About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru November 2016!

Terbaru November 2016!

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, May 28, 2009

Kira Ayumi 20

Kira termenung di kerusi batu di halaman rumah. Sudah setengah jam dia di situ. Fikirannya melayang jauh pada peristiwa petang tadi. Pertemuannya dengan Syafni dan pertemuan tidak sengaja mereka selepas itu. Syafni dan Hafiz.

Apa yang sedang berlaku yang aku tak tahu? Kira bingung. Dia paling tidak dapat menerima hakikat yang Syafni berbohong dengannya tentang Hafiz. Tapi mengapa pula Syafni sanggup berbuat begitu?

Kotak fikirannya terus memutar kembali kenangan indahnya bersama Hafiz. Kenangan yang singkat tetapi amat indah untuk dikenang.

Hati kita kan dah masuk dalam peti? Kunci dah buang jauh-jauh? Kita tak boleh sayang orang lain dah melainkan kita berdua saja. Sebab kunci dah tak ada, hati tak boleh ambil balik untuk diberi pada orang lain.

Kira tersenyum sendiri mengingatkan perbualan mereka 5 tahun lalu. Masih terngiang-ngiang suara Hafiz. Hafiz, I don’t know why but I miss you, a lot. Hatinya merintih sayu.

‘Kira,’ Kira tersentak mendengar sapaan Daud. Daud melabuhkan punggung di sebuah bangku lain berhadapan Kira.

‘abang,’ Kira membetulkan duduk. Daud memerhati seraut wajah Kira. Kebelakangan ini, adiknya yang seorang itu kelihatan resah sahaja.

‘Kira ok ke? Abang tengok asyik termenung je sekarang?’ tegur Daud. Kira tersenyum tawar.

‘I’m fine, don’t worry.’ Kira melarikan pandangan dari bertentang dengan Daud.

‘ye ke? Kira, kalau ada masalah, beritahu abang. Mana tahu abang boleh bantu,’ Daud menawarkan diri.

Kira terdiam mendengar tawaran abangnya itu. Dia melepaskan keluhan berat. Mungkin sudah sampai masanya Daud tahu sebab sebenar dia berhenti kolej 5 tahun lalu.

‘abang, Kira ada something nak cakap, janji, jangan beritahu orang lain?’ Daud mengangguk laju.

‘ok, promise. Apa dia yang berat sangat tu?’ Daud mengemaskan duduk, bersedia mahu mendengar.

‘hmm, actually, 5 tahun lepas, I quit college not because of the reason I gave you.’ Kira memulakan. Dia bercerita tentang semuanya yang melibatkan dia, Hafiz, Syafni dan Iman. Tidak tertinggal sedikit pun.

‘hmm, so, sekarang ni, Kira tengah rindukan Hafiz ke?’ Tanya Daud, nada mengusik.

Kira menggeleng.

‘no, I have other problem. As I told you, Kira dah ok dengan Dato' Syafie, well, I met Syafni about 2 or 3 days ago. Tapi, dia macam tak happy jumpa Kira. Lepas tu, Kira jumpa dia lagi tadi, Kira tanyakan tentang Hafiz. If she knows where he is right now but she said she has lost contact with him. Well, maybe Allah nak tunjuk pada Kira, lepas tu, Kira jalan-jalan kat supermarket and I saw Hafiz with her. They looked very, happy and friendly with each other.’ Ujar Kira, jelas dia bingung dengan apa yang terjadi.

Daud mengerutkan dahi.

‘so, she cheated?’ Daud membuat kesimpulan. Kira menjungkit bahu.

‘if we look at the situation right now, it says yes, she cheated on me, but I don’t know. Kira rasa dia mesti ada sebab. Abang rasa?’ Daud terdiam, berfikir sebentar.

‘she likes Hafiz, that’s why she cheated?’ Kira terdiam mendengar kesimpulan Daud.

‘do you really think so?’ Tanya Kira, dia juga memikirkan kemungkinan itu tetapi dia tidak mahu serkap jarang.

‘judging from the situation, sebab apa lagi? Tapi, pada abang, dia tak kenang budi because all this while, you quit college because you didn’t want to trouble her right? Alih-alih, dia buat macam ni kat Kira. That’s unfair.’ Tambah Daud lagi, menjatuhkan hukuman terus ke atas Syafni. Kira menongkat dagu, melepaskan keluhan panjang.

‘abang, she didn’t know about that. Not even a word.’ Kira membela Syafni.

‘then tell her.’ Tingkah Daud, tegas. Kira mengeluh lagi.

‘I can’t abang.’ Kira menolak cadangan itu.

‘why can’t you?’ bidas Daud. Kira menelan liur.

‘because Kira kena jaga hati Dato' Syafie. Kira dah bertekad, sejak Kira tahu dia sakit hari tu, memang Kira takkan cakap lagi hal lama, dengan mereka yang terlibat. Sebab Kira tahu dato dah insaf. Kalau Kira ceritakan juga, ini akan menjejaskan nama dato. Kira tak nak semua tu terjadi.’ Jelas Kira.

‘aib dia bang, kita kena jaga.’ Tambah Kira lagi, apabila Daud tidak memberi tanda-tanda mahu berbicara.

‘Kira, Kira ni memang tak berubah. Kira sentiasa dahulukan orang dari kepentingan Kira.’ Kira menunduk mendengar pujian tak langsung dari abangnya itu.

‘but I suffer inside, abang, I just can’t do it. That’s all I know.’ Suaranya lirih. Daud mencapai jemari kiri Kira lalu digenggamnya.

‘Kira, remember, you have Him, the Almighty. Whatever it is, leave it to Him. Pray a lot, pray that your fate that is destined for you is what you really want. He always hears our prayer, ok?’ Daud memberi kata semangat. Kira membalas genggaman tangan Daud, seakan-akan mahu menyerap semangat abangnya yang kental. Kolam matanya sudah digenangi air mata.

‘thanks abang.’ Air matanya menitis jua. Tuhan, hanya padaMu aku berserah. Permudahkan jalanku, ya Rahim. Cinta ini dariMu dan hanya kepadaMu jua ia akan kembali.

********

‘Syaf, kau sihat?’ Kira memulakan. Setelah seminggu peristiwa dia bertembung dengan Hafiz dan Syafni, baru Kira mengambil keputusan untuk bertindak. Bertanyakan hal sebenar dari Syafni.

Syafni bermain dengan straw minumannya.

‘hmm, aku ok. Ada apa kau nak jumpa aku lagi?’ Tanya Syafni. Nadanya mendatar namun tetap mengguris hati kecil Kira.

‘Syaf, aku nak Tanya sikit.’

‘pasal Hafiz? Aku tak jumpa dia.’ Pantas Syafni memotong cakap Kira. Kira terdiam. Cuba mencari kata terbaik.

‘Syaf, aku Nampak kau dengan Hafiz.’ Ujar Kira, tenang tetapi tegas. Nada suaranya masih sama.

Syafni tergamam, pandangan mata mereka bertentangan. Cuba menebak fikiran masing-masing.

Akhirnya Syafni mengalah, dia menunduk seketika.

Kira menanti kata Syafni. Dia tidak mahu meneruskan lagi. Dia mahu Syafni meluahkan apa yang terpendam di benak fikirannya.

Lama Kira menanti.

‘Kira, maafkan aku.’ Tutur Syafni, dan pantas dia mengesat air mata yang sudah mengalir laju membasahi pipi.

Kira mendekat.

‘kenapa Syaf? Apa salah kau?’ Tanya Kira, dia mahu Syafni mengaku sendiri. Dia tidak mahu menghukum.

‘aku, dah suka pada Hafiz, Kira.’ Tutur Syafni, teragak-agak. Baru kini Kira pasti di hadapannya ini ialah Syafni yang dikenali dulu. Yang telus dan jujur dengan isi hatinya.

Kira menarik nafas dalam. Benarlah sangkaannya.

‘sebab tu kau minta maaf pada aku? Tak salah untuk kau jatuh cinta, Syaf.’ ujar Kira, cuba menyenangkan hati Syafni dengan bicaranya, sedang hatinya merintih.

Syafni mengangkat mukanya, bertentang mata dengan Kira, jelas dia tidak percaya dengan kata-kata Kira.

‘tapi Kira, kau cintakan Hafiz...’ Kira senyum nipis mendengar ayat itu. Seakan-akan tiada makna padanya.

‘Syaf, tu dulu. Sekarang tak lagi.’ Ujar Kira, yakin. Saat itu, hatinya remuk redam. Hafiz, maafkan aku.

‘tapi...’ Kira pantas memotong.

‘Syaf, kau ingat dalam 5 tahun ni aku boleh setia pada dia? Lagipun, kitorang tak lama pun hari tu. Sekejap sangat. Tak macam orang bercinta pun. Kau pun tahu kan macam mana aku dengan dia, kan? Kau ingat perasaan aku pada dia takkan berubah?’ ujar Kira yakin. Syafni memandangnya tidak berkelip. Wajah murungnya tadi sudah berganti dengan riak tidak percaya.

‘Syaf, selama aku mendiamkan diri ni, aku rapat dengan Iman, and I think I have fallen in love with him. Selama ni, dia yang menyokong aku, Syaf. Actually, aku risau juga nak beritahu Hafiz, but now I think he will be ok. He can face it since he has you by his side.’ Tambah Kira lagi. Tenang dan yakin. Namun di dalam hanya Tuhan saja yang tahu.

‘tapi, kenapa kau cari dia kebelakangan ni?’ Tanya Syafni, masih tidak percaya yang Kira sudah lama melupakan Hafiz.

Kira mengeluh kecil.

‘sebab ayah dia nak dia balik. Dato' Syafie dah berubah Syaf. He is a very wise man now. Dia dah tak macam dulu.’ Syafni terdiam. Dikesat sisa air mata yang sudah berhenti mengalir.

‘Dato' Syafie? Ayah Hafiz? Kau ok dengan dia? But how?’ Tanya Syafni, tidak percaya.

Kira mengukir senyum bahagia.

‘tak perlu kau tau macam mana kami baik, tapi dia memang dah ok sekarang. Dia menanti kepulangan Hafiz. Dia rindukan Hafiz, sangat rindukan Hafiz. Kau tolong aku? Beritahu dia yang ayahnya mahu dia pulang, hmm?’ Syafni mengangguk lambat-lambat.

Masih ada sesuatu yang bermain di mindanya. Jika benar perasaan Kira sudah berubah dan perasaan itu tidak sekuat mana, mengapa Kira berhenti kolej? Itupun tanpa pengetahuan Hafiz.

‘Kira, aku nak Tanya sikit, boleh?’ Tanya Syafni. Ditenung raut wajah tenang Kira. Memang tiada tanda dia merana selama ini.

‘hmm, apa dia?’

‘kenapa kau berhenti kolej hari tu? Kenapa kau jauhkan diri dari kitorang?’ Tanya Syafni. Kira terdiam sekejap. Memikiran pembohongan terbaik.

‘sebab, pakcik aku kat utara sakit, dia perlukan aku. Dia tak ada anak. Jadi aku memang tak sempat nak beritahu korang. Aku nak beritahu Hafiz, tapi aku takut dia tak boleh lepaskan aku sedangkan aku tak kisah pun sangat dengan dia. So, aku pergi macam tu je. Senang sikit.’ Ujar Kira selamba. Syafni memandang tidak percaya.

‘bukan sebab Dato' Syafie?’ Tanya Syafni, tidak percaya.

‘eh, taklah. Tapi aku takut nak beritahu kau jugak sebab Hafiz mesti cari kau. Nanti kalau dia jumpa aku susahlah aku sebab aku memang bercadang nak sambung sana. Sebab tu lah aku pergi tak balik-balik.’ Tambah Kira lagi. Suaranya ditekankan dengan nada yang perlu sedayanya supaya Syafni tidak akan dapat mengesan pembohongannya.

Syafni mengangguk-angguk. Kira menghela nafas lega tanpa disedari Syafni.

‘Kira, maafkan aku. Aku fikir kau akan rampas Hafiz dari aku, sebab kitorang memang rapay sejak kau tak ada. Aku pun tak tau sejak bila aku takut kehilangan dia.’ Ujar Syafni. Bicaranya menikam perasaan Kira namun raut wajahnya tetap tenang dan bersahaja.

‘ala, kau ni, takut sangat la. Aku ok je.’ Ujar Kira yakin bersama senyum lebar. Melindungi galau dan taufan di hati.

Syafni menghulurkan tangan, mahu berjabat.

‘friends?’ Kira menyambut.

‘friends, forever and ever.’ Mereka berbalas senyuman.

3 comments:

  1. knape la kira ni baek sgt..
    sndri da kne pon na wt bek kt owg tuh lgik..

    ReplyDelete
  2. i hope i will be like kira
    selalu utamakan org lain dari diri sendiri,
    dia x nak persahabatan dia dgn syaf terputus sbb hafiz eventho she loves hafiz damn much
    haizz really hope i will be like her,
    do u think its possible? lol
    but i really hope its possible, amin ;)

    ReplyDelete
  3. lor.nape kira x honest je?
    sian kira.tersiksa jiwa kerana trpaksa menipu demi prsahabtan die dgn syafni
    syaf sorg je kot yg syok sniri kat hafiz
    entah2 hafiz anggap die not more than friends
    harap2 hafiz still ade feeling kat kira lg
    mesti hafiz x caye nnti syafni bgtau yg kira
    larikan diri sbb pakcik die sakit
    hafiz msti ckp kira trpaksa tipu sbb ugutan ayah hafiz..main agak2 je aku ni:p

    ReplyDelete