu gambar berganti di skrin laptop Vaionya. Tiba-tiba senyumnya mati. Ditekan button back cepat-cepat. Gambar itu memaparkan Adwa di sisi Dato' Rahmat dan Datin Suria, berapit dengan Yanny, berlatarbelakangkan sliding door yang sedikit terbuka.

Bukan itu yang menarik perhatiannya.

“Aurora?” nama itu meniti di bibirnya.

Mouse di’scroll’ sehabis-habisnya. Kemudian kedudukan gambar itu dibetulkan. Kini wajah itu begitu jelas di pandangan matanya. Ternyata Nicon berharga hampir 3k itu tidak menghampakannya. Wajah itu begitu jelas di matanya.

Arham tersandar dengan keluhan panjang.

“Macam mana boleh tak perasan ni? That's her!” dia meraup wajahnya.

“Siapa Ar?” Datin Suria sudah berada dalam biliknya, berdiri di belakangnya tanpa disedari.

Arham tersentak seraya menoleh pantas, terkejut.

“Ops, sorry. You didn’t lock the door my dear.”

Datin Suria sudah melirik skrinnya namun cepat-cepat gambar itu di’minimize’kan.

“Tak ada apa-apa. Mak long nak tengok gambar?”

Datin Suria angguk sekali.

“Boleh jugak.”

Selama hampir 15 minit mereka menatap satu persatu gambar yang diambil tadi. Sesekali Datin Suria ketawa kecil, ataupun merungut wajahnya kelihatan tidak menarik dalam gambar. Arham cuma mampu tersengih, namun matanya meliar juga mencari kalau-kalau ada lagi wajah itu ter’tangkap’ ke dalam gambar.

Selesai semua gambar itu ditatap, Datin Suria mengundur diri dari bilik lelaki bujang itu. Pantas Arham mencari sesuatu dalam Blackberrynya.

“Ala, tak ada rupanya no phone minah ni. Hmm, kena cari Ad la nampaknya.”

Laju saja dia membuka langkah ke bilik Adwa yang bertentangan dengan biliknya.

“Ad!” diketuknya sekali.

Seperti tadi, terus dikuak daun pintu tanpa menunggu izin dari dalam. Adwa yang baru saja mahu melondehkan tualanya gelabah sendiri. Cepat-cepat dibetulkan kembali tualanya.

“Woit! Tak reti tunggu aku bagi masuk ke? Tak guna kau ketuk, pandai!” Adwa membaling bantal kecil di atas katilnya tanda protes.

Arham sempat menyambut bantal itu dengan tawa kuat.

“Sorry, sorry, urgent ni. Kau ada nombor Yanny kan?”

Adwa menggerutu sendiri. Wajahnya kelat, lebih-lebih lagi apabila nama itu meniti di bibir sepupunya.

“Tak ada.” Arham cekak pinggang.

“Beb, takkan tak ada?”

“Apa beb-beb? Ko ingat aku perempuan ke? Aku cakap tak ada, tak adalah. Kenapa aku nak ada nombor dia? Tak ingin aku.” Disarung pagoda ke badan.

Selesa berpagoda saja untuk tidur. Arham mengeluh panjang. Adwa menjeling wajah sepupunya yang keruh tiba-tiba.

“Kau ni apasal? Nak mengorat dia? Kalau kau nak, dengan senang hati aku pass kat kau.”

Arham sengih sesaat.

“Tak kuasa aku. Tak nak terlibat dengan politik pak long.” Sempat Arham menjawab sebelum dia angkat kaki keluar dari bilik itu.

Adwa menghantar Arham keluar dengan pandangan geram.

“Tau pun! Aku pun tak nak! Argh!”

Adwa menghampar sejadah di atas lantai sebaik saja dia lengkap berpakaian. Mengosongkan mindanya. Ya Allah, tenangkan jiwaku. Tunjukkan hikmah di sebalik perkahwinan ini. Dengan itu, dia mengangkat takbir, mengakui kebesaran Penciptanya.





“Nak nombor Yanny? Nak buat apa?” soal Dato' Rahmat dengan kening sedikit naik.

Arham sengih.

“Nak tolong dia and Ad.” Senang saja jawapannya.

Dato' Rahmat tidak menunggu lama. Iphone 5 dikeluarkan dari kocek kemejanya. Ibu jari kanannya mula bergerak-gerak di atas skrin itu.

“0133778432.”

Arham pantas menaip, menyimpan nombor itu ke dalam Blackberrynya.

“Orait, thanks pak long. Pak long tak nak tidur lagi ke?” sempat dia berbasa-basi apabila lelaki itu dilihatnya berbaring malas di sofa empuk ruang menonton.

Dato' Rahmat menggeleng.

“Nantilah. Dah lama tak tengok tv. Nanti mak long kamu pun nak join.”

Arham jungkit bahu.

“Ar naik dulu.”

Dato' Rahmat mengangguk tanpa mengangkat muka. Arham membelek nombor yang baru diperolehinya itu lama.

Esok je call? Or now? Jam tangan dibelek.

“Esok je la. Dah malam.”

Dengan itu, sekali lagi gambar itu dibeleknya. Tanpa menunggu lama, gambar itu di’crop’ dan di’print’ sebesarnya.

“I won’t lose you this time, Ara. I won’t.”

“Pesal kau bebel sengsorang ni?” cepat-cepat gambar itu diturunkan apabila satu suara menegurnya dari tepi.

“Apa kau sorok tu?” Adwa cuba mencuri gambar itu dari tangan Arham namun Arham lebih pantas. Dia berlari ke katil dan diselitkan gambar itu di bawah bantal lalu ditindih bantal itu.

Adwa bercekak pinggang tidak puas hati.

“O, main sorok-sorok dengan aku. Gambar Yanny ke?” tekanya apabila dilihatnya gambar tadi terpampang besar-besar di skrin laptop Arham.

Arham angguk.

“Kau tak nak dia, kenapa kau sibuk nak tengok?” usik Arham.

Adwa mencebik. Geram, dia mengambil tempat di meja, ditatap gambar di skrin itu lama-lama.

“Eh, cik sate!”

Arham angkat kepala.

“Siapa?”

Adwa menunjuk ke skrin.

“Ni, cik sate. Yang sembang dengan aku tadi.” Ditunjuk ke sudut itu. Arham pantas mengerti. Sudah pasti dia tahu kerana gambar itu sudah berada di bawah bantalnya.

“Kau kenal dia ke?” Adwa geleng.

“Baru kenal tadi.”

“Kau panggil dia cik sate?”

Adwa angguk.

“Dia yang pujuk aku masuk rumah tadi. Bukan sebab kau panggil.” Sempat Adwa mengenakan Arham.

Arham terdiam. Kenapalah dia tidak perasankan gadis itu tadi? Mungkin kerana perwatakan yang lain. Siapa sangka top scorer itu akan mengipas sate?

“Kau ni kenapa?” tanya Adwa apabila Arham tidak lagi membalas.

“Tak ada apa-apa. Dah, keluar. Aku nak tidur.”

“Alah, jom la main Dota satu round, baru tidur. Boring la aku.”

Arham geleng laju. Dia masih belum berganjak dari atas bantalnya.

“Penat la aku jadi cameraman kau. Aku nak tidur. Sila keluar.”

Adwa bingkas, hampa.

“Eh, kejap. Tadi kau cakap apa dengan cik sate kau tu?” Adwa jungkit bahu.

“Not your business.” dengan itu, dia angkat kaki keluar dari bilik itu.

Arham menggeleng dalam senyum.

“Ceh, balas dendam la tu. Bengong punya budak.”

Arham menarik gambar itu dari bawah bantal apabila Adwa sudah keluar dari biliknya dan tombol ditekan rapat.

“Aurora, dah ada nama baru kau ye? Cik sate? Hmm...”





Adwa mengatur langkah perlahan. Telinganya dapat menangkap bunyi televisyen dari depan.

“Hah, Ad, tak tidur lagi?” tegur Datin Suria apabila wajah anak lelaki keduanya itu terjengul dari balik dinding.

Dato' Rahmat yang enak berbaring di atas sofa tidak panggung muka.

“Kenapa tengok tv kat sini?” tegur Adwa tanpa menjawab soalan mamanya.

Dato' Rahmat berdehem perlahan.

“Biar la papa dengan mama nak tengok kat mana pun. Ini rumah papa kan...” senang saja jawapan itu.

Adwa menyandar malas. Datin Suria kembali menumpukan pandangan ke kaca TV.

“Pa...”

“Hmm..”

“Sorry..”

“Papa tak nak dengar sorry tu. Kahwin dengan Yanny. Baru papa senang hati.”

Balasan Dato' Rahmat membuatkan Adwa mengeluh panjang.

“Tak ada jalan lain ke?”

“None.”

Datin Suria menggeleng saja melihat anak dan suaminya itu berperang dingin. Adwa bingkas.

“Hah, nak ke mana tu?”

“Cari jalan lain selain dari kahwini Yanny.” Selamba dia menjawab seraya berlalu.

Datin Suria mengeluh panjang. Disentuh bahu suaminya lembut.

“Pa, takkan tak ada cara lain?” Dato' Rahmat mengeluh panjang.

“Only if he finds a better girl, with better prospect, then I will release him from the promise.” Dato' Rahmat masih merenung flat screen di depannya.

Datin Suria mengeluh kecil. Pening.

“Then it’s impossible.”

“Sure it is.”

Dan mereka kembali diam, menghayati movie yang sedang bermain di screen besar di depan mereka. Sementara Adwa di balik dinding tersandar lemah.


“Could I find her, the only one for me?” entah kenapa hatinya kuat mengatakan, hawanya bukan Yanny. Dan dia begitu pasti.




PLEASE TAKE OUT WITH PERMISSION AND PROPER CREDITS TO BLOG AND AUTHOR. ALL RIGHTS RESERVED.

4 comments:

  1. erkk..jgn kata adwa ngn arham nanti suka org yg same pulak...adeii

    ReplyDelete
  2. top scorer mengipas sate..mcm de sumting wrong sumwhere je kt situ..hurmm

    a girl with better prospect??siapakah??adakah cik sate??atau girl laen??

    adakah arham n adwa akan bermasam muke di sbbkn seorg girl??hurmm..

    huishh..mcm2 soklan..hehe..cik writer..sile2 kasi jwpn :)

    ReplyDelete
  3. nak lagi..
    hihihi
    ad ke ar..

    ReplyDelete
  4. huhu..ada story yg sgt menarik after diz..
    sambg ag..lame da x de cter about ketbhn hdup student...
    da muak dgr pasal sweet story after marrd..
    keep it writer..
    hope kitorg dpt 'sesuatu' from diz story..
    smga kamu akan sntiasa dilimpahi rezeki(ilham) tuk wat crta yg bez..

    xyz

    ReplyDelete