About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Thursday, May 7, 2009

Sufi, Sufiah 4

Sufiah termangu-mangu. Dia tidak tahu di mana dia berada. Semuanya putih. Dia tidak dapat melihat dengan jelas. Di mana yang lain? Kenapa aku berseorangan di sini?

‘Sufi!’ tiada sahutan.

‘abang Hadi!’ juga senyap.

‘abah! Ummi!’ panggil Sufiah lagi namun tiada yang datang.

Sufiah gelisah. Dia dapat rasakan badannya berpeluh. Dia berjalan lagi, mencari sesuatu yang dia tahu di situ namun dia tetap buntu. Dia tidak Nampak apa-apa yang biasa padanya.

Di mana aku?

Tiba-tiba, suara Sufi memenuhi segenap ruang di situ.

Bicaranya sayu.

‘akak, pulanglah, Sufi sayangkan akak. Sufi sayang abah, ummi, abang Hadi. Sufi salah kak.
Baliklah. Sufi rindu akak.’ Lirih suara itu. Sufiah terkedu.

Sufi! Dia mencari-cari dari mana datangnya suara itu namun tidak juga dijumpai. Dia dapat mendengar esakan Sufi.

Sufiah sayu. Air matanya menitis membasahi pipi namun dia tidak terdaya untuk mengesatnya. Dibiarkan sahaja pipinya basah.

‘Sufi, akak pun sayang Sufi. Maafkan akak sebab tampar Sufi.’ Sufiah berbicara seorang. Tidak tahu siapa yang mendengar.

‘akak, pulanglah. Akak mesti pulang. Sufi akan tunggu akak. Kami akan tunggu. Walau lama mana sekalipun. Akak janji, akak mesti pulang. Kami rindukan akak.’ Suara Sufi bergema lagi. tangisan Sufiah makin menjadi.

Di mana aku? Aku nak balik ke rumah! Jeritan itu memenuhi segenap sanubarinya.
Dia berjalan lagi. suara Sufi sudah hilang. Tidak lagi kedengaran. Arah mana harus dia tuju supaya dia dapat pulang?

Air mata sudah kering. Lelah dia berjalan. Dan tiba-tiba, ada suara lain pula bergema.

‘Su, sampai hati Su tinggalkan abang. Abang rindu Su.’ Suara itu juga sayu. Langkah kakinya terhenti.

Abang Hadi!

‘Su, mungkin Su tak pernah tau, abah, ummi, adik pun tak pernah tahu yang sebenarnya, abang mencintai Su setulus hati abang.’ Diam. Sufiah tergamam.

Kelopak matanya ditakungi air lagi. abang Hadi!

‘Su, selama ni, abang fikir abang sayangkan Su sebagai seorang adik tapi semakin lama, perasaan abang semakin mekar pada Su. Bila Su tak ada, abang tak keruan. Bila Su ada pun abang masih rindu. Abang rindukan Su. Su yang baik, Su yang sopan, Su yang selalu marah bila diusik, Su yang selalu terkena, abang rindukan semua perangai Su. Abang rindu Su….’ Sufiah terduduk terus. Lemah longlai kakinya. Menangislah dia di situ.

Sungguh dia tidak menyangka, abang Hadi juga merasakan perasaan yang sama. Selama ini, dia cuba membendung perasaan itu kerana tidak mahu ikatan keluarga antara mereka punah sama sekali. Baginya, keluarganya lah segala-galanya dan dia tidak akan menggadaikan keluarganya untuk apa sekalipun.

‘Su, kalau Su pulang, abang janji, abang akan minta Su dari abah dan ummi. Abang akan beranikan diri untuk meluahkan perasaan abang di depan abah dan ummi tapi dengan syarat, Su mesti pulang. Bila Su dah pulang, abang sanggup buat apa saja demi Su. Percayalah Su. Su pulang ya.’ Esakan kecil bergema.

Sufiah sedar Hadi juga sedang menangis. Air matanya juga masih setia menemani.
Abang, Su nak balik. Su pun rindukan abang.

Sufiah gagahkan diri untuk bangun. Dia perlu cari jalan pulang. Berputus asa tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Diatur langkah lemah satu persatu ke arah yang dia sendiri tidak pasti.

Abah, ummi, abang, Sufi, tunggu Su, Su akan pulang. Tunggu Su.

Sufiah masih terus berjalan. Tubuhnya semakin lemah. Langkahnya semakin perlahan.

Tiba-tiba, Sufiah mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran. Dia terus tersungkur. Mencari-cari dari mana datangnya alunan itu. dia sangat kenal dengan suara-suara itu. suara ummi dan abah. Sufiah menangis lagi.

Ummi, Sufiah nak balik. Dikesat air mata yang sedari tadi begitu murah menitis. Tiba-tiba pandangannya silau. Dia menutup matanya dari cahaya yang tiba-tiba terbit. Entah dari mana.
Sufiah gagahkan diri untuk berdiri kembali. Dia harus pergi ke cahaya itu untuk pulang.

Sufiah atur langkah perlahan. Semakin dia mendekat, cahaya itu semakin terang dan akhirnya dia terpejam.

Apabila dibuka matanya, cahaya itu masih ada namun sudah tidak seterang tadi. Dia sedang berbaring. Di mulutnya ada sesuatu yang menutupi.

Telinganya dapat menangkap riuh-rendah suara orang di sekelilingnya. Tangannya dicapai seseorang. Dipalingkan wajahnya ke sisi.

Ummi di situ, menangis lagi.

‘Sufiah, syukur Sufiah dah sedar. Alhamdulillah.’ Ujar ummi ceria.

Di sisi ummi, abah tersenyum. Wajah itu Nampak lesu dari biasa. Abang Hadi di sisi abah, Sufiah dapat melihat tindakan abang Hadi mengesat air matanya secara curi-curi. Abang Hadi menangis?

Dan tiba-tiba tangan kirinya pula dirasakan ditarik sesuatu. Dipandangnya ke kiri pula.

‘akak, Sufi minta maaf. Akak jangan tinggalkan kami lagi.’ rintih Sufi. Dipeluk dicium tangan Sufiah. Sufiah menggerakkan jemarinya, cuba membalas dan dia menggenggam erat jemari Sufi. Tidak akan dilepaskan lagi.

Sufiah memejam matanya rapat-rapat. Aku sudah pulang kepada keluargaku yang sempurna.

*******

2 minggu selepas Sufiah sedar, Sufiah dibenarkan pulang. Keadannya sudah stabil walaupun dia koma selama 4 hari. Dato' Ibrahim berhajat mahu mengadakan kenduri kesyukuran sempena kesihatan Sufiah yang sudah kembali pulih dan juga sempena kepulangan Sufi.

Hari itu, semua orang sibuk di dalam dan di luar rumah. Sufiah juga sibuk di dapur. Sufiah benar-benar gembira, kerana keluarganya sudah bersatu kembali di bawah satu bumbung.

Hadi yang sedang menguruskan makanan di tempat orang lelaki menjengah ke dapur. Kala itu, Cuma Sufiah seorang di situ.

‘Su, buat apa?’ tanyanya. Sufiah yang sedang memotong agar-agar tersenyum.

‘tengah masak kari kambing.’ Jawabnya bersahaja. Hadi ketawa kecil.

‘oh, pandai ya?’ Hadi mendekat lalu berdiri di sisi Sufiah. Berdebar kuat hatinya tatkala Hadi mendekat.

Sejak dia sedar, dia masih tidak memberitahu Hadi apa yang didengarinya dalam perjalanannya semasa koma tempoh hari. Belum berkesempatan. Lagi pula, dia malu mahu memulakan.

Mungkin Hadi tidak sedar yang dia mendengar bicara Hadi dan Sufi.

‘err, abang.’ Panggil Sufiah.

‘hmm, ada apa?’

‘Su tak pernah cakap tapi masa Su koma hari tu, Su dengar semua yang Sufi cakap dekat Su.’
Ujar Sufiah, memberi pembayang. Berharap Hadi akan memahami maksudnya.
Hadi terdiam sekejap.

‘cakap apa?’ Tanya Hadi, masih tidak mengerti.

‘alah, yang dia suruh Su pulang, dia minta maaf kat Su, dia sayang Su, dia sayang semua orang, semua Su dengar.’ Jelas Sufiah panjang lebar. Hadi tergamam.

Dipandang Sufiah tidak berkelip.

‘jadi, jadi, Su dengarlah..’ Tanya Hadi namun tidak habis diluahkan. Sufiah tersenyum malu.

Diangguk-angguk kepala perlahan.

‘yang Su tau abang janji pada Su satu benda. Su harap abang tak lupa.’ Sufiah mengingatkan seraya berlalu membawa piring agar-agar ke ruang tamu.

Hadi menepuk dahi. Alamak, malunya!

Sepanjang hari itu, Sufiah mengelak bertemu Hadi lantaran malu yang teramat sehinggalah ummi memanggilnya apabila hari sudah menjengah malam dan dilihatnya Hadi sudah berada di situ. Sufiah termangu-mangu. Takkan dah berterus-terang? Ada 2 buah keluarga lain turut duduk di ruang itu. Sufiah tidak mengenali mereka.

‘Sufiah, mari duduk sini.’ Ummi menggamitnya ke sebelah ummi dan Sufiah menurut.

Dipandang wajah abang Hadi yang keruh. Abang Hadi mengelak dari bertentangan mata dengannya.

‘inilah Sufiah.’ Ummi memperkenalkan. Sufiah menundukkan kepala. Apa agenda abah dan
ummi? Tiba-tiba Sufi datang dan berdiri si tepi Sufiah. Sufiah menggenggam tangan Sufi erat.
Resah. Dia tidak sedap hati.

‘untuk pengetahuan Sufiah, ummi dan abah dah merancang untuk menjodohkan Sufiah dan Hadi dengan kawan anak-anak abah juga. Perkenalkan, itu Zulhilmi, dan di sana tu Aisyah.’ Sufiah tersentak. Ditenung wajah abah yang jelas ceria dan abang Hadi silih berganti. Hadi menunduk sahaja. Sufiah sedar, abang Hadi juga tidak berdaya.

Genggaman tangannya bertambah kuat sehingga Sufi mengaduh kecil.

‘akak, kenapa ni?’ Tanya Sufi. Dia sudah membongkok untuk bercakap dengan Sufiah. Sufiah tidak menjawab.

‘abah, ummi, Su minta diri dulu. Ada kerja di dapur.’ Dia terus beredar tanpa menunggu lagi. dia dapat mendengar abah berselorok dengan para tetamunya.

‘malulah tu. Almaklumla, anak dara.’ Dan jenaka abah disambut yang lain.

Sufi menurutnya di belakang. Sufiah mengetap bibir. Fikirannya serabut. Dugaan apakah ini? Dia sedar dirinya sudah cukup bertuah berada di dalam keluarga ini namun patutkah dia menerima sahaja aturan jodoh abah dan ummi? Dia baru sahaja mahu mengecap bahagia bila abang Hadi meluahkan rindunya, namun kebahagiaan itu sudah diragut.

Sufiah melangkah terus ke belakang rumah dan keluar dari pintu. Dia terus berjalan sehingga sampai ke bangku-bangku cendawan yang menghiasi halaman itu. dia melabuhkan punggungnya dan Sufi di sebelahnya.

‘akak, malu ke?’ usik Sufi. Tidak berjawab.

‘alah akak ni. Lambat laun akak kena kahwin jugak. Akak tu dah umur 25 tahun. Belajar pun yang wajib dah tamat.’ Tambah Sufi lagi. namun mulutnya terkunci apabila esakan kecil kedengaran. Dia menunduk, memandang wajah Sufiah dalam samar malam.

‘eh, akak, kenapa akak nangis?’ Tanya Sufi. Sufiah tidak menjawab, sebaliknya esakannya bertambah kuat.

Sungguh dia tidak menyangka dalam bahagia, dia akan diduga ujian sehebat ini. Perasaannya bagai disayat-sayat.

Sufi menarik Sufiah ke dalam pelukannya. Tidak mengerti langsunga hujung pangkal semuanya.

‘akak, kenapa ni? Sudahlah.’ Sufi menenangkan. Sufiah masih teresak-esak.

‘Su,’ kedengaran suara Hadi di dapur memanggil. Sufi memanggung muka.

‘abang, kat sini.’ Panggilnya. Mungkin abang boleh tolong. Fikirnya.

Hadi keluar dan mendapatkan mereka. Melihat Sufiah menangis di dalam pelukan Sufi, langkahnya diperlahankan. Tahankah dia melihat air mata itu menitis lagi?

‘abang, akak tiba-tiba nangis.’ Lapor Sufi. Hadi tidak menjawab, sebaliknya dia memandang Sufiah lama.

‘Su, abang rasa, baik kita berterus-terang sekarang.’ Ujar Hadi, mencadangkan. Sufi mengerutkan dahi. Wajah abang pun dilihatnya tidak ceria seperti akak. Apa yang dah jadi ni?
Sufi benar-benar bingung.

‘jangan!’ tegas suara Sufiah menghalang. Dia memanggung mukanya, dikesat air matanya.
Hadi memandangnya sayu.

‘tapi Su,’

‘jangan bang, Su tak nak kerana kita keluarga ni berpecah lagi. kita dah bersatu, dan itu yang penting pada Su sekarang. Jika itu yang dimahukan abah dan ummi, Su akan menurut.’ Sufi di sisi menggaru kepala yang tidak gatal. Ish, apa ni?

‘tapi Su, Su sanggup abaikan perasaan kita macam tu je? Su sanggup tengok abang dengan orang lain dan Su dengan orang lain? Dalam rumah yang sama? Su sanggup?’ tekan Hadi. Sufi melopong. Perasaan kita?

Sufiah memejamkan matanya rapat. Diseka air mata yang bersisa.

‘Su sanggup buat apa saja demi abah dan ummi, biar Su makan hati bang. Su takkan benarkan hati abah dan ummi terluka. Tidak sekali-kali.’ Tegas Sufiah berbicara.

Hadi sudah diam. Tidak tahu mahu berkata apa lagi. diraup wajahnya.

‘abang, perasaan yang wujud antara kita belum dipupuk lagi, masih boleh dibuang dan dilupakan. Tapi kasih dan sayang Su pada abah dan ummi sudah sebati dalam diri Su. Su tak mampu mengguris mereka yang terlalu mulia pada Su bang.’ Tambah Sufiah lagi.

Sufi terkedu. Abang dan akak suka menyukai?

‘Su akan ikut kehendak abah dan ummi, dan Su amat berharap abang akan teruskan juga.’ Ujar Sufiah lagi. pedih. Kata-katanya memakan dirinya sendiri.

‘maafkan abang Su, abang tak mampu, abang tak semulia dan sekuat Su.’ Tutur Hadi mahu berlalu.

Namun mereka bertiga tersentak apabila mendengar suara ummi di dapur. Mencari mereka.

Sufiah mengesat air mata memastikan tiada yang bersisa. Dia tahu jika dia membuat lagak biasa orang tidak akan tahu yang dia menangis kerana kulitnya yang hitam manis itu.

Sufiah bingkas lalu melintasi Hadi yang terpaku di situ. Tidak jadi melangkah.
Sufi juga turut bangun, mendapatkan Hadi.

‘abang, apa abang nak buat?’ Tanya Sufi. Hadi mengetap bibir.

‘abang takkan kahwin dik, sampai bila-bila.’ Tegas suara Hadi. Sufi termangu-mangu di situ apabila Hadi sudah melangkah masuk ke dalam rumah.

‘Su, kalau kenduri Su dengan abang buat sekali tak apa ke?’ Tanya ummi di sisi. Sufiah menatap wajah ummi yang jelas ceria dengan hal itu.

Dia mengangguk sahaja. Wajahnya ceria, ceria yang dibuat-buat.

‘maafkan Hadi, abah, ummi, Hadi tak nak kahwin.’ Suara Hadi menusuk ke dada Sufiah.

Dipusing badannya menghadap Hadi yang berdiri di belakangnya. Sufi juga di situ, di sebelah Hadi.

Semuanya terpaku mendengar kata putus Hadi.

‘Hadi,’ tutur abah tidak percaya. Mata-mata yang ada melihat sahaja adegan itu.

‘abah, maafkan Hadi.’ Hadi berpusing lalu memanjat tangga pantas. Sekejap sahaja sudah menghilang. Sufiah menongkat dahi. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

4 comments: