About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Friday, May 29, 2009

Cinta Solo

‘Ain, kau nak lelaki macam mana?’ tanya Fatin suatu hari. Semasa mereka sedang bersantai lepas siapkan assignment Dr. Krish yang membunuh, grammar. Haha. Ainur mengunyah buah epal tanpa memandang Fatin. Otaknya ligat berfikir.

‘nak yang macam mana ya?’ Ainur bertanya sendiri.

‘hmm, yelah, setiap orang mesti ada criteria lelaki idaman kan? Bukan apa, aku tengok kau ni tak ada pakwe lagi. Orang kata, kalau keluar universiti ni, kalau tak ada pakwe lagi, alamatnya tak laku la nanti.’ Ujar Fatin bersungguh-sungguh. Ainur menjeling Fatin tajam. Celuparnya mulut tu. Aku cili kang.

‘bukan aku memilih la Fatin, tapi susah la. Aku ni tak jumpa lagi yang menarik perhatian aku, nak buat macam mana?’ tingkah Ainur. Geram juga dengan ayat Fatin yang tidak berlapik-lapik itu.

‘hmm, yelah, aku tak kata kau memilih. Cuma aku nak tau, actually kau cari lelaki macam mana?’ tanya Fatin lagi.
Ainur menggigit epal di tangan.

‘hmm, aku nak lelaki yang macam abang aku.’ Jawabnya ringkas. Fatin mengerutkan dahi mendengar jawapan itu.

‘macam abang kau?’ tanya Fatin kembali.
Ainur mengangguk.

‘abang kau macam mana?’ tanya Fatin lagi. Begitu bersemangat untuk tahu.

‘hmm, abang aku, dari segi fizikal, dia cerah, ada janggut sejemput, pakai spek, memang nampak smart and intelligent. Perangai dia pulak, peramah, suka buat lawak, pandai ambil hati, tak kedekut, jaga agama, ha, macam tu la abang aku. Aku memang respect abang aku. So, if aku jumpa lelaki yang macam ni, memang aku rembat je. Tak tunggu lagi.’ Ujar Ainur bersungguh-sungguh.

‘oo, macam tu ke?’ Fatin mengangguk sendiri. Ainur terus sahaja mengunyah epalnya tanpa mempedulikan Fatin lagi.

**********

‘Ain, raya cina ni aku nak balik Indonesia. Rumah makcik sepupu aku.’ Beritahu Fatin. Ketika mereka sedang beriringan pulang dari bermain bola tampar.

‘ye ke? Kat mana rumah makcik kau?’ tanya Ainur penuh minat.
Sememangnya dia tahu Fatin mempunyai saudara belah ibunya di indonesia.

‘Solo.’ Jawab Fatin, ringkas.
Ainur mengerutkan dahi.

‘Solo kat mana?’ tanya Ainur lagi. Tak pernah dengar pun nama tempat tu kat Indonesia.

‘Solo dekat dengan Jogjakarta. Aku pernah pergi dulu sekali.’ Terang Fatin.

‘tapi kali ni aku pergi sorang je sebab family aku yang lain tak free. Aku je yang cuti tak ada kerja.’ Ujar Fatin lagi, sayu sedikit.

Ainur tidak menjawab. Tiba-tiba Fatin menoleh kepada Ainur, dipegang tangan Ainur. Langkah mereka terhenti.

‘kenapa dengan kau ni?’ tanya Ainur kehairanan. Pelik melihat Fatin begitu.

‘jom pergi Solo dengan aku!’ Ainur melopong.

‘hei cik Fatin. Kau ingat pergi Solo tu macam pergi balik kampung kat Kedah ke hah? Sabah Sarawak pun aku tak pergi lagi, nak pergi Solo? Haraplah.’ Tingkah Ainur. Cadangan Fatin amat merapu pada pandangannya.

‘ala, Ainur. Tambang murah je. Jomlah. Aku gerenti mak ayah kau bagi punya kalau kau dengan aku. Jomlah Ain. Bila lagi kau nak pergi tempat orang? Kan? Kan?’ Fatin memujuk lagi. Ainur menjeling Fatin. Pergi Solo?

********

‘wah! Solo! I miss you!’ jerit Fatin sebaik kaki mereka mencecah lantai landasan kapal terbang meninggalkan kapal terbang Air Asia. Ainur Cuma tersenyum melihat telatah Fatin. Jakun lebih pulak dari aku.

Hmm, macam mana pula Ainur boleh tersesat ke situ dengan Fatin? Setelah Ainur meminta izin dari ibu dan ayahnya dan mereka mengizinkan, Ainur akhirnya membuat keputusan untuk mengikut Fatin. Soal tambang sahaja yang perlu dirisaukan kerana di sana mereka menetap di rumah makcik sepupu Fatin. Jadi hal penginapan dan makan sudah beres.

Maka tercangaklah Ainur dan Fatin di Solo pada hari itu dan bermulalah lawatan mereka selama 4 hari di situ.

‘siapa yang sambut kita?’ tanya Ainur. Mereka sedang beratur di laluan warga asing untuk pemeriksaan. Sempat Ainur menjeling warga Indonesia di lorong sebelah mereka. Hmm, di malaysia, korang jadi warga asing, sekarang, giliran aku lah pulak.

‘anak makcik aku.’ Jawab Fatin bersahaja. Ainur mengangguk saja. Tidak pernah dia keluar dari malaysia dan ini kali pertama. Pada Ainur, Indonesia dan malaysia sangat mirip. Cuma bahasanya sahaja yang berlainan.

Sebaik Ainur selesai melalui pemeriksaan kastam dan imigresen, mata Ainur tertancap pada seorang lelaki lebih kurang beberapa meter jauh darinya berdiri di dinding seperti sedang menanti seseorang. Bercermin mata, tinggi lampai, berkulit cerah (lebih cerah dari Ainur) dan janggutnya sejemput. Alamak! Lelaki idaman aku dah jumpa! Handsomenya!

Jantungnya berdegup kencang. Lelaki itu sekejap-sekejap melihat jam di tangan. Aku sudah jatuh cinta! Eh, sekejap, sekejap. Luaran dah pass, dalaman macam mana? Agama dia? Perangai dia? Eh, tak boleh, tak boleh. Cepat Ainur menyedarkan dirinya kembali ke alam nyata.

Hmm, lupakan sajalah Ainur. Kau takkan nak pergi berkenalan dengan dia terus? Nampak sangat bukan perempuan melayu. Lagipun, sini Solo. Bukan Malaysia. Kalau kat Malaysia bolehlah. Melepaslah aku. Ainur mengeluh sendiri. Matanya masih merenung lelaki itu. Namun tidak terlalu teruja dan bersemangat seperti tadi.

‘jom.’ Fatin yang baru selesai menjalani pemeriksaan menarik Ainur yang sudah longlai. Malas sahaja dia melangkah. Dia menunduk mengikut sahaja tarikan Fatin. Dan tiba-tiba mereka berhenti. Ainur mengangkat muka.

‘hai.’ Ainur terkedu. Lelaki tadi. Di hadapannya, betul-betul di depannya. Fatin di sisi lelaki itu.

‘Ainur, ni anak makcik aku. Indra.’ Fatin memperkenalkan mereka. Namun Ainur sudah tergamam, tidak mampu berkata apa-apa.
Fatin yang melihat Ainur kaku begitu menepuk bahunya lembut.

‘Ainur, kau ok ke?’
Ainur tersentak. Malu bila menyedari dia terkaku begitu di hadapan lelaki itu.

‘err, ok, ok.’ Cepat-cepat dia menjawab. Lelaki itu tersenyum sahaja melihat telatah Ainur. Fatin pula senyum penuh makna.

‘jom, saya bawakan beg korang.’ Pelawa lelaki itu. Tiada loghat Indonesia langsung. Beg Ainur dan Fatin bertukar tangan. Alamak, gentlemannya! Ainur jatuh cinta sekali
lagi.

Laju sahaja dia mengikut langkah Fatin dan Indra ke kereta Indra yang seakan-akan sebuah pajero.

Matanya tidak lepas dari memandang Indra curi-curi. Ada peluanglah aku nak tengok perangai dia ni. Ok ke tak? Ok, ujian bermula dari sekarang!

‘apa nama kawan Fatin ni?’ tanya Indra. Ainur di tempat duduk belakang dijelingnya. Ainur yang perasan dengan perbuatan Indra itu menjeling kembali.

‘Ainur.’ Jawab Ainur sendiri. Fatin jelas tidak berminat mahu memberi jawapan.

‘ooh, ingat dah bisu dah tadi.’ Ujar Indra. Ainur yang mendengar usikan itu menjeling di cermin. Terlihatlah riak wajah Indra yang tersenyum manis. Pandai engkau buat lawak ya. Hmm, lulus satu ciri.

Ada banyak lagi ujian untuk kau Indra. Getus Ainur sendiri. Hatinya berbunga.

‘Ainur dan Fatin satu kelas?’ tanya Indra lagi.

‘haah. Satu kelas, satu bilik.’ Jawab Ainur lagi. Melihat cermin pandang belakang sekilas dan dia tahu Indra memerhatikannya.

‘ooh. Satu bilik air?’ tanya Indra lagi.

‘hah, apa?’ tanya Ainur kembali. Indra tersenyum kecil melihat Ainur terpinga-pinga.

‘tak ada apa-apa.’ Jawabnya. Ainur mengetap bibir.
Cis, pandai pula dia ni nak mengena aku. Hmm, memang perangai abang aku!

‘hari ni nak pergi mana?’ tanya Indra. Menoleh pada Fatin.

‘hmm, Fatin rasa nak pergi tengok Istana Mangku Negara, ok?’ tanya Fatin, meminta persetujuan.

‘Indra ok je. Tetamu belakang macam mana?’ tanya Indra. Ainur yang tidak sedar soalan itu ditujukan padanya tercengang-cengang apabila Fatin memanggil namanya.

‘kita pergi Istana Mangku Negara, nak?’ tanya Fatin pula.
Ainur diam sebentar.

‘aku rasa aku ikut je because I really don’t know where to go.’ Jawab Ainur.

‘ok. Sekarang kita pergi lunch dulu la Indra. Tak payah balik rumah dulu. Kita pergi terus.’ Cadang Fatin. Ainur mengangguk sendiri. Bersetuju dengan cadangan itu.

‘ok,’ jawab Indra ringkas.

Mereka singgah di sebuah restoran tempatan. Makanannya lebih kurang masakan di Malaysia. Cuma teh yang dihidangkan sahaja yang tidak digemari Ainur. Teh hijau. Rasanya seperti teh cempaka sahaja. Pantas Ainur memesan air kosong sahaja.
Indra tertawa melihat Ainur begitu.

‘kenapa? Tak kena dengan tekak ke?’ tanya Indra. Tersenyum sahaja melihat wajah kelat Ainur.

‘haah. Tak sedap.’ Jawab Ainur laju. Tiba-tiba dia menutup mulutnya.

‘ops, sorry Indra. Terkutuk. Tak sengaja.’ Ujar Ainur dengan rasa bersalah. Tersedar
dia mungkin telah mengguris perasaan Indra dengan mencemuh rasa teh itu.

‘eh, saya ni ada rupa pembuat teh ke?’ tanya Indra kembali. Bersahaja.
Ainur terdiam. Menggeleng. Fatin tersenyum sahaja. Tidak menyampuk langsung. Masih
terus menyuap nasi di pinggan.

‘so why must I feel offended? Actually, saya lagi prefer teh Malaysia.’ Ujar Indra lagi. Mata Ainur bercahaya mendengar pengakuan itu.

‘ye ke? Awak pernah datang Malaysia ke?’ cepat dia bertanya.

‘banyak kali. Tahun ni saja dah 2 kali.’ Jawab Indra.

‘oo, patutlah. Awak pandai cakap melayu kami ya? Fasih awak cakap bahasa malaysia.’ Puji Ainur. Indra tersenyum mendengar pujian itu. Matanya merenung ainur.
Ainur menyambung suapan yang terhenti. Malu pula ditenung begitu.

********

Selepas makan, mereka melawat Istana Raja Mangku Negara. Istana itu milik seorang raja dan raja itu serta keluarganya masih menetap di situ. Ainur benar-benar kagum dengan istana itu. Dari apa yang dilihatnya, Indonesia seakan-akan ketinggalan dari seni binaan berbanding Malaysia namun hakikatnya, mereka tetap maju di samping usaha yang berterusan untuk mengekalkan ciri-ciri budaya mereka.

Sebaik mereka tiba di istana itu, mereka diberikan satu plastic hitam yang sederhana besar. Berkerut-kerut dahi Ainur menerima plastic itu dari Indra.

‘nak buat apa ni dengan plastic ni?’ Tanya Ainur.

‘ala, kau pegang je dulu. Nanti kau taulah.’ Ujar Fatin. Ainur terdiam.

Apabila mereka tiba di hadapan istana, Indra dan Fatin masing-masing melabuhkan punggung di anak tangga.

Sekali lagi Ainur kehairanan.

‘Ainur, tanggal kasut. Masuk dalam plastic tu.’ Arah Fatin.

Barulah Ainur mengerti. Indra Cuma tersenyum kecil melihat Ainur termangu-mangu.
Ainur turut duduk di anak tangga lalu melabuhkan punggungnya. Kasut ditanggalkan lalu dimasukkan ke dalam plastic hitam tadi. Pantas dia menurut langkah mereka menaiki tangga.

‘eh, mana plastic tadi?’ Tanya Indra.
Ainur menunjuk ke anak tangga.

‘tu, saya letak kat situ.’ Jawab Ainur dengan selamba.
Indra menepuk dahi.

‘awak kena pegang kat tangan la. Sebab tu semua orang dapat plastic sorang satu.’ Indra menerangkan. Fatin sudah tersengih melihat Ainur yang malu sendiri.
Cepat dia berpatah balik mengambil plastic berisi kasutnya dan berpatah balik kepada Indra dan Fatin. Mereka Cuma tersenyum saja melihat Ainur.

Kawasan itu umpawa sebuah dewan yang tidak berdinding, lapang selapang-lapangnya. Lampu-lampu chandelier kecil tergantung di setiap sudut. Di bahagian kiri ruang itu, terdapat set alat-alat muzik tradisional yang terdiri daripada gendang, rebana, gong dan banyak lagi.

‘diorang guna lagi ke alat-alat ni?’ Tanya Ainur.

Hairan melihat set rebana sebegitu banyak. Kalau di Malaysia, set begini hanya boleh dilihat di muzium. Sekali tengok, istana ini seperti muzium lama pula. Kelihatan usang dan tradisional.

‘guna, kalau ada majlis besar, ruang ni akan digunakan.’ Ujar Indra yang entah bila berada di sebelahnya.

Ainur mengambil peluang bergambar dengan alat-alat muzik tersebut dengan gaya dia sedang bermain alat-alat muzik itu. Fatin juga tidak ketinggalan.
Hampir di setiap penjuru ruang itu, terdapat patung-patung singa berwarna emas, kecil dan besar. Patung berupa perempuan membawa kendi di atas kepala pun ada. Patung-patung tersebut juga menjadi mangsa Ainur untuk bergambar.

‘Ainur, cuba tengok atas.’ Arah Indra. Ainur pun mendongak melihat siling. Kagum dia apabila melihat siling itu mempunyai lapan bahagian bercorak berlainan warna.

‘cantiknya!’ ujar Ainur kagum.

‘setiap warna melambangkan ciri yang berlainan. Ada rajin, malas, mengantuk, macam-macam lagi lah. Saya tak ingat dah. Dah lama tak datang sini.’ Terang Indra. Fatin juga turut mendongak.

‘cantikkan?’ puji Fatin pula.

Ainur mengangguk, mengiyakan. Mereka masuk ke dalam lagi, ke sebuah bilik tertutup. Ada kotak-kotak kaca berisi alat-alatan diraja yang tidak lagi digunakan.
Melihatkan perhiasan-perhiasan diraja yang dibuat dari emas tulen turut dipamerkan, Ainur terfikirkan sesuatu.

‘Indra, tak pernah ada cubaan merompak ke kat sini? Barang-barang emas ni dalam kaca macam tu je, lepas tu tak ada penggera pulak. Tak pe ke?’ Indra ketawa kecil mendengar soalan Ainur.

‘awak Nampak tak patung-patung banyak kat luar tu?’ Tanya Indra. Ainur mengangguk. Apa kena mengena pulak?

‘kat sini dah ada penjaga, tapi orang je yang tak Nampak.’ Ujar Indra separuh berbisik. Naik bulu roma Ainur mendengar kata-kata Indra.

‘ah, awak ni saja je nak takutkan saya.’ Marah Ainur. Indra ketawa lagi.

Cepat-cepat Ainur meninggalkan Indra yang masih ketawa di belakangnya. Dia mendekati sekumpulan wanita dalam lingkungan 70-an masing-masing yang duduk di satu sudut berhampiran tangga ruang itu menjual jamu. Pelik. Mereka berjual di dalam bilik ini.
Ainur duduk di anak tangga. Mengambil sebungkus plastic yang mengandungi biji-biji bulat.

‘ibuk, ini apa?’ Tanya Ainur. Nenek itu menjawab soalan Ainur tapi jawapannya buat Ainur garu kepala. Sepatah pun dia tak faham.

‘itu jamu untuk kurus.’ Hampir melompat Ainur mendengar suara Indra yang entah sejak bila ada di sisinya.

‘eh, awak ni tak bagi orang terkejut tak boleh ke?’ marah Ainur. Indra tersengih-sengih sahaja. Dia mengambil sebotol ubat lalu dihulurkan kepada Ainur.
Ainur menyambut botol itu dengan dahi berkerut.

‘ni apa?’ Tanya Ainur.

‘minyak pengasih. Untuk awak. Dari saya.’ Selamba Indra bercakap, matanya merenung Ainur mesra bersama senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Ainur terkedu seketika.
Menyedari Indra masih di hadapannya, Ainur meletakkan kembali botol itu. Dia bingkas meninggalkan Indra. Jantungnya berdegup pantas. Oh tuhan, jangan kata aku sudah jatuh cinta padanya.

‘Esok nak pergi mana?’ Tanya Indra. Fatin tidak menjawab tetapi gayanya seperti sedang berfikir. Ainur terkial-kial memakai kasutnya kembali. Tadi, sepanjang masa dia mengelakkan Indra. Tidak mahu diusik lagi. Boleh luruh jantungnya bila berdepan dengan lelaki itu.

‘entahlah. Kat Solo ni ada apa lagi?’ Tanya Fatin kembali. Indra pula termenung sekejap.

‘kalau kat Solo ni ada dataran je lah yang best lagi. Ok, macam ni. Esok, kita ke Jogjakarta. Nak?’ cadang Indra. Sepasang matanya singgah pada Ainur yang termangu-mangu.

‘err, saya tak kisah. Di Jogjakarta ada apa?’ Tanya Ainur.

‘banyak tempat best la dari sini. Solo ni kecil je. Kat jogjak ada candi Borobudur, Gunung Merapi, dan saya tahu satu tempat pembuatan perhiasan silver. Nanti kita pergi. Ok?’ Ainur dan Fatin mengangguk bersama.
Indra melihat jam di tangan.

‘eh, dah pukul berapa ni, nak masuk asar dah. Korang tak solat zohor lagi kan?’ Tanya Indra. Ainur terdiam seketika mendengar pertanyaan itu. Dia jaga solat. Itu kesimpulannya.

‘belumlah, nak jama’ je.’ Jawab Fatin.

‘ok, kita ke Masjid Agung Surakarta, masjid tertua kat sini. Ok?’ cadang Indra.

‘ok,’ serentak Ainur dan Fatin menjawab.

*********

Keesokannya, awal-awal pagi lagi mereka sudah keluar untuk ke Jogjakarta yang bersebelahan dengan Solo. Perjalanan mereka dijangka mengambil masa lebih kurang sejam atau dua jam mengikut keadaan jalan. Itu kata Indra sebelum mereka bertolak.

Sebelum pergi juga, sibuk Indra mengingatkan supaya mereka membawa baju sejuk kerana di kaki gunung merapi, di pagi hari agak dingin. Ainur tidak begitu mengendahkan peringatan Indra kerana dia sememangnya membawa sweaternya ke mana dia pergi.

Destinasi pertama mereka di Jogjakarta ialah Gunung Merapi. Sebaik tiba setelah hampir sejam lebih perjalanan, di mana Ainur dan Fatin tertidur sehingga mereka tiba, mereka terus turun dari kenderaan pacuan 4 roda yang dipandu Indra.
Ainur terkaku seketika sebaik kakinya mencecah tanah.

Sejuknya! Terus dia memeluk tubuhnya.

‘Fatin,’ panggil Ainur. Namun dia tergamam apabila dia dapat melihat asap keluar dari mulutnya.

‘Fatin, asap keluar dari mulut aku!’ jerit Ainur. Terkejut dan teruja.
Indra yang sudah berbaju sweater tebal tersenyum sahaja melihat mereka.

‘kan saya dah cakap, pagi-pagi memang sejuk kat sini.’ Ujar Indra. Dia juga memeluk tubuhnya.

‘tengok, kabus pun tebal.’ Ainur memandang sekeliling. Dia sudah menggigil. Sememangnya dia tidak tahan sejuk. Fatin juga tetapi oleh kerana dia sudah memakai sweaternya, dia lebih kelihatan rileks daripada Ainur.

‘eh, Ainur, mana sweater kau?’ Tanya Fatin. Ainur pantas membuka kembali pintu kereta untuk mengambil sweaternya.

Fatin mendekat apabila melihat Ainur kaku di tepi kereta.

‘kenapa?’ Tanya Fatin. Ainur memandang Fatin dengan wajah sedikit cemas.

‘alamak, aku tertinggal sweater aku.’ Ainur mengetap bibir. Baru dia teringat, dia keluarkan sweater tersebut sebelum bertolak, kononnya mahu dipakai tapi kemudian ditinggalkan saja di atas sofa rumah Indra.

‘kenapa?’ Tanya Indra pula yang turut menghampiri mereka.
Fatin memandang Ainur dan Indra silih berganti. Ainur sudah menepuk dahi. Kesejukan makin terasa.

‘Ainur tertinggal sweater dia.’ Fatin memberitahu lambat-lambat.
Indra melopong.

‘hah? Laa, kan dah cakap tadi, bawa sweater?’ suara Indra jelas kesal. Ainur menunduk. Tidak mahu bertentang dengan Indra.
Lama mereka terdiam.

‘nah,’ Ainur mengangkat muka. Indra menghulurkan sweaternya kepada Ainur. Ainur terkedu, tidak berkelip memandang Indra.

‘eh, awak pakailah, nanti sejuk. Tak apa, saya tak apa.’ Ainur menolak. Indra menatap wajah Ainur tajam.
‘ambillah. Saya tak apa. Kalau saya sejuk, saya boleh berlari. Takkan awak nak
berlari pulak?’ tingkah Indra. Ainur terdiam mendengar nada suaranya.

‘ambillah Ainur. Dia tak apa.’ Fatin pula menyokong. Akhirnya, Ainur menyambut. Indra memeluk tubuhnya yang Cuma dibaluti sehelai t-shirt berkolar. Dia mengatur langkah di depan, diikuti dengan Fatin dan Ainur yang sudah menyarung sweater Indra ke tubuhnya. Agak besar juga kerana Indra tinggi dan berbahu bidang.
Mereka berjalan di atas tanah yang kehitaman. Ada kesan-kesan rumah yang dilanda lava Gunung Merapi 4 tahun yang lalu.

‘4 tahun yang lalu, lava Gunung Merapi sampai ke sini. Penduduk di sini memang mempunyai tempat perlindungan dari asap dan awan Gunung Merapi. Nama tempat perlindungan tu, bunker. Tapi, hari tu, penduduk tak jangka lava akan sampai ke sini.’ Cerita Indra sambil mereka menyusur mendaki tanah yang landai ke atas.

‘jadi, penduduk tak bersiap untuk berpindah. Tiba-tiba lava mengalir ke sini. Dalam kelam-kabut tu, ada 2 orang petugas yang ditugaskan untuk memberi amaran pada penduduk jika lava dijangka mengalir ke sini. Mereka berusaha memberi amaran kepada semua penduduk hinggakan mereka sendiri tidak sempat melarikan diri.’ Sambung Indra lagi. Fatin dan Ainur khusyuk mendengar.

‘mereka berlindung di dalam bunker dan lava menutupi bunker keseluruhannya. Mereka terperangkap di dalam dan apabila lava sudah sejuk, mereka dijumpai mati di dalam bunker. Daging mereka masak akibat suhu terlampau dari lava yang memanaskan bunker tu.’ Ainur terharu mendengar cerita itu.

Begitu mulia mereka, menyelamatkan orang lain sehingga mereka terkorban.

‘penduduk di sini menganggap mereka wira apabila mereka kembali. Rumah-rumah yang dibina juga musnah sama sekali. Sekarang, tidak ramai penduduk yang terus menetap di sini. Mereka bimbang, peristiwa itu akan berulang.’ Tambah Indra lagi.

‘Gunung Merapi meletup setiap tahun ke?’ Tanya Ainur.

‘tak, Gunung Merapi meletup selang 4 tahun. Tahun ini, gunung ini akan meletup lagi.’ Ujar Indra. Ainur tergamam mendengar. Indra yang menyedari kerisauan Ainur menyambung lagi.

‘jangan risaulah. Sekarang ni selamat. Kalau gunung merapi nak meletup, asap akan keluar dari puncaknya.’ Ainur menarik nafas lega. Fatin tersengih melihat Ainur.

‘lagipun, kalau gunung ni meletup pun, kau ada hero yang nak selamatkan kau, dia mati kena masak pun dia tak kisah.’ Fatin tersenyum penuh makna. Matanya melirik pada Indra yang tersenyum kecil. Ainur yang melihat lirikan Fatin mencubit bahu Fatin perlahan.

‘kau ni cari pasal ek?’ Ainur separuh berbisik.
Fatin mengaduh.

‘eh, betul apa? Kan Indra?’ Fatin melarikan diri dari Ainur. Malu Ainur diusik begitu. Tiba-tiba, matanya tertancap pada satu bangunan yang kelihatan agak pelik.

‘Indra, tu apa?’ Tanya Ainur, menunjuk ke arah yang dimaksudkan.
Indra menoleh.

‘ha, itulah bunker. Jom.’ Ajak Indra. Mereka menghampiri bunker itu. Di bahagian hadapan bunker itu, ada tangga yang dibuat menuju ke bawah, ke pintu bunker itu. Mereka turun dan bergambar di pintu hadapan bunker itu.

Selepas itu, mereka masuk ke dalam. Suasana sepi menyelubungi bunker itu yang Cuma diterangi cahaya dua mentol. Dingin bawah tanah mula terasa. Bunker itu tidak sebesar mana tapi agak luas juga. Ada timbunan lava di hujung bunker itu.

‘di sini lah mayat kedua-dua orang sukarelawan yang meninggal tu ditemui. Sejak tu, bunker ni ditinggalkan dan dibuka kepada orang awam.’ Indra memijak-mijak lantai lava yang sudah berupa tanah gambut itu.

Ainur mendekat dengan Indra tanpa disedari. Seram juga melihat bunker ini, ditambah pula dengan cerita Indra, bertambah seram sejuk Ainur.

‘Ainur.’ Ainur menoleh pantas. Kepalanya terlanggar bahu Indra lantaran dia menoleh terlalu cepat.

‘aduh!’ Ainur memegang dahinya yang sakit. Indra ketawa melihat Ainur.

‘awak ni, kerasnya lengan awak!’ marah Ainur. Indra mencebik.

‘eh, awak yang datang dekat saya, bukan salah saya. Mujur saya tinggi, kalau tak tercium dah.’ Ujar Indra selamba. Tawanya masih bersisa.

Buntang mata Ainur mendengar ayat Indra yang penghabisan itu. Indra ketawa lagi.
Fatin menarik tangan Ainur keluar dari bunker itu. Dia juga ketawa mendengar usikan Indra.

Indra mengikut mereka keluar. Mereka berjalan beriringan menaiki tangga ke atas kembali. Indra menghampiri Ainur, berbicara seakan-akan berbisik.

‘kalau tercium pun tak apa Ainur, saya tak menyesal.’ Habis berbicara, terus dia melajukan langkahnya meninggalkan Ainur terpinga-pinga di atas tangga.

Ee! Geramnya aku dengan dia ni! Jeritannya memenuhi sanubari kala itu.

Agak lama juga mereka di kaki gunung merapi. Sehingga ke tahap di mana pengunjung dibenarkan naik. Mujurlah matahari semakin meninggi, jadi kesejukan pagi yang tadinya kian terasa sudah mula beransur hilang bergantikan udara yang semakin panas. Pemandangan di situ begitu indah terutamanya puncak gunung merapi yang jelas kelihatan dari tempat mereka berada.

Langit juga kelihatan dekat kerana kedudukan kaki gunung itu yang agak tinggi juga dari aras laut. Angin yang bertiup agak kencang membuatkan Ainur semakin menggigil walaupun matahari sudah hampir tinggi.

Ainur memeluk tubuhnya erat sambil meneruskan langkah kaki. Matanya terpaku pada Indra yang berpeluk tubuh di hadapannya. Rasa kasihan juga pada Indra kerana sweaternya tidak dapat dipakai. Ainur menghampiri Indra.

‘Indra, awak sejuk ke?’ Tanya Ainur. Indra menggeleng.

‘tak lah.’ Indra menidakkan. Ainur terdiam seketika. Dia merenung tanah lava yang dipijaknya.

‘Indra, thanks.’ Indra menoleh kepada Ainur sekilas.

‘for what?’ Tanya Indra.

‘for this sweater.’ Ujar Ainur, tenang. Mata mereka bertentang seketika.

‘hmm, don’t mention it. Saya tak nak awak sakit. Tu je.’ Ujar Indra bersahaja. Ainur terharu mendengar ayat itu. Bahagia terasa kerana ada juga yang kisahkan tentang dirinya di sini. Mereka beriringan sehingga tiba di tempat tertinggi pengunjung dibenarkan naik.

‘Indra, Ainur, tengok sini.’ Panggil Fatin. Serentak mereka menoleh dan Fatin terus menangkap gambar mereka tanpa menunggu lagi, tanpa sebarang amaran.
Ainur terkedu seketika. Indra tersenyum simpul.

‘wah, cantiklah gambar ni. Sebab kat belakang tu Nampak puncak Gunung Merapi.’ Puji Fatin. Ditunjukkan gambar itu kepada Indra.

‘nanti saya nak tau gambar ni.’ Pesan Indra. Fatin mencebik. Ainur malas hendak menyampuk. Lantak korangla.

‘yelah, saya tau. Saya mesti bagi awak punya.’ Fatin mengusik Indra yang tersengih-sengih.

Ainur memusingkan badannya menghadap puncak Gunung Merapi. Cantik kerana puncaknya dilitupi awan yang berarak. Subhanallah. Dia memuji ciptaan Ilahi yang tiada tandingan.

Kelihatan dua orang wanita di awal 50-an sedang menarik rumput di atas papan beroda. Seorang menarik sedang yang seorang lagi menolak di belakang. Ainur kagum seketika melihat mereka.

Begitu gigih mereka memanjat kaki bukit ini untuk mendapatkan rumput kering.

‘dah? Jom, balik.’ Ajak Indra. Fatin mengangguk. Ainur tidak memberi reaksi. Beberapa ketika kemudian baru dia berganjak dari tempatnya. Tidak pula dia perasan Indra yang menggigil kesejukan kerana Indra berjalan pantas meninggalkan Fatin dan Ainur di belakangnya.

**********

Genap hari ini, sudah masuk 3 hari mereka di Solo. Esok mereka akan pulang. Pagi itu, selepas bersarapan, Ainur menghampiri Fatin yang sedang melipat pakaian yang sudah dipakai untuk dimasukkan ke dalam beg meninggalkan pakaian bersih di sudut katil.

‘hari ni kita nak pergi mana?’ Tanya Ainur. Dia memandang Fatin yang khusyuk melipat pakaian. Dalam hatinya, ada rasa ingin tahu yang terbit. Di mana Indra? Sarapan tadi dia tak ada pun.

‘kita tak pergi mana-mana kot.’ Jawab Fatin tanpa melihat Ainur. Ainur memandang Fatin tidak percaya.

‘hah? Tak pergi mana-mana? Kenapa?’ Tanya Ainur lagi. Takkan lah? Rugilah kalau datang jauh-jauh tapi duduk rumah saja. Baik aku pergi tengok twin tower je kalau macam ni.

Fatin memberhentikan kerjanya lalu memandang Ainur.

‘Ainur, kita nak berjalan macam mana kalau driver tak ada?’ ujar Fatin.

‘eh, Indra mana?’ akhirnya, tertanya juga soalan yang terpendam di lubuk hatinya.

‘Indra demam la.’ Fatin kembali melipat pakaian. Wajahnya juga tidak ceria. Ainur terkedu. Demam?

Rasa bersalah mula menyelubunginya. Indra demam? Mesti sebab semalam sejuk sangat di Gunung Merapi.

‘sebenarnya, dia tu tak tahan sejuk. Memang dia cepat demam kalau macam tu.’ Ujar Fatin. Dia sudah habis melipat pakaian.
Ainur bertambah gusar. Dah tau macam tu kenapa bagi sweater tu pada aku semalam? Ainur marah sendiri.

‘kau dah tau dia macam tu kenapa kau tak cakap kat aku semalam?’ marah Ainur, tidak puas hati dengan Fatin.
Fatin bingkas. Mahu keluar bilik.

‘sebab dia tak bagi aku cakap.’ Jawab Fatin. Tombol pintu ditarik.

‘la, kenapa pulak? Bukan aku nak marah.’ Ainur mengetap bibir. Memandang Fatin tajam.

‘sebab dia suka kau!’ selamba saja ayat itu diluahkan Fatin. Terus dia keluar meninggalkan Ainur yang tergamam mendengar ayat penghabisannya.

Ainur berdiri di depan pintu bilik Indra. Sudah berapa lama dia di situ tidak pula dia tahu. Teragak-agak mahu mengetuk. Akhirnya, tangannya digenggam juga lalu diketuk pintu bilik Indra perlahan. Aisey, malunya!

‘masuk,’ kedengaran suara Indra di sebalik pintu. Ainur menekan tombol ke bawah dan menolak pintu kayu itu ke dalam. Matanya terpaku pada Indra yang meletakkan laptop di atas ribanya. Wajahnya keletihan, matanya yang tidak disangkut cermin mata itu kuyu sedikit. Terbit rasa kasihan di hati Ainur.

‘boleh, saya, masuk?’ Tanya Ainur, lambat-lambat. Indra mengukir senyum. Lega Ainur melihat senyuman itu, sekurang-kurangnya dia tahu kedatangannya diterima, mungkin.

‘masuklah,’ ujar Indra.

‘err, tapi, pintu tu jangan tutup.’ Pesan Indra pantas. Tisu di tangan mengesat hidung yang juga kemerah-merahan. Selesema.

Ainur mengangguk. Kalau tak cakap pun aku buat juga.

Pintu dibiarkan terbuka separuh. Ainur mengatur langkah perlahan mendekati Indra yang sibuk menutup laptopnya lalu diletakkan di sisi.

‘duduklah.’ Pelawa Indra seraya mengunjukkan kerusi di sisi katil.

Ainur menarik kerusi perlahan dan melabuhkan punggungnya. Perasaannya bercampur-baur. Gelisah kerana ini kali pertama dia masuk ke dalam bilik lelaki ajnabi. Ainur menunduk apabila dia menyedari renungan Indra yang tertumpu pada wajahnya.

‘awak tak sihat?’ Tanya Ainur perlahan. Memulakan. Indra tersenyum kecil.

‘bolehlah. Awak datang sebab tu saja ke?’ Tanya Indra. Ainur mengangguk pantas.

‘saya rasa bersalah, sebab saya tak bawa sweater semalam. Kalau tak, awak tak perlu pinjamkan sweater awak. Dan awak takkan sakit.’ Ujar Ainur. Nada kesal mengiringi bicaranya.

Mereka berbalas pandang sebelum Ainur mengarahkan pandangannya ke tempat lain.

‘hmm, sebab rasa bersalah awak tengok saya? Bukan sebab rasa lain?’ Tanya Indra nakal. Mahu mengorek isi hati gadis di depannya ini.

‘sebab apa lagi?’ Tanya Ainur pantas. Benar-benar tidak dapat menangkap niat Indra yang sebenar.

Indra tertawa kecil.

‘tak ada apa lah.’ Ainur mengetap bibir. Dalam sakit tu mulut boleh tahan jugak. Geram dia mendengar tawa Indra.

‘hmm, sebab awak dah datang, saya nak bagi something la kat awak. Actually, nak bagi esok je, sebelum awak balik, tapi, tak apa kot kalau saya bagi sekarang?’ suaranya tidak pasti. Ainur mengerutkan dahi.

‘bagi apa?’ Indra bergerak ke hadapan sedikit, menarik laci di meja sisi katil. Dikeluarkan satu kotak kecil berwarna merah. Ainur kaku seketika apabila kotak itu dihulurkan padanya.

‘nah, ambillah, saya harap awak sudi.’ Indra berbicara perlahan, menusuk ke dalam
kalbu. Ainur menyambut teragak-agak.

‘apa ni?’ Tanya Ainur, jemarinya menggenggam erat kotak itu.
Indra tersenyum nipis.

‘bukalah,’ arah Indra. Ainur yang masih tertanya-tanya membuka kotak itu dengan cermat.

Ainur tergamam melihat isinya sebaik penutupnya dibuka sepenuhnya. Dia memandang Indra tidak percaya.

‘it’s yours.’ Ujar Indra, seakan-akan berbisik.

Sebuah brooch silver berbentuk bunga mawar yang dilihatnya semalam semasa kunjungan mereka tempat perusahaan silver di Jogjakarta. Semalam, lama Ainur membelek brooch itu. Memang dia berkenan tetapi apabila melihat harganya yang lebih kurang mahalnya dengan barangan silver di Malaysia, Ainur melupakan niatnya dengan berat hati. Tapi, macam mana Indra tahu aku teringin brooch ni? Semalam, hanya Fatin saja yang ada dengan aku masa aku tengok brooch ni.

Ainur baru sahaja mahu bertanya apabila Indra bersuara terlebih dahulu.

‘don’t ask any question please? Just take it, ok? It’s a gift from me.’ Ujar Indra, tegas namun tetap bernada lembut.

Ainur tidak jadi bertanya. Mata mereka bertentangan lama. Ainur benar-benar tidak tahu apa yang patut dikatakannya.

‘thanks, a bunch.’ Tutur Ainur perlahan. Dia benar-benar terharu. Hati kecilnya yang sememangnya sudah goyah melihat Indra pertama kalinya bertambah resah. Resah dan gembira bersilih ganti. Inikah cinta?

‘Indra, I have to ask this.’ Ainur bersuara dalam gementar. Should I ask him?

‘hmm, ok, what is it?’ suara Indra yang menusuk menambahkan lagi gementarnya mahu bertanya. Indra berpeluk tubuh, menanti bicara Ainur.

‘err, why did you do all this?’ terkeluar juga persoalan itu dari bibirnya. Indra terdiam mendengar soalan itu, dan dia tersenyum nipis.

‘why? You know why.’ Ujar Indra bersahaja. Ainur mengerutkan dahinya.

‘I do?’ Tanya Ainur kembali. Dia benar-benar bingung. Dia perlu bertanya, sekurang-kurangnya, dia tidak terbuai oleh angan-angan.

Indra tidak terus menjawab sebaliknya dia merenung Ainur lama. Ainur tidak mahu mengaku kalah, renungan Indra berbalas. Dia masih menanti jawapan.

‘Ainur, I want you to be my special one.’ Suara Indra singgah di telinga Ainur bagai angin yang amat menyenangkan.

Ainur kelu. Dia menunduk, tidak mampu lagi membalas pandangan mesra Indra. Kolam matanya sudah digenangi air mata. Dia menangis kegembiraan. Kerana suara hatinya dan Indra berbisikkan perkara yang sama. Aku cinta kamu.

‘why are you crying?’ Indra mendekat mendengar esakan kecil Ainur. Ainur mengesat air matanya pantas.

Dia mengangkat muka, mengukir senyum dalam tangis.

‘awak sedih? Ainur, I will not force you to love me, whatever it is. I...’ Indra kelihatan serba salah melihat pipi Ainur basah dek air mata yang masih bersisa.

‘no, I am happy. Saya, saya gembira kerana awak ada untuk saya.’ Ainur bersuara dalam sendu yang masih bersisa, Indra pula terdiam. Tidak jadi menghabiskan bicaranya.

Sepi menyelubungi antara mereka. Tiba-tiba, Ainur ketawa.

‘now, why are you laughing?’ Tanya Indra, ingin tahu.

Ainur menutup mulutnya, cuba berhenti ketawa.

‘because you look bad.’ Tutur Ainur dalam tawa yang masih bersisa. Indra turut ketawa mendengar ulasan Ainur.

‘ok, now, because I look really bad, could you please get something for me to eat? I’m hungry. Saya belum breakfast lagi.’ Adu Indra, wajahnya sedih yang dibuat-buat, cuba meraih simpati Ainur.

Ainur berpura-pura tidak mendengar. Dia menjeling laptop Indra di sisi.

‘hmm, tadi orang makan awak buat apa?’ marah Ainur, sengaja mahu mengusik. Indra yang perasan Ainur menjeling laptopnya mengangkat laptopnya lalu diletakkan di sisi yang berdekatan Ainur. Dibuka skrin laptop itu dan diunjukkan kepada Ainur.

‘nah, tengoklah saya tengok apa.’ Arah Indra. Ainur menjauhkan mukanya dari laptop itu. Tidak berniat mahu menganggu privacy Indra.

‘tak naklah.’ Ainur menolak. Indra mengunjuk laptopnya lagi. Bersungguh-sungguh.

‘tengoklah, Ainur, I’m serious. Take a look. I was looking at a very beautiful scenery.’ Ujar Indra lagi. Ainur terdiam, teragak-agak dia mendekat, melihat skrin laptop itu.

Ainur menutup mulutnya apabila melihat wajahnya yang terpampang di skrin itu. Gambarnya dan Indra yang ditangkap Fatin di Gunung Merapi semalam.

‘you know something, I love this girl.’ Ujar Indra bersahaja. Ainur bingkas bangun. Malu dia diusik begitu.

‘I’ll get your breakfast.’ Ujar Ainur seraya berlalu meninggalkan Indra yang sudah tertawa melihat gelagat Ainur yang spontan itu.

‘and I’ll always be waiting for you!’ jerit Indra. Ainur tersenyum malu mendengar jeritan Indra. Langkahnya bertambah laju menuju ke arah tangga. Tak sia-sia aku datang Solo!

*********

Ainur menatang dulang makanan dengan cermat untuk mengimbangi badannya. Dia memanjat tangga perlahan dan apabila dia menghampiri bilik Indra, dia perasan pintu bilik itu bertutup. Ainur meletakkan dulang makanan itu di atas meja perhiasan sementara dia mahu membuka pintu bilik. Namun niatnya terbantut apabila dia mendengar suara Fatin yang agak kuat berbicara. Ainur tidak jadi membuka pintu.

Mahu diganggukah mereka bersembang? Sedang dia berfikir di situ, telinganya menangkap namanya disebut Fatin. Hmm, mengumpat aku ya? Siap korang. Ainur melekapkan telinga di pintu, dengan niat mahu mengenakan mereka nanti.

‘tak sia-sia Fatin beritahu Indra ciri-ciri lelaki idaman dia. Kalau dia tahu, habis Fatin tau.’ Ainur tersentak, namun dia tidak berganjak.

‘janganlah beritahu, kalau tak plan kita yang dah dirancang berbulan-bulan ni gagal nanti. Tengok, sanggup tau Indra pakai cermin mata ni semata-mata nak mengorat dia. Janggut ni, Allah, rimasnya! Tapi kerana Ainur, tak pe la. Indra sanggup, asalkan dia terima Indra.’ Ainur terkaku di situ.

Apa semua ni? Plan? Jadi, kedatangan aku ke Solo ni satu plan diorang? Supaya Indra dapat mengorat aku? Cermin mata? Indra tak rabun? Dan janggut?
Ainur menampar pipinya perlahan namun rasa sakit tetap ada. Ok, aku tak bermimpi. Dikerling pintu bilik, tidak percaya. Semua ni satu rancangan supaya aku jatuh cinta pada dia? Dengan semua ciri lelaki yang aku nak, dia mengorat aku? Ainur berasa tertipu dan dipermainkan. Kotak brooch yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan.

Air matanya menitis satu persatu, sudah tidak terbendung. Tidak dia sangka rupa-rupanya cintanya dirancang. Tapi kenapa Fatin sanggup buat macam ni? Ainur menggenggam kotak itu kuat dan dia tersandar di dinding. Lemah. Aku sudah jatuh cinta tapi kenapa ini yang terjadi?

Esakan kecil mula kedengaran. Tiba-tiba, pintu terbuka dari dalam. Fatin menjengahkan kepalanya.
Ainur mengesat air mata yang sudah berlinang.

‘eh, ain, kenapa?’ Tanya Fatin. Dia menghampiri Ainur, mahu memegang bahun Ainur namun Ainur menjauh, menepis tangan Fatin.

‘sampai hati kau.’ Dia merenung Fatin tajam. Fatin termangu-mangu. Wajahnya gusar. Ainur dengarkah tadi?

‘apa ni? Kenapa?’ Tanya Indra yang baru muncul di sebalik pintu. Melihat Ainur berlinangan air mata Indra mendekat. Ainur melangkah menjauh. Tidak rela.

‘jangan dekat dengan saya. Saya tak sangka, awak tak jujur dengan saya.’ Indra terkedu di situ, di sisi Fatin.
Ainur memandang keduanya silih berganti.

‘patutlah beriya kau ajak aku datang sini, beriya Tanya ciri lelaki idaman yang aku nak, supaya dia dapat ambil hati aku dan aku akan terima dia, macam tu? So, the whole trip is actually your plan, both of you?’ tempelak Ainur, sinis.

Indra meraup wajahnya. Menyesal kerana berbicara terlalu kuat dengan Fatin. Jika dia mampu, mahu sahaja dia berpatah balik, di saat dia dan Ainur di dalam bilik, berbicara.

Fatin menghampiri Ainur dengan wajah bersalah.

‘Ainur, niat aku baik. Indra, dia nak berkenalan dengan kau, sejak dia tengok gambar kau dalam handphone aku. Dan, aku Cuma nak tolong Indra, dan kau juga. Ain, janganlah marah aku.’ Pujuk Fatin. Ainur memalingkan wajahnya.

‘but you cheated on me, Fatin, how could you?’ air matanya bertambah laju. Indra pula menghampiri.

Ainur menjeling Indra tajam, mengesat air mata yang tidak malu-malu lagi mengalir.

‘Ainur, I love you, with all my heart. Please, jangan burukkan keadaan. We both like each other, right? So our plan is no big deal, Ainur, please....’ pujuk Indra.
Ainur membeliakkan matanya mendengar bicara Indra.

‘but my feelings for you were planned! You fake yourself! Spectacles, janggut. Huh, I can’t believe this.’ Ainur menutup mulutnya, sinis bicaranya. Dia rupanya boneka mereka di dalam permainan mereka.

Semuanya dirancang. Bertambah parah hatinya bila mengingatkan itu semua.
Kotak di tangan dipandang dan dihulurkan kembali kepada Indra. Indra tidak menyambut.

‘Ainur, please, it’s my gift for you.’ Indra berbicara lirih. Mengapa Ainur tidak memahami tujuannya berbuat semua itu?

‘no, it’s not a gift. It’s a brooch, and no more than that. Saya tak boleh terima brooch ni.’ Ujar Ainur. Hulurannya masih tidak bersambut. Ainur menghampiri meja di mana dulang makanan diletakkan, dan dia meletakkan kotak itu di dalam dulang.

‘Ainur, maafkan aku.’ Tutur Fatin dalam sendu. Dia memegang lengan kiri Ainur, dengan harapan Ainur akan memaafkannya. Ainur tidak menjawab. Sebaliknya dia merungkaikan pegangan tangan Fatin, memaksa Fatin melepaskan.

Ainur sudah mengatur langkah, mahu menuruni tangga, ke biliknya dan Fatin. Sebelum dia menuruni tangga, dia berbicara lagi tanpa menoleh. Hatinya rawan.

‘I’m sorry Indra, you are sick because of me. It will not happen again. Forever and ever. Thanks anyway.’ Meninggalkan Indra dan Fatin yang menyesal tak sudah.
Indra menghampiri meja dengan dulang berisi makanan itu diatasnya. Diambil kotak brooch itu dan digenggam, erat.

Ainur, I’ll always be right here waiting for you.

******

Sesampainya mereka di Malaysia keesokannya, Ainur masih tidak berbicara dengan Fatin sejak peristiwa semalam. Semasa mereka di airport, Indra juga cuba memujuk namun tetap tidak berhasil. Ainur tidak mengendahkan mereka langsung. Dia mengeraskan dirinya, membutakan matanya. Membisukan mulut dan memekakkan telinganya seolah-olah mereka tiada berdekatannya.

Dan sehingga mereka mahu masuk ke balai berlepas, Ainur masih mendengar suara Indra.

‘Ainur, I’ll always wait for you.’ Ainur tidak berhenti, tetap melangkah. Selamat tinggal cinta Soloku.

3 tahun kemudian.....

Ainur ke pejabat seperti biasa. Sudah 4 bulan dia bekerja di syarikat penerbitan buku ini, sebagai editor dan penterjemah karya.

Hari ini, apabila dia datang, terdapat beberapa orang staff berkerumun di hadapan papan pemberitahuan. Dia juga turut serta, ingin tahu apa yang baru.

‘apa ni?’ Tanya Ainur secara rambang.
Malek memandang Ainur sekilas.

‘ada trip company ke Solo dan Jogjakarta. Nak join?’ Ainur terdiam mendengar bicara Malek.

Solo?

Ainur kembali ke tempatnya, tidak jadi mahu melihat dengan lebih dekat.

Terkenangkan Fatin dan peristiwa 3 tahun lepas. Dan Indra.

Hubungannya dan Fatin memang dingin selepas itu namun tak siapa tahu puncanya melainkan mereka berdua. Ainur benar-benar kecewa dan patah hati.
Habis belajar, mereka tidak pernah lagi berhubung. Tega Ainur menyepikan diri dari Fatin.

‘siapa nak join trip ni, bagi nama kat Kak Murni ya.’ Kak Murni, ketua editor membuat pengumuman. Pandangan Ainur bertentangan dengan Kak Murni, pandangan yang hanya Ainur mengerti maksudnya.

*******

Ainur Cuma memerhati sahaja keriangan teman-teman yang lain bergambar berlatar belakangkan puncak Gunung Merapi. Tiada rasa ingin menyertai mereka.

Ingatannya kembali ke 3 tahun lalu semasa dia ke sini dengan Indra dan Fatin.
Kenangan yang mengusik jiwa. Kenapa dia kembali ke sini? Kerana hatinya melonjak-lonjak ingin kembali. Entah apa yang dicari dia juga tidak pasti. Apa yang dia tahu, dia perlu datang.

Ainur melabuhkan punggung di atas sebuah batu yang agak leper permukaannya, sesuai dibuat duduk. Dia memeluk tubuhnya dengan sweater tebal membaluti tubuhnya.

Tiba-tiba, ingatannya kembali ke 3 tahun lalu. Saat di mana dia kesejukan dan Indra menghulurkan sweaternya. Kenangan lalu mengusik jiwanya yang tenang. Indra, aku harap kau berbahagia sekarang dengan dia yang lebih layak denganmu.
Bicara terakhir Indra pula singgah ke kotak fikirannya.

‘I’ll always wait for you.’ Ainur mendengus kecil. Will he wait for me when I myself am not sure whether I will come back for him or not?

Jadi mengapa dia kembali? Ainur sendiri tiada jawapan. Tiada bukti kenangannya dengan Indra, Cuma memori indahnya bersama Indra sahaja yang kekal di minda. Hanya itu yang tinggal. Tiada gambar, tiada brooch.

Marahkah lagi dia dengan Indra? Itu juga Ainur tiada jawapan. Angin dingin pagi menyentuh kulit pipinya yang terdedah, satu-satunya bahagian badannya yang terdedah kala ini. Ainur membetulkan duduknya.

‘you didn’t forget your sweater.’ Ainur menoleh mendengar teguran itu. Lidahnya kelu. Wajah itu kembali, tanpa janggut dan cermin mata. Raut wajah itu tampak lebih matang, dan kacak.

Indra mendekat.

‘may I?’ Indra meminta izin untuk duduk di atas batu itu. Ainur tersenyum nipis. Debaran di dada semakin menggila.

‘of course.’ Indra melabuhkan punggungnya di sisi Ainur yang cuba mengawal dirinya sebaik mungkin.

Sepi seketika antara mereka.

‘why are you here?’ Tanya Ainur, tanpa memandang Indra. Tiada rasa ingin tahu tentang kesihatan lelaki itu.

Indra menoleh, menatap seraut wajah yang amat dinanti.

‘I should ask you that question. Why are you here?’ Indra berbicara mesra. Masih seperti dulu. Ainur tersenyum.

‘those are my colleagues. We are on a holiday here. Solo and Jogjakarta.’ Terang Ainur. Ditunjukkan teman-teman sepejabatnya yang lain, yang teruja di sana.

‘oh, I see.’ Indra menoleh kembali.

‘but I asked about you. Why, are you here Ainur?’ Tanya Indra lagi. Jelas bukan jawapan yang diberi Ainur tadi yang dia mahukan. Ainur menoleh, mata mereka bertentangan seketika sebelum Ainur melarikan pandangannya.

‘I, err, no good reason, just enjoying the holiday.’ Ainur memberi jawapan yang dia sendiri tahu tidak betul. Indra ketawa kecil.

‘but you don’t seem like you are enjoying the trip.’ Indra membuat kesimpulan. Nadanya mendatar. Ainur mula tidak selesa.

‘ok, now, why are you here?’ tingkah Ainur. Sesak apabila diserang soalan Indra tadi. Indra tidak terus menjawab. Sebaliknya dia bermain dengan batu-batu kecil di kaki.

Lama Ainur menanti baru Indra berbicara.

‘I come here always. Since that day.’ Tenang suaranya. Ainur terkedu. Benarkah?
Ainur membuang pandang.

‘I said I will wait for you, and I have been waiting until now, until this moment.’

Tutur Indra, yakin dan seperti biasa, bicaranya menembusi kalbu Ainur.
Ainur kaku, lidahnya kelu. Tidak tahu apa yang patut diucapkan. Thanks? Sorry? Atau saya memang menanti awak?

‘where are you staying?’ Tanya Indra. Membunuh sepi antara mereka. Ainur menoleh. Sekejap sahaja. Tidak mampu dia menatap wajah itu lebih lama. Wajah yang dirindui.

‘Hotel Istana Batik.’ Jawab Ainur ringkas.

‘Malioboro?’ Tanya Indra. Ainur mengangguk.

‘yup.’ Ringkas. Sepi kembali. Pertemuan semula yang tidak banyak bicara.

‘saya hantar awak?’ Ainur menoleh, mencari kepastian yang dia tidak tersalah dengar.

‘will you?’ Indra mengangguk.

‘ok.’ Cepat dia bersetuju.

Selepas itu, sepi kembali. Hari itu, Gunung Merapi menyaksikan pertemuan semula mereka.

*****

Kenderaan yang dipandu Indra meluncur perlahan memasuki ruang letak kereta Hotel Istana Batik. Ainur membuka pintu. Namun langkahnya mahu keluar terhenti apabila dia melihat Indra mematikan enjin dan bersedia untuk keluar.

‘awak nak pergi mana?’ Tanya Ainur. Indra tersenyum.

‘I will stay here.’ Jawab Indra seraya melangkah keluar. Ainur menurut dengan wajah berkerut.

‘what did you mean by that?’ Tanya Ainur, beriringan dengan Indra masuk ke lobi hotel.

‘Ainur, I will stay here as long as you stay here, ok?’ jelas Indra. Langkah Ainur terhenti.

‘can you do that?’ Tanya Ainur, tidak keruan sehingga bertanyakan soalan yang tidak berasas. Indra mengerling Ainur.

‘why can’t I?’ Indra terus ke kaunter dan mendaftar, bertanyakan bilik yang kosong. Ainur di sisi memandang Indra tidak percaya.

Lobi mula dipenuhi teman-teman sepejabat yang baru bersurai dari bas persiaran yang sepatutnya dinaiki Ainur juga. Ainur mula gelabah.

Tadi, semasa dia hendak meminta izin dikecualikan dari menaiki bas, yang ada Cuma pemandu pelancong mereka dan pemandu bas. Teman-teman lain tidak tahu mengenai Indra.

Malek yang baru masuk ke dalam lobi terpandang Ainur di kaunter. Pantas dia menghampiri.

‘eh, Ainur, kau tak naik bas tadi?’ Tanya Malek. Wajah Ainur berubah. Indra yang mendengar sapaan Malek turut menoleh seraya tersenyum sedangkan Ainur di sisi sudah tidak tentu arah.

‘hai, saya Indra.’ Huluran tangan Indra bersambut. Malek tersengih-sengih.

‘Malek. Oh, awak yang culik cik Ainur kami ya?’ seloroh Malek. Indra tersengih saja mendengar usikan itu.

‘yup! She’s mine.’ Ainur memandang Indra tidak berkelip, aku tenyeh jugak mulut tu karang.

Indra masih selamba. Malek ketawa kecil.

‘oh I see. Kalau macam tu saya masuk bilik dulu la. Tak nak ganggu.’ Malek mengusik lagi. Dia mengenyit sebelah mata pada Indra dan Indra membalas dengan senyum lebar.
Ainur di sisi menjeling geram.

‘apa?’ Tanya Indra, dengan raut wajah tidak bersalah. Dia mengeluarkan kad kredit dan membuat bayaran biliknya.

Ainur sudah berpeluk tubuh.

‘awak ni tak berubah langsung! Suka buat ikut suka hati awak je tau!’ marah Ainur. Indra yang terkejut dengan kemarahan Ainur menarik Ainur jauh dari kaunter.

‘eh, awak ni nak marah kenapa? Saya bayar guna duit awak ke?’ Tanya Indra. Ainur mendengus kecil.

‘tak!’

‘habis? Dah. Masuk bilik, solat. Lepas ni, kita pergi Malioboro, ok?’ cadang Indra. Ainur mencebik.

‘siapa nak pergi dengan awak?’ getus Ainur. Indra tersenyum nipis.

‘Ainur, tell me right into my face, that you hate me being here with you.’ Ujar Indra perlahan dan tenang. Pandangan mata mereka bertentangan.

Ainur melarikan pandangannya. Pantas dia mengorak langkah menuju ke biliknya, meninggalkan Indra yang tersenyum sendiri. Indra berlari-lari anak cuba menyaingi langkah Ainur.

Apabila melihat Indra di sisinya, Ainur menjeling.

‘kenapa awak tak balik bilik awak?’ Tanya Ainur. Indra tersenyum nipis.

‘saya nak ke bilik saya lah ni.’ Ujar Indra selamba. Langkah Ainur terhenti. Dia menatap wajah Indra tajam. Indra juga berhenti.

‘kenapa pulak ni?’ Tanya Indra. Wajah Ainur yang gusar dipandangnya.
Ainur tidak menjawab sebaliknya dia merenung Indra tajam.

‘Ainur, if you are thinking about that, no ok? My room is just next to yours. Kan saya dah bayar bilik tadi?’ jelas Indra. Ainur malu sendiri. Sangkanya, Indra mahu mengikutnya ke biliknya.
‘saya tak kata apa-apa pun.’ Ainur melajukan langkahnya kembali. Ish, kenapa aku asyik fikir yang bukan-bukan ni? Nak marah je. Indra, ni kau punya pasal!
Sampai di bilik Ainur, Indra sempat berpesan.

‘Ainur, see you nanti.’ Ainur tidak menjawab, ditutup pintu bilik dan dia tersandar di situ. Indra, I’m falling in love with you, again.

Selesai solat maghrib, Ainur bersiap ala kadar untuk ke Malioboro. Tempat membeli belah yang terletak di sepanjang kaki lima bangunan. Dia tidak pasti Indra mahu keluar pukul berapa kerana Indra tidak menetapkan masa. Jadi Ainur terfikir untuk menunggu Indra di kerusi yang disediakan di luar bilik Indra.

Apabila dia keluar, niatnya terbantut apabila melihat Indra sudah menanti di kerusi di hadapan biliknya dengan senyum lebar.

‘dah lama tunggu?’ Tanya Ainur seraya mengunci biliknya.

‘hmm...adalah 30 minit 14 saat.’ Jawab Indra selamba.
Ainur menjeling sahaja Indra.

‘jom,’ mereka beriringan berjalan di bahu jalan ke Malioboro.

Ainur berhajat mahu membeli cenderamata untuk keluarga dan rakan-rakan. Dengan adanya Indra, kerja tawar-menawar harga menjadi lebih mudah kerana Indra boleh berbahasa jawa. Orang Solo yang berniaga di situ tidak begitu menyukai orang melayu Malaysia kerana orang melayu suka mendapatkan harga termurah.

Akhirnya, mereka berhenti di pertengahan kerana Ainur sudah tidak mampu lagi berjalan. Terlalu banyak penjual dan barang yang dijual. Tangan juga sudah penuh dengan beg, baju, serta bermacam-macam barangan lagi.

‘dah habis beli ke?’ Tanya Indra.

Ainur mengangguk.

‘saya dah tak larat la. Panjang sangat tempat ni. Barangnya sama saja kan?’ Indra mengangguk.

‘kita balik lah. Kesian awak. Saya bukan ada apa nak beli pun.’ Cadang Indra.

‘ok.’

‘kita balik naik beca, nak?’ cadang Indra.

‘ok.’ Ainur bersetuju. Mereka keluar ke tepi jalan dan Indra menahan satu beca. Dia berbicara dalam bahasa yang memang Ainur tidak faham sebelum mereka naik beca tersebut.

‘awak cakap apa dengan dia lama sangat?’ Tanya Ainur separuh berbisik.
Indra mendekat.

‘sebenarnya, kalau saya tak ada dan awak naik beca dengan kawan-kawan awak, awak akan dibawa pusing ke kedai batik. Di sini memang diorang selalu buat macam tu. Diorang takkan hantar awak balik terus walaupun awak kata awak nak balik terus.’ Terang Indra. Ainur melopong.

‘oo, ye ke?’ barulah Ainur mengerti.

Pulang ke hotel, beberapa orang rakan sekerja Ainur berkumpul di lobi. Mereka Nampak tidak puas hati. Ainur dan Indra menghampiri.

‘kenapa ni kak Murni?’ Tanya Ainur.

‘tadi kitorang naik beca lepas tu dia bawa kitorang ke lorong mana entah, hampir nak menangis akak tadi. Akak dah cakap akak nak balik tau. Memang geram betul akak dengan pengayuh beca tu.’ Ainur memandang Indra. Indra Cuma tersenyum sahaja.

‘sabarlah akak. Mujur akak dah selamat sampai.’ Ainur menenangkan.

‘hmm, tulah. Lega tapi geram tak habis lagi ni.’ Kak Murni meluahkan geramnya.
Ainur tersenyum saja.

‘akak, saya masuk bilik dulu.’ Ainur meminta diri lalu dia dan Indra beredar dari situ.

‘Ainur, nanti awak keluar ya. Kita duduk kat luar ni.’ Ujar Indra. Ainur mengangguk.
‘ok.’

Setelah dia masuk ke dalam bilik dan meletakkan barang-barang yang dibeli, Ainur keluar semula dan seperti biasa, Indra sudah menanti.

‘jom, duduk tepi kolam.’ Ajak Indra. Ainur menurut. Di tepi kolam renang yang dibina di tengah-tengah hotel itu ada disediakan sebuah meja dan beberapa buah kerusi. Mereka duduk di situ, menikmati keindahan malam.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.
Lama mereka mendiamkan diri. Masing-masing melayan perasaan.

‘Ainur,’ panggil Indra. Ainur menoleh.
‘hmm,’
‘pertama kali saya tengok gambar awak dalam handphone Fatin 3 tahun lalu, saya dah jatuh hati dengan awak, dan saya tahu, awak untuk saya.’ Ainur menatap wajah Indra tidak berkelip. Indra menelan liur.

‘sebab tu, saya risik tentang awak dari Fatin, dan Fatin cakap, awak susah nak suka lelaki. Well, bila dia cakap macam tu, saya jadi susah hati Ainur. Macam mana baru saya boleh pikat awak?’ Ainur menunduk. Menghayati bicara Indra. Mungkin sudah sampai masanya dia mendengar penjelasan Indra.

‘then, Fatin kata nak Tanya pada awak tentang ciri-ciri lelaki idaman awak, dan saya cuba ikut guideline tu. Well, lepas tu, susah juga dia nak pujuk awak supaya ikut dia ke Solo, kan?’ imbasan 3 tahun lalu kembali bermain di minda Ainur. Ainur tersenyum kecil.

‘bila awak dah datang, saya risau juga, takut rancangan kami tak menjadi. But then, semuanya went smoothly as planned, until the day I was sick. Bila awak dah balik, tanpa memaafkan saya, saya memang tak keruan. Saya rasa bersalah sangat. Setiap hari, saya memohon di dalam doa saya, supaya saya berpeluang untuk mengubah kembali semuanya, especially your impression towards me, and there you were, sitting in front of me.’ Ainur mengerti yang Indra merujuk kepada peristiwa di Gunung Merapi siang tadi.

‘mula-mula saya macam tak percaya dengan mata saya, because all this while, saya datang ke Merapi, dan saya hampir putus asa. Mungkin berkat sabar saya, you came here, finally, Ainur.’ Indra bersuara lega. Ainur tersenyum.
Mungkin berkat doa Indra yang mencetuskan rasa ingin kembali di hatinya.

‘Ainur, I always hope that I will be given second chance. This time, I will be the real me, not the fake me. Do I have the second chance Ainur?’ Tanya Indra, penuh harapan.

Ainur membuang pandang ke tengah kolam. Sepi menyelubungi antara mereka. Indra menanti, dan tetap menanti. Ainur bingkas.

‘you have already got your second chance, since we met earlier.’ Ainur terus melangkah pergi, meninggalkan Indra yang meraup wajahnya, gembira tak terkata. Ainur, I will not let you down!!

Sejak malam itu, sehingga hari terakhir lawatan Ainur, Indra sentiasa di sisi Ainur ke setiap tempat yang dilawatinya. Dan Ainur tidak menyuarakan apa-apa bantahan.
Sememangnya hati kecilnya mahu Indra bersamanya, ke mana sahaja.

Pagi itu, Ainur akan berangkat pulang ke Malaysia. Namun hatinya gundah, kerana Indra tiada di bilik. Apabila Ainur bertanya di kaunter, dia dimaklumkan bahawa Indra sudah check out dari hotel itu. Remuk redam hati Ainur apabila mendapat makluman itu.

Indra, sampai hati kau pergi tak beritahu aku. Lupakah Indra yang dia sedang diberi peluang kedua? Ke mana dia?

Ainur resah sendiri sehingga mereka sudah sampai di lapangan terbang. Acap kali dia memandang pintu masuk. Mengharapkan Indra akan datang.

Akhirnya, Ainur pasrah. Indra tak akan kembali. Indra Cuma mimpinya. Tak akan pernah menjadi reality. Bersabarlah wahai hati.

Pengumuman sudah dibuat memanggil penumpang Air Asia ke Kuala Lumpur. Ainur bingkas, menurut langkah teman-teman yang lain.

Pemeriksaan pas penerbangan sudah dilepasi dan bagasi sudah dimasukkan ke dalam kargo. Ainur menoleh lagi, dengan harapan dia akan melihat Indra, namun hampa.

Sehingga mereka sudah masuk ke balai berlepas, Indra masih tidak kelihatan dan apabila mereka sudah dipanggil masuk ke dalam kapal terbang, Ainur tahu dia memang tidak akan bertemu Indra lagi. Selamat tinggal, cinta Soloku.

Hatinya menangis mengenangkan Indra. Air matanya masih dapat ditahan. Ainur tenang di tempat duduk, tali pinggang dipasangkan. Oleh kerana Air Asia mengamalkan prinsip free-seating, Ainur memilih untuk duduk jauh dari teman yang lain. Dia tidak mahu mereka perasan yang dia sedang bersedih.

Seat sebelahnya yang kosong telah mula diambil orang tanpa disedarinya. Ainur membuang pandang ke luar tingkap.
Indra, I miss you already.

Kapal terbang telah mula bergerak laju dan terbang di angkasa. Ainur kesejukan. Sweaternya lupa mahu dikeluarkan. Ainur berpeluk tubuh. Cuba menghilangkan kedinginan yang dirasai. Dingin di dalam dan di luar.

‘you forgot your sweater.’ Ainur terdiam. Ok, aku dah mula berkhayal tentang dia. Ainur menepuk pipinya perlahan.

Ainur, sedarlah. He will not come back for you.
Ainur melihat ke luar tingkap kembali.

Tiba-tiba, dia hampir terjerit apabila sesuatu muncul di depan matanya. Huluran sweater. Dia menoleh pantas, mahu memarahi orang di sebelahnya yang padanya sangat biadap.

Lidahnya kelu apabila cermin mata hitam yang menutupi sepasang mata itu dibuka.

‘Indra,’ kolam matanya mula panas. Perasaan bercampur baur.

‘yes, its me.’ Ujar Indra selamba. Ainur teresak-esak di situ, tidak terbendung lagi perasaannya.

Indra mula gelabah.

‘Ainur, please, why are you crying?’ ujar Indra separuh berbisik.

‘you left me.’ Ainur berbicara dalam sendu.

‘yes, but I come back for you. Saya balik sebab nak pack baju dan uruskan tiket. I’m sorry for making you worried about me.’ Ujar Indra dengan rasa bersalah.

‘don’t you ever do that again.’ Ainur memberi amaran.
Indra tersenyum mendengar suara Ainur yang serak-serak basah itu.

‘ok, I promise you, I will never leave you again, at least not without telling you first.’ Ujar Indra. Kalau diikutkan, mahu sahaja dia memeluk Ainur dan mengesat air mata itu namun masih ada agama yang membataskan.

Indra mengeluarkan saputangannya.

‘nah, lap air mata tu. Tak comel la nangis.’ Usiknya. Ainur mencebik. Disambut sapu tangan itu lalu dikesat pipinya yang basah dengan air mata.

‘I miss you.’ Ujar Indra, selamba.
Ainur menjeling tajam.

‘I hate you!’ Indra ketawa bahagia mendengarnya. Dia menyeluk poket sweaternya.
Diambil sesuatu lalu dihulurkan kepada Ainur.
Ainur terpinga-pinga.

‘it has been yours, always yours.’ Ainur menyambut kotak merah itu, kotak brooch silver yang dibeli Indra untuknya 3 tahun lalu. Ainur terharu. Menitis lagi air matanya.

Indra menghulurkan kembali sweater yang tidak bersambut tadi.

‘nah, you will catch cold.’ Ujar Indra. Ainur menyambut. Tidak terkata lagi.

‘Indra, thanks for everything.’ Indra tersenyum. Dia memejamkan matanya rapat-rapat.
Akhirnya doaku terjawab. Ainur, you’re my destiny!

p/s: segala latar tempat dan peristiwa dalam cerita ini adalah fakta berpandukan pengalaman saya sendiri semasa saya bercuti ke Solo dan Jogjakarta di bulan Februari tempoh hari..hope you all enjoy this story!leave ur comments ok!

Mempunyai kriteria lelaki idaman ialah sesuatu yang pasti, tetapi kita takkan pernah tahu cinta kita pada siapa..jangan membataskan diri dan mengabaikan orang yang mencintai kita sepenuh hati hanya kerana dia tidak menepati ciri yang kita inginkan..love what u have dan live for it... ;)

18 comments:

  1. this is AWESOME!

    ReplyDelete
  2. i love it...
    so00o sweet...
    harap dpt guy mcm indra 2..
    gudluck untuk cter2 laen ek...

    ReplyDelete
  3. salam...
    juz nak tegur...
    elakkan guna pkataan jakun tuh...
    jakun tuh suku kaum orang asli...
    xelok kalo guna dlm ayat mcm tuh...
    anyway, gud job!
    memang best...

    ReplyDelete
  4. brilliant! catchy story! keep on writing k!

    ReplyDelete
  5. u hve gud piece of writting..mke me fall in luv with this stry..good job..:)

    ReplyDelete