About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, August 6, 2009

Lu'lu' dan Marjan 8

Marjan menuruni tangga satu persatu. Tangan kanannya menggosok punggung yang masih terasa sengal. Matanya menangkap tubuh Lu'lu' yang sudah bersedia di meja makan, sedang menyenduk nasi ke dalam pinggan.

Dato' Safwan, Datin Ifa dan Dato' Mokhtar sudah tiada di ruang tamu.

‘Marjan, mari makan. Dato keluar dengan datin dan Dato' Mokhtar.’ Beritahu Mak Min yang sedang menuangkan air. Marjan menghampiri meja makan, mengerling Lu'lu' yang mempamerkan riak bersahaja.

‘kenapa Marjan? Sakit belakang ke?’ tegur Mak Min.

Marjan senyum kelat. Geleng.

‘taklah, jatuh tadi.’ Dia menjeling Lu'lu' yang sedang menyuap nasi sekilas.

Mak Min geleng perlahan.

‘ha, duduklah makan.’ Marjan angguk, dia menarik kerusi lalu duduk perlahan-lahan, berhadapan Lu'lu'. Mak Min masuk ke dapur kembali.

‘aduh!’ Marjan terjerit kecil apabila sengal di punggungnya terasa sebaik dia duduk.

Lu'lu' menjeling tajam.

‘padan muka! Lain kali, jangan banyak mulut, ok?’ sinis bicara Lu'lu'.

Marjan membalas renungan tajam Lu'lu'.

‘tak apa cik Lu'lu', ini bukan apa pada saya. But I’ll do my best supaya cik Lu'lu' pergi ke PD.’ Marjan menekan hujung suaranya. Bersama senyum sinis. Dia mahu mencapai mangkuk nasi apabila Lu'lu' menarik mangkuk itu ke arahnya dahulu.

‘kalau awak berani beritahu papa tentang tu, siaplah!’ Lu'lu' memberi amaran.

Marjan menarik nafas panjang.

‘Mak Min, mangkuk nasi ni lari dari saya lah!’ jerit Marjan.

Lu'lu' tergamam. Pantas dia menolak kembali mangkuk nasi itu ke arah Marjan.

Mak Min terkocoh-kocoh keluar dari dapur.

‘apa kamu cakap tadi? Mangkuk nasi lari?’ berkerut dahi Mak Min.

Marjan angguk laju. Matanya masih terpaku di wajah Lu'lu' yang menunduk sedikit.

‘haah, tadi dia lari, tapi tak apa Mak Min, dah datang balik.’ Marjan memandang Mak Min sekilas, senyum nakal.

Mak Min melepaskan nafas lega.

‘ish, kamu ni, ada-ada ajelah.’ Marah Mak Min. Mak Min beredar ke dapur semula.

Lu'lu' bergerak ke hadapan sedikit.

‘jangan beritahu papa!’ Marjan senyum sinis.

‘it depends on how you behave this coming weekdays.’ Ujarnya selamba. Dia menyenduk nasi ke dalam pinggan. Kemudian disenduk pula lauk.

Lu'lu' terdiam seketika. Dia menuding jari telunjuk kirinya ke Marjan.

‘are you blackmailing me?’ suaranya ada nada tidak percaya.

Marjan jungkit bahu.

‘well, it depends on how you look at it.’

Lu'lu' ketap bibir.

‘in your dreams!’ dia menyudu nasi, menyuap kembali.

‘of course, if you don’t behave, you will have nightmare about PD this whole weekdays! Believe it or not!’ Marjan sudah mula menyudu nasi.

Lu'lu' tidak jadi mengunyah. Dia menghempas sudunya ke pinggan, berlari naik ke atas. Marjan masih tersenyum.

Sekarang kau tau langit tinggi rendah.

‘Marjan, kenapa tu?’ entah bila Mak Min datang.

Marjan jungkit bahu.

‘entah, tak betul kot?’ jawabnya selamba. Mak Min menepuk bahu Marjan perlahan, menegur bicaranya.

Marjan Cuma senyum nipis. PD. I will make you go. This is my vow, Lu'lu'.

Usai makan, Lu'lu' sudah tidak turun semula. Marjan tidak ambil kisah. Dikeluarkan telefon bimbitnya dari koceknya.

Marjan keluar rumah, ke gazebo lalu duduk di situ. Dia mendail nombor Kasturi.

‘helo,’

‘helo, ha, bro, apa cerita?’

‘aku ok je.’

‘kolej kau ok ke?’

‘ok, semua ok. Bro, weekend depan, aku plan nak pergi PD la.’

‘aik, kau kan keja? Sesuka hati je kau nak pergi makan angin?’

Marjan ketawa kecil.

‘adalah. Tapi satu yang aku tau, aku akan pergi PD nanti. Percayalah cakap aku.’

‘kau nak pergi dengan siapa? Misi kau dah jalan belum?’

‘ala bro, kau janganlah ingatkan aku bro. Bagilah aku enjoy dulu.’

‘aik, hari tu bukan main semangat lagi kau nak sempurnakan misi kau!’

Marjan terdiam.

‘taklah bro, bukan tak bersemangat, tapi, macam malas la pulak nak fikir pasal tu.’

‘bro, ingat, kau kat sana ada sebab. Bukan saja-saja. Aku kat sini dah habis akal dah ni nak carikan kau jalan.’

‘jangan risau, aku ingat, aku ingat.’

‘tulah, aku bagi idea baik punya kau tak nak ikut.’

‘apa idea kau yang baik sangat tu?’

‘kau sambar jelah mana-mana anak dato tu! Hah, senang cerita, aku pun senang hati. Kau pun dapat bini!’

Suara Kasturi ketawa memecahkan gegendang telinga Marjan.

‘ish, aku dah cakap tak boleh bro. Reject!’

‘reject-reject pun, yang kau tunggu lagi lama kat situ buat apa? Keluar la dari situ. Kalau tak, sampai bila misi kau nak sempurna.’

‘hmm, tu lah bro. Bila difikirkan balik, nak cari isteri ni susah betul la. Aku jadi malas nak fikir pasal ni. bila fikir lama-lama, macam nak gila aku. Tapi, kalau aku tak fikir, lagi naya aku.’

‘hah, tau tak apa. Itulah kau, Suri tu ada je depan mata tak nak. Nak cari kerja susah, hah, sekarang baru kau tau!’

Marjan sengih sendiri.

‘Suri tu lagi la reject. Tak sesuai la.’

‘tak sesuai apanya? Taraf dah sama, apa yang tak sesuai pulak?’

‘bro, ni bukan masalah setaraf ke tak. ni soal hati bro. Aku tak suka dia la. Dia Cuma kawan pada aku.’

‘hai, ni kes mencari cinta lah ni? hmm, suka hati kaulah bro. Janji kau dapat cinta kau, aku tak ada masalah. Ingat, dah dapat cepat balik.’

‘hmm, eh, tadi kau Tanya aku nak pergi PD dengan siapa kan?’

‘haah, dengan siapa kau nak pergi?’

‘dengan anak dato, Lu'lu'.’

‘aik, apa kes ni?’ suara Kasturi lain macam.

‘bro, it’s not what you think.’

‘habis?’

‘aku bawak dia pergi shopping complex, jumpa kawan dia. Kawan dia beritahu pasal gathering diorang kat PD. Perempuan ni tak nak pergi tapi aku akan buat dia pergi.’

‘kenapa?’

‘sebab aku nak dia bergembira la bro.’

‘yang kau sibuk pasal dia kenapa?’

‘sebab aku kesiankan dia. Sebenarnya, mak kandung dia dah meninggal 5 tahun lepas. Datin sekarang ni ibu tiri dia. Laila tu adik tiri dia. Dia jadi pemarah sebab tu lah bro. Dia marah ayah dia kahwin lain dan dia tak suka ibu tiri dia ni.’

‘oh, macam tu. Habis, kau nak gembirakan dia la?’

‘aku nak cuba. At least, bila aku tinggalkan tempat ni, ada kenangan baik yang aku bawak.’

‘hmm, suka hati kau lah bro. Jangan kau tinggal hati kau kat tempat tu dah la.’

‘hah? Maksud kau?’

‘tak ada apa-apa lah. Ok, bro. Good luck with her.’

‘ok, kirim salam bonda. Assalamualaikum.’

Talian dimatikan. Marjan menarik nafas dalam.

*********

Dato' Safwan bermenung di beranda. Dari berandanya, dia dapat melihat jelas halaman rumahnya. Sedang dia mengambil angin malam, dia perasan ada susuk tubuh di bawah gazebo itu. Dato' Safwan menunduk mahu menjelaskan pandangannya.

Lu'lu'. Apa yang dia buat kat bawah malam-malam macam ni?

Dato' Safwan beredar dari beranda. Mahu keluar bilik. Datin Ifa yang sedang sibuk menampal krim muka mengerling suaminya.

‘abang nak ke mana?’ tegur Datin Ifa.

Dato' Safwan menoleh sekilas.

‘ke bawah sekejap.’ Beritahunya. Dato' Safwan terus menghilang di sebalik pintu.

Datin Ifa memuncung.

‘Lu'lu' lah tu.’ Omelnya sendiri. Dia meneruskan tampalan mukanya yang terganggu. Fikirannya semak dengan rancangan yang telah lama tersimpan kemas di benaknya dan sudah dilaksanakan separuh. Dia berhenti lagi. Merenung wajahnya di cermin. Aku akan hancurkan semuanya yang kau ada Safwan. Itu tekadnya.

‘Lu'lu',’ Lu'lu' menoleh pantas mendengar suara papanya.

‘papa,’ Lu'lu' mengukir senyum tawar, menyambut papanya. Dato' Safwan mengambil tempat di sebelah Lu'lu'.

Diraih mesra bahu gadis suntinya itu.

‘Lu'lu' buat apa kat bawah ni sorang-sorang?’ suara mesra Dato' Safwan memulakan.

Lu'lu' mengeluh kecil. Lama dia membisu, membiarkan soalan itu tanpa jawapan.

‘Lu'lu' teringatkan mama.’ Perlahan suaranya.

Dato' Safwan terdiam mendengar jawapan itu. Dia menarik nafas dalam.

‘papa, 2-3 hari yang lepas, ulangtahun kematian mama. Lu'lu' ke kubur mama. Papa tak ingat?’

Dato' Safwan menunduk seketika.

‘papa ingat sayang, tapi papa busy sangat. Papa Cuma sempat hadiahkan Yasiin buat mama malam tu. Papa minta maaf ya, tak dapat temankan Lu'lu' ke kubur.’ Lu'lu' menyandarkan kepalanya di bahu Dato' Safwan.

‘papa, kenapa mama pergi dulu?’ Dato' Safwan merenung Lu'lu' penuh kasih.

‘sayang, jangan cakap macam tu, tak baik. Mama dah pergi, jangan bertanya kenapa dia pergi dulu. Allah lebih sayangkan mama. Lu'lu' faham kan?’

Tiada jawapan.

‘Lu'lu' rindu mama.’

‘sayang, papa pun rindukan mama.’

‘papa dah ada ibu dan Laila.’ tingkah Lu'lu'.

Dato' Safwan menarik Lu'lu' lebih dekat dengannya, pelukannya bertambah kejap.

‘papa minta maaf sayang. Tapi ibu kan baik?’

‘papa, Lu'lu' tak suka ibu. Ibu tak boleh gantikan mama.’ Perlahan namun tegas bicaranya.

Dato' Safwan mengeluh panjang.

‘Lu'lu', grow up sayang. Lu'lu' dah besar panjang. Lu'lu' tak boleh terus macam ni. life must go on walaupun mama dah tak ada. Nikmatilah hidup ini sementara kita masih hidup.’

Lu'lu' diam membisu.

‘Lu'lu', frankly speaking, I miss the old Lu'lu'. I miss her very much. I wonder when she will come back to me.’

Tiada jawapan. Dato' Safwan dapat merasa henjutan perlahan dari pelukannya. Esakan kecil kedengaran.

‘Lu'lu', I’m so sorry dear, if papa tak boleh jadi papa yang baik. I tried my best to give the best for you. But papa tak nak Lu'lu' terus macam ni. ibu pun dah cuba yang terbaik. Lu'lu' pun tau kan? Accept her sayang. Dah 5 tahun mama tak ada. Takkan Lu'lu' nak terus macam ni?’

Esakannya masih rancak. Tiada tanda akan berhenti.

Dato' Safwan mengusap lembut bahu Lu'lu'.

‘Lu'lu', papa nak cakap sesuatu.’

Lu'lu' mengesat air mata di pipi.

‘apa dia?’ serak suaranya bertanya.

‘Lu'lu' jangan selalu marahkan Marjan tu. Dia budak susah. Tak baik buat orang macam tu.’

Lu'lu' membisu. Tidak menyangka papa akan menimbulkan topic Marjan.

Dia mendengus kecil. Tangisannya mula segan silu menuruni pipi. Rasa sedih berganti marah dan geram.

‘biarlah. Dia yang tak sedar diri.’

‘Lu'lu',’ suara Dato' Safwan keras sedikit menegur.

‘betullah. Dia Cuma driver dan dia baru lagi kat sini. tapi mulut bising. Bencilah Lu'lu'! pandai menjawab bila Lu'lu' cakap! Dan dia suka buat Lu'lu' rasa serba salah! I hate him!’ penuh perasaan Lu'lu' meluahkan.

Dato' Safwan mengeratkan pelukan di bahu Lu'lu' mesra.

‘tak baik benci orang. dia orang susah Lu'lu'. Papa tak beritahu lagi kan macam mana papa kenal dia? Papa kena ragut hari tu and he helped my and my 2 million was saved by him. So, papa Tanya dia apa dia buat kat sini dan dia kata tengah cari kerja. So papa bagilah dia kerja. I don’t know why but I know he is a very good guy.’

Lu'lu' menoleh tajam.

‘papa, don’t back him up. He is crazy! I hate him!’ Lu'lu' menekan suaranya lagi.

‘tapi Lu'lu' nak tukar balik dia dengan Pak Mat kan?’

Lu'lu' terdiam. Teringatkan peristiwa siang tadi.

‘tak lah, Lu'lu' saja je tadi. Lagipun, Lu'lu' kesiankan Pak Mat. Biarlah dia yang muda tu pula yang dikerah.’ Lu'lu' beralasan.

Dato' Safwan senyum nipis.

‘Lu'lu', esok dah start kelas balik. Takkan nak dia hantar ayah baru ke kelas? Kalau dia yang hantar kamu kan satu hala je? Lagipun, ayah ke pejabat lewat dari kamu. Susahlah dia macam tu.’ Dato' Safwan memujuk.

Lu'lu' mendengus kecil.

‘biar padan muka dia. Banyak mulut sangat!’

‘Lu'lu', tak baiklah macam tu, dia pun nak belajar jugak. Tukar balik dengan Pak Mat ya?’ Lu'lu' tidak lagi menjawab. Dia tahu dia tiada pilihan lagi. Jika ayahnya sudah berkata begitu, dia tahu dia perlu menurut.

Dato' Safwan menepuk bahu Lu'lu' mesra.

‘papa naik dulu, ok? Jangan lama sangat kat luar ni, sejuk.’ Lu'lu' angguk saja. Mencium tangan papanya.

‘good night papa.’

‘good night,’ Dato' Safwan beredar meninggalkan Lu'lu' bersendirian.

Marjan yang baru keluar dari rumah dikejutkan oleh suara Dato' Safwan.

‘ha, Marjan, tak tidur lagi?’ Marjan sengih saja.

‘belum pakcik. Pakcik buat apa kat luar ni tak tidur lagi?’

‘pakcik jenguk Lu'lu' kat sana tu. Kamu tunggu dia sekejap boleh? Dah lewat ni, risau pulak pakcik dia sorang-sorang kat luar ni.’ Marjan angguk faham. Dia menjeling ke arah gazebo.

‘oh lagi satu, kamu drive estima esok ya, macam biasa balik. Pak Mat dengan saya.’

Marjan angguk lagi.

‘baik pakcik.’

‘ok, pakcik masuk dulu.’

Marjan menghantar kelibat Dato' Safwan sehingga hilang di balik pintu. Dia mengatur langkah ke gazebo dan matanya menangkap kelibat Lu'lu' di situ.

Beberapa langkah lagi ke gazebo, Marjan berdehem perlahan membuatkan Lu'lu' menoleh. Dia menjeling tajam sebelum memalingkan mukanya.

Marjan mengambil tempat di bangku, berhadapan Lu'lu'. Dia mengerling sisi wajah Lu'lu'.

‘tak tidur lagi?’ tegurnya.

Lu'lu' mendengus kecil.

‘jangan sibuklah.’ Marahnya.

‘dah beritahu dato pasal trip ke PD tu?’ Lu'lu' menoleh pantas.

‘kau diam boleh tak? lagi bagus kalau kau boleh berambus dari sini, ok?’ Marjan senyum kecil.

Dia menyandar tenang.

‘tak apa, saya akan tolong awak.’

Lu'lu' merenung Marjan tajam.

‘apa masalah kau ni sebenarnya?’ soalnya tegas.

Marjan menggeleng.

‘I have got no problem. Why?’

‘habis, can’t you just leave me alone with my life? Go away, did you get it?’

‘I’m just here to help you. That’s all.’

Lu'lu' ketap bibir.

‘argh! I don’t need you and you can get lost with you offer! Ok??’

‘sorry, I can’t.’

Lu'lu' mendengus marah.

‘I hate you!’

‘ok.’ Selamba Marjan menjawab. Lu'lu' merenungnya geram.

‘go away!’ halau Lu'lu'.

Marjan masih mempamerkan wajah selamba.

‘I can’t. Dato yang suruh saya tunggu awak. Awak ingat saya kisah ke nak duduk kat sini bergaduh dengan awak?’ Lu'lu' terdiam.

Dia berdiri pantas.

‘I hate you!’ dia memuntahkan kata-kata itu tepat di muka Marjan.

‘I pity you.’ Jerit Marjan pada Lu'lu' yang sudah mengatur langkah meninggalkannya.

‘jangan risau cik Lu'lu', saya akan beritahu dato tentang trip tu.’

Lu'lu' berhenti, memalingkan mukanya marah. dia menjeling Marjan geram sebelum meneruskan langkahnya. I hate you!!

1 comment: