About Me

My photo
Full-time English Lecturer, Part-time novelist and freelancing editor

Love Them!

Terbaru PBAKL 2017

Terbaru PBAKL 2017

Jenguk2 sini...

NOVEL DI PASARAN

NOVEL DI PASARAN

Friday, May 8, 2009

Kira Ayumi 13

Kira cuba membuka mata namun ada rasa pedih yang menjalar. Mungkin kerana sudah lama dia terpejam. Digagahkan juga dan akhirnya, siling bangunan mula kelihatan. Bulat matanya melihat keliling.

Eh, jap. Kat mana ni? Dia cuba bangun namun sedikit sukar. Kepalanya berat.

‘eh, Kira. Sabar dulu. Jangan bangun lagi.’ tegur Kak Ani yang datang entah dari mana. Kira baring semula. Sekurang-kurangnya dia tahu Kak Ani ada di situ dengannya,

‘nah, minum air ni.’ Kak Ani menghulurkan segelas air dan Kira menyambut.
Diteguk sekali dua sebelum diberikan kembali gelas itu pada Kak Ani.

‘Kak Ani, bilik apa ni?’ Tanya Kira.

‘Bilik sakit fakulti kami.’ Jawab Kak Ani.

‘Kira dah ok ke?’ Tanya Kak Ani pula. Kenapa pula tak ok?

‘Kira pengsan kat laluan ke fakulti kami. Mujur Iman kebetulan lalu situ, dia yang bawak Kira datang sini. Lepas tu dia call akak.’ Terang Kak Ani.

‘Lama jugak ni Kira tak sedar. Kalau Kira tak bangun tadi akak dah hantar hospital dah.’ Tambah Kak Ani lagi.

Kira terdiam. Iman. Jauh ke aku berjalan sampai ke sini? Dia sendiri tidak pasti. Yang dia tahu, dia melayan perasaannya sampai dia sendiri dah tak ingat apa sebenarnya yang dah jadi.

Eh, kejap. tadi ada sampul kan?

‘akak, mana sampul kat tangan saya?’ Tanya Kira. Kak Ani mengerutkan dahinya.

‘sampul? Tak ada pun masa Kak Ani datang sini?’ Kak Ani menidakkan.

Kira hairan. Berpusing kiri kanan kalau-kalau sampul itu ada di situ tapi tetap tidak kelihatan.

Alamak, siapa pulak yang ambil ni? Tiba-tiba Kira teringatkan seseorang. Iman.

‘mana Iman?’ Tanya Kira.

Kak Ani menjungkit bahu.

‘kejap lagi datanglah tu. Dia tunggu lama kat sini sebelum Kira sedar.’ Beritahu Kak Ani.
Kira terdiam lagi.

Dipandang Kak Ani.

‘thanks Kak Ani, sebab jaga Kira.’ Ucap Kira setulus hati.
Kak Ani tersenyum saja.

‘tak apa. Tolong-menolong kan amalan kita?’ senyuman berbalas.

‘tapi akak nak Tanya la, kenapa Kira boleh pengsan kat situ? Kira tak makan ke?’ Tanya Kak
Ani prihatin.

‘err, ye lah kot. Entah. Tak apa, Kira dah ok, jangan risau.’ Ujar Kira menenangkan hati Rohani.

‘assalamualaikum.’ Suara itu memberi salam dan Iman muncul dari balik dinding. Kak Ani bingkas dari duduknya.

‘akak ke luar dulu ya. Korang sembanglah.’ Kak Ani memberi laluan. Dia tahu antara mereka pasti banyak yang mahu dibicarakan.

Iman berdiri di hujung katil, menghantar Kak Ani pergi dengan ekor matanya. Kira berdebar-debar.

Iman mendekat dan melabuhkan punggung di kerusi Kak Ani sebentar tadi. ditanggalkan beg galasnya lalu dipangku.

‘awak ok ke?’ Tanya Iman, memulakan.

‘hmm, terima kasih sebab tolong saya.’ Ujar Kira.

Iman menunduk. Wajahnya Nampak tidak ceria seperti selalu.

‘hanya itu saja yang dapat saya buat untuk awak Kira.’ Iman berkata perlahan. Namun cukup jelas di telinga Kira.

Kira tidak membalas. Tiba-tiba Iman mengeluarkan sesuatu dari begnya, dihulurkan pada Kira. Kira menyambutnya.

‘saya percaya ini awak punya.’ Tutur Iman. Kira mengangguk.

Suasana sepi membalut keadaan. Masing-masing diam.

Dan tiba-tiba, Iman bersuara.

‘Kira, kenapa mesti awak jebakkan diri awak dengan Hafiz?’ Kira terkedu. Berubah wajahnya.
Ditenung Iman dalam. Iman masih tidak memandang Kira.

‘siapa awak untuk tahu?’ tingkah Kira. Entah mengapa, dia marah apabila Iman berkata begitu.

‘Kira, saya percaya awak tau semuanya tentang ayu sebelum awak dan Hafiz bermula, kan?’ Iman merenung wajahnya. Kira memalingkan mukanya.

Sampul itu digenggam erat.

‘awak dah tau apa yang akan terjadi kenapa awak sanggup lagi hancurkan hidup awak yang baru
nak bermula di sini?’ Tanya Iman lagi. soalan yang hakikatnya mudah untuk dijawab tapi dalam
situasi ini, jawapannya begitu sukar untuk diluahkan.

‘kenapa awak ada di sini?’ Tanya Kira pula. Iman mengerutkan dahi.

‘maksud awak?’

‘kenapa awak masih tunggu saya di sini? Awak pun ada pilihan untuk pergi kan? Kenapa awak memilih untuk datang?’ Tanya Kira, perlahan tapi tegas.

Iman terdiam.

‘saya, saya,’ Iman tiada jawapan.

‘sebab awak pun ada hati dengan saya kan?’ Kira menjawab soalannya sendiri.

Iman tidak menidakkan. Dia melepaskan keluhan panjang. Jawapan Kira memang tepat, tiada yang salah.

‘Iman, kalau awak tau saya terlibat dengan semua ni, adakah awak akan suka saya juga?’ Tanya Kira. Iman diam. Pandangan mata mereka bertentangan.

Kira membangunkan juga dirinya. Dipandang Iman lama.

‘Iman, jawab saya. Kalau awak tau saya akan susah macam ni, adakah awak akan lari dari saya?’ masih tiada jawapan.

‘saya rasa awak pun tau jawapannya. Kalau tak saya takkan ada di sini.’ Jawab Iman setelah lama menyepi. Kira senyum tawar.

Air mata sudah menitis lagi. disekanya cepat. Tidak mahu Iman melihatnya.

‘awak pun tau, awak pun sedar, rasa suka kita pada orang datang tanpa diminta, Iman. Saya suka Hafiz semasa saya belum tahu apa-apa pasal dia Iman. Awak suka saya masa kita masih belum kenal baik. Kan?’ Tanya Kira tepat pada muka Iman.

Iman mengalih pandang.

‘tapi saya lain Kira.’

‘apa yang lain, apa yang sama?’ tingkah Kira lagi.

‘saya suka awak dan saya sanggup bersusah dengan awak. Tapi Hafiz? Awak kata awak suka dia, dan saya tahu dia juga begitu. Tapi di mana dia?’ tingkah Iman pula.

Kira terkedu.

‘kalau dia betul sayang awak, dia akan datang pada awak bila awak susah tapi tak. Saya tak Nampak dia. Kenapa?’ tekan Iman lagi.

Sebak mendengar kata Iman, air matanya mengalir lagi.

‘dia tak tahu, Iman.’ Tutur Kira dalam sebak.

‘dia tak tahu apa yang jadi kat saya. Saya tak beritahu dia.’ Beritahu Kira. Iman terpaku sebentar. Meraup wajahnya.

‘Kira, I’m sorry.’ Kira menyeka air mata yang laju menuruni pipi.

‘saya jumpa ayah dia tadi, dan ayah dia suruh saya pergi dari sini.’ Lancar Kira memberitahu Iman dalam esak tangisnya.

‘kalau tidak?’ Tanya Iman. Jelas dia tidak terkejut dengan apa yang berlaku pada Kira. Sudah dijangkanya.

Kira menyeka lagi air mata.

‘kalau tidak, Syafni akan susah.’ Beritahu Kira lagi. Iman menunduk. Diletakkan kedua tapak tangannya di belakang kepala.

‘dan Syaf mahupun Hafiz tak boleh tahu apa-apa tentang pertemuan itu.’ air matanya bertambah laju. Kini dia keseorangan. Dia sudah tidak boleh meluahkan pada Syaf lagi.

Iman terpaku di situ. Sayu melihat Kira.

‘apa awak nak buat sekarang?’ Tanya Iman. Setengah jam kemudian apabila Kira sudah betul-betul tenteram.

Kira tidak menjawab, direnung sampul di tangan.

‘saya tak ada pilihan kan? Saya sayangkan Syaf, dan saya tahu masa depannya lebih mudah tergugat berbanding saya. Dia bergantung pada biasiswa syarikat ayah Hafiz sahaja sekarang kerana keluarganya berantakan. Ibu dan ayahnya bercerai Iman. Tapi dia tak pernah beritahu saya.’ Luah Kira.

‘kalau saya tak pergi tinggalkan Iman, Syaf susah. Saya tak nak kawan saya susah kerana saya.’ Tambah Kira lagi apabila Iman masih menanti dia meneruskan bicaranya.

‘jadi, awak akan berhenti?’ Tanya Iman.

‘hmm, berhenti dan putuskan segala-galanya antara saya dan Hafiz. Sebelum keadaan bertambah parah.’ Jawab Kira tenang. Iman tahu Kira terluka.

‘awak tak akan beritahu Hafiz apa-apa?’ Tanya Iman lagi. Kira tersenyum tawar mendengar soalan itu.

‘kalau saya beritahu awak ingat dia akan lepaskan saya pergi?’ Tanya Kira dengan nada lucu. Iman tersenyum juga, tapi tidak ikhlas.

‘boleh awak janji dengan saya?’ Tanya Iman. Kira mengerutkan dahi.

‘janji? Janji apa?’ Tanya Kira kembali.

‘janji jangan putuskan hubungan persahabatan kita. Saya nak kita terus berhubung. Saya takkan beritahu mereka. Siapapun tentang awak.’ Janji Iman. Kira menunduk.

‘tapi nanti saya mungkin akan gunakan awak untuk mendapat berita Hafiz Iman. Saya tak mahu begitu. Awak kawan saya.’ Luah Kira menyatakan ketidaksetujuannnya. Iman ketawa kecil.

‘apa boleh buat? Tak apa, asalkan saya tau awak di mana.’ Iman berkeras juga mahu begitu.

‘hmm, ok.’ Kira memberi kata putus. Iman senyum nipis. Gembira kerana dia masih akan berjumpa Kira biar tidak dapat memiliki sekeping hati miliknya.

p/s: nak undi ke? ok, ok...rasa lucu pulak...sy bg u all undi tapi in the end apa yang saya plan nak tulis juga yang ditulis..nampaknya u all semua ada naluri penulis,kan? kan? kali ni nak bagi pilihan apa ya?

  • A ~ Kira bertukar kolej, hafiz cari dia tapi tak jumpa
  • B ~ Hafiz dapat tau pasal kira dari kak ani dan dia tanya Iman
  • C ~ terpulang pd sy...cik penulis...hehehe...

2 comments:

  1. kak ani bgtau hafiz pasal kira... hafiz selidik n daapat tau ayah dia ugut kira gunakan syafni... n then dia cri kira... after some years... hehehe.. lu pikirla sendiri...

    ReplyDelete
  2. pape jew la sis..
    yg penting sis cpt2 smbung k..
    hehe!

    ReplyDelete